Tinjauan literasi

7
De Vries (1974), seorang pakar psikologi senam yang terkemuka menyatakan pendapatnya bahawa memanaskan badan yang menyebabkan penambahan suhu darah dan otot-otot boleh meningkatkan prestasi kerana :- i. Otot-otot akan mengecut dan mengendur dengan lebih pantas. ii. Penurunan rintangan kelikatan ( viscosity ) dalam otot-otot meninggikan efisiensi. iii. Hemoglobin dapat menyerahkan lebih banyak oksigen pada suhu yang tinggi dan daat menguraikannya dengan lebih mudah dan pantas. iv. Myoglobin juga menunjukkan kesan-kesan yang sama seperti hemoglobin pada suhu yang tinggi. v. Kadar proses metabolisma bertambah semakin suhu bertambah, dan vi. Rintangan dasar-dasar vaskular berkurangan dengan sebarang kenaikan suhu. Singer(1977) juga menegaskan bahawa ada kemungkinan besar memanaskan badan akan meletakkan seseorang dalam suatu keadaan persediaan dari segi psikologi untuk menghadapi sesuatu cabaran. Beliau juga mengatakan bahawa memanaskan badan mungkin dapat membantu seseorang melepaskan ketegangan serta memberi lebih keyakinan kepadanya. Jensen (1965), mempercayai bahawa memanaskan badan dengan melakukan kemahiran-kemahiran yang khusus dalam sesuatu aktiviti akan daat mempertajamkan koordinasi serta timing si pelau itu. Akan tetapi beliau tidak dapat memastikan setakat mana pencapaian darjah seseorang itu dapat mempertajamkan sesuatu kemahiran itu. Rujukan : Jensen, C.R. and Morgnegg, B. (1965). Comparison of Methods og worm-up on Gymnastic Performance. Unpublished study, Provo., Utah: Brigham Young University. De Vries (1966) mengatakan bahawa memanaskan badan dapat memperbaiki pergerakan-pergerakan yang terlibat dengan semua aktiviti itu. Beliau berpendapat bahawa jika suhu abdan ( core temperature ) yang optimum boleh dicapai melalui jenis memanaskan badan yang berkaitan, makan jenis memanaskan badan ini harus diberi keutamaan kerana ia berupaya memberi kesan-kesan positif terhadap koordinasi dan timing ke atas kemahiran- kemahiran yang mempunyai kaitan dengan sesuatu aktiviti itu. Rujukan : De Vries, H. (1966) Physiology of Exercise. 1 Edition, Wm. C. Brown Co.Pub., Dubuque, Iowa.

Transcript of Tinjauan literasi

Page 1: Tinjauan literasi

De Vries (1974), seorang pakar psikologi senam yang terkemuka menyatakan pendapatnya bahawa memanaskan badan yang menyebabkan penambahan suhu darah dan otot-otot boleh meningkatkan prestasi kerana :-

i. Otot-otot akan mengecut dan mengendur dengan lebih pantas.ii. Penurunan rintangan kelikatan (‘viscosity’) dalam otot-otot meninggikan efisiensi.

iii. Hemoglobin dapat menyerahkan lebih banyak oksigen pada suhu yang tinggi dan daat menguraikannya dengan lebih mudah dan pantas.

iv. Myoglobin juga menunjukkan kesan-kesan yang sama seperti hemoglobin pada suhu yang tinggi.

v. Kadar proses metabolisma bertambah semakin suhu bertambah, danvi. Rintangan dasar-dasar vaskular berkurangan dengan sebarang kenaikan suhu.

Singer(1977) juga menegaskan bahawa ada kemungkinan besar memanaskan badan akan meletakkan seseorang dalam suatu keadaan persediaan dari segi psikologi untuk menghadapi sesuatu cabaran. Beliau juga mengatakan bahawa memanaskan badan mungkin dapat membantu seseorang melepaskan ketegangan serta memberi lebih keyakinan kepadanya.

