Terkini en Ghazali Kurikulum

49
Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012 Mengarusperdanakan Program Pendidikan Teknik Vokasional Dan Kolej Vokasional 1.0 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan berkembang dengan begitu pesat seperti kebanyakan negara maju di dunia. Rujukan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." (KPM, 2012) FPK digubal sebagai panduan untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan kerajaan dalam bidang pendidikan. Malaysia sebagai negara yang sedang pesat membangun, bahagian yang menjadi keutamaan kerajaan ialah pembangunan modal insan. Ini kerana manusia dilihat sebagai 'modal insan' dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi dan pembangunan negara. Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 1

description

Oleh Salmi Binti Rafie Ardani Bin Abdul Fatah Oh Phaik Leng Badariskon Bin Sarone Ahmad Bin Dollah Mohd Shukri Bin Suib

Transcript of Terkini en Ghazali Kurikulum

Page 1: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Mengarusperdanakan Program Pendidikan Teknik Vokasional

Dan Kolej Vokasional

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan berkembang

dengan begitu pesat seperti kebanyakan negara maju di dunia. Rujukan utama pendidikan di

Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." (KPM, 2012)

FPK digubal sebagai panduan untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua

usaha dan rancangan kerajaan dalam bidang pendidikan.

Malaysia sebagai negara yang sedang pesat membangun, bahagian yang menjadi

keutamaan kerajaan ialah pembangunan modal insan. Ini kerana manusia dilihat sebagai

'modal insan' dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada

kegiatan ekonomi dan pembangunan negara. Pembangunan modal insan telah dicetuskan

oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan

Malaysia Ke-9 (RMK9, 30 Mac 2006) merupakan intipati penting dalam pembangunan

negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang

telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan peruntukan sektor pendidikan dan latihan

sebanyak 20.6% untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan dan

keharmonian sesebuah negara. Penekanan yang diberikan untuk membangunkan modal insan

ini ialah dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti mana yang termaktub dalam

FPK. Usaha-usaha kerajaan ke arah membangunkan modal insan ini dari aspek intelek,

rohani, emosi dan jasmani jelas kelihatan dalam perjawatan. Misalnya, jawatan Ketua

Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional diwujudkan bagi mengemaskinikan pengurusan

PTV di sekolah. Persoalannya adakah sistem pendidikan Malaysia telah berjaya melahirkan

rakyat Malaysia yang berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

1

Page 2: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara?

Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) merupakan subset dalam pendidikan

untuk melahirkan modal insan yang seimbang itu. PTV mesti diperkasakan dari segi

kurikulumnya dan diarusperdanakan. Ini disebabkan kebanyakan negara maju seperti Jerman

60% pelajarnya berpendidikan teknik dan vokasional, Jepun 28% dan Taiwan 70%

berbanding Malaysia ianya tidak sampai 10% (Ishak Yusuf, 1997). Ini bermakna rakyat

Malaysia kurang melibatkan diri dalam kemahiran tinggi dan sudah tentu kurang memberi

sumbangan terhadap pembangunan negara. Faktor ini disokong oleh statistik sehingga 02

April 2012 yang mana jumlah pekerja asing mencecah sehingga 2.32 juta orang (Jabatan

Imigresen Malaysian, 2012).

Sesungguhnya rakyat Malaysia bergantung kepada pekerja asing untuk kerancakan

pembangunan negara terutamanya dalam bidang pembinaan, pembuatan, pertanian dan

perkhidmatan.

Oleh itu PTV dianggap sangat penting kerana melalui PTV:

a. Keperluan negara untuk melahirkan tenaga mahir akan tercapai.

b. Menyediakan graduan untuk sedia bekerja selepas tamat pengajian.

c. Supaya selari dengan usaha-usaha negara serantau dan negara maju.

d. Merapatkan jurang perbezaan bagi mencapai modal insan bertaraf dunia.

Dalam hal ini PTV sememangnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam

menyediakan laluan utama kearah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi

seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi Negara (KPM, 2012).

2

Page 3: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

2.0 Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Dalam bahagian ini, akan didedahkan kepada maksud istilah pendidikan yang

berkaitan dengan PTV dan pembentukan falsafah PTV.

2.1 Istilah

Perkataan teknik atau technic berasal daripada perkataan Greek ‘technikos’ yang

bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Menurut Kamus Dewan (1993),

perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang

hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni. Perkataan teknikal pula bermaksud

perlaksanaan sesuatu usaha dan kerja, atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan

yang tertentu.

Perkataan vokasional (vocational) berasal daripada perkataan Latin vocare yang

bermaksud to call. Maka, perkataan vokasional bolehlah bermakna seperti yang diberikan:

a. Webster's New World Dictionary (1991) iaitu vokasional bermaksud pendidikan dan

latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.

b. Kamus Dewan (1993) iaitu berkaitan dengan pekerjaan (profesion dan sebagainya)

yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.

Manakala pendidikan teknik dan vokasional didefinasikan sebagai:

a. “Formal education designed to prepare for skilled occupation in industry, agriculture

and commerce, generally at secondary level” dan “Formal education designed to

provide knowledge and skills underlying production process with a wider connotation

then vocational education at secondary or higher level” (Amberjeet, 1993 m.s 3)

b. Pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-

barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan. Manakala pendidikan

vokasional pula ialah pendidikan amali dimana menitikberatkan kemahiran yang

diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (Kamus Dewan, 2000).

c. Vokasional sebagai pendidikan yang memberikan kemahiran dan mempersiapkan

seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pula bermaksud mempunyai atau

memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran dan pengetahuan

(Cambridge International Dictionary Of English, 1995).

Dari istilah yang didapati di atas, bolehlah disimpulkan PTV:

3

Page 4: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

a. Pendidikan Teknikal adalah pendidikan yang memberikan pengetahuan teknikal yang

berkaitan dengan matematik dan sains yang kukuh.

b. Pendidikan Vokasional pula merupakan satu program pendidikan tersusun yang

menekankan kemahiran bertujuan menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang

tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.

Sebagai rumusannya pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk

ilmu kemahiran sebagai persediaan kealam pekerjaan kepada pelajar. Di Malaysia antara

agensi kerajaan yang menyediakan PTV ialah:

a. Kementerian Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional.

b. Kementerian Sumber Manusia – Institut Latihan Perindustrian Malaysia dan CIAST.

c. Kementerian Belia dan Sukan – Institut Kemahiran Belia Negara.

d. Majlis Amanah Rakyat – Institut Kemahiran Mara, Pusat Giat Mara dan UniKL

e. Kerajaan Negeri – Pusat Latihan Kemahiran

f. Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2.2 Pemikiran Yang Mempengaruhi PTV

Senario PTV terus berkembang dari zaman penjajahan British sehinggalah kita

mencapai kemerdekaan. Selaras dengan perkembangan negara, maka wujudlah akta-akta

berkaitan pendidikan yang dijadikan asas bagi perubahan dalam PTV.

Antara akta yang termaktub adalah:

a. Laporan Barnes 1951

b. Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak)

c. Laporan RahmanTalib 1960

d. Laporan Kabinet 1979.

Perakuan 111 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) memperakukan bahawa:

'Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan

penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan

PTV menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya

PTV hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi'.

Perakuan 111 ini telah mencetuskan perubahan dan perkembangan lebih pesat dalam

PTV, selepas tahun 1979 sehingga termaktub pula Akta Pendidikan 1995. Akta ini telah

membawa satu reformasi kepada PTV, namun seperti akta sebelumnya, perubahan dalam

PTV berlaku tanpa falsafah yang spesifik.

4

Page 5: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi sistem PTV di Malaysia.

Antaranya ialah aliran Essensialisme, Pragmatism, Progresivisme dan Eksistensialisme.

Walau bagaimana pun, PTV di Malaysia tidak terikat dengan mana-mana aliran falsafah ini

(Widat, 2007).

Sesungguhnya amalan di negara kita termasuklah pendidikan memang unik. Semua

program yang berkaitan dengan pendidikan dibentuk berpandu dan berasaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan ianya diolah mengikut acuan tempatan.

