Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB...

13
1 Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB Islamic 1. Kempen Preferred 10 CIMB Islamic (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (67138-H) (“CIMB Islamic”). 2. Kempen ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Preferred 10 CIMB Bank yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”). Dalam melaksanakan Kempen ini bersama-sama dengan CIMB Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada kumpulan Hadiah yang sama yang dirancang untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank. Tempoh Kempen 3. Kempen ini diadakan dari 1 Februari 2016 hingga 30 hb November 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 4. CIMB Islamic merizab hak, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar, untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 5. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada: a) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru; dan b) semua pemohon CIMB Preferred yang berjaya memohon Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB; dan c) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang melabur dalam produk pelaburan CIMB Islamic berikut: Pelaburan Berstruktur Islam (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang & Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur); dan/atau Unit Amanah Islam (Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan sahaja); dan/atau Skim Persaraan Swasta Islam Plus; (dirujuk secara kolektif sebagai Produk Pelaburan”) dalam Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak menyertai Kempen ini: (i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Islamic, CIMB Bank dan CIMB Investment Bank Berhad (dirujuk secara kolektif sebagai “Kumpulan CIMB”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau (ii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) Kumpulan CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau (iii) Pihak yang bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan

Transcript of Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB...

Page 1: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

1

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB Islamic

1. Kempen Preferred 10 CIMB Islamic (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad

(67138-H) (“CIMB Islamic”).

2. Kempen ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Preferred 10 CIMB Bank yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”). Dalam melaksanakan Kempen ini bersama-sama dengan CIMB Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada kumpulan Hadiah yang sama yang dirancang untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank.

Tempoh Kempen

3. Kempen ini diadakan dari 1 Februari 2016 hingga 30hb November 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

4. CIMB Islamic merizab hak, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar, untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

5. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada:

a) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru; dan b) semua pemohon CIMB Preferred yang berjaya memohon Pembiayaan Bertempoh-i

CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB; dan c) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang melabur dalam produk

pelaburan CIMB Islamic berikut:

Pelaburan Berstruktur Islam (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang & Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur); dan/atau

Unit Amanah Islam (Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan sahaja); dan/atau

Skim Persaraan Swasta Islam Plus; (dirujuk secara kolektif sebagai “Produk Pelaburan”)

dalam Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak menyertai Kempen ini:

(i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Islamic, CIMB Bank

dan CIMB Investment Bank Berhad (dirujuk secara kolektif sebagai “Kumpulan CIMB”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) Kumpulan CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(iii) Pihak yang bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan

Page 2: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

2

Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau

(iv) Pelanggan Preferred yang tidak mempunyai AUM minimum yang dikehendaki sebanyak RM150,000

(v) Individu di bawah umur 18 tahun; (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta Layak”)

6. Berkaitan dengan akaun bersama/pemohon bersama Akaun Sertaan, hanya pemegang

akaun/pemohon yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama/pemohon utama layak menyertai Kempen ini. Penjamin Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB, tidak layak menyertai Kempen ini.

7. CIMB Islamic berhak meluluskan atau menolak apa-apa permohonan kad kredit atau

pembiayaan, dan/atau meminta sebarang dokumen sokongan lanjut yang dianggapnya wajar. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Islamic mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen sokongan adalah cukup jelas bagi tujuan memproses permohonan yang diserahkan kepada CIMB Islamic.

Hadiah

8. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, hadiah berikut tersedia kepada pemenang terpilih Kempen ini:

Kategori Hadiah Bil. Hadiah

Hadiah Utama

Satu (1) unit BMW Z4 bernilai kira-kira RM360,000.00* (“Hadiah Utama”) * Nilai yang dinyatakan di atas diperolehi daripada pengedar kereta dan bukan berdasarkan apa-apa penilaian rasmi yang dilakukan oleh CIMB Islamic.

1

Hadiah Saguhati

Satu (1) pasang tiket pelayaran Spice of Sea di Royal Carribean Mariner of the Seas selama 5 malam bernilai kira-kira RM6,900.00* * Nilai yang dinyatakan di atas diperolehi daripada pengedar dan bukan berdasarkan apa-apa penilaian rasmi yang dilakukan oleh CIMB Islamic.