Jensen (1965), mempercayai bahawa memanaskan badan dengan melakukan kemahiran-kemahiran yang khusus dalam sesuatu aktiviti akan daat mempertajamkan koordinasi serta ‘timing’ si pelau itu. Akan tetapi beliau tidak dapat memastikan setakat mana pencapaian darjah seseorang itu dapat mempertajamkan sesuatu kemahiran itu.

Rujukan : Jensen, C.R. and Morgnegg, B. (1965). Comparison of Methods og worm-up on Gymnastic Performance. Unpublished study, Provo., Utah: Brigham Young University.

De Vries (1966) mengatakan bahawa memanaskan badan dapat memperbaiki pergerakan-pergerakan yang terlibat dengan semua aktiviti itu. Beliau berpendapat bahawa jika suhu abdan (‘core temperature’) yang optimum boleh dicapai melalui jenis memanaskan badan yang berkaitan, makan jenis memanaskan badan ini harus diberi keutamaan kerana ia berupaya memberi kesan-kesan positif terhadap koordinasi dan ‘timing’ ke atas kemahiran-kemahiran yang mempunyai kaitan dengan sesuatu aktiviti itu.

Rujukan : De Vries, H. (1966) Physiology of Exercise. 1 Edition, Wm. C. Brown Co.Pub., Dubuque, Iowa.

Page 2: Tinjauan literasi

Unitas dan Dintiman (1979), dalam buku “ IMPROVE HEALTH AND PERFORMANCE IN THE ATHLETE”’ mengatakan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memanaskan badan berkaitan adalah paling berkesan untuk aktiviti-aktiviti ketepatan seperti menjaring dan pukulan.

Thompson (1958), telah membuat satu kajian ke atas 20 orang pemain bola keranjang di Pennsylvania State Universiti, Amerika Syarikat, unutk menentukan sama ada memanaskan badan memberi faedah kepada jaringan layang. Hasil kajiannya, menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi faedah yang ketara kepada jaringan layang.

Thompson (1958), mendapati bahawa memanaskan badan meninggikan ketepatan dalam permainan ‘bowling’.

Bakker (1968), mendapati bahwa memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap prestasi melakukan servis dalam bola tampar dari segi ketepatan dan halaju.

Sebaliknya, Hodgkin (1957) dalam kajiannya ke atas membaling bola dalam ‘american football’ menunjukkan bahawa memanaskan badan tidak memberi kesan dari segi ketepatan balingan.

Jensen dan morgenegg (1965), mendapati bahawa memanaskan badan boleh meningkatkan prestasi gimnastik.

Van Hus (1968), dalam kajiannya mengenai memanaskan badan ke atas prestasi membaling bola ‘baseball’ menunjukkan bahawa memanaskan badan memperbaiki halaju balingan tetapi kesannya terhadap ketepatan balingan tidak ketara.

Frank (1972), telah membuat satu tinjauan kajian-kajian yang meneluruh mengenai memanaskan badan dan beliau merumuskan bahawa :-

i. Lima puluh tiga peratus telah menunjukkan bahwa memanaskan badan adalah lebih baik dari segi prestasi daripada tanpa memanaskan badan.

ii. Tujuh peratus kajian menunjukkan bahawa tanpa memanaskan badan adalah lebih baik daripada selepas memanaskan badan.

iii. Empat puluh peratus kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara memanaskan badan dan tanpa memanaskan badan.

Seterusnya Frank membuat satu kesimpulan bahawa, persoalan yang logik bukan sama ada badan itu berfaedah atau tidak, bahkan apakah jenis memanaskan badan yang boleh memberi faedah kepada sesuatu lakuan dan seseorang pelaku yang berbeza.

Page 3: Tinjauan literasi

Biblio : Frank, B. Don, In Morgan, Wilia, P. (1972). Physical warm-up, editor: Ergogenic Aids and muscular Performance, New York : Academic Press.