5

Page 6: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

3.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia

Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan PTV salah satu agenda utama negara

melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 iaitu untuk mencapai taraf negara maju

menjelang tahun 2020. Sesungguhnya perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah

wujud sekian lama iaitu sebelum kedatangan penjajah lagi. Perkembangan ini telah merentasi

masa sejak zaman berzaman hingga ke hari ini dan PTV merupakan salah satu cabang dalam

pendidikan di Malaysia. Didapati PTV telah menyumbang kepada pembangunan negara

dalam sektor ekonomi, sosial dan juga kestabilan negara.

3.1 Kronologi Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Berikut diterangkan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia:

a) Sebelum Zaman Kolonialisme British

Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu

perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut

ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan

anak murid maka diwujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid

Al-Haram di Mekah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila

mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman

Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya

pula perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestan.

Kebanyakan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak

formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam,

membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

b) Semasa Zaman Kolonialisme British

Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengkategorikan system pendidikan

Tanah Melayu kepada lima peringkat:

1. Peringkat Rendah

2. Peringkat Menengah

3. Latihan Perguruan

4. Pendidikan Teknik dan Vokasional

5. Pendidikan Tinggi

6

Page 7: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Pada waktu itu, orang Melayu

yang berkemahiran telah diambil sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang

berhampiran dengan Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher

Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di

Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu.

Rentetannya, pada tahun 1918, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah

dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Tanah Melayu.

Hasilnya pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudian pada tahun 1941

statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi

Malaysia pada tahun 1972.

c) Selepas Perang Dunia Kedua

Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British seperti Laporan Barnes (1951) yang

menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan mata

pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun ia gagal untuk

mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula

system pendidikan secara keseluruhan.

Masyarakat Cina di Tanah Melayu juga telah terpanggil untuk menjaga kepentingan

komunitinya. Maka Laporan Fenn-Wu (1952) telah diperkenalkan. Melihat kepada laporan-

laporan tersebut, kerajaan British telah mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan

Ordinan Pelajaran (1952) yang diantaranya menyentuh penubuhan Sekolah Menengah

Vokasional termaktub sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan.

3.2 Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik Dan Vokasional

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah

Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Pada tahun 1914, perang dunia kedua berlaku menyebabkan semua jabatan

ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik dibuka semula tetapi pengurusannya diambil alih

oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Antara kursus yang diperkenalkan ialah

kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur sebagai penambahbaikan.

Sekolah pertukangan bermula pada tahun 1926 dengan 4 buah sekolah di Kuala

Lumpur sebagai permulaan. Gurunya pula terdiri daripada orang Eropah yang ditadbir oleh

seorang pengetua. Tujuan penubuhan sekolah pertukangan ini adalah:

7

Page 8: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

a. untuk melahirkan mekanik terlatih di Jabatan Keretapi dan

b. untuk melahirkan guru-guru untuk mata pelajaran ketukangan disekolah-

sekolah.

Pada awal penubuhan, murid-murid yang diambil ke sekolah ketukangan ini

merupakan murid yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tempoh

kursus adalah selama 3 tahun dan mata pelajarannya pula ialah Seni Perusahaan, Sains

Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

3.3 Penubuhan Politeknik

Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada

tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan

politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke Kementerian Pengajian Tinggi di

mana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej

Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada tahun 2005.

3.4 Penubuhan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964.

Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi

pendidikan dan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Antara bidang

operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu adalah menyediakan perkhidmatan dalam

penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan

perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional.

Pada tahun 1986, BPTV telah mengemaskinikan lagi bahagiannya dengan

menubuhkan sepuluh unit di bawah pengawasannya:

Unit Kejuruteraan Awam Unit Pembangunan

Unit Kejuruteraan Elektrik

Unit Kejuruteraan Mekanikal

Unit Perdagangan

Unit ERT

Unit Sains Pertanian

Unit Pengurusan Pelajar

Unit Pengurusan

Unit Pentadbiran

8

Page 9: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ini seterusnya diberi status jabatan dan

dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.

3.5 Penubuhan Maktab Perguruan Teknik

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang

pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960

mencadangkan supaya sebuah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan. Oleh itu dalam tahun

1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada

bagi mengkaji penubuhan maktab tersebut.

Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Kanada. Kerajaan Kanada

bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan

menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada. Dengan itu lahirlah Maktab

Perguruan Teknik (MPT) pada tahun 17 Mei 1962. Setelah lima tahun berkhidmat,

perkhidmatan kakitangan dari Kanada ditamatkan pada 1967. Selepas itu semua

tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini menjadi bertambah penting dengan memperkenalkan empat mata

pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,

Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Kursus Pertukangan pula mula diwujudkan pada

tahun 1970.

Kesimpulannya, dari kronologi perkembangan sejarah pendidikan teknik dan

vokasional di Malaysia jelas menunjukkan kerajaan telah berusaha untuk mencemerlangkan

sistem pendidikan teknik dan vokasional. Bermula dengan memberi latihan kepada

pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu;

penubuhan sekolah vokasional dan teknik; mendirikan maktab perguruan teknik; sehinggalah

munculnya politeknik dan UTM. JPTek pula diamanahkan untuk memastikan kelangsungan

PTV berada di landasan yang betul.

Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menunjukkan komitmen yang

tinggi terhadap PTV dengan mengumumkan tranformasi PTV bagi merealisasikan hasrat

kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

seterusnya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 (KPM, 2012).

9

Page 10: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

4.0 Malaysia Kearah Mengarusperdanakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Hasrat Negara Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 harus disertai dengan

pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang progresif dan makmur dengan

melaksanakan usaha yang terancang untuk berubah dari sebuah negara membangun kepada

sebuah negara maju. Oleh sebab itu isu yang berkait rapat tentang pengisian negara maju

dengan ciri-ciri tempatan yang bersifat global telah menjadi topik perbincangan yang

diperbahaskan di semua peringkat dengan penyertaan pelbagai pihak melalui kepelbagaian

platform perbincangan yang melibatkan pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan.  Maka,

minat yang ditunjukkan oleh massa perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pihak yang

berkaitan pendidikan vokasional sebagai usaha menyahut cabaran untuk meningkatkan

jumlah penyertaan masyarakat dalam sektor berasaskan kemahiran demi mencapai hasrat

negara maju tersebut.

Kemantapan sistem PTV di negara perlu diperkukuhkan berasaskan sumber manusia

sedia ada yang boleh dilatih sehingga menjadi cukup terlatih dan berkemahiran. Ini akan

menjadi sebagai nadi penggerak utama kemajuan negara hasil dari suatu sistem pendidikan

yang mantap dan berkesan. Oleh yang demikian, jika Malaysia ingin melihat kemajuan dapat

dicapai dalam tempoh tersebut, maka sistem PTV perlu diperkemaskan sebagai satu gerakan

yang tersusun dan bersepadu disemua peringkat. Oleh itu usaha untuk mengarusperdanakan

program PTV adalah sesuatu yang sangat diperlukan pada masa ini.

Dasar PTV seperti tercatat pada portal rasmi BPTV, Kementerian Pelajaran Malaysia

adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang

mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknikal, vokasional

dan kemahiran. Dalam usaha untuk mengarusperdanakan PTV ini, maka kecemerlangan

pelajar yang berilmu dan berkemahiran harus dilonjakkan sehingga boleh mengangkat nama

dan sistem pendidikan kemahiran itu sendiri. Oleh itu adalah diharapkan agar program

pemerkasaan PTV ini akan memberi nilai tambah terhadap keperluan modal insan yang

berkemahiran demi pembangunan masa depan negara secara menyeluruh melalui bidang

pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.

