TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi...

10
1 TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Lily Hanefarezan Asbulah 1 , Janudin Sardi 2 [email protected] 1 Pusat Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM 2 Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam Abstrak : Perkembangan teknologi dan multimedia masa kini telah memberikan impak yang besar dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan meninjau pembangunan teknologi multimedia yang sedia ada dalam bidang bahasa Arab terutamanya. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian ini menyasarkan beberapa objektif, iaitu pertama, mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab. Kedua, meninjau strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dan ketiga meninjau pembangunan penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan secara umumnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis deskriptif terhadap kajian- kajian lepas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab berasaskan teknologi multimedia adalah lebih berkesan berbandingan pendekatan secara tradisional. PENGENALAN Era perkembangan teknologi dan multimedia masa kini memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi setiap bidang kehidupan termasuklah bidang pendidikan (Mohd Zulkhairi 2005). Ini dapat dilihat melalui pemerkasaan penyelidikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bahasa Arab ( ة الربيةلغةال) yang telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji, antaranya Mohamad Awang (1996), Hamzah (1997), Abd. Aziz (1998), Ismail (1999), Ahmad Kilani (2001), Ab. Halim (2002), Anida (2003), Amilrudin (2004) dan beberapa pengkaji lain. Kajian-kajian tersebut memberi aspek penekanan yang menyentuh teori dan strategi P & P bahasa Arab yang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, di samping menyingkap kekuatan dan kelemahan strategi sedia ada, mengenal pasti permasalahan dan cadangan penyelesaiannya (Janudin 2009). Variasi penerokaan kajian yang diinovasikan oleh para pengkaji lepas dan akan datang sekaligus menyumbang ke arah penambahbaikan dan meningkatkan kualiti semua peringkat pendidikan khususnya dalam bidang bahasa Arab. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Transcript of TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi...

Page 1: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

1

TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Lily Hanefarezan Asbulah1, Janudin Sardi

2

[email protected] 1Pusat Bahasa dan Linguistik

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM 2Akademi Pengajian Bahasa

UiTM Shah Alam

Abstrak : Perkembangan teknologi dan multimedia masa kini telah memberikan impak yang

besar dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan meninjau pembangunan teknologi

multimedia yang sedia ada dalam bidang bahasa Arab terutamanya. Untuk mencapai tujuan

tersebut, kajian ini menyasarkan beberapa objektif, iaitu pertama, mengenal pasti

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab. Kedua, meninjau strategi dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dan ketiga meninjau pembangunan penggunaan

teknologi multimedia dalam bidang pendidikan secara umumnya. Kajian ini menggunakan

kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis deskriptif terhadap kajian- kajian lepas.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab

berasaskan teknologi multimedia adalah lebih berkesan berbandingan pendekatan secara

tradisional.

PENGENALAN

Era perkembangan teknologi dan multimedia masa kini memainkan peranan yang besar

dalam mempengaruhi setiap bidang kehidupan termasuklah bidang pendidikan (Mohd

Zulkhairi 2005). Ini dapat dilihat melalui pemerkasaan penyelidikan melalui proses

pengajaran dan pembelajaran (P & P) bahasa Arab ( اللغة االربيةة) yang telah dijalankan oleh

beberapa orang pengkaji, antaranya Mohamad Awang (1996), Hamzah (1997), Abd. Aziz

(1998), Ismail (1999), Ahmad Kilani (2001), Ab. Halim (2002), Anida (2003), Amilrudin

(2004) dan beberapa pengkaji lain. Kajian-kajian tersebut memberi aspek penekanan yang

menyentuh teori dan strategi P & P bahasa Arab yang merangkumi pendekatan, kaedah dan

teknik, di samping menyingkap kekuatan dan kelemahan strategi sedia ada, mengenal pasti

permasalahan dan cadangan penyelesaiannya (Janudin 2009). Variasi penerokaan kajian

yang diinovasikan oleh para pengkaji lepas dan akan datang sekaligus menyumbang ke arah

penambahbaikan dan meningkatkan kualiti semua peringkat pendidikan khususnya dalam

bidang bahasa Arab.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri

Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

2

PERNYATAAN MASALAH

Dewasa ini, usaha untuk meningkatkan kualiti penguasaan bahasa Arab di kalangan tenaga

pengajar dan pelajar menunjukkan perkembangan yang positif, namun begitu masih

terdapat beberapa permasalahan yang timbul dan memberikan kesan yang negatif kepada

proses P & P bahasa Arab.

