Tesis IV 2015

18
Bab IV DAPATAN KAJIAN Pengenalan. Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan narafif dalam kalangan murid di sekolah menengah. Selainitu, dapatan kajian bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan kajian yang telah dibentuk. Data analisis kajian program Statistical Package For Social Science (SPSS 15). Hasil analisis kajian dijalankan secara deskriptif dan analisa inferens.. Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah. Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian? Sejauhnya manakah pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karanagan jenis naratif antara pra ujian dan pasca ujian? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian? Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi, peratus,skor min dan sisihan piawai. Manakala bahagian analisis berkaitan Ujian -t. bagi

description

assignment universiti

Transcript of Tesis IV 2015

Page 1: Tesis IV 2015

Bab IV

DAPATAN KAJIAN

Pengenalan.

Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah

Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta

dan karangan narafif dalam kalangan murid di sekolah menengah. Selainitu, dapatan kajian

bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan kajian yang telah dibentuk. Data analisis

kajian program Statistical Package For Social Science (SPSS 15). Hasil analisis kajian

dijalankan secara deskriptif dan analisa inferens..

Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah.

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Sejauhnya manakah pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karanagan

jenis naratif antara pra ujian dan pasca ujian?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan

antara jenis fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi,

peratus,skor min dan sisihan piawai. Manakala bahagian analisis berkaitan Ujian -t. bagi

tujuan analisis inferens aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Pemilihan ujian analisis

dapatan berdasarkan kepada objektif kajian yang bertujuan untuk menjawab persoalan-

persoalan kajian yang dikemukakan.

Data Demografi Sampel Kajian.

Kajian ini melibatkan 40 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Bahagian Sri Aman.

Jadual 4 menunjuan pecahan sampel kajian mengikut jantina.

Page 2: Tesis IV 2015

Jadual 4: Pecahan Sampel Mengikut Jantina.

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 10 25

Perempuan 30 75

Jumlah 40 100

Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina. sampel kajian terdiri

daripada 10 orang atau 25% murid lelaki dan 30 orang murid perempuan. Ini menunjukkan

bahawa sampel karangan murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki.

Peringkat-peringkat Pencapaian Murid.

Mengikut skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008, Bahagian C karangan

respons terbuka, terdapat lima peringkat pencapaian seperti yang disenaraikan dalam Jadual

5. Jumlah markah keseluruhan adalah 40 markah

Jadual 5 : Pemarkahan Karangan Bahagian C (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008)

Markah Peringkat Pencapaian

A 33 - 40 Cemerlang

B 25 - 32 Baik

C 18 - 24 Memuaskan

D 10 - 17 Kurang Memuaskan

E 1 - 9 Pencapaian Minimum

Jadual 5 menunjukkan peringkat-peringkat pencapaian karangan yang terdiri daripada

Cemerlang atau A (33 - 40 ) ,Kepujian atau B ( 25 - 32), Memuaskan atau C ( 18 - 24),

Kurang Memuaskan atau D ( 10 - 17 ), dan Pencapaian Minimum atau E ( 1-9 ). Bagi melihat

tahap pencapaian keberkesanan KPK dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan

fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid di sekolah menengah, data akan dianalisis

mengikut aras pemeringkatan yang telah dikategorikan seperti Jadual 5.

Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian.

Page 3: Tesis IV 2015

Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Terdapat lima

persoalan kajian dan huraian dapatan adalah seperti berikut.

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Jadual 6 : Taburan Markah Pra Ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)

12.00 4 10

14.00 1 2.5

16.00 18 45

20.00 5 12.5

22.00 1 2.5

23.00 1 2.5

24.00 1 2.5

27.00 1 2.5

28.00 3 7.5

30.00 2 5.0

32.00 2 5.0

36.00 1 2.5

JUMLAH 40 100

Jadual 6 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan fakta. didapati markah minimum

yang diperoleh murid ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Markah yang

kerap diperoleh murid ialah 16 markah dengan 18 orang murid atau sebanyak 45

peratus.Manakala markah kedua kerap diperoleh oleh murid ialah 20 markah iaitu seramai 5

orang murid atau sebanyak 12.5 peratus. Perbezaan seramai 13 orang murid wujud atau

sebanyak 32.5 peratus.