4.1 Keperluan Malaysia Kearah Mengarusperdanakan Pendidikan Teknik Dan

Vokasional 

“Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan

melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan

10

Page 11: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional

kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan

menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia,”,

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (Utusan Malaysia,

12 September 2011). Persoalannya, kenapa Malaysia perlu mengarusperdanakan

PTV? PTV sememangnya memerlukan satu anjakan baru kerana:

a) Keperluan Negara Untuk Tenaga Pekerja Mahir

Perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia telah berjaya mencatatkan kadar

pertumbuhan yang baik sejak tahun 2003, iaitu purata sekitar 6 peratus setahun telah memberi

lonjakan besar ke atas permintaan guna tenaga kerja khususnya terhadap tenaga kerja

profesional, mahir dan separa mahir. Berdasarkan keperluan sektor National Key Economic

Area (NKEA) menjelang 2020, unjuran keterlibatan tenaga kerja manusia dalam sektor

pelancongan sahaja akan melibatkan 449,000 orang. Namun jika ditinjau keperluan

keseluruhan tenaga kerja menjelang 2020 yang melibatkan semua bidang seperti peruncitan,

kesihatan, agro dan perkhidmatan kewangan, Malaysia memerlukan 1,326,000 orang (KPM,

2012).

RMK6 (19911995) dalam Fasa Pertama mencatatkan pembangunan guna tenaga

manusia sebagai penekanan aspek utama dan dasar yang strategik bagi membentuk Malaysia

sebagai sebuah negara perindustrian.

Memandangkan tumpuan pembangunan negara adalah lebih ke arah perindustrian,

pembuatan, hospitaliti dan pelancongan maka adalah perlu bagi PTV menyediakan suatu

bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri serta

perkhidmatan untuk pasaran semasa. Proses ini sangat perlu bagi melahirkan sumber tenaga

kerja yang berkemahiran tinggi, berkebolehan, bermotivasi, cekap dan produktif di dalam

penyediaan perkhidmatan dan pengeluaran di Malaysia.

b) Pembangunan Sumber Manusia

Industri memerlukan tenaga kerja manusia yang cekap dan profesional, berfikiran

terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian

dengan cepat. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan

teknologi tinggi maka adalah sesuatu kemestian bagi pihak yang terlibat dengan PTV ini

untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif demi mewujudkan suatu sistem

pendidikan yang baik agar ia dapat memenuhi keperluan semasa.

11

Page 12: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Sektor PTV perlu mengekalkan daya saing negara melalui peningkatan tahap

kemahiran penduduk, namun sekiranya perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan

keperluan perkembangan ekonomi semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas.

Sekiranya perkembangan semasa menuntut kepada sebuah masyarakat yang berteknologi

tinggi, maka trend pendidikan yang diwujudkan pada masa ini haruslah berupaya memenuhi

tuntutan tersebut.

Jika melihat kepada objektif penubuhan sekolah teknik dan vokasional, maka dapat

difahami bahawa ianya bertujuan untuk melatih para pelajar dengan ilmu kemahiran dan

mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar. Keadaan ini dapat membantu

membentuk satu lapisan tenaga sumber manusia yang hebat di dalam pengurusan organisasi

dan perkhidmatan. 

Objektif penubuhan sekolah menengah teknik dan vokasional iaitu: 

i. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi

keperluan sektor industri dan perdagangan, 

ii. Menyemai sikap bertanggungjawab dan kesungguhan supaya menjadi pelajar yang

berguna dan produktif, 

iii. Membina asas yang kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam

bidang pengajian teknik dan vokasional dimasa hadapan.

  Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan PTV

dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang mempunyai pengetahuan,

sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi keperluan guna tenaga manusia di

negara kita ini. Keadaan ini akan membantu melahirkan pekerja yang mampu untuk

memenuhi harapan dalam aspek pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. 

Oleh itu enrolmen penyertaan dalam PTV perlu ditambah dari 5% kepada 20%

menjelang tahun 2020 (KPM, 2012). Kualiti latihan juga secara keseluruhan perlu

dipertingkatkan dengan ketara supaya tahap kemahiran juga akan meningkat dengan baik

seperti dikebanyakan negara maju iaitu PTV menjadi pilihan pendidikan perdana mereka.

c) Memantapkan Sistem pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional 

Sistem PTV perlu berkembang mengikut kesesuaian keperluan organisasi industri dan

perkhidmatan di Malaysia kerana sehingga kini sistem pembelajaran kemahiran yang terbaik

untuk menyelesai masalah tahap kemahiran sumber manusia masih dicari-cari. Keperluannya

12

Page 13: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

yang selalu berubah sejajar dengan perkembangan teknologi terkini menyebabkan sistem

PTV tempatan memerlukan kaedah penyelesaian yang lebih dinamik.

Usaha-usaha mewujudkan masyarakat Malaysia pada abad ke-21 yang berdaya saing dan

berdaya maju telah pun digariskan di dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat

industri berkemahiran dan berkeperibadian yang tersendiri. 

Dalam pembentukan sebuah negara yang maju, sistem PTV perlulah mampu untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosialnya (JERIS). Ini kerana pembangunan pesat berlaku di dalam pelbagai bidang

organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. Dalam soal ini sistem PTV perlulah dimantapkan

lagi.

Pada suatu ketika dahulu, sistem pendidikan vokasional hanyalah dianggap sebagai

penyelamat kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam SRP atau pun PMR, tetapi sekarang ini

oleh kerana ada tekanan untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang berkualiti maka fungsinya

perlu berubah. 

Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik perlulah meningkatkan

kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekatan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang diamalkan di dalam sistem penyampaian PTV juga perlu diubahsuai agar

ia selari dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. 

Pendidikan PTV yang ditugaskan untuk melahirkan tenaga kerja perlulah diteruskan

sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.  Untuk memantapkan

sistem pendidikan guru teknik dan vokasional, maka perlulah diwujudkan satu badan

profesional untuk membina, menjaga, menilai dan mengesahkan (verification) jaminan kualiti

kurikulum serta kualiti guru teknik dan vokasional sebagaimana yang dibuat bagi melatih

profesion arkitek, undang-undang dan perubatan.

Kursus-kursus perguruan perlu dibuat perubahan agar kaedah mengajar menjadi lebih

berkesan dan efisen. Sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan calon yang berkebolehan

dan berpendidikan tinggi menyertai profesion perguruan teknikal.

d) Perkukuhkan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional 

Mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali Ismail

semasa merasmikan Konvensyen Guru-Guru Vokasional dan Teknik 2008 di Port Dickson,

Negeri Sembilan telah mengatakan perlunya ada usaha yang lebih mantap untuk

13

Page 14: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

memperkukuhkan kurikulum PTV bagi menghasilkan modal insan yang berkemahiran,

progresif dan dinamik (Utusan Malaysia, 26 November 2008). Ini kerana ianya akan menjadi

penentu kepada kejayaan bidang teknologi dan industri negara terutamanya untuk jangka

masa panjang. 

Kurikulum PTV haruslah mampu untuk menggabungkan elemen ICT, inovasi dan

kreativiti. Elemen ini sebenarnya dapat memastikan pelajar lepasan PTV mampu untuk

berdaya saing dan tidak tercicir apabila mereka memasuki bidang pekerjaan.

e) Hubungan Kerjasama Pintar dengan Industri 

Hubungan yang baik perlu dibina dengan pihak industri dan swasta dimana ianya

akan dapat menyediakan pelajar dengan pengalaman sebenar di tempat kerja melalui program

yang dijalankan bersama dengan pihak industri. Pelajar dihantar ke kilang-kilang untuk

mempelajari gaya kerja yang sebenar dan mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di

sekolah. 

Sebagai contoh kerjasama BPTV dengan BIOTRUP-UMS dimana enam sekolah

menengah teknik di Sabah dicadangkan memfokuskan dalam bidang pertanian dengan

bantuan BIOTRUP-UMS (Mohd Ruzaimie, 2009). Selain itu antara program yang telah

dirangka ialah Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan

persekitaran kerja industri kepada guru dalam mendalami teknologi masa kini yang

digunakan industri bagi meningkatkan keupayaan guru dalam mendidik pelajar dalam bidang

kemahiran.

Perkara ini dilihat dapat menghasilkan tenaga mahir yang kompeten dimana pihak

swasta pasti akan berusaha untuk mendapatkan pelajar lepasan vokasional untuk bekerja

dalam syarikat mereka dan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan nama PTV di

mata masyarakat. 

