Tinjauan literatur

17
TINJAUAN LITERATUR Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu ‘pleythein’ yang bermaksud menambah atau meningkatkan, manakala ‘metric’ bermaksud ukuran (Chu,1983). Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan ‘hopping’, ’jumping’ dan ‘leaping’ yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998). Latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan selaras dengan perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui kajian saintifik (Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah latihan yang menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada program latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam buku” Jumping Into Plyometric” yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan kepantasan dalam kekuatan Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau menggunakan alatan seperti bola segar dan kotak pelbagai ketinggian. Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis

Transcript of Tinjauan literatur

Page 1: Tinjauan literatur

TINJAUAN LITERATUR

Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu ‘pleythein’ yang bermaksud

menambah atau meningkatkan, manakala ‘metric’ bermaksud ukuran (Chu,1983).

Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan ‘hopping’, ’jumping’ dan ‘leaping’ yang

boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998). Latihan

pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan selaras dengan

perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui kajian saintifik

(Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah latihan yang

menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada program

latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam

buku” Jumping Into Plyometric” yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara

yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan

kepantasan dalam kekuatan

Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan

eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau

menggunakan alatan seperti bola segar dan kotak pelbagai ketinggian.

Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik

bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik

bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball (Sport Fitness

Advisor, 2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota

bahagian atas ialah medicine ball chest pass, ballistic push-up dan tire throw

(Starzynski, Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa

melakukan latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi.

Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan

pliometrik bahagian atas badan bermula dengan medicine ball yang

ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan peningkatan secara

Page 2: Tinjauan literatur

berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat. Sekiranya

tidak mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan

dinding atau lantai untuk membalingkan medicine ball tersebut.

Menurut Mcglynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan

sahaja penting untuk atlit yang ingin meningkatkan prestasi tetapi

juga pada orang yang inginkan gaya hidup yang sihat ataupun

yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan

Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang

individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu

untuk melakukannya.

Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied

Physiology(1990), latihan kekuatan otot juga dapat membantu

meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi hormon tumbesaran

badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot

dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan

sehingga 50 peratus. Daripada kajian ini didapati bahawa latihan

kekuatan otot dapat meningkatkan saiz badan menjadikan badan

lagi besar dan segak.

Menurut Mcglynn dan Moran (1997), phrasa kekuatan,

dayatahan otot dan tenaga otot merupakan istilah yang berlainan

maksudnya. Kekuatan otot bermaksud jumlah daya yang boleh

dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau

pergerakan yang berulang. Manakala daya tahan otot pula ialah

keupayaan otot itu melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan

kuasa yang sama selama satu jangka masa yang ditetapkan.

Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa.

Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan

Homer Tolson (1981), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua

Page 3: Tinjauan literatur

komponen yang penting iaitu ketahanan otot dan kekuatan otot.

Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis aktiviti, sukan atau

kerja yang hendak dilakukan.

Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan

kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan

ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan

ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.

Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM),

Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan

bebanan dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan

peralatan yang berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan

otot tangan, kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza,

2007). Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation

Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan

maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga

otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara

(temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi

mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007).

1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara

2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu,

bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah

lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai

2002).

Page 4: Tinjauan literatur

Menurut Chad Tackett (2001), faktor-faktor yang

mempengaruhi kekuatan otot seseorang ialah tempat perlekatan

otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang sistematik serta

jenis fiber otot.

Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia

iaitu Slow Twitch Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau

seseorang individu itu mempunyai jumlah atau kuantiti Fast Twitch

Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih sesuai

untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang

memerlukan penghasilan tenaga dalam dalam jangka masa yang

singkat. Bagi individu yang mempunyai jumlah atau kuantiti Slow

Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu itu lebih sesuai

untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta

sesuai unutk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular.

Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak

mempunyai kaitan dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan

kuantiti ataupun jumlah tisu otot. Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot

yang lebih banyak daripada wanita. Faktor hormon memainkan

peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki

mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.

Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling

sesuai untuk pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur

10 tahun sehingga 20 tahun. Latihan yang sistematik perlu

diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot

berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua,

otot- otot yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan

lambat.

Page 5: Tinjauan literatur

Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan

dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Contohnya

seseorang individu yang otot bisepnya yang melekat

Page 6: Tinjauan literatur

lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang

otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.

Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada

individu yang memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot

yang lebih berbanding inidividu yang mempunyai otot yang pendek.

Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkat

dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek.

Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang

ditetapkan adalah penting dalam menentukan kekuatan otot

seseorang. Menurut Charles Tackett (2001), salah satu cara untuk

meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna

ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-

latihan yang diberikan kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti,

set serta ulangan.

Menurut Brian J.Sharkey (1990) perkara- perkara seperti

isokinetik, latihan bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan

merupakan enam perkara yang dapat meningkatkan kekuatan otot

seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh Mcglynn

(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu

menjalani latihan yang sistematik dan teratur maka secara tidak

langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat.