Berdasarkan dapatan kajian oleh Naimah (2003) mengenai penggunaan sintaksis

Arab, ternyata pelajar gagal membina ayat-ayat yang mudah. Kesilapan-kesilapan sintaksis

berlaku telah mengakibatkan masalah komunikasi lantaran kesilapan yang berkaitan dengan

keserasian dan susunan kata boleh memberi kesan yang mendalam ke atas pembentukan

makna. Strategi P & P bahasa yang diterapkan dalm kajian berkenaan menggunakan

pendekatan tradisional di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar yang

menggunakan elemen teknologi belum wujud untuk diketengahkan kepada pelajar dalam

bentuk pembelajaran kendiri. Oleh yang demikian, permasalahan tersebut mendorong

pengkaji untuk membuat tinjaun terhadap pembangunan teknologi multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pemerolehan yang dihadapi pelajar dalam

bidang bahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah permasalahan yang dihadapi dalam bahasa Arab?

2. Apakah pendekatan dan strategi yang digunakan dalam bidang pendidikan bahasa

Arab?

3. Apakah pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam P & P?

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menyasarkan beberapa objektif berikut:

1. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab.

2. Mengkaji strategi P & P yang digunakan dalam bidang bahasa Arab.

3. Meninjau pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam P & P .

METODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan

menggunakan kaedah kepustakaan. Kaedah kajian kepustakaan digunakan untuk merujuk

kepada sumber-sumber kajian yang merangkumi buku, tesis, jurnal, artikel persidangan,

prosiding dan sebagainya. Hasil dapatan kajian lepas khususnya yang berkaitan dengan

permasalahan pelajar dalam bahasa Arab, strategi P & P dan tinjauan pembangunan

teknologi multimedia dalam P&P telah dikumpulkan oleh pengkaji. Analisis deskriptif

telah digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis dapatan kajian lepas.

Page 3: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

3

ANALISIS TINJAUAN LITERATUR

Dalam bahagian ini, pengkaji memberi fokus kepada kajian-kajian lepas yang telah

diterbitkan. Tinjauan literatur ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Permasalahan yang dihadapi dalam bahasa Arab.

2. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

3. Tinjauan pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Permasalahan yang Dihadapi dalam Bahasa Arab

Antara kelemahan yang kerap berlaku di kalangan para pelajar adalah kekeliruan dalam

penyesuaian antara gantinama dengan kata kerja lampau الفرلاالماضة, kata kerja kala kini الفرةلا

serta kekeliruan di kalangan pelajar berkenaan فرةلاامرةب dan kata kerja perintah المضةاع

penggunaan gantinama wazan-wazan dengan konteks ayat (Khairuzaman 2003).

Di samping itu, antara kelemahan lain yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar

yang malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab di kalangan mereka dibantu dengan

faktor persekitaran yang tidak menyokong para pelajar mewujudkan persekitaran untuk

mengaplikasikan berdasarkan apa yang telah dipelajari. (Norhayati, Shaferul Hafes &

Mohd Fauzi 2013)

Kekeliruan di dalam membina struktur ayat asas di dalam bahasa Arab juga telah

dikenalpasti sebagai penyebab kepada kedapatan pelajar agak sukar untuk menguasasi

bahasa Arab di samping faktor-faktor yang lain. Apabila kelemahan seperti ini timbul,

maka penguasaan di kalangan pelajar tidak mungkin tercapai sepenuhnya. Ini menyebabkan

pelajar untuk cenderung membina ayat bahasa Arab mengikut acuan gaya bahasa dan

struktur bahasa ibunda yang terdapat dalam minda mereka. Ini sekaligus mengakibatkan

pelajar tersasar dari makna sebenar yang dimaksudkan (Baharuddin 2012a) di samping

menggunakan pendekatan kaedah terjemah secara harfiah.

Kenyataan ini disokong oleh kajian Azman & Goh Ying Soon (1985) yang

membincangkan masalah yang bersangkutan dengan proses pengajaran dan pembelajaran,

antaranya:

1. Masalah tenaga pengajar.

2. Masalah kaedah dan pendekatan

3. Masalah kurikulum

4. Peluang, motivasi dan persekitaran

Tambahan itu, dapatan kajian beliau juga menggariskan bahawa komponen sintaksis

menjadi kesukaran dan halangan besar dalam mempelajari bahasa Arab. Halangan sebegini

seharusnya ditangani dengan bijak. Manakala aspek-aspek lain bahasa Arab tidak menjadi

masalah besar kepada kebanyakan pelajar. Kemerosotan subjek pelajaran bahasa Arab juga

dilihat dari sudut faktor persekitaran bahasa yang terhad kepada bilik-bilik tertentu sahaja

dan tidak menyeluruh di samping tahap penguasaan perbendaharaan kata di kalangan

pelajar yang belum mencapai tahap yang memuaskan. (Azman & Goh Ying Soon 1985).

