Tikah - Case Study

6
1) Pada pendapat saya, masalah komunikasi ini berlaku kerana gangguan dalam proses komunikasi boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam proses tersebut. Gangguan ini akan menyebabkan pemahaman penerima berkurang. Jika Maklumat disebarkan melalui saluran, gangguan berlaku menyebabkan penerima susah memahami makna yang disampaikan.. Ini selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana komunikasi yang lemah antara bahagian atau individu itu sendiri yang gagal menguruskan maklumat tersebut. Sebagai contohnya, Mariam berasa keliru dengan arahan yang telah disampaikan oleh Jackson dan menyebabkan kesilapan dalam penghantaran barang tersebut kepada syarikat besar itu. Pengurusan maklumat yang lemah akan menjejaskan mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila berlaku kegagalan tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam organisasi tersebut. Selain itu, kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara unit atau jabatan kerana organisasi mempunyai matlamat keseluruhan. Konflik juga boleh berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latar belakang dan pemikiran yang berbeza antara pekerja. Kemungkinan terdapat pekerja yang tidak dapat menerima perubahan tersebut dalam jangka masa terdekat.

Transcript of Tikah - Case Study

Page 1: Tikah - Case Study

1) Pada pendapat saya, masalah komunikasi ini berlaku kerana gangguan dalam

proses komunikasi boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam proses

tersebut. Gangguan ini akan menyebabkan pemahaman penerima berkurang. Jika

Maklumat disebarkan melalui saluran, gangguan berlaku menyebabkan penerima

susah memahami makna yang disampaikan.. Ini selalu terjadi dalam sesebuah

organisasi. Ini kerana komunikasi yang lemah antara bahagian atau individu itu

sendiri yang gagal menguruskan maklumat tersebut. Sebagai contohnya, Mariam

berasa keliru dengan arahan yang telah disampaikan oleh Jackson dan

menyebabkan kesilapan dalam penghantaran barang tersebut kepada syarikat

besar itu. Pengurusan maklumat yang lemah akan menjejaskan mutu kerja dan

akhirnya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila berlaku kegagalan

tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam organisasi

tersebut. Selain itu, kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara unit atau

jabatan kerana organisasi mempunyai matlamat keseluruhan. Konflik juga boleh

berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latar

belakang dan pemikiran yang berbeza antara pekerja. Kemungkinan terdapat

pekerja yang tidak dapat menerima perubahan tersebut dalam jangka masa

terdekat.

2) Teori kepimpinan yang saya dapati dalam kajian kes ini ialah teori Max Weber

iaitu mengikut ciri birokrasi seperti segala tindakan, keputusan dan peraturan

dalam hal pentadbiran harus dirumus dan dicatatkan secara bertulis. Ramai yang

berpendapat bahawa prosedur ini dirasakan tidak penting dan tidak sesuai

dipraktikkan dalam sebuah organisasi yang rasional. Sebaliknya sistem pencatatan

yang berlebih-lebihan ini dianggap tidak rasional, hal inilah yang menyebabkan

kepada istilah “red tape” . Istilah ini merujuk kepada urusan dokumentasi yang

sering menyebabkan kelewatan proses. Walaubagaimanapun Weber ada

menekankan bahawa semua kegiatan organisasi yang penting dan perlaksanaan

peraturan harus ditafsirkan secara sistematik, iaitu dengan menggunakan sistem

pencatatan. Semua hal tersebut tidak dapat dilakukan melalui komunikasi lisan

Page 2: Tikah - Case Study

kerana sistem itu dianggap tidak sistematik. Menurut Weber asas kepada kuasa

birokrasi ialah pengetahuan dan latihan yang pernah diterima, dimana pemilihan

pekerja dijalankan berdasarkan kelayakan teknikal yang ada pada seseorang

individu. Situasi ini dapat menguntungkan organisasi kerana mempunyai pekerja

berkemahiran yang dapat membantu kelicinan dan kecekapan proses organisasi.

Tujuan diwujudkan hierarki ini adalah untuk memastikan setiap jabatan

dikendalikan secara sistematik oleh jabatan tertentu yang lain. Dalam hierarki itu

setiap jabatan harus bertanggungjawab kepada atasannya berkenaan keputusan

dan tindakannya sendiri ataupun apa yang dilakukan oleh anak buahnya. Sebagai

contoh, Jackson harus bertanggungjawabab kerana memberi maklumat yang boleh

mengelirukan orang bawahannya iaitu Mariam dalam proses penghantaran barang

tersebut. Posisi ditubuhkan dalam hierarki dengan rantaian arahan yang jelas.

Pada setiap tingkat hierarki, setiap jabatan memiliki hak memberi perintah dan

arahan pada orang bawahannya, dan orang bawahan pula berkewajipan  untuk

mematuhinya. Setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jabatan bawahan

perlu meminta persetujuaan daripada pihak atasan.

