tingkah laku

download tingkah laku

of 27

description

edu sem 3

Transcript of tingkah laku

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Dr.Ng iaitu pensyarah kami bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi sokongan moral dan segala kemudahan semasa saya untuk menyiapkan tugasan ini. Malahan, rakan saya juga memberi komitmen yang sepenuhnya dan sedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.Mereka tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Sekian,terima kasih.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

Tingkah laku adalah apa yang dilakukanoleh seseorang individu. Tingkah laku juga merangkumisemua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.Manakala, Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal di mana bercanggah dengan pegangan nilai dan norma masyarakat setempat termasuk sekolah. Akibatnya, ia mengganggu kehidupan individu yang terlibat dari segi emosi dan fizikal serta keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku.Menurut, Mohd. Nazar Mohamad (1990)mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.Secara tuntasnya, pengertian tingkahlaku bermasalah ialah kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran kepada orang lain, komuniti mahupun masyarakat setempat. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, di sekolah disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin. Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat seperti ponteng kelas, mencuri, kekemasan diri, buli (memukul dan mengugut rakan), vandalisme dan sebagainya.Dilaporkan sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun 2011. Daripada jumlah itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu buli merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku dengan jumlah 18,550 pelajar dalam majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Jelasnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Justeru, tugasan ini, saya akan meneliti satu kes yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalahdistruktif iaitu buli. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Kejadian ini berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang tetapi nama sekolah tidak dinyatakan dalam artikelnya. Selain itu, saya juga turut membincangkan punca masalah dan cara mengatasinya dalam tugasan ini.

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Sumber : Utusan Online

Rajah 1 : Sedutan klip video YouTube yang menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_01/Polis-siasat-kes-buli-pelajar#ixzz3lsGDbBSE Utusan Melayu (M) Bhd

Kes buli ini berlaku di sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya, Pulau Pinangpada awal Mac. Pihak polis mengesan kejadian ini apabila klip rakaman yang ditunjukkan dalam Rajah 1 tersebar secara luas di laman sosial YouTube.Tempoh klip video tersebut adalah selama 1 minit 32 saat. Di mana, rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja.Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras. Mangsa tersebut menangis disebabkan kesakitan dan merayu kepada mereka untuk menghentikan tingkahlaku mereka yang tidak senonoh. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga pelajar memukul seorang pelajar serta merakamkan semua kejadian tersebut untuk memaparkan dalam YouTube. Dari sini, saya boleh menyimpulkan bahawa pelajar zaman sekarang tidak mempunyai nilai kemanusiaan serta menyalahgunakan teknologi yang sedia ada kearah musnah.Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.Jelasnya, pelajar lain, hanya mengambil isu ini sebagai keseronakkan tetapi tidak terfikir mengenai natijahnya. Jika salah seorang daripada mereka melaporkan kejadian ini kepada guru disipilin atau guru bertugas maka isu ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Sehubungan itu, Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar. Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah. Natijahnya, ketiga-tiga pelajar tersebut tidak dapat menyambung pelajaran serta nama mereka tercemar akibat daripada hasil kelakuan mereka yang agresif. Manakala, mangsa pula mengalami tekanan emosi daripada kejadian tersebut dan senantiasa berada dalam ketakutan.Kesimpulannya selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

3.0 DEFINISI BULI

Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan.Gejala buli juga merangkumi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk mencederakan atau meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks(2000), menghuraikanperlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuridan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadapmangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagaiketidak seimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Menurut Kementerian Pelajaran mendefinisikan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan murid atau kumpulan murid supaya menyesuaikan dengan suasana yang baru atau perlakuan mendera atau mempermain-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang lemah atau perlakuan menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid (Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah,2005). Buli dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu dari segi fizikal dan mental. Buli fizikal ialah pukul-memukul, memeras ugut, menampar,menendang, menarik rambut, menolak,mencubit atau sepak terajang hinggamenyebabkan kecederaan dan kematian. Manakala, buli mental pula merangkumi mengejek, memberi panggilan/ gelaran yang mengaibkan. menghina, mencarut, memfitnah dan sebagainya. Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkahlaku keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atausekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankandirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannyadalam keadaan yang tertekan secara sengaja.

4.0 PUNCA MASALAH

Rajah 2: Menunjukkan punca berlakunya masalah buli

Kini, isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang sangat serius. Isu buli ini hangat diperkatakan kerana beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya isu buli di dalam sekolah. Antaranya ialah diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, guru, sekolah, latar belakang murid dan media massa.

