Terkini Legal Taip
description
Transcript of Terkini Legal Taip
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
1.0 Pendahuluan
1.1 Konsep Pendidikan Di Malaysia
Konsep pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada beberapa bahagian utama. Sistem
Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah dibawah Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripada Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan
Menengah seterusnya Pendidikan Lepasan Menengah. Pendidikan Prasekolah merupakan
program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Bagi Pendidikan Rendah pula, kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan
bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga
tujuh tahun. Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Bagi
Pendidikan Menengah pula, Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah
rendah dan menengah atas.
Pendidikan menengah terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan
vokasional dan sekolah kebangsaan agama. Pendidikan Lepas Menengah pula ialah
pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan
menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Konsep
pendidikan di Malaysia berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana
matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta sosial seterusnya mampu untuk
memperkembangkan diri dengan maksimum.
1.2 Undang-Undang dalam Pendidikan
Golongan pendidik tidak dinafikan sebagai golongan berisiko tinggi dalam melanggar
peraturan dan undang-undang pendidikan. Puncanya mereka tidak faham, tidak tahu serta
langsung tidak mahu mengambil tahu tentang peraturan dan undang-undang dalam
pendidikan. Faktor ini telah dikenalpasti sebagai punca utama mengapa guru sering
[1]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
didakwa di mahkamah atas sikap mereka yang acuh tidak acuh kepada undang-undang
dalam pendidikan. Profesion perguruan sentiasa menerima tekanan daripada masyarakat
yang mengharapkan yang terbaik daripada pihak sekolah dan apa sahaja yang kurang
menyenangkan berlaku dalam masyarakat, guru merupakan sasaran utama dituding jari.
Dengan adanya undang-undang pendidikan, guru diharapkan lebih sedar betapa besarnya
tanggungjawab yang dipikul mereka sebagai in loco parentis di sekolah.
Guru dikatakan mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dan merupakan wakil ibu
bapa atau in loco parentis kepada murid di sekolah (James Ang, 2011). Oleh demikian,
kewujudan undang-undang ini merupakan jalan terbaik supaya kedua-dua pihak samada
guru mahupun pelajar dapat dilindungi daripada dakwaan mahkamah seterusnya sentiasa
mengutamakan aspek keselamatan semasa berada di sekolah.
2.0 Bahagian A : Pengenalan
2.1 Kecuaian
Menurut James Ang (2011), kecuaian adalah kegagalan mengambil tindakan berjaga-
jaga bagi melindungi individu lain seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Kecuaian berlaku samada ketika seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang mana ia
tidak seharusnya dilakukan atau sengaja tidak melakukan sesuatu perbuatan apabila ia
sepatutnya dilakukan.
Dalam bidang pendidikan terdapat dua jenis kecuaian iaitu kecuaian guru dan kecuaian
pendidikan. Kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga
daripada segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya
kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa
pelajar. Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai ilmu dalam
[2]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
pendidikan. Namun, sehingga ke hari ini kecuaian pendidikan amat sukar untuk
dibuktikan kerana ianya sukar untuk membuktikan dakwaan daripada mana-mana plaintif.
2.1.1 Undang-Undang Tort
Istilah tort merujuk kepada sesuatu kesalahan yang melibatkan aspek kecuaian.
Undang-undang tort berkait rapat dengan keadilan berbentuk pembetulan apabila
konsep ini menegaskan pihak yang bersalah dikehendaki memberikan ganti rugi
kepada mangsa. Menurut James Ang (2011), apabila seseorang pendidik gagal
mematuhi kewajipan berjaga-jaga, maka dia dianggap sudah memungkiri
kewajipannya dan dengan itu boleh didakwa di bawah undang-undang Tort. Seseorang
murid, ibubapa, atau wakilnya akan memperoleh kejayaan dalam tindakan tuntutan
ganti rugi terhadap guru sekiranya salah satu atau beberapa elemen berikut dibuktikan:
a) Kewajipan berjaga-jaga tidak diamalkan
b) Kewajipan telah dimungkiri
c) Kecuaian defendan
d) Plaintif mengalami kecederaan
2.2 Keadilan Asasi
Menurut Lee Mei (2005), beliau menyatakan bahawa keadilan asasi adalah
suatu standard minimum yang mesti dilaksanakan dalam setiap proses pembuatan
keputusan oleh pegawai pentadbiran badan atau institusi perundangan. Ia digunakan
untuk keselamatan pihak yang terlibat daripada keputusan atau tindakan yang dibuat
oleh pegawai pentadbiran atau institusi perundangan. Hak keadilan asasi perlu
mematuhi dua prinsip utama seperti berikut iaitu pertama prinsip audi alteram partem.
