the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ...

14
618 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Indeks Pemetaan ASWJ di Malaysia the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ) mapping in Malaysia. Mohamad Khadafi Hj Rofie 1 , Shukri Ahmad, Mohd Akram Dato’ Dahaman, Kamaruddin Ngah, Sobihatul ABSTRAK Kajian ini menumpukan kepada indeks pemetaan pegangan akidah Ahlu Sunah wal Jemaah (ASWJ) di Malaysia. Terdapat pelbagai aliran pegangan yang telah wujud dalam masyarakat Islam di Malaysia. Aliran-aliran ini membawa pelbagai bentuk pengamalan-pengamalan yang mengelirukan umat Islam dan aliran-aliran ini menyatakan mereka adalah dalam kelompok Ahlu Sunah wal Jemaah. Tumpuan kajian ini adalah untuk menghasilkan indeks pemetaan ASWJ agar dapat menjadi rujukan kepada pihak berwajib dan kalangan masyarakat Islam bagi menentukan kebenaran sesuatu aliran dalam ASWJ. Kaedah penyelidikan yang diaplikasikan dalam kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif menerusi temubual secara terperinci atau ‘in- depth interview’ ke atas sekumpulan kecil responden berdasarkan kaedah persampelan bermatlamat atau ‘propulsive sampling’. Selain menggunakan instrumen seperti temubual tidak berstruktur, pemerhatian, perbincangan kumpulan fokus, ‘brain storming’ serta medium formal dan tidak formal, kaedah ‘triangulation’ digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah iaitu pertama, golongan khalaf yang berpegang dengan manhaj akidah Asya’irah dan Al - Maturidiyyah. Kedua, golongan Salaf yang mengikut pendekatan Ibn Taimiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahab. Aliran Salaf merupakan salah satu kumpulan yang berbeza pendekatan dengan aliran Khalaf dalam kalangan ASWJ terutama sekali mengenai sifat Allah. Perkara ini timbul kerana wujud perbezaan dalam memahami sifat ketuhanan. Kata Kunci: Akidah, Ahlu Sunnah Waj Jamaah, Salaf, Khalaf ABSTRACT This study focuses on the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ) mapping in Malaysia. There are various streams of holdings that have existed in the Muslim community in Malaysia. These flows carry various forms of practices that mislead Muslims and these flows state that they are in the group Ahlu Sunah wal Jama'ah. The focus of this study is to produce the ASWJ mapping index in order to be a reference to the authorities and the Muslim community to determine the truth of a flow in ASWJ. The research method applied in this study is based on a qualitative approach through an in-depth interview with a small group of respondents based on a sampling method of propulsive sampling. In addition to using instruments such as unstructured interviews, observations, focus group discussions, 'brain storming' as well as formal and informal mediums, the triangulation method is fully utilized to improve the reliability of the study. The findings show that there are two streams of Ahlu Sunnah Wal Jamaah, the first, the 1 Mohamad Khadafi Hj Rofie. [email protected]

Transcript of the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ...

Page 1: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

618

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Indeks Pemetaan ASWJ di Malaysia

the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ) mapping in

Malaysia.

Mohamad Khadafi Hj Rofie1, Shukri Ahmad, Mohd Akram Dato’ Dahaman, Kamaruddin Ngah,

Sobihatul

ABSTRAK

Kajian ini menumpukan kepada indeks pemetaan pegangan akidah Ahlu Sunah wal Jemaah

(ASWJ) di Malaysia. Terdapat pelbagai aliran pegangan yang telah wujud dalam masyarakat

Islam di Malaysia. Aliran-aliran ini membawa pelbagai bentuk pengamalan-pengamalan yang

mengelirukan umat Islam dan aliran-aliran ini menyatakan mereka adalah dalam kelompok

Ahlu Sunah wal Jemaah. Tumpuan kajian ini adalah untuk menghasilkan indeks pemetaan ASWJ

agar dapat menjadi rujukan kepada pihak berwajib dan kalangan masyarakat Islam bagi

menentukan kebenaran sesuatu aliran dalam ASWJ. Kaedah penyelidikan yang diaplikasikan

dalam kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif menerusi temubual secara terperinci atau ‘in-

depth interview’ ke atas sekumpulan kecil responden berdasarkan kaedah persampelan

bermatlamat atau ‘propulsive sampling’. Selain menggunakan instrumen seperti temubual tidak

berstruktur, pemerhatian, perbincangan kumpulan fokus, ‘brain storming’ serta medium formal

dan tidak formal, kaedah ‘triangulation’ digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan

kebolehpercayaan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah

iaitu pertama, golongan khalaf yang berpegang dengan manhaj akidah Asya’irah dan Al-

Maturidiyyah. Kedua, golongan Salaf yang mengikut pendekatan Ibn Taimiyyah dan Muhammad

Ibn Abdul Wahab. Aliran Salaf merupakan salah satu kumpulan yang berbeza pendekatan

dengan aliran Khalaf dalam kalangan ASWJ terutama sekali mengenai sifat Allah. Perkara ini

timbul kerana wujud perbezaan dalam memahami sifat ketuhanan.