Rasch dan Burke (1977), berpendapat bahawa memanaskan badan secara berkaitan memang berfaedah untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan koordinasi dan faktor-faktor pembelajaran jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang sebahagian besarnya terlibat dengan fungsi-fungsi fisiologi sahaja. Mengikut mereka berdua, hasil-hasil yang berfaedah ini mungkin dapat diterangkan dari segi :-

i. Pembelajaran, di mana memanaskan badan secara berkaitan dapat meningkatkan keputusan dalam latihan mahupun di dalam permainan.

ii. Kelicinan perjalanan saraf (‘neural facilitation”), atau kecenderunagan untuk mengurang ampang sinaptik (sinaps) selepas beberapa rangsangan yang mencukupi intensitinya melintasi (neuromuscular juntion” yang berkenaan; dan

iii. Peluang unutk mengkaji semula isyarat-isyarat pancaindera sebelum melakukan pergerakan-pergerakan yang memerlukan koordinasi-koordinasi yang kompleks.

Rujukan : Rasch and Burke (1977). Kinesiology and Applied Anatomy. IEA and Febiger, Philadelphia.

Klafs dan Arneheim (1977), mengatakan bahawa jenis memanaskan badan yang menggunakan pergerakan-pergerakan yang berkaitan dengan semua aktiviti itu mungkin boleh memajukan koordinasi melalui perkembangan kesedaran kinestatik. Dengan demikian suatu pola saraf otot lakuan itu akan dibentuk dan ini akan memabntu seseorang si pelaku itu menentukan sama ada ia sudah bersedia melakukan sesuatu aktiviti.

Rujukan : Klafs, C.E., and Arnheim, D.D. (1977). Modern Principle of Athletic Training. C.V. Mosby, St. Louis.

Dalam persoalan mengenai jangkamasa memanaskan badan, Muido dan Hukada (1955), dlaam kajian mereka telah mengatakan bahawa kesan memanaskan badan dari segi perubahan suhu badan boleh dikekalkan selama 45 hingga 80 minit.

Rujukan : Muido, L. (1946). The influence of Body Temperature on Performance of Swimming. Acta Physiol. Scand.

Page 4: Tinjauan literasi

Hasil kajian Burke (1957), menunjukkan ahawa bagi seseorang atlit yang mempunyai daya fizikal yang tinggi, memanaskan badan boleh dijalankan selama 30 minit dengan beban yang berat. Akan tetapi beliau menegaskan bahawa kekuatan atau intensiti dan jangkamasa memanaskan badan itu mesti disesuaikan dengan keperluan individu. Beliau mengatakan biasanya tanda-tanda kenaikan suhu adlaah berpeluh.

Rujukan : Burke, R.K., (1957). Relationships between physical performance and warm-up procedures of varying Intensity and Duration. Doctoral Dissertation. Los Angeles : University of Southern California.

Klafs dan arnheim (1977), juga menyuarakan bahawa kesan memanaskan badan itu mungkin dapat dikekalkan selama 45 minit.

Rujukan Klafs, C.E., and Arnheim, D.D. (1977). Modern Principle of Athletic Training. C.V. Mosby, St. Louis.

Unitas dan Dintiman (1979), dalam buku “improve Health andd Performanca in the Athlete”’ menyatakan terdapat bukti-buti yang menunjukka bahawa memanaskan badan yang berkaitan adalah paling efektif untuk aktiviti-aktiviti ketepatan seperti menjaring.

Rujukan : Unitas, John and Dintiman, Geogre (1979). Improve Health and performance in the athlete., Prentice-Hall, New Jersey.

Kajian-kajian Filipponi (1951) dan Middlebrook (1966) telah menunjukkan bahawa memanaskan badan tidak memberi kesan yang bleh memperbaiki prestasi kelajuan dalam acara-acara renang 100 hingga 500 ela bagi gaya merangkak, lentang serta gaya bebas.

Rujukan : Filiponi, Mervyn L. (1951). The Effect of worm-up Upon Speed of Swimming 100 yards. Unpublished master’s thesis, Springfield College.

Middlebrooks, G.H. (1966). The Effect of warm-up Upon swimming performance Unpublished master’s thesis, Springfield College.

