Tiga Komponen Seni

3

Click here to load reader

description

WAJ3073

Transcript of Tiga Komponen Seni

Page 1: Tiga Komponen Seni

Pengenalan Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama denyutan jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan aktiviti seharian anda dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita. Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses pembelajaran anda yang dapat membantu meluahkan pengetahuan asas seni. Contohnya irama pergerakan hidup anda dan warna- warni yang dikaitkan dengan pelbagai pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan anda. Manusia saling bersosial dan bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan ruang , mereka akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai estetika dan kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan. Tajuk ini bertujuan untuk membantu anda melihat kepentingan komponen seni tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila komponen ini disepadukan secara berkesan dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akanKOMPONEN SENI AKTIVITI KREATIF IRAMA WARNA RUANG KESEPADUAN 15 menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Komponen tersebut merupakan alat yang berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep disamping mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.3.5 IRAMA Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama. Contohnya irama denyutan jantung, irama penafasan dan irama semasa berjalan. Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau rentak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Ketika anda mendengar muzik, adakah anda sedar bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang khusus?.Contohnya bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi keretapi dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakkan pergerakan. Anda juga boleh bergerak dan menari secara berirama di sekitar ruang. Cuba anda lakukan aktiviti berikut: DENGAR : Bunyi kenderaan Tepuk tangan Detik jam Kicauan burung Hujan LIHAT : Susunan batu-bata Corak pada pagar Percikan air Corak tikar / permaidani 16 Anda akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh banyak perkara berulang kali dalam kehidupan seharian. Contohnya anda dapat melihat corak berulang pada sehelai kain atau semasa mendengar irama muzik. Malah dalam kegiatan harian anda seperti berjalan, makan dan tidur juga merupakan suatu corak irama. Ia menggambarkan gaya kehidupan yang dilalui sepanjang masa. Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama, seperti semasa belajar mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat mempertingkatkan tahap tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak gembira apabila mereka bergerak mengikut irama. Ini akan menjana pergerakan ekspresif apabila mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang boleh dicontohi.AKTIVITI 1. Aktiviti Detik: Ekspresi Diri

Page 2: Tiga Komponen Seni

Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat. Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat? Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi Gambarkan secara visual denyutan nadi anda. 2. Aktiviti irama panjang dan pendekCUBA ANDA LAKUKAN AKTIVITI BERIKUT 17 Sila berjalan 10 langkah ke hadapan Sekarang anda dikehendaki melompat sebanyak 10 kali Antara aktiviti - aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah mengambil masa yang panjang? Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual. 3. Aktiviti corak berulang Pilih satu rupa, contohnya rupa bintang Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda Tahukah anda apabila rupa berulang, anda akan menghasilkan corak? Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang sama tetapi berlainan arah. Pilih rupa yang lain dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.3.6 WARNAPengenalan Warna merupakan unsur seni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna 18 tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya warna daun, warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya. Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar dan tenang kepada emosi kita Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif. Bayangkan alam semula jadi tanpa warna! Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-ciri dan seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni DalamPendidikan. Contohnya mencampur warna dan menyapukan warna ke permukaan sesuatu objek. Ini akan menghasilkan sesuatu ciptaan yang menarik dan kreatif. Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan kreativiti warna dalam kehidupan seharian kita. Berikut disediakan beberapa aktiviti yang dapat membantu anda memahami warna agar peranan anda sebagai guru lebih bermakna dan kreatif.