20

Hadiah Bulanan

(1) Satu (1) Klinik Golf bernilai kira-kira RM540 untuk

10 pemenang bertuah setiap bulan

1.1 Setiap Klinik Golf adalah sesi seorang ke seorang selama tiga (3) jam dengan pelatih Profesional Kanan di Kuala Lumpur Golf & Country Club

100

100

Page 3: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

3

ATAU

(2) Sepuluh (10) kali ganda mata bonus untuk 10 (sepuluh) pemenang bertuah setiap bulan

2.1 Had sebanyak 500,000 mata bonus akan

dikenakan setiap pemenang 2.2 Mata bonus diberikan untuk produk Pelaburan

yang dinyatakan dalam Klausa 4 2.3 Contoh: Pelanggan membeli RM100,000 Unit

Amanah; mata Bonus akan dikira seperti berikut: RM100,000 x (0.1 x 10) = 100,000 mata bonus

(hadiah yang dinyatakan di atas selepas ini akan dirujuk secara kolektif sebagai “Hadiah”). 9. Hadiah:

(a) disediakan atas dasar “Seadanya”; (b) tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai atau kredit; dan (c) tidak termasuk apa-apa aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam apa-apa bahan

promosi dan/atau pengiklanan berkaitan dengan Kempen ini.

10. Hadiah mungkin dikenakan terma-terma dan syarat-syaratnya sendiri yang akan dikenakan di samping terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.

11. Pemenang Hadiah Utama hendaklah mematuhi terma-terma tambahan berikut: (a) mendapatkan cukai jalan dan takaful dengan kos dan perbelanjaan ditanggungnya

sendiri untuk Hadiah Utama; (b) hendaklah mempunyai kapasiti undang-undang sepenuhnya untuk memiliki Hadiah

Utama dan tidak dilarang oleh apa-apa undang-undang atau peraturan untuk memiliki Hadiah Utama;

(c) bertanggungjawab, dengan kos dan perbelanjaan ditanggungnya sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang perlu (jika berkenaan) daripada pihak berkuasa relevan untuk membolehkan Hadiah Utama dipindahkan kepada namanya sendiri. CIMB Islamic tidak akan bertanggungjawab jika Hadiah Utama tidak dapat dipindahkan kepada Pemenang Hadiah Utama atas apa sebab jua;

(d) kecuali dan melainkan harga pembelian Hadiah Utama yang hendaklah ditanggung oleh CIMB Islamic, semua takaful, fi guaman, cukai jalan, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, caj perkhidmatan, caj penyenggaraan dan semua kos dan caj sampingan lain yang ditanggung untuk memperoleh Hadiah Utama atau penyediaan apa-apa dokumen sampingan lain berkaitan dengannya, hendaklah ditanggung oleh pemenang Hadiah Utama;

(e) semua takaful, cukai jalan, wang keluar, kos, fi dan perbelanjaan semasa dan masa hadapan berkaitan dengan penyenggaraan Hadiah Utama hendaklah menjadi tanggungjawab pemenang Hadiah Utama bermula dari tarikh Pemenang menerima Hadiah Utama daripada CIMB Islamic;

(f) sekiranya nilai pasaran Hadiah Utama atas apa jua sebab adalah lebih rendah daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas, CIMB Islamic tidak akan bertanggungjawab untuk perbezaan antara nilai pasaran dan harga/nilai pembelian (jika ada) dan pemenang Hadiah Utama tidak akan membuat apa-apa tuntutan terhadap perbezaan tersebut;

Page 4: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

4

(g) pemenang Hadiah Utama tidak dibenarkan mencalonkan orang/entiti lain untuk menerima Hadiah Utama.

(h) Jika pemenang Hadiah Utama gagal mematuhi dengan ketat apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini, CIMB Islamic berhak menarik balik Hadiah Utama daripada pemenang tersebut dan memilih pemenang Hadiah Utama yang lain. Dalam keadaan tersebut, CIMB Islamic tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos, pemulangan wang atau kerugian yang ditanggung oleh pemenang tersebut.

12. Sepanjang pengetahuan CIMB Islamic, semua maklumat tentang Hadiah yang dinyatakan di

dalam ini adalah tepat pada masa terma-terma dan syarat-syarat Kempen di dalam ini dicetak. Imej Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa bahan pemasaran, promosi dan pengiklanan hanyalah bagi tujuan visual dan ilustrasi dan Hadiah sebenar yang diterima mungkin berbeza.