Disamping itu, bagi memastikan teknologi yang diajar diperingkat sekolah atau pun

institut pengajian tinggi adalah seiring dengan keperluan organisasi dan perkhidmatan semasa

maka perhubungan ini dapat dieratkan lagi dengan mewujudkan jawatankuasa penasihat

akedemik. Jawatankuasa ini akan melibatkan pihak industri secara langsung di dalam

merangka kurikulum diperingkat awal sehinggalah ke peringkat yang tinggi. Keadaan ini

akan membantu di dalam melahirkan sumber manusia yang mahir industri. Secara tidak

langsung ia boleh membentuk sebuah organisasi PTV yang mantap dan berdaya maju.

14

Page 15: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

f) Hubungan Kerjasama Antarabangsa 

Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem PTV yang dijalankan di dalam negara

dengan negara lain akan menjadikan sistem PTV lebih berdaya saing. Kerjasama

antarabangsa perlu diperluaskan dengan menjalinkan hubungan dengan sekolah cemerlang di

luar negara melalui aktiviti seperti pertukaran pelajar, pertukaran tenaga pengajar,

perkongsian pintar, program berkembar dan sebagainya. Usaha ini pasti akan dapat

memantapkan sistem PTV sedia ada. 

Dalam jangka masa yang panjang ia dipercayai akan dapat membentuk satu budaya kerja

dan tahap kemahiran yang setara dengan keperluan antarabangsa. Secara tidak langsung

pengurusan organisasi akan menjadi lebih cekap dan perkhidmatan di Malaysia akan dilihat

amat mesra kepada pengguna dan syarikat antarabangsa. Ianya akan membuka peluang

pekerjaan yang lebih luas kepada lepasan pelajar yang mengikuti sistem latihan dalam PTV. 

g) Penglibatan Golongan Ikhtisas dan Kaedah School Enterprice 

Menurut Dato’ Haji Alimudin B. Haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam

Ketiga pada 2009 menekankan penglibatan pihak industri dan badan professional di dalam

sistem PTV akan membantu pelajar menjadi lebih terbuka dan matang terhadap teknologi

semasa. Konsep ini adalah sama dengan konsep School Enterprise yang mengaplikasikan

pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya matlamat untuk menghasilkan

pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari dapat direalisasikan.

Konsep School Enterprise pasti akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam

mempelajari PTV. 

Antara perkara yang akan di tingkatkan melalui sistem latihan ini ialah nilai-nilai

keusahawanan.  Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama dari badan

profesional perakaunan bagi memperkasakan kurikulum keusahawanan PTV.

h) Pendidikan Teknik dari Tingkatan satu

Iaitu Pendidikan Asas Vokasional(PAV) bertujuan memperkenalkan aliran berasaskan

kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini dapat memberikan pendedahan awal kepada

pelajar selama tiga tahun persekolahan sebelum memasuki ke tahun empat persekolahan

menengah dimana mereka perlu memilih bidang yang diminati mengikut kebolehan mereka.

Pendedahan awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang sesuai

dengan kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang meminati

15

Page 16: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat tersalah memilih bidang yang mereka

kurang minat. 

Contoh sistem ini boleh dilihat diamalkan di negara Jepun. Di negara tersebut para

pelajar telah didedahkan kepada sistem pendidikan vokasional seawal sekolah menengah

rendah lagi. Keadaan ini telah memberikan negara Jepun sumber tenaga kerja yang mahir

kerana para pelajarnya telah didedahkan dengan sistem latihan kemahiran sejak awal.

Sehubungan dengan itu, pengurusan organisasi mereka menjadi mudah kerana mempunyai

ramai tenaga kerja yang mahir dan mampu untuk mengendalikan sesuatu tugasan dengan

baik. Maka dengan itu bagi PAV yang bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3

merupakan tindakan bijak kerajaan. Projek rintis PAV Kementerian Pelajaran pada sesi

persekolahan 2012 di 15 sekolah menengah kebangsaan patut diperluaskan lagi (KPM, 2012).

Rumusannya, dari lapan perkara yang diberi di atas didapati PTV mesti

diarusperdanakan kerana dengan cara ini sahaja Malaysia dapat melahirkan tenaga kerja

mahir bagi mencapai Wawasan 2020. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam PTV

hanyalah sekitar 5% berbanding dengan negara maju seperti Jerman dimana PTV dianggap

sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem pendidikannya (KPM, 2012).

16

Page 17: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

5.0 Kolej Vokasional

Sesungguhnya penjenamaan semula sekolah menengah vokasional ke Kolej Vokasional

merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran untuk mengarusperdanakan PTV.

Sehubungan dengan itu, pada 9 September, 2011 di London, Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sistem dan kurikulum baru

pendidikan vokasional. Di dalam sistem baru ini, pelajar boleh mengikuti aliran kemahiran

seawal usia 13 tahun dan boleh mendapat diploma secara jalan pintas melalui Kolej

Vokasional selepas tingkatan tiga (Berita Harian, 9 September 2011).

5.1 Objektif Kolej Vokasional (KV)

Objektif penubuhan Kolej Vokasional ialah :

a. Melahirkan pelajar berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati kehendak

industri.

b. Memupuk watak professional.

c. Melahirkan pelajar berkompetensi usahawan dalam bidang vokasional pilihannya.

d. Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

e. Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Dari objektif penubuhan dapatlah disimpulkan iaitu Kolej Vokasional memainkan

peranan utama dalam pembangunan ekonomi negara dengan membekalkan tenaga kerja

mahir seperti mana yang dikehendaki oleh pihak industri. Selain itu, KV juga berpotensi

untuk melahirkan usahawan di dalam beberapa bidang vokasional tertentu.

5.2 Ciri-Ciri utama KV

5.2.1 Sistem Semester

Kolej Vokasional akan dilaksanakan mengikut Sistem Semester. Keseluruhan

program memerlukan 4 tahun iaitu 8 semester. Pelajar juga diperlukan melakukan On the job

traning (OJT) untuk tempoh masa selama 3 bulan. Tahun 1 dan tahun 2 merupaka Pra-

Diploma. Pelajar dikehendaki mencapai CGPA sekurang-kurangnya 2.5 bagi melayakkan

mereka untuk ke Tahun 3 dan 4 iaitu program diploma.

Pelajar yang lulus akan ditawarkan:

a. Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

b. Sijil Kemahiran Malaysai (SKM) tahap 3

c. dan mana-mana sijil industri yang terlibat dalam program.

17

Page 18: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

Contohnya, bagi pelajar yang mengambil program Baking & Pastry, mereka boleh

dapat DVM, SKM tahap 3 untuk Chief Baker (L100) dan Pastry Chef (L110) dan Diploma in

Patisserie yang dianjur oleh City and Guilds.

Satu tahun pengajian mengandungi 2 Semester. 1 semester mengandungi 16 minggu

dan 4 minggu dikhaskan untuk Semester Pendek. Sesi Pembelajaran akan mengikut Jam

Pertemuan, antara 27 jam dan maksima 31 jam seminggu.

Cadangan Hari Persekolahan dalam system semester untuk tahun 2013 :

Semester Minggu Catatan

1

1 Minggu Serasi

2 - 8 Hari persekolahan

Cuti pertengahan semester 1

9 - 15 Hari persekolahan

16 - 18 Minggu Pentaksiran dan Peperiksaan

Cuti semester I

19 - 21 Semester pendek

Cuti semester I

2

1 - 7 Hari persekolahan

Cuti pertengahan semester II

8 - 14 Hari persekolahan

15 – 17 Minggu Pentaksiran dan Peperiksaan

Cuti Semester II

18 - 20 Semester pendek

Cuti semester II ( 5 minggu )

Semester pendek digunakan untuk latihan praktikal, ulangan kompetensi yang belum

kompeten, Entrepreneurship atau school enterprise, pendidikan berasaskan produk (product

based education - PBE), traineeship, aktiviti pembentukan sahsiah dan sebagainya.

5.2.2 Jenis Program

Program yang dilaksanakan dalam Kolej Vokasional adalah :

a) Diploma Vokasional Malaysia ialah program utamanya yang merupakan

program sepenuh masa selama 4 tahun dan 3 bulan on job training di

18

Page 19: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

industri.

b) Program Apprenticeship / Mode SLDN yang memerlukan hanya 2 tahun dimana

murid akan belajar 30 % teori di Kolej Vokasional dan 70% amali dilaksanakan di

Industri.

c) Program SKM dimana murid melaksanakan Program Sijil Kemahiran Malaysia

sepenuhnya di Kolej Vokasional dan on job training di Industri di jalankan selama

3 bulan.

