TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

13
TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF konsep tingkahlaku bermasalah jenis disruptif. Perkara yang paling asas ialah perlakuan yang bermasalah mestilah berbeza dengan perlakuan yang tidak bermasalah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif ialah tingkah laku distruktif, disruptif dan bergantung. Dalam kertas kerja ini, lebih berfokus kepada tingkah laku bermasalah jenis disruptif. Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku disruptif? Tingkah laku bermasalah disruptif didefinasikan kepada sebarang tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku jenis ini juga bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan murid lain. Ini terjadi murid yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan kesannya.

Transcript of TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

Page 1: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

konsep tingkahlaku bermasalah jenis disruptif.

Perkara yang paling asas ialah perlakuan yang bermasalah mestilah

berbeza dengan perlakuan yang tidak bermasalah. Tingkah laku bermasalah

boleh berupa positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif ialah tingkah

laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku

bermasalah negatif ialah tingkah laku distruktif, disruptif dan bergantung. Dalam

kertas kerja ini, lebih berfokus kepada tingkah laku bermasalah jenis disruptif.

Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku disruptif?

Tingkah laku bermasalah disruptif didefinasikan kepada sebarang tingkah

laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, tingkah laku jenis ini juga bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga

membahayakan murid lain. Ini terjadi murid yang hiperaktif sering bertindak

tanpa memikirkan kesannya.

Menurut The Mental Health Association of Westchester (2001), tingkah laku

disruptif ialah:

“ Disruptive Behavior Disorders involve consistent patterns of behaviors

that “break the rules.” Young people of all ages break some rules, especially less

important ones. More serious oppositional behavior is a normal part of childhood

for children two and three years old and for young teenagers. At other times,

Page 2: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

when young people are routinely very, very oppositional and defiant of authority,

a mental health disorder may be identified.”

Kenyataan diatas ini lebih berfokuskan kepada tingkah laku murid yang

melanggar undang-undang. Tetapi kebanyakkan kesalahan yang dilakukan tidak

begitu serius.

Antara jenis-jenis tingkah laku disruptif ialah:

a. membuat bising

b. bersembang dan bergerak sesuka hati

c. nakal

d. agresif

e. ketawa dengan kuat

f. tidur di dalam kelas

g. mengeluarkan kata-kata yang tidak elok

Penyebab terjadinya tingkah laku bermasalah disruptif ini mengikut kajian ‘The

Mental Health Association of Westchester’ ialah disebabkan faktor biologikal dan

persekitaran. Antaranya ialah kurang berat badan masa dilahirkan, kerosakan

neurologi, terpisah daripada ibu bapa, gangguan fizikal dan seksual dan tinggal

di dalam keluarga yang bermasalah.

Page 3: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAHLAKU

Situasi Pertama

Shamsul seorang pelajar yang suka membuat bising dia selalu

mengganggu pelajar lain ketika cikgu Halimah mengajar.

Peneguhan

Teknik modifikasi adalah pendekatan yang sistematik untuk mengubah

tingkahlaku melalui aplikasi prinsip pelaziman. Terdapat beberapa teknik yang

sesuai untuk digunakan oleh cikgu Halimah sebagai penyelesaian masalah

tingkahlaku distruptif yang dihadapinya.di antaranya ialah peneguhan iaitu suatu

proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif untuk

mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkahlaku operan yang dihasilkan.

Peneguhan positif ialah ransangan penting menambahkan keberangkalian gerak

balas pelajar iaitu memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.

Dengan ini, cikgu Halimah boleh menggunakan teknik ini untuk mengatasi

masalah tersebut,sebagai contoh cikgu Halimah memberi tugasan kepada

shamsul dan menlaksanakan tugasan tersebut lantas cikgu Halimah.

Peneguhan negatif pula ialah diberi untuk membawa kesan yang tidak

menyeronokkan akan mengulangi tingkahlaku operan yang diingini.sesuatu

kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara

Page 4: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu

dapat dikukuh dan dikekalkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa

keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa

kesakitan. Kadangkala peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapat

tingkah laku diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar

tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

Kaedah pengajaran

Kaedah yang harus digunakan oleh Cikgu Halimah ialah kaedah penyelesaian

masalah dengan membuat aktiviti-aktiviti melibatkan masalah berbentuk

perkataan, masalah bukan mekanis,teka-teki, dan kemahiran matematik. Ini akan

menarik pelajar tersebut supaya melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Selepas

selesai melaksanakan tugasan tersebut Cikgu Halimah hendaklah memuji

pelajar terbabit supaya pelajar rasa dihargai.

Page 5: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

Situasi Kedua

Faizul seorang pelajar yang suka bersembang dan bergerak sesuka hati

dengan pelajar yang lain ketika Cikgu Halimah menjalankan aktiviti pengajaran.

Reverse Psychologi

Teknik modifikasi reverse psychology juga boleh digunakan untuk

membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu dengan menggunakan psikologi

untuk modifikasi tingkahlaku negatif kepada yang positif. teknik ini memerlukan

kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal

pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse

psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan

memupuk sikap positif demi membentuk tingkahlaku yang diingini. Ia dapat

membentuk tingkahlaku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi, dan sosial.

Contoh tindakan menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkahlaku negatif

kepada posititf ialah “cikgu rasa kamu tidak boleh menyiapkan tugasan ini dalam

masa 30 minit,” bagi murid yang suka bertanding, mereka akan berusaha untuk

membuktikan bahawa guru itu salah. Cikgu Halimah harus menggunakan teknik

ini untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaedah Pengajaran

Kaedah yang harus digunakan oleh Cikgu Halimah ialah pemudahcaraan

iaitu menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan

lancar. Cikgu Halimah hendaklah berjaya memotivasikan pelajar bersedia

Page 6: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar.

Cikgu Halimah hendaklah cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan

lisan,teknik menyoal serta mempunyai bakat untuk memotivasikan dan psikologi.

Cikgu Halimah boleh menjalankan aktiviti kumpulan, seperti perbincangan,forum

dan sumbangsaran.

Situasi Ketiga

Jamal seorang pelajar yang berkelakuan nakal suka mengganggu pelajar

perempuan. Walaupun ketika cikgu Halimah mengajar. Ini membuatkan pelajar-

pelajar lain sukar untuk mengikuti pengajaran Cikgu Halimah

Denda

Teknik modifikasi denda ialah teknik yang digunakan untuk menghentikan

sesuatu tingkahlaku tidak diingini. Cikgu Halimah boleh menggunakan teknik

denda iaitu mengenakan hukuman ke atas pelajar yang berkelakuan yang tidak

senonoh dan mengganggu pelajar lain. Jika hukuman dikenakan,ini dapat

menghentikan perkara yang tidak diingini berlaku.ia juga dapat menginsafkan

pelajar terhadap apa yang dilakukannya.Lantas sebagai pengajaran kepada

pelajar supaya tidak mengulangi kelakuan tersebut.

Kaedah Pengajaran

Kaedah yang boleh digunakan Cikgu Halimah ialah kaedah bercerita yang

membolahkan guru menyampaikan isi pelajarannya. Kaedah ini dapat menarik

perhatian pelajar supaya menumpukan isi pelajaran dengan cerita-cerita yang

Page 7: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

menarik. Sebagai contoh,guru mewujudkan situasi iaitu seekor buaya yang ingin

membaham Sang kancil maka guru tersebut boleh meceritakan bagaimana jalan

cerita yang ingin diceritakan dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni yang boleh

diikut dan membuat rumusan iaitu moral daripada cerita tersebut. Kaedah ini

dapat membantu menangani masalah tingkah laku bermasalah.

Situasi Empat dan Kelima

Ahmad dan Jali adalah pelajar yang agresif secara lisan mahupun fizikal

dan suka ketawa kuat Ketika pengajaran dijalankan.

Shaping

Cikgu Halimah juga digalakkan menggunakan teknik modifikasi shaping

juga boleh digunakan untuk mengatasi tingkahlaku bermasalah ini. Ia boleh

digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah

laku yang diingini.teknik shaping merupakan proses pembentukan tingkahlaku

yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat

kepada tindak balas yang diharapkan. Sebagai contoh “seorang pelajar yang

sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perlakuan rakan sebaya

memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain

ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus

berjenaka dalam kelas.

Selain itu, Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak

juga merupakan salah satu cara berkesan untuk memodifikasikan tingkahlaku

Page 8: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

negatif kepada positif iaitu menandatangani kontrak secara formal di hadapan

orang yang disanjungi, misalnya Guru Besar. Guru Besar akan menyakinkan

murid yang berkenaan bahawa dia akan memandang serius terhadap tindakan

yang dijanjikan.

Kaedah Pengajaran

Cikgu Halimah boleh menggunakan Teknik belajar sambil bermain.

Kaedah ini berkesan untuk proses pengajaran untuk pelajar yang tingkahlaku

agresif. Aktiviti permainan biasanya memberi peluang kepada kanak-kanak

megembangkan potensi intelek,jasmani, rohani dan sosial. Aktiviti permainan

biasanya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Contoh-contoh permainan ialah teka-teki, lakonan mengikut cerita atau peristiwa

yang telah dibaca atau didengar,mencari benda yang tersembunyi dalam gambar

dan sebagainya.

Refleksi

Impak daripada pengajaran yang telah dibuat,kami merasakan tindakan

yang dilakukan mempunyai kekurangan dan kekuatan. Kekurangan yang

dirasakan ialah pelajar tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Kami juga

merasakan adakah set induksi yang beliau gunakan sesuai atau tidak. Kami

merasakan Tindakan denda yang dikenakan ke atas palajar yang berkenaan

tidak memberi impak kepada pelajar terbabit akan tetapi ia dapat membantu bagi

mengawal kelas daripada diganggu oleh pelajar bermasalah terbabit. Kekuatan

Page 9: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

yang dirasakan oleh kami ialah teknik dan kaedah yang digunakan telah berjaya

menarik perhatian pelajar daripada melakukan perbuatan yang tidak berfaedah

seperti mengganggu pelajar, membuat bising, dan sebagainya. Daripada apa

yang telah difikirkan, cikgu Halimah harus memikirkan cara untuk memperbaiki

dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih

berkesan pada masa hadapan.

Page 10: TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

Rujukan

1. Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin (1998) Psikologi Pendidikan,

pertumbuhan dan perkembangan.Selangor: Longman Malaysia

Sdn. Bhd

2. Mok soon Sang (2007), Nota Pengurusan Pengajaran-Pembejaran,

Multimedia-Es Resources Sdn Bhd, Puchong, Selangor.

3. http://www.mhawestchester.org/diagnosechild/cadhd.asp