13. Pemenang Hadiah akan dimaklumkan oleh CIMB Islamic dalam cara yang dirujuk dalam

Klausa 18 dan pemenang hendaklah menuntut Hadiah dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh makluman dan jika tidak CIMB berhak menarik balik Hadiah.

14. Sehingga tahap sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Islamic dengan

nyata mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, jaminan atau pengindorsan, tersirat atau nyata, bertulis atau lisan, terhadap semua hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa jaminan mengenai mutu, kebolehdagangan, kesesuaian bagi sesuatu tujuan khusus, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah hendaklah ditanggung oleh pemenang.

Kriteria Kelayakan

15. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak hendaklah terlebih dahulu mendaftar

penyertaannya dalam Kempen ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar SMS seperti berikut:-

P10 kepada 62666 (Nota: Caj telekomunikasi standard akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar);

16. Setelah berjaya mendaftar, Peserta Layak akan dimaklumkan melalui SMS di nombor mudah

alih mereka yang didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi Communication yang disimpan dalam rekod Bank;

17. Selepas itu, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak

berpeluang memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) dalam Tempoh Kempen dalam senario berikut:-

A) Pelanggan Preferred yang Baru

Setiap permohonan yang diluluskan untuk mana-mana Keahlian Preferred dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk mendapatkan sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan.

Page 5: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

5

B) Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB

(i) Setiap Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB dengan jumlah minimum RM10,000 yang dipohon dan diluluskan dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan; dan

(ii) Setiap jumlah tambahan sebanyak RM10,000 bagi Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB yang diluluskan dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat berikut:

Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB hendaklah dilepaskan pada atau sebelum 15 November 2016 dan jika tidak Peserta Layak tidak layak menerima Penyertaan di bawah Klausa ini.

C) Produk Pelaburan

(i) Setiap pelaburan baru dalam Produk Pelaburan semasa Tempoh Kempen bagi Jumlah Pelaburan Minimum yang dirujuk dalam Jadual A di bawah oleh Peserta Layak yang tidak mempunyai sebarang Produk Pelaburan dengan CIMB (“Pelabur Baru”) memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk menerima sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan;

(ii) Setiap jumlah pelaburan tambahan sebanyak RM10,000 dalam mana-mana Produk Pelaburan oleh pelabur baru atau sedia ada semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima satu (1) Penyertaan. Jumlah pelaburan sebanyak RM10,000 hanya merujuk kepada dana baru.

(iii) “Pelaburan Baru” merujuk kepada pendaftaran baru produk pelaburan. (iv) “Pelabur Baru” merujuk kepada pelabur kali pertama dalam produk Pelaburan

dengan CIMB. (v) Peserta Layak yang melabur dalam Produk Pelaburan adalah tertakluk kepada

jumlah pelaburan minimum yang dinyatakan dalam jadual di bawah (“Jumlah Pelaburan Minimum”) dan Terma dan Syarat di dalam ini.

Produk Pelaburan Jumlah Pelaburan Minimum

Pelaburan Berstruktur Islam RM100,000

Instrumen Deposit Boleh Runding Kadar Terapung-i/Instrumen Boleh

Runding Islam

RM65,000

Sukuk Runcit RM250,000

Sukuk Didenominasi dalam USD USD 200,000

Sukuk Didenominasi dalam AUD AUD 100,000

Sukuk Didenominasi dalam SGD SGD 250,000

Sukuk Didenominasi dalam GBP GBP50,000

Dana Unit Amanah Ekuiti Islam Sertaan

Jumlah pelaburan minimum sebanyak RM10,000 dalam satu

transaksi Skim Persaraan Swasta Islam

Page 6: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

6

(vi) Untuk pelaburan dalam mata wang asing, Penyertaan akan diberikan berdasarkan

jumlah pelaburan menurut jumlah yang bersamaan dalam mata wang tempatan. (vii) Jika Peserta Layak melaksanakan hak bertenangnya atau pelaburan ditolak atau

dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab dalam Tempoh Kempen, Peserta Layak tidak berhak mendapat Penyertaan di bawah Kempen. “Tempoh bertenang” ialah tempoh selama enam (6) hari perniagaan dari tarikh penerimaan permohonan Unit Amanah oleh CIMB Islamic;

