the red code of mohe

24
KANDUNGAN Kata-Kata Aluan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Kata-Kata Aluan Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pengajian Tinggi Peraturan Umum Pegawai Awam Kod Tata Kelakuan Pegawai-Pegawai Di Kementerian Pengajian Tinggi Hukuman Tatatertib Dan Implikasi Dalam Perkhidmatan Penutup Rujukan Jawatankuasa Kerja Kod Tata kelakuan Kementerian Pengajian Tinggi Penghargaan 2 3 4 7 17 18 19 20 21

description

MOHE code

Transcript of the red code of mohe

Page 1: the red code of mohe

KANDUNGANKata-Kata AluanKetua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi

Kata-Kata AluanSetiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaKementerian Pengajian Tinggi

Peraturan Umum Pegawai Awam

Kod Tata Kelakuan Pegawai-PegawaiDi Kementerian Pengajian Tinggi

Hukuman Tatatertib Dan Implikasi Dalam Perkhidmatan

Penutup

Rujukan

Jawatankuasa Kerja Kod Tata kelakuan Kementerian Pengajian Tinggi

Penghargaan

2

3

47

1718192021

Page 2: the red code of mohe

2

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993/ P.U.(A)395

telah memperuntukkan dan menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh kesemua anggota perkhidmatan awam. Peraturan ini bertujuan bagi menjadikan pegawai awam sebagai pegawai yang berintegriti dan telus dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Selaras dengan semangat baru perkhidmatan awam yang menitikberatkan prestasi pegawai, aspek-aspek disiplin turut ditekankan dan diberi perhatian bagi menjadikan penjawat awam di negara ini lebih berkualiti seterusnya melestarikan pembinaan negara maju.

Di Kementerian Pengajian Tinggi khususnya, budaya kecemerlangan yang diterapkan bukan sahaja meliputi aspek budaya kerja malahan ia turut ditrampilkan dalam bentuk sahsiah dan disiplin pegawai. Dengan terbitnya “The RED Code” (Kod Tata kelakuan, Kementerian Pengajian Tinggi), ia secara tidak langsung menjadi manifestasi dan komitmen Kementerian bagi memastikan seluruh warganya sentiasa patuh kepada peraturan dan sentiasa menjaga imej perkhidmatan awam.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di atas inisiatif ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK AB. RAHIM BIN MD. NOR

Kata-Kata AluanKETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 3: the red code of mohe

3

KO

D Tata K

elakuan KP

T

Assalamualaikum dan Salam Kegemilangan,

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, pembangunan modal insan merupakan salah satu inti pati yang penting. Setiap anggota perkhidmatan awam bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang tinggi, malahan juga perlu mempunyai disiplin diri agar integriti dan kredibiliti pegawai awam berada di tahap yang optimum.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan segala peraturan-peraturan yang berkuat kuasa sentiasa dipatuhi dan difahami oleh warga Kementerian ini. Sehubungan dengan itu, “The Red Code” ini adalah merupakan salah satu mekanisme yang digunakan bagi menyampaikan maklumat dan memberikan kefahaman kepada seluruh warga tentang peraturan-peraturan yang ada di dalam perkhidmatan awam ini.

Sistem Perkhidmatan Awam yang cemerlang bukan hanya menekankan aspek pencapaian dan kompetensi, malahan turut mengambil kira aspek disiplin pegawai awam itu sendiri. Sehubungan dengan itu, seluruh warga Kementerian ini diseru supaya memandang serius dalam perkara-perkara yang melibatkan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Akhir kata, saya berharap agar Kementerian ini bukan sahaja akan cemerlang daripada segi pencapaian dan prestasi malahan seiring dengan kecemerlangan disiplin diri warganya juga.

Sekian, terima kasih.

