TINJAUAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · 2.2 Fungsi Kerja Amali 14 ... PTV - Pendidikan Teknik...
Embed Size (px)
Transcript of TINJAUAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · 2.2 Fungsi Kerja Amali 14 ... PTV - Pendidikan Teknik...
-
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN
KERJA AMALI DI BENGKEL BAGI PELAJAR PEREMPUAN
ALIRAN VOKASIONAL DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DI NEGERI SELANGOR.
MOHD HAZRILIZAM BIN MOHD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA AMALI DI
BENGKEL BAGI PELAJAR PEREMPUAN ALIRAN VOKASIONAL DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI SELANGOR
MOHD HAZRILIZAM BIN MOHD NOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
-
iii
DEDIKASI
Untuk abah dan emak tersayang,
En Mohd Nor Umar dan Pn Sapiah Ahmad
Terima kasih di atas pengorbanan, didikan dan kasih
sayang kalian. Semoga kehidupan kalian diberkatiNya.
Dan
Adik-adik yang dikasihi
Zuhair, Zuhairi, Zakwan, Siti Wardah dan Siti Wafiqah
-
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya Laporan Projek
Sarjana Muda ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda
Rasulullah s.a.w, keluarga, sahabat serta pejuang Islam seluruhnya.
Pertama sekali penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, En Azlan bin Abdul Latib di atas bimbingan yang telah diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau
segala kerumitan dapat diatasi.
Kerjasama daripada pelajar-pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah-
sekolah menengah teknik di Negeri Selangor amatlah dihargai.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat baik secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menghulur bantuan untuk menjayakan projek sarjana
muda ini.
Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja amali bagi pelajar perempuan vokasional di bengkel. Kajian ini adalah
berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal
selidik yang diedarkan kepada 52 orang pelajar perempuan aliran vokasional dari 4 buah
SMT di Negeri Selangor. Skala Likert telah digunakan untuk mengukur jawapan
responden. Data-data mentah telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi
14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian mendapati
faktor keadaan kerja amali, faktor hubungan dengan rakan sekelas, faktor persekitaran
bengkel dan faktor bimbingan guru berada di tahap yang tinggi. Tahap kepuasan kerja
amali yang baik akan memberikan faedah kepada para pelajar vokasional supaya
terampil dalam kerja amali. Justeru itu, pihak guru dan sekolah berperanan memastikan
agar kepuasan kerja amali para pelajar ini dipenuhi.
-
vi
ABSTRACT
The reason of this research was carried out factors that affects practical work
satisfaction among vocational female student in the workshop. This study was
descriptive in nature. Instrument used in this research is in questionnaire form that were
distributed among 52 vocational female students from 4 technical schools in Selangor.
Likert scale was used to evaluate the respondents answers. The raw data were analyzed
using SPSS version 14.0 to get the frequency, mean and percentage. The result from this
research showed that practical work condition factor, relationship with classmates factor,
workshop environment factor and teachers teaching factor is in high level. High level of
practical work satisfaction can give benefit for vocational students to motivate them to
competence in practical work. Therefore, teachers and schools must make sure that the
practical work satisfaction for this students are being fulfill.