Bagi prinsip audi alterem partem, berikut merupakan ciri yang diambilkira:
a) Keperluan notis pemberitahuan tentang kesalahan yang dihadapi oleh pekerja yang
berkenaan;
[3]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
b) Keperluan diberi peluang membuat representasi jawapan atau berhujah atas kesnya
dalam masa yang munasabah. Peluang membuat representasi ini sama ada secara
lisan atau tulisan;
c) Hak menyoal saksi dan hak diwakili oleh peguam;
d) Hak diberitahu keputusan dan hak dinyatakan alasan keputusan;
e) Pertimbangan kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu" (autrefois
acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res judicata;
f) Hak merayu dan dengar semula.
Manakala prinsip kedua pula, prinsip nemo judex in causa sua, iaitu tidak berat
sebelah bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes yang dikendalikan.
Bagi prinsip nemo judex causa sua, berikut merupakan ciri yang diambilkira:
Berat sebelah dan prasangka terjadi kerana dua sebab iaitu:
a) kerana pihak-pihak ada kepentingan, atau
b) berat sebelah kerana ada perhubungan atau pertalian
3.0 Bahagian B : Ulasan Kes
3.1 Kes Kecuaian Pertama
Kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors v. Headmaster, Anglo-Chinese
Primary School & Anor.
3.1.1 Sinopsis Kes
Dalam kes ini, Hew Wan Hoong (plaintif) seorang murid berumur sembilan tahun
dilanggar oleh bas sekolah dan mengalami kecedaran serius di dalam kawasan sekolah
Anglo-Chinese Primary School semasa berjalan pulang ke rumahnya. Oleh sebab dia
mengalami kecederaan yang teruk, plaintif menyaman pemandu bas dan pemiliknya
(perayu) serta menuntut kerugian. Pemilik bas kemudian membawa responden (guru
[4]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
besar dan kerajaan) sebagai orang ketiga untuk sama-sama bertanggungjawab
membayar ganti rugi. Hakim perbicaraan mendapati perayu bertanggungjawab penuh
dan membayar plaintif sebanyak RM20,000 sebagai ganti rugi am dan satu lagi
jumlah RM794 sebagai ganti rugi khas dan menolak tuntutan perayu untuk sumbangan
terhadap responden dengan kos.
3.1.2 Alasan Penghakiman
Sebagai pemilik dan penghuni premis iaitu sekolah, adalah pihak sekolah mempunyai
kewajipan untuk mengekalkan premis sekolah selamat. Mereka tahu bahawa jalan itu
sangat sempit dan menjaga kanak-kanak menjadi keutamaan mereka . Pihak sekolah
adalah betul di dalam mencegah kereta ibu bapa daripada masuk ke kawasan sekolah
kerana atas sebab keselamatan tetapi kita tidak faham mengapa pengecualian dibuat
untuk bas sekolah. Sesungguhnya , bas adalah kenderaan yang lebih besar dan akan
mendatangkan potensi bahaya yang lebih besar terutamanya apabila jalan begitu
sempit dan tiada ruang mencukupi bagi orang untuk bergerak. Kami mendapati amat
sukar untuk pihak sekolah bebas daripada apa-apa kesalahan Pada pandangan kami
mereka mesti berkongsi kesalahan dengan perayu-perayu. Tetapi persoalannya ialah
berapakah nisbah nya? Melihat kepada kesalahan pihak sekolah hanya membenarkan
bas untuk masuk ke perkarangan sekolah, keistimewaan bas itu tidak semestinya perlu
digunakan, atau risikonya tidak semestinya perlu diambil, untuk menyalahkan pihak
sekolah dibenarkan tetapi mestilah kurang daripada kesalahan kepada perayu-perayu
itu iaitu pemilik bas dan pemandu.