ZAINAL ABIDIN BIN ABU HASSAN

Kata-Kata AluanSETIAUSAHA BAHAGIAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIAKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 4: the red code of mohe

4

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

PERATURAN UMUM PEGAWAI AWAM

1. Sebagai pegawai awam, kita perlu mempunyai integriti dan kawalan diri yang tinggi. Integriti bermaksud kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan bersepadu pada pegawai dan juga organisasinya.

2. Pegawai yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan kepadanya demi kepentingan awam. Apabila berlaku konflik kepentingan, pegawai perlu memberi keutamaan kepada kepentingan awam dan dalam masa yang sama turut menyelesaikan konflik yang dihadapi.

3. Dalam memenuhi prinsip integriti tersebut, seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, negara dan kerajaan. Untuk itu, seorang pegawai awam tidak boleh:

(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;

(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;

(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:

i. Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) Kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) Tidak jujur atau tidak amanah;

(g) Tidak bertanggungjawab;

(h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain;

(i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memperuntukkan sebanyak 13 larangan mutlak dan 7 larangan dengan kebenaran yang perlu dipatuhi oleh pegawai.

Page 5: the red code of mohe

5

KO

D Tata K

elakuan KP

T

5. Tiga belas (13) larangan mutlak adalah seperti berikut:

PERATURAN JENIS LARANGAN ATAU TEGAHAN (MUTLAK)

4A Gangguan Seksual

7 Menyalahgunakan dadah (menggunakan atau mengambil)

8/9 Menerima atau memberi hadiah keraian

11Menyelenggarakan taraf kehidupan melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah

12 Meminjam wang atau menjadi penjamin

13 Terlibat dalam keterhutangan kewangan yang serius

15 Meminjamkan wang dengan faedah

16 Terlibat dengan pasaran niaga hadapan

17 Terlibat dalam cabutan bertuah dan loteri

18Menerbitkan buku berdasarkan maklumat rasmi terperingkat

20 Menyunting akhbar, majalah atau jurnal

21Terlibat dengan kegiatan politik bagi pegawai Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional

24Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah

Page 6: the red code of mohe

6

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

6. Tujuh (7) larangan dengan kebenaran yang perlu dipatuhi oleh pegawai adalah seperti berikut:

Pegawai awam juga adalah dilarang terlibat dengan Skim Cepat Kaya sama ada sebagai penganjur, perantara atau pelabur dan larangan ini melalui pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009. Kerajaan juga melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 melarang pegawai membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama sehingga menjejaskan perpaduan kaum.

PERATURANJENIS LARANGAN ATAU

TEGAHAN (MUTLAK)KEBENARAN

5 Melakukan pekerjaan luar Ketua Jabatan

6 Etika berpakaianKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

8Menerima keraian / hadiah Ketua Jabatan

Ketua Jabatan

10Pemunyaan harta / perisytiharan harta

Ketua Jabatan

19 Membuat pernyataan awam YB. Menteri

21

Terlibat dalam kegiatan politik(a) Dalam tempoh cuti sebelum bersara (Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

(b) Kumpulan Sokongan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama);

ATAU

Ketua Setiausaha (bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama)

22Membawa perbicaraan undang-undang atau bantuan guaman

Ketua Setiausaha

Page 7: the red code of mohe

7

KO

D Tata K

elakuan KP

T

KOD TATA KELAKUAN PEGAWAI-PEGAWAIDI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

“The Red Code” (Kod Tata kelakuan) Kementerian Pengajian Tinggi memberikan panduan kepada pegawai-pegawai di Kementerian ini tentang tingkah laku yang boleh dan tidak boleh (Do and Don’t) dilakukan. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tata kelakuan semasa dan selepas bertugas sentiasa selaras dengan kehendak undang-undang Negara dan peraturan semasa. Dengan ini, imej dan reputasi Kementerian Pengajian Tinggi yang berintegriti tinggi dan berwibawa akan sentiasa terpelihara. Kod ini juga secara tidak langsung dapat memberi panduan kepada semua pegawai khususnya pegawai-pegawai lantikan baharu di Kementerian ini agar lebih memahami peraturan-peraturan berhubung tata kelakuan sebagai penjawat awam. Secara langsung kaedah ini dapat mencegah pegawai-pegawai di Kementerian ini daripada terlibat di dalam kes-kes perlanggaran tata kelakuan (tatatertib). “The Red Code” Perkhidmatan Awam Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