(viii) Peserta Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen standard yang berkenaan dan mematuhi semua terma dan syarat berhubung dengan pelaburannya dalam produk relevan di bawah Kempen, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini;

(ix) Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Islam bukan kewajipan, deposit dalam, dijamin atau dilindungi oleh CIMB Islamic dan adalah tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilabur. Peserta Layak dinasihatkan agar membaca Prospektus Dana yang berkenaan sebelum melabur. Peserta Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi Dana yang berkenaan di masa lalu bukan petanda tentang prestasi masa hadapan dan pembahagian pendapatan tidak dijamin. Peserta Layak hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko apa-apa pelaburan. Peserta Layak yang ragu-ragu tentang tindakan yang ingin diambil harus berunding dengan penasihat profesional mereka dengan serta-merta;

(x) Peserta Layak tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Dana pampasan tidak merangkum Peserta Layak yang mengalami kerugian kewangan akibat penyalahgunaan atau salah guna wang atau harta lain dalam cara yang menipu, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB Islamic. Jika Peserta Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB Islamic, Peserta Layak boleh membuat aduan dengan ‘Customer Resolution Unit’ CIMB (“CRU”) yang dibentangkan dalam klausa 20.11. Peserta Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU boleh merujuk kepada kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam masa enam (6) bulan selepas menerima keputusan muktamad daripada CRU. Peserta Layak harus mengambil maklum bahawa aduannya hanya akan ditangani oleh mana-mana satu daripada saluran di atas yang dipilih oleh Peserta Layak untuk merujuk kesnya;

(xi) Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti Islam sertaan boleh didapati apabila diminta dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh CIMB Islamic menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang mencukupi;

Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah membentangkan ringkasan Penyertaan yang boleh diperolehi:-

Bil. Kriteria Kelayakan Bil. Penyertaan yang

diperolehi

Pelanggan Preferred Baru

1 Setiap permohonan yang diluluskan bagi Keahlian Preferred yang baru

10

Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB

4 Setiap Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil 10

Page 7: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

7

ASB baru yang dipohon, diluluskan dan dilepaskan dengan jumlah minimum sebanyak RM10,000

5 Setiap jumlah Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB tambahan sebanyak RM10,000 yang dipohon, diluluskan dan dilepaskan

1

Produk Pelaburan Islam

6 Setiap pelaburan baru oleh pelabur baru dengan jumlah pelaburan minimum

10

7 Setiap jumlah pelaburan tambahan sebanyak RM10,000 1

Kriteria Pemilihan Pemenang Kempen ini

18. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, pemenang hadiah di bawah

Klausa 8 di atas akan dipilih dalam cara berikut: A) Pemenang Hadiah Utama:

i) Pada akhir Tempoh Kempen, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (C) di atas untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek”).

ii) Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek akan dihubungi melalui telefon oleh wakil

CIMB Islamic berdasarkan nombor mudah alihnya yang disimpan dalam rekod CIMB Islamic dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai pemenang (“Pemenang Hadiah Utama”).

iii) Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang gagal menjawab soalan dengan tepat

tidak akan menerima Hadiah dan Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang seterusnya akan dipanggil. Semua sesi soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Islamic dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB Islamic adalah muktamad dan mengikat.

iv) CIMB Islamic mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan tarikh dan masa yang ditentukan (Isnin hingga Jumaat) dari (9 pagi hingga 6 petang) untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek. Jika Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon pada percubaan pertama atas sebab-sebab termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:- Tiada jawapan, Tidak berminat untuk menyertai, Menamatkan panggilan semasa perbualan, Nombor tidak digunakan, Tiada sambungan, Peti suara diaktifkan, dua (2) percubaan lanjut akan dibuat untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek. Jika percubaan ketiga (ke-3) juga tidak berjaya disebabkan keadaan yang dibentangkan di atas, CIMB Islamic berhak menyingkirkan Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek dan terus menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang seterusnya dan proses ini akan diulang hingga Pemenang Hadiah Utama disahkan.

v) Selanjutnya dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, semua caj komunikasi hendaklah ditanggung semata-mata oleh Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek (termasuk caj perayauan yang ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek di luar Malaysia) akibat CIMB Islamic menghubungi Peserta Yang Disenarai Pendek.