4.1 Diri SendiriBanyak punca yang menyumbang kepada perlakuan buli ini. Antaranya ialah tingkah pelajar itu sendiri. Hal ini sedemikian, perbezaan individu menyebabkan seseorang individu bertindak sedemikian. Perbezaan individu ialah keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Perbezaan individu dapat dilihat dari aspek fizikal, kognitif, sosial dan rohani. Dari segi fizikal pula pelajar yang mempunyai bentuk badan endomorf yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil (bentuk badan ektomorf) bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal. Melalui ini, kekurangan mereka tidak dijadikan sebagai isu dipertawakan oleh orang lain. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. Kejayaan membuli pelajar lain akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak. Hal ini kerana, pelajar mempunyai konsep kendiri yang rendah menyebabkan mereka melibatkan diri dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Staub (1999), menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak mempunyai niat nilai sosial untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yang baik. Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan sifat kendiri mereka dalam lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain. Mengancamorang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan untuk memenuhi atau menampung kekecewaan dalam bidang-bidang yang lain. Pengalaman dibuli akan mengundang masalah emosi yang besar. Selain mengalami trauma, penghargaan kendiri (self-esteem) individu yang dibuli akan menurun terutamanya kepada mangsa buli.Lazimnya, mereka akan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlakudan melihat diri mereka sebagai orang yang gagal. Percubaanuntuk membunuh diri juga mungkin akan dilakukan oleh individu ini. Emosi negatif iniakan terbawa-bawa apabila individu tersebut berkembang ke alam dewasa di manapenghargaan kendiri mereka rendah dan akan menyumbang kepada masalah mental.

Selain itu, dari aspek sosial pula pelajar yang bersifat ekstrovert ialah biasanya menjadi pembuli manakala pemangsanya ialah memiliki sifat introvert. Ekstrovet mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti agresif dan mudah mengongkong.Introvert pula lebih bersifat pendiam tidak suka mudah bergauldan sensitif. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada pelajar yang mempunyai sifat mengongkong. Pelajar ekstrovert mempunyai tanggapan untuk menjadi terbaik daripada sekumpulan pelajar maka mereka mencari mangsa untuk menonjolkan kehebatan mereka kepada orang lain. Ini menyebabkan pelajar introvert mengalami tekanan dari segi emosi dan fizikal untuk mengatasi situasi sebegitu. Disebabkan sifat semula jadi mereka sebegitu maka mereka tidak meluahkan atau berkongsi konflik yang dialami dalam diri mereka kepada orang lain. Akhirnya, mereka akan mengalami trauma dan mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang lain.

Seterusnya, disebabkan pelajar masih lagi kecil lagi maka pemikiran mereka tidak lagi matang seperti orang dewasa. Ini menyebabkan, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk menaakul dan berfikir secara logik sebelum membuat sesuatu tindakan. Oleh itu, mereka terlibat dalam gejala buli disebabkan terlalu ikut emosi tetapi bukannya berfikir secara rasional. Di mana pelajar tidak menggunakan kognitif mereka sebelum bertindak kerana emosinya terlalu mengawal tindakan mereka. Hal ini sedemikian, pelajar masih mengalami kesukaran untuk mengawal emosi dan bertoleransi dengan orang lain walaupun berada dalam kelompok yang sama.Majoritipelaku jenayah buli mempunyailatar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.

Lantaran itu, jika dilihat dari aspek rohani pelajar mempunyai kekurangan penghayatan nilai nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti buli ini. Hal Ini disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala yang negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak dan tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi betapa pentingnya nilai moral dan agama dalam kehidupan.Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Ini menyebabkan menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing lantaran mereka tidak dapat membezakan dosa dan pahala lalu mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu lain demi kepentingan dan keseronokan diri sendiri.

4.2 KeluargaFaktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada era moden ini, ibu bapa hanya mementingkan profesion dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Anak juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada bimbingan daripada ibu bapa, akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak berperikemanusiaan sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa belas kasihan. Menurut bapa psikologi Humanistik iaitu Abraham Maslow menyatakan bahawa keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki yang bermula keperluan fisiologi, diikitu dengan keselamatan, kasih sayang penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah.

