TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad...

16
CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 1 daripada 16 1. Kempen “CIMB Preferred Rewards You” (“Kempen”) dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic di sini hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai (“CIMB”). Tempoh Kempen 2. Kempen ini akan berlangsung dari 1 Ogos 2019 hingga 31 Oktober 2019, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). 3. CIMB merizabkan hak untuk menukar tempoh dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberi notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 4. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred yang sedia ada dan/atau baru ("Pelanggan yang Layak"). 5. Walau apa pun Klausa 4, orang / entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: - i) Kakitangan atau pekerja tetap, sementara dan/atau kontrak CIMB Bank, CIMB Investment Bank Berhad, dan/atau CIMB Islamic (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya); dan/atau ii) Pemilikan-pemilikan tunggal, Perkongsian-perkongsian, Organisasi-organisasi/Persatuan- persatuan Amal/Bukan Keuntungan, Pelanggan Korporat dan Komersial; dan/atau iii) Individu di bawah umur 18 tahun; dan/atau iv) Orang AS seperti yang ditakrifkan di bawah (terpakai kepada produk pelaburan atau mana- mana produk lain, mengikut mana yang berkenaan): a. Mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat termasuk mana-mana individu yang mempunyai domisil Amerika Syarikat; atau b. Mana-mana individu yang mempunyai akaun alamat surat-menyurat AS; atau c. Mana-mana individu yang memegang Kad Hijau Amerika Syarikat; atau d. Mana-mana individu yang memenuhi “substantial presence test”, iaitu seseorang yang berada di Amerika Syarikat untuk sekurang-kurangnya 183 hari kalendar dengan mengira semua hari (sekurang-kurangnya 31) dalam tahun semasa, 1/3 hari dalam tahun sebelumnya, dan 1/6 hari dalam tahun sebelumnya yang kedua; e. Mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai Orang AS untuk tujuan Cukai Amerika Syarikat. v) Pemegang Akaun CIMB tanpa nombor bimbit yang sah dalam rekod CIMB; dan/atau vi) Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i yang terpilih yang telah ditawarkan untuk menyertai kempen-kempen CIMB yang lain; dan/atau TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “CIMB Preferred Rewards You”

Transcript of TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad...

Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 1 daripada 16

1. Kempen “CIMB Preferred Rewards You” (“Kempen”) dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic di sini hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai (“CIMB”).

Tempoh Kempen

2. Kempen ini akan berlangsung dari 1 Ogos 2019 hingga 31 Oktober 2019, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB merizabkan hak untuk menukar tempoh dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberi notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.

Kelayakan

4. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred yang sedia ada dan/atau baru ("Pelanggan yang Layak").

5. Walau apa pun Klausa 4, orang / entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: -

i) Kakitangan atau pekerja tetap, sementara dan/atau kontrak CIMB Bank, CIMB Investment Bank Berhad, dan/atau CIMB Islamic (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya); dan/atau

ii) Pemilikan-pemilikan tunggal, Perkongsian-perkongsian, Organisasi-organisasi/Persatuan-persatuan Amal/Bukan Keuntungan, Pelanggan Korporat dan Komersial; dan/atau

iii) Individu di bawah umur 18 tahun; dan/atau iv) Orang AS seperti yang ditakrifkan di bawah (terpakai kepada produk pelaburan atau mana-

mana produk lain, mengikut mana yang berkenaan): a. Mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat termasuk mana-mana individu

yang mempunyai domisil Amerika Syarikat; atau b. Mana-mana individu yang mempunyai akaun alamat surat-menyurat AS; atau c. Mana-mana individu yang memegang Kad Hijau Amerika Syarikat; atau d. Mana-mana individu yang memenuhi “substantial presence test”, iaitu seseorang yang

berada di Amerika Syarikat untuk sekurang-kurangnya 183 hari kalendar dengan mengira semua hari (sekurang-kurangnya 31) dalam tahun semasa, 1/3 hari dalam tahun sebelumnya, dan 1/6 hari dalam tahun sebelumnya yang kedua;

e. Mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai Orang AS untuk tujuan Cukai Amerika Syarikat. v) Pemegang Akaun CIMB tanpa nombor bimbit yang sah dalam rekod CIMB; dan/atau vi) Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i yang terpilih

yang telah ditawarkan untuk menyertai kempen-kempen CIMB yang lain; dan/atau

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen “CIMB Preferred Rewards You”

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 2 daripada 16

vii) Pelanggan yang telah membatalkan kad kredit utama CIMB Bank dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh permohonan dan memohon semula mana-mana kad kredit utama CIMB Bank di bawah Kempen ini.

6. Berhubung dengan Akaun Bersama, hanya pemegang akaun pertama yang dinamakan iaitu pemegang

akaun utama adalah layak untuk menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”). Untuk tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama lain yang bukan Pemegang Akaun Utama adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

7. Berhubung dengan Kad Kredit Preferred Visa Infinite (“Kad Kredit PVI”), hanya pemegang kad utama (dan bukan pemegang kad tambahan) yang layak menyertai Kempen ini.

