The Flipping Clown

5
THE FLIPPING CLOWN Konsep sains eksperimen ini ialah keseimbangan. Perkakas yang diperlukan ialah : plastisin, manila kad, selotape, bola pingpong yang dah dibelah dua, guli, gunting dan Styrofoam Lekat bola pingpong dan manilakad dengan selotape sehingga jadi seperti ini. Masukkan guli

description

PROJEK SAINS

Transcript of The Flipping Clown

Page 1: The Flipping Clown

THE FLIPPING CLOWN

Konsep sains eksperimen ini ialah keseimbangan. Perkakas yang diperlukan ialah :

plastisin, manila kad, selotape, bola pingpong yang dah dibelah dua, guli, gunting dan Styrofoam

Lekat bola pingpong dan manilakad dengan selotape sehingga jadi seperti ini.

Masukkan guli

Page 2: The Flipping Clown

Tutup dengan bola pingpong lagi satu dan jadilah begini

1. Untuk eksperimen pertama, saya gunakan guli sebagai pemberat. Kemudian letak di atas inclined plane pada kecerunan tertentu. Saya lepaskan ia tetapi ia terus bergolek turun ke bawah. Saya tak puas hati. Saya tak dapat apa yang saya mahukan. Jadi, saya olah eksperimen ini. Saya tukar dengan plastisin pula.

2. Plastisin lebih besar dan lebih berat daripada guli.

3.

Tukar guli dengan plastisin pula

4. Setelah siap, tutup dan lekatkan dgn pelekat, sediakan papan luncur untuk ,melihat hasilnya.

5. Saya nak impak yang lebih 'best' lagi. Jadi, saya olah manilakad pula. Saya potong ia menjadi lebih pendek.

6. Lagi 'best'!

Eksperimen ini membolehkan saya mencuba pelbagai pembolehubah seperti :-

Kecerunan inclined planeTinggi kertas manila kadBerat jirim dalam ‘The Flipping Clown’

Page 3: The Flipping Clown

Tajuk eksperimen kali ini ialah Eksperimen Garfu Tergantung.

1. Kenapa api mati apabila sampai di bibir cawan?

Garfu tergantung dari pandangan sisi.

2. Garfu tergantung dari pandangan hadapan.

3. Semasa garfu tergantung pada lidi, berat di hujung dan pangkal garfu adalah seimbang. Titik keseimbangan adalah somewhere di antara dua garfu.

Semasa tergantung, apakah daya yang sedang bertindak terhadap garfu? Daya tarikan graviti. Arah daya ini ialah ke bawah seperti di gambar bawah ini. Saya letakkan daya ini dengan simbol A1 dan A2 di mana A1 = A2.

4. Apabila ada daya yang tarik ke bawah mestilah ada daya yang tolak ke atas pada magnitud yang sama. Dalam sains, kita namakan fenomena ini sebagai Hukum Newton Ketiga (for every action (force) in nature there is an equal and opposite reaction). Jadi, gambarnya seperti di bawah ini.

Page 4: The Flipping Clown

5. Paduan daya ini menghasilkan net force = 0 atau pegun atau seimbanglah garfu yang tergantung pada cawan ini tanpa bergerak atau bergoyang langsung. hmm... menepati Hukum Newton Pertama (every object will remain at rest or in uniform motion in a straight line unless compelled to change its state by the action of an external force).

6. Lihat pada jumlah daya yang ditanggung oleh lidi tersebut dan bandingkan pula dengan jumlah surface area in contact antara lidi dengan bibir cawan. Saya bulatkan kawasannya seperti di gambar bawah.

Jumlah daya yang menekan pada surface area yang bersentuhan mewujudkan tekanan. hmm... macam ni lah. contohnya, mana yang lagi sakit, kaki kena tekan dengan kasut tumit tinggikah atau kasut rata? Begitulah tamsilan tekanan yang dirasai oleh lidi pada bibir cawan tersebut.

Hubungan antara mereka ialah

Pressure, P = Force iaitu (A1+A2) / permukaan lidi yg bersentuh dengan bibir cawan

Tekanan di kawasan P ini sangat tinggi. Oksigen sangat kurang di kawasan ini. Jadi, api tak dapat marak lalu mati di sini. hmmm... contohnya samalah dengan anda memadamkan puntung rokok dengan menenyeh-nenyehnya dalam tempat habuk rokok.