thaipusam

2
Perayaan Hindu Di Malaysia, dua perayaan utama agama hindu yang disambut secara besar-besaran adalah perayaan Deepavali dan Thaipusam. Namun begitu disebabkan lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah di Batu Caves, maka perayaan Thaipusam telah menjadi fokus utama pengkaji untuk diceritakan didalam kajian ini. Thaipusam adalah gabungan daripada 2 perkataan iaitu “Thai” yang membawa maksud bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil dan “Pusam” nama bintang yang bersinar di angkasa. Menurut Rajantheran (1997) perayaan Thaipusam adalah perayaan yang dirayakan ketika bulan purnama dalam bulan “Thai” yang melintasi bintang bersinar yang bernama “Pusam”. Di Malaysia, perayaan Thaipusam ini kebiasaanya diadakan pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan ini bertujuan untuk meraikan Lord Murugan yang merupakan anak kepada Tuhan Shiva dan Parvati. Dalam agama Hindu, Lord Murugan merupakan Dewa Perperangan, Lord Murugan telah menerima satu senjata iaitu lembing untuk digunakan bagi menentang tentera Tarakasura yang merupakan tentera kejahatan (demon army) dan akhirnya pada bulan kesepuluh dalam kalendar hindu Lord Murugan ini berjaya menewaskan kesemua tentera Tarakasura. Secara tidak langsung perayaan Thaipusam ini adalah untuk menyambut kemenangan Lord Murugan

description

maklumat mengenai perayaan thaipusam

Transcript of thaipusam

Page 1: thaipusam

Perayaan Hindu

Di Malaysia, dua perayaan utama agama hindu yang disambut secara besar-besaran

adalah perayaan Deepavali dan Thaipusam. Namun begitu disebabkan lokasi kajian yang

dipilih oleh pengkaji adalah di Batu Caves, maka perayaan Thaipusam telah menjadi

fokus utama pengkaji untuk diceritakan didalam kajian ini.

Thaipusam adalah gabungan daripada 2 perkataan iaitu “Thai” yang membawa

maksud bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil dan “Pusam” nama bintang yang bersinar

di angkasa. Menurut Rajantheran (1997) perayaan Thaipusam adalah perayaan yang

dirayakan ketika bulan purnama dalam bulan “Thai” yang melintasi bintang bersinar

yang bernama “Pusam”.

Di Malaysia, perayaan Thaipusam ini kebiasaanya diadakan pada bulan Januari

atau Februari setiap tahun. Perayaan ini bertujuan untuk meraikan Lord Murugan yang

merupakan anak kepada Tuhan Shiva dan Parvati. Dalam agama Hindu, Lord Murugan

merupakan Dewa Perperangan, Lord Murugan telah menerima satu senjata iaitu lembing

untuk digunakan bagi menentang tentera Tarakasura yang merupakan tentera kejahatan

(demon army) dan akhirnya pada bulan kesepuluh dalam kalendar hindu Lord Murugan

ini berjaya menewaskan kesemua tentera Tarakasura. Secara tidak langsung perayaan

Thaipusam ini adalah untuk menyambut kemenangan Lord Murugan yang menjadi

simbolik kepada kemenangan kebaikan menentang kejahatan.

Amalan dasar dalam menyambut perayaan Thaipusam ini adalah bernazar dan

menunaikan nazar. Nazar yang menjadi kebiasaan dalam penganut agama hindu adalah

melakukan “Kavadi” atau turut dikenali sebagai “Burden Dance” dimana mereka yang

bernazar untuk melakukan “kavadi” ini akan berpuasa terlebih dahulu bagi mensucikan

diri mereka. Pada hari perayaan Thaipusam ini disambut, mereka mencucuk tubuh badan

mereka kebiasaanya dengan buluh bagi membawa patung yang telah mereka bina ke kuil

dimana mereka menyambut Thaipusam dan mereka tidak merasakan kesakitan ketika

melakukan nazar ini. Ketika menyambut perayaan Thaipusam, penganut agama ini akan

mengadakan pemujaan secara beramai-ramai bagi mendapatkan rahmat, selain itu mereka

juga akan membawa barang-barang persembahan seperti bunga, buah-buahan dan kelapa

Page 2: thaipusam

bagi upacara sembahyang. Sebelum memasuki kuil, penganut agama hindu dikehendaki

untuk memecahkan kelapa sebagai simbolik pembersihan diri terhadap ego yang ada

didalam diri mereka dan bilangan kelapa yang dipecahkan adalah ditentukan berdasarkan

nazar yang dilakukan oleh penganut agama hindu dan jumlah kelapa yang dipecahkan

haruslah ganjil.