Beliau juga mengatakan bahawa setiap peringkat harus dipenuhi sebelum mencapai peringkat yang seterusnya. Maka, keperluan kasih sayang juga merupakan salah satu daripada peringkat keperluan Maslow. Oleh itu, jika pelajar tidak menerima kasih sayang daripada ibu bapanya maka mereka tidak mencapai penyempurnaan kendiri serta potensi yang sedia ada tidak dapat digilap dengan sepenuhnya.Justeru, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli. Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri boleh membawa kesan buruk kepada kehidupan anak mereka. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit. Keluarga yang bermasalah menyebabkan kurang kasih sayang dan perhatian diterima oleh anak-anak mereka. Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan anak mereka dari segi pembentukan personaliti secara luaran mahupun dalaman. Maka tidak hairanlah pelajar terlibat dalam gejala seperti ini untuk menarik perhatian daripada orang lain walaupun ia merupakan satu cara yang salah. Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga. Sudah pastinya, kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain disebabkan kelakuan ibu bapa yang sentiasa mengejar kekayaan tanpa mengiraukan keperluan asas mereka. Selain itu, asuhan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pelajar di mana asuhan yang bersifat autokratik menyebabkan pelajar berasa tiada kebebesan untuk bersuara. Apabila tiba di sekolah mereka mula menunjukkan kewibawaan dengan melakukan perkara sebegini dengan memukul orang lain untuk melepaskan geram yang dihadapi di rumah. Malahan asuhan bersifat laize-fairre pula memberikan kebebasan kepada anak mereka tanpa had. Ini juga merupakan salah satu punca di mana pelajar itu sendiri tidak mengetahui mana satu perkara yang harus dilakukan. Maka, ibu bapalah yang harus bijak dalam menguruskan anak supaya tidak terjebak dalam gejala sebegini.

4.3 Rakan SebayaFaktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Rakan sebaya merujuk kepada pelajar atau kawan yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat persekolahan, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi dalam seseorang hidup. Rakan sebaya yang baik membentuk akhlak yang baik, begitu juga sebaliknya. Pengaruh rakan sebaya mula menjadi kuat apabila pengaruh keluarga berkurangan.Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko.Menurut Pomberi et al.(1991), seorang pelajar ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan maka mereka akan melakukan apa-apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Justeru, pelajar tersebut berasal daripada keluarga masalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya, yang mungkin terjebak dalam anasir-anasir jahat. Mereka juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh ahli kumpulan supaya diterima oleh kumpulannya. Kebanyakkan pelajar melakukan gejala ini kerana didesak oleh rakan sebayanya. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka.

4.4 Guru dan SekolahSelain itu, guru juga merupakan salah satu faktor berlakunya kes buli di sekolah. Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang khususnya disusun untuk membawa perubahan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar. Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran yang tidak dirancang dengan rapi oleh guru juga boleh menyebabkan pelajar tercicir kerana tidak mengikuti pengajarannya. Sebesar mungkinnya, objektif pelajaran pada hari tersebut tidak mencapai. Kadangkala, boleh berlaku situasi yang tidak dapat dijangka seperti pergaduhan sesama pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Malahan, kaedah dan aktiviti pengajaran yang sama dijalankan oleh guru di dalam kelas menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan tidak bermotivasi untuk terus belajar. Hal ini kerana, guru hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata untuk menyediakan pelajar ke peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh guru gagal untuk menarik perhatian dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar. Malahan bahan bantu yang digunakan ialah terhad dan kaedah penyampaian ilmu adalah sehala yang didominasikan oleh guru. Maka penglibatan pelajar dalam P&P akan kurang dan menyebabkan pembelajaran bermakna tidak dicapai. Bagi mengelakkan kebosanannya maka mereka mula melakukan perkara yang tidak diingini untuk mendapatkan keseronakkan.Guru juga memainkan peranan sebagai rol model dan sentiasa diperhati oleh muridnya. Namun, sekiranya guru menonjolkan sikap yang kurang senonoh seperi tidak bertutur dengan sopan dengan pelajar, tidak bertanggungjawab dan sebagainya maka ada kemungkinan besar murid akan meniru semua tingkah lakunya. Hal ini sedemikian, guru ialah insan yang dekat di hati pelajar akan dikenang selamanya.