Kata Kunci: Akidah, Ahlu Sunnah Waj Jamaah, Salaf, Khalaf

ABSTRACT

This study focuses on the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ) mapping in

Malaysia. There are various streams of holdings that have existed in the Muslim community in

Malaysia. These flows carry various forms of practices that mislead Muslims and these flows

state that they are in the group Ahlu Sunah wal Jama'ah. The focus of this study is to produce the

ASWJ mapping index in order to be a reference to the authorities and the Muslim community to

determine the truth of a flow in ASWJ. The research method applied in this study is based on a

qualitative approach through an in-depth interview with a small group of respondents based on

a sampling method of propulsive sampling. In addition to using instruments such as unstructured

interviews, observations, focus group discussions, 'brain storming' as well as formal and

informal mediums, the triangulation method is fully utilized to improve the reliability of the

study. The findings show that there are two streams of Ahlu Sunnah Wal Jamaah, the first, the

1 Mohamad Khadafi Hj Rofie. [email protected]

Page 2: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

619

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

khalaf that hold with the manhaj of Asya'irah and Al-Maturidiyyah. Second, the Salaf who follow

the approach of Ibn Taimiyyah and Muhammad Ibn Abdul Wahab. The Salaf flow is one of the

different groups of approaches with the Khalaf flow among ASWJ especially regarding the

nature of Allah. This matter arises because there is a difference in understanding the divine

nature.

PENGENALAN

Akidah atau kepercayaan merupakan suatu pegangan yang memberikan pelbagai kesan kepada

seseorang Muslim, masyarakat Islam dan negara. Kesan pegangan akidah kepada individu

Muslim seringkali dikaitkan dengan ajaran agama seperti kesan emosi, amalan dan tingkahlaku

(Shukri Ahmad, 2011). Malah, paling utama akidah dikaitkan dengan kesan dari kepercayaan

tersebut yang turut melibatkan aspek ganjaran dan hukuman di akhirat. Selain itu, akidah juga

membawa kesan kepada umat Islam iaitu membentuk kesatuan pemikiran dalam kalangan

masyarakat Islam. Sebaliknya pula, perbezaan akidah akan menyebabkan pergeseran dan

permusuhan, bahkan perbezaan pendekatan akidah juga boleh mengundang salah faham dan

konflik dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Banyak daerah Islam yang masyarakatnya

berkonflik disebabkan pegangan fahaman akidah yang berbeza atau pendekatan akidah yang

berbeza.

Ternyata, kedudukan akidah Islam sangat penting. Usaha memastikan dasar akidah Islam

yang berteraskan pegangan akidah Ahlus Sunah wal Jemaah (ASWJ) di amalkan di Malaysia

mesti diberikan perhatian serious agar keamanan dapat dikekalkan dan dipelihara. Secara

ringkas, akidah Islam adalah suatu ilmu dan kepercayaan mengenai Allah dan yang bersangkutan

denganNya. Dalam kata lain, akidah Islam ialah suatu kepercayaan mengenai Allah dan segala

yang berkaitan daripada kepercayaan ini menurut al-Quran dan Sunnah. Manakala pegangan

akidah ASWJ merupakan pegangan yang paling tepat, menyeluruh dan seimbang serta

berdasarkan nas-nas wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad daripada Allah kepada

manusia seluruhnya (Shukri Ahmad, 2011).

Akhir abad ke 20 Masihi, meskipun pegangan akidah umat Islam di alam Melayu

khususnya di Malaysia masih berdasarkan akidah ASWJ namun pendekatannya sudah berbeza.

Sebelum itu, hanya ada satu pendekatan iaitu khalaf sahaja diamalkan mengikut aliran Asyairah

dan Maturidiyyah. Walau bagaiamanpun, akhir abad ini, pendekatan salaf dengan menggunakan

Ibn Taimiyyah mula diterima khususnya di negeri Perlis. Pendekatan salaf ini dinamai

pendekatan pengajian akidah Tauhid Asma’ wa al- Sifat. Selain kewujudan pendekatan baru

dalam kelompok akidah ASWJ, pada akhir abad ini juga telah menyaksikan kemunculan

pelbagai ancaman terhadap pegangan akidah ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Antara ancaman tersebut ialah ancaman gerakan Syiah, ajaran-ajaran sesat, ideologi moden

seperti fahaman Liberal dan Pluralisme. Ajaran dan fahaman salah ini berkembang dengan pesat

disebabkan kemudahan teknologi maklumat seperti internet yang menyebabkan usaha

menghalang penyebarannya menjadi agak sukar. Selain dari itu, kawalan terhadap penyebaran

ini juga adalah kurang dengan ketiadaan penjelasan yang kuat mengenai siapakah golongan ahlus

Sunah dan bentuk-bentuk ajaran ahlus Sunah yang diterima pakai di Malaysia.

Page 3: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

620

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Justeru itu, berdasarkan ancaman-ancaman terhadap pegangan Ahlus Sunnah ini usaha untuk

mewujudkan suatu indeks garis panduan berbentuk standard piawaian wajar dilakukan bagi

menjadi garis panduan masyarakat Islam di negara ini. Ini adalah penting bagi menjelaskan

pegangan akidah kepada Ahlus Sunnah yang sebenar dan sebagai garis panduan terhadap

keadaan akidah yang bertentangan dengan Islam. Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani

isu-isu akidah oleh pihak otoriti agama negeri-negeri di Malaysia juga adalah antara alasan

penting terhadap keperluan kepada garis panduan ini. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan

pembinaan indeks pemetaan dalam ASWJ yang bersesuaian dengan keadaan pegangan ASWJ di

Malaysia.

KONSEP

Ahli Sunnah Wal-Jama’ah

Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dapat ditakrifkan sebagai golongan umat Islam yang

mengikut cara Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat RA dari sudut amalan Islam, iman dan ihsan

disamping berpegang dengan ajaran al-Quran. Golongan ini akan berpegang dengan ajaran

Rasulullah dan menjadikannya sebagai ikutan dan pedoman dalam aspek akidah, syariat dan

akhlak. Selain itu, ASWJ juga dinisbahkan secara khusus kepada golongan yang berpegang

dengan manhaj akidah Asya’irah dan Al- Maturidiyyah dan pegangan mazhab salafiyah (Al-

Baghdadi).