1. Waktu Kehadiran Bertugas Ke Pejabat

Kehadiran pegawai bertugas ke pejabat merupakan tanggungjawab mandatori. Di Kementerian Pengajian Tinggi, perkara ini amat dipandang serius kerana ia memberi kesan produktiviti dan integriti kepada negara amnya dan kepada perkhidmatan awam khususnya.

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi wajib mematuhi waktu kehadiran yang telah ditetapkan dan sekiranya pegawai mempunyai urusan peribadi yang berkehendakkannya untuk berada di luar pejabat, pegawai hendaklah memohon kebenaran daripada penyelia/ Ketua Jabatan dengan mengisi Borang Meninggalkan Pejabat Ketika Waktu Bekerja seperti yang dinyatakan di dalam Perintah Am Bab G. Rujukan : Peraturan 5, Perintah Am, Bab G

2. Ketidakhadiran Bertugas

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah hadir bertugas pada hari bekerja melainkan:

i. Setelah mendapat kelulusan cuti rehat/tidak berekod daripada Ketua Jabatan atau kelulusan Sijil Cuti Sakit daripada Pegawai Perubatan; atau

Page 8: the red code of mohe

8

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

3. Perisytiharan Harta

i. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah mengisytiharkan harta secara bertulis dengan disokong oleh dokumen berkaitan (jika perlu) sama ada secara manual (borang) atau melalui Sistem HRMIS mengenai segala aset yang dipunyai olehnya, atau isteri/suami atau anaknya atau mana-mana orang bagi pihaknya atau isteri / suami atau anaknya kepada Ketua Jabatan apabila dilantik sebagai pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa 30 hari selepas dilantik (Perisytiharan Harta Pertama).

ii. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dikehendaki mengisytiharkan apa-apa perolehan harta benda atau pelupusan harta benda sedia ada sama ada yang dimiliki oleh dirinya sendiri, isteri/suami atau anaknya secepat mungkin selepas perolehan atau pelupusan harta benda itu.

iii. Tempoh luput (expiry date) bagi perisytiharan harta ini adalah dalam masa lima (5) tahun yang mana pegawai perlu mengisytiharkan semula hartanya sama ada terdapat pertambahan/ pelupusan atau tiada perubahan.

Rujukan : 1. Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 mengenai Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam

Pegawai yang gagal mengisytiharkan harta boleh dikenakan tindakan tatatertib

ii. setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan kerana kematian ahli keluarga, kemalangan sehingga mengalami kecederaan, bencana alam dan sebagainya.

Rujukan : Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Kes tatatertib - Tidak Hadir Bertugas merupakan Kes tertinggi berbanding perlanggaran tata kelakuan yang lain

Page 9: the red code of mohe

9

KO

D Tata K

elakuan KP

T

4. Menyara Hidup Melebihi Pendapatan Rasmi

i. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi pada bila-bila masa tidak boleh memperlihatkan gaya hidup yang melebihi punca pendapatan rasminya.

ii. Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana- mana pegawai Kementerian Pengajian Tinggi yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) di luar kemampuannya daripada segi pendapatan emolumen rasmi, tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut.

