TERENGGANU - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/13812/1/TD_ROSLAN AWANG AP 00_5 1.pdf · Terengganu,...
Transcript of TERENGGANU - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/13812/1/TD_ROSLAN AWANG AP 00_5 1.pdf · Terengganu,...
JABATAN UKUR BANGUNAN
FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL
TERENGGANU
Satu dissertasi yang disediakan sebagai memenuhi
Sebahagian dari syarat untuk penganugerahan
Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian)
DISEDIAKAN OLEH
SESSI
ROSlAN BIN AWANG
1999/2000
JABATAN UKUR BANGUNAN
FALKUTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAHALAM
DISSERTASI BSV 695
PENGESAHAN PEMBETULAN DISSERTASI
'Dengan ini adalah disahkan bahawa pelajar berkenaan telah membuat
pembetulan seperti yang di arahkan dan seterusnya dibenarkan menjilid
dissertasi beliau'.
Nama
No. Pelajar
Tajuk Dissertasi
Semester
Nama Penyelia
landa Tangan
Tarikh
: Roslan bin Awang
: 98025305
: Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional
Terengganu
: 04/2000
: Encik Amran bin Abdul Rahman
ABSTRAK
1.0 PENGENALAN
Pemuliharaan rumah-rumah tradisional Melayu adalah panting
sebagai suatu unsur di dalam mengekalkan senibina warisan bangsa
dan budaya tamadun bangsa Melayu di negars ini.
Ini kerana, rumah Melayu tradisional adalah suatu warisan senibina
tempatan sebagai rumah kediaman yang mempunyai pelbagai
unsur keunikan tersendiri dan istimewa, di mana bermula peringkat
perancangan pembinaan, pemilihan tapak, orientasi, takwin
pembinaan, penggunaan bahan dan sebagainya sehingga rumah itu
siap didiami.
Keunikan ini melibatkan pertalian dengan penggunaan unsur-unsur
kepercayaan agama, adat-resam, pantang-Iarang, semangat di
mana ianya menjadi pegangan dan pengaruh yang mendalam
terhadap penghuni yang mendiami rumah melayu tradisional ini
disamping kehalusan nilai seni ketukangan.
Sejarah terserlahnya senibina Melayu tradisional ini bermula
daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan pembinaan
istana-istana, dan seterusnya kepada pemerintahan kesultanan
Melayu negeri-negeri di Semenanjung. Terdapat juga kelompok
kelompok rumah-rumah mempunyai rekabentuk senibina mengikut
etnik-etnik pendatang seperti Bugis, Jambi dan lainnya, wujud
disetengah-setengah daerah di Negeri Sembilan, Melaka,
Terengganu, Kelantan, Kedah dan lain-lain lagi.
Penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris telah menukar
bahan binaan dari kayu kepada batu-bata memberi kesan kepada
senibina tradisional yang lebih gamar kepada binaan bangunan batu
dengan ciri-ciri rekabentuk senibina nagars asing terutama berlaku
di zaman penjajahan Inggeris.
Di mana banyaknya didirikan bangunan-bangunan, rumah-rumah
kediaman berunsurkan binaan batu dengan rekabentuk berlawanan
dengan rumah tradisional bercirikan senibina tempatan.
Kessn daripada faktur penjajahan ini telah mencabar terhadap
'survival' rumah melayu tradisional ini di antaranya adalah:
ii
rupabentuk yang dikatakan agak menarik dengan pelbagai
istilah senibina seperti Neo-classical, Art-Deco, Renaissance
dan sebagainya talah menambat hati orang Melayu terutama
daripada 9010ngan bangsawan yang menganggapnya
lambang darjat dan status.
Terdapatnya bahan-bahan binaan seperti batu-bata mudah
diperolehi dan binaannya lebih cepat dilakukan oleh tukanq- .
tukang yang mahir terutamanya yang dibawa daripada luar,
binaan batu-bata juga adalah dianggap lebih ketahanan dan
kukuh seperti dayatahan kebakaran yang baik, serta mudah
dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian
berbanding dengan kayu. Disamping itu untuk mendapatkan
bekalsn kayu yang bermutu agak sukar didapati serta
mengambil masa yang panjang memperolehinya dan
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melakukan
kerjanya.
Dengan ini rumah-rumah melayu kian terpinggir, dan menghadapi
pelbagai masalah untuk terus tegak di tengah-tengah pembangunan
neqara sehingga sekarang.
iii