5.2.3 Bidang

Terdapat 12 Bidang Vokasional dan Teknikal di tawarkan di Kolej Vokasional.

5 bidang yang sedia ada dan 7 Bidang baru. Kesemuanya ada 52 kursus atau program.

Kesemua 12 bidang ini memenuhi kehendak kesemua industri di Malaysia termasuklah Seni

dan Budaya. (Rujuk Lampiran 1)

5.3 Konsep Kurikulum Kolej Vokasional

Kurikulum KV ialah kurikulum yang direka khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hasil

daripada perbincangan di antara pensyarah universiti, agensi-agensi dan industri berkaitan

(KPM, 2012).

5.3.1 Struktur kurikulum KV terdiri dari 3 modul, iaitu :

a) Modul Akademik yang meliputi pengajian 6 mata pelajaran teras iaitu Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Mathematics Technical,

Mathematics for Sosial Study, Sains, Science for Technical, Science for Sosial

Study, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan 1 mata pelajaran bahasa

perniagaan antarabangsa lain seperti Bahasa Mandarin, Arab, Perancis, Jepun

dan lain-lain yang akan dilaksanakan pada Semester 6. Penumpuan modul ini

pada tahap Sijil ialah 30% dan akan kurang ke 20% bila sampai tahap Diploma.

b) Modul Vokasional yang merupakan gabungan 100% modul Sijil Kemahiran

Malaysia (NOSS) dan modul tambahan seperti Sijil Perindustrian yang lain

seperti City and Guilds, Edexcel, LCCI, CIDB dan lain-lain, dan juga tidak

ketinggalan sukatan MPAV. Penumpuan modul vokasional pada tahap Sijil

ialah 70% dan menjadi 80% pada tahap Diploma.

c) Modul Kompetensi Kompetitif meliputi kompetensi keusahawanan,

kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah seperti Production

19

Page 20: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

BasedEducation (PBE), School Enterprise (SE), On Job Training (OJT) dan

lain-lain akan diterapkan dalam setiap gerak kerja pembelajaran dan latihan

mengikut kaedah kompetensi merentas kurikulum.

5.3.2 Ciri-Ciri utama kurikulum KV

a) Orientasi pembelajaran berasaskan pekerjaan.

b) Terbina daripada 4 elemen iaitu ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi.

c) Merentasi tiga domain iaitu jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on)

dan kecekapan (hands-on).

d) Program pengajian bermodular mengikut kluster yang memenuhi keperluan

NKEA dan bernilai kelarisan tinggi (high enchange value).

5.3.3 Struktur Program

Struktur Program dalam bentuk jadual , menunjukkan modul yang perlu diambil oleh

murid dari Semester 1 hingga Semester 8. Ia terdiri daripada Kod Modul, Nama Modul dan

Modul Akademik atau Teras berada di bahagian atas dan Modul Vokasional di bahagian

bawah jadual. Masa pertemuan teori dan amali serta credit hour ditulis dengan jelas dalam

struktur kurikulum. Jumlah masa pertemuan juga di catat di bahagian bawah setiap semester.

(Rujuk Lampiran 2).

5.3.4 Kurikulum Standard

Dokumen Kurikulum Standard Kolej Vokasional (DKSKV) terdiri dari 3 bahagian, iaitu:

a) Standard Kandungan (Content Standard) yang mengandungi penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

b) Standard Pembelajaran (Learning Standard) yang merupakan satu penetapan kriteria

atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

standard.

c) Kriteria Pencapaian (Performance Criteria) adalah kenyataan yang mengkhususkan

kepada apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

(Rujuk Lampiran 3)

20

Page 21: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

5.3.5 Rancangan Sesi Latihan (RSL)

Rancangan Sesi Latihan merupakan Rancangan Tahunan yang dirancang pada awal

Semester untuk pelaksanaan satu semester (14 minggu) mengikut modul. Jika semester 1

menawarkan 3 modul, ini bermaksud tenaga pengajar perlu menyediakan 3 Rancangan Sesi

Latihan. Perancangan ini hendaklah merujuk kepada Kurikulum Standard.

Kandungan utamanya ialah :

i) Kompetensi :

Kompetensi ini merupakan Standard Kandungan (Content Standard) dari DKSKV yang

merupakan kemahiran (task) yang perlu dilakukan oleh murid.

ii) Kaedah Pengajaran (Teaching Stategies):

Kaedah Pengajaran merupakan cara penyampaian pensyarah yang hendak disampaikan

kepada pelajar. Contohnya: penerangan carta / diagram, pertunjukkan video / slides /

powerpoint , tunjuk cara (demonstration) dan lain-lain.

iii) Kaedah Pentaksiran (Evaluation Methodologies) :

Contoh dalam Kaedah Pentaksiran ialah pentaksiran individu dalam kompetensi,

perbincangan dan persembahan dalam kumpulan, folio, ujian bertulis, ujian lisan dan

lain-lain.

iv) Bahan / Sumber (sources) :

Bahan atau sumber yang diguna dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh dalam

bentuk buku rujukan, laman sesawang, bahan mentah, carta, video, power point dan lain-

lain.

5.3.6 Rancangan Pengajaran (RP)

Kandungan utama dalam Rancangan Pengajaran ialah:

i) Masa : peruntukkan masa untuk mata pelajaran / tajuk

ii) Kriteria Pencapaian (Performance Criteria) : yang perlu rujuk dari Dokumen Standard

Kurikulum Kolej Vokasional.

iii) Tugasan Utama / Proses : menerangkan proses P&P yang akan dijalankan sepanjang

waktu ini dengan terperinci.

iv) Bahan sumber pembelajaran : senaraikan bahan sumber yang akan digunakan pada

waktu itu.

v) Refleksi : Bahagian Refleksi perlu ditulis dengan tangan. Ia ditulis selepas P & P.

Terangkan dengan jelas pencapaian objektif dan perkara berbangkit semasa waktu P&P.

21

Page 22: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

5.4 Pentaksiran

Pentaksiran akan dikendali oleh pihak kolej (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan

Lembaga Peperiksaan ( Pentaksiran Berpusat).

5.4.1 Jenis Pentaksiran terdiri daripada :

a) Pentaksiran Kompetensi menilai

Proses Kerja dari segi Perancangan Kerja, pemilihan dan penggunaan

bahan dan turutan kerja.

Hasil kerja dari segi produk atau perkhidmatan

Sikap dan keselamatan iaitu dari segi insaniar yang terdiri daripada

professionalisma / ketepatan masa / etika kerja, kerjasama dalam

kumpulan dan melaksanakan kerja dengan selamat.

b) Ujian pencapaian menilai dari segi

Pengetahuan iaitu Ujian lisan, ujian bertulis, kuiz, folio, projek

individu / kumpulan, perbentangan dan sebagainya.

5.4.2 Format Pentaksiran Kolej Vokasional

a) Modul Akademik : 30% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan

70% Pentaksiran Berpusat.

b) Modul Vokasional : 70% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan

30% Pentaksiran Berpusat.

Dari pernyataan diatas menunjukkan:

a) Sistem Pendidikan Vokasional telah sama seperti negara maju lain di dunia. Dimana

modul vokasionalnya 70% berasaskan sekolah. Pensyarah diberi lebih kepercayaan

untuk menilai kebolehan pelajarnya.

b) Tekanan yang dihadapi oleh pelajar juga kurang memandangkan Malaysia telah

bersifat less exam oriented.

Ringkasan pentaksiran adalah seperti Lampiran 7.

Rumusannya, KV merupakan transformasi KPM. Sistem semester, jenis-jenis

program dan bidang-bidang yang dilaksanakan adalah berbeza secara total dari SMV

mahupun SMT. Ini jelas menunjukkan KPM ingin menonjolkan KV supaya menjadi pilihan

aliran pendidikan murid-murid dan ibubapa di Malaysia.