Makanisme Kempen

8. Pelanggan yang Layak boleh mendapatkan Ganjaran Tunai berkenaan dengan Produk Penyertaan jika mereka memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah dan tertakluk kepada mereka memenuhi syarat wajib berikut:

semasa Tempoh Kempen mereka mesti mempunyai minimum jumlah agregat sebanyak RM250,000.00 yang dikekalkan dalam mana-mana akaun deposit CIMB dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan CIMB di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan yang Layak di mana Pelanggan yang Layak adalah pemegang akaun utama DAN

Memegang Akaun Semasa Preferred atau Akaun Semasa Preferred-i (“Syarat Wajib”).

Jadual 1

Produk Penyertaan Kriteria Kelayakan Ganjaran Tunai

a)

Akaun Semasa Preferred (“ASP”) / Akaun Semasa Preferred-i (“ASP-i”) baru dibuka ASP dan ASP-i dilindugi oleh PIDM

Buka akaun baru

Kekalkan baki purata bulanan minimum sebanyak RM10,000 dalam ASP/ASP-i baru pada bulan seterusnya sebaik sahaja selepas bulan pembukaan akaun

RM100

b)

Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan*

Caj Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari Tarikh Kelulusan Kad

RM100

c)

Dana Amanah Saham Konvensional/ Dana Amanah Saham Patuh Syariah (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk

Jumlah pelaburan terkumpul minimum sebanyak RM100,000 dalam Produk Amanah Saham Penyertaan

Pelaburan jenis TUNAI sahaja

RM100

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 3 daripada 16

Amanah Saham Penyertaan”)

d)

Produk Berstruktur / Produk Pelaburan “Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit (FRNID)”

SharkFin FRNID

Produk Berstruktur FX SharkFin

Produk Berstruktur “Non-Principal Protected Autocallable Equity Linked”

Hanya untuk produk Perbendaharaan konvensional

(secara kolektif dirujuk sebagai “Produk Perbendaharaan Penyertaan”)

Pelaburan minimum RM100,000 dalam Produk Perbendaharaan Penyertaan

Hanya untuk produk Perbendaharaan konvensional

RM100

e)

Bancassurance – Insurans Hayat

Sun Link Max

Sun Wealth

Sun EduSmart

Sun SaveAssured

Sun Income Secure Max

Sun Signature Life

SunInvest

Bancatakaful – Takaful Keluarga

SunLink Istismar Plus

SunInvest-i

Takaful Mulia

Takaful Suria Plus

Sun Ultimate Coverage – i (Single Contribution (SC))

Sun Ultimate Coverage – i (Regular Contribution (RC))

(secara kolektif dirujuk sebagai “Produk

Minimum RM5,000 Premium Tahun Pertama yang Diselaraskan Atas Dasar Setahun (“annualized”) / Caruman Tahun Pertama yang Diselaraskan Atas Dasar Setahun (“annualized”) Produk Bancassurance/Bancatakaful Penyertaan

RM100

Page 4: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 4 daripada 16

Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan”)

( secara kolektif dirujuk sebagai “Produk Penyertaan”)

Nota Penjelasan kepada Jadual 1 di atas

*Ganjaran untuk Kad Kredit PVI dan Produk Perbendaharaan Penyertaan dianjurkan semata-mata oleh CIMB Bank Berhad.

a) Bagi Akaun ASP / ASP-i baru dibuka i. Akaun ASP / ASP-i baru dibuka hendaklah merujuk kepada akaun yang dibuka oleh pelanggan

Preferred individu yang tidak mempunyai ASP atau ASP-i sedia ada pada permulaan Tempoh Kempen; DAN

ii. Pelanggan yang Layak hendaklah mendepositkan Dana Baru minimum RM10,000 ke dalam ASP / ASP-i baru semasa Tempoh Kempen; DAN

iii. Pelanggan yang Layak hendaklah mengekalkan baki purata bulanan minimum sebanyak RM10,000 pada bulan seterusnya sebaik sahaja selepas bulan pembukaan akaun. Sebagai contoh,

Jika ASP/ ASP-i dibuka pada 2 Ogos 2019 dengan deposit sebanyak RM1,000 dan diikuti dengan RM9,000 pada 10 Ogos 2019, Pelanggan yang Layak hendaklah mengekalkan baki purata bulanan minimum RM10,000 dalam akaun tersebut untuk bulan seterusnya, iaitu dari 1 September 2019 hingga 30 September 2019.

