TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih,...

23
TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BERKENAAN FAKTOR – FAKTOR YANG MENDORONG MEREKA MENGIKUTI TUISYEN SWASTA DI DAERAH KOTA BHARU KELANTAN MAZLIYANA BINTI MAKHTAR Universiti Teknologi Malaysia

Transcript of TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih,...

Page 1: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BERKENAAN FAKTOR – FAKTOR YANG MENDORONG MEREKA

MENGIKUTI TUISYEN SWASTA DI DAERAH KOTA BHARU KELANTAN

MAZLIYANA BINTI MAKHTAR

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada
Page 3: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada
Page 4: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

ii

TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BERKENAAN FAKTOR – FAKTOR YANG MENDORONG MEREKA

MENGIKUTI TUISYEN SWASTA DI DAERAH KOTA BHARU KELANTAN

MAZLIYANA BINTI MAKHTAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada
Page 6: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

iv

DEDIKASI

Khas buat orang-orang tersayang….

Ayahanda yang dihormati, Hj.Makhtar bin Mat Taib

Dan bonda tercinta, Hjh. Sepuriah binti Hj Arifin

Setinggi – tinggi penghargaan buat jasa kalian

InsyaAllah segala jasa yang diberikan akan ku balas.

Buat suami yang ku sanjungi dan ku cintai,

Kau pembakar semangatku, kaulah pendorongku,

Kau amat bermakna buatku,

Shazery Bin Hj Shokery.

Terima kasih ku titipkan jua buat adinda-adinda tersayang,

Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih,

Kejayaan ku semai,

Kelakkan ku tuai.

Setulus ingatan buat rakan- rakan seperjuangan,

Segala pahit manis bersama kalian akan ku ingati selamanya.

Semoga Allah merestui perjuangan kita.

Amin….

Page 7: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

v

PENGHARGAAN

Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat

dan izinnya dapat saya menyiapkan kajian ini. Ucapan penghargaan terima kasih yang

tidak terhingga ingin saya abadikan terutama untuk pensyarah pembimbing yang

dikasihi, Dr. Azlina bt. Mohd Kosnin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, pendapat dan

kerjasama yang telah beliau berikan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan

rakan-rakan di atas segala sumbangan idea dan kerjasama dalam proses penyiapan kajian

ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada suami tersayang, Shazery Shokery yang telah

memberi saya sokongan moral serta dorongan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Seterusnya kepada Pengetua pusat-pusat tuisyen, guru-guru serta pelajar-pelajar

yang terilbat dalam kajian ini. Iaitu dari Pusat Tuisyen Anggun, Pusat Tuisyen Kami dan

Institut Pendidikan Cemerlang, Kelantan Darul Naim.

Page 8: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

vi

ABSTRAK

Kajian dijalankan untuk melihat persepsi pelajar sekolah menengah

terhadap faktor-faktor yang mendorong mereka mengikuti kelas tuisyen swasta selepas

waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang pelajar sekolah

menengah daripada tingkatan satu hingga lima. Kajian dijalankan di tiga buah pusat

tuisyen di Negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data

dengan mencari frekuensi, peratusan diikuti min. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

faktor utama yang mendorong para pelajar untuk menghadiri kelas tuisyen swasta adalah

diri mereka sendiri di mana mereka ingin meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Ini diikuti dengan faktor ibu bapa, kendiri, dan rakan sebaya. Faktor guru pula adalah

faktor yang paling kurang mendorong pelajar-pelajar untuk ke kelas tuisyen. Keutamaan

faktor-faktor tersebut adalah berdasarkan nilai peratusan dan purata nilai min. Dalam

faktor meningkatkan prestasi, para pelajar cenderung untuk menghadiri kelas tuisyen

kerana tuisyen membantu mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru

sekolah dan mereka mengakui bahawa mereka lebih mudah untuk mengikuti pelajaran

yang diajar di sekolah setelah mengikuti tuisyen. Dalam faktor ibu bapa pula, antara

punca-punca pelajar-pelajar ke kelas tuisyen kerana keinginan ibu bapa tersebut yang

mahu anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Keinginan

pelajar untuk lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran setelah menghadiri

tuisyen serta keinginan untuk meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran yang

susah adalah di antara faktor yang mempengaruhi pelajar untuk ke kelas tuisyen swasta.

