Terapi Pendidikan Khas
-
Upload
cik-sarimah -
Category
Documents
-
view
211 -
download
9
description
Transcript of Terapi Pendidikan Khas
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 1 Pengenalan Kepada Terapi
1.0 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep dan keperluan terapi
untuk murid-murid berkeperluan khas. Jenis-jenis terapi juga
disenaraikan di sini.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
i. Menjelaskan definisi dan konsep terapi dalam pendidikan khas.
ii. Menghuraikan keperluan terapi untuk murid-murid berkeperluan khas.
iii Menyenaraikan jenis-jenis terapi dalam pendidikan khas
1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
1
Definisi dan Konsep
Keperluan terapi untuk murid
keperluan khas
Jenis-Jenis terapi
Pengenalan kepada Terapi
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
1.3 Definisi dan Konsep Terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang
bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan
perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"
Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit untuk
membantu mereka dalam jangka masa yang lama.
Definisi terapi mengikut kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan
ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami
sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau
masalah tubuh badan dan sebagainya tidak kira sama ada dalam konteks
perubatan atau pendidikan.
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah berdasarkan dari konsep
kepelbagaian individu berkeperluan khas seperti bermasalah pembelajaran,
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Murid-murid
berkeperluan khas ini mempunyai masalah dari segi keupayaan mental, fizikal,
emosi,sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, terapi dapat membantu murid-
murid yang bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan mencapai perkembangan dalam aspek di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi
dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke
satu peringkat yang lebih tinggi.
2
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Mengumpul Maklumat
Melalui pembacaan atau melayari internet, anda dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang definisi dan konsep terapi secara perubatan dan pendidikan.
Kongsi maklumat tersebut di dalam bilik kuliah
1.3.2 Keperluan Terapi untuk Murid-Murid Berkeperluan Khas
Murid-murid berkeperluan khas memerlukan terapi sebagai satu kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah untuk membantu mereka dalam
pelbagai aspek. Kepentingan terapi adalah seperti berikut:
a) kesediaan untuk belajar dari segi mental,fizikal, emosi dan
sosialisasi
b) ketahanan diri untuk belajar dan bekerja dalam jangka masa yang
lama
c) motivasi
d) membina konsep kendiri
e) merangsang pengaliran darah dan oksigen
Perbincangan
Dalam kumpulan berempat, bincangkan penyataan di bawah ini.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid berkeperluan khas anda. Kaitkan masalah tersebut dengan lima keperluan terapi yang dinyatakan di atas. Nyatakan contoh yang bersesuaian.
Anda harus menghantar hasil laporan perbincangan tersebut kepada pensyarah .
3
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
1.3.3 Jenis-Jenis Terapi
1. Terapi fisio
Terapi fisio bertujuan untuk membantu murid-murid yang
mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini
akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor
kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut
keutamaan.
2. Terapi cara kerja
Terapi ini merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu
individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidak-
upayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada
kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu
murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
3. Terapi pertuturan
Terapi pertuturan adalah satu kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut
perkataan dan berkomunikasi. Murid-murid dibantu untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kaedah ini melatih murid-murid
yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
dan antara aktiviti terapi pertuturan ialah latihan lisan.
4. Terapi muzik dan nyanyian
Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia
sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan
waktu kerja, terhimpit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau
stres menghadapi peperiksaan. Kajian dapati karya klasik Mozart
bantu rawat kes trauma, gangguan emosi.
4
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi
mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.
5. Terapi seni visual
Terapi seni visual adalah merupakan kaedah yang digunakan oleh
terapis atau guru untuk mengetahui perasaan atau emosi pesakit
atau murid-murid yang terpendam dan cuma dapat diluahkan
melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
6. Terapi hidro
Terapi hidro melibatkan pergerakan murid di dalam air .
Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak
dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air
sahaja. Terapi ini di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana
kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid
dapat dirangsang secara serentak
7. Terapi pergerakan kreatif
Terapi pergerakan kreatif adalah satu kaedah untuk murid-murid
menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria secara
simbolik dengan melibatkan pergerakan tubuh badan, ruang, masa
dan daya.
8. Terapi main
Terapi main adalah melibatkan kegembiraan dan kepuasan murid-
murid dalam pelbagai aktiviti bertujuan mengawal perasaan untuk
kehidupan yang sebenarnya.
5
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
9. Terapi alternatif
Terapi aroma – merupakan gabungan antara aroma (wangian) bagi pemulihan simpton fizikal dan meningkatkan kesihatan mental
Terapi herba- adalah terapi atau atau kaedah rawatan yang melibatkan herba dan dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan.
Terapi ozon – melibatkan perawatan secara ozon. Apabila ozon masuk ke dalam darah, atom-atom oksigennya bercerai dan membentuk oksigen yang sangat tinggi serta baik bagi darah. Ia berkitar dalam darah, membunuh sel-sel kuman dan memberi kesegaran kepada tisu-tisu tubuh.
Terapi floortime – menggunakan keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang bersesuaian dengan sistem saraf kanak-kanak dan dilakukan dalam keadaan menyeronokkan mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak.