Jika ASP/ ASP-i dibuka pada 5 September 2019, Pelanggan yang Layak hendaklah mengekalkan baki purata bulanan minimum RM10,000 dalam akaun tersebut untuk bulan seterusnya, iaitu dari 1 Oktober 2019 hingga 31 Oktober 2019.

iv. Kaedah pengiraan baki purata bulanan adalah dinyatakan seperti di bawah:

Baki Purata Bulanan

=Jumlah baki harian dari tarikh pembukaan akaun hingga akhir bulan yang sama

Bilangan hari dari tarikh pembukaan akaun hingga akhir bulan yang sama

Contoh pengiraan untuk baki purata bulanan 1-31 Oktober adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Hari Baki Harian (RM)

Hari Baki Harian (RM)

Hari Baki Harian (RM)

Hari Baki Harian (RM)

1 20,000 9 50,000 17 5,000 25 30,000

2 20,000 10 50,000 18 5,000 26 30,000

3 20,000 11 50,000 19 5,000 27 30,000

4 20,000 12 50,000 20 5,000 28 30,000

5 20,000 13 50,000 21 5,000 29 30,000

6 20,000 14 50,000 22 5,000 30 30,000

7 20,000 15 50,000 23 5,000 31 30,000

Page 5: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 5 daripada 16

8 20,000 16 50,000 24 5,000

Jadual 2

Baki Purata Bulanan = RM810,000

31 hari = RM26,129

v. Istilah “Dana Baru” (“Fresh Funds”) yang dirujukkan di terma-terma dan syarat-syarat ini ditakrifkan

sebagai wang atau dana yang bukan berasal dari CIMB, tetapi dipindah, dikredit atau dibayar ke dalam ASP / ASP-i Pelanggan yang Layak dari bank lain dan/atau institusi kewangan lain melalui apa-apa jua cara termasuk tetapi tidak terhad kepada: A. Penempatan Tunai; dan/atau B. Pemindahan Giro Antara Bank (IBG) / Pemindahan Dana Segera (IBFT); dan/atau C. Pemindahan Telegraf / Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS);

dan/atau D. Cek tempatan / cek jurubank, dan wang atau dana dianggap telah dideposit dengan syarat bahawa wang atau dana tersebut dipindah, dibayar atau dikredit ke dalam ASP / ASP-i Pelanggan yang Layak secara langsung atau tidak langsung dari bank dan/atau institusi kewangan lain dalam tempoh tiga (3) hari perniagaan.

vi. Setiap Pelanggan yang Layak hanya layak kepada maksimum satu (1) kali Ganjaran Tunai untuk akaun baru dibuka tanpa mengira bilangan ASP/ASP-i yang dibuka di bawah nama tunggalnya. Berhubung dengan akaun bersama, Ganjaran Tunai tersebut hanya akan dikreditkan satu (1) kali ke dalam ASP/ASP-i pemegang-pemegang akaun bersama. Bagi mengelakkan keraguan, kelayakan kepada Ganjaran Tunai untuk pemegang-pemegang akaun bersama adalah seperti yang diterangkan di bawah:- Pelanggan yang Layak A telah membuka satu ASP/ASP-i di bawah nama tunggalnya dan membuka satu ASP/ASP-i bersama dengan Pelanggan yang Layak B semasa Tempoh Kempen. ASP/ASP-i bersama ini adalah layak untuk satu (1) kali sahaja Ganjaran Tunai dengan syarat Pelanggan A bukan pemegang akaun utama ASP/ASP-i bersama dan Pelanggan B tidak membuka mana-mana ASP/ASP-i di bawah nama tunggalnya.

b) Bagi Kad Kredit PVI baru dikeluarkan i. Kad Kredit PVI baru dikeluarkan merujuk kepada Pelanggan yang Layak yang tidak mempunyai Kad

Kredit PVI sedia ada yang dikekalkan dengan CIMB pada permulaan Tempoh Kempen.

ii. Pelanggan yang telah membatalkan kad kredit PVI Utamanya dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh permohonan dan memohon semula Kad Kredit PVI di bawah Kempen ini adalah tidak layak.

iii. Untuk layak kepada Ganjaran Tunai Kad Kredit PVI mesti berjaya diluluskan oleh CIMB pada 7 November 2019 dan mesti diaktifkan oleh Pelanggan yang Layak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari Tarikh Kelulusan Kad. CIMB merizabkan hak untuk meluluskan atau menolak sebarang

Page 6: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 6 daripada 16

permohonan kad kredit, dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan selanjutnya sebagaimana yang dianggap sesuai. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen sokongan adalah memadai bagi tujuan memproses permohonan yang diserahkan kepada CIMB.

iv. Untuk layak kepada Ganjaran Tunai Pelanggan yang Layak hendaklah dalam masa tiga puluh (30) hari

dari Tarikh Kelulusan Kad mencajkan Kad Kredit PVI mereka untuk sebarang jumlah sekurang-kurangnya tiga (3) kali untuk transaksi yang tidak dikecualikan di bawah sub-klausa (v.) di bawah;

“Tarikh Kelulusan Kad” hendaklah bermaksud tarikh seperti yang dinyatakan dalam pembawa kad yang dihantar bersama Kad Kredit CIMB PVI kepada Pelanggan yang Layak.

v. Transaksi-transaksi berikut akan tetapi dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai caj yang layak dalam menentukan sama ada Pelanggan yang Layak telah mencajkan Kad Kredit PVInya tiga (3) kali:-

Transaksi Kuasi Tunai - (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

Ansuran bulanan di bawah sebarang kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB atau mana-mana institusi kewangan lain atau pindahan dana dari Institusi Kewangan lain;

Bayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran tunai, fi penggantian kad, caj pertikaian, caj penipuan atau sebarang fi, caj atau penalti lain sama ada yang dikenakan oleh CIMB atau sebaliknya;

Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai;

Perbelanjaan Runcit Kumulatif yang Layak yang kemudiannya dibatalkan atau dikembalikan, atau sebarang transaksi-transaksi lain yang dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.

vi. Semua caj yang tidak dikecualikan akan dijejaki secara automatik oleh CIMB bagi tujuan menentukan sama ada Kad Kredit PVI telah dicaj 3 kali dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari Tarikh Kelulusan Kad dan berdasarkan pada tarikh dan/atau masa transaksi (waktu Malaysia) yang dirakam oleh rekod transaksi CIMB semasa Tempoh Kempen. Penentuan CIMB mengenai apa yang merupakan caj yang dikecualikan hendaklah konklusif dan tidak akan dicabar dengan apa jua cara melainkan jika ia kelihatan sebagai terlampau tidak adil atau tidak saksama.

vii. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan dalam pengeposan caj yang layak kepada akaun kad kredit Pelanggan yang Layak dan/atau kesilapan atau peninggalan dalam pengeposan yang sama desebabkan oleh apa jua sebab dan dalam apa cara sekalipun yang timbul termasuk tetapi tidak terhad kepada kelewatan pada pihak peniaga melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran CIMB. CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa, pertubuhan peniaga atau mana-mana pihak lain kecuali yang sama disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran CIMB.

viii. Semua amaun Transaksi Runcit dicajkan kepada Kad Kredit PVI utama dan tambahan di mana

Pelanggan yang Layak adalah pemegang kad kredit utama. Transaksi Runcit yang dicajkan kepada Kad Kredit PVI oleh pemegang kad kredit tambahan akan disatukan di bawah Kad Kredit PVI pemegang kad kredit utama dan Ganjaran Tunai akan diberi kepada pemegang kad kredit utama.

c) Produk Amanah Saham Penyertaan

Page 7: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 7 daripada 16

i. “Produk Amanah Saham Penyertaan” merujuk kepada semua dana Amanah Saham Konvensional /

Patuh Syariah dengan caj jualan seperti yang ditetapkan dalam prospektus / memorandum maklumat (kecuali “Amanah Saham Nasional Berhad-Variable Price Funds” yang tidak layak) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, termasuk semua dana Amanah Saham Konvensional / Patuh Syariah baru yang dilancarkan semasa Tempoh Kempen oleh CIMB mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Semua dana amanah saham dengan caj jualan 0% adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

ii. Pelanggan yang Layak yang melabur dalam mana-mana Produk Amanah Saham Penyertaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Skim Pelaburan Ahli tidak akan layak untuk Kempen ini.

iii. Kempen ini tidak sah bersempena dengan apa-apa tawaran dan promosi lain (jika ada) yang ditawarkan oleh CIMB berhubung dengan pelaburan dalam Dana Amanah Saham yang terpilih.

iv. Sekiranya Pelanggan yang Layak menjalankan hak “cooling-off” atau pelaburannya ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak atas sebarang alasan dalam Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak tidak akan layak untuk menerima Ganjaran Tunai di bawah Kempen. Istilah “cooling-off” ialah tempoh enam (6) hari perniagaan dari tarikh penerimaan permohonan Amanah Saham oleh CIMB.

v. Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen piawai yang relevan dan mematuhi semua terma dan syarat berkenaan dengan pelaburannya dalam produk yang relevan di bawah Kempen, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini.

vi. Produk Amanah Saham Penyertaan adalah diuruskan atau ditawarkan oleh CIMB dan akan diserahkan atau dirujuk kepada syarikat pengurusan unit amanah terpilih yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“APMP 2007”).

vii. Pelanggan yang Layak akan layak kepada Ganjaran Tunai dengan jumlah pelaburan terkumpul minimum RM100,000 dalam Produk Amanah Saham Penyertaan.

d) Produk Perbendaharaan Penyertaan

i. “Produk Perbendaharaan Penyertaan” merujuk kepada SharkFin FRNID, Produk Berstruktur FX

SharkFin dan Produk Berstruktur “Non-Principal Protected Autocallable Equity Linked” dan tertakluk pada ketersediaan harga dan penerbitan oleh CIMB mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya semasa Tempoh Kempen. Sila hubungi Pengurus Perhubungan CIMB untuk maklumat lanjut.

ii. Pelaburan SharkFin FRNID / Produk Berstruktur FX SharkFin adalah prinsipal yang dijamin oleh CIMB apabila matang sahaja. Sekiranya SharkFin FRNID / Produk Berstruktur FX SharkFin ditebus atau dijual sebelum matang, Pelanggan yang Layak mungkin hilang sebahagian daripada amaun deposit awal. Pulangan daripada SharkFin FRNID adalah tidak pasti dan Pelanggan yang Layak berisiko tidak memperoleh apa-apa pulangan sama sekali. Bagi Produk Berstruktur FX SharkFin, pulangan akan tertakluk kepada faedah yang boleh ubah pada tarikh matang (jika ada), faedah “knock-out” yang perlu dibayar pada tarikh matang (jika ada) dan/atau jumlah faedah yang perlu dibayar pada tarikh