3.1.3 Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan ia adalah adil dan munasabah liabiliti keseluruhan
dibahagikan 30% kepada responden (pihak sekolah) dan 70% terhadap perayu-perayu
(pemilik bas dan pemandu). Oleh demikian, dengan itu membenarkan rayuan dengan
[5]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
kos di sini dan di mahkamah di bawah dan perintah itu deposit rayuan itu perlu
dibayar balik.
3.1.4 Ulasan Penulis
Saya dengan ini menyokong penuh keputusan hakim yang bijaksana. Saya bersetuju
dengan keputusan hakim dimana mendapati responden (Guru Besar dan Kerajaan)
bersalah dan perayu (pemandu dan pemilik bas) juga turut bersalah. Bagi
membuktikan samada responden dan perayu bersalah atau tidak, maka saya akan
huraikan dengan berdasarkan kepada empat elemen kecuaian seperti berikut:
3.1.4.1 Kewajipan Berjaga-Jaga (Duty of Care)
Responden didapati telah melanggar kewajipan berjaga-jaga. Ini kerana, responden
telah membenarkan dua buah bas untuk parkir di dalam square dalam kawasan
sekolah dimana ia boleh mendatangkan bahaya yang boleh diramalkan. Sepatutnya,
sebagai kewajipan berjaga-jaga responden tidak boleh membenarkan langsung bas
memasuki kawasan sekolah. Hanya selepas kejadian kemalangan, baru responden
menguatkuasakan larangan bas memasuki kawasan sekolah dan telah meletakkan notis
besar larangan kenderaan dilarang masuk pada pintu masuk sekolah. Elemen kecuaian
pertama jelas dipatuhi.
3.1.4.2 Kewajipan Berjaga-Jaga Dimungkiri (Breach of Duty)
Kegagalan menghalang bas daripada memasuki premis sekolah jelas membuktikan
responden telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga yang ada padanya. Kegagalan
meletakkan notis bas dilarang parkir di dalam kawasan sekolah turut
membuktikannya. Responden juga dilihat tidak mengawasi perjalanan pelajar menaiki
bas atau menuruni bas dalam kawasan sekolah. Responden setiap masa boleh
menjangkakan bas akan tiba pada waktu tetap yang tertentu, jadi kegagalan responden
meletakkan petugas guard atau guru bertugas ketika itu untuk mengawasi pelajar
[6]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
ketika pergerakan untuk menaiki atau menuruni bas dilihat sebagai memungkiri
kewajipan berjaga-jaga. Sekiranya terdapat guru bertugas atau petugas guard ketika
itu kemalangan ini boleh dielakkan. Elemen kecuaian kedua jelas dipatuhi.
3.1.4.3 Pelajar Mengalami Kecederaan Fizikal (Injury To People)
Hew Wan Hoong telah mengalami keceraan parah akibat daripada dilanggar oleh bas
tersebut. Kecederaan parah ini adalah bukti jelas bahawa pelajar telah mengalami
kecederaan fizikal yang serius. Elemen kecuaian ketiga jelas dipatuhi.
3.1.4.4 Terdapat Perkaitan Diantara Kecederaan Pelajar Dengan Tingkahlaku Guru
(Proximate Cause)
Tingkahlaku responden yang gagal menyediakan kewajipan berjaga-jaga didapati
menjadi punca kecederaan menimpa plaintif. Kecederaan ini boleh dielakkan
sekiranya responden mengambil langkah seperti sentiasa mengawasi pergerakan bas
semasa bas datang mengambil dan menghantar pelajar. Oleh sebab itu, maka jelas di
sini responden adalah mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kecederaan
yang menimpa Hew Wan Hoong. Elemen kecuaian keempat jelas dipatuhi.
Kesimpulannya, jelas di sini dapat dilihat pihak plaintif telah berjaya mewujudkan
pihak responden dan perayu (pemilik bas dan pemandu bas) terlibat dengan keempat-
empat elemen kecuaian. Kegagalan responden dalam menjalankan kewajipan berjaga-
jaga sehingga mendatangkan kecederaan kepada plaintif menyebabkan responden
dikehendaki membayar gantirugi kepada plaintif iaitu Hew Wan Hoong.
