Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

6

Click here to load reader

Transcript of Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Page 1: Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Penterjemahan Kolokasi Arab Melayu Terhadap Teks Mustika Hadis

Pendahuluan

Latar Belakang Kajian

Dalam kajian ini perbincangan yang diperbahaskan merangkumi dua aspek yang utama, iaitu aspek penterjemahan dan kolokasi yang mana kedua-duanya pula membincangkang mengenai terjemahan Arab Melayu teks Mustika Hadis pada mukaddimah dan jilid pertama.

Sebagaimana yang diperkatakan penterjemahan bukan sekadar pemindahan perkataan dari satu bahasa ke bahasa lain. Penterjemahan merupakan proses perluasan ilmu yang melangkaui batasan sempadan bahasa, budaya dan geografinya serta juga melibatkan masa.

Manakala kolokasi pula adalah gabungan dua perkataan atau lebih yang membina dan membentuk makna yang tertentu. Inilah yang diperjelaskan oleh Mahmoud E. Sieny et al., dalam al-ta’biral al-istilahi mengenai kolokasi, iaitu komponen bahasa yang mengandungi dua perkataan atau lebih yang menunjukkan makna baru yang bertentangan dengan makna-makna yang ditunjukkan oleh perkataan-perkataan yang membentuk makna tersebut secara bersendirian.

Justeru, menterjemahkan kolokasi Arab Melayu terhadap teks Mustika Hadis adalah merupakan satu usaha untuk mengkaji ketepatan makna kolokasi yang terkandung dalam teks Arab terhadap terjemahannya dalam bahasa Melayu.

1

Page 2: Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Pernyataan Masalah

Kewujudan kolokasi dalam bahan rujukan sangatlah penting untuk pelajar bahasa asing dan juga pengguna bahasa itu sendiri. Bahasa Arab adalah merupakan satu bahasa yang kaya bentuk kolokasinya, sehinggakan pada hari ini ‘native speaker’ bahasa Arab sendiri pun perlu belajar pelbagai kombinasi item leksikal bahasa Arab yang memberi kesan kepada bahasa Arab itu sendiri.

Kesilapan dalam menterjemahkan kolokasi dalam bahasa yang diungkapkan akan menjadikan makna dan juga tafsirannya berbeza dari kehendak maksud yang dihajatkan. Samalah seperti menyatakan sesuatu daam bahasa Inggeris ‘what happened fort’ dan bukannya ‘what happened to’. Lebih terkejut lagi dalam satu survey di Arab Saudi, masalah ini menular kepada golongan cerdik pandai penutur bahasa Arab itu sendiri yang melakukan kesalahan dalam kolokasi (at-Tahir bin Abd al-Salam: 2004)

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji ketepatan makna kolokasi yang terkandung dalam teks Arab terhadap terjemahannya dalam bahasa Melayu. Manakala objektif khusus kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti makna terjemahan kolokasi Arab Melayu berdasarkan kamus mu’tabar.

2. Menilai kesan terjemahan kolokasi dalam teks Mustika Hadis.3. Menghasilkan terjemahan kolokasi yang mudah difahami oleh pembaca karya

Arab khusus terhadap teks Mustika Hadis.

2

Page 3: Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Skop Kajian

Kajian penterjemahan kolokasi Arab Melayu terhadap teks Mustika Hadis dibataskan pada perkara-perkara berikut:

1. Kajian ini hanyalah dilaksanakan terhadap teks hadis yang terkandung dalam Mustika Hadis pada mukaddmah dan jilid pertama sahaja.

2. Kajian ini hanyalah dilaksanakan terhadap kolokasi yang mengandungi kata kerja yang dipadukan dengan kata sendi ‘fi’l dan harf jar’ sahaja.

3. Kajian ini hanyalah menganalisis 30 data kolokasi yang diperolehi dari teks Mustika Hadis.

Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijelaskan dalam kajian ini ialah:

1. Adakah terdapat perbezaan makna yang ketara terjemahan kolokasi teks Arab Melayu dalam Mustika Hadis?.

2. Sejauh manakah terjemahan kolokasi teks Arab ke dalam bahasa Melayu mempengaruhi makna yang sebenar yang hendak disampaikan kepada pembaca Mustika Hadis?.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakasana bagi membantu pembaca karya Arab khususnya mereka yang berkecimpungan dalam bidang penterjamahan Arab Melayu. Dengan adanya kajian sebegini, kolokasi dalam bahasa Arab khasnya dalam paduan kata kerja dengan kata sendi dapat memberikan makna yang tepat apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, diharapkan kajian ini aka menjadi rujukan dan garis panduan kepada semua pendidik yang mengajar bahasa Arab dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti, termasuk juga pelajar-pelajar yang ingin menguasai bahasa Arab yang sebenar dan tulen.

3

Page 4: Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Kesimpulan

Penterjemahan merupakan bidang kerjaya yang khusus dan berprestij. Ianya berkehendakkan ilmu pengetahuan, kepakaran, dan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang ilmu yang berkaitan. Penterjemahan kolokasi Arab Melayu teks Mustika Hadis adalah satu usaha untuk membantu para pendidik, pembaca karya Arab, dan pelajar-pelajar yang ingin menguasai bahasa Arab agar dapat memahami kolokasi bahasa Arab dengan padanan makna yang tepat dalam bahasa Melayu. Fokus analisis data yang dihadkan dalam kajian ini ialah kolokasi yang mengandungi gabungan kata kerja dengan kata sendi ‘fi’l dan harf jar’ sahaja.

4

Page 5: Terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi arab melayu

Rujukan

Abdul Ghani Samsuddin. Penterjemahan Tafsir: Prasyarat dan Permasalahan.

Ainon Muhammad, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan Teknik Terjemahan. Persatuan Penterjemah Malaysia. Kuala Lumpur.

Al- Tahir bin Abd al-Salam. 2004. Al-Hafiz Arabic Collocations Dictionary. Libraire du Liban. Lubnan.

Muhammad Bukhari Lubis et, al. 2007. Frasa Idiomatik Aab dan Ertinya. Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Ainon Muhammad. 2007. Panduan Terjemahan. DBP. Kuala Lumpur.

Radiah Yusoff, Goh Sang Seong. 2009. Penterjemahan Bahasa Cina – Bahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia dan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

5