Thufat Al Nafis

8
Thufat Al-Nafis Pengenalan Teks Tuhfat al-Nafis sememangnya sebuah teks yang tidak asing lagi terutamnya di kalangan para sejarajwan yang mengkaji sejarah Johor- Riau Lingga danTanah Melayu, umumnya. Walaupun sesetegah sarjana beranggapan teks ini tidaklah sepopular teks-teks sejenis dengannya seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai dan sekurang-kurangnya Hikayat Merong Mahawangsa.[1] Namun demikian, kita dapati pengarang teks ini lebih terkehadapan berbanding dengan pengarang teks yang sezaman dengannya. Ini dapat dilihat dari segi penggunaan sumber dan pemberian tarikh atau jangka waktu sesebuah peristiwa yang diperihalkan dalam teks ini. Ini menyebabkan teks ini lebih istimewah berbanding dengan teks pensejarahan Melayu yang lain. Namun demikian, tidak dapat dinyatakan dengan tepat berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Oleh itu, berdasarkan pendapat ramai, teks ini dikarang sekitar penghujung abad ke-18 sehingga pertegahan abad ke-19. Pada hari ini, salinan atau naskah teks ini terdiri daripada enam salinan termasuk naskah yang telah ditemui di Terengganu dalam tulisan jawi. Antara naskah tersebut adalah naskah yang dimiliki oleh W. Mexwell yang telah disalin pada 1890 Latar Belakang Pengarang Tuhfat al-Nafis Berdasarkan pendapat para sejarahwan, Raja Ali Haji merupakan individu yang berperanan besar dalam mengarang teks Tuhfat al-Nafis. Namun demikin, terdapat juga pendapat yang mengatakan teks ini merupakan sebuah tekas yang dikarang bersama oleh Raja Ali Haji dengan ayahnya iaitu Raja Ahmad. Walau apapun, dalam melihat kencenderungan atau kecondongan pengarangan teks ini, para pengkaji haruslah melihat latar belakang pengarang teks ini. Sehubungan itu, saya akan

Transcript of Thufat Al Nafis

Thufat Al-NafisPengenalan Teks Tuhfat al-Nafis sememangnya sebuah teks yang tidak asing lagi terutamnya di kalangan para sejarajwan yang mengkaji sejarah Johor- Riau Lingga danTanah Melayu, umumnya. Walaupun sesetegah sarjana beranggapan teks ini tidaklah sepopular teks-teks sejenis dengannya seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai dan sekurang-kurangnya Hikayat Merong Mahawangsa.[1] Namun demikian, kita dapati pengarang teks ini lebih terkehadapan berbanding dengan pengarang teks yang sezaman dengannya. Ini dapat dilihat dari segi penggunaan sumber dan pemberian tarikh atau jangka waktu sesebuah peristiwa yang diperihalkan dalam teks ini. Ini menyebabkan teks ini lebih istimewah berbanding dengan teks pensejarahan Melayu yang lain. Namun demikian, tidak dapat dinyatakan dengan tepat berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Oleh itu, berdasarkan pendapat ramai, teks ini dikarang sekitar penghujung abad ke-18 sehingga pertegahan abad ke-19. Pada hari ini, salinan atau naskah teks ini terdiri daripada enam salinan termasuk naskah yang telah ditemui di Terengganu dalam tulisan jawi. Antara naskah tersebut adalah naskah yang dimiliki oleh W. Mexwell yang telah disalin pada 1890Latar Belakang Pengarang Tuhfat al-Nafis Berdasarkan pendapat para sejarahwan, Raja Ali Haji merupakan individu yang berperanan besar dalam mengarang teks Tuhfat al-Nafis. Namun