3.2 Kes Kecuaian Kedua
Government Of Malaysia & Ors Lawan Jumat Bin Mahmud & Anor (1997)2 MLJ 103
[7]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.2.1 Sinopsis Kes
Dalam kes ini seorang pelajar (plaintif) berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’
Kelana Maarof Seremban. Murid ini berada dalam darjah lima tercedera kerana
tercucuk pensil yang dipegang oleh kawannya bernama Azmi. Kelas itu diajar oleh
Puan Kenny. Azmi seorang murid yang nakal dan sering mengganggu rakan-rakan di
kelasnya. Azmi telah mencucuk pin di paha plantif menyebabkannya berpusing ke
belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Mata itu
terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan yang serius. Akibatnya, plaintif kehilangan
mata kanannya. Planitif dan bapanya menuntut ganti rugi di bawah tort kecuaian
atas kecederaan parah yang dialami. Di Mahkamah Tinggi, plaintif berjaya dalam
pendakwaannya. Ini diakibatkan oleh kecuaian dari pihak guru yang tidak mengambil
langkah berjaga jaga sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut. Tidak berpuas hati,
defendan (Kerajaan Malaysia) telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
3.2.2 Alasan Penghakiman
Hakim memihak kepada perayu dengan alasan guru tidak mendedahkan plaintif
kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Sebatang pensil bukanlah benda yang
merbahaya dan semua murid menggunakan pensil. Andaian yang menyatakan
kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh
diterima kerana pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan.
Keduanya, apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, tidak beerti pengawasan
pihak guru adalah telah tidak wujud dan ketiga, aspek hubungan iaitu kurangnya
pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas murid bukanlah beerti
kemungkinan tetapi perkara itu adalah andaian semata-mata. Bukti yang didapati
menunjukkan bahawa kecederaan yang menimpa plaintif dapat diramalkan.
[8]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.2.3 Keputusan Mahkamah
Penghakiman Mahkamah Tinggi telah memihak kepada plaintif berdasarkan hujah
plaintif tidak akan mengalami kecederaan serius jika guru yang berada di kelas pada
masa itu memberi perhatian kepada tingkah laku nakal pelajar terbabit. Guru telah
cuai kerana tidak memberi perhatian kepada murid yang berkeliaran di belakang kelas.
Hakim menjelaskan undang-undang dianggap tidak liabiliti yang tegas ke atas guru
apabila pelajar-pelajarnya cuai dalam undang-undang tort. Undang-undang hanya
memerlukan bukti yang menunjukkan guru gagal mengambil langkah yang
munasabah mengawasi muridnya daripada kecederaan yang sepatutnya dapat
dielakkan. Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia telah membuat rayuan ke
Mahkamah Persekutuan dan Hakim tidak memihak kepada guru .
3.2.4 Ulasan Penulis
Saya dengan ini menyokong penuh keputusan hakim yang bijaksana. Saya bersetuju
dengan keputusan hakim dimana mendapati Pn. Kenny adalah bersalah. Bagi
membuktikan samada Pn. Kenny bersalah atau tidak, maka saya akan huraikan
dengan berdasarkan kepada empat elemen kecuaian seperti berikut:
3.2.4.1 Kewajipan Berjaga-Jaga (Duty Of Care)
Pn. Kenny (defendan) sedang melakukan tugasnya di meja guru setelah memberikan
pelajar latihan untuk dibuat dalam kelas. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa
defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga. Sepatutnya defendan perlu
berpesan kepada pelajar atau memberi arahan seperti pelajar buat latihan sila duduk di
tempat masing-masing, jangan bergerak ke meja rakan, jangan mengganggu rakan dan
sebagainya namun ini semua tidak berlaku. Dengan ini, jelas terbukti kewajipan berja-
jaga tidak diamalkan oleh defendan.
[9]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.2.4.2 Kewajipan Berjaga-Jaga Dimungkiri (Breach Of Duty)
Sepatutnya Pn. Kenny harus bergerak dari meja ke meja untuk menyelia latihan yang
diberikan tadi. Defendan langsung tidak memantau pelajar di dalam kelas selepas
memberikan latihan. Defendan sepatutnya sedar bahawa kelas beliau terdapat pelajar
nakal. Ini kerana kecuaian mengawasi murid yang nakal boleh menyebabkan
kecederaan yang tidak boleh diramal. Ini telah menunjukkan bukti yang kukuh bahawa
defendan telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga di dalam kelas nya. Elemen
kecuaian kedua jelas dipatuhi.