Menurut Mcglynn dan Moran (1997) juga menyatakan akan

kebaikan melakukan aktiviti membina daya tahan otot serta

kekuatan otot. Di antara kelebihan yang dinyatakan adalah

meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan,

meningkatkan skil, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot,

menguatkan ligament dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari

Page 7: Tinjauan literatur

dalam otot, mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak,

mengurangkan tekanan dan mempercepatkan kadar penyembuhan

badan.

Kajian Mohd Anizu Mohd Noor dan rakan (2008) dalam tajuk kajian mereka

“Keberkesanan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang

SUKMA Johor” mendapati latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif

dalam mempertimbangkan tiga prinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan

latihan dan pengkhususan latihan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan program

latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otot tangan setelah mengikuti sesi latihan

selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu di kalangan atlet – atlet

renang SUKMA Johor. Seramai empat orang atlet dalam lingkungan umur 15 tahun

hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meter speed

swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Hasil dari penganalisaan data dikenal

pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan

dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang

disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan. Prosedur

latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu

latihan.

Hafizah Harun dan rakan (2008) dalam kajian mereka bertajuk “Keberkesanan

Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran Lonjakan Untuk Atlit Lompat Jauh” yang

dijalankan ke atas seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh

Sukan Malaysia (SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan

pelajar sains sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16

tahun). Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan

latihan pliometrik Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1

kumpulan sebagai kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2

kali seminggu selama 4 minggu. Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump

(VJ) digunakan untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yang diberi. Hasil

keputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ (M±SD), 202.56±4.01cm dan

Page 8: Tinjauan literatur

keputusan ujian pos, 205.69±4.32cm menunjukkan peningkatan sebanyak 3.13cm atau

1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusan ujian VJ, pula menunjukkan ujian pra,

44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkat sebanyak 2.05cm atau 4.6%

dengan nilai p=0.018. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik (p≤0.05).

Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu

meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing long

jump) dan lompatan menegak (vertical jump).

Menurut Rohana Hashim (2008) telah menjalankan kajian ke atas 19 orang

pemain hoki wanita SUKMA Johor dan 14 orang pemain hoki wanita UTM . Kajian ini

bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap

kekuatan otot bahagian atas badan. dibahagikan secara rawak. Sampel kajian

dibahagikan kepada 3 kumpulan latihan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan

(LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-

Station dan 1RM biceps-curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur

keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan

pada aras p<0.05) bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan

LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-

dua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan

berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain

hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan

latihan pliomerik dan latihan bebanan.

Ng Teng Ong (2004) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk

menyelidiki keberkesanan program pliometrik berkhususkan kemahiran bola tampar

untuk meningkatkan lompatan menegak dan mengurangkan masa sentuhan masa.

Empat puluh orang (min=15.4 * 1.2 tahun, tinggi = 168.1 k 7.9 sm, berat = 57.4 k 9.1

kg) pemain bola tampar lelaki remaja telah menyertai kajian ini. Sebelurn mereka

dirawak ke dalam kumpulan eksperimen (n=20) atau kumpulan kawalan (n=20); terlebih

dahulu mereka perlu berjaya mengangkat bebanan (60% daripada berat badan)

sebanyak lima ulangan dalam lima saat dengan menggunakan cara 'cangkung

Page 9: Tinjauan literatur

separuh'. Rekabentuk kajian ini adalah bentuk praujian dan posujian bersertakan

kurnpulan kawalan. Intervensi yang diberi antara dua fasa pengujian adalah program

yang menggabungjalinkan aktiviti pliometrik dan kemahiran merejam dan menghadang.

Peserta kumpulan sksperimen menjalankan program ini dengan kekerapan dua kali

seminggu dan krlangsung untuk selama enam minggu. Manakala peserta kumpulan

kawalan 3anya meneruskan aktiviti bola tampar seperti biasa. Pembolehubah

bersandar dah.rn kajian ini adalah ujian lompatan menegak CMJ, DJ dan perolehan

masa sentuhan bumi ketika DJ dijalankan. Perlakuan DJ bagi semua peserta telah

dirakarnkan melalui video. Ini adalah membolehkan analisis gerakan dijalankan dengan

menggunakan perisian DIGIMAN untuk memperoleh masa sentuhan bumi.

Kesemua lompatan adalah diukur dengan VERTEC. Perbandingan min dalam

CMJ, DJ dan masa sentuhan bumi dianalisis dengan Ujian-t tak bersandar, paras

signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan

dalam min lompatan CMJ dan DJ (P<0.05) di kalangan peserta eksperimen selepas

mengikuti program pliometrik. Di mana CMJ telah meningkat sebanyak 4.3 cm (7.1 %);

manakala DJ meningkat sebanyak 5.3 cm (8.6%.). Masa sentuhan burni pula

dikurangkan sebanyak -1 8.2% selepas mengikuti intervensi program. Dapatan kajian

ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi peserta eksperimen adalah akibat

daripada adaptasi dan penyelarasan neuro-otot. Ini membuktikan modaliti suaian fizikal

ini adalah berkesan untuk meningkatkan ketinggian lompatan serta mengurangkan

masa sentuhan bumi di kalangan atlet bola tampar.