Page 8: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 8 daripada 16

matang. Pelanggan yang Layak diingatkan bahawa SharkFin FRNID / Produk Berstruktur FX SharkFin tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”).

iii. Perlaburan Produk Berstruktur “Non-Principal Protected Autocallable Equity Linked” merupakan

produk berstruktur tanpa perlindungan wang pokok. Jika Produk Berstruktur FX SharkFin ditebus atau dijual sebelum matang, Pelanggan yang Layak mungkin hilang sebahagian daripada amaun pelaburan awal. Pelanggan yang Layak diingatkan bahawa Produk Berstruktur “Non-Principal Protected Autocallable Equity Linked” tidak diinsuranskan oleh PIDM.

iv. Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen piawai yang relevan dan

mematuhi semua terma dan syarat berkenaan dengan pelaburannya dalam produk yang berkaitan di bawah Kempen, yang berasingan daripada terma dan syarat yang terkandung di sini.

e) Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan

i. Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan merujuk kepada semua Produk Bancassurance /

Bancatakaful Penyertaan yang ditetapkan dalam Klausa 8 (Jadual 1) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, termasuk semua Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan baru yang dilancarkan semasa Tempoh Kempen oleh CIMB mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

ii. Cadangan/permohonan Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan mesti dikemukakan dalam Tempoh Kempen dan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 November 2019.

iii. Polisi/kontrak Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan mesti mematuhi Premium Tahun

Pertama yang Diselaraskan Atas Dasar Setahun/Caruman Tahun Pertama yang Diselaraskan Atas Dasar Setahun (“AFYP/AFYC”) yang dinyatakan dalam Klausa 8 (Jadual 1) di atas.

iv. Sekiranya Pelanggan yang Layak menarik balik atau membatalkan Produk Bancassurance /

Bancatakaful Penyertaan semasa cadangan/permohonan, peringkat pemprosesan sebelum Tempoh Semakan Percuma (“Free-Look Period”), atau jika cadangan/permohonan Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan tidak berjaya disebabkan oleh apa-apa isu-isu menaja jamin (“underwriting issues”), Pelanggan yang Layak akan tidak layak menerima Ganjaran Tunai.

v. “Tempoh Semakan Percuma (“Free-Look Period”)” ditakrifkan sebagai tempoh di mana pemilik polisi/kontrak diberi Tempoh Semakan Percuma selama 15 hari dari tarikh penghantaran polisi/kontrak untuk mengkaji semula kesesuaian pelan yang baru disertai. Jika polisi/kontrak diserahbalik dalam tempoh ini, premium/caruman penuh yang ditolak dengan apa-apa perbelanjaan pemeriksaan perubatan yang ditanggung, jika ada, akan dikembalikan kepada pemilik polisi/sijil.

vi. Pelanggan yang Layak boleh sama ada menjadi pemilik polisi/kontrak atau orang yang diinsuranskan/orang yang dilindungi di bawah polisi/kontrak.

vii. Setiap Pelanggan yang Layak hanya layak kepada satu Ganjaran Tunai sebanyak RM100 di bawah

kategori Produk Penyertaan polisi insurans / sijil takaful, tidak kira berapa banyak produk polisi insurans / sijil takaful yang mereka beli.

Page 9: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 9 daripada 16

viii. Pelanggan yang Layak akan layak menerima Ganjaran Tunai jika Pelanggan yang Layak mempunyai

jumlah minimum RM5,000 AFYP/AFYC untuk Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan. Walau bagaimanapun, jumlah minimum RM5,000 AFYP/AFYC tidak akan terkumpul lebih daripada 1 polisi insurans / sijil takaful.

ix. Sun Life Malaysia Assurance Berhad (197499-U) penanggung insurans yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M) Pengendali Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai (“Sun Life Malaysia”).

x. CIMB hanyalah merupakan pengedar Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan yang ditaja jamin (“underwritten”)/diurus oleh Sun Life Malaysia dan tidak akan dipertanggungjawab atau bertanggungjawab dalam apa-apa jua cara berkenaan dengan apa-apa perkara atau tuntutan yang timbul daripada Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan yang disediakan oleh Sun Life Malaysia. Sun Life Malaysia sebagai penanggung insurans dan Pengendali Takaful berlesen hendaklah melaksanakan sepenuhnya obligasi insurans atau takaful. Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan bukan merupakan produk CIMB dan oleh itu bukan obligasi / tidak dijamin oleh CIMB dan / atau syarikat subsidiari dan sekutunya.

Ganjaran Tunai

9. Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam ASP / ASP-i Pelanggan yang Layak dalam tempoh lapan (8)

hingga sepuluh (10) minggu selepas berakhirnya Tempoh Kempen. 10. Pada masa perkreditan Ganjaran Tunai ke dalam ASP / ASP-i, ASP / ASP-i HENDAKLAH berkedudukan

baik dan MESTI TIDAK melanggar sebarang terma dan syarat dalam Perjanjian Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i CIMB, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB, jika tidak, Ganjaran Tunai akan dibatalkan.