3.2.4.3 Pelajar Mengalami Kecederaan Fizikal (Injury To People)
Akibat daripada kegagalan defendan mewujudkan kewajipan berjaga-jaga, Azmi
seorang pelajar nakal telah mengambil kesempatan atas kecuaian defendan dengan
mencocok peha Jumat. Akhirnya, Jumat telah mengalami kecederaan teruk pada mata
kanan akibat tercucuk pensel tajam apabila berpusing selepas terkejut dengan cocokan
pin itu. Lanjutan daripada pembedahan yang telah dijalankan, mata kanan plaintif
yang rosak telah dikeluarkan dan menjadi buta. Elemen kecuaian ketiga jelas dipatuhi.
3.1.4.4 Terdapat Perkaitan Diantara Kecederaan Pelajar Dengan Tingkahlaku Guru
(Proximate Cause)
Dalam kes ini, kegagalan defenden membuat penyeliaan yang munasabah ke atas
pelajar di bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan telah menyebabkan kecederaan
kepada Jumat. Ini membuktikan bahawa terdapat perkaitan yang sangat rapat akibat
kegagalan guru mewujudkan kewajipan berjaga-jaga akhirnya kecederaan terjadi.
Oleh yang demikian elemen kecuaian keempat jelas dipatuhi.
Kesimpulannya, jelas di sini dapat dilihat pihak plaintif telah berjaya mewujudkan
pihak defendan dengan keempat-empat elemen kecuaian. Kegagalan responden dalam
[10]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
menjalankan kewajipan berjaga-jaga sehingga mendatangkan kecederaan kepada
plaintif menyebabkan responden dikehendaki membayar gantirugi kepada plaintif.
3.3 Kes Keadilan Asasi Pertama
Teh Siew Lui Dan Hock Sang Travel Centre (M) Sdn Bhd
3.3.1 Sinopsis Kes
Pihak Menuntut bekerja dengan syarikat Responden sebagai Marketing & Executive
Secretary mulai 06.05.2002 dengan gaji permulaan sebanyak RM2,800.00 sebulan.
Pada 19.01.2009, Pihak Menuntut menyatakan beliau telah menerima tiga (3) pucuk
surat amaran daripada Amy Tok Tiak Hoong, Chief Executive Officer bertarikh
03.01.2009, 14.01.2009 dan 16.01.2009 dan pada masa itu berlaku pertengkaran antara
Pihak Menuntut dan Responden. Pada 29.01.2009, Pihak Responden telah
menggantung kerja Pihak Menuntut berkuatkuasa 30.01.2009 hingga 04.02.2009
dengan separuh gaji. Pada 04.02.2009, Pihak Responden telah menjalankan siasatan
dalaman terhadap Pihak Menuntut kepada tuduhan dan selepas siasatan dalaman,
Pihak Menuntut telah didapati salah serta telah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak
Responden pada hari yang sama. Pihak Menuntut tidak berpuas hati dengan siasatan
dalaman yang dijalankan dan menyatakan penamatan kerja beliau itu tanpa sebab dan
alasan yang adil. Isu dalam kes ini adalah : adakah salah laku Pihak Menuntut
dibuktikan dan isu kedua ialah adakah salah laku yang dibuktikan adalah adil dan
bersebab untuk pemecatan Pihak Menuntut.
3.3.2 Alasan Penghakiman
Mahkamah telah meneliti nota prosiding siasatan dalaman dan mendapati: Panel-panel
membuat keputusan sendiri melalui dokumen yang ada di hadapan mereka. Pihak
Menuntut menafikan pertuduhan tersebut melalui jawapan surat tunjuk sebab
menjelaskan keadaan tersebut. Namun demikian, Pihak Panel tanpa memanggil saksi-
[11]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
saksi dan hanya berdasarkan dokumen yang berada di hadapan mereka telah
mendapati Pihak Menuntut bersalah. Dalam pertuduhan keterangan COW1
adalah penting untuk Pihak Responden membuktikan pertuduhan. Tanpa keterangan
COW1, Pihak Menuntut tidak berpeluang menyoal balas COW1 atau saksi lain jelas
menunjukkan hak keadilan asasi kepada Pihak Menuntut telah dinafikan sewaktu
siasatan dalaman. Oleh itu, Mahkamah memutuskan siasatan dalaman yang
dikemukakan tidak teratur dan sah. Daripada fakta-kes di atas, Mahkamah
mendapati bahawa Pihak Responden gagal untuk membuktikan pertuduhan terhadap
Pihak Menuntut. Oleh itu, pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah tidak sah dan
teratur.