-
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
HALAMAN PENGESAHAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
-
viii
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 10
1.8.1 Kepuasan 10
1.8.2 Kerja Amali 11
1.8.3 Bengkel 12
1.8.4 Aliran Vokasional 12
1.8.5 Sekolah Menengah Teknik 13
1.8.6 Persekitaran Bengkel 13
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Fungsi Kerja Amali 14
2.3 Jenis-Jenis Teori Motivasi Dan Kepuasan Kerja 15
2.3.1 Teori Kandungan 15
2.3.1.1 Teori Hierarki keperluan 16
2.3.1.2 Teori Jangkaan, hubungan dan
Pertumbuhan 17
2.3.1.3 Teori Dua Faktor 18
2.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja
Amali. 19
2.4.1 Persekitaran Bengkel. 19
2.4.2 Rakan Sekelas. 20
2.4.3 Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Guru Di
-
ix
Bengkel. 21
2.4.4 Keadaan Kerja Amali . 21
2.5 Pengukuran Kepuasan Kerja 22
2.6 Kajian-Kajian Lepas Tentang Kepuasan Kerja 23
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka bentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.4.1 Bahagian A 28
3.4.2 Bahagian B 28
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Prosedur Kajian 30
3.8 Analisis Data 31
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut
Sekolah 35
-
x
4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut
Bangsa 36
4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut
Kursus 36
4.3 Analisis Data Bahagian B 37
4.3.1 Analisis Item Mengikut Persoalan Kajian 1 37
4.3.2 Analisis Item Mengikut Persoalan Kajian 2 40
4.3.3 Analisis Item Mengikut Persoalan Kajian 3 42
4.3.4 Analisis Item Mengikut Persoalan Kajian 4 46
4.3.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 48
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan 51
5.3 Perbincangan 54
5.4 Cadangan 59
5.4.1 Pelajar 60
5.4.2 Guru 61
5.4.3 Organisasi Bengkel 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.6 Penutup 63
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
RUJUKAN 64
LAMPIRAN A - C 69
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pengagihan Guna Tenaga Mengikut Pekerjaan Dan
Gender, 1995 Dan 2000 4
1.2 Senarai Kerja Amali Mengikut Kursus Vokasional 11
3.1 Bilangan Pelajar Perempuan Aliran Vokasional di Negeri
Selangor 27
3.2 Senarai Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 28
3.3 Skala Likert 29
3.4 Skala Pemeringkatan 5 Mata Kepada 3 Mata 31
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 32
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 35
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 36
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 37
4.4 Analisis Responden Terhadap Faktor Keadaan Kerja Amali 38
4.5 Analisis Responden Terhadap Faktor Rakan Sekelas 41
4.6 Analisis Responden Terhadap Faktor Persekitaran Bengkel 43
4.7 Analisis Responden Terhadap Faktor Bimbingan Guru Di
Bengkel 46
4.8 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 49
-
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
5.1 Turutan faktor-faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja amali 59
-
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 68
B Surat Akuan Soal Selidik 1 72
C Surat Akuan Soal Selidik 2 73
D Surat Akaun Pelajar Fakulti Pendidikan 74
-
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPNS - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
-
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di negara kita telah menempuhi pelbagai bentuk perubahan sejak
kemerdekaan. Begitu jugalah dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang
turut mengalami perubahan seperti kenaikan taraf sekolah menengah vokasional ke
sekolah menengah teknik. Perubahan ini membolehkan PTV berkembang bagi
melahirkan bakal teknokrat dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian, sekali gus negara maju.
PTV diwujudkan dengan tujuan menyediakan pelajar-pelajar untuk menceburi
pekerjaan di dalam bidang kejuruteraan. Ia juga adalah merupakan satu langkah untuk
menyokong dan mempergiatkan lagi usaha kerajaan memajukan bidang ekonomi dan
perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Laporan Jawatankuasa
Kabinet : Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979). Pendidikan yang mencukupi
perlu diberikan kepada golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia
yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang kejuruteraan. Apabila menyentuh tentang
pendidikan, ia pastilah melibatkan jantina para pelajar iaitu lelaki dan perempuan.
-
2
Aishah (1998) berpendapat, anggapan ibu bapa di mana orang perempuan tidak
perlu pandai, tetapi hanya layak menjadi isteri, menjaga anak dan menjadi suri rumah
hingga akhir hayatnya adalah pendapat yang tidak bersesuaian lagi pada zaman
sekarang. Beliau berpendapat bahawa golongan wanita turut memainkan peranan yang
penting untuk menyumbang dalam pembangunan negara.
Penghayatan dan perlaksanaan Islam tidak menghalang wanita daripada
mengambil bahagian dalam pembangunan negara kerana peranan wanita turut
diperlukan oleh masyarakat dan negara. Ruhana (1999) berpendapat, wanita sangat
diperlukan dalam apa jua bidang, kerana itu Al-Quran menjelaskan tidak ada kurangnya
antara wanita dengan lelaki di sisi Allah SWT, yang membezakan kedua-duanya adalah
ketakwaan masing-masing. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa tiada halangan dari
segi agama Islam bagi golongan wanita untuk menyumbangkan tenaga ke arah
pembangunan negara, sama seperti golongan lelaki.