Rujukan : Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

5. Etika Pakaian

i. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah mematuhi Garis Panduan Pakaian semasa bekerja sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 atau Surat Pekeliling yang berkuat kuasa daripada semasa ke semasa.

ii. Pakaian pada waktu bekerja bagi pegawai lelaki dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah “lounge suite” atau baju kemeja berlengan panjang dengan tali leher dan berseluar panjang serta berkasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Bagi Kumpulan Pelaksana, pegawai lelaki digalakkan memakai baju kemeja berlengan panjang dengan tali leher serta berseluar panjang atau sekadar baju kemeja dengan warna yang sesuai yang dimasukkan ke dalam dan berseluar panjang serta memakai kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

iii. Pegawai wanita pula, mereka hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian semasa bekerja, sama ada memakai pakaian kebangsaan atau berpakaian mengikut kaum masing-masing, serta memakai kasut, cerpu atau yang sejenis dengannya yang sesuai.

Page 10: the red code of mohe

10

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

iv. Semua pegawai ditegah sama sekali memakai seluar “jeans” atau seluar pendek serta memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan semasa bekerja. Selain itu, pegawai wanita pula ditegah daripada memakai “slacks” dan apa-apa jenis pakaian yang disifatkan tidak bersesuaian semasa bekerja.

v. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi diwajibkan berpakaian batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis kecuali bagi majlis-majlis yang mempunyai kod etika pakaian tersendiri. Pegawai juga boleh berpakaian batik semasa menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi atau apabila menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan. Selain itu, Kerajaan telah memperkenalkan fesyen pakaian alternatif sebagai salah satu daripada etika berpakaian bagi pegawai awam. Peraturan mengenainya dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

6. Keterhutangan Wang Yang Serius

i. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi tidak boleh pada bila-bila masa meminjam wang atau barang berharga daripada pegawai/staf di bawah penyeliaannya sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu obligasi kepada orang atau pihak yang mempunyai kaitan rasmi atau urusan rasmi dengan pegawai/staf itu.

ii. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi tidak boleh menjadi penjamin kepada mana-mana orang sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu beban atau kesusahan kewangan yang berat.

iii. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dianggap berada dalam keadaan kesusahan berat kerana hutang yang serius jika:

(a) Agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar melebihi sepuluh kali emolumen bulanannya. (b) Beliau seorang penghutang kehakiman.

Rujukan : Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Rujukan : 1. Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 19932. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

Page 11: the red code of mohe

11

KO

D Tata K

elakuan KP

T

7. Percanggahan Kepentingan

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi tidak boleh pada bila-bila masa:

i. Mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pembekal atau kontraktor yang berurusan dengan Jabatan bagi mendapat faedah seperti komisen, diskaun, hiburan / keraian dan sebagainya untuk kepentingan peribadi atau yang boleh menimbulkan rasa curiga orang ramai.

ii. Membiarkan diri atau anggota keluarganya berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kepentingan tugas awamnya/ rasmi Jabatan.

iii. Terlibat dalam membuat sebarang keputusan atau berurusan dengan syarikat yang mana ahli keluarganya memiliki kepentingan (sama ada sebagai pengarah, rakan perkongsian, pemegang saham atau penama) di dalam syarikat-syarikat tertentu yang berurusan dengan Jabatan.

iv. Menjalankan apa-apa urus niaga peribadi dalam waktu pejabat kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan Jabatan.

v. Menyalahgunakan kedudukan dan pangkatnya sebagai pegawai Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapat layanan istimewa atau keuntungan kewangan daripada mana-mana kementerian, jabatan, firma, syarikat dan orang perseorangan.

Percanggahan kepentingan boleh mengakibatkan anda didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

8. Pekerjaan Luar

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi tidak boleh pada bila-bila masa membuat pekerjaan luar yang memberi imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu pejabat, walau pekerjaan itu tidak bersangkut paut dengan Jabatan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran bertulis kepada seseorang Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi untuk melakukan pekerjaan luar dengan syarat mereka mematuhi perkara berikut:

?