11. Bagi sebarang pertikaian mengenai kelayakan Ganjaran Tunai, Pelanggan yang Layak boleh meminta kelulusan pengecualian dalam tempoh dua (2) bulan dari 01 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020. CIMB tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Pelanggan yang Layak selepas 29 Februari 2020.

12. CIMB tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Pelanggan yang Layak untuk mengkreditkan

Ganjaran Tunai ke akaun lain kepunyaan Pelanggan yang Layak.

13. Ia adalah menjadi tanggungjawab tunggal Pelanggan yang Layak untuk memastikan bahawa nombor telefon dan/atau alamat e-mel dan/atau alamat surat-menyurat mereka (“Maklumat Perhubungan”) yang diberikan kepada CIMB adalah terkini dan dikemas kini dengan CIMB sekiranya apa-apa perubahan kepada maklumat tersebut telah dilakukan oleh mereka. CIMB merizabkan hak untuk melucutkan Ganjaran Tunai sekiranya Maklumat Perhubungan Pelanggan yang Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB tidak sah dan/atau tidak dikemas kini. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan yang Layak untuk apa-apa kerugian (termasuk kehilangan

Page 10: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 10 daripada 16

peluang dan kerugian turutan yang timbul daripadanya) yang dialami atau ditanggung sekiranya Maklumat Perhubungan yang dikekalkan dalam rekod CIMB bukan terkini atau betul.

14. Untuk rujukan mudah, contoh-contoh berikut yang dinyatakan di bawah menunjukkan bagaimana Ganjaran Tunai boleh diperoleh:

Pelanggan tanpa ASP / ASP-i: Baru-kepada-Preferred / Preferred Sedia Ada / Peningkatan ke Preferred

Senario 1: Pelanggan A – Baru-kepada-Preferred

• Menjadi pelanggan CIMB Preferred baru dalam Ogos 2019 dan mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa semasa Tempoh Kempen

• Membuka PCA/PCA-i baru dengan Dana Baru sebanyak RM10,000 dan mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM10,000 pada bulan seterusnya sebaik sahaja selepas bulan pembukaan akaun

• Melabur dalam Dana Amanah Saham Konventional - RM100,000 • Melabur dalam Sun Signature Life – AFYP RM30,000 • Melabur dalam SharkFin FRNID – RM110,000 • Menerima Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan pada akhir bulan Julai 2019, mengaktifkan dan

mencajkan Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam bulan Ogos 2019

Kriteria Kelayakan Kelayakan Jumlah

Ganjaran Tunai

Syarat Wajib Ya

RM500

Akaun ASP / ASP-i baru dibuka Ya

Produk Amanah Saham Penyertaan Ya

Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan Ya

Produk Perbendaharaan Penyertaan Ya

Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan dan memenuhi kriteria perbelanjaan

Ya

Senario 2: Pelanggan B – Preferred Sedia Ada

• Mengekalkan minimum jumlah agregat Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa semasa Tempoh Kempen

• Membuka PCA/PCA-i baru dengan Dana Baru sebanyak RM10,000 dan mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM10,000 pada bulan seterusnya sebaik sahaja selepas bulan pembukaan akaun

Page 11: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 11 daripada 16

• Melabur dalam Produk Amanah Saham Penyertaan - sebanyak RM50,000 dalam Ogos, tambahan sebanyak RM50,000 dalam September

• Melabur dalam SunInvest – AFYP RM100,000 dalam Julai 2019

Kriteria Kelayakan Kelayakan Jumlah

Ganjaran Tunai

Syarat Wajib Ya

RM200

Akaun ASP / ASP-i baru dibuka Ya

Produk Amanah Saham Penyertaan Ya

Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan Tidak – pelaburan sebelum Tempoh

Kempen

Senario 3: Pelanggan C – Peningkatan ke Preferred

• Menjadi pelanggan CIMB Preferred baru dalam September 2019 dan mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa semasa Tempoh Kempen

• Membuka PCA/PCA-i baru dengan Dana Baru sebanyak RM10,000 dan mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM5,000 pada bulan seterusnya sebaik sahaja selepas bulan pembukaan akaun

• Melabur dalam Produk Amanah Saham Penyertaan – RM150,000 • Melabur dalam Produk Berstruktur “Non-Principal Protected Autocallable Equity Linked”

RM100,000 dalam Oktober 2019 • Menerima Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan pada akhir bulan Oktober 2019, mengaktifkan

dan mencajkan Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam dalam November 2019

Kriteria Kelayakan Kelayakan Jumlah

Ganjaran Tunai

Syarat Wajib Ya

RM300

Akaun ASP / ASP-i baru dibuka

Tidak – baki purata bulanan adalah kurang daripada

RM10,000

Produk Amanah Saham Penyertaan Ya

Produk Perbendaharaan Penyertaan Ya

Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan dan memenuhi kriteria perbelanjaan

Ya

Page 12: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 12 daripada 16

Pelanggan dengan ASP/ASP-i: Preferred Sedia Ada / Peningkatan ke Preferred

Senario 4: Pelanggan D – Preferred Sedia Ada

• Mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa semasa Tempoh Kempen

• Mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM10,000 dalam ASP / ASP-i semasa Tempoh Kempen