Perkembangan industri semasa memerlukan guna tenaga manusia yang banyak
daripada golongan lelaki dan wanita. Manakala bidang teknik dan vokasional pula
merupakan suatu bidang yang memberi cabaran hebat kepada kaum wanita dan ini
memerlukan kebolehan yang berkaitan dengan faktor kreativiti, minat, penyesuaian diri,
sikap bekerja dan disiplin (Ahmad Mahzan, 1993). Justeru itu adalah menjadi harapan
negara khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar pelaksanaan mata
pelajaran-mata pelajaran amali dapat dibekalkan bukan sahaja pelajar lelaki, bahkan
kepada pelajar perempuan dengan pengetahuan dan kemahiran praktis dalam bidang
teknologi. Pengetahuan dan kemahiran praktis yang dibekalkan ini perlu untuk
melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran.
-
3
1.2 Latar belakang Masalah
Bidang teknik dan vokasional merupakan suatu bidang yang memberi cabaran
hebat kepada wanita. Ia merupakan suatu cabaran terhadap tugas dan peranan wanita
yang menguji kebolehan dan ketabahan wanita dalam menangani pekerjaannya.
Namun begitu, terdapat beberapa tanggapan yang negatif terhadap pembabitan
wanita dalam bidang teknikal ini. Tanggapan ini mewujudkan persepsi kepada ciri-ciri
kewanitaan yang dianggap tidak selari dengan kehendak bidang teknikal ini. Sifat wanita
seperti patuh dan sensitif sering dianggap lemah berbanding dengan sifat lelaki yang
dominan, tegas dan agresif. Turner dalam Feldman (1974) berpendapat bahawa wanita
adalah kurang berazam berbanding lelaki. Ini membawa maksud bahawa wanita tidak
bercita-cita tinggi dan mudah berpuas hati dengan apa yang telah ada berbanding dengan
lelaki. Kaum wanita kurang kekuatan fizikalnya berbanding dengan kaum lelaki. Justeru
itu kebanyakan pekerja wanita sering didiskriminasikan dalam melaksanakan kerja di
bidang teknikal atau kejuruteraan dan keadaan ini berlaku di negara kita. Bagi mengatasi
masalah ini, kaum wanita perlu bersama-sama merebut peluang dengan menimba
seberapa banyak ilmu teknikal seiring dengan kaum lelaki. Jika kaum wanita masih tidak
memulakannya, mereka akan terdedah kepada tanggapan prejudis yang bertitik tolak
daripada yang bersifat tradisional, batasan nilai, fizikal dan budaya.
Kesan daripada sikap prejudis inilah, sumbangan wanita terhadap pembangunan
jarang diakui (Zaiton, 1990). Seandainya kaum wanita dapat melatih diri dengan kerja
amali atau pun praktikal, sudah pasti majikan tidak teragak-agak untuk mengambil
mereka bekerja dalam bidang kejuruteraan. Wanita tidak boleh menjadikan alasan sifat
lemah lembut mereka sebagai penghalang daripada berjaya sekiranya mereka ingin
maju. Peluang wanita untuk mendapat pendidikan dan kerjaya di peringkat yang
profesional terbuka luas di negara ini di mana wanita mendapat hak yang sama rata
dengan kaum lelaki berbanding dengan beberapa negara membangun yang lain.
-
4
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh yang berlangsung dari tahun 1996
sehingga tahun 2000, wanita terus memberi sumbangan yang ketara dalam berbagai-
bagai bidang pembangunan negara melalui penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi.