Rujukan: Peraturan 4(2)b dan 4(2)c, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Page 12: the red code of mohe

12

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

9. Keselamatan dan Kerahsiaan Maklumat

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah pada bila-bila masa:

i. Menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Arahan Keselamatan Kerajaan.

ii. Tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat.

iii. Tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara jua kepada mana-mana orang yang tidak berhak memperolehnya sama ada semasa atau selepas beliau berkhidmat dengan Kementerian ini.

iv. Tidak membuat salinan atau menggunakan mana-mana dokumen terperingkat dengan apa cara jua pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.

v. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi yang akan bersara dikehendaki menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada padanya kepada Ketua Jabatan selaras dengan kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan berbuat demikian.

Rujukan: Akta Rahsia Rasmi 1972

Anda boleh dikenakan tindakan tatatertib jika didapati cuai dalam mengendali maklumat terperingkat

10. Membuat Pernyataan Awam Dan Perhubungan Dengan Media Massa

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi pada bila-bila masa tidak boleh:

i. Membuat atau menghebahkan apa-apa pernyataan awam secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara terperingkat Jabatan melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

ii. Menerbitkan apa-apa maklumat atau bahan terperingkat di dalam mana- mana media cetak atau elektronik seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, radio, televisyen dan sebagainya melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

i. Pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya.

ii. Pekerjaan tersebut tidak menghalang pegawai berkenaan menjalankan/ melaksanakan tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah oleh majikannya.

iii. Pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan Jabatan atau menjadi tidak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang anggota perkhidmatan awam.Sudahkah anda memohon kebenaran melakukan pekerjaan luar?

Sudahkah anda memohon kebenaran melakukan pekerjaan luar?

Rujukan: Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Page 13: the red code of mohe

13

KO

D Tata K

elakuan KP

T

iii. Membuat pernyataan awam atau membincangkan perkara terperingkat dengan apa cara jua pun sehingga boleh menjejaskan imej/reputasi Kementerian Pengajian Tinggi khususnya dan perkhidmatan awam amnya.

Rujukan: Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

11. Penerimaan Hadiah Atau Keraian

Seseorang warga Kementerian Pengajian Tinggi pada bila-bila masa:

i. Tidak boleh menerima atau memberi dan tidak boleh membenarkan suami/ isteri, ahli-ahli keluarga atau mana-mana orang menerima atau memberi bagi pihaknya secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bentuk hadiah/ keraian jika penerimaan atau pemberian hadiah/keraian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

ii. Boleh menerima hadiah/keraian sekiranya penerimaan hadiah/keraian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan tugas rasminya dengan syarat nilai hadiah/keraian itu tidak melebihi 1/4 daripada emolumen bulanannya atau RM500.00 yang mana lebih rendah.

iii. Sekiranya berasa ragu tentang nilai hadiah yang diterima, bolehlah menerima hadiah itu dahulu tetapi hendaklah mengemukakannya kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.

Rujukan: 1. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998

Kegagalan mengisytiharkan penerimaan hadiah atau keraian boleh mendedahkan pegawai kepada tuduhan rasuah

Page 14: the red code of mohe

14

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

12. Kegiatan Jenayah

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi adalah dilarang daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang/peraturan-peraturan negara yang sedang berkuat kuasa atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah seperti berikut:

i. Terlibat dalam perlumbaan haram

ii. Bergiat dalam pelaburan haram

iii. Menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat perpaduan di antara kaum

iv. Terlibat dalam manipulasi, pemalsuan, penipuan atau pengubahan rekod- rekod atau dokumen

v. Terlibat dalam masalah sosial seperti pelacuran, gangguan seksual, pembuangan bayi, gejala maksiat

vi. Menyertai perhimpunan haram

vii. Apa-apa kegiatan yang diklasifikasikan sebagai jenayah dan boleh mencemarkan nama Kementerian Pengajian Tinggi dan perkhidmatan awam amnya.

13. Kegiatan Politik

i. Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggar larangan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

ii. Larangan dalam kegiatan politik yang dimaksudkan termasuklah seperti berikut:

(a) Menghasut seseorang supaya benci kerajaan yang memerintah.(b) Mengadakan ceramah, perbincangan dan perbahasan yang mempunyai

unsur membenci serta anti kerajaan.(c) Memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti kerajaan dengan

pelbagai cara, baik secara langsung mahupun tidak langsung sama ada berbentuk lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dan sebagainya.

