TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat...

7
TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL 1999 – mendaftar sebagai wakil takaful dengan Takaful Nasional Sdn Bhd dengan Azizam Agency di Alor Star. Niat untuk tambah pendapatan kerana gaji bekerja sebagai pengajar di kolej swasta tidak mencukupi dalam RM1,500 sebulan untuk simpanan buat belanja kahwin. Masa itu pernah dengar kalau berniaga insurans boleh jadi kaya sebab pernah ditunjukkan contoh non-muslim jadi kaya buat insurans di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Masa itu aset yang ada hanyalah sebuah kereta tua Honda Civic ‘bullet’ 1100cc 1979. 2000 – beli kereta kancil 660 sebagai aset tahun itu. Komisyen berniaga takaful masih sedikit tapi beri sedikit keyakinan untuk bayaran bulanan kereta ini. Komisyen berniaga takaful adalah dapat dalam RM350 sebulan. Buat pun tak bersungguh patutlah dapat komisyen banyak tu tapi belasah saja beli kancil nak buat kerja cari makan. Nanti aku tambahlah! 2003 – tukar aset kereta lebih selesa kerana kereta kancil sering rosak hingga bahayakan nyawa anak isteri dan diri sendiri. Saya berazam tambah pendapatan melalui komisyen

Transcript of TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat...

Page 1: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL

1999 – mendaftar sebagai wakil takaful dengan Takaful Nasional Sdn Bhd dengan Azizam

Agency di Alor Star. Niat untuk tambah pendapatan kerana gaji bekerja sebagai pengajar di

kolej swasta tidak mencukupi dalam RM1,500 sebulan untuk simpanan buat belanja kahwin.

Masa itu pernah dengar kalau berniaga insurans boleh jadi kaya sebab pernah ditunjukkan

contoh non-muslim jadi kaya buat insurans di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Masa itu aset

yang ada hanyalah sebuah kereta tua Honda Civic ‘bullet’ 1100cc 1979.

2000 – beli kereta kancil 660 sebagai aset tahun itu. Komisyen berniaga takaful masih sedikit

tapi beri sedikit keyakinan untuk bayaran bulanan kereta ini. Komisyen berniaga takaful

adalah dapat dalam RM350 sebulan. Buat pun tak bersungguh patutlah dapat komisyen

banyak tu tapi belasah saja beli kancil nak buat kerja cari makan. Nanti aku tambahlah!

2003 – tukar aset kereta lebih selesa kerana kereta kancil sering rosak hingga bahayakan

nyawa anak isteri dan diri sendiri. Saya berazam tambah pendapatan melalui komisyen

Page 2: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

berniaga takaful dan Alhamdulillah dapat beli aset ini. Masa tu komisyen berniaga takaful

dah naik sekitar RM1,100 sebulan.

2004 – beli aset rumah pertama di Alor Star guna komisyen berniaga takaful. Masa ini saya

buka mata yang penyata komisyen saya bank terima juga. Wahhh….ada nilai! Masa ni

dapatlah komisyen lebih kurang RM2,400 sebulan daripada Takaful Nasional Sdn Bhd.

2008 – teruskan berniaga takaful, anak dah ramai mula terfikir nak beri keselesaan mereka

naik kereta. Maka aku beli aset ini Toyota Wish 2.0. Komisyen ketika itu naik lagi sekitar

RM4,000 sebulan. Syarikat takaful yang aku wakili dah bergabung dengan Maybak Takaful

menjadi eTiQa Takaful Bhd. WOW!

Page 3: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa

Takaful telah setuju menaikkan pangkat aku daripada wakil biasa kepada Agensi Manager

ketika itu. Terima kasih dan Alhamdulillah kepada semua. Yang masih tunggu tu elok lah

mula sekarang berusaha ubah ekonomi diri dan keluarga, belum terlambat lagi! Komisyen

masa ini bolehlah cukup makan dalam RM5,000 ke atas. Aku rasa aku naik dengan ‘slow and

steady’ dalam industri ini. Itu yang aku pilih, ada orang pilih nak drastik Berjaya. Terpulang

kepada pilihan masing-masing, janji berniaga tau!

2011 – beli aset ini untuk hadiahkan kepada ayah dan ibu yang banyak berkorban membela

saya sejak dari kecil. Apa salahnya mudahkan mereka bergerak ke sana sini buat aktiviti

mereka. Yang penting ada 2 ‘airbag’ dan kenderaan yang ayah saya minat. Kita anak ni

belikan aje lah jangan berkira sangat.

Page 4: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

2012 – antara koleksi aset hasil komisyen berniaga takaful.

2012 – ini aset terkini yang saya beli hasil berniaga takaful. Sebenarnya apa yang kita

impikan boleh kita capai dengan berusaha ,fokus dan sabar. Berniaga takaful telah memberi

peluang untuk saya ubah ekonomi diri dan keluarga.

Page 5: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

ADAP – merasa juga naik pentas

MELANCONG LUAR NEGARA – Singapura

Page 6: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

IBADAH LUAR NEGARA – Umrah

KOMISYEN – Merasa juga dapat pendapatan seperti ini

TUGAS DALAM BERNIAGA TAKAFUL – membantu seramai mungkin masyarakat melalui

skim takaful

Page 7: TESTIMONI BERNIAGA TAKAFUL - jutawantakaful.com 03 - Ahmad Fahrizal Asmy.pdf · 2009 – berkat sabar dan tak mengalah dalam berniaga takaful, Azizam Agency & eTiQa Takaful telah

HARAPAN – melalui perniagaan takaful saya berharap dapat mengubah ekonomi diri,

keluarga dan generasi saya yang akan datang. Saya mesti bekerja keras untuk membuktikan

ummat Islam tidak lemah berbanding agama lain. Industri takaful memberi ruang saya

membuktikannya. Jom bersama-sama!

AHMAD FAHRIZAL ASMY

Agensi Director

eTiQa Takaful Bhd

Wilayah Utara – Perlis, Kedah & Pulau Pianang

Tel.: 013-4888 900

Emel: [email protected]

Fb : Fahrizal Asmy Takaful