22

Page 23: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

6.0 Cadangan dan Harapan

Pendidikan teknikal dan latihan vokasional di Malaysia ditawarkan oleh banyak agensi

dan badan sama ada awam atau swasta, di bawah pelbagai payung organisasi dan

kementerian ia menjadi sangat kompleks. Kerjasama dan hala tujunya menggugat

perlaksanaannya demi melahirkan tenaga mahir yang berkualiti. Aspek kerjasama daripada

pihak industri, masyarakat dan badan-badan berkaitan kurang mendapat perhatian.

Perlaksanaan tersebut menjadi satu cabaran kepada negara.

Oleh itu beberapa cadangan dan harapan telah dikenalpasti seperti berikut:

6.1 BPTV Sebagai Peneraju Perlaksanaan Pendidikan Teknik dan Vokasional

di Malaysia

PTV bermula dari peringkat sekolah rendah seperti mata pelajaran Pendidikan Seni

Visual (PSV); sekolah menengah rendah seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup, Pelajaran

Aliran Vokasional (PAV); sekolah menengah atas seperti mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan Aliran

Kemahiran (SKM). Manakala diperingkat tinggi pula, PTV meliputi kursus vokasional dan

kemahiran seperti Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan

lain-lain.

Sebahagian besar PTV ini bermula dari peringkat sekolah yang mana ianya diterajui

oleh BPTV di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi lepasan sekolah akan mengikut

kursus berkaitan kemahiran dan vokasional dibawah Kementerian Sumber Manusia,

Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan

Usahawan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan pihak swasta.

Sehubungan itu, tiada kesinambungan semasa peralihan dari peringkat sekolah ke

peringkat yang lebih tinggi. Kekangan tersebut menyebabkan pelajar sering bertukar bidang

kemahiran atau pengkhususan dan menyebabkan kerugian dari aspek tempoh pembelajaran

yang dipelajarinya semasa di pusat pembelajaran terdahulu.

BPTV sewajarnya menguruskan proses PTV bermula dari peringkat sekolah

menengah rendah sehinggalah ke alam pekerjaan. Usaha tersebut boleh dilaksanakan dengan

penubuhan Kolej Vokasional KPM yang terancang. BPTV diharap dapat bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap perlaksanaan PAV disekolah menengah rendah, pengurusan KV dan

peringkat lanjutan di pengajian tinggi seperti MTUN, UTHM, UNIMAP (KPM, 2012) dan

lain-lain.

23

Page 24: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

6.2 Menaik Tarafkan Peranan Dan Bidang Kuasa Bahagian Pendidikan Teknik

dan Vokasional Daripada Bahagian Kepada Peringkatan Jabatan Atau

Kementerian

BPTV pada asalnya bermula daripada Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) yang

mana telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan

dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini

(Ensiklopedia Pendidikan Malaysia, 2011). Skop pentadbirannya adalah lebih meluas seperti

pengurusan Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah

Vokasional.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku sekali lagi pengstrukturan semula dan menyeluruh di

peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal kemudiannya

ditukar kepada BPTV. Bidang kuasanya dikecilkan hanya tertumpu kepada Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional sahaja. Hal ini menjadi kekangan kepada BPTV bertindak

sebagai peneraju dalam PTV di Malaysia.

Merujuk kepada negara-negara maju yang lain, kuasa pentadbiran yang menyeluruh

diberikan kepada Jabatan yang bertindak seperti BPTV di Malaysia. Contohnya:

a) Office of Vocational and Adult Education di Amerika Syarikat.

b) Ministry for Vocational dan Technical Education di Australia

c) Secretary of State for Education and Skills di Britain (Wikipedia.org, 2012)

Negara-negara maju tersebut memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jabatan

berkenaan mengurus dan melaksana program PTV di negara masing-masing.

6.3 Meningkatkan Kesedaran Dikalangan Masyarakat Kepentingan PTV Untuk

Membentuk Negara Maju Menjelang Tahun 2020

Selama ini ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang

lemah atau dikategorikan sebagai kelas kedua (Kosmo, 9 Oktober 2012). Lanjutan itu,

Sekolah Menengah Vokasional (SMV) telah distruktur semula kepada Sekolah Menengah

Teknik (SMT) untuk menunjukkan PTV masih lagi relevan dan setanding dengan pendidikan

akademik yang lain. Namun, sebaliknya berlaku, SMT masih dianggap kelas kedua

berbanding Sekolah Harian Aliran Sains dan Sekolah Berasrama Penuh.

Lepasan PTV terutamanya dari bidang kemahiran dan vokasional sesungguhnya

berupaya menjana pendapatan setaraf ataupun lebih tinggi berbanding lepasan universiti.

Sebagai contoh, tenaga kerja di negara-negara maju adalah golongan yang mendapat

24

Page 25: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

pendidikan dalam bidang vokasional. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang

mengikuti latihan kemahiran selama sembilan bulan anjuran Akademi Binaan Malaysia Utara

Sdn Bhd, (ABM) dan CIDB menikmati gaji antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan

(Harian Metro, 13 Julai 2012).

Lepasan PTV juga mudah mendapat pekerjaan kerana mempunyai kemahiran

berbanding siswazah yang menamatkan pengajian di universiti dan ini membuktikan

permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran adalah meningkat. Selain itu, kelulusan

dalam bidang kemahiran dan vokasional sebenarnya kini mendapat permintaan tinggi dari

sektor swasta dan diperlukan untuk menjana ekonomi negara. Bidang vokasional jelas

mampu melahirkan modal insan kelas pertama ke arah menjadikan Malaysia negara maju

menjelang 2020 (Harian Metro, 13 Julai 2012).

Kejayaan tersebut boleh dihebahkan menerusi pengiklanan TV dan Radio, forum

pendidikan dan komuniti setempat, out reach atau karnival pendidikan PTV dan lain-lain

media alternatif. Contohnya, seperti mana yang telah dilakukan pada Majlis Konvokesyen

Sijil Kemahiran Malaysia dan Karnival PTV 2012 di KV Manjung bagi Zon Perak.

Selain itu, sijil-sjil yang dikeluarkan oleh Institut PTV seperti Sijil MLVK, Diploma

lepasan Politeknik dan Diploma Vokasional Malaysia sepatutnya mendapat pengiktirafan

yang sama seperti sijil-sijil akademik yang lain.

Pihak institusi pengajian tinggi juga perlu bersifat terbuka untuk memberi peluang

kepada lepasan-lepasan PTV ini melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Maka,

tindakan ini dapat menaik taraf lulusan PTV ini dimata masyarakat terutamanya pihak

pelajar, ibubapa dan industri.

6.4 Menggalakkan Industri Bekerjasama Dengan PTV

Konsep kerjasama antara industri dengan institusi PTV bertujuan untuk

mempercepatkan proses keserasian lulusan insitusi PTV untuk memasuki alam pekerjaan.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti institusi PTV tersebut.

Pelaksanaan kerjasama ini merupakan suatu strategi pintar dalam mengatasi

kekurangan sumber tenaga mahir. Untuk mengeratkan kerjasama antara institusi PTV dengan

industri, institusi PTV tersebut harus mengambil inisiatif mendekati industri.

Sesungguhnya hubungan kerjasama antara institusi PTV dengan industri adalah

penting kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk menimba pengalaman sebenar di

tempat kerja. Pelajar yang dihantar ke industri dapat mempelajari cara berkerja yang sebenar

25

Page 26: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

dan mempraktikkan kemahiran yang diperolehinya itu di institut PTV dan seterusnya

mengaplikasikannya sendiri di alam pekerjaan.

Kerjasama antara pihak industri dengan institusi PTV boleh memberi manafaat

kepada:

6.4.1 Pihak Institusi PTV:

a) Mengetahui maklumat dunia pekerjaan yang relevan dengan kursus yang ada di

institusi PTV.

b) Pelajar dapat mengetahui perkembangan teknologi terkini.

c) Mewujudkan sistem perantisan bagi tenaga pengajar baru supaya lebih terampil dan

berpengalaman dalam bidang yang diceburi

d) Industri sebagai sumber pemantapan kurikulum institusi PTV.

e) Institusi PTVsebagai badan pembekal tenaga kerja berkemahiran kepada pihak

industri.

f) Sebagai pusat latihan industri.

g) Meningkatkan daya saing lulusan institusi PTV.

h) Meminimumkan masa melahu sebelum memasuki alam pekerjaan.

i) Peningkatan keterampilan kerja amali dikalangan pelajar.

j) Pengalaman bekerja mengikut amalan, tatacara dan sikap sebagai pekerja industri.