demikin, terdapat juga pendapat yang mengatakan teks ini merupakan sebuah tekas yang dikarang bersama oleh Raja Ali Haji dengan ayahnya iaitu Raja Ahmad. Walau apapun, dalam melihat kencenderungan atau kecondongan pengarangan teks ini, para pengkaji haruslah melihat latar belakang pengarang teks ini. Sehubungan itu, saya akan cuba menghuraikan latar belakang Raja Ali Haji dan secara tidak langsung akan dapat menjawap persoalan berkenaan dengan kecenderungan pengarangan tekas ini. Raja Ali Haji merupakan anak kepada Raja Ahmad (Raja Ali Haji bin Raja Ahmad) yang dikaitkan dengan teks ini. Raja Ahmad atau Engku Haji dilahirkan pada 1778 dan mangkat pada 1878, semantara Raja Ali Haji dilahirkan pada 1804 dan mngkat lebih awal daripada ayahnya iaitu pada 1872.[2] Raja Ahmad iaitu ayah kepada Raja Ali Haji juga adalah anak kepada Raja Haji (marhum mangkat di Ketapang, Melaka) yang merupakan Yang Dipetua Muda ke-4 Johor-Riau. Manakala Raja Haji pula adalah anak kepada Daeng Celak (Yang Dipertua Muda ke-2 Johor-Riau) bin Daeng Relaka (Opu Tanderibureng) daripada keluarga Bugis di Sulawisi iaitu tempat asal Bugis Opu lima bersaudara.Selain daripada faktor keturunan yang memperngaruhi Raja Ali Haji lebih pro-Bugis, faktor latar belakang hidupnya juga banyak mempengaruhi beliau. Belaiu dibesarkan di istana Riau, pernah menjawat beberapa jawatan penting kerajaan seperti penasihat raja-raja Riau, menjadi pakar undang-undang, guru agama dan hakim di Riau. Justeru itu, berdasarkan latar belakang keturunan dan kehidupan Raja Ali Haji seperti di atas, jelaslah menunjukkan beliau mempunyai hubungan atau pertalian darah yang amat kuat dengan Opu Bugis lima bersaudara dan yang dikaitkan dengan keturunan Raja Bugis di Sulawisi.Oleh itu, dalam mengarang teks ini, kita dapati beliau lebih bais atau lebih cenderung dengan suku kaum Bugis. Ini adalah amat bertepatan dengan apa yang dikatkan oleh Arbaiyah Moham Nor iaitu beliau mengatakan tema Tuhfat al-Nafis dikatakan lebih cenderung kepada cerita Raja-raja dan rakyat Bugis @ boleh dianggap sebagai Bugis centric.[3] Belaiu juga sedaya upaya menjadikan Tuhfat al-Nafis sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan suku Bugis dalam Kesultanan Melayu terutamnya Johor.[4] Kecenderungan Raja Ali Haji Dalam Tuhfat al-Nafis Sememangnya tidak dapat dinafikan, bahawa apabila kita membaca dan menliti kandungan teks Tuhfat al-Nafis, ia menunjukkan pengarang teks ini lebih pro-Bugis atau cenderung kepada suku kaum Bugis. Sebaliknya memberi gamabaran yang negatif atau yang tidak baik kepada musuh-musuh kaum Bugis terutamanya Raja Kecil dan suku kaumnya di Minangkabau serta juga kaum Melayu sendiri. Ini dapat diperjelaskan dengan melihat peristiwa atau episod-episod tertentu yang diperihalkan oleh pengarang dalam teks ini. Antaranya adalah seperti berikut : a) Perihal Raja Kecil dan Opu Bugis Lima bersaudara. Pada awal teks ini lagi, kita dapat meneliti betapa baisnya raja Ali Haji dalam mengarang teks ini. Ini dapat dibuktikan dengan caranya mengungkapkan hal-hal yang berkaitan dengan Raja Kecil dan Opu Bugis Lima Bersaudara. Seperti yang diketahui umum, raja Kecil Kecil merupakan musuh utama kepada Opu