Thursday

3
Thursday, June 14, 2012 Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni. Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui. Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based Learning) Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar.

description

tah

Transcript of Thursday

Page 1: Thursday

Thursday, June 14, 2012

Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa

banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah

mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada

masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.

 Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas

kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa

yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang

terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta

kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa

yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.

 Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh

itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta

kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar

agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah

baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa.

Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian  masalah (Problem-based

Learning)

 Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan

pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai

dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat

bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan

perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik.

 Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir

diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka. Manakala

teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik

Page 2: Thursday

untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara teknik-teknik

yang biasa digunapakai ialah teknik “brainstorming”, “Mind Mapping, simulasi, permaianan dan

lakonan.

 Teknik “Brainstorming” satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan idea

yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang

diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik “brainstorming” ini,

membolehkan kita menggunakan “mind mapping” untuk menyusun idea-idea tadi dan

menghubungkaitkannya.

 Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan

situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang

sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.

 Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat

berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan

akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang

disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.

 Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat

menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran

agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus berubah

mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah

yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

             Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:-

1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran

2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai

3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar

4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar

5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru

6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan

7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

Ini adalah pandangan saya sahaja, terpulanglah kepada individu untuk setuju ataupun tidak.