Terlibat dengan jenayah adalah satu kesalahan berat

Rujukan: Peraturan 4(2)d, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Page 15: the red code of mohe

15

KO

D Tata K

elakuan KP

T

iii. Walau bagaimanapun, pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bertanding atau dilantik memegang jawatan dalam suatu pertubuhan politik, semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha.

iv. Sungguhpun begitu, Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dari Kumpulan Pelaksana pula boleh bergiat aktif dalam pertubuhan politik setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi.

Rujukan: Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

14. Kegiatan Keagamaan

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi adalah pada bila-bila masa ditegah menganut, mengikut dan mengamalkan ajaran sesat serta menyertai atau menyokong kegiatan-kegiatan yang membahayakan ketenteraman awam.

Rujukan: Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 1994

15. Dadah Dan Minuman Keras

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi adalah pada bila-bila masa ditegah:

i. Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengedaran dadah.

ii. Menggunakan atau mengambil dadah (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971).

iii. Memiliki, menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja.

Page 16: the red code of mohe

16

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

Pihak Jabatan berhak memeriksa pada bila-bila masa mana-mana warga Kementerian Pengajian Tinggi yang disyaki;

i. terlibat dalam penyalahgunaan dadah; dan

ii. memiliki, menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja.

Rujukan: Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Menyalahgunakan aset dan personel Jabatan boleh dianggap sebagai “salahguna kuasa”

16. Menyalahgunakan Aset dan Personel

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi adalah pada bila-bila masa:

i. Dikehendaki menggunakan aset Jabatan untuk tujuan rasmi secara cermat dan bertanggungjawab tanpa mendatangkan kerosakan atau kerugian kepada Jabatan.

ii. Tidak boleh menggunakan aset atau personel Jabatan untuk kepentingan peribadi kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan Jabatan. Pihak Jabatan boleh menuntut ganti rugi daripada mana- mana warga Kementerian Pengajian Tinggi yang didapati telah menyalahgunakan aset Jabatan sehingga menyebabkan ia rosak atau tidak boleh dibaiki lagi.

Rujukan: Peraturan 4(2)c,Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

17. Kekerasan Dan Penggunaan Bahasa Kesat Serta Diskriminasi

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi semasa berhubung dengan mana-mana pegawai/orang awam, pada bila- bila masa ditegah:

i. Membuat ugutan fizikal atau lisan.

ii. Mengguna bahasa kesat seperti bodoh, bangang, tolol dan seumpamanya yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah seseorang.

iii. Mengguna bahasa dan isyarat lucah.

Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi juga pada bila-bila masa tidak boleh menunjuk dan mengamalkan sikap diskriminasi dengan memberi layanan yang berbeza kepada seseorang kerana pangkat dan kedudukannya dalam jabatan atau masyarakat, perkauman, jantina, keturunan, perbezaan fahaman politik dan sebagainya.

Rujukan: 1. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 2. Peraturan 4A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Page 17: the red code of mohe

17

KO

D Tata K

elakuan KP

T

HUKUMAN TATATERTIB DAN IMPLIKASI DALAM PERKHIDMATAN

Sekiranya pegawai didapati bersalah melakukan suatu kesalahan tatatertib, pegawai boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih hukuman yang mana implikasinya adalah seperti berikut:

(a) Implikasi Hukuman Tatatertib Terhadap Urusan Kenaikan Pangkat

HUKUMANTEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

UNTUK KENAIKAN PANGKAT

Amaran 12 Bulan

Denda 18 Bulan

Lucut Hak Emolumen

24 Bulan

Tangguh Pergerakan Gaji

30 Bulan

Turun Gaji 36 Bulan

Turun Pangkat 48 Bulan

(b) Implikasi Hukuman Tatatertib Terhadap Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) / Imbuhan Tahunan