Jadual 7 : Taburan Markah Pra Ujian Karangan Naratif

Page 4: Tesis IV 2015

Markah Taburan Frekuensi Peratus

12 1 2.5

16 8 20.0

18 7 17.5

20 17 42.5

22 3 7.5

24 2 5.0

30 1 2.5

36 1 2.5

Jumlah 40 100

Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum yang

diperoleh murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah maksimum ialah

36. Didapati murid kerap mendapat markah 20 markah yang diperoleh seramai 17 orang

murid atau sebanyak 42.5 peratus. Markah kedua yang kerap diperolehi seramai 8 orang

murid atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di antara markah yang kerap

diperolehi murid atau sebanyak 22.5 peratus.

Rajah 5 Perbandingan Taburan Markah Pra Ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif.

Page 5: Tesis IV 2015

Didapati murid dalam karangan fakta kerap mendapat 16 markah manakala murid dalam

karangan naratif kerap mendapat 20 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara

markah yang kerap diperoleh kedua-dua jenis karangan.

Jadual 8 : Taburan Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Karangan Fakta dan Naratif

Pra Ujian Skor Min Sisihan Piawai

Karangan Fakta 19.76 6.40

Karangan Naratif 19.65 3.98

Jadual 8 menunjukkan keputusan taburan min dan sisihan piawai pra ujian dalam karangan

fakta dan karangan naratif. Skor min bagi pra ujian bagi penulisan fakta adalah 19.76 dan

sisihan piawainya adalah 6.40. Manakala skor min pra ujian bagi penulisan ujian naratif

adalah 19.65 dan piawai adalah 3.98. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan fakta adalah

lebih tinggi daripapenulisan karangan naratif. skor min pra ujian bagi penulisan karangan

naratif.

Jadual 9 Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Fakta

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)

A 1 2.5

B 8 20.0

C 8 20.0

D 24 57.5

E 0 0

Jadual 9 menunjukkan peringkat pencapaian murid pra ujian dalam karangan fakta. dalam

pra ujian karangan fakta, didapati seorang murid mendapat keputusan Cemerlang dengan 2.5

peratus. Seramai 8 orang murid atau 20 peratus daripada sampel kajian mendapat keputusan

Baik dan Memuaskan. Murid paling ramai mendapat keputusan Kurang Memuaskan iaitu

seramai 24 orang atau sebanyak 57.5 peratus.

Page 6: Tesis IV 2015

Jadual 10 : Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Naratif.

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)

A 1 2.5

B 1 2.5

C 29 72.5

D 9 57.5

E 0 0

Jadual 10 menunjukkan peringkat pencapaian yang diperoleh murid semasa menjawab

soalan karangan naratif pra ujian. Didapat seorang murid atau sebanyak 2.5 peratus yang

mendapat keputusan Cemerlang dan Baik. Murid paling ramai mendapat keputusan

Memuaskan iaitu sebanyak 29 orang atau 72.5 peratus. Manakala keputusan

KurangMemuaskan diperoleh seramai 9 orang murid atau sebanyak 22.5 peratus.

Rajah 6 Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Fakta dan Karangan

Naratif.

Page 7: Tesis IV 2015

Rajah 6 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pra ujian untuk karangan fakta

dan karangan naratif. Dapatan menunjukkan murid semasa menjawab karangan fakta , ramai

murid berada dalam peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid semasa

menjawab soalan karangan naratif banyak mendapat peringkat Memuaskan. Murid semasa

menjawab karangan naratif lebih ramai mendapat peringkat pencapaian Memuaskan

berbanding karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus.

Manakala peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid karangan fakta

berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus.

