Tilawah al-Quran ayat kefahaman

7
1 AYAT DAN HADIS KEFAHAMAN TINGKATAN 4 SURAH ISI KANDUNGAN AYAT 1. SURAH AL- AN’AM AYAT 6 / / / / / / MANUSIA PERLU BERSYUKUR Allah telah memusnahkan kaum yang terdahulu. Sebelum itu Allah telah memberikan nikmat dan kemudahan kepada kaum tersebut(dengan kekuasaan dan kemewahan) Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka Allah telah membinasakan kaum tersebut kerana dosa mereka sendiri. Allah menciptakan umat yang lain selepas kaum tersebut dimusnahkan Maksud ayat Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka , dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? 2. SURAH AL-ANAM AYAT 50 RASUL PENYAMPAI WAHYU Aku tidak mengatakan kepada kamu, [Nabi Muhamad saw ] pemegang (bahawa) perbendaharaan (khazanah Allah) Allah. Allah mentadbir tanpa memerlukan kuasa orang lain. Dan aku (Nabi Muhammad )juga tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali setelah diwahyukan Aku bukan malaikat dan tidak menjalankan sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepadaku Bertanyalah (kepada mereka) :“adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?” Tidak kah kamu mahu berfikir ? Maksud ayat: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" 3. SURAH AL AN’AM, AYAT 70 ] / / / / LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA Jauhkanlah diri daripada mereka yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan, kerana mereka terpedaya dengan kehidupan di dunia Peringatkanlah mereka dengan al-Quran itu supaya (di akhirat kelak) mereka tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) disebabkan perbuatan buruk dan keji. Tidak ada pelindung dan syafa’at kecuali Allah. Jika seseorang hendak membebaskan dirinya dengan segala tebusan nescaya tidak akan diterima lagi / / / / عام : ن الأ ورة س( 50 )

Transcript of Tilawah al-Quran ayat kefahaman

Page 1: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

1

AYAT DAN HADIS KEFAHAMAN TINGKATAN 4

SURAH ISI KANDUNGAN AYAT1. SURAH AL- AN’AM AYAT 6

/ /

/ /

/ /

MANUSIA PERLU BERSYUKUR Allah telah memusnahkan kaum yang terdahulu. Sebelum itu Allah telah memberikan nikmat dan kemudahan

kepada kaum tersebut(dengan kekuasaan dan kemewahan) Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka Allah telah membinasakan kaum tersebut kerana dosa mereka

sendiri. Allah menciptakan umat yang lain selepas kaum tersebut

dimusnahkan Maksud ayatTidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka , dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

2. SURAH AL-ANAM AYAT 50 RASUL PENYAMPAI WAHYU Aku tidak mengatakan kepada kamu, [Nabi Muhamad saw ] pemegang

(bahawa) perbendaharaan (khazanah Allah) Allah. Allah mentadbir tanpa memerlukan kuasa orang lain. Dan aku (Nabi Muhammad )juga tidak mengetahui perkara-perkara

ghaib kecuali setelah diwahyukan Aku bukan malaikat dan tidak menjalankan sesuatu melainkan apa

yang diwahyukan kepadaku Bertanyalah (kepada mereka) :“adakah sama orang yang buta dengan

orang yang celik?” Tidak kah kamu mahu berfikir ?Maksud ayat: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"

3. SURAH AL AN’AM, AYAT 70]

/ /

/ /

/

LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA Jauhkanlah diri daripada mereka yang menjadikan agama sebagai permainan

dan hiburan, kerana mereka terpedaya dengan kehidupan di dunia Peringatkanlah mereka dengan al-Quran itu supaya (di akhirat kelak) mereka

tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) disebabkan perbuatan buruk dan keji.

Tidak ada pelindung dan syafa’at kecuali Allah. Jika seseorang hendak membebaskan dirinya dengan segala tebusan nescaya

tidak akan diterima lagi Mereka masuk neraka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan dan

akan diberi minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ini disebabkan mereka kufur dan ingkar semasa mereka hidup. Maksud ayat[Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia] dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan . Bagi

/ /

/ /

)50(سورة األنعام :

Page 2: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

2

SURAH ISI KANDUNGAN AYATmereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

4. SURAH AL-AN’AM AYAT 125

/ / /

HIDAYAH MILIK ALLAH

- Maka sesiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepada (dengan terbuka hatinya) untuk terima Islam- Nescaya Allah lapangkan dadanya (membuka hatinya untuk terima Islam .- Sesiapa yang Allah hendak sesatkan nescaya akan disempitkan dadanya seolah-olah sedang mendaki dan naik kelangit(dengan susah payah .- Demikian Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.