Terapi pasir - bengkel yang memberi peluang kepada murid-murid unttuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.
Terapi haiwan – menggunakan haiwan peliharaan seperti kucing, burung, arnab , kuda dan sebagainya. Mampu untuk mengatasi masalah dari segi mental, fizikal, emosi, psikologi dan berkomunikasi atau bertutur.
Terapi snoozelan – satu aktiviti multisensori yang digunakan terhadap kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan mental seperti autisme.
BEREHAT
Cuba fikirkan bagaimana anda akan melaksanakan terapi-
terapi tersebut tanpa maklumat yang terperinci?
6
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Teruskan pembacaan modul ini seterusnya.
TAJUK 2 JENIS-JENIS TERAPI: FISIO, CARA KERJA, TERAPI
PERTUTURAN
2.0 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep dan kepentingan terapi fisio,
terapi cara kerja dan terapi pertuturan kepada murid-murid berkeperluan
khas. Tumpuan juga diberikan terhadap perancangan aktiviti bagi
melaksanakan ketiga-tiga terapi di atas.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
i. Menjelaskan definisi dan konsep terapi fisio, terapi cara kerja dan
terapi pertuturan.
ii. Menghuraikan kepentingan terapi fisio, terapi cara kerja dan terapi
pertuturan kepada murid berkeperluan khas.
iii Merancang aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian bagi murid-murid
berkeperluan khas.
2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
7
FISIO
CARA KERJA
PERTUTURAN
JENIS-JENIS TERAPI
Definisi dan Konsep
Kepentingan
Perancangan Aktiviti
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
2.3 Terapi Fisio
2.3.1 Definisi dan Konsep
Terapi fisio atau terapi fizikal adalah merupakan satu proses rawatan
yang menitik beratkan kaedah sistematik untuk menstabil dan memulih
gangguan fungsi badan terutamanya pada sistem tulang, otot dan sendi,
sistem jantung dan pengaliran darah, sistem pernafasan serta sistem saraf.
Mengikut Merriam-Webster Learner,s Dictionary (2010), terapi fizikal
boleh didefinisi sebagai the treatment of a disease or an injury of the
muscles or joints with massage, excercises and heat.
Mosby (2001),menyatakan bahawa terapi fizikal adalah merupakan
rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan
menggunakan pelbagai kaedah untuk memulihkan pesakit dan mengekalkan
fungsi normal selepas sesuatu kecederaan atau penyakit. Kaedah- kaedah
tersebut adalah seperti berikut :
1. mengurut
2. manipulasi
3. latihan teraputik
4. penyejukan dan pemanasan
5. terapi hidro
6. rangsangan menggunakan elektrik
7. rangsangan menggunakan cahaya
Latihan
Berdasarkan kepada pelbagai sumber rujukan , nyatakan
bagaimana kaedah tersebut boleh diapplikasi kepada
pesakit yang memerlukan terapi fisio.
8
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
1. Kepentingan Terapi Fisio
Perawatan terapi fisio adalah satu kaedah yang sistematik bagi menilai
fungsi tubuh badan yang tidak sempurna terhadap Sistem Tulang, otot otot dan
sendi; Sistem Kardio Vaskular (Jantung dan Sistem Pengaliran Darah), Sistem
Pernafasan serta Sistem Saraf termasuklah gejala sakit yang dialami oleh
pesakit. Kaedah rawatan untuk mengendalikan atau untuk menyelesaikan gejala
atau masalah yang dihadapi oleh pesakit ialah melalui tiga unsur utama iaitu
pergerakan, rawatan manual dan agen-agen fizikal.
Kaedah rawatan yang dijalankan oleh terapis fisio dapat membantu
pesakit yang mangalami masalah-masalah berikut antaranya :
sakit belakang atau leher
sendi dan spinal
kawalan otot
jantung dan paru-paru
kanak-kanak spina bifida dan cerebral palsi
kecederaan semasa bersukan
strok
Terapi fisio adalah penting dilaksanakan terutamanya bagi individu
yang menghadapi masalah-masalah di atas kerana dapat membantu individu
tersebut seperti berikut :
• mengajar cara dan tunjukajar kepada penjaga mengenai teknik mudah
rawatan
9
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
• memberi khidmat nasihat penggunaan peralatan sokongan dengan cara
yang betul bersesuaian dengan keadaan masalah fizikal yang dialami oleh
pesakit
• melatih cara senaman yang bersesuaian untuk:
- kecergasan fizikal
- sakit dan sengal sendi
- kekuatan otot otot
- sakit pinggang
- mengurangkan kekakuan sendi
• membantu kanak-kanak bermasalah untuk berdikari.
Oleh itu, adalah penting terapi fisio ini dilberi perhatian oleh guru, ibu bapa dan
anggota masyarakat yang perihatin dalam membantu memberi sokongan kepada
individu yang bermasalah
2.3.3 Perancangan Aktiviti Terapi Fisio
Aktiviti-aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang terlatih di
pusat-pusat perubatan sahaja. Namun beberapa kemahiran asas yang
melibatkan terapi fizikal boleh dijalankan oleh guru pendidikan khas atau
pemulihan di sekolah. Kemahiran-kemahiran asas yang berfokus kepada :
a) latihan yang berpusatkan motor halus
b) latihan yang berpusatkan motor kasar
c) latihan imbangan
d) latihan koordinasi
boleh diapplikasikan kepada murid-murid berkeperluan khas dan pemulihan
di sekolah-sekolah.