Page 8: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

8

B) Pemenang Hadiah Saguhati:

(i) Pada akhir Tempoh Kempen, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (C) di atas untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Saguhati (“Pemenang Hadiah Saguhati”).

(ii) Semua Pemenang Hadiah Saguhati akan dimaklumkan secara bertulis ke alamatnya yang disimpan dalam rekod CIMB Islamic (“surat makluman CIMB Islamic”).

(iii) Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima surat makluman CIMB dalam masa 12 minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

C) Pemenang Hadiah Bulanan:

(i) Pada akhir setiap bulan Sertaan, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak

oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi setiap bulan Sertaan selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (E) di atas untuk memenangi hadiah bulanan (“Pemenang Hadiah Bulanan”).

(ii) Pemenang Hadiah Bulanan akan menerima surat makluman CIMB Islamic dalam masa empat (4) minggu selepas penghujung setiap bulan Sertaan.

18.1 Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Saguhati dan Pemenang Hadiah Bulanan akan

dirujuk secara kolektif sebagai “Pemenang Kempen”. 18.2 Peserta Layak bertanggungjawab memastikan nombor telefon dan alamat pos mereka yang

diberikan adalah semasa dan dikemaskinikan dengan CIMB Islamic sekiranya terdapat apa-apa peruubahan padanya. Makluman dan penyerahan hadiah oleh CIMB Islamic adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat pos Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB Islamic. CIMB Islamic tidak bertanggungjawab kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon atau alamat pos Peserta Layak dalam rekod CIMB Islamic bukan nombor telefon atau alamat pos semasa atau yang tepat.

18.3 Bagi tujuan Kempen ini, Peserta Layak hanya berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah

Utama ATAU satu (1) Hadiah Saguhati. Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Tambahan tidak berhak memenangi apa-apa hadiah di bawah Kempen ini.

18.4 Pemenang Kempen bersetuju dan membenarkan CIMB Islamic mendedahkan butir-butir

mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen CIMB Islamic yang kemudian akan menghubungi pemenang Kempen tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang Kempen bertanggungjawab membuat perkiraan yang perlu dengan CIMB Islamic dan/atau pengedar/agennya untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Islamic tidak akan menanggung sebarang caj penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin ditanggung atau perlu ditanggung oleh Pemenang Kempen semasa menebus atau menggunakan Hadiah.

Page 9: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

9

18.5 Pemenang Kempen, dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri,

dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain berkaitan dengan Kempen ini jika dan apabila dikehendaki oleh CIMB Islamic. Jika Pemenang Kempen gagal menghadiri majlis tersebut dan/atau program publisiti lain yang dikehendaki oleh CIMB Islamic, CIMB Islamic berhak menarik balik Hadiah Pemenang Kempen dan memilih pemenang lain.

Ganjaran Tambahan

19. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak juga berhak

mendapatkan ganjaran berikut (“Ganjaran”) yang dibentangkan dalam Jadual 2 di bawah dalam Tempoh Kempen setelah memenuhi terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal setiap Ganjaran.

Jadual 2

Ganjaran Jumlah Pemenang Hadiah

(A)

Rebat RM200 untuk Sun Maxi Med –i

Terhad kepada semua pelanggan Preferred yang mendaftar untuk Sunlink

(C)

Perlindungan Denggi Percuma

Terhad kepada 1,000 Peserta Layak CIMB Preferred yang pertama

(D) Penebusan Mata Bonus

Semua Pelanggan Preferred

(A) Rebat RM200 untuk Sun Maxi-Med-i

(i) Peserta Layak hendaklah, dalam Tempoh Kempen, membeli daripada kakitangan penjualan berlesen CIMB Islamic yang berada di cawangan CIMB Islamic satu Sijil Sunlink Istismar (selepas ini dirujuk sebagai “Sunlink Istismar”) yang ditaja jamin dan diurus oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad.

(ii) Peserta Layak yang membeli Sunlink Istismar berhak mendapat Rebat Tunai sebanyak

RM200 untuk satu sijil Sun Maxi Med-i (“Rebat Tunai”) dengan syarat Peserta Layak mendaftar untuk sijil Sun Maxi Med-i dan membayar sumbangan dengan sepenuhnya.

