Test 1 Soalan Objektif

download Test 1 Soalan Objektif

of 4

description

rest

Transcript of Test 1 Soalan Objektif

BAHAGIAN A (20 MARKAH)ARAHAN: Jawab SEMUA soalan pada bahagian ini.

1. Kumpulan minoriti mempelajari budaya majoriti di mana hanya aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dan tidak pada keseluruhan cara hidup. Proses ini dikenali sebagai __________________

A amalgamasi B pluralisme kebudayaan C akulturasi D asimilasi struktur

2. Proses X boleh tercapai dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur secara besar-besaran. Proses X ialah

A pluralisme kebudayaan B amalgamasi C pluralisme ubahsuaian D asimilasi struktur

3. Pilih penyataan yang salah

A. Negeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang B. Selain emas, bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal masihi lagi di semenanjung Tanah Melayu. C. Melaka mempunyai sistem entrepot yang baik D. Kesan dari penjanjian Inggeris-Belanda 1824 ialah Kepulauan Melayu telah dibahagi kepada tiga pengaruh; Siam,Inggeris dan Belanda

4. Di Negara kita, asas-asas utama perpaduan dan integrasi nasional ialah I perkongsian kuasa politik II kerajaan demokrasi III pertumbuhan ekonomi yang baik IV tolak ansur budaya

A Semua jawapan di atas adalah betul B I, II dan III C I, II dan IV D Tiada gabungan jawapan yang betul

5. Apakah maksud dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu?

A. Setiap kaum diperuntukkan kawasan petempatan yang sama B. Setiap kaum dipisahkan oleh kawasan petempatan yang berbeza C. Setiap kaum ditadbirkan oleh pemerintah yang sama D. Setiap kaum mengendalikan fungsi ekonomi yang berbeza dengan dipisahkan kawasan petempatan.

6. Rancangan penempatan semula masyarakat yang tinggal di pinggir hutan ke kampung-kampung baru di namakan

A Rancangan Cheeseman B Rancangan Gurney C Rancangan Templer D Rancangan Briggs

7. Antara tokoh berikut, yang manakah merupakan tokoh perjuangan di negeri Sarawak?

A. Rentap B. Antanum C. Dol Said D. Mat Saleh

8. Perkara yang tidak berkaitan dengan pendudukan Jepun dalam tempoh 1942 hingga 1945 ialah

A. Landasan Kereta Api Maut B. AMCJA dan PUTERA C. Penyatuan Tanah Melayu dan Sumatera D. Parti Komunis Malaya (PKM)

9. . merupakan satu dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain.

A. Sosialisme B. Fanatisme C. Imperialisme D. Paganisme

Konflik pewarisan takhta antara Raja Ismail, Raja Abdullah & Raja YusofPerjanjian Pangkor 1984Pergaduhan kongsi gelap Gee Hin & Hai San mengenai bijih timah

10. Di manakah persengketaan di atas berlaku?

A. Perak B. Johor C. Negeri Sembilan D. Selangor

(10 Markah)

Tulis BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.11.Ciri ciri masyarakat majmuk mengikut pandangan J.S Furnivall ialah setiap anggota masyarakat berpegang pada kebudayaan, agama, bahasa, dan idea yang sama.

12.Dayak merupakan salah satu etnik bumiputera yang terdapat di Sarawak

13.Seni mempertahankan diri juga boleh dianggap sebagai lambang budaya sesuatu kaum.

14.Pluralisme menyebabkan golongan minoriti kehilangan ciri-ciri kebudayaan dan identiti etniknya.

15.Perak merupakan negeri pertama yang melaksanakan sistem Residen.

16.Antara negeri negeri yang bernaung di bawah Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, P. Pinang, Kelantan, Terengganu dan Johor

17.Asun, Banting, dan Rentap merupakan tokoh perjuangan negeri Sabah

18.Dasar Berbaik baik dengan Inggeris merupakan salah satu faktor British tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri Johor sehingga tahun 1914.

19.Kewujudan masyarakat Jawi (anak mami) merupakan satu contoh proses Amalgamasi

20.Perjanjian Inggeris Belanda 1824 membantu Belanda mengukuhkan lagi kuasanya di Kepulauan Melayu

(10 Markah)

BAHAGIAN B (10 MARKAH)ARAHAN: Jawab SEMUA soalan pada bahagian ini.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Sultan Abdullah Raja Muda Perang Taiping

Perang Larut Raja Bendahara Raja Yusof Raja Ismail

Perak merupakan negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik

British. British mengambil kesempatan ini akibat daripada perebutan takhta kerajaan

Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.

Dalam soal perebutan takhta, masalah bermula pada tahun 1857 apabila ____________(21)

mangkat (diganti oleh Sultan Jaafar). ____________(22) yang sepatutnya menjadi

___________(23) (jawatan pewaris takhta yang kedua kanan sebelum Raja Muda)

disingkirkan, sebaliknya Raja Ismail pula dilantik memegang jawatan tersebut. Apabila

Sultan Jaafar mangkat pada 1865, Raja Yusof sekali lagi tidak naik ke jawatan yang

lebih tinggi kerana Raja Abdullah (putera Sultan Abdullah) dilantik menyandang jawatan

__________(24). Situasi ini menimbulkan pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan

Raja Abdullah yang seterusnya menyebabkan perebutan takhta Perak.

Sementara itu, masyarakat Cina yang mengusahakan lombong-lombong timah di Perak

juga terbahagi kepada dua kumpulan kongsi gelap , iaitu Ghee Hin dan Hai San.

Perbalahan mereka mencetuskan _________(25) Pertama hingga Ketiga pada tahun 1861,

1865 dan 1872.(5 Markah)

26. Senaraikan empat kebudayaan masyarakat Cina di Malaysiaiii..iii.iv.(2 Markah)

27. Namakan empat pejuang Tanah Melayu yang menentang Inggeris di Tanah Melayuiii..iii..iv.

(2 Markah)

28. Nyatakan dua langkah yang di ambil British mengekang penularan kegiatan Komunis di Tanah Melayuiii..(1 Markah)