10
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Perbincangan
Berdasarkan empat kemahiran asas yang dinyatakan di
atas, bincangkan lima contoh bagi setiap kemahiran yang
anda boleh laksanakan terhadap murid anda
2.4 Terapi Cara Kerja
2.4.1 Definisi dan Konsep
Definisi terapi kerja oleh The World Federation of Occupational Therapists
adalah as a profession concerned with promoting health and well being through
occupation. The primary goal of occupational therapy is to enable people to
participate in the activities of everyday life. Occupational therapists achieve this
outcome by enabling people to do things that will enhance their ability to
participate or by modifying the environment, or the activity to better support
participation.
Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002), terapi kerja adalah latihan
aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian
dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah
mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi
individu, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai
baju, makan dan membuat kerja rumah.
Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan
tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan; secara ideal, semua ahli terapi
perlu bekerja secara kumpulan dengan ‘pesakit’.
11
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
2.4.2 Kepentingan Terapi Cara Kerja
Terapi cara kerja adalah penting bagi merawat individu yang menghadapi
masalah sejak dari lahir hingga mereka mampu berdikari. Melalui terapi cara
kerja, individu yang bermasalah ini akan untuk mencapai ke tahap yang lebih
baik dalam mengendalikan kehidupan harian mereka. Jika kemahiran dan
keupayaan tidak mampu untuk berkembang, terapis cara kerja akan melakukan
pelbagai kaedah alternatif bagi individu tersebut menjalankan kehidupan harian
mereka.
Terapi cara kerja mampu untuk merawat individu yang menghadapi
masalah seperti berikut antaranya:
kecederaan otak
masalah pembelajaran
masalah untuk menyuap makanan
cerebral palsi
masalah kod spinal
perkembangan lewat
autisme
kecederaan otot
Sebagai guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan guru
pemulihan, terapi cara kerja ini dapat membantu guru dalam melaksanakan
pengurusan diri murid dengan cekap.
2.4.3 Perancangan Aktiviti Terapi Cara Kerja
Lazimnya, terapi cara kerja dilaksanakan oleh terapis cara kerja yang
terlatih sahaja. Namun, sebagai guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran
dan guru pemulihan, anda juga mampu melakukan aktiviti terapi cara kerja yang
bersesuaian murid tersebut. Terapi cara kerja lebih melibatkan motor halus
dalam pergerakan.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sekolah adalah:
12
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
a) latihan berkaitan dengan kemahiran hidup
b) latihan pravokasional
c) latihan membuka dan memasang peralatan
d) latihan berkaitan dengan kemahiran manipulatif
Membuat Nota
Berdasarkan empat aktiviti yang dinyatakan di atas,
nyatakan bagaimana anda melaksanakan terapi cara kerja
bagi setiap aktiviti tersebut.
2.5 Terapi Pertuturan
2.5.1 Definisi dan Konsep
Pertuturan adalah adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator).Ia juga merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. (Kamaruddin :1987)
Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-
bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula
jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang
mencukupi sesuai dengan peringkat umur.
Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah
artikulasi,masalah suara, dan masalah kelancaran.
Masalah Artikulasi : Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah
pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehinga menyebabkan
percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah
artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:
(i) Penggantian
(ii) Penguguran
(iii) Pengubahan, dan
(iv) Penambahan
13
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Punca masalah artikulasi atau pertuturan boleh dikaitkan dengan beberapa
faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti
sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah,penyakit ataupun kecacatan
pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika
mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.
Masalah Suara : Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi
(akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-
kanak bercakap. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.
Masalah Kelancaran : Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang
mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk
gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa.
Berdasarkan masalah-masalah tersebut adalah penting guru pendidikan
khas menjalankan terapi pertuturan dalam kalangan murid mereka yang
menghadapi masalah pertuturan.
2.5.2 Kepentingan Terapi Pertuturan
Berikut adalah kepentingan terapi pertuturan dilaksanakan kepada murid
pendidikan khas terutama semasa intervensi awal. Tujuannya adalah untuk
1. membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa
2. melatih murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
pelbagai latihan asas.
3. Melatih murid untuk menguasai kemahiran tertentu
4. meningkatkan fungsi kognitif, emosi dan sosial murid-murid
5. merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran.
6. Meningkatkan keupayaan murid dan memperbaiki ketidakupayaan
murid.