(iii) Agar layak menerima Rebat Tunai, Peserta Layak hendaklah membayar sumbangan

untuk Sunlink Istismar serta sijil Sun Maxi Med-i melalui apa-apa cara pembayaran (tunai, cek, ‘auto debit’ atau kad kredit).

(iv) Peserta Layak hendaklah memberikan butir-butir akaun simpanan CIMB Islamic yang sah

yang dipegang dalam nama tunggal Peserta Layak (“Akaun Layak”) pada masa permohonan untuk mana-mana Sunlink Istismar dengan menyatakan butir-butir dalam Bahagian A – ruang e-Pembayaran dalam borang cadangan/borang permohonan. Untuk mengelakkan keraguan, akaun simpanan bersama yang dipegang oleh Peserta Layak tidak akan diterima.

Page 10: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

10

(v) Rebat Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Layak dalam masa enam puluh (60) hari

selepas tamat Tempoh ‘Free-Look’ bagi setiap Sunlink Istismar. “Tempoh ‘Free-Look’” ditakrifkan sebagai tempoh apabila pemilik polisi atau sijil diberikan Tempoh ‘Free-Look’ selama 15 hari dari tarikh penyerahan polisi atau sijil untuk menyemak kesesuaian pelan yang baru disertai. Jika sijil diserahkan dalam tempoh ini, sumbangan penuh ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan yang ditanggung, jika ada, akan dipulangkan kepada pemilik sijil. Peserta Layak yang menyerahkan sijil Sunlink Istismar selepas Tempoh ‘Free-Look’ dan/atau dalam Tempoh Kempen tidak berhak mendapat Rebat Tunai.

(vi) Peserta Layak hendaklah merupakan Pemilik Sijil dan juga Orang Yang Dilindungi dalam

sijil Sunlink Istismar dan sijil Sun Mexi Med-i yang disertai agar layak menerima Rebat Tunai.

(vii) Rebat Tunai hanya diberikan bagi sumbangan yang dibayar terhadap Sunlink Istismar

dan sijil Sun Mexi Med-i berhubung dengan Manfaat Perlindungan dan Rider (jika ada). Rebat Tunai tidak diberikan berkaitan dengan sebarang sumbangan terhadap apa-apa sumbangan tambahan / ‘top-up’ untuk bahagian pelaburan.

(viii) Permohonan untuk Sunlink Istismar dan Sijil Sun Mexi Med-i hendaklah diterima dan

sijil hendaklah dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia Takaful Bhd. pada atau sebelum 1hb Disember 2016.

(viv) Rebat Tunai hanya diberikan bagi Sunlink Istismar dan Sijil Sun Mexi Med-i yang

didaftarkan semasa Tempoh Kempen. Sijil sedia ada dan penggantian sijil (ROC) tidak berhak menerima Ganjaran Kempen.

vv) Sekiranya Peserta Layak menarik balik atau membatalkan Sunlink Istismar yang disertai

semasa peringkat permohonan, pemprosesan atau mana-mana peringkat lain pada atau sebelum Tempoh ‘Free-Look’, atau sekiranya permohonan Produk Sertaan tidak berjaya disebabkan apa-apa isu penajajaminan, Peserta Layak tidak berhak mendapat Ganjaran Kempen dan sumbangan yang dibayar terdahulu akan dikembalikan kepada Peserta Layak.

(vvi) Berhubung dengan Sunlink Istismar dan Sijil Sun Maxi Med-i, CIMB Islamic hanyalah

pengedarnya yang ditaja jamin dan diurus oleh Sun Life Malaysia Takaful Bhd. CIMB Islamic tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berhubung dengan apa-apa perkara atau tuntutan yang berbangkit di bawah Sunlink Istismar dan/atau Sijil Sun Maxi Med-i. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain berkaitan dengan Kempen. Sun Life Malaysia Takaful Bhd. sebagai pengendali takaful berlesen dan penaja jamin & pengurus Sunlink Istismar dan Sijil Sun Maxi Med-i masing-masing akan menanggung obligasi tersebut sebagai pengendali takaful. Sunlink Istismar dan Sijil Sun Maxi Med-i bukan produk CIMB Islamic dan oleh itu bukan obligasi atau jaminan oleh CIMB Islamic.