Persoalan kajian 2

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian ?

Untuk menjawab persoalaan ini, Jadual 11 merupakan taburan markah pasca ujian karangan

fakta. Jadual 12 ialah taburan markah pasca ujian karangan naratif. Rajah 7 ialah

perbandingan taburan markah karangan fakta dan karangan naratif. Jadual 13 ialah taburan

nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan naratif. Jadual 14 ialah peringkat

pencapaian murid karangan fakta. Jadual 15 ialah peringkat pencapaian murid karangan

naratif dan Rajah 8 ialah perbandingan peringkat pencapaian murid karangan fakta dan

karangan naratif

Jadual 11. Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)

16 8 20

18 1 2.5

20 10 25

22 6 15

24 2 5

28 2 5

30 4 10

32 3 7.5

34 1 2.5

36 2 10

38 2 10

Jumlah 40 100 %

Page 8: Tesis IV 2015

Jadual 11 menunujukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta. Markah minimum

yang diperoleh murid ialah 16 markah dan markah yang maksimum ialah 38 markah. Murid

semasa pasca ujian karangan fakta kerap mendapat 20 markah iaitu seramai 10 orang murid

atau sebanyak 25 peratus. Markah kedua yang kerap diperoleh murid ialah 16 markah iaitu

seramai 8 orang murid atau sebanyak 20 peratus. Perbezaan kekerapan antara markah yang

kerap dan kedua kerap yang diperoleh murid ialah 2 orang murid atau 5 peratus sahaja.

Jadual 12 Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Naratif.

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)

16.8 1 2.5

20 12 30.0

22.5 1 2.5

24 13 32.5

25.2 1 2.5

26 1 2.5

28 2 5.0

30 2 5.0

32.8 1 2.5

36 1 2.5

38 1 2.5

Jumlah 40 100

Jadual 12 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan naratif. Didapati markah

minimum yang diperoleh murid ialah 16.8 markah maksimum ialah 38 markah. Markah yang

kerap diperoleh murid ialah 24 markah yang diperoleh seramai 13 orang murid atau 32.5

peratus. Ini diikuti dengan 20 markah yang diperoleh seramai 12 orang atau 30 peratus.

Perbezaan seramai seorang murid sahaja atau sebanyak 2.5 peratus di antara markah kerap

dan kedua kerap diperoleh muurid semasa menjawab karangan naratif pasca ujian.

Page 9: Tesis IV 2015

Rajah 7 : Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif

Rajah 7 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta dan karangan naratif.

Didapati semasa pasca ujian karangan fakta. Murid paling kerap mendapat 20 markah

manakala karangan naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah

yang paling kerap diperoleh murid dalam karangan fakta dan karangan naratif.

Page 10: Tesis IV 2015

Jadual 13 Taburan Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan

Naratif

Pasca Ujian Min Sisihan Piawai

Karangan Fakta 23.55 6.56

Karangan Naratif 23.82 4.50

Jadual 13 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan

naratif. Di dapati nilai min yang diperoleh murid semasa pasca ujian karangan fakta ialah

23.55 dengan nilai sisihan piawai 6.56. Manakala nilai min karangan naratif ialah 23.82

dengan nilai sisihan piawai 4.50. Dapatan menunjukkan nilai min karangan fakta adalah lebih

besar berbanding nilai min karangan naratif pasca ujian.

Jadual 14 Peringkat Pencapaian Murid Pasca Karangan Fakta

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus ( % )

A 4 10

B 9 22.5

C 19 47.5

D 8 20.0

E 0 0

Jadual 14 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan fakta.

Murid didapati paling ramai mendapat peringkat Memuaskan iaitu sebanyak 19 orang atau

47.5 peratus. Peringkat kedua, ramai diperoleh murid ialah peringkat Baik iaitu seramai 9

orang atau 22.5 peratus. Perbezaan sebanyak 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus antara

peringkat paling banyak dan kedua diperoleh murid.