Bugis Lima Bersaudara. Maka dengan itu, kita dapati Raja Ali Haji seboleh mungkin memberi gambaran yang negatif kepada Raja Kecil. Ini dapat di teliti melalui bahagian-bahagian yang diperihalkan oleh raja Ali Haji dalam teks ini, misalnya: Adalah Encik Pong itu dipakai memang oleh baginda itu, telah bunting memeng, konon.Waktu baginda mangkat, orang-orang tengah bergadukan hal baginda itu. Maka encik Pong dilarikan oleh Panglima Bebas,dibawahnya ke Pagar Ruyung, kepada puteri Janilan, lalu encik Pong beranak disitu, iaitu laki-laki.[5] Jika dilihat secara sepintas lalu, sememangnya petikan di atas tidak banyak memberi kesanyang negatif kepada Raja Kecil. Maka dengan itu, kita dapati untuk mencapai motifnya, Raja Ali Haji cuba memberi gambaran seterusnya tentang asal-usul Raja Kecil dalam situasi yang lebih buruk. Oleh itu, dalam tekas ini beliau menyebut: Tatkala baginda mangkat, Zakarnya berdiri. Maka tidak ada orang yang berani menanam Baginda itu. Maka mesyuratlah segala menteri apa sebab pekerjaan itu, sangat ajaib. Maka kata daripada isi istana:adalah baginda tengah berahikan Encik Pong itu, maka baginda itu pun mangkat. Maka takbir segala menterinya (yang) baginda itu takut tiada meninggalkan anak cucu yang bangsa daripadanya.Maka disuruhnya orang besar-besar itu akan Encik Pong itu setubuhdengan baginda itu konon, pada ketika itu. Maka apabila selesai baharulah rebah zakar baginda itu. Maka encik Pong pun buntinglah konon.[6] Dalam masa yang sama, Kecenderungan Raja Ali Haji dapat dilihat dengan jelas, bilamana beliau memerihalkan latar belakang Upu-upu Bugis Lima Bersaudara. Keadaan ini sebenarnya adalah bertujuan utuk memberi gambaran kepada para pembaca bahawa di kalangan Upu-upu Bugis merupakan daripada keturunan yang baik-baik berbanding dengan Raja Kecil. Dengan cara ini raja Kecil berharap, para pembaca akan memeberi persepsi yang positif kepada kaum Bugis. Maka tidak hairanlah, perihal-perihal yang baik-baik sahaja diberi kepada Upu-upu Bugis dalam Tuhfat al-Nafis, cotohnya: Adalah puteranya (Tendari Burung Daeng Ralaka) yang lima orang itu baik-baik belaka parasnya, serta dengan sikap pahlawannya. Akan tetapi Upu Daeng Celak yang tersangat baik parasnya, memberi ghairah hati perempuan-perempuan memandangnya[7] b) Peristiwa Perjanjian Antara Bugis dengan Minangkabau untuk menyerang Johor-Riau Dalam mencerita peristiwa berkenaan perjanjian antara Bugis dengan Minangkabau untuk menyerang Johor-Riau, Raja Ali Haji juga telah meberi satu pentafsiran atau gambaran yang berfihak kepada pihak Bugis. Beliau telah mengeksplotasi peristiwa ini untuk memeberi kesan yang baik kepada Bugis. Ini kerana, apabila kita melihat Hikayat Siak, sememngnya hikayat ini telah memberi kesan yang buruk kepada Upu-upu Bugis Lima Besaudara. Justeru itu, dalam memerihalkan semula peristiwa tersebut, Raja Ali Haji telah mengunakan peristiwa ini untuk menunjukkan bahwa pihak Raja Kecillah yang bersalah dalam peristiwa ini. Raja Ali Haji mengatakan (berdasarkan teks), Raja Kecillah yang sebenarnya telah berjumpa dengan Upu-upu Bugis Lima bersaudara untuk melanggar Johor. Akan tetapi, pihak Bugis telah menolak pelawaan tersebut kerana pada fikiran