6.4.2 Pihak Industri:

a) Pihak industri dapat mempromosi perusahaannya secara langsung.

b) Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

c) Dapat memindahkan kepakaran industri kepada institusi PTV.

d) Mendapat sumber tenaga kerja yang menepati keperluan industri.

e) Memperluaskan kawasan dagangan (Edward Rosyidi, 2012).

6.5 Mewujudkan Satu Sistem Penilaian Dan Piawaian Yang Berkesan Merujuk

Kepada Kehendak Industri Semasa

Sistem penilaian yang berkesan terhadap mata pelajaran PTV mestilah berasaskan

kehendak industri. Oleh itu tahap pencapaiannya mestilah juga ditetapkan oleh industri dan

pelajar sudah semestinya mencapai tahap tersebut.

Pada masa kini peningkatan bilangan institusi PTV sungguh menggalakkan dengan

pelbagai kursus diperkenalkan. Namun begitu kebanyakannya adalah berorientasikan

26

Page 27: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

keuntungan semata-mata. Boleh dikatakan semua institusi mengeluarkan Sijil dan Diploma

mengikut takrif mereka sendiri tanpa merujuk kepada sesuatu piawaian yang ditetapkan.

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa kawalan ia akan memberi kesan negatif kepada

perkembangan ekonomi dalam jangka masa panjang. Adalah menjadi cabaran kepada sistem

pendidikan kita untuk menyediakan piawaian yang menyeluruh di samping mengambil kira

perbezaan di antara industri-industri dan lokasi mereka. Dengan cara inilah kemahiran dan

pengetahuan asas dapat digunakan dengan berkesan oleh pihak industri.

Pihak swasta juga digalakkan untuk membina institusi yang memberi latihan

kemahiran kepada tenaga sumber manusianya sendiri. Namun begitu, kawalan oleh pihak

berkuasa amat diperlukan supaya hasilnya akan mempunyai kualiti yang sepadan dengan

yuran yang dikenakan. Contohnya, KUMPULAN NAZA telah menubuhkan Akademi

NazaKia sebagai kolej automotif dan pengurusan pengangkutan secara usahasama dengan

HELP International Corporation Bhd untuk menambah professional dalam bidang berkenaan

di Malaysia dan serantau (Harian Metro, 24 Februari 2011).

6.6 Memantapkan Kemahiran Dan Kelayakan Pendidik Kepada Yang Lebih

Khusus Dalam Bidang Yang Menepati Kehendak Industri

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan khusus untuk guru teknik dan vokasional,

perlulah diwujudkan satu kurikulum guru vokasional sebagaimana yang dibuat bagi melatih

profesyen arkitek, undang-undang dan perubatan. Sesuatu perlu dilakukan untuk

mendapatkan calon yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi untuk menyertai profesyen

perguruan teknikal dan vokasional.

Sebagai contoh, di Jerman profesyen perguruan teknikal menerima imbuhan yang

tinggi kerana untuk diterima sebagai pendidik mereka terpaksa menerima latihan yang

panjang dan rapi. Keadaan inilah yang menjadikan negara Jerman dikenali sebagai salah

sebuah negara yang menjadi peneraju kepada perkembangan teknologi terkini khasnya di

dalam bidang automotif dan ketenteraan. Manakala di Korea Selatan pula, pihak industri

menghantar pegawai dan jurulatih yang berpengalaman dalam bidang masing-masing ke

Institut Perguruan Teknikal (TTI) untuk membantu tugas pengajar dan mekanik jentera

(Warnoh, 2003).

Bagi memantapkan kemahiran dan kelayakan pendidikan yang khusus dan menepati

kehendak industri, pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu mengambil kira aspek berikut,

antaranya:

27

Page 28: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

a) IPG yang berkenaan dengan PTV diberi peluang oleh pihak industri menghantar guru

pelatih ke industri berhampiran bagi mendapatkan latihan industri sebenar dan latihan

di tempat kerja melebihi tempoh yang sedia ada contohnya dalam tempoh 6 bulan.

b) Pihak industri membekalkan peralatan jentera, teknikal yang terkini dipasaran kepada

IPG untuk latihan praktikal yang sebenar

c) Pihak IPG dapat menyediakan latihan jangka pendek dengan kerjasama pihak industri

untuk pengajar sedia ada agar pengetahuan dan kemahiran adalah terkini serta

mengikuti acuan semasa.

Tenaga pengajar yang telah mengikuti program dan peningkatan kemahiran wajar

diberi pengiktirafan oleh pihak KPM, BPTV dan industri dalam bentuk ganjaran kenaikan

pangkat, gaji, jawatan yang sesuai dengan kemahiran yang dimilikinya.

Oleh itu, tenaga pengajar dalam pembangunan PTV perlu diberi pendedahan

mengenai perkembangan teknologi (peningkatan dan perubahan teknologi) yang berkaitan

untuk diterap ke dalam sistem pendidikan. Pendedahan ini boleh disediakan dalam bentuk

kursus persisir dihujung minggu ataupun diluar waktu kerja supaya kemahiran tenaga

pengajar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Tenaga pengajar juga digalakkan menjalani kerja-kerja perundingan di industri,

menghadiri kursus latihan jangka panjang atau pendek sama ada secara berkala atau tidak

berkala dan pertukaran tenaga pengajar diantara institusi yang berbeza seperti antara KV

dengan ILP, UTHM dan sebagainya.

Bagi tujuan untuk mengarusperdanakan PTV, maka tenaga pengajar mesti sentiasa

diberi peluang meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan kemajuan teknologi serta

mewujudkan kerjasama yang erat perlu dibina dengan pihak industri.

6.7 Lepasan PTV Menjadi Pilihan Utama Untuk Mengisi Kekosongan Kerja

Berkemahiran Di Industri

PTV boleh menjadi pemangkin ekonomi negara. Ia dapat merapatkan jurang diantara

kurikulum dengan alam pekerjaan. Di Malaysia pembangunan PTV lebih terarah kepada

usaha mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi dan perindustrian. Hal ini

dinyatakan oleh Yahya Emat (2005) dimana PTV adalah saluran utama bagi memenuhi

matlamat tersebut (Mohamad Afzamiman, 2011)

Lulusan PTV dapat memenuhi keperluan pasaran industri di dalam dan luar negara.

Lulusan bidang tersebut juga boleh memiliki kerjaya yang baik sama seperti graduan

28

Page 29: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

universiti mengikut kemahiran yang dimiliki (Kosmo, 9 Oktober 2012). Instituti-instituti PTV

yang mendapat perhatian pihak industri di Malaysia antaranya ialah ILP, Kolej Komuniti,

Politeknik, dan akan datang diharapkan Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia

(KV KPM).

Berdasarkan konsep transformasi pendidikan vokasional, KV KPM akan melahirkan

tenaga kerja mahir dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran

yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja (KPM,

2012).

Merujuk pada konsep tersebut, diharap sistem PTV (KPM 2012) ini boleh

merealisasikan sumber manusia yang rensponsif terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dan

berkolaborasi dengan pihak industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran serta

mengupayakan tenaga kerja mahir dan usahawan. Contohnya, pihak BPTV dan pengurusan

KV dapat menyediakan saluran pekerjaan secara terus ke industri berhampiran yang mana

bersesuaian dengan kursus-kursus yang ditawarkan di KV berkenaan. Sebagai contoh, kursus

elektrik di KV Kuala Kangsar dapat menyediakan pekerja mahir dalam sistem pendawaian

kuasa di Industri Simen YTL sebaik sahaja menamatkan pengajian.