14
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
2.5.3 Perancangan Aktiviti Terapi Pertuturan
1. Guru harus mengenalpasti masalah pertuturan
a) Masalah artikulasi
b) Masalah suara
c) Masalah kelancaran
2. Rancang aktiviti mengikut masalah kemahiran yang dihadapi seperti :
a) Kemahiran pra-verbal
b) Kemahiran bahasa
c) Kemahiran bunyi
d) Vokalisasi
e) Diskriminasi bunyi
f) Diskriminasi pertutturan
g) Ingatan bunyi
h) Perkataan Mula
3. Antara aktiviti terapi pertuturan ialah :
latihan lisan.
meniup belon.
meniup kertas di atas air
mengetap bibir
boneka tangan
alatan untuk membezakan bunyi
bercerita
bermain cermin dan sebagainya.
15
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dalam
kalangan murid mereka adalah melalui :
a) latihan dengan menggunakan alat
b) latihan tanpa menggunakan alat
c) latihan melalui pengubahsuaian alat
Tutorial
Rancang satu aktiviti yang boleh dijalankan dengan
menggunakan alat, tanpa alat dan alat yang telah
diubahsuaikan. Anda boleh membentangkan aktiviti
tersebut dalam kelas.
16
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 3 JENIS-JENIS TERAPI: MUZIK DAN NYANYIAN, SENI VISUAL,
HIDRO
3.0 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep dan kepentingan terapi
muzik dan nyanyian, terapi seni visual dan terapi hidro kepada murid-murid
berkeperluan khas. Tumpuan juga diberikan terhadap perancangan aktiviti
bagi melaksanakan ketiga-tiga terapi di atas.
3.1 HASIL PEMBELAJARAN
i. Menjelaskan definisi dan konsep terapi muzik dan nyanyian dan seni
visual.
ii. Menghuraikan kepentingan terapi muzik dan nyanyian dan seni visual
kepada murid berkeperluan khas.
iii Merancang aktiviti-aktiviti terapi muzik dan nyanyian dan seni visual
yang bersesuaian bagi murid-murid berkeperluan khas.
17
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
3.3 Terapi Muzik dan Nyanyian
3.3.1 Definisi dan Konsep
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.
“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang. (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)”
Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang
paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula
jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan
dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi
18
MUZIK DAN NYANYIAN
SENI VISUAL
HIDRO
JENIS-JENIS TERAPI
Definisi dan Konsep
Kepentingan
Perancangan Aktiviti
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak
balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.
3.2 Kepentingan Terapi Muzik dan Nyanyian
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
meningkatkan kemahiran berkaitan dengan akademik, kognitif
dan vokasional
meningkatkan kemahiran melibatkan psikomotor
meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi
merangsang vokal
meningkatkan proses pernafasan dan otot
meningkatkan kemahiran artikulasi
membetulkan masalah suara
memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia
meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi dan interaksi sosial
dapat meningkatkan kemahiran berseronok
mewujudkan kontak mata dan menghasilkan komunikasi
meningkatkan kemahiran sensori motor
menggalakkan interaksi sosial
intervensi dapat membantu pergerakan yang ringan dan
mengurangkan kesakitan
intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
intervensi dapat membantu pergerakan fizikal yang biasa dan
meningkatkan kawaalan motor dan koordinasi
Secara umumnya terapi muzik dan nyanyian bagi murid-murid berkeperluan
khas adalah membantu mereka untuk:
mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru
menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian
murid.
mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
19
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
melakukan aktiviti seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik,
memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta
menghayati irama.
murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan
bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama
muzik yang tersusun.
3.3 Perancangan Aktiviti Muzik dan Nyanyian
1. Memperkenalkan peralatan muzik
Peralatan Muzik Tradisional Melayu
- di gesek
- di palu
- di tiup
- di goncang
Peralatan Muzik Barat
- Perkusi Tidak Berpic
- Tiup dan Bras
- Bertali
2. Guru mendemonstrasi alat muzik tersebut
3. Aktiviti warming up yang bersesuaian
4. Teknik bermain dengan betul
5. Postur badan dengan betul
6. Membunyikan corak/ pola ritma
7. Memainkan pola/corak ritma
8. Bermain mengikut giliran
9. Membuat gerakan yang sesuai
10. Bermain secara keseluruhan
Perbincangan
20
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Senaraikan alat- alat muzik mengikut jenis yang telah
disenaraikan di atas.
2.4 Terapi Seni Visual
Definisi dan Konsep
Seni visual adalah hasilan karya seseorang individu degan menggunakan
pelbagai teknik seperti melukis, mewarna , menampal dan sebagainya dalam
bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra.
Terapi yang menggunakan hasil seni ( lukisan, lakaran, cetakan, arca) dikenali
sebagai terapi seni iaitu bertujuan untuk seseorang individu meluahkan perasaan
dan pemikiran.
Teknik-teknik seni visual yang sesuai unuk murid-murid berkeperluan
khas ialah
Lukisan/Lakaran/Contengan
Kolaj/Mozek
Anyaman/jahitan
Capan/Tekapan/Cetakan
Origami/Lipatan
Kepentingan Terapi Seni Visual
Lazimnya, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas
semasa menjalankan aktiviti seni visual adalah disebabkan oleh masalah
pengamatan, masalah koordinasi motorkasar dan motor halus, masalah
komunikasi, masalah sosialisasi, masalah imaginasi, masalah pemahaman
konsep.
Terapi seni visual dapat dapat membantu murid yang menghadapi
masalah-masalah yang berkaitan dengan kehidupan seperti teknik
21
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
a) Lukis/Lakar/Conteng: membantu murid untuk meluahkan perasaan,
menguatkan motor kasar dan motor halus, meningkatkan kordinasi
mata-tangan.
b) Origami/Lipatan: membantu mengukuhkan motor halus, membina rasa
seronok, mengembngkan bakat, membina keyakinan merekacipta
c) Anyam/jahit: membantu membina keyakinan merekacipta,
memngukuhkan kordinasi mata-tangan, menguatkan motor halus
d) Cap/Cetak/tekap; membantu kordinasi mata-tangan, menguatkan
daya imginasi, membentuk corak, meluahkan perasaan melalui
warna.
Perancangan Aktiviti Terapi Seni Visual
Teknik-teknik seni visual yang sesuai unuk murid-murid berkeperluan
khas ialah
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Model
11. Origami
12. Catan
13. Tekapan
Membuat Nota
Pilih 5 teknik seni visual yang boleh anda laksanakan kepada
22
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
murid anda sebagai memenuhi terapi seni visual. Buat nota
berkaitan dengan bagaimana proses terapi tersebut
dilaksanakan dan keberkesanannya terhadap murid tersebut.
3.5 Terapi Hidro
3.5.1 Definisi dan Konsep
Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang
membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk
melakukan aktiviti kecergasan. Unsur keapungan memberikan suatu perasaan
keringanan yang mengurangan tekanan kepada sendi. Oleh itu ianya sesuai
dijadikan medium aktiviti kecergasan bagi semua peringkat usia dan keupayaan
fizikal. Terapi hidro sesuai untukmurid keperluan khas kerana pergerakan di
dalam air lebih selamat kerana rintangan yang terhasil dapat memperlahankan
pergerakan. Murid-murid ini tidak memerlukan penggunaan tenaga tambahan
bagi melakukan sesuatu aktiviti berbanding aktiviti yang sama jika dilakukan di
darat.
Dalam terapi hidro keselamatan adalah amat penting untuk diberi perhatian
seperti:
Pemantauan daripada guru @ ibubapa @ orang dewasa
Permukaan yang licin di kawasan aktiviti
Bebas daripada halangan yang berbahaya
Kawasan yang terang dan tidak menghalang penglihatan
Suhu air yang sesuai
3.5.2 Kepentingan Terapi Hidro
23
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Terapi hidro amat membantu murid berkeperluan khas terutamanya :
Meningkatkan keseimbangan
Meningkatkan stamina dan kardiovaskular
Meningkatkan kemahiran psikomotor – motor kasar dan motor halus
Membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka.
Membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas memperolehi pengalaman
dan kemahiran asas renang
3.5.3 Perancangan Aktiviti Terapi Hidro
Pelbagai aktiviti yang boleh dirancang oleh guru pendidikan khas dalam
melaksanakan terapi hidro tetapi ianya melibatkan :
kawasan yang bersesuaian dan selamat
alatan , tanpa alatan dan alat yang diubah suai
keselamatan di air
teknik-teknik seperti :
apungan
berenang
pernafasan
Senarai Semak
Anda merancangkan untuk menjalankan aktiviti terapi hidro.Buat senarai semak berkaitan dengan keperluan kemahiran dan keselamatan yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti terapi tersebut.
24
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
25
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 4 Jenis-jenis Terapi : Pergerakan Kreatif, Main, Alternatif
4.0 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep dan kepentingan terapi
pergerakan kreatif, terapi main dan terapi alternatif kepada murid-murid
berkeperluan khas. Tumpuan juga diberikan terhadap perancangan aktiviti
bagi melaksanakan ketiga-tiga terapi di atas.
4.1 HASIL PEMBELAJARAN
i. Mempraktikkan kemahiran aktiviti terapi pergerakan kreatif dan
melaksanakan penambahbaikan
ii. Menyusun strategi untuk mengaplikasikan main dengan cara yang
berkesan sebagai terapi
iii. Merancang dan mengaplikasikan pengajaran yang melibatkan terapi
pergerakan kreatif, main dan alternatif.
4.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
26
Lain-lain Terapi Snoozelen
Terapi HaiwanTerapi Aroma
Terapi Alternatif
Terapi MainTerapi
Pergerakan Kreatif
Jenis-jenis Terapi
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
4.3 Jenis-jenis Terapi
4.3.1 Terapi Pergerakan Kreatif
Definisi dan konsep
Sebuah kaedah rawatan psikologi di mana gerakan dan tari digunakan untuk
mengungkapkan dan mengendalikan perasaan dan pengalaman, baik positif
mahupun negatif dan turut dikenali sebagai terapi gerakan.
(The American Heritage Dictionary of the English Language, 4th.ed)
Teori pergerakan ini didasarkan pada idea bahawa tubuh badan dan fikiran tidak
dapat dipisahkan.
Terapi gerakan bertumpu pada prinsip-prinsip teoritis tertentu, iaitu ;
Tubuh dan fikiran berinteraksi, oleh itu perubahan yg berlaku dalam
gerakan akan mempengaruhi kefungsian secara keseluruhan
Gerakan yg dilakukan akan memberikan kesan kpd personaliti /
keperibadian seseorang individu.