(c) Implikasi Hukuman Buang Kerja

Hukuman Buang Kerja adalah hukuman paling berat dikenakan ke atas seorang pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan serius. Implikasi terhadap hukuman buang kerja menyebabkan seorang pegawai secara automatik bukan lagi sebagai pegawai awam. Maka pegawai tidak layak terhadap gaji, elaun dan kemudahan yang disediakan kerajaan. Pegawai juga tidak akan menerima apa-apa faedah pencen atau ganjaran walaupun pegawai telah lama berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Di samping itu, pegawai juga tidak boleh dilantik semula dalam perkhidmatan awam.

Berfikir sebelum melakukan kesalahan

Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala pegawai yang bersalah dan dikenakan hukuman yang lebih berat daripada hukuman amaran pada sesuatu tahun tidak layak diberi Imbuhan Tahunan.

Page 18: the red code of mohe

18

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

PENUTUP

The Red Code (Kod Tata kelakuan Kementerian Pengajian Tinggi) ini dapat memberikan informasi asas dan kefahaman kepada seluruh warga Kementerian ini dalam memahami segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

The Red Code ini juga berperanan sebagai mekanisme untuk menambah baik tata kelakuan Pegawai KPT agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti dan sentiasa menyerap nilai dan budaya kerja yang cemerlang.

Page 19: the red code of mohe

19

KO

D Tata K

elakuan KP

T

RUJUKAN

1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993/ (P.U.(A)395)

2. Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam

3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 mengenai Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam

4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 mengenai Garis Panduan mengenai Pemberian dan Penerimaan Hadiah di dalam Perkhidmatan Awam

5. Perintah Am, Bab G mengenai Borang Kebenaran Meninggalkan Pejabat Ketika Waktu Bekerja.

6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1996 mengenai Permohonan oleh Pegawai-Pegawai Awam untuk Mengambil Bahagian Dalam Politik

7. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 1994 mengenai Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai-Pegawai Awam dan Agensi-agensi Kerajaan Dalam Aktiviti-aktiviti Yang Berkaitan Dengan Al-Arqam

8. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 mengenai Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Yang Membuat Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Kaum dan Agama

9. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

10. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 1993 mengenai Peraturan- peraturan dan Syarat-syarat Mengenai Pinjaman Kenderaan Bagi Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (kecuali Perkhidmatan Tentera dan Polis)

11. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 mengenai Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah oleh Jabatan Kerajaan

12. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1989 mengenai Ujian Air Kencing Secara Mengejut Bagi Mengesan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan.

Page 20: the red code of mohe

20

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

JAWATANKUASA KERJA KOD TATAKELAKUANKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PENAUNGYBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor

PENASIHATYBhg. Datuk Haji Omar bin Abd. Rahman

PENGERUSIEncik Zainal Abidin bin Abu Hassan

TIMBALAN PENGERUSIEncik Md. Sani bin Latip

KETUA EDITORPuan Norshahidawati binti Abdullah

SIDANG EDITORPuan Noor Haslinda binti Hashim

Dr. Aizalyasni binti Anuar

URUS SETIAEncik Mohd Arif bin Mohd YusofPuan Siti Irhan binti Abdul Aziz

Page 21: the red code of mohe

21

KO

D Tata K

elakuan KP

T

Setinggi-tinggi Penghargaan Ditujukan Khas Buat:

Puan Hajah Ku Maharum binti Ku YaacobMantan Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Jabatan Perkhidmatan Awam

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi

dan

Individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga

bagi menjayakan penerbitan ini.

PENGHARGAAN

Page 22: the red code of mohe

22

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

CATATAN

Page 23: the red code of mohe

23

KO

D Tata K

elakuan KP

T

CATATAN

Page 24: the red code of mohe

24

KO

D T

ata

Kel

akua

n K

PT

CATATAN