6.8 Pembiayaan Pendidikan Teknik dan Vokasional 

Perubahan dalam dunia pekerjaan akan membabitkan perubahan dalam struktur

kurikulum di sekolah-sekolah. Perubahan ini akan melibatkan kos, masa dan latihan

tambahan. Dalam tempoh negara kita menuju ke arah Wawasan 2020, tidak mungkin sistem

pendidikan kita dapat menanggung kos beban perubahan tanpa bantuan dari pihak lain.

Contohnya, Malaysia pernah meminjam USD 300 juta atau RM 1.165 billion dari Bank

Dunia untuk Projek Pemulihan Ekonomi dan Pinjaman Sektor Sosial yang telah

ditandatangani oleh Duta Malaysia di Amerika Syarikat pada masa tersebut, Datuk Dali

Hashim. Pinjaman ini adalah untuk tujuan membasmi kemiskinan, kesihatan dan peruntukan

pelajaran (World Bank Project & Operation, 1999).

Sistem pendidikan vokasional juga perlu mendapat sumbangan dalam bentuk

kewangan atau peralatan.  Pihak swasta perlu digalakkan untuk memainkan peranan mereka

dengan menjalankan latihan di tempat sendiri sama ada secara usahasama dengan institusi

kerajaan ataupun melalui sumber dalaman.

Sumbangan secara terus dalam bentuk peruntukan tetap, biasiswa dan juga pinjaman

perlu digalakkan. Sistem pendidikan juga perlu berusaha supaya setiap industri

29

Page 30: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

mencarumkan levi latihan ke dalam sesuatu tabung dan memastikan setiap industri

diwajibkan melatih beberapa orang pelatih mengikut kemampuan dan saiz industri

berkenaan. Dengan cara ini pembiayaan latihan dapat dikongsi bersama oleh kerajaan dan

sektor swasta. 

Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menarik minat sektor swasta supaya

terlibat secara langsung di dalam mempertingkatkan latihan kemahiran. Ini kerana

pendidikan vokasional merupakan satu bidang yang memerlukan sumber kewangan yang

besar bagi mengendalikannya.

Untuk mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan kerajaan memperkenalkan insentif

cukai yang menarik dalam belanjawan bagi industri dan orang perseorangan yang mengikut

di dalam latihan PTV. Adalah diharapkan dengan adanya insentif seperti ini, penglibatan

sektor swasta di dalam latihan dan PTV dapat dipertingkatkan. 

Oleh itu, untuk mengangkat darjat PTV ke arus perdana sememangnya mempunyai

banyak cabarannya. Adalah diharapkan segala cadangan yang dikemukakan sekurang-

kurangnya dapat membantu meningkatkan keyakinan masyarakat untuk memilih PTV

sebagai pilihan utama mereka.

30

Page 31: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

7.0 Penutup

Perubahan masa, perkembangan teknologi dan tuntutan Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 memberi petunjuk bahawa

pembangunan manusia memerlukan paradigma yang baru dan lebih berinovasi. Keadaan ini juga

menuntut perubahan yang ketara dan drastik kepada sistem pendidikan di Malaysia. Daripada

pengalaman dan amalan negara maju adalah didapati bahawa sistem PTV merupakan salah

satu aliran yang diiktiraf atau dikenali sebagai satu sistem pendidikan yang berperanan untuk

membentuk individu supaya mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seperti yang diingini

oleh industri pada masa kini.

Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha untuk mengarusperdanakan dan

pengubahsuaian dalam perlaksanaan sistem PTV untuk mempersiapkan individu yang

berkebolehan tinggi dalam bidang kemahiran dan pengetahuan teknikal mesti disokong

sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, mengorientasikan PTV berdasarkan kepada keperluan dunia kerjaya

seharusnya tidak tertumpu kepada pembangunan ekonomi dan sosial sahaja, tetapi juga sebagai pendekatan

kepada pembangunan lestari atau menyeluruh. Tanggungjawab besar yang terpaksa dipikul oleh agensi-

agensi PTV ini memperlihatkan anjakan paradigm sistem PTV mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh di

Malaysia. Falsafah, visi, misi, matlamat, dasar dan polisi, dan kurikulumnya mengalami reformasi secara

berterusan untuk menjadikan PTV selari dengan kepesatan sains dan teknologi, industri dan kehendak

masyarakat.

Bagi memastikan sistem PTV dapat menempuhi dan mengadaptasi cabaran yang berlaku, semua

pihak yang terlibat dengan PTV contohnya guru diperingkat sekolah vokasional dan teknik perlu mempunyai

kekuatan mental dan emosi dalam memenuhi keperluan kemahiran, individu dan berusaha membangunkan

masyarakat dan negara. Komitmen dan kesungguhan yang berterusan daripada semua pihak diperlukan bagi

membolehkan institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional dilonjakkan dengan cemerlangnya.

31

Page 32: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

8.0 Sumber Rujukan

1. Curtis R. Finch, John R. Crunkilton. 1992. Curriculum Development In Vocational

Anda Tehcnical Education, Planning, Cotent anda Implimentation 4 th Edition. Allyn

and Bacon.

2. Allan C.Ornstein, Francis P. Hunkins. Curriculum, Foundation, Principles anda Issues

2nd Edition. Allyn and Bacon.

3. Tony Nasta. 1994 How to Design, a Vocational Curriculum, A Practical Guide for

School anda College. Kogen Page Limited, London.

4. Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi I, Kurikulum, Pengurusan Bilik Darjah. Polygraphic,

Selangor. Malaysia.

5. Mahathir Mohamad. 1991. Malaysia Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020).

Jabatan Percetakan Negara.

6. Siti Maspiah Hassan, Nor Azizah Salleh. 1995. Pendidikan Vokasional: Formal Dan

Normal Ke Arah Wawasan 2020. UKM.

7. Isahak Haron. 1992. Aliran Perkembangan Pendidikan Dan Pembentukan Malaysia

Sebagai Negara Industri Dalam Abad ke-21. UPM.

8. Yahaya Emat. 1993. Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke

Arah Mencapai Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia.

9. Warnoh Katiman, Norasmah Hj. Othman. 2003. Program Pendidikan Guru Teknik

Dan Vokasional Yang Cemerlang. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

Malaysia.

10. Kementerian Pelajaran Malaysia. Transformasi Pendidikan Vokasional: Info Ringkas

Edisi 2. KPM. 2012.

32

Page 33: Terkini en Ghazali Kurikulum

Pembangunan Kurikulum Dalam PTV 2012

11. Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, JPTek Kementerian Pelajaran

Malaysia. 2007. Pembangunan Kurikulum Teknikal Dan Vokasional. Bahagian

Latihan Dan Kemajuan Staf, JPTek, Kementerian Pelajaran Malaysia.

12. Muhamad Azamian Aripin, Rohana Hamzah, Muhamad Zulfadly Othman, Ismail

Sabri Norihan. 2011. Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional: Integrasi Kaedah

Avicenna dan Konsep Pendidikan Untuk Semua. Jurnal Teknologi. Penerbit UTM

Press.

13. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan: Edisi ke-3.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

14. Ishak Yusuf, Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Bangi: UKM

15. Mohamad Ruzaimie. 2009. Peranan Dasar PTV Dalam RBT Bagi Menjamin Masa Hadapan Pelajar-Pelajar Tercicir.

16. Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom. 2009. Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan Generasi Baru Melalui Sistem Pendidikan Nasional Dan Pengajian Agama: Gagasan Dan Cabaran Merealisasikannya.

17. http://skterusanbaru.blogspot.com/2011/11/bahagian-pendidikan-teknik-dan.html

18. http://www.scribd.com/doc/49710423/Perbandingan-PTV-3

19. http://en.wikipedia.org/wiki/Secretary_of_State_for_Education

20. http://en.wikipedia.org/wiki/Office_of_Vocational_and_Adult_Education

21. http://www.mineducacion.gov.co/cvn/1665/articles-110639_archivo_pdf.pdf

22. http://lenggongman.blogspot.com/2011/08/memperkasakan-pendidikan-teknik-

dan.html

23. http://www.hmetro.com.my/articles/

Rakyatdimintaubahtanggapanterhadappendidikanvokasional/Article

24. http://www.edwardrosyidi.com/

33