Makrifatullah

Model Al-Qaradawi (2005) digunakaan dalam kajian ini melibatkan tiga aspek utama pemurnian

akidah ASWJ. Pertama ialah bersangkutan dengan Ma’rifah Allah iaitu perbahasan mengenai

kewujudan Allah sebagai pencipta. Meskipun, umat Islam menyakini kewujudan Allah dan

Dialah yang menciptakan alam, ramai manusia yang menolak kewujudan Allah ini seperti

golongan atheis dan Sosialis. Ideologi dan pegangan golongan ini juga meresap masuk ke dalam

pemikiran umat Islam. Oleh itu, kriteria terhadap konsep mengenal Allah ini wajar diwujudkan

sebagai suatu tahap piawaian bagi menentukan kaedah untuk mengenal Allah secara betul

menurut al-Quran dan al-Hadis.

Tauhid Allah

Aspek kedua yang dinyatakan al-Qardhawi ialah aspek Tauhid Allah. Aspek ini menekankan

Allah sebagai pencipta dan sebagai satu-satunya penguasa alam yang berhak disembah dan

diimani. Oleh itu, kajian ini akan meneliti kelompok yang tersesat dan menyeleweng daripada

pegangan akidah Ahlus Sunah wal Jemaah meskipun mereka masih mendakwa sebagai penganut

Islam. Kelompok yang terlibat dalam bahagian ini ialah kelompok ajaran-ajaran sesat seperti

ajaran ayah pin, qadiyani, mazhab-mazhab syiah, ajaran tuhan Harun dan lain-lain. Kriteria dan

pegangan mereka akan dikemukakan bagi mengenal pasti bentuk ajaran-ajaran sesat ini

Page 4: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

621

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Tanzih Allah

Aspek ketiga ialah melibatkan aspek Tanzih Allah. al-Qardhawi (2005) menjelaskan bahawa

terdapat dua kelompok yang berada dalam kategori Ahlus sunah Wal Jemaah namun pendekatan

dan pemahaman akidah ASWJ yang diamalkan adalah berbeza dalam beberapa aspek.

Kumpulan-kumpulan terdiri daripada kelompok antara salaf dan Khalaf mewakili pendekatan

Asyairah dan Maturidiyaah dan golongan Salafiyyah. Oleh itu, kajian ini akan membangunkan

model standard piawaian akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang disesuaikan dengan kedudukan

masyakarat islam di Malaysia kini.

ULASAN KARYA

Sejarah Kemasukan Pegangan Akidah Ahlus Sunnah di Alam Melayu

Makkah dan Madinah yang sering juga disebut Haramayn (dua tanah Haram) merupakan kancah

terpenting bagi penglibatan ulama dalam tradisi keilmuan Islam terutama sejak abad ke 15

Masihi lagi. Makkah merupakan kiblat bagi orang Islam ketika sembahyang dan tempat

melakukan ibadah haji. Manakala Madinah mempunyai hubungan dan keutamaan besar dengan

agama Islam sendiri. Ia merupakan tempat pengembangan Islam di peringkat awal dan tempat

dimakamkan Rasulullah s.a.w. Banyak keutamaan Islam dikaitkan dengan dua tempat suci ini.

Karya Jalal al-Din al-Sayuti, al-Hijaj al-Mubayanah: Al-Tafdil Bayna Makkah wa al-Madinah

(1985) telah menghuraikan kelebihan dua tempat suci ini dengan panjang lebar. Memang wajar

ketika itu, Haramayn menjadi pusat intelektual dunia Islam, di mana ulama, sufi, ahli falsafah,

penyair, pengusaha dan sejarawan Muslim untuk bertemu dan saling menukar maklumat dan

ilmu pengetahuan (Azyumardi, 1994: 59).

Oleh kerana kedudukan Makkah dan Madinah yang begitu penting kepada orang Islam

maka ramai kalangan orang Islam datang ke sini khususnya untuk menunaikan haji. Situasi ini

termasuk juga orang-orang Melayu dari Nusantara. Orang Melayu-Indonesia telah datang ke

Makkah sejak abad ke 16 Masihi ketika hubungan politik dan perdagangan di antara Nusantara

dan Timur Tengah mencapai kemuncak (Azyumardi, 1994: 73). Jemaah haji Melayu mula

berkunjung beramai-ramai untuk menunaikan haji ke Makkah iaitu pada abad ke 17 dan paling

ketara pada suku terakhir abad ke 19 (Gullick, 1987: 299; Sharifah Zaleha, 1985: 86). Manakala

aktor utama yang bertanggungjawab membawa jemaah haji Tanah Melayu ke Tanah suci

Makkah pada abad ke 19 atau sekitar tahun 1860-1909 ialah British, kerajaan Inggeris di Tanah

Melayu dan Empayar Othmaniyyah (McDonell, 1986: 36).

Melalui ibadat haji inilah berlaku hubungan antara orang Melayu dengan ulama di

Haramayn. Mereka yang menunaikan haji ada yang menetap di Haramayn untuk menuntut

ilmu. Kemudian mereka ini menjadi ulama yang sebahagian mereka menjadi pengajar di

Makkah. Sebahagian dari mereka pulang ke Alam Melayu termasuk di Tanah Melayu untuk

menubuhkan institusi pendidikan tradisional pondok Sejak itu, berlaku hubungan keilmuan di

antara Alam Melayu dengan Haramayn. Kesan perhubungan keilmuan antara Alam Melayu

dengan Haramayn adalah sangat kuat sehingga sebarang perubahan pemikiran Islam di Asia

Tenggara termasuk di Tanah Melayu dikaitkan dengan tradisi keilmuan di Haramayn. C.S