mereka, itu adalah tipu dan muslihat Raja Kecil sahaja. Justeru itu, Raja Ali Haji mengungkapkan dalam teks ini : Syahdan di dalam tengah-tengah bersiap akan alat peperangan itu maka Opu-opu Bugis yang berlima beradaik itu pun tibalah ke Bnegkalis datang daripada mengembara. Maka berjumpalah ia dengan Raja Kecil. Maka Raja Kecil pun mengajaklah ia melanggar negeri JohorMaka tiada ia mahu. Maka didalihkannya hendak ke Langat dahulu, mencari muafakat dengan Bugis yang di Langat itu. Maka tiadalah jadi Bantu membantu itu.[8] C) Bantuan Bugis Kepada Johor-Riau Unutk Mngalahkan Raja Kecil. Di dalam episod ini, Raja Ali Haji telah menyebut kisah ini agar ianya berpihak kepada Bugis. Maka berkatalah ia: Maka Menjawablah Opu Dahing Parani, seperti saya semua adik-beradik sama saja yang patut kepada hati baginda Sultan Sulaiman saya terimalah, akan tetapi yang saya seorang, tiada saya mahu jadi raja kerana saya ini yang tua sekali, tiada lain hanyalah mencari ketetapan saudara saya yang berempat ini.Maka menjawab pula Opu Dahing Menambu, saya ini tiada sanggup menjadi Yang Dipertua Muda di tanah barat ini.kerana saya sudah berjanji dengan Sultan Mantan akan memelihara akan negeri Mempawa, tiadalah saya mahu mengecilkan hati mertua saya itu. Maka menjawablah dahing Celak , saya ini selagi ada abang saya ini, iaitu Kelana Jaya Putera, tiada saya mahu menjadi Yag Dipertua Muda. Maka menjawablah Opu Dahing Kemasi , adapun saya ini tada berhajat manjadi Yang dipertua Muda di tanah barat kerana jauh amat dengan Bugis, bersalahan jikalau seperti di Manatan dan Sambas itu mana kemuafakatan abang-abang sayalah . Menjawabpula Kelana Jaya Putera, Adapun saya jikalau bercerai dengan saudara-saudara saya, tiada saya mau menjawab Yang Dipertua Muda di tanah barat ini. Demikianlah kata sekalian Opu-opu Bugis itu. Dengan melihat petikan di atas, Raja Ali Haji telah sedaya upaya cuba memberi satu gambaran yang baik kepada Opu-opu Bugis Liam Bersaudara berhubung dengan kedatangan mereka ke Johor khasnya dan Tanah Melayu, umumnya. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila Raja Ali Haji mengarang satu bnentuk petikan yang menunjukkan bahwa Opu-opu Bugis Lima Bersaudara bukannya gilakan atau mahukan kuasa. Sebaliknya ianya telah diberi sukarela oleh Sultan Sulaiman. Namun demikian penipuan Raja Ali Haji tidak dapat disembunyikan apabila kita melihat petikan seperti berikut: .Berjanji raja Sulaiman dengan Opu-opu itu, salah satu Opu-opu itu menjadi Yang Dipertua Muda turun-tumurun.Perjanjian ini sebenarnya adalah perjanjian yang dibuat atas permintaan Opu Bugis tersebut.[9] Justeru, disini kecendongan atau bais Raja Ali Haji amat jelas sekali beliau memutar belitkan fakta yang dibuat oleh Opu Bugis itu sendiri. d) Yam Tuan Muda Johor membunuh Seluruh Keluarganya. Kecenderungan Raja Ali Haji kepaa pihak Bugis seterusnya dapat dilihat dalam peristiwa Yam Tuan Muda membunuh seluruh keluarganya. Beliau memerihalkan episod ini dalam Tuhfat al-Nafis, seperti berikut: .Maka Raja Muda pun mengamuk pula, kerana fikirnya daripada isterinya diambil Minangkabau, diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Yam Tuan Muda itu mengamuk menyerbukan