• Melabur dalam Produk Amanah Saham Penyertaan – RM100,000 dalam September 2019 • Melabur dalam Sun Wealth – AFYP RM25,000 dalam Ogos 2019 • Menerima Kad Kredit PVI yang baru dalam September 2019, mengaktifkan & belanja dalam

Oktober 2019

Kriteria Kelayakan Kelayakan Jumlah

Ganjaran Tunai

Syarat Wajib Ya

RM300

Produk Amanah Saham Penyertaan Ya

Produk Bancassurance / Bancatakaful Penyertaan Ya

Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan dan memenuhi kriteria perbelanjaan

Ya

Senario 5: Pelanggan E – Peningkatan ke Preferred

• Menjadi pelanggan CIMB Preferred baru dalam Oktober 2019 dan mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa semasa Tempoh Kempen

• Mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM10,000 dalam ASP / ASP-i semasa Tempoh Kempen

• Melabur dalam Produk Berstruktur FX SharkFin sebanyak RM100,000 dalam Julai 2019 • Melabur dalam Produk Amanah Saham Penyertaan – RM50,000 dalam September 2019 • Mengaktifkan Kad Kredit PVI baru pada 15 Julai 2019

Kriteria Kelayakan Kelayakan Jumlah

Ganjaran Tunai

Syarat Wajib Ya

RM0 Produk Perbendaharaan Penyertaan

Tidak – pelaburan sebelum Tempoh

Kempen

Produk Amanah Saham Penyertaan Tidak – amaun

pelaburan terkumpul

Page 13: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 13 daripada 16

adalah kurang daripada RM100,000

Kad Kredit PVI yang baru dikeluarkan Tidak – kad kredit PVI

sedia ada

15. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dan juga telah memberi persetujuan kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan www.cimbislamic.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang adil dan munasabah yang dibuat oleh CIMB berkenaan setiap aspek Kempen ini, termasuk Ganjaran Tunai yang akan diberikan dan penentuan Pelanggan yang Layak adalah muktamad, terikat dan konklusif.

16. Produk Penyertaan yang telah didaftar oleh Pelanggan yang Layak (I) MESTI tidak melanggar terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Produk Penyertaan DAN (ii) MESTI tidak boleh dibatalkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah-perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, dilinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan sepertimana yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pengkreditkan Ganjaran Tunai jika tidak Pelanggan yang Layak akan dilucuthakkan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Ganjaran Tunai akan dilucuthakkan.

17. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berkenaan

dengan sebarang kerosakan teknikal tidak kira apa jua jenisnya, apa-apa jua intervensi, gangguan, dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan urus niaga yang dilakukan melalui CIMB Clicks kecuali jika ini disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB.

18. CIMB merizabkan hak atas budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan

yang Layak yang ia tentukan sebagai mengganggu proses penyertaan, atau bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat di sini.

19. CIMB merizabkan hak untuk menggantikan Ganjaran Tunai dengan item-item lain yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberi notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan yang Layak. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sebarang pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak melayakkan Pelanggan yang Layak atau mana-mana pihak lain kepada untuk menuntut sebarang tuntutan atau gantirugi terhadap CIMB untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak akibat secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan perlanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

Page 14: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 14 daripada 16

20. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa

jua cara menanggung sebarang liabiliti atau tanggungjawab kepada Pelanggan yang Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di sini, akibat secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, bencana alam di luar kawalan CIMB atau disebabkan oleh sebarang force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB.

21. CIMB tidak bertanggungjawab kapada mana-mana Pelanggan yang Layak atau mana-mana pihak lain untuk sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua sifat yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walaubagaimana yang timbul, berhubung dengan penyertaan atau ketidak penyertaan di dalam Kempen ini termasuk dari mana-mana ketidak penerimaan atau penerimaan yang ditangguhkan Pesanan Mesej Singkat (“SMS”) oleh Pelanggan yang Layak melainkan perkara yang sama disebabkan secara langsung oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau CIMB.

22. CIMB merizabkan hak atas pemberian notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah (sama ada secara penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan atau sebaliknya dalam apa cara sekalipun) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung di sini. Notifikasi kepada Pelanggan yang Layak berkenaan dengan Pindaan tersebut akan dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, khususnya, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan-cawangan CIMB atau kaunter-kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan mungkin akan diberikan di dalam notis itu sendiri atau boleh diberikan kepada Pelanggan yang Layak atas permintaan; atau dengan mengiklankan Pindaan di dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan tersebut akan dianggap mengikat Pelanggan yang Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang ditetapkan oleh CIMB di dalam makluman tersebut. Pelanggan yang Layak mengakui dan bersetuju untuk mengekses laman web CIMB secara berkala untuk melihat terma-terma dan syarat-syarat Kempen ini dan untuk memastikan bahawa mereka adalah sentiasa dikemaskini dengan sebarang pertukaran atau variasi kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.