Bagi faktor rakan sebaya pula, sebab utama pelajar hadir ke kelas tuisyen adalah kerana

mereka tidak lagi mahu berasa malu dengan rakan-rakan setelah prestasi mereka

bertambah baik.Untuk faktor yang terakhir iaitu faktor guru, kecenderungan para pelajar

untuk ke kelas tuisyen swasta adalah kerana guru di sekolah tidak dapat memberikan

perhatian yang lebih kepada mereka kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas

Page 9: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to seek the perception of the secondary

school students on the factors that encourage them to attend tuition classes after regular

class hours. 80 secondary schools students, which consist of form one to form five boys

and girls, were selected as samples for this research. This research was done at three

tuition centers at Kelantan. Questionnaires were used as a method of collecting data for

this research, and later the data were translated into frequencies and percentages. The

outcome of this research shows that the main factor that inspires the students to attend to

tuition classes after school hours is the students themselves. Whereby the students want

to excel themselves in their studies by attending to the tuitions. Other factors that affect

the students in taking tuition classes are the parent factor, followed by the student’s self

esteem factor and friend’s influence factor. The factor that least encourages the students

to attend to tuition classes after school hours is the teachers. The importance level of each

factors are based on percentages and weighed average calculation. For the first factor;

students want to excel themselves in their studies, the students believe that attending

tuition classes help them in doing their homework given by their school teachers and also

the tuition helps them to have better understanding of the subjects taught at school. For

the parent factor, the students attend tuition classes because of the influence from their

parents that want their children to do well in their studies. As for the student’s self esteem

factor, the students desire to be more active in classes’ activities and to make themselves

having more interest in critical subjects are the main reason why the students are taking

tuition classes. For the friend’s influence factor, the main reason the students attend

tuition classes is because they do not want to be embarrassed with their peers as their

exam grades are getting better. And the last factor is the teacher factor. The students are

taking tuition classes because the teacher in school could not give them full attention due

to too many students in the classroom and the students get better attention in tuition

classes than in school.

Page 10: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

viii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang masalah 4 1.3 Pernyataan masalah 6 1.4 Objektif kajian 6 1.5 Persoalan kajian 6 1.6 Skop dan batas kajian 7 1.7 Kepentingan kajian 8 1.8 Definisi istilah 8

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13 2.2 Tuisyen dalam senario pendidikan 13 2.3 Kajian berkaitan 17 2.4 Kajian -kajian lepas berkaitan tuisyen 22

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23 3.2 Reka bentuk kajian 23 3.3 Instrumen kajian 24 3.4 Populasi dan persampelan 26 3.5 Prosuder Kajian 27 3.6 Penganalisisan data 28 3.7 Jadual kajian 29

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL

4.1 Pendahuluan 30 4.2 Analisis data 30

Page 11: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

ix

4.2.1 Analisis berkenaan faktor ibubapa yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 31

4.2.2 Analisis berkenaan faktor guru yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 34

4.2.3 Analisis berkenaan faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 37

4.2.4 Analisis berkenaan faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 40

4.2.5 Analisis berkenaan faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 42

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 46 5.2 Perbincangan 47

5.2.1 Faktor ibu bapa 47 5.2.2 Faktor guru 49 5.2.3 Faktor diri sendiri 50 5.2.4 Faktor rakan sebaya 51 5.2.5 Faktor peningkatan prestasi 52

5.3 Cadangan 53 5.3.1 Cadangan kepada sekolah 54 5.3.2 Cadangan kepada guru 55

5.4 Rumusan 56 5.5 Cadangan kajian lanjutan 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 60

Page 12: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Lima Pemeringkatan Skala Likert 25