3.3.3 Keputusan Mahkamah
Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan dan gaji terakhir beliau ialah RM2,800.00
sebulan. Pihak Menuntut mula bekerja di syarikat responden mulai 06.05.2002 dan
telah ditamatkan perkhidmatan pada 04.02.2009. Pihak Menuntut telah berkhidmat
lebih kurang tujuh (7) tahun. Hampir setahun tidak bekerja selepas dibuang kerja.
Remedi yang sesuai untuk Pihak Menuntut ialah:-
a) Bayaran upah ke belakang ialah:
12 x RM2,800.00 = RM 33,600.00
b) Galang ganti pengembalian semula ke jawata asal ialah:
7 x RM2,800.00 = RM 19,600.00
c) Jumlah: RM53,200.00
Bayaran ini hendaklah dibayar kepada Pihak Menuntut dalam tempoh 40 hari
dari tarikh award ini selepas ditolak potongan statutori.
[12]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.3.4 Ulasan Penulis
Bagi melihat samada Pihak Menuntut adalah bersalah atau tidak, saya akan huraikan
dengan teliti samada semasa Siasatan Dalaman adakah Ahli Panel mengikut atau
tidak kedua-dua prinsip keadilan asasi. Siasatan Dalaman yang dijalankan akan
dikenalpasti samada melalui prosedur yang sah atau tidak.
3.3.4.1 Prinsip Hak Untuk Didengar (Audi Alteram Partem)
a) Saya mendapati daripada kes ini bahawa, Teh Siew Lui telah diberitahu kesalahan
oleh pihak syarikat dengan cara mengemukakan surat kepada PM pada 29.1.2009
dengan dakwaan PM memanipulasi kad perakam waktu.
b) PM Teh Siew Lui telah diberikan peluang untuk membuat representasi kesnya di
hadapan Responden dengan berlakunya proses siasatan dalaman bersama-sama
dengan Responden pada 4.2.09 namun PM membantah panel sisatan dalaman
kerana ahli panel lebih junior dari beliau.
c) Responden telah melanggar secara terang-terangan prinsip pertama iaitu pihak
Responden semasa siasatan dalaman tidak memanggil saksi pihak responden iaitu
COW1. Ini menyebabkan PM tiada peluang untuk menyoal balas COW1 (saksi)
dan responden dengan hanya berdasarkan dokumen-dokumen yang berada di
hadapannya telah membuat keputusan bahawa Pihak Menuntut didapati bersalah.
Situasi ini jelas telah menafikan hak keadilan asasi Pn. Teh Siew Lui.
3.3.4.2 Prinsip Tidak Berat Sebelah (Nemo Judex In Causa Sua)
a) Saya mendapati pihak Panel Siasatan Dalaman tidak berat sebelah di atas faktor
kepentingan kewangan.
b) Saya dengan jelas mendapati wujud hubungan persaudaraan atau pertalian Panel
Siasatan Dalaman dengan responden. Ini kerana COW1 adalah Pengarah Syarikat
manakala responden (Hock Sang Travel) merupakan Syarikat di mana saksi
[13]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
bekerja. Situasi menjadi bertambah berat sebelah apabila sesi siasatan dalaman
yang dijalankan oleh responden terhadap PM dikendalikan oleh mereka sendiri
tanpa bantuan dari pihak peguam atau wakil pekerja.
Ulasan saya secara keseluruhannya bagi kes pertama keadilan asasi ini, saya
menyokong keputusan hakim yang bijaksana dalam mengadili kes ini. Prinsip-prinsip
hak keadilan asasi telah diambilkira oleh Hakim sebagai elemen pengadilan dan telah
mendapati pihak responden telah melanggar secara terang-terangan prinsip
pertama keadilan asasi dimana PM telah dinafikan hak untuk menyoal balas saksi.
Saya dapati dalam kes ini, dengan jelas kecacatan prosedur telah berlaku semasa
proses Siasatan Dalaman dijalankan.