Page 5: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

622

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Hurgronje, yang pernah menetap di Makkah selama enam bulan menceritakan bahawa terdapat

hubungan idea dan pemikiran di antara jemaah haji dari Asia Tenggara dengan penduduk

Makkah. Hubungan inilah yang mencetuskan pemikiran baru Islam di Asia Tengara (Horgronje,

1931: 13-20). Hurgronje ketika di Makkah, menukilkan kata-kata seorang ulama berasal dari

Lampong, Utara Sumatera sebagai berikut; “ The Pan-Islamic movement was not without

influence on our Sheikh and all Lampong in Mekka was touched by the same hope” (Hurgronje,

1985: 70). Situasi inilah yang dinyatakan oleh McDonell dan Hasan bahawa faham politik dan

intelektual dari Makkah telah mengalir ke Asia Tenggara melalui hasil tulisan, fatwa, haji,

tarekat dan idea ulama yang menjadi guru di Makkah (McDonell, 1986: 4; Hasan, 1999: 40-41).

Perubahan institusi pengajian dari Haramyn ke al-Azhar telah berlaku pada abad ke

20M. Harus diingat, pada abad ke 19 Masihi, Haramayn menjadi pusat pembentukan tokoh-

tokoh ulama tradisional Alam Melayu dan pemikiran Haramayn ini merupakan pemangkin pola

pemikiran ASWJ. Bagaimanapun, apabila berlaku peralihan kecenderungan baru dalam

pengajian tradisi keilmuan Islam dari Haramayn ke al-Azhar, Mesir pada awal abad ke 20, al-

Azhar mula menjadi pusat baru dalam mengeluarkan tokoh-tokoh ulama akhir abad ke 20 di

Tanah Melayu termasuk di Alam Melayu yang lain. Aliran akidah tidak lagi terikat dengan

pegangan Asyairah dan Maturidiyah, malah mula berdasarkan kepada pendekatan Ibn Taimiyyah

dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab.

Kajian-Kajian Lepas

Terdapat banyak penulisan dan kajian yang telah dijalankan di dalam menjelaskan isu yang

berkaitan ASWJ merangkumi pelbagai fokus. Di dalam ASWJ: Aqidah, Penamaan, Manhaj,

Dasar-dasar dan Aliran-alirannya susunan Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1997) telah meneliti

beberapa perkara yang penting dalam menjelaskan kerangka sebenar aqidah ASWJ melibatkan

persoalan pegangan aqidah, terma, manhaj yang digunapakai, dasar yang menjadi tunggak

pegangan serta aliran-aliran yang wujud di dalam ASWJ.

Manakala Dr. Ahmad Najid Abdullah (2007) dalam ASWJ: Pengenalan dan Pandangan

Tokoh-tokoh Mazhab Mengenainya juga sedikit sebanyak cuba menjelaskan berkenaan terma

ASWJ dengan penambahan terhadap huraiannya daripada tokoh-tokoh mazhab di dalam Islam.

Terdapat juga beberapa kertas kerja yang cuba membincangkan dengan lebih luas

berkenaan pegangan ASWJ meliputi aspek-aspek yang tidak lagi bersifat fundamental. Dr. Johari

Mat (1996) dalam Dinamika dan kelemahan dalam

Penghayatan ASWJ telah cuba melihat daripada sudut penghayatan isi kandungan pegangan ini

sama ada mampu dipraktikkan dan beberapa kelemahan yang dikenalpasti wujud terhadap

penghayatannya.

Dr. Rushdi Ramli (2006) di dalam kertas-kerjanya bertajuk Pengukuhan Jati-diri Bangsa

Melayu Islam: Garis-garis besar menurut mazhab ahli ASWJ pula cuba memberi fokus kepada

isi kandungan yang wujud di dalam mazhab ASWJ terhadap pengukuhan jati diri bangsa Melayu

Islam.

Page 6: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

623

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Melihat kepada sebahagian daripada penulisan dan kajian di atas, didapati bahawa

perbincangan terhadap perkara-perkara fundamental ASWJ masih dititikberatkan. Telah wujud

kajian dan penulisan yang cuba melihat daripada luar kerangka klasik tersebut dengan memberi

fokus kepada unsur-unsur luaran sebagai kesan, peranan mahupun pengaruh yang dimainkan

oleh ASWJ terhadap kehidupan masyarakat Islam. Namun begitu masih belum wujud satu kajian

yang menyeluruh meneliti kedua-dua perkara di atas, menggabungkan perkara-perkara asas

mazhab ASWJ dan di dalam masa yang sama mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pegangan dan amalan masyarakat Islam di Malaysia terhadap aqidah ASWJ.

Di dalam satu aspek yang lain, didapati banyak penyelidikan telah dijalankan dan

penulisan telah dihasilkan untuk menyatakan ancaman yang dihadapi oleh akidah ASWJ di

Malaysia.

Dalam Ajaran Sesat di Negeri Terengganu: Kajian terhadap Faktor Penyebaran dan

Langkah Mengatasinya, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2006) menyelidik ajaran sesat yang

timbul di negeri Terengganu dengan memperincikan faktor-faktor berlakunya penyebaran ajaran

sesat berkenaan. Penyelidikan ini mengemukakan maklumat sosiologi yang dikumpulkan

berdasarkan respons dari lapangan, antaranya dari bekas-bekas pengikut ajaran sesat tersebut.

Seterusnya, penyelidikan ini turut mengemukakan cadangan langkah-langkah mengatasi gejala

ajaran sesat ini. Walaupun, penyelidikan ini memfokuskan di negeri Terengganu sahaja, tetapi

maklumat dan analisis yang dilakukan boleh memberikan gambaran umum ancaman akidah yang

dihadapi oleh ASWJ daripada penularan ajaran sesat. Di samping itu, cadangan yang diberikan

juga boleh dikatakan terpakai dalam pelbagai konteks.

Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak meliputi faktor-faktor yang lebih luas yang

mempengaruhi dan mengancam pegangan akidah ASWJ di Malaysia, serta mengenai tahap

pemahaman dan pengamalan akidah ASWJ di kalangan umat Muslim di Malaysia. Selain itu,

penulisan ini juga tidak membincangkan prinsip dan tatacara pembinaan suatu model

pemantapan akidah ASWJ di Malaysia, khususnya yang dibina berdasarkan pendekatan

konstruktivisme. Justeru, walaupun penulisan ini menjawab aspek-aspek tertentu bagi

penyelidikan yang hendak dilakukan ini, tetapi ia belum dapat memenuhi lompang akademik

yang menjadi persoalan dan objektif penyelidikan ini. Oleh itu, masih ada ruang ilmiah yang

perlu diisi oleh penyelidikan ini.

Dalam Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis terhadap Wacana Islam Liberal, Khalif

Muammar (2006) menangani persoalan ancaman aliran pemikiran Muslim liberal terhadap

ASWJ. Karya ini menelusuri akar pemikiran Muslim liberal dengan mencungkil falsafah

liberalisme yang menunjang dalam aliran pemikiran moden ini. Karya ini juga menganalisis

wacana pemikiran Muslim liberal yang hendak melakukan rekonstruksi semula ke atas hukum

syariah, selain melihat secara khusus isu feminisme yang menjadi pegangan Muslim liberal, serta

cubaan memisahkan panduan Islam daripada arus politik ummah. Akhirnya, karya ini

mengemukakan beberapa solusi untuk menangani ancaman terhadap ASWJ daripada Muslim

liberal ini. Begitu juga dengan Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral oleh Ugi

Suharto (2007) yang cuba meneliti isu-isu sentral dalam pemikiran Muslim liberal berdasarkan

wacana di Indonesia tetapi dibahaskan dalam konteks pengajarannya untuk Malaysia.

Seterusnya, dalam Siri Serangan Pemikiran: Islam Liberal dan Pluralisme Agama, Riduan

Page 7: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

624

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil (2006) melihat pemikiran Muslim liberal sebagai suatu

serangan pemikiran yang menjadi agenda musuh Islam, khususnya kelompok yang berpegang

dengan pemikiran orientalisme.

Melihat kepada ancaman berbeza, dalam Beberapa Fenomena Irjā’ dalam Pemikiran

Umat Islam dan Implikasinya di Malaysia, Mohd Aizam Mas‘od (2012) mengkaji beberapa

manifestasi pemikiran murji’ah di kalangan umat Muslimin di Malaysia. Penyelidikan ini turut

meneliti implikasi fenomena irjā’ dalam masyarakat yang mengakibatkan kemasukan ideologi

asing, melonggarkan batasbatas iman, salah faham terhadap Islam sebagai dīn, mengambil

mudah janji azab oleh Allah dan memudahkan kesesatan akidah berlaku di kalangan masyarakat

awam.

Berpindah kepada ancaman dalam bentuk lain pula, dalam Menegakkan ASWJ Mengelak

daripada Syi‘ah, Muhammad ‘Uthman el-Muhammady (2012) meneliti perbezaan ajaran Syiah

daripada pegangan ASWJ. Ini dilakukan dalam bahagian kedua buku. Manakala dalam bahagian

pertama, buku ini menjelaskan perihal ASWJ dengan agak terperinci.

Seterusnya, dalam Konsep Imamah menurut Shi‘ah Ithna Ashariyyah dan Pandangan

ASWJ terhadapnya: Kajian terhadap Karya-karya Terpilih Berbahasa Indonesia, Faisol Nasar

Madi (2013) menyelidik konsep imamah, iaitu konsep tunjang bagi ajaran Syiah, berdasarkan

buku-buku yang ditulis dalam bahasa Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, penyelidikan ini

melakukan kritikan penolakan terhadap doktrin utama Syiah ini dengan berpandukan kepada

pegangan ASWJ. Walaupun penyelidikan ini dilakukan bersumberkan buku-buku yang ditulis

dalam bahasa Indonesia, tetapi pengajaran daripada penyelidikan ini turut signifikan dalam

konteks Malaysia.

Fadhlullah Jamil (2010) dalam Islam dan Idealisme Zaman Moden: Krisis dan Ancaman

telah mengutarakan satu lagi kelompok yang memberi ancaman kepada akidah ASWJ iaitu

ajaran Qadiani. Beberapa perkara asas diutarakan di dalam penulisan ini melibatkan

latarbelakang ajaran ini, penyelewengan yang wujud dan keputusan negara-negara Islam

terhadap ajaran ini. Rumusan terhadap penulisan ini ialah secara jelas menunjukkan kesesatan di

dalam ajaran Qadiani dan sesuatu perlu dilakukan terhadap mereka yang telah tersesat mengikut

ajaran ini.