3) Aliran komunikasi yang digunakan untuk menerangkan kajian kes ini adalah

menggunakan aliran komunikasi ke atas iaitu komunikasi dari pihak bawahan atau

pekerja kepada pihak atasan iaitu pengurusan organisasi. Tujuan aliran

komunikasi dari bawah ke atas adalah untuk memperolehi informasi, maklumat

tentang aktiviti dan perlaksanaan tugas pekerja bawahan. bentuk-bentuk

maklumat yang disampaikan oleh pekerja kepada pihak pengurusan boleh

digolongkan sebagai laporan. Laporan yang disampaikan akan memberi input

kepada pengurusan tentang situasi yang berlaku di peringkat bawahan.

Seterusnya, komunikasi kebawah mengalir dari pihak atasan ataupun pemimpin

kepada golongan bawahan. Biasanya, maklumat yang disampaikan melalui aliran

ini akan mengalir dari golongan pengurusan di peringkat tinggi dan kemudian

mengalir kepada pengurusan yang paling rendah dan seterusnya sampai kepada

golongan bawahan ataupun pekerja. Setiap individu yang berada diperingkat

Page 3: Tikah - Case Study

pengurusan tertinggi harus berupaya untuk berkomunikasi dengan cara yang

paling berkesan supaya maklamat yang disampaikan dapat diterima oleh golongan

pekerja samada secara langsung ataupun tidak langsung, dengan ini, idea yang

disampaikan oleh pihak pengurusan akan dapat dilaksanakan oleh golongan

pekerja selaras dengan objektif yang cuba disampaikan. Selain itu, aliran

komunikasi mendatar ini boleh berlaku antara pekerja bawahan dengan pekerja

bawahan dan juga antara individu-individu dalam pihak pengurusan yang sama

tahap. Secara amnya, komunikasi mendatar bersifat perkongsian maklumat,

keterangan dan juga pertukaran idea. Dengan ini, tiada ikatan yang mengikat

sesuatu maklumat yang disampaikan seperti arahan yang perlu dilaksanakan

ataupun larangan yang perlu diambil kira.

4) Halangan yang dihadapi ialah seperti pihak pengurusan ialah mereka sentiasa

bekerja dibawah tekanan masa. Setiap keputusan perlu dibuat dalam jangka masa

tertentu. Faktor tekanan masa ini boleh menyebabkan komunikasi itu gagal

disebabkan oleh ketidakcukupan maklumat yang disampaikan kepada pekerja

bawahan. Ini akan menyebabkan pekerja tidak memahami maklumat yang cuba

disampaikan oleh pihak pengurusan. Contohnya, Jackson mendapat gesaan dari

pihak syarikat besar untuk menghantar barang tersebut dalam tempoh 24 jam dan

ini memberikan tekanan kepada Jackson dan menyebabkan berlakunya kesalahan

dalam penghantaran barang itu.dan berlakunya kerugian. Oleh itu, faktor masa

juga boleh menyumbangkan kepada faktor-faktor kegagalan komunikasi.

Seterusnya, semasa komunikasi berlaku,walaupun idea didalam fikiran pengirim

telah jelas tetapi disebabkan oleh penyampaian dari segi perkataan yang tidak

tepat atau tidak boleh difahami akan menjadi punca kepada kegagalan

komunikasi. Contohnya, Mariam keliru dengan penggunaan bahasa yang telah

disampaikan oleh Jackson iaitu “RUSH”. Ketidakupayaan penyampai untuk

menerangkan maksud yang ingin disampaikan secara jelas ini mungkin berlaku

disebabkan oleh eksperasi penyampai yang tidak tepat, kurang perhatian dipihak

penerima dan juga penggunaan bahasa yang sukar difahami. Apabila maksud

Page 4: Tikah - Case Study

maklumat yang diterima oleh penerima berbeza dengan maklumat yang cuba

disampaikan oleh penyampai maklumat, maka kegagalan komunikasi telah

berlaku. Kesilapan penerimaan maksud penyampai seringkali disebabkan oleh

penyampaian yang lemah. Sebagai contoh, apabila Jackson mengatakan barang itu

perlu dihantar dengan segera Mariam keliru kerana dia tidak mendapat sebarang

maklumat daripada pihak atasan mengatakan barang tersebut akan dihantar

melalui udara dan Mariam telah menghantar barang tersebut dengan

menggunakan trak. Selain itu, apabila terlalu banyak maklumat yang cuba

disampaikan dalam satu-satu masa, maka mungkin timbul masalah pemahaman

dan kekeliruan. Fyrer menyatakan juga maklumat yang diterima dan difahami

oleh individu lain amatlah terbatas terutama apabila sesuatu maklumat itu

merupakan perkara yang baru di pihak penerima. Robbins menyatakan pihak

pengurusan menerima banyak maklumat dari atas dan bawah organisasi. Oleh jika

tiada satu sistem efektif yang dapat menyusun kesemua maklumat yang diterima,

maka peratusan maklumat itu untuk hilang begitu sahaja adalah tinggi.