Peningkatan ini telah dapat dicapai melalui pelaksanaan berterusan Dasar Wanita
Negara dan Pelan Tindakan bagi Kemajuan Wanita yang mengandungi pelaksanaan
program latihan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran terhadap gender
(Rancangan Malaysia Kelapan : Wanita Dan Pembangunan, 2001). Dalam tempoh ini,
struktur pekerjaan telah berubah dengan lebih ramai wanita menceburi bidang pekerjaan
yang berpendapatan lebih tinggi. Bahagian wanita dalam kategori pekerjaan profesional
dan teknikal telah meningkat daripada 12.7 % pada tahun 1995 kepada 13.5 % pada
tahun 2000 (rujuk Jadual 1.1). Ini jelas menunjukkan penyertaan wanita yang semakin
menggalakkan di dalam bidang profesional dan teknikal.
Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT yang mempunyai sifat-
sifat yang istimewa berbanding haiwan. Namun begitu, manusia juga sebagai individu
yang kompleks dari segi psikologinya. Ia mempunyai perasaan yang perlu dipuaskan
sama ada keperluan intrinsik atau keperluan ekstrinsik. Malahan pakar-pakar psikologi
manusia juga sependapat dalam hal ini. Maslow (1970) telah menyenaraikan keperluan
manusia kepada dua bahagian, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.
Keperluan intrinsik (psikologi) adalah berkaitan dengan penyempurnaan keperluan
untuk perkembangan diri dan penyempurnaan diri. Antara keperluan intrinsik ini adalah
kasih sayang, rasa dihargai dan harga diri. Sementara keperluan ekstrinsik pula adalah
keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk manusia hidup. Keperluan ini berkaitan
dengan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.
-
5
Jadual 1.1 : Pengagihan Guna Tenaga Mengikut Pekerjaan Dan Gender,
1995 Dan 2000
1995 2000
Kategori Pekerjaan Lelaki %
Perempuan
%
Lelaki
%
Perempuan
%
Pekerja Profesional Teknikal &
Pengurusan
8.4 12.7 8.9 13.5
Pekerja Pentadbiran &
Pengurusan
3.9 1.8 4.7 2.2
Pekerja Perkeranian & Berkaitan
7.5 17.5 7.1 17.5
Pekerja Jualan & Berkaitan
10.5 11.6 11.1 12.1
Pekerja Perkhidmatan
9.4 14.4 9.5 17.4
Pekerja Pertanian
21.9 16.6 20.4 14.8
Pekerja Pengeluaran &
Berkaitan
38.3 25.4 38.4 22.6
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0
Kategori Pekerjaan
Sumber : Rancangan Malaysia Kelapan, 2001
Dalam konteks pekerjaan, kepuasan kerja amat diperlukan dan seandainya segala
keperluan dapat dipenuhi, individu akan berasa selesa dengan tugas yang diberi.
Menurut Herzberg (1974), seseorang individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang
maksimum jika pihak majikan dapat memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial,
maruah diri, status dan sebagainya. Beliau juga menggariskan faktor-faktor kepuasan
kerja dan ketidakpuasan di dalam pekerjaan. Pencapaian, pengukuhan, tanggungjawab,
kemajuan dan perkembangan merupakan faktor-faktor kepuasan kerja. Dasar
pentadbiran, penyeliaan, keadaan tempat kerja, gaji, hubungan rakan sekerja, kehidupan
-
6
personal, status dan keselamatan merupakan faktor-faktor ketidakpuasan di dalam
pekerjaan.
Pelbagai masalah akan timbul hasil daripada ketidakpuasan kerja di kalangan
para pekerja. Mahmood (1993), menegaskan bahawa sikap positif terhadap pekerjaan
akan membawa kepada peningkatan prestasi kerja, manakala ketidakpuasan kerja akan
menyebabkan merosotnya kualiti kerja yang mereka lakukan, ketidakhadiran kerja,
peralihan kerja dan mewujudkan suasana tegang di tempat kerja. Kepuasan kerja di
kalangan para pekerja amat penting kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja mereka.
Begitu juga dengan kerja amali yang dilakukan di bengkel sekolah. Kepuasan yang
dirasai semasa melakukan kerja amali akan mempengaruhi prestasi kerja amali pelajar.