Gerakan mengandungi fungsi simbolik yang melibatkan proses bawah
sedar.
Improvisasi gerakan membolehkan seseorang individu untuk
bereksperimen dengan cara-cara atau gerakan yang baru
Hubungan gerakan yang dimeditasikan pada tahap non verbal
membolehkan gerakan yang sama dilakukan oleh individu lain.
Melalui kesatuan fikiran, tubuh, dan jiwa, akan memberikan rasa keutuhan
dan kesedaran secara menyeluruh
ii). Kepentingan
Secara umumnya terdapat pelbagai manafaat yang diperoelhi menerusi terapi
pergerakan kreatif, iaitu
• meningkatkan kesedaran diri, harga diri dan autonomi peribadi
27
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
• mengalami hubungan antara fikiran, perasaan dan tindakan
• meningkatkan dan melatih menangani perilaku adaptif
• meluah atau mengekspresikan dan menguruskan perasaan atau fikiran
yanng tertekan
• memaksimumkan sumber komunikasi
• meningkatkan sumber tenaga dalaman seperti keyakinan diri melalui
aktiviti bermain yang terkandung dalam gerakan kreatif.
• memulakan perubahan fizikal, emosi dan / atau kognitif
• mengembangkan hubungan saling percaya
• menguruskan perasaan yang mengganggu belajar
• meningkatkan kemahiran interaksi sosial
Pergerakan Kreatif Bagi Pelajar Berkeperluan Khas
Terapi ini boleh digunakan untuk menyembuhkan atau mengurangkan stres
ianya juga sangat berkesan dalam membantu pelajar berkeperluan khas
meminimakan masalah ketidakupayaan yang dihadapi dan seterusnya
meningkatkan serta memaksimakan potensi knaka-kank khas, umpamanya ;
Autisme - aktiviti gerakan pada peringkat sensori-motor, memberikan rasa
penerimaan dan memperluaskan kemahiran dan kemampuan kognitif
serta akan meningkatkan kematangan
Masalah dalam pembelajaran (Pendidikan Pemulihan): mengembangkan
kemampuan organisasi yang lebih baik, belajar / pengalaman kawalan
dan pilihan, meningkatkan tahap keyakinan diri yang lebih tinggi serta
inspirasi baru untuk belajar
Kerencatan Akal: meningkatkan citra tubuh, kemahiran sosial,
penyelarasan, dan kemahiran motor serta mempromosikan komunikasi
Masalah Pendengaran: mengurangkan perasaan terpencil, memberikan
inspirasi bagi interaksi hubungan sosial
Masalah Penglihatan: meningkatkan citra tubuh, kemahiran motor, dan
kesedaran peribadi
28
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Ketidakupayaan Fizikal: meningkatkan kemahiran motor dan citra tubuh,
menyediakan cara untuk berkomunikasi dan mengekspresikan emosi
Kemurungan: menyediakan interaksi sosial, ekspresi, dan sukan,
meredakan kebimbangan kesepian dan isolasi
iii). Perancangan aktiviti
Aktiviti terapi pergerakan kreatif
- Gimrama
- Tarian moden
- Tarian tradisional
- Berkumpulan dan berpasangan
- Pentomin, dan sebagainya
Proses kreatif mengandungi kumpulan kecil tujuan yang berkaitan dengan
objektif aktiviti. Gerakan bervariasi dan bersifat progresif serta pengulangan.
Empat tahap proses pergerakan kreatif meliputi;
Persiapan - tahap pemanasan dan ciri-ciri keselamatan diberikan perhatian
Penerapan dan pelaksanaan - santai, melepaskan kawalan sedar, gerakan
menjadi simbolik
Pengolahan -: makna menjadi jelas, boleh mempunyai kesan positif dan negatif
Penilaian - membahas pentingnya proses, mempersiapkan untuk menamatkan
terapi
Contoh Pelaksanaan
Langkah-langkah pelaksanaan terapi kreatif dan drama supaya masalah
kemahiran sosial murid dapat diatasi:
memilih rentak dan melodi yeng akan membantu pelajar menguasai
kemahiran pergerakan kreatif dengan senang
ii. Mencari watak yang bersesuaian dan akan membantu pelajar
mengembangkan kemahiran imaginasi
29
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
iii. Membuat keputusan sama ada untuk mengajar kemahiran sosial
secara individu, kumpulan kecil atau secara kumpulan besar
iv. Berbincang dengan pelajar mengenai tajuk drama, watak-watak dan
pergerakan kreatif yang akan dipelajari.
BEREHAT SEKETIKA...
Berdasarkan kumpulan , buat sebuah skrip untuk dilakonkan
oleh murid anda dengan melibatkan pergerakan kreatif.
Panjang lakonan tersebut adalah selama 15 minit.
4.3.2 Terapi Main
Definisi dan konsep
Terapi main ialah penggunaan sistematik dari model teoritis untuk melahirkan
suatu proses interpersonal di mana terapis bermain menggunakan aktiviti terapi
main untuk membantu pelajar mengatasi cabaran psikososial dan mencapai
perkembangan yang optimum. Ianya melibatkan terapi main untuk tujuan
berkomunikasi dan integrasi.
Terapi main sering digunakan sebagai alat diagnosis. Seorang terapis bermain
sambil mengamati seorang pelanggan bermain dengan mainan (bermain-rumah,
haiwan kesayangan, boneka, dll) untuk menentukan penyebab masalah
tingkahlaku atau emosi yang dialami. Objek dan pola bermain, serta kemahuan
untuk berinteraksi dengan terapis, boleh digunakan untuk memahami tersebut.
Menurut pandangan psikodinamik, individu (terutama anak-anak) akan terlibat
dengan kekeliruan dan mengalami masalah kecelaruan. Menerusi terapi main
boleh digunakan sebagai mekanisme ‘self-help’, terutama apabila diberikan
masa untuk "bermain bebas" atau "bermain secara tidak berstruktur." Dari sudut
perkembangan kanak-kanak akan menjadi komponen penting dalam
perkembangan kanak-kanak yang sihat.
30
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Salah satu pendekatan untuk rawatan ialah terapis bermain secara desensitisasi
yang sistematik atau belajar mengenalpasti perubahan tingkahlaku atau tatacara
sosial secara sistematik atau secara informal. Proses ini biasanya digunakan
dengan anak-anak sama ada kanak-kanak normal ataupun kanak-kanak
berkeperluan khas, namun ianya juga boleh diterapkan kepada kanak-kanak
yang mengalami masalah pra-verbal dan non-verbal.
Definisi dari laman sesawang
• Bentuk psikoterapi bagi anak-anak yang menggunakan situasi bermain
untuk diagnosis atau rawatan
( dimuat turun pada 7/12/2010 . wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn )
Terapi Main umumnya digunakan dengan anak-anak-anak usia 3 hingga 11
dan menyediakan jalan bagi mereka untuk mengekspresikan pengalaman dan
perasaan melalui proses, alami diri dipandu, penyembuhan diri. Sebagai anak-
anak pengalaman dan pengetahuan sering dikomunikasikan melalui bermain, itu
menjadi wahana penting bagi mereka untuk mengetahui dan menerima diri
sendiri dan orang lain.
( dimuat turun pada 7/12/2010 en.wikipedia.org/wiki/Play_therapy )
Latihan
Berdasarkan rujukan yang dibuat menerusi pelbagai sumber sama ada bahan bertulis mahupun internet, anda dikehendaki mengumpulkan definisi Terapi ‘Floor time’ dan Terapi Main.
Nyatakan persamaan dan perbezaan kedua-dua terapi tersebut.
Latihan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah semasa interaksi bersemuka atau menerusi emel
31
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
4.3.3 Terapi Alternatif
Terdapat pelbagai terapi alternatif yang boleh diaplikasikan kepada pelajar
berkeperluan khas dalam usaha membantu pelajar tersebut mengatasai
masalah yang dihadapi disamping meningkatkan potensi yang dimiliki secara
semaksima mungkin. Terapi-terapi tersebut termasuklah terapi ozon, terapi
’floor time’, terapi aura, terapi ais, terapi wap/sauna dan lain-lain lagi. Namun
begitu dalam modul ini hanya empat terapi alternatif yang akan dibincangkan
iaitu terapi haiwan, terapi aroma, terapi herba dan terapi snoozelen.
2. Terapi Haiwan
Sejak zaman terdahulu manusia telah menggunakan haiwan bagi membantu
Haiwan peliharaan atau pet merujuk kepada binatang yang dibela untuk
tujuan berseronok atau menjadi teman. Haiwan peliharaan ini fungsinya
berbeza dengan binatang yang dibela untuk tujuan ternakan, haiwan yang
dilatih dalam acara sukan seperti kuda. Haiwan peliharaan di rumah bukan
dibela untuk tujuan ekonomi sebaliknya bersifat riadah dan terapi diri.
melaksanaakan tugasan dalam kehidupan.
Terapi haiwan pula diperkenalkan dalam membantu merawat seseorang
mengatasi masalah yang dihadapi sama ada dalam aspek fizikal mahupun
emosi. Terapi haiwan melibatkan haiwan tunggangan seperti kuda, gajah,
burung unta manakala haiwan kesayangan seperti kucing, tikus belanda
(’hamster’), ikan emas.
Haiwan Tunggangan
Menunggang kuda sebagai terapi berlainan daripada menunggang sebagai
rekreasi kerana objektif utamanya adalah untuk penunggang kurang
upaya melalui program menunggang yang telah ditetapkan. Melalui
aktiviti ini murid-murid bermasah pembelajaran dapat menanam
32
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
keyakinan dan keberanian di dalam· diri mereka. la juga dapat melatih
mereka supaya mematuhi disiplin dan membentuk imej.
Menunggang kuda dijadikan sebagai latihan terapi bermula di Paris dalam
tahun 1875. la telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne.