Page 11: Tesis IV 2015

Jadual 15 Peringkat Pencapaian Murid Pasca Ujian Karangan Naratif

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus ( % )

A 2 5

B 6 15

C 30 75

D 1 2.5

E 1 2.5

Jadual 15 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan naratif.

Didapati murid kerap berada dalam peringkat pencapaian Memuaskan iaitu seramai 30 orang

murid atau 75 peratus. Peringkat kedua ramai yang diperoleh murid ialah peringkat Baik

dengan seramai 6 orang murid atau sebanyak 15 peratus. Murid yang mendapat peringkat

Memuaskan , 24 orang lebih ramai berbanding murid yang memperoleh peringkat Baik atau

perbezaan sebanyak 60 peratus.

Rajah 8 : Peringkatan Pencapaian Murid Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan

Naratif

Page 12: Tesis IV 2015

Rajah 8 menunjukkan perbandingan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian

karangan fakta dan karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat

Memuaskan dalam kedua-dua jenis ujian karangan. Namun, murid karangan naratif sebanyak

11 orang atau 27.5 peratus lebih ramai mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika

menjawab karangan fakta. Walau bagaimana pun, terdapat seorang murid atau 2.5 peratus

yang mendapat peringkat Pencapaian Minimum (E)

Persoalan Kajian 3

Apakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra ujian

dengan pasca ujian?

Jadual 16: Ujian -t Perbezaan Di Antara Pra Ujian dengan Pasca Ujian Bagi Penulisan

Karangan Fakta.

Karangan Fakta Min Sisihan Piawai

Pra Ujian 19.76 6.40

Pasca Ujian 23.55 6.56

Perbezaan t ( 39) = 10.80 P = 0.0001

Nota Signifikan pada aras keertian 0.05

N = 40

Jadual 16 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan

karangan fakta. berdasarkan jadual tersebut, skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta

adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan

karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai adalah 6.56. Terdapat perbezaan di antara pra

ujian dengan pasca ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan fakta yang signifikan,

t(39) = 10.80, p = 0.0001.

Page 13: Tesis IV 2015

Persoalan Kajian 4

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara pra ujian

dengan pasca ujian?

Jadual 17 : Ujian-t Perbezaan Di Antara Pra Ujian dengan Pasca Ujian bagi Penulisan

Karangan Naratif.

Karangan Naratif Min Sisihan Piawai

Ujian Pra 19.65 3.98

Ujian Pasca 23.82 4.50

Perbezaan t ( 39 ) = 5.54, p= 0001

Jadual 17 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan

karangan naratif. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 19.65

dan sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan

naratif adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50.

Ujian -t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian

dengan pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu t( 39 ) = 5.54, p = 0.0001

Persoalan Kajian 5.

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan

naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Jadual 18 :Ujian-t Perbezaan Di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam

Penulisan Karangan.

Pra Ujian Min Sisihan Piawai

Karangan Fakta 19.76 6.40

Karangan Naratif 19.65 3.97

Perbezaan t = ( 39 ) = 0.12, p = 0.91

Nota Signifikan pada aras keertian 0.05

N = 40

Page 14: Tesis IV 2015

Jadual 19 Ujian- t Perbezaan Di Anatara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam

Penulisan Karangan

Pra Ujian Min Sisihan Piawai

Karangan Fakta 23.55 6.56

Karangan Naratif 123.82 4.50

Perbezaan t = ( 39 ) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04

Manakala Jadual 19 menunjukkan semasa pasca ujian skor min karangan fakta ialah 23.55

dengan nilai sisihan piawai 6.56. Skor min pasca ujian karangan naratif pula ialah 23.82

dengan nilai sisihan piawai 4.50. Berdasarkan ujian-t yang dijalankan didapati tidak terdapat

hubungan yang signifikan di antara karangan fakta dan karangan naratif semasa pasca ujian

iaitu, t = ( 39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil juga berlaku di antara markah

karangan fakta dan karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40