Adakala guru melakukan diskriminasi di mana pelajar pandai diberi keutamaan manakala pelajar lemah diketepikan. Ini juga merupakan salah satu punca berlakunya pertengkaran dalam kalangan pelajar di mana pelajar yang disisihkan mempunyai perasaan dendam terhadap pelajar yang disayangi oleh gurunya. Akhirnya, berlakunya pertengkaran untuk melepaskan tekanan emosi yang selama terpendam dalam dirinya. Guru juga tidak mempunyai keyakinan terhadap kebolehan pelajar mereka dan membuat keputusan untuk memberipeluang kepada pelajar yang pandai sahaja. Ini menyebabkan pelajar lain merasa rendah diri untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Namun apabila kuasa dorongan yang kuat diterima dari seorang guru, semua ini dapat diatasi dengan baik.

Sikap lewa guru yang tidak mengambil kira latar belakang murid yang berada di dalam kelas juga merupakan salah satu punca berlakunya buli di sekolah. Tidak semestinya, semua pelajar berasal daripada latar belakang keluarga yang baik. Malahan, guru hanya menekankan prestasi pelajar tetapi nilai moral dipinggirkan disebabkan tekanan daripada pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, guru memberikan banyak latihan tubi kepada pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Ini menyebabkan pelajar mengalami stress lalu meluahkan perasaan mereka melalui memukul atau mencederakan pelajar lain tanpa berfikir tentang kesannya.Selain itu, kekurangan pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala buli ini. Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang hal ehwal peajar serta kelonggaran kawalan disiplin memberi peluang keemasan kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan melakukan gejala sosial seperti gejala buli. Kelonggaran kawalan disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa-apa saja perkara secara bebas tanpa rasa takut.Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik dan lebih berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes buli yang kian hari kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan hukuman yang tegas kepada pelajar-pelajar yang terlibat demi menjaga nama baik sekolah. Malahan, pihak sekolah tidak mengabil berat tentang prasarana yang perlu bagi murid-muridnya. Hal ini termasuk, keperluan bilik darjah seperti meja, kerusi kipas dan sebagainya serta pengaliran udara yang baik. Tambahan pula, ada pihak sekolah yang hanya menjaga penampilan sekolah dari luaran tetapi aspek yang penting tidak diambil kira. Adakalanya, saiz kelas kecil tetapi pengambilan murid yang ramai menyebabkan bilik darjah menjadi sesak dan meneyebabkan keadaan yang panas. Selain itu, guru juga mengalami kesukaran untuk mengawal kelas dan pelajar berasa kurang selesa untuk bergerak. Kesemua faktor ini menyebabkan emosi pelajar berubah dan menyebabkan mereka tidak stabil dari emosinya. Sehubungan dengan itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur sekiranya gejala buli berleluasa dalam kalangan remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti turut akan terjejas. Jadi, ketidaktegasan peraturan dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang menyebabkan gejala buli dalam kalangan remaja semakin sukar diatasi.4.5 Latar Belakang MuridMalahan, latar belakang murid turut mempengaruhi berlakunya kegiatan membuli. Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut Papalia (2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Jika, persekitaran mereka dipenuhi dengan gengsterisme maka pelajar juga cuba mempraktikkan tingkah laku mereka di sekolah.

Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jika situasi yang sebaliknya, maka mereka akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang mendatangkan kemusnahan kepada diri sendiri.

Selain itu, taraf sosiekonomi turut memainkan peranan di mana kanak-kanak daripada keluarga bertaraf rendah di mana tinddakl di rumah sempit berkongsi dengan adik-beradik yang ramai. Malahan, kemudahan, makanan, kesihatan adalah terhad bagi golongan seperti itu. Secara tidak langsung mereka mempunyai perasaan rendah diri kerana tidak mendapat segala yang dikehendaki seperti rakan-rakan lain di sekolah. Oleh itu, mereka membuli pelajar yang berada untuk mendapatkan wang atau barang yang tidak mampu dibeli oleh golongan pelajar tersebut. Maka, mereka menggunakan kekerasaan tetapi bukannya dengan cara yang sepatutnya untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

4.6 Media MassaDalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi. Pada alaf globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti rangkaian televisyen dan internet semakin pesat. Penggunaan media berteknologi ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan pelajar yang masih mentah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai status negara maju, rakyat sesebuah negara itu perlu memajukan diri dengan perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia. Malangnya, ia merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara kita. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program yang tertentu mempunyai unsur negatif.