Maksud ayat:Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

5. SURAH AL- AN’AM AYAT 161 – 165 AKIDAH TERAS KEHIDUPAN Ayat 161 :Katakanlah wahai Nabi muhammad s.a.w aku

telah diberikan petunjuk oleh tuhanku ke jalan yang lurus iaitu agama Islam iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan dia bukan glg musyrikin

Ayat 162: Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadatku, seluruh kehidupanku dan matiku hanya utk Allah(Tuhan sekelian alam dan tiada sekutu dgnnya)

Ayat 163: Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Ayat 164: Patutkah aku mencari Tuhan lain sedangkan Dia lah Allah sekalian alam. Dosa seseorang itu hanya ditanggung oleh dirinya sendiri bukan ditanggung oleh org lain. Kita akan kembali kepada Allah suatu hari nanti

Ayat 165: Kita merupakan khalifah di muka bumi ini, meningkatkan taraf sekelian kamu untuk menguji kamu.Setiap apa yang kita lakukan akan mendapat balasan daripada Allah s.w.t

Maksud ayat;Ayat 161: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik". Ayat 162 Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Ayat 163: Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". Ayat 164: Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa

Page 3: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

3

SURAH ISI KANDUNGAN AYATusahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.Ayat 165: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

6. SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 – 11 CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYAAyat 1: Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iatu mereka yang; Khusyuk dalam solat [ayat 2] Meninggalkan perbuatan yang sia-sia (lagha) [ayat

3] Mengeluarkan zakat [ayat 4] Menjaga kehormatan diri/kemaluannya [ayat 5] kecuali pada isteri dan hamba mereka (itu tidak

tercela) ayat 6] Sesiapa yg mengingini selain dari itu, mereka adalah

golongan melampau batas [ayat 7] Mereka yang menjaga /menunaikan amanah dan

janji[ ayat 8] dan tetap memelihara solatnya [ayat 9] Mereka itulah yang akan mewarisi [ ayat 10] Mereka yang mewarisi syurga firdaus selama lamnya

[ayat 11]

MaksudnyaSesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [1] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [4] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -[6]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [8] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; [9] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi –[10] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]

Page 4: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

4

SURAH ISI KANDUNGAN AYAT7. SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19 NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

Ayat 12; Sesungguhnya Allah telah beri Luqman hikmat kebijaksanaan dgn bersyukur kepada Allah swt

Sesiapa yang bersyukur akan mendapat faedah dan mereka yang tidak bersyukur itu tidak menjadi hal kepada Allah kerana Allah Maha kaya & Maha Terpuji.

Ayat 13: Luqman berkata kepada anaknya;Jangan syirik kepada Allah kerana perbuatan syirik merupakan kezaliman

yang besarAyat 14: Berbuat baik kpd ibubapa sebab;ibu mengandungkan kita dgn kepayahan sehingga bercerai susu ialah dalam

masa 2 tahun Oleh itu bersyukur kepadaKu dan kpd ibubapamu Ayat 15: Jangan taati mereka jika mereka mensyirik Allah dengan sesuatu yang

kamu tidak tahu tetapi begaullah dgn mereka di dunia secara baikTaati mereka jika mereka taat kepadaKU kerana kepadaKu tempat kamu kembali.

Kemudian aku terangkan kepadamu segala perbuatan kamu.Ayat 16: Kata Luqman wahai anakKU Allah akan membalas semua kejahatan

dan kebaikan walaupun sebesar biji sawi tersembunyi dalam batu, dilangit atau dibumi, Allah tetap akan memberi balasan kerana pengetahuan Allah sangat teliti dan mencakupi semua perkara.

- Ayat 17: Dirikan solat- Buatlah kebaikan dan jauhi kejahatan- Bersabar dgn semua bala yg menimpa, sesungguhnya perbuatan tersebut

hendaklah diambil berat- Ayat 18: Janganlahkamu memalingkan mukamu (kerana memandang

rendah)kepada org lain, kerana Allah tidak suka kepada org yang berlagak sombong dan dan bangga diri.

- Ayat 19: Sedehanakanlah langkahmu semasa berjalan- Rendahkan suara semasa bercakap/ kerana seburuk-buruk suara ialah suara

kaldai.MaksudnyaDan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji [12].Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"[13].Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) [14].Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan

/ / / / / / / / / / / /

Page 5: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

5

menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan [15].(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.[16]"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [17]"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri[18]."Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kelda" [19].

HADIS ISI KANDUNGAN AYAT1. HADIS MAKANAN YANG BAIK

- Allah maha baik dan sukakan kebaikan- Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apayang diperintahkan kepada semua rasul dengan firmannya; - Wahai sekelian rasul; Makanlah makanan yang baik dan beramal dengan amalan soleh

- Wahai orang beriman Makanlah makanan yang baik yang telah diberi rezeki kepada

Kamu………kataNYA lagi- Seorang lelaki yang jauh perjalanannya dgn keadaan kusut

masai rambutnya/ dan berdebu mukanya/dgn menghulurkan tangan ke langit (berdoa) ; Ya Allah, Ya Allah pada hal dia makan, minum dan pakai dgn benda haram, Allah tidak akan memakbulkan doanya.