3.2 Jadual populasi dan persampelan

berdasarkan lokasi 26

3.3 Jadual aktiviti kajian 29

4.1 Klasifikasi min dan tahap 31

4.2 Taburan kekerapan, peratusan dan min

berkaitan dengan faktor ibu bapa dalam

mendorong pelajar sekolah menengah

mengikuti tuisyen swasta. 32

4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min

berkaitan dengan faktor guru dalam

mendorong pelajar sekolah menengah

mengikuti tuisyen swasta. 35

4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min

berkaitan dengan faktor kendiri dalam

mendorong pelajar sekolah menengah

mengikuti tuisyen swasta. 38

4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min

berkaitan dengan faktor rakan sebaya

dalam mendorong pelajar sekolah

menengah mengikuti tuisyen swasta. 41

Page 13: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

xi

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min

berkaitan dengan faktor peningkatan

prestasi dalam mendorong pelajar sekolah

menengah mengikuti tuisyen swasta 43

Page 14: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Perkaitan di antara tiga perkara

penting dalam proses pengajaran –

pembelajaran. 16

4.1 Ibu bapa menggalakkan saya

menghadiri tuisyen 33

4.2 Ibu bapa mahu saya mendapat

keputusan yang baik dalam

peperiksaan. 33

4.3 Ibu bapa tidak dapat membantu saya

dalam pelajaran kerana sibuk 33

4.4 Rajah menunjukkan peratusan

responden berkaitan dengan faktor

guru dalam mendorong pelajar

sekolah menengah mengikuti kelas

tuisyen swasta. 36

4.5 Rajah menunjukkan peratusan

responden berkaitan dengan faktor

kendiri dalam mendorong pelajar

sekolah menengah mengikuti kelas

tuisyen swasta. 39

4.6 Rajah menunjukkan peratusan

responden berkaitan dengan faktor

rakan sebaya dalam mendorong

Page 15: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

xiii

pelajar sekolah menengah mengikuti

kelas tuisyen swasta. 42

4.7 Rajah menunjukkan peratusan

responden berkaitan dengan faktor

peningkatan prestasi dalam

mendorong pelajar sekolah menengah

mengikuti kelas tuisyen swasta. 44

Page 16: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

1 Borang soal- selidik 60

2 Pengesahan pelajar Universiti Teknologi

Malaysia

Page 17: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ( Shahril @ Charis etc

1994.) Usaha ini bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Kurikulum pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada perkembangan

kanak-kanak yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor

serta memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang berguna. Dengan itu,

kurikulum dibentuk untuk menanam nilai-nilai yang murni untuk menghasilkan tenaga

kerja mahir dan terlatih untuk pembangunan negara. Walau bagaimanapun, system

pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada masa tersebut dan akan

datang.

Page 18: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

2

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982 sebagai

percubaan dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1988. Kurikulum ini dirancang bagi

membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi ,manusia

dengan alam sekelilingnya dan perkembangan diri. Aspek yang dititik berat dalam bidang

komunikasi ialah membaca, mengira dan menulis.

Pelajar-pelajar sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sentiasa diuji

kecerdasan mereka melalui beberapa ujian atau peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak

sekolah dan pihak kementerian pendidikan . Semua pelajar sekolah menghadapi

peperiksaan penggal yang dikendalikan oleh pihak sekolah selain peperiksaan tertentu

seperti pelajar-pelajar sekolah rendah akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR).

Di sekolah menengah pula telah dibentuk Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Ianya lanjutan daripada Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah.

Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah dibentuk bertujuan untuk mengembangkan

potensi diri pelajar dari segi rohani dan jasmani termasuk intelek, rohani, emosi dan

psikomotor..

Pelajar-pelajar sekolah menengah menghadapi 3 peperiksaan utama semasa

mereka belajar selain peperiksaan penggal iaitu Penilaian Menengah Rendah (Tingkatan

3), Sijil Peperiksaan Malaysia (Tingkatan 5) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(Tingkatan 6)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan segala keperluan bagi

pelajar-pelajar menjalani proses pembelajarannya yang lengkap dari peringkat pra-

persekolahan hingga pengajian tinggi. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pelajar-

pelajar ini yang merasakan masih ada kekurangan dengan apa yang disediakan oleh pihak

sekolah. Oleh itu, mereka pergi ke kelas-kelas tuisyen sama ada di bangunan perniagaan

atau rumah kediaman bagi memenuhi kehendak mereka.

Page 19: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

3

Sehubungan dengan itu, di kebelakangan ini, sekolah swasta tumbuh dengan

begitu pesat daripada peringkat tadika hingga ke peringkat universiti. Dalam menghadapi

gejala pendidikan swasta, kerajaan mengamal satu dasar yang liberal iaitu pertumbuhan

institusi pendidikan swasta di benarkan dengan meluas demi menampung permintaan

yang semakin meningkat dan keterbatasan di institusi pengajian tinggi sektor awam.