Daripada ulasan karya yang membabitkan ancaman terhadap akidah ASWJ, didapati

telah wujud banyak sekali penulisan dan penyelidikan yang telah dilakukan di dalam

menjelaskan ancaman dan bahaya yang wujud terhadap akidah ASWJ. Namun begitu, masih

belum wujud kajian yang menyentuh mengenai pembentukan standard piawaian menyentuh

mengenai aplikasi prinsip dan tatacara pelaksanaan amalan akidah ASWJ di Malaysia. Secara

keseluruhannya, ulasan karya yang dibentangkan di atas menunjukkan bahawa masih ada ruang

kosong dalam khazanah ilmiah, khususnya dalam konteks khazanah keilmuan di Malaysia, yang

perlu diisi, melihat kepada persoalan semasa yang ditimbulkan oleh latar belakang kepada

penyelidikan ini. Tidak dinafikan bahawa telah banyak penyelidikan yang dijalankan dan

penulisan yang dihasilkan untuk menyatakan ancaman yang dihadapi oleh akidah ASWJ di

Malaysia, tetapi semua penulisan berkenaan, sejauh yang diteliti setakat ini, belum diusahakan

untuk membina satu standard piawaian yang komprehensif mengenai amalan akidah ASWJ

Page 8: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

625

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

dalam kalangan umat Muslim di Malaysia. Selain itu, penulisan-penulisan dia atas tidak

membincangkan mengenai konsep, idea dan ciri-ciri akidah ASWJ yang menepati suasana di

Malaysia. Justeru, penyelidikan ini bertujuan memantapkan aplikasi prinsip dan tatacara

pelaksanaan amalan akidah ASWJ dengan membentuk satu standard piawaian bagi akidah

ASWJ di Malaysia. Oleh itu, didapati ada justifikasi ilmiah yang kukuh untuk meneruskan

penyelidikan ini.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah penyelidikan yang diaplikasikan dalam kajian ini bukan bersandarkan kepada data

numerika dalam penyelidikan kuantitatif, sebaliknya berasaskan pendekatan kualitatif yang

memberikan penekanan kepada ketelitian pemerhatian ke atas sesuatu subjek kajian. Data

diperolehi menerusi temubual secara terperinci atau ‘in-depth interview’ ke atas sekumpulan

kecil responden berdasarkan kaedah persampelan bermatlamat atau ‘propulsive sampling’.

Selain menggunakan instrumen seperti temubual tidak berstruktur, pemerhatian, perbincangan

kumpulan fokus, ‘brain storming’ serta medium formal dan tidak formal, kaedah ‘triangulation’

digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian (Chua, 2006).

Menerusi kaedah triangulasi ini, fenomena kajian akan dilihat daripada pelbagai sudut

dan perspektif. Dalam konteks kajian pengdefinisian dan kefahaman konsep dan pegangan

ASWJ dan lain-lain pegangan dilihat menurut perspektif kepelbagaian institusi yang berautoriti;

yakni mempunyai kuasa menurut pentadbiran dan perundangan dalam mentakrif, melaksana,

menguatkuasa, serta memantau fenomena kajian. Ini disokong dengan kefahaman ke atas aspek-

aspek teoritikal dan konseptual pengkaji, serta dokumen-dokumen sah termasuk kepelbagaian

bahan rujukan berbentuk ilmiah dan bukan-ilmiah.

Ringkasnya, menerusi pendekatan triangulasi ini fenomena kajian dapat dilihat dari pelbagai

perspektif menerusi pelbagai garis penglihatan atau ‘multiple sight’. Kaedah ini dapat membantu

membina kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi kepada hasil kajian. Kebolehpercayaan

dalam kajian ini juga ditingkatkan menerusi penyertaan pasukan kajian yang terlatih dalam

bidang berkaitan serta, di samping membandingkan kepelbagaian pendapat dan rujukan, serta

menerusi penggunaan pencatat bukti seperti borang temu bual, perakam kaset dan lain-lain

bentuk instrumen yang merekodkan hasil perbincangan/temu bual dan pemerhatian terhadap

subjek kajian.

Secara keseluruhannya, kajian ini akan dijalankan berdasarkan tujuh fasa (LIHAT RAJAH 1)

berikut:

Page 9: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

626

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Aliran Sistem Pembentukan Piawaian ASWJFa

sa 2

(29

Nov

– 1

Dis

2015

)Fa

sa 1

(Okt

201

4 - J

un 2

015)

Fasa

3(2

9 No

v –

1 Di

s 201

5)Fa

sa 4

(Dis

2015

– Ja

n 20

16)

Fasa

5(D

is 20

15 –

Jan

2016

)Fa

sa 6

(Feb

201

6 –

July

2016

)

MulaPembinaan kerangka

konseptual

Semakan dan perbincangan oleh kumpulan penyelidik

Deraf Pertama Matrik Piawaian

ASWJ

Pengkategorian Aliran Kefahaman

Agama

YaUlasan Karya,

Kajian TerdahuluBengkel

Penyelidikan 1

Tidak

Bengkel Penyelidikan 2

Penghasilan Kategori Aliran

Kefahaman Agama

Tapisan/ Filtering

Input Pakar

Mendapatkan input pakar

daripada Jabatan Mufti Negeri

Perlis

Mendapatkan input pakar

daripada Jabatan Mufti Negeri

Kedah

Mendapatkan input pakar

daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Mendapatkan input pakar

daripada Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM)

1. Matrik Aliran Kefahaman

Semakan dan perbincangan oleh kumpulan penyelidik

Ya

Tidak

Semakan dan perbincangan oleh kumpulan penyelidik

2. Matrik

Pemetaaan Prinsip Ajaran

Sesat

3. Matrik

Pemetaaan Dasar Pegangan

ASWJ dengan anutan lain

Bengkel Penyelidikan 2

4. Matrik Pemetaan Asas

Metodologi ASWJ

Sesi Kumpulan Fokusbersama Pakar dan

Penyelidik

Penerimaan input berkenaan empat

matrik yang disediakan oleh

penyelidik

Ya

Tidak

Tidak

Pengesahan

Mendapatkan pengesahan pakar daripada Jabatan

Mufti Negeri Perlis

Mendapatkan pengesahan pakar daripada Jabatan

Mufti Negeri Kedah

Mendapatkan pengesahan pakar daripada Jabatan

Mufti Wilayah Persekutuan

Mendapatkan pengesahan pakar daripada Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM)