diri Bagi merendah-rendahkan lagi pihak Raja Kecil dan Minangkabu, Raja Ali Haji menambah lagi iaitu:Syahdan, itulah kata Raja Kecil, Hai sayangnya Isteri Yag Dipertua Muda itu dibunuh, jikalau tiada dibunuhnya aku ambil, aku buat bini kerana termasyhur isteri Raja Muda itu baik rupanya, tiadalah bandingnya di dalam Johor ini.. e) Raja Kecil Memperolehi semula Isterinyaa, Tengku Kamariah. Manakala dalam episod ini, Raja Ali Haji terus memberi gambaran yang buruk kepad pihak musuh Opu Bugis iaitu Raja Kecil. Dalam peristiwa ini, Raja Ali Haji telah mengunakan hujah keingkaran Raja Kecil terhadap perjanjian yang dibuatnya dengan Sultan Sulaiman unutk menjatuhkan Raja Kecil. Dengan cara ini, Raja Ali Haji telah dapat memberi sesuatu yang baik kepada keturunannya. Maka berkata Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis selepas peristiwa Raja Kecil meningkari perjanjian tersebut: Maka raja Kecil pun sudah berubah akalnya maka apabilaSudah hilang Tengku Kamariah itu, maka Raja Kecil pun selalunya gila sekali, lalu ia tidur di kubur isterinya Maka Raja Kecil pun jatuhlah sakit sangat di dalam gilanya itu, Maka tiada berapa lamanya mangkatlah, innalilahi wa inna ilahi rajiun. f) Peperangan Antara Minagkabau dengan Bugis di Kedah dan kemangkatan Daeng Parani. Semantara dalam episod ini, kita dapati Raja Ali Haji telah menafikan kemangkatan Daeng Parani bukannya dibedil oleh Raja Kecil. Sebaliknya beliau mengatakan kemangkatan Daeng Parani dengan takdir Allah Taala serta sampai janjinya. Sebenarnya, tujuan Raja Ali Haji berbuat sedemikian adalah untuk menunjukan kehandalan Opu Bugis Lima Bersaudara khususnya dan kerabat Bugis, umumnya yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Kecil melainkan bukan takdir Allah. Raja Ali Haji dalam episod tersebut mengatakan : .maka dengan takdir Allah Taala serta dengan sudah sampai janjinya, maka Opu Dahing Parani pun kenalah peluruh meriam tentang dadanya. Maka iapun mangkatlah Justeru itu, merujuk petikan di atas, ia menunjukkan kepada kita bahawa Raja Ali Haji dengan sedaya upaya memberi gambaran yang baik kepada Bugis bagi memenuhi motif pengarangan teks ini iaitu bagi memertabatkan keduduakn Bugis walaupun peristiwa tersebut tidak berpihak kepada Bugis. Dalam pada itu, Raja Ali Haji bukan sahaja menunjukkan bais atau cenderung kepada keluarga Bugis dalam mengolah atau mengarang teks ini, bahkan kita juga dapati Beliau juga didapati mengambil sikap yang sama dalam memberi pentafsiran kepada sumber yang diperolehinya. Misalnya penggunaan sumber dari Siak (sirah dari Siak)

[1] Muhammad Yusof Hasim, Pensejarahan Melayu : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hal. 449.[2] Ibid. hal. 454-456.[3] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hal. 125.[4] Mardiana Nordin, Pensejarahan melayu-Johor Sebagai Sumber Sejarah Negeri Johor dan Negri-negeri Melayu yang Lain (ed) Penilain Semula Sejarah Dalam Perubahan Semasa: Kaedah dan Sumber, Kertas Seminar, Universiti Malaya, 19-20 Disember 2003, hal. 3.[5] Thufat al-Nafis, edisi 1965, hal. 13.[6][7][8][9] [9] Muhammad Yusof Hasim, Pensejarahan Melayu : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, hal. 503.