Dengan ini juga tidak ketinggalan pusat-pusat tuisyen telah bercambah dengan

banyaknya selaras dengan permintaan pelajar-pelajar yang semakin meningkat.

Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan

. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja yang

dibenarkan memasuki sekolah - sekolah berasrama penuh. Begitu juga ia menjadi ukuran

untuk memasuki pusat pengajian tinggi dan memohon pekerjaan . Pelajar-pelajar yang

mengikuti pembelajaran formal di sekolah adalah ramai . Sesuatu kelas diduduki

melebihi 30 orang pelajar dan mereka ini terdiri daripada pelbagai perbezaan seperti

kecerdasan, minat dan motivasi. Guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian

terhadap setiap pelajarannya.

Menurut Mok Soon Sang (1994), perkembangan murid dari segi intelek, rohani,

sosial dan jasmani adalah berbeza di antara satu sama lain. Di dalam sebuah kelas,

biasanya terdapat murid-murid lembab, sederhana dan cerdas.Pengetahuan lepas serta

kadar pembelajaran juga berbeza-beza. Oleh kerana pengajaran secara kelas hanya boleh

menggunakan satu kaedah yang sama, maka kaedah pengajaran secara kelas tidak dapat

menolong setiap murid memperkembangkan potensi intelek, rohani, social dan jasmani

secara menyeluruh dan seimbang.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen ingin

memenuhi kehendak mereka untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang baik selain

untuk memahirkan diri mereka dalam menguasai sesuatu mata pelajaran seperti Bahasa

Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.

Page 20: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

4

1.2 Latar belakang masalah

Pada masa kini, pusat-pusat tuisyen atau kelas-kelas tuisyen tumbuh bercambah

selaras dengan pertambahan bilangan para pelajar sekolah terutamanya di bandar-bandar.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengajar

sesuatu mata pelajaran tertentu.

Kebiasaannya seseorang mengaitkan sekolah swasta dengan murid-murid yang

tercicir dalam sistem persekolahan kerajaan. Walaupun perkara ini masih terdapat tetapi

pada masa ini ramai murid yang maju belajar di sekolah-sekolah swasta sama ada untuk

mengikuti tuisyen atau sengaja dihantar oleh ibu bapa untuk mengejar kecemerlangan

akademik.Para pelajar yang mengikuti tuisyen juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang

akan menduduki peperiksaan besar iaitu UPSR( Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR

(Penilaian Sekolah Rendah), SPM(Sijil Peperiksaan Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia) Beginilah keadaannya dalam sistem pelajaran pada masa ini, sistem

yang menitikberatkan peperiksaan dan sijil, sistem yang menyebabkan orang semakin

berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat yang semakin sukar bagi seseorang yang

mahu memajukan diri belajar di peringkat kolej atau universiti.

Keghairahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri tuisyen

mungkin di dorong oleh beberapa faktor. Mengikut Razali Arop (1991), salah satu

sebabnya ialah masyarakat semakin memandang berat terhadap pendidikan anak-anak

mereka. Sekarang ini para ibu bapa mahukan anak mereka memperolehi bukan sekadar

ilmu pengetahuan, tetapi mahu terus mendapat pendidikan tinggi. Seterusnya prestasi

pencapaian akademik anak-anak sangat diberi perhatian dan bukan hanya setakat lulus

sahaja.

Page 21: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

5

Walaubagaimanapun, pelajar yang mengikuti tuisyen bukan hanya terdiri

daripada pelajar-pelajar sekolah menengah tetapi terdapat juga murid-murid darjah satu

dan dua. Pelajar juga cenderung untuk mengikuti tuisyen kerana ia dianggap sebagai gaya

hidup remaja masa kini dan ramai di kalangan pelajar mengikutinya sebagai satu rutin

dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk meniru perlakuan rakan sebaya

mereka supaya mudah diterima di kalangan kelompok tersebut. Mengikut Atan Long

(1991), kelompok ini sangat berpengaruh dan mempunyai ahli-ahli mereka sendiri dan

menentukan tingkah laku ahli kelompoknya. Ahli kelompok akan akur dengan nilai dan

peraturan kelompok kerana mereka merasa yang mereka dipunyai dan diterima oleh

kelompok. Jika sesuatu kelompok meletakkan tuisyen sebagai salah satu aktiviti mereka,

ahli kelompok akan mengikutinya.