Maksudnya;Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatakan, katanya Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya Allah itu baik dia idak menerima melainkan yang baik.. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkannya kepada semua Rasul dengan firmannya (seperti yang tersebut dalam hadis bermaksud): Wahai sekelian rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firmannya lagi Wahai sekelian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusust masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya kelangit (berdoa) wahai tuhanku! Wahai tuhanku! Pada hal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya

2. HADIS PERPADUAN TERAS KEMAJUANSabda Rasulullah saw Jangan berhasad dengki (dengki mendengki) Jangan tipu menipu Jangan benci membenci Jangan berpaling muka Jangan menjual beli di atas jualan orang lain. Jadilah kamu hamba yang bersaudara Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara Mereka tidak boleh menzalimi . Tidak membolehkannya dalam kehinaan.

/ / / / / / / / / / / /

: KالKرضي الله عنه ق Kة Kير KرWى هZ بK عKن[ أ

ZيهK سWولW اللهZ صKلى اللهW عKل Kقال ر WلK Kق[ب K ي hبf ال ZZن اللهK تعالى طKي لم : إ KسKو

o hبا Zال طKي K/إ Zما ZينK ب مKرK المWؤمZنK Zن اللهK أ وKإ

KلىK Kعا KلK ت ZينK فKقا ل Kس ZهZ المWر[ مKرK بK K/أ uها ي

K Kأ :يسWل uوا/الرW KتZ وKاع[مKل hبا Wوا مZن[ الطKي Wل W ك o Zحا Kل K الذZينK/صا uها ي

K KلKى : يأ Kعا KلK ت . وKقا Wوا KمKن Wم[ /ا Kك ق[نا Kز Kر K KتZ ما hبا Wوا مZن طKي Wل ./ ك

KثKع Kش[ WطZيلW السفKرK ا KرK الرجWلW ي Wم ذKك ث! uب Kر K KءZ : يا ZلىK السما [هZ إ KدKي KمWدu ي KرK ي Kغ[ب ا

WهW ب Kر امf وKمKش[ KرKح WهWمKط[عKمKو ! uب Kر K يا

Z ام KرKالحZ امf وKغWذZىK ب KرKح Wه WسK [ب امf وKمKل KرKح

WهK KبW ل Kجا ت Wس[ Kنى ي . فKأ

Wن��هKع Wالل��ه Kى Zض�� Kر Kة Kير KرWى هZ بK عKن[ أ

Wلى اللهKص Zالله Wول Wس Kر KلK KلK : قا قادWوا Kس����K Kحا K ت لمK : ال Kس����Kو Zي����هK /عKل

K وا/ وKال Wض����KغK Kبا Kت وا/ وKال Wش����KجK Kنا Kت وKالوا WرK Kب Kدا [عZ/ت Kي Wم[ عKلKى ب Kع[ضWك [عK ب Kي K ب وKال

./ o Kنا Zخ[وا KدK اللهZ ا با Zوا عW Wون Kع[ض�/ وKك بK Z/ ال Zم ل و[ا المWس����[ Wخ����K ZمW أ ل المWس����[

Wه Wب���Zذ] Kك K ي هW/ وKال Wل���Wخ[ذK Kي هW/ وKال Wم���Z Kظ[ل ي

Page 6: Tilawah al-Quran ayat kefahaman

6

Tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak 3

kali). Islam itu dianggap jahat apabila ia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, haram darah,

harta dan kehormatannyaAbu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw telah bersabda: Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam. Taqwa itu di sini, kata Nabi Nuhammad saw sambilmenunjukkan kedadanya tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahil apabila dia apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatnnya.

Wن��هKع Wالل��ه Kى Zض�� Kر Kة Kير KرWى هZ بK عKن[ أ

Wلى اللهKص Zالله Wول Wس Kر KلK KلK : قا قادWوا Kس����K Kحا K ت لمK : ال Kس����Kو Zي����هK /عKل

K وا/ وKال Wض����KغK Kبا Kت وا/ وKال Wش����KجK Kنا Kت وKالوا WرK Kب Kدا [عZ/ت Kي Wم[ عKلKى ب Kع[ضWك [عK ب Kي K ب وKال

./ o Kنا Zخ[وا KدK اللهZ ا با Zوا عW Wون Kع[ض�/ وKك بK Z/ ال Zم ل و[ا المWس����[ Wخ����K ZمW أ ل المWس����[

Wه Wب���Zذ] Kك K ي هW/ وKال Wل���Wخ[ذK Kي هW/ وKال Wم���Z Kظ[ل ي