Page 5: Tinjauan literasi

Sebaliknya Blank (1955) da Simmonson (1963) melaporkan bahawa memanaskan badan secara keseluruhan mempunyai kesan positif terhadap kelajuan berlari dan De Vries (1959) telah mendapati bahawa memanaskan badan memperbaiki prestasi dalam renang 100 ela.

Rujukan : Blank, L.B. (1955). Effect of warm-up o speed. Athletic Journal.

Maka jelaslah bahawa data-data atau bukti kajian yang diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dibincangkan di atas adalah bertentangan serta tidak membawa keputusan yang tertentu. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada hasilan kajian lampau tersebut serta pendapat-pendapat yang telah ditinjau, kesimpulan-kesimpulan seperti berikut boleh didapati :-

Memanaskan badan terdiri daripada berbagai jenis dan cara.

Sesetengah hasil kajian yang lampau tentang memanaskan badan dan kesannya terhadap prestasi sukan adalah bertentangan.

Dalam kebanyakankes di mana memanaskan badan telah menunjukkan keberkesannannya, didapati memanaskan badan yang berkaitan adalag lebih berkesan ke atas pencapaian prestasi sukan berbanding dengan jenis memanaskan badan yang lain.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi kesan-kesan yang positif terhadap penyesuaian fisiologi.

Memanaskan badan juga memberi kesan yang berfaedah kepada lakuan motor yang melinatkan pergerakan-pergerakan yang kompleks serta tepat daripada melibatkan perlakuan-perlakuan kasar.

Prestasi lakuan motor boleh dipertingkatkan melalui memanaskan badan yang mungkin mempunyai pengaruh psikologi terhadapnya.

Bibliografi

Blanks, L.B. (1955). “Effects of worm-up on speed,” Athletic Journal, 10 : 45

Peter Yong Swee Onn. (1986). Coaching And Playing Badminton The Right Way. Selangor, Delta Publication Sdn.Bhd.

Clark, R.J.S.(1958).”The Duration of Sustenined Contractions of Human Forearm at Different Muscle Temperature.”J.Physiol. , 143 : 454.

Page 6: Tinjauan literasi

Bernard Adams. (1980). The Badminton Story. London. BAS Printers Ltd.

De Vries, (1959). “ Effect of Various Warm-up Procedures on 100 yard Times of Competetive Swimmers,”Research Quarterly, pg. 11-20

Garfoot, B.P., Modern Athlete And Coach ,March,1967.

Hodgkins, J.,” Effects if Warm-up on speed, strength and Accuracy,”Research Quaterly, 28:147, 1957.

Singer, R.N., Coaching, AthleticsAnd Psychology, Mc Graw-Hill Book Co. , New York, 1972.

Rash and Burke, (1977). Kinesiology anf Applied anatomy, LEA and Febiger, Philadelpia.

Page 7: Tinjauan literasi

De vries (1974), seorang pakar fisiologi senam yang terkemuka, mengutarakan pendapatnya bahawa badan yang menyebabkan penambahan suhu badan dan otot-otot boleh meningkatkan prestasi kerana :-

1) Otot-otot akan mengecut dengan lebih cekap kerana rintangan kepekatannya (viscous resistance) adalah lebih rendah.

2) Otot-otot akan mengecut dan mengendur lebih pantas.3) Hemoglobin akan melepaskan lebih banyak oksigen serta dengan kadar yang lebih pantas

lagi.4) Myglobin akan menunjukkan kesan-kesan yang sama dengan hemoglobin.5) Proses metabolik akan bertambah.6) Rintangan dasar pembuluh darah (resistance of vasular bed) akan mengurang.

Rujukan : De Vries,H. (1974). Physiology of Exercise. 2nd Edition, Wm.C.Brown Co. Pub., Dubuque, Iowa.

Dalam perbincangan mengenai jenis-jenis memanaskan badan yang efektif, beberapa pendapat telah ditinjaukan. Jensen (1965) amat tegas mempercayai bahawa memanaskan badan dengan melakukan kemahiran-kemahiran yang spesifik dalam sesuatu aktiviti akan dapat mempertajamkan koordinasi serta