Menurut beliau menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi
manfaat di dalam perubatan hemiplegia, paraplegia dan penyakit
neurologi yang lain. Oalam catatannya keputusan daripada pengalaman
menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot,
membentuk kelembutan dan apa yang paling jelas ia mendorong
semangat penunggang
Menurut Chassigne, ia juga menjadi penawar kepada masalah sosial dan
dan psikologi
Perbincangan
Pilih satu jenis haiwan yang sesuai digunakan dalam Terapi Haiwan Kesayangan kepada seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Bincangkan ciri-ciri pelajar tersebut, cadangan pelaksanaan dan kebaikan yang diperolehi.
ii) TERAPI SNOOZELEN
Snoezelen atau ‘controlled multisensory stimulation’ adalah terapi stimulasi
multisensori (visual, auditori, taktil, pembauan) yang digunakan untuk anak-anak
dengan hambatan mental, autisma, dementia, cedera otak, dan hambatan
tumbuh kembang lainnya. Terapi ini dirancang spesial untuk memberi stimuli
pada berbagai indera dengan menggunakan efek lampu, warna, suara, muzik
dan juga bau.
Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang ramah,
menyenangkan, rekreasional bagi anak dengan hambatan tumbuh kembang
khusus. Lingkungan terapi snoezelen haruslah aman dan tidak mengancam.
33
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Anak dan orang dewasa yang menjalani terapi ini menikmati stimulasi yang
lembut dari punca inderanya. Mereka mengalami kontrol diri yang lebih baik,
peningkatan rasa percaya diri, dan penurunan tekanaan atau stres.
Stimulasi sensori dalam terapi snoezelan
• berbaring, bemain, dan memeluk bantal
• menikmati berayun di kerusi gantung
• mendengar muzik lembut sambil berkhayal
• membuat suara-suara lucu dengan alat khusus
• bermain dengan tangga atau cermin
• memperlihatkan pola lampu warna-warni dan berkelip-kelip
• memerhatikan gelembung-gelembung warna bergerak-gerak di dalam
tabung gelembung.
• Menyelam di dalam timbunan bola kecil
Snoezelen membantu dalam memenuhi keperluan individu sehingga mencapai :
• kemampuan untuk relaksasi
• kemampuan explorasi
• kemampuan mengekspresi diri
• kemampuan dalam meningkatkan rasa percaya diri
• membina jati diri
34
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Bilik Terapi Snoozelen
iii) Terapi Aroma
Berbagai penelitian telah membuktikan bahawa aroma sangat mempengaruhi
emosi kejiwaan seseorang. Setiap bau aroma memiliki keistimewaan tersendiri,
seperti aroma antiseptik yang meliputi di hospital, aroma kemenyan atau bunga
sedap malam yang mampu meremangkan bulu roma, atau aroma gaharu yang
membuatkan kita berada di kawasan pergunungan. Aroma terbukti mampu
membuat kita menjadi riang gembira, takut, sedih, atau sekadar bernostalgia.
PERANCIS telah ratusan tahun mengembangkan konsep terapi aroma dalam
upaya meningkatkan kesihatan manusia, khususnya terapi penyembuhan
emosional (emotional recovery). Sebab kebahagiaan hidup dan kesihatan
manusia juga sangat dipengaruhi oleh keadaan emosi seseorang. Konsep ini
kemudian diterapkan di bangunan hospital dan klinik kesihatan.
Kepentingan Terapi Aroma
Pada awalnya, terapi aroma bertujuan sebagai proses perawatan kesihatan
melalui penyembuhan emosional pesakit Namun, kini konsep terapi aroma juga
sangat berguna bagi individu yang sihat. Terapi yang mendasari bau-bauan atau
wangian terutama bungaan ini amat memeberi kesan terhadap :
35
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
a) mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan
semangat kepada individu.
b) mampu untuk membersihkan racun dan toksid dalam badan
c) mempunyai keistimewaan dari penggunaan haruman contohnya :
▪ citronella – boleh mengurangkan ketegangan dan
meredakan hidung yang tersumbat
▪ lavendar - boleh memudahkan tidur seseorang dan juga
untuk meredakan kegelisahan
▪ teh hijau - membaiki sistem peredaran darah
▪ ros/mawar – meningkatkan metabolisma dalam badan
▪ epal hijau - boleh mengelakkan mabuk dan juga
memudahkan pencernaan dalam badan
Perancangan Aktiviti Terapi Aroma
1. Mengenal haruman dan bunga-bungaan
2. Mengumpul dan membezakan bau haruman dan bunga-bungaan
3. Melawat spa aromatik
4. Mewujudkan bilik aromatik
Perbincangan
Secara berkumpulan rancangkan satu aktiviti boleh dijalankan bersama murid anda yang melibatkan terapi aroma
36
(PKU 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Lain-Lain Terapi Alternatif
1. Terapi Herba
2. Terapi Floortime
3. Terapi Sauna
4. Terapi Ais
5. Terapi Warna
Mengumpul Maklumat Anda dikehendaki mengumpul maklumat yang berkaitan dengan lain-lain terapi. Maklumat tersebut perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam portfolio anda.
Tamat Anda telah selesai mengulangkaji modul anda. Semoga berjaya.
37