Meninjau pula kajian yang dijalankan oleh Avery D. Faigenbaum et al.(2007)

dengan tujuan kajian mereka untuk membandingkan keberkesanan latihan pliometrik 6

minggu dengan gabungan latihan pliometrik dan latihan rintangan (PRT, n = 13) atau

latihan rintangan itu sendiri (RT, n = 14) ke atas prestasi kecergasan budak lelaki

berumur 12-15 tahun. Kumpulan RT melaksanakan senaman regangan statik diikuti

latihan rintangan manakala kumpulan PRT melaksanakan latihan pliometrik diikuti

latihan rintangan yang sama. Tempoh masa latihan bagi kedua-dua kumpulan ialah 90

minit. Pada hujung latihan dan selepas latihan semua subjek diuji dengan ujian

lompatan menegak, lompat jauh, lontaran bola segar, pecut 9.1m, pro agility shuttle run

dan fleksibiliti. Kumpulan PRT menunjukkan signifikan (p < 0.05) peningkatan besar

Page 10: Tinjauan literatur

daripada kumpulan RT dalam in lompat jauh (10.8 cm vs. 2.2 cm), lontaran bola segar

(39.1 cm vs. 17.7 cm) pro agility shuttle run time (-0.23 sec vs. -0.02 sec) mengikuti

latihan. Dapatan mencadangkan bahawa tambahan latihan pliometrik ke atas latihan

rintangan mungkin lebih memberi manfaat berbanding latihan rintangan dan regangan

statik untuk meningkatkan ukuran terpilih kuasa bahagian atas dan bawah badan

budak lelaki.

Raj Kumar et. Al (2005) menguji keberkesanan 2 latihan pliometrik selama 6

minggu ke atas presatsi lompatan dengan membuat perbandingan ke atas pemain kolej

perempuan dengan atlet. Dua jenis latihan pliometrik yang digunakan ialah program

latihan pliometrik program latihan litar-1 menggunakan Depth Jump digabungkan

dengan hop (lompatan) dan lompat pagar serta pliometrik program latihan litar-II yang

hanya menggunakan Depth Jump dari kotak dengan ketinggian 15-45 cm. Keputusan

kajian mendapati keputusan keupayaan melompat bagi CTP-II telah m lebih tinggi

daripada keputusan CTP-1. Jumlah perolehan keupayaan tidak seragam. Perolehan

berbeza daripada keupayaan ke keupayaan. CTP-II telah dibuktikan lebih berkesan di

dalam meningkatkan keupayaan melompat subjek disebabkan ianya lebih tepu dengan

latihan Depth Jump.

Fouré A et al. (2010) dengan tajuk kajian Latihan Pliometrik berkesan ke atas

tendon archiless telah melakukan kajian ke atas 19 orang subjek yang dipilih secara

rawak dan dibahagikan kepada kumpulan yang dilatih dan kumpulan kawalan. Kawasan

lintasan seksonal (CSA), kekerasan, dan pekali penguraian tendon arkiles diukur

sebelumdan selepas tempoh latihan. Dalam kumpulan yang dilatih, pengurangan dalam

pekali penguraian (_35.0%; P _ 0.05) dan trend menaik kekerasan (_24.1%) tendon

arkiles telah diperolehi, tanpa sebarang perubahan dalam CSA tendon Arkiles (P _

0.05). Latihan pliometrik meluaskan pemindahan ketegangan otot terutamanya melalui

pengurangan penguraian tenaga oleh tendon. Sedikitnya perubahan yang berlaku

dalam CSA tendon menunjukkan bahawa perubahan dalam sifat mekanikal yang besar

kemungkinannya terjadi daripada satu perubahan kualitatif dalam tisu tendon

berbanding daripada perubahan dalam geometri tendon arkiles.

Page 11: Tinjauan literatur

Hubert Makaruk at.el. (2010) dalam kajian bertajuk “EFFECTS OF

PLYOMETRIC TRAINING ON MAXIMAL POWER OUTPUT AND JUMPING ABILITY”

menguji 44 orang pelajar yang tidak dilatih dalam pendidikan fizikal. Secara rawak,

kumpulan eksperimen melaksanakan Latihan Pliometrik selama 6 minggu mana kala

kumpulan kawalan hanya terlibat dengan kuliah. Subjek melaksanankan gerakbalas

gerakan lompatan (CMJ), depth jump (DP) dan 5 ujian hop. Dapatan utama kajian

mendapati peningkatan dalam pengeluaran kuasa maksimal relatif (p _ 0.001) dalam

CMJ dan DJ dipantau, di mana titik tengah aras ketinggian jisim dan jarak panjang 5

ujian hop tidak berubah secara signifikan (p > 0.05). tambahan pula, masa pantulan

dalam DJ signifikan rendah dan lingkungan gerakbalas pergerakan pada lutut

berkurangan. Ini menunjukkan latihan pliometrik 6 minggu tersebut telah membuktikan

bahawa ianya memberi kesan ke atas pengeluaran kuasa maksima dan keupayaan

lompatan.

Page 12: Tinjauan literatur