Page 4: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

4

Selain itu, kewujudan perasaan negatif seperti malu untuk bercakap, tidak yakin

dengan kemampuan diri, serta takut salah atau ditertawakan mendorong pelajar untuk tidak

mengaplikasikan berdasarkan apa yang dipelajar melalui pembelajaran bahasa Arab. Hal ini

kerana kelemahan pelajar bahasa Arab daripada aspek-aspek kemahiran berbahasa,

pengetahuan mengenai bahan paralinguistik dan wacana yang terhad serta kurangnya

kemahiran dalam membina ayat yang bersifat gramatis mengikut disipilin sistem tatabahasa

boleh menyebabkan mereka mengelak daripada menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa

komunikasi (Ab. Halim 2009)

Menurut Baharuddin (2012), pengkaji mendapati beliau membuat kajian

perbandingan struktur ayat antara rumpunan bahasa yang berbeza iaitu bahasa Arab dan

bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di samping menghuraikan asas-asas pembinaan

kedua-dua bahasa secara khusus sebelum mengklasifikasikan ciri-ciri persamaan dan

perbezaan. Dapatan kajian beliau menekankan bahawa tenaga pengajar perlu

mengaplikasikan segala kemudahan yang ada seperti penggunaan perisian program Mind

Manager, Microsoft Word, Power Point Plex untuk menarik minat pelajar mempelajari dan

menerapkan kefahaman yang jelas tentang subjek bahasa Arab. Selain itu, tenaga pengajar

juga perlu menggunakan pendekatan perbandingan antara tatabahasa bahasa Arab dan

bahasa Melayu agar dapat meningkatkan kefahaman dalam menilai persamaaan dan

perbezaan yang wujud. (Baharuddin 2012b)

Kajian Khairuzaman (2009) menggariskan bahawa permasalahan utama pelajar

dalam mempelajari bahasa Arab ialah lambakan penulisan kaedah yang pelbagai serta

proses untuk mengingat kaedah-kaedah yang sememangnya banyak. Manakala faktor

utama yang mendorong pelajar untuk berminat dengan pembelajaran bahasa Arab ialah

penjelasan dan pengajaran daripada pihak guru yang efektif dan efisyen. Beliau juga

mencadangkan di akhir kajian beliau bahawa semua guru memerlukan pendedahan kepada

kemahiran komputer (I.C. T) bagi tujuan pengajaran bahasa Arab di samping

memaksimakan penggunaan bahan-bahan media elektronik bagi memahami bahasa Arab.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

Perbahasan mengenai kaedah pengajaran nahu bahasa Arab yang merangkumi sintaksis dan

morfologi banyak dibincangkan oleh sarjana Arab moden, antaranya oleh Rushdi Ahmad

Ta‘imah (1984) dan Mahmud Kamil al-Naqah (1985). Berdasarkan buku teks Bahasa Arab

Komunikasi Tingkatan Lima (2003), pendekatan pengajaran nahu masih menggunakan

pendekatan lazim seperti carta, graf, grafik dan ilustrasi yang menarik untuk membantu

pemerolehan pelajar. Bahan bantu mengajar tersebut perlu disediakan dengan kreativiti

pengajar, namun ia masih statik dan melibatkan pengendalian yang memerlukan gerak kerja

yang banyak ketika pengajaran (Janudin 2009).

Kajian yang lebih fokus dalam P & P bahasa Arab ialah penggunaan alat bantu

mengajar (ABM) dalam pengajaran Bahasa Arab oleh Mohd Azidan (1998). ) Kajian beliau

menyimpulkan mengenai kepelbagaian penggunaan alat bantu mengajar untuk diterapkan

dalam proses pengajaran bahasa Arab. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh beliau

adalah bersifat secara umum dalam penggunaan ABM bagi pembelajaran bahasa Arab serta

tidak mengkhususkan kepada mana-mana jenis ABM secara elektronik dan bukan elektronik.

Tidak dinafikan keperluan teknologi komputer merupakan antara ABM yang digunakan sejak

sekian lama. Dalam pengajaran bahasa, ia lebih dikenali dengan kