TINGKATAN ENAM (6) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA · PDF fileKelulusan rayuan adalah tertakluk...

2
RAYUAAN PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN ENAM (6) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM/ SABK ) & MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ (MITS ) NEGERI SELANGOR TAHUN 2017

Transcript of TINGKATAN ENAM (6) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA · PDF fileKelulusan rayuan adalah tertakluk...

Page 1: TINGKATAN ENAM (6) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA · PDF fileKelulusan rayuan adalah tertakluk kepada pencapaian terbaik murid dalam peperiksaan SMA dan kekosongan tempat di sekolah yang

RAYUAAN PENEMPATAN MURID KE

TINGKATAN ENAM (6)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM/ SABK ) &

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ (MITS )

NEGERI SELANGOR TAHUN 2017

Page 2: TINGKATAN ENAM (6) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA · PDF fileKelulusan rayuan adalah tertakluk kepada pencapaian terbaik murid dalam peperiksaan SMA dan kekosongan tempat di sekolah yang

MAKLUMAN KEPADA CALON YANG MEMBUAT RAYUAN ;

1. Rayuan hanya diterima daripada calon yang telah membuat permohonan Tingkatan Enam (6) STAM di SAM/ SABK Negeri Selangor tetapi tidak mendapat tawaran. Murid yang tidak membuat permohonan Tingkatan 6 STAM, rayuannya tidak akan diproses.

2. Keutamaan adalah diberikan kepada murid lepasan SAM/ SABK dan MITS Negeri Selangor.

3. Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada pencapaian terbaik murid dalam peperiksaan SMA dan kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.

4. Rayuan hendaklah diserah sebelum atau pada 15 DISEMBER 2016.

5. Borang permohonan mestilah lengkap. Jabatan berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang diberi tidak benar.

6. Jabatan hanya meluluskan permohonan dan menawarkan tempat belajar sahaja. Tawaran tidak termasuk pengurusan tempat tinggal atau asrama.

7. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan selepas bulan Januari 2017.

CARA MEMOHON ; a. Sila layari https://goo.gl/forms/abuRQR9Pp1 mulai 01 NOVEMBER – 15 DISEMBER

2016 b. Sila baca dan ikut arahan yang dipaparkan. c. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 DISEMBER 2016 (Khamis), Jam 12.00 mlm. d. Sebarang pertanyaan, Sila hubungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah

(UPI, PAID). e. Status permohonan boleh disemak di http://www.jais.gov.my selepas 16 JANUARI

2017.

Nota ;

Pemilihan dibuat berdasarkan kepada permohonan yang memenuhi syarat .

Calon dipilih berdasarkan pencapaian terbaik/ tertinggi dalam peperiksaan SMA dan memenuhi keperluan penempatan di sekolah yang dipohon.

Rayuan yang dibuat untuk pertukaran Tingkatan 6 STAM ke SAM lain adalah tidak dipertimbangkan/ tidak diproses.