Terdapat banyak media berteknologi tinggi yang mendedahkan aksi-aksi ganas yang mampu menjahanamkan peribadi dan sahsiah remaja. Sebagai contohnya,filem seperti Gengster dan rancangan WWF Smack Down telah membudayakan amalan samseng dalam kalangan pelajar. Filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan yang sememangnya bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit yang bersikap materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi tanpa mengutamakan kepentingan sejagat. Kesannya, remaja akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongi oleh semangat inkuiri akan melakukan gengsterisme terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni oleh mereka. Menurut Albert Bandura ahli psikologi mengatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui pemerhatian atau modeling menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhati atau meniru. Oleh itu, pelajar mudah meniru penggayaan aksi-aksi yang membahayakan dan cuba mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, pelajar mempunyai inkuiri yang tinggi untuk cuba melakukan sesuatu baharu tetapi mereka masih lagi mentah dan tidak dapat membezakan antara baik dengan buruk. Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media berteknologi tinggi juga menjadi pemangkin kepada kemelut sosial ini berlaku.

5.0 SarananMasalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.5.1 Peranan Ibu bapa Antaranya, ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Kasih saying yang ikhlas dan sejati akan melahirkan kanak-kanak yang berperasaan selamat, sentiasa merasai dipunyai dan disayangi dan tidak bersifat mengkritik. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak tersebut menjadi teratur dan kanak-kanak ini akan memasuki tahap remaja dengan stabil dan baik. Dua bentuk kasih sayang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa. Pertama ialah berterusan manakala yang keduanya ialah tidak bersyarat. Apa yang dimaksudkan tidak bersyarat ialah kasih sayang perlu dilperlihatkan walaupun kanak-kanak tersebut telah berkelakuan kurang menyenangkan. Kanak-kanak mempelajari dan memahami bahawa kasih sayang yang diberi perlu diperlihatkan. Contohnya, memeluk dan mencium anak-anaknya diwaktu-waktu yang perlu. Selain itu, meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak pada hujung minggu. Masa yang ada ini dapat digunakan untuk aktiviti bermain bersama-sama, bercakap dan berbual-bual serta bekerjasama dalam aktiviti di rumah. Hal ini sedemikian, menurut Abraham Maslow kasih sayang dan penghargaan adalah salah satu elemen yang penting terdapat dalam hierarki keperluan Maslow untuk mencapai penyempurnaan kendiri.Jika mereka gagal menerima kasih sayang dan penghargaan daripada ibu bapa maka mereka akan mempunyai perasaan rendah diri dan mengalami kesukaran untuk bersosial dengan orang lain.Seterusnya, ibu bapa harus mengamalkan disiplin yang kukuh. Apa yang dimaksudkan dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah laku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak-anak, panduan dan bimbingan perlu ada. Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka sudah dewasa. Contohnya ibu bapa harus menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai digunakan semasa mereka melakukan kesalahan supaya tidak menyakiti hati kanak-kanak. Malahan, ibu bapa boleh memberikan hukuman/denda kepada anak-anak yang jenis positif supaya mereka tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Dalam bertindak, ibu bapa perlu bersifat autoritatif dan bertindak tegas untuk memastikan kanak-kanak boleh menghormati disiplin yang dibentuk di rumah.Malahan, Ibu bapa memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Contohnya menghormati orang yang lebih tua daripada mereka serta bertutur secara hormat tanpa menggunakan perkataan kesat perlu diajar dari kecil lagi. Melalui ini, ibu bapa dapat membentuk sahsiah yang baik dalam sanubari anak. Malahan, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja serta dapat mengelakkan dirinya daripada anasir-anasir negatif. Melalui ini, kita dapat mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa akan datang.5.2 Peranan GuruGuru juga memainkan peranan penting dalam mengatasi isu buli yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Pertamanya, guru harus membina hubungan positif dengam murid supaya keamanaan kelas dapat dijamin. Secara umumnya, kebanyakan guru gagal untuk mewujudkan hubungan harmonis kerana mereka mempunyai persepsi bahawa tugas mereka ialah untuk mengajar malahan tidak perlu mengetahui dengan selebihnya. Sebenarnya guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran.Menurut Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru.Maka, pelajar berasa seronok untuk belajarapabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Ini menyebabkan pelajar mempunyai semangat untuk datang ke sekolah.Selain itu, guru juga harus melakukan beberapa strategi untuk mewujudkan hubungan yang kukuh antara pelajar dengan guru. Pertamanya, guru perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor atau nama-nama ganti diri atau berdasarkan posisi di dalam kelas. Kebanyakan murid berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersungguh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya. Jika guru menggunakan gelaran berdasarkan saiz fizikalnya maka pelajar lain pun mula memanggil dengan nama tersebut. Kesannya, pelajar tersebut mempunyai perasaan rendah diri dan mula diejek oleh rakan sekelasnya. Akhirnya, dia mula membenci guru tersebut dengan menunjukkan tingkah laku yang negatif. Strategi yang seterusnya ialah menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan muriduntukmembangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka.Guru juga boleh membuat perbincangan bersama dengan murid-murid untuk mendapatkan idea untuk mencantikkan kelas. Malahan, guru juga boleh meminta pelajar untuk mengisi papan-papan kenyataan kelas dengan bahan-bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Melalui ini, semua pelajar rasa kepunyaan terhadap kelas dengan menyumbangkan tenaga mereka kepada kelas.Tanamkan sikap bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid.Malahan, guru harus memberikan peneguhan positif kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Menurut Pelaziman Operan Skinner peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Tambahan pula, pelajar lain pun berusaha untuk bekerja keras bagi mendapatkan peneguhan daripada guru. Maka, pelajar rasa kepunyaan terhadap kelas yang menghasilkan suasana kelas yang harmonis antara murid-murid dan guru-murid. Justeru, jika pelajar melakukan kesalahan sudah pastinya pelajar perlu menerima denda sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatifyang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.Strategi yang seterusnya ialah memberikan hak dan tanggungjawab kepada murid terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Melalui ini, nilai kendiri murid dapat dipertingkatkan di mana mereka diberi peluang untuk memegang tanggungjawab sebelum ini tidak dimiliki oleh mereka. Nilai kendiri seseorang dipengaruhi oleh layanan yang diterimanya dari orang lain. Dalam hal nilai kendiri murid di sekolah, ia banyak dipengaruhi oleh bentuk layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Murid seharusnya dapat merasakan yang guru-guru menghormatinya, memahami perasaannya dan mengambil tindakan bagi memenuhi keperluan mereka. Hubungan guru-murid tidak terhad kepada bilik darjah tetapi dapat ditingkatkan lagi di luar bilik darjah. Di mana guru menyediakan peluang untuk murid berbincang masalah peribadinya bersama gurunya sebagai saluran untuk meluahkan emosi mereka. Masalah disiplin timbul kerana murid melakukan salah laku bagi mendapat perhatian daripada guru dan rakanrakan mereka. Keinginan agar diterima oleh orang lain memang dinyatakan dalam hierarki keperluan Maslow. Oleh itu, guru harus memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakangnya. Kebanyakan pelajar yang bermasalah tingkah laku mendesak untuk mendapatkan kasih sayang daripada orang lain. Maka, guru harus menunjukkan keperihatinan serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar untuk membawa mereka ke jalan yang betul. Di samping itu, guru harus membuat peraturan kelas yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Guru juga diminta untuk menjelaskan peraturannya kepada pelajar serta memberitahu natijahnya jika engkar peraturan kelas. Maka, pelajar tidak menggunakan alasan bahawa mereka tidak tahu peraturan kelas jika mereka melakukan sebarang kesalahan. Guru harus berpegang teguh kepada peraturan kelas demi mendidik pelajar untuk mematuhi peraturan dan mewujudkan disiplin dalam kalangan pelajar. Disiplin yang baik adalah faktor penting yang menyumbang kepada suasana sekolah yang kondusif untuk proses P&P.Oleh itu, guru boleh menggunakan model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Disiplin Asertif Canter dan Model Akibat Logikal Dreikuts sebagai panduan dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Pertamanya, Model Disiplin Asertif Canter ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini memberikan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Malahan ia juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).Malahan ia juga menekankan hak guru dan murid dalam bilik darjah. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Guru juga perlu bertindak secara asertif di mana mempunyai matlamat pengurusan yang jelas, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Keduannya ialah Model Akibat Logikal Dreikurs Fokus utama model ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku.

Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya. Secara tuntasnya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut.Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P.Selain itu, guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event. Melalui ini, pelajar berasa seronok dan menumpukan perhatiannya sepanjang P&P berlangsung di dalam kelas.