Persoalan yang timbul, mengapakah tuisyen begitu popular pada masa ini?

Mengapakah ibu bapa sanggup menghantar anaknya ke tuisyen sedangkan di kelas-kelas

ini pelajar-pelajarnya terpaksa membayar sejumlah wang tersebut kepada tenaga pengajar

kelas tuisyen tersebut? Ibu bapa pelajar tersebut telah menaggung kos pembelajaran yang

tinggi iaitu yuran sekolah dan kelas tuisyen.

Perubahan sikap di kalangan masyarakat terhadap pendidikan menambahkan

kepekaan mereka terhadap pemilihan bidang ilmu yang mereka rasakan sesuai dengan

keperluan pekerjaan dan kehidupan. Mengikut Razali Arap (1991), pemilihan dalam

bidang ilmu menyebabkan semakin ramai pendidik terlibat dalam bidang kurikulum

kerana kurikulum sebenarnya menjadi nadi atau wadah bagi semua program pendidikan.

Dengan mengikuti tuisyen, para ibu bapa dapat menilai prestasi anak-anak mereka

sama ada meningkat atau tidak. Ibu bapa dapat mamantau perkembangan pelajaran anak

mereka melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru mereka, dimana kebanyakkan

daripada pusat tuisyen akan melatih para pelajarnya dengan soalan-soalan yang banyak

seperti soalan- soalan peperiksaan tahun- tahun sebelumnya.Di sini, pengkaji ingin

Page 22: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

6

melihat apakah faktor – faktor yang mendorong para pelajar mengikuti tuisyen swasta

sama ada diri mereka sendiri atau faktor-faktor sekeliling mereka.

1.3 Pernyataan masalah

Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen atau pusat tuisyen yang

terdiri daripada pelbagai peringkat usia atau pelajar sekolah rendah dan menengah.Ibu

bapa pelajar ini membayar yuran pendidikan anaknya dengan harapan anaknya itu dapat

menguasai pelajaran atau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pendidikan. Dengan

ini pengkaji ingin mengkaji sejauh mana kelas tuisyen ini dapat membantu dan

meningkatkan prestasi akademik para pelajar tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin

mengenalpasti faktor dan penyebab utama mereka mengikuti kelas tuisyen.

1.4 Objektif kajian

Di dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa objektif iaitu:

I. Mengenalpasti faktor ibu bapa yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.

II. Mengenalpasti faktor guru yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.

III. Mengenalpasti faktor kendiri yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.

IV. Mengenalpasti faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen

V. Mengenalpasti faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar ke kelas

tuisyen

Page 23: TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH … · Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih, Kejayaan ku semai, ... pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada

7

1.5 Persoalan kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini untuk meninjau aspek-aspek berikut:

I. Adakah faktor ibu bapa yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?

II. Adakah faktor guru yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?

III. Adakah faktor kendiri yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?

IV. Adakah faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?

V. Adakah faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?

1.6 Skop dan batasan kajian

Kajian ini khusus untuk mengenalpasti faktor-faktor pelajar menghadiri tuisyen

swasta selepas waktu persekolahan. Walaupun ada banyak kelas tuisyen dijalankan ,

sama ada dianjurkan oleh orang perseorangan di rumah, oleh persatuan atau anjuran di

sekolah atau kelas tuisyen anjuran swasta, untuk kajian ini pengkaji hanya mengambil

kira tuisyen yang dijalankan di kelas atau pusat tuisyen yang dianjurkan oleh pihak

swasta.

Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang

menghadiri tuisyen di luar waktu persekolahan biasa. Kajian hanya tertumpu di tiga buah

pusat tuisyen yang terpilih sahaja. Di kelas tuisyen ini biasanya bilangan pelajarnya

ramai dan datang dari berbagai latar belakang akademik. Cadangan kajian dijalankan di

pusat tuisyen sekitar bandar Kota Bharu iaitu Pusat Tuisyen Anggun, Pusat Tuisyen

Kami dan Pusat Tuisyen Institusi Pendidikan Cemerlang.