Sesi Kumpulan Fokusbersama Pakar dan

Penyelidik

Penerimaan pengesahan

berkenaan empat matrik yang

dikemaskini oleh penyelidikTidak

Pengiktirafan Piawaian ASWJ

Pelantikan Panel Pengiktirafan

Sesi panel pengiktirafanSOP Pelaksanaan JAKIM/Jabatan

Agama

Tidak

Ya

Ya

Tamat

Rajah 1: Aliran Sistem Pembentukan Piawaian ASWJ

Page 10: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

627

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

HASIL KAJIAN

Aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah

Terdapat dua aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah iaitu pertama, golongan khalaf yang berpegang

dengan manhaj akidah Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Kedua, golongan Salaf yang mengikut

pendekatan Ibn Taimiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahab. Aliran Salaf merupakan salah

satu kumpulan yang berbeza pendekatan dengan aliran Khalaf dalam kalangan ASWJ terutama

sekali mengenai sifat Allah. Perkara ini timbul kerana wujud perbezaan dalam memahami sifat

ketuhanan. Khalaf berusaha untuk menyucikan sifat-sifat Allah agar tidak menyamai sifat-sifat

yang ada pada makhluk ciptaanNya. Manakala Salaf mengambil pendekatan mengagungkan

Allah dengan menyerah dan menetapkan maksud sebenar ayat-ayat mengenai sifat Allah (ayat

mutasyabihat) kepada Allah. Semua golongan ini melibatkan kumpulan ulama Tauhid, ulama

Fikah, ulama Hadis, ulama Tafsir ulama Tasawuf, ulama Adab, ulama Nahu dan ulama Saraf.

(RUJUK RAJAH 2).

Page 11: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

628

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Jadual 2: Matrik Pemetaan Asas Metodologi ASWJ

Matrik Pemetaan Asas Metodologi ASWJ Pegangan Asas Metodologi

ASWJ (Asyairroh & Al malturidiah

ASWJ (Salaf)

Mendahulukan dan mengutamakan dasar Al-Quran dan Al-Sunah ✓ ✓

Mentafsir al-quran dengan al-quran ✓ ✓

Mentafsir al-quran dengan al-Hadis atau al-sunah ✓ ✓

Mengutamakan pendapat dan kata-kata para sahabat dan para tabi’in ✓ ✓

Ijma’ ulama ✓ ✓

Mengutamakan kaedah-kaedah Bahasa Arab dan penggunaan uslubnya ✓ ✓

Memahami al-quran di atasmakna atau maksud yang zahir yang tidak boleh dipindahkan kepada yang lain melainkan dengan bukti dan dalil

✓ ✓

Membiasakan pendapat yang (suci) al-Tanzih dan al-Taqdis dengan melakukan takwil berhubung ayat-ayat yang zahirnya ,menunjukkan penyerupaan dan persamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk

Membiasakan pendapat Isbat berhubung ayat-ayat yang zahirnya ,menunjukkan penyerupaan dan persamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk

Pembersihan jiwa adalah melalui konsep akhlak ✓ ✓

Pembersihan jiwa adalah melalui konsep akhlak dan tasawuf ✓

Page 12: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

629

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

PERBINCANGAN

Konsep, Idea Dan Ciri-Ciri Aqidah ASWJ Di Malaysia.

Terdapat dua aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah iaitu pertama, golongan khalaf yang berpegang

dengan manhaj akidah Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Kedua, golongan Salaf yang

mengikut pendekatan Ibn Taimiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahab. Aliran Salaf

merupakan salah satu kumpulan yang berbeza pendekatan dengan aliran Khalaf dalam

kalangan ASWJ terutama sekali mengenai sifat Allah. Perkara ini timbul kerana wujud

perbezaan dalam memahami sifat ketuhanan. Khalaf berusaha untuk menyucikan sifat-sifat

Allah agar tidak menyamai sifat-sifat yang ada pada makhluk ciptaanNya. Manakala Salaf

mengambil pendekatan mengagungkan Allah dengan menyerah dan menetapkan maksud

sebenar ayat-ayat mengenai sifat Allah (ayat mutasyabihat) kepada Allah. Semua golongan

ini melibatkan kumpulan ulama Tauhid, ulama Fikah, ulama Hadis, ulama Tafsir ulama

Tasawuf, ulama Adab, ulama Nahu dan ulama Saraf

Prosedur Pembentukan Piawaian ASWJ di Malaysia.

Terdiri daripada lima buah fasa yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi

setiap fasa. Prosedur ini membuktikan bahawa segala dapatan kajian diperolehi telah melalui

satu proses pembentukan piawaian yang sistematik iaitu i) fasa pembinaan konsep, ii)

pembentukan draf awal piawaian, iii) saringan, iv) pengesahan pakar, v) pengemaskinian

matrik piawaian. Justeru itu, hasil kajian yang telah dibincangkan memenuhi dan menepati

prosedur dalam penghasilan piawaian ASWJ di Malaysia.

Pembinaan piawaian/model komprehensif bagi pemantapan aqidah ASWJ di Malaysia.

Kajian ini telah menghasilkan empat bentuk matrik yang mempunyai hubungan dengan

akidah ASWJ. Matrik-matrik tersebut adalah; i) Matrik Aliran Kefahaman Agama, ii) Matrik

Pemetaan Prinsip Ajaran Sesat, iii) Matrik Pemetaan Dasar Pegangan ASWJ dengan Anutan

Lain dan iv) Matrik Pemetaan Asas Metodologi ASWJ.

Bagi Matrik Aliran Kefahaman Agama adalah melibatkan tiga aliran iaitu Aliran

Kepercayaan Bukan Islam, Aliran Kepercayaan Ajaran Sesat dan Aliran Ahlu Sunnah Wal

Jamaah

Penghasilan model komprehensif ini bagi pemantapan akidah ASWJ di Malaysia

adalah berdasarkan kepada Model al-Qaradawi (2005). Model ini melibatkan tiga aspek

utama yang menyentuh mengenai konsep Ma’rifah Allah, Tauhid Allah dan Tanzih Allah.

Berdasarkan model tersebut, kajian ini telah mengenalpasti ciri-ciri rujukan piawaian

melibatkan kumpulan bukan Islam, kumpulan-kumpulan ajaran sesat, dan kumpulan yang

berada dalam kelompok ASWJ. namun berbeza pendekatan mengenai ciri-ciri pegangan

ASWJ. Golongan ini melibatkan golongan antara kumpulan Khalaf dan kumpulan Salaf.

Kajian ini berjaya mengemukakan model komprehensif persamaan dan perbezaan

aliran kefahaman antara Islam dengan bukan Islam dan antara sesama ASWJ di Malaysia.

Page 13: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

630

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

KESIMPULAN

Pembentukan model aqidah ASWJ adalah satu kaedah yang dapat menyelesaikan suatu

permasalahan utama yang melibatkan masyarakat di Malaysia. Masalah yang membabitkan

ajaran sesat, pelbagai aliran kepercayaan ketuhanan, aliran pemikiran aqidah ASWJ dan

pelbagai isu yang berkaitan ASWJ telah dibincangkan secara terperinci. Pembentukan model

aqidah ini dilakukan melalui aliran sistem pembentukan piawaian ASWJ secara empirikal

dan komprehensif. Dapatan kajian menunjukkan dua pihak iaitu Salaf dan Khalaf adalah

mewakili kumpulan ASWJ yang boleh diterima dan diamalkan berdasarkan kepada prioriti

negeri-negeri di Malaysia.

Bibliografi

Abdul Rahman Abdullah .(1998). Pemikiran Islam di Malay Sejarah dan Aliran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan PustAhmad Najid Abdullah (2007), Ahli Sunnah Wal

Jamaah: Pengenalan dan Pandangan Tokoh- tokoh Mazhab Mengenainya. Kota

Bharu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Anas burhanuddin, (2018) https://muslim.or.id/56-sifat-istiwa-allah-di-atas-arsy.html

Al-Qardhawi, Yusuf. (2005). Fusul fi aqidah baina al-salaf wa al-khalaf, Qahirah: Maktabah

Wahbah.Al-Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar (1985). Al-Hijaj al-

Mubayyanah : Al-Tafdil Bayna Makkah wa al-Madinah, (penyunting : Abd.

Allah Muhammad al-Darwisy).Al-Yamamah.

Grafindo PersadCopi, I. M.; Cohen, C.; Flage, D. E. (2007). Essentials of Logic (Second ed.).

Upper Saddle River, NJ: Pearson EducEngku Ahmad Zaki Engku Alwi, (2006)

“Ajaran Sesat di Negeri Terengganu: Kajian terhadap Faktor Penyebaran dan

Langkah Mengatasinya,” Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Akidah Dan Pemikiran

Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Fadhlullah Jamil (2010), Islam dan Idealisme Zaman Moden: Krisis dan Ancaman. Shah

Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Faisol Nasar Madi, (2013) “Konsep Imamah Menurut Shi‘Ah Ithna Ashariyyah Dan

Pandangan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama‘Ah Terhadapnya: Kajian Terhadap Karya-

Karya Terpilih Berbahasa Indonesia,” Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Akidah

Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Johari Mat (1996), Dinamika dan kelemahan dalam Penghayatan Ahli Sunnah Wal Jamaah,

Seminar Sehari Cabaran Pemikiran Semasa (22 Sep 1996 : Petaling Jaya)

Khalif Muammar, (2006) Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis terhadap Wacana Islam

Liberal . Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.

Mohd Aizam Mas‘od, (2012) “Beberapa Fenomena Irjā’ dalam Pemikiran Umat Islam dan

Implikasinya di Malaysia,” Tesis Sarjana, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1997), Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah: Aqidah, Penamaan, Manhaj,

Dasar-dasar dan Aliran-alirannya. Bangi:Yayasan Salman

Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, (2012) Menegakkan Ahl al-Sunnah wa al- Jama‘ah

Mengelak daripada Syi‘ah. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Kelantan.

Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, Dirasat fil ahwa wal firaq wal Bida' wa Mauqifus Salaf

minha.

Al-Mahdali, Sayyid Mohd Aqil Ali (2013) Ahlus Sunnah wal Jamaah, PTS Publications

Page 14: the index of the holdings of Ahlu Sunah wal Jamaah (ASWJ ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Ketidakseragaman fatwa dan cara menangani ... kajian

631

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, (2009) Siri Serangan Pemikiran: Islam

Liberal dan Pluralisme Agama (Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Rushdi Ramli (2006), Pengukuhan Jati-diri Bangsa Melayu Islam: Garis-garis besar menurut

mazhab ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum

(13-14 Jun 2006: Johor Bahru). Haji Kassim Thukiman [et al.] (Johor Bahru : Jabatan

Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, 2006)

Shukri Ahmad (2011). Pengaruh Pemikiran Ulama Di semenanjung Malaysia abad 21.

Sintok: Press UUM.

Salvatore T. March, Gerald F. Smith, 1995, Design and natural science research on

information technology, Science Direct.

Ugi Suharto, (2007) Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral (Shah Alam:

Dewan Pustaka Fajar.

Wan Norhaniza Wan Hasan, 2014. Ukuran Pembangunan-Pendekatan Kapitalis dan Islami.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.