3.4 Kes Keadilan Asasi Kedua
Noh Abdul Majid Lawan Solid Waste Disposal Sdn Bhd.
3.4.1 Sinopsis Kes
Pihak syarikat menjalankan perniagaan mengangkut sisa pepejal untuk Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dari stesen Jinjang ke tapak pelupusan di Bukit Tagar.
Pihak menuntut dilantik sebagai Pemandu dengan pendapatan bulanan RM1,115.29.
Pihak Menuntut dituduh dengan cuai menyebabkan kemalangan kontena separa
treler kepunyaan pihak syarikat semasa menjalankan tugas di tapak pelupusan Bukit
Tagar pada 17 Februari 2009. Akibat kemalangan tersebut, kenderaan milik pihak
syarikat mengalami kerosakan teruk dan akibat kemalangan tersebut YM telah
ditamatkan perkhidmatan. YM mendakwa bahawa penamatan perkhidmatannya
dilakukan tanpa alasan yang adil dan bersebab.
[14]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.4.2 Alasan Penghakiman
Pihak menuntut telah diberi peluang mencukupi untuk membela dirinya semasa
siasatan dalaman dan di mahkamah namun tiada penjelasan yang memuaskan untuk
membebaskan beliau daripada kedua-dua pertuduhan. Saya bersetuju dengan
penghujahan peguam pihak syarikat bahawa penjelasan pihak menuntut semasa
siasatan dalaman dan di mahkamah tidak konsisten. Mahkamah ini mendapati PM
telah melakukan salahlaku seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua pertuduhan .
Oleh itu mahkamah ini berpendapat adalah selamat unuk bergantung kepada
keterangan mengikut keadaan bahawa pihak menuntut telah cuai kerana tidak
menarik brek tangan semasa kejadian. Tindakan pihak syarikat juga selaras kerana
telah mematuhi prinsip Keadilan Asasi dengan memberi peluang membela diri dalam
siasatan dalaman kepada PM namun peluang itu tidak digunakan sebaik-baiknya.
Pihak menuntut hanya berdiam diri apabila ditanya bagaimana kejadian berlaku.
3.4.3 Keputusan Mahkamah
Akhir kalam, bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit teguh kes ini
tanpa menghiraukan perkara teknikal dan bentuk undang- undang [s. 30(5) Industrial
Relations Act 1967 (Act 177)], mahkamah ini berpendapat salahlaku terhadap pihak
menuntut telah berjaya dibuktikan dan pemecatan kerja pihak menuntut berdasarkan
salahlaku tersebut adalah dengan sebab atau alasan adil. Kes pihak menuntut adalah
dengan ini ditolak.
3.4.4 Ulasan Penulis
Bagi melihat samada Pihak Menuntut adalah bersalah atau tidak, saya akan huraikan
dengan teliti samada semasa Siasatan Dalaman adakah Ahli Panel mengikut atau
tidak kedua-dua prinsip keadilan asasi. Siasatan Dalaman yang dijalankan akan
dikenalpasti samada melalui prosedur yang sah atau tidak.
[15]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
3.4.4.1 Prinsip Hak Untuk Didengar (Audi Alteram Partem)
a) Dalam kes ini, Yang Menuntut Mohd Noh Majid telah diberi hak untuk diberitahu
kesalahan yang dilakukan iaitu pihak syarikat telah mengalami kerugian akibat
kemalangan tersebut.
b) Semasa SD dijalankan, saya berpendapat YM juga telah diberi tempoh yang
secukupnya untuk membela diri. Walau bagaimanapun, YM hanya berdiam diri
apabila ditanya bagaimana kejadian berlaku. Dengan ini, boleh dianggap YM
tidak mahu membela diri dan pihak penyiasat dalaman telah bertindak berdasarkan
maklumat yang ada padanya.
3.4.4.2 Prinsip Tidak Berat Sebelah (Nemo Judex In Causa Sua)
a) Keputusan SD mendapati Ahli Panel yang mengadili kes ini tidak mempunyai
kepentingan kewangan sekaligus menafikan unsur berat sebelah.
b) Saya juga mendapati Ahli Panel tidak mempunyai hubungan persaudaraan atau
pertalian dengan Yang Menuntut mahupun Solid Waste. Walaupon Solid Waste
mengemukakan ramai saksi, namun YM hanya diwakili diri sendiri semasa
siasatan dalaman memungkinkan unsur berat sebelah di situ, namun Hakim yang
bijaksana telah mengambil kesemua keterangan saksi dan mendapati hujahan saksi
adalah mempunyai kesahan amat tinggi dan tiada unsur berat sebelah berlaku.
Ulasan saya secara keseluruhan bagi kes kedua ini, saya menyokong keputusan hakim
yang terpelajar dalam mengadili kes ini. Saya dapati, prinsip-prinsip hak keadilan
asasi telah diambilkira oleh Hakim sebagai elemen pengadilan. Dapat disimpulkan di
sini, SD dijalankan dengan mengikut standard yang betul seterusnya tiada isu
kecacatan prosedur SD. Justeru, YM didapati bersalah di atas kedua-dua pertuduhan.
[16]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
4.0 Bahagian C : Kesimpulan
Terma yang mengundang viral seperti guru disaman, guru diheret ke
mahkamah, guru cuai, guru lalai malahan pelbagai lagi tajuk sensasi media
elektronik mahupun media cetak berkenaan tuduhan masyarakat terhadap guru boleh
dielakkan sekiranya guru celik undang-undang seperti Ordinan Pelajaran 1957,
Peraturan Disiplin 1959, Akta pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, Pekeliling
Iktisas Kementerian Pelajaran dan sebagainya serta berpengetahuan luas dalam bidang
undang-undang pendidikan. Biarlah segunung dakwaan datang, andai para guru
sentiasa istiqamah mengamalkan prinsip mengelak kecuaian serta mengikut ketetapan
piawai standard operasi sesuatu aktiviti mahupun program yang melibatkan pelajar,
nescaya guru akan selamat apabila terlibat dengan dakwaan sivil atau jenayah. Pihak
sekolah seharusnya memastikan standard operasi prosedur yang
telah ditetapkan supaya segala salah laku dan tindakan yang diambil
terhadap pelajar dapat melindungi pihak sekolah daripada didakwa.
Pengetua perlu memastikan pelajar diberi peluang untuk
membela diri dan tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa pilih kasih
supaya sejajar dengan prinsip keadilan asasi. Hukuman yang dikenakan
harus adil, setimpal, dan bersifat untuk memberi pengajaran
kepada pelajar. Konklusinya, kepada semua insan yang bergelar guru,
berwaspadalah, berhati-hatilah, walaupun kerjaya guru adalah sangat berisiko tinggi
disaman masyarakat, satu sahaja pesanan untuk semua yang bergelar guru, kerjaya guru
adalah kerjaya paling mulia di sisi Allah s.w.t manakan tidak, antara tiga perkara yang
ditinggalkan oleh manusia sebelum ke alam barzakh ialah sedekah jariah, doa daripada
anak yang soleh serta ilmu yang dimanfaatkan. Akhir kalam, berbanggalah wahai semua
yang bergelar guru.
[17]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
Rujukan
James Ang, (2011). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: Pts Profeional Publishing.
Jumat Bin Mahmud & Anor Lawan Government Of Malaysia & Ors, 1 LNS 29 (1977)
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/Members/DisplayCase.aspx?
CaseId=2106327556&SearchId=9psb . Dicapai pada 3 Oktober, 2015.
Lee Mei, (2005). General Priciples of Malaysian Law. Shah Alam: Oxford Fajar.
Headmistress, Methodist Girls Schools & Ors v. The Headmaster, Anglo Chinese Primary
School, Lahat Road, Ipoh & Anor. 1 CLJ (1984).
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/Members/DisplayCase.aspx?
CaseId=2253455873&SearchId=8psb . Dicapai pada 3 Oktober, 2015.
Noh Abdul Majid Lawan Solid Waste Disposal Sdn Bhd. 1 ILR (2015)
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/Members/DisplayCase.aspx?
CaseId=2994280706&SearchId=5psb . Dicapai pada 3 Oktober, 2015.
Teh Siew Lui Lawan Hock Sang Travel Centre (M) Sdn Bhd. Award No. 1369 (2013)
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/Members/DisplayCase.aspx?
CaseId=2966297089&SearchId=2psb . Dicapai pada 3 Oktober, 2015.
[18]
[LEGAL ASPECTS IN EDUCATION ]SGDU 6043
[19]