23. Tiada ganti rugi tunai atau dalam apa-apa bentuk lain akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak

bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak secara langsung atau tidak langsung atas pindaan, variasi, pemotongan, penambahan atau perubahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

24. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (sepertimana yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa

22 di atas) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-terma dan Syarat-syarat ini harus dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir Produk Penyertaan yang akan digunakan sebagai tambahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini.

25. Terma-terma dan Syarat-syarat di sini adalah tertakluk kepada aplikasi undang-undang, panduan-panduan, arahan-arahan, notis-notis, peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dan/atau undang-

Page 15: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 15 daripada 16

undang bertulis lain yang digubal atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan yang mempunyai kuasa pengawasan ke atas CIMB berhubung kepada atau yang berkenaan dengan Kempen atau sebarang perkara yang terkandung di sini.

26. Sekiranya terdapat apa-apa ketidaklarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Terma-terma dan Syarat-syarat ini, Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di sini, sekiranya suatu permintaan dibuat oleh Pelanggan yang Layak dan permintaan tersebut telah dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa terma-terma dan syarat-syarat dalam versi Bahasa Malaysia telah dipilih oleh Pelanggan yang Layak untuk mengawal operasi penggunaan Produk Penyertaan oleh Pelanggan yang Layak, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat Bahasa Malaysia ini akan mengatasi yang lain.

27. Dengan penerimaan atau pengambilan Ganjaran Tunai, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk tidak

mempertanggungjawabkan CIMB dan anggota gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, kos perbelanjaan atau liabiliti yang dialami oleh CIMB dan anggota gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing berkaitan dengan penyertaan Pelanggan yang Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Ganjaran Tunai. Segala risiko, kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Ganjaran Tunai hendaklah ditanggung oleh Pelanggan yang Layak.

28. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan, tanpa sebarang kos dikenakan terhadap Pelanggan yang Layak, bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, bandar kediaman dan gambar Pelanggan yang Layak yang menerima Ganjaran Tunai untuk Kempen ini bagi tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang dianggapnya wajar.

29. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk sebarang implikasi cukai yang mungkin

berbangkit daripada Ganjaran Tunai atau penggunaannya. Sebarang kewajipan pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Ganjaran Tunai kekal sebagai tanggungjawab Pelanggan yang Layak sepenuhnya. Setiap Pelanggan yang Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas mengenai implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

30. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan, kehilangan, ketidaksempurnaan, penyerahan salah, penangguhan, kesukaran untuk dibaca, kerosakan atau penyalaharahan permohonan Produk Penyertaan atau urusan surat-menyurat yang berkaitan, sama ada disebabkan oleh kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, pemotongan, kecurian, kemusnahan atau selainnya melainkan jika perkara tersebut timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau oleh CIMB.

31. Sebarang pertanyaan, maklum balas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Pelanggan yang Layak

berkaitan dengan Produk Penyertaan di bawah CIMB Islamic Bank haruslah diarahkan kepada CIMB

Page 16: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Preferred … · 2019-10-16 · CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

Kempen CIMB Preferred Rewards You Halaman 16 daripada 16

Islamic Bank, dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan Produk Penyertaan di bawah CIMB Islamic Bank.

32. Pelaburan dalam Produk Amanah Saham Penyertaan dan/atau Produk Perbendaharaan Penyertaan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk Pelaburan Penyertaan”) adalah bukan obligasi, dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan yang Layak dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat Produk Pelaburan Penyertaan sebelum melabur. Pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang berkaitan sebelum melabur. Prestasi masa lalu Produk Pelaburan Penyertaan tidak menunjukkan prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan tidak terjamin. Pelanggan yang Layak seharusnya bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan yang Layak yang berasa ragu-ragu tentang tindakan yang harus diambil hendaklah berunding dengan penasihat profesional mereka dengan segera. Produk Pelaburan Penyertaan mungkin tidak diinsuranskan oleh PIDM. Pelanggan yang Layak dikehendaki untuk mematuhi semua terma dan syarat berkenaan dengan pelaburan mereka dalam Produk Pelaburan Penyertaan.

33. Pelanggan yang Layak tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah Seksyen 158 APMP 2007. Dana pampasan tidak terpakai kepada Pelanggan yang Layak yang telah mengalami kerugian kewangan akibat daripada penyalahgunaan atau penipuan wang atau harta lain, oleh seseorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB. Jika Pelanggan yang Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas yang berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB, Pelanggan yang Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (CRU) CIMB sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 34 Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Pelanggan yang Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU CIMB boleh merujuk kes itu kepada Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (“SIDREC”) dan/atau Biro Pengaduan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”) dan/atau Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan, dalam tempoh 6 bulan setelah menerima keputusan muktamad daripada CIMB atau selepas 60 hari kalendar dari tarikh aduan difailkan dengan CIMB yang baginya tiada balasan diterima oleh Pelanggan yang Layak. Pelanggan yang Layak juga boleh menujukan aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti walaupun Pelanggan yang Layak telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC.

34. Untuk maklum balas dan/atau aduan yang berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan yang Layak boleh

menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB di alamat, nombor telefon dan e-mel yang berikut (atau di alamat, nombor telefon dan e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti Surat 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan, Tel: 603 6204 7788 / Alamat E-mel: [email protected]