(B) Perlindungan Denggi Percuma

Page 11: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

11

(i) 1,000 Peserta Layak pertama untuk Kempen ini akan diberikan Perlindungan Denggi Percuma bernilai RM20 setahun yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia. (ii) Perlindungan denggi percuma adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat Sun Life Malaysia yang mengawal perlindungan denggi.

(C) Penebusan Mata Bonus

(i) Peserta Layak berhak menebus mata bonus dalam tempoh kempen kepada Emas dan/atau Pas Keutamaan dan/atau hadiah lain yang mungkin ditawarkan oleh CIMB Islamic menurut budi bicara tunggalnya dalam tempoh Kempen ini. (ii) Penebusan mata bonus di bawah klausa ini adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat sedia ada CIMB Preferred yang mengawal Penebusan Mata Bonus.

20. TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AM

20.1 Dengan menyertai Kempen, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini dan bersetuju bahawa sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh CIMB Islamic berkaitan dengan setiap aspek Kempen termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Peserta Layak untuk menyertai Kempen dan hak untuk menerima Hadiah adalah muktamad, mengikat dan konklusif.

20.2 Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar

oleh Sijil ASB Pemenang Kempen MESTILAH dalam kedudukan baik dan TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat yang mengawal akaun tersebut dan TIDAK BOLEH ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB Islamic, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau diisytiharkan sebagai Pemenang Kempen dalam Kempen ini.

20.3 CIMB Islamic tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau

mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira apa jenisnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, kerana menyertai atau tidak menyertai Kempen.

20.4 CIMB Islamic merizab hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung

Kempen dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh CIMB Islamic tidak akan memberikan hak kepada Peserta Layak atau mana-mana orang lain pun jua untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap CIMB Islamic atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.

20.5 CIMB Islamic merizab hak, dengan memberikan notis tidak kurang daripada 21 hari

kalendar, untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi,

Page 12: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

12

meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini. Makluman kepada Peserta Layak tentang Pindaan hendaklah dilaksanakan menurut budi bicara mutlak CIMB Islamic melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat Peserta Layak yang terakhir diketahui atau dengan menampalkan notis berhubung dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB Islamic atau dengan menyiarkan iklan berhubung dengan Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB Islamic atau melalui laman web CIMB Islamic atau melalui sebarang kaedah notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Islamic dan Pindaan dianggap mengikat Peserta Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh CIMB Islamic dalam makluman.

20.6 Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini, sepertimana mungkin dipinda dari

semasa ke semasa selaras dengan Klausa 19.4, akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen.

20.7 Terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Keahlian Preferred, Akaun Pelaburan,

Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB adalah berasingan daripada Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. Peserta Layak dikehendaki mematuhi semua terma dan syarat yang mengawal Keahlian Preferred, Akaun Pelaburan dan Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB di samping terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini.

20.8 CIMB Islamic tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk hadiah, produk

dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan dan/atau disediakan semata-mata oleh penjual, pengedar dan/atau penyedia yang relevan, menurut sebarang terma dan syarat yang ditentukan oleh penjual, pengedar dan/atau penyedia tersebut, dan CIMB Islamic tidak menanggung apa-apa liabiliti (termasuk, tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan hadiah, produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen.

20.9 CIMB Islamic tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai, cukai barangan

dan perkhidmatan, kos sampingan dan/atau sebarang caj dan/atau gantirugi lain yang disebabkan oleh mana-mana hadiah dan/atau jika mana-mana agen/pengedarnya tidak memenuhinya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa atau sebarang kos sampingan dan/atau sebarang caj lain yang mungkin berbangkit akibat penerimaan hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal Peserta Layak. Setiap Peserta Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

20.10 Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau

percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh

Page 13: Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB …cimbpreferred.com/articles/promotions/preferred10campaign/islamict... · daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan ...

13

Bank dalam rekodnya bahawa versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

20.11 Sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh

menghubungi ‘Customer Resolution Department’ (CRU) CIMB di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB Islamic dengan memaklumkan Peserta Layak):

Customer Resolution Unit Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 1-300-880-900 Alamat e-mel: [email protected].