Pembelajaran amali di sekolah menengah teknik adalah jauh berbeza dengan
pembelajaran akademik di Sekolah Menengah Akademik (SMA). Mata pelajaran amali
banyak melibatkan kemahiran psikomotor dan aplikasi teori secara hand on. Kemahiran
psikomotor ialah penggunaan koordinasi otot-otot dan pengawalan pergerakan anggota
tubuh badan melakukan sesuatu kerja yang digunakan semasa kerja amali adalah
berbeza dengan pembelajaran akademik di dalam kelas. Sebagai contoh, bagi pelajar
kursus Binaan Bangunan, mereka mesti mempelajari prinsip-prinsip ikatan, teknik-
teknik membancuh mortar, teknik-teknik menyusun dan mengikat bata.
Berpandukan kenyataan di atas pengkaji melihat, kerja amali yang dilakukan
oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah teknik aliran vokasional menuntut penglibatan
pelajar-pelajar yang lebih aktif dari segi penggunaan tenaga, fizikal dan mental.
Persoalan yang timbul ialah adakah tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti ini sesuai dilakukan
oleh pelajar perempuan. Apatah lagi untuk menghasilkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan sistematik. Bolehkah bidang vokasional ini yang
merupakan masculine field boleh memberi kepuasan kepada pelajar-pelajar perempuan?
Oleh itu, kajian tentang kepuasan kerja amali pelajar perempuan adalah perlu bagi
mendapat gambaran tentang penerimaan mereka terhadap aktiviti amali di bengkel.
-
7
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, pengkaji ingin
meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja amali bagi pelajar
perempuan aliran vokasional di sekolah menengah teknik di Negeri Selangor. Faktor-
faktor kepuasan kerja yang dikaji ialah keadaan kerja amali, hubungan dengan rakan
sekelas, persekitaran bengkel dan bimbingan guru di bengkel.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauh mana tahap kepuasan
kerja amali di bengkel bagi pelajar perempuan yang mengikuti kursus aliran vokasional
di sekolah menengah teknik di Negeri Selangor. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian
secara khususnya adalah seperti:
i. Mengenal pasti sama ada faktor keadaan kerja amali mempengaruhi kepuasan
kerja amali bagi pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah
teknik di Negeri Selangor.
ii. Mengenal pasti sama ada faktor hubungan rakan sekelas mempengaruhi
kepuasan kerja amali bagi pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah
menengah teknik di Negeri Selangor.
-
8
iii. Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran bengkel mempengaruhi kepuasan
kerja amali bagi pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah
teknik di Negeri Selangor.
iv. Mengenal pasti sama ada faktor bimbingan guru di bengkel mempengaruhi
kepuasan kerja amali pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah
teknik di Negeri Selangor.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mencari jawapan berpandukan kepada
persoalan kajian yang timbul iaitu :
i. Adakah faktor keadaan kerja amali mempengaruhi kepuasan kerja amali bagi
pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah teknik di Negeri
Selangor?
ii. Adakah faktor hubungan dengan rakan sekelas mempengaruhi kepuasan
kerja amali bagi pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah
teknik di Negeri Selangor?
iii. Adakah faktor persekitaran bengkel mempengaruhi kepuasan kerja amali
bagi pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah teknik di
Negeri Selangor?
-
9
iv. Adakah faktor bimbingan guru di bengkel, mempengaruhi kepuasan kerja
amali pelajar perempuan aliran vokasional di sekolah menengah teknik di
Negeri Selangor?
1.6 Kepentingan Kajian
Daripada dapatan, kajian ini amat berguna untuk :
i. membantu pelajar perempuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kepuasan kerja amali mereka di bengkel;
ii. membantu guru mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran amali kepada pelajar
perempuan sama ada dari segi bimbingan dan dorongan dan sebagainya supaya
mereka puas dengan pembelajaran amali dan menguasai kemahiran kerja amali
dengan baik;
iii. membantu pihak sekolah menyediakan persekitaran bengkel yang sesuai dan
selesa untuk pelajar perempuan; dan
iv. membantu pihak KPM menentukan sama ada sukatan pelajaran kerja amali yang
ada sekarang adalah sesuai untuk pelajar perempuan aliran vokasional.