5.3 Peranan Sekolah Seterusnya , pihak sekolah juga harus memainkan peranan penting untuk menangani gejala ini. Contohnya mengadakan satu Kelab Pencegahan Jenayah untuk menggalakkan para pelajar sertai . Para pelajar boleh memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar boleh menyebarkan pengetahuannya dengan rakan-rakannya . Bagi pelajar yang tidak menyertai Kelab Pencegahan Jenayah, para guru boleh menyebarkan info kepada pelajar pada waktu pembelajaran . Selain itu, pihak sekolah juga hendak menegaskan peraturan-peraturan sekolah dan sekiranya berlaku kes buli, tindakan yang tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak sekolah juga harus menampal poster antibuli di sekolah dan mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Di samping itu, mewujudkan jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada Guru Besar, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesannya.Selain itu, pihak sekolah juga harus bertindak dengan segera apabila menerima laporan aduan daripada pelajar serta berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Tambahan pula, Guru Besar yang tegas dan bermatlamat dapat memupuk tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan staf dan murid di sekolah. Ketegasan adalah ciri yang penting pada pemimpin kerana mereka tidak dapat dimonopolikan oleh pihak lain terutamanya pelajar zaman sekarang. Guru Besar sekolah yang tegas dan bermatlamat perlu fleksibel, tidak mudah hilang tumpuan dan akan terus berusaha gigih dalam mengukuhkan disiplin dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan peraturan-peraturan disiplin yang wajar, adil dan konsisten harus diaplikasikan dalam sekolah untuk membendung masalah buli.Malahan, pihak sekolah juga harus mewujudkan persekitaran sekolah yang menarik. Kajian-kajian keberkesanan sekolah turut menunjukkan persekitaran fizikal sekolah yang menarik dan kemudahan-kemudahan yang fungsi turut memberi kesan kepada sikap dan pencapaian murid. Kajian oleh Rutter dan rakan-rakan (1979) mendapati sekolah-sekolah yang diselenggara dengan baik menghasilkan pencapaian akademik dan tingkah laku murid yang lebih unggul berbanding dengan sekolah-sekolah yang kurang diselenggarakan. Sehubungan itu, persekitaran yang menarik seperti adanya pokok-pokok bungan dan pondok bacaan serta keceriaan kelas juga turut dapat mententeramkan minda dan emosi murid berbanding dengan persekitaran sekolah yang gondol. Pihak pentadbir sekolah juga harus mengadakan aktiviti tambahan selain mengajar kepada pelajar untuk memaksimumkan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Melalui ini, isu masalah disiplin dapat dikurangkan jika pelajar sentiasa sibuk melakukan sesuatu.Pihak sekolah juga mematuhi beberapa panduan yang menjadi prinsip utama dalam merancang aktiviti untuk menangani buli. Pertamanya ialah orientasi pemulihan yang diberikan kepada murid yang sangat memerlukan sahaja diberi keutamaan supaya sesuatu keadaan menjadi lebih serius. Seterusnya ialah orientasi pencegahan di mana merancang aktiviti pencegahan sebagai fungsi program pencegahan buli ini. Ia lebih baik dilaksanakan pada peringkat awal. Selain itu, Orientasi Perkembangan diberikan kepada setiap murid yang normal itu adalah berhak diberikan bimbingan bagi perkembangan dirinya. Ia tidak berorientasikan krisis, tetapi lebih mengutamakan perkembangan potensi yang ada pada murid. Ia adalah satu perkhidmatan yang melibatkan kerjasama seluruh masyarakat sekolah. Secara tuntasnya aktiviti sebegini member keberkesanan kepada pelajar dari melibatkan diri dalam gejala sosial.

5.4 Peranan KerajaanPihak Kementerian Pelajaran perlu merangka dan mewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti-buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah tersebut. Malahan, Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman globalisasi. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli . Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Seterusnya, pihak Kementerian Pendidikan harus menekankan Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dalam P&P. Melalui pendidikan ini, para pelajar mulai sedar akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu. Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain. Contohya,mengadakan kempen seperti ANTI BULI, ceramah dan sebagainya.

6.0 PenutupPengurusan disiplin murid adalah satu tugas yang paling mencabar dan penting dalam sesebuah sekolah. Kebolehan menangani salah laku murid dengan cekap dan berkesan dengan meletakkannya pada tahap yang minimum dapat dianggap sebagai prasyarat bagi menghasilkan masyarakat yang madani. Walaupun nisbah kejadian buli adalah sangat kecil tetapi ia perlu dibendung dari awal dapat memacu pembangunan negara. Dengan ini, segala aspirasi Negara untuk menghasilkan modal insan kelas pertama dapat dicapai dengan mudah oleh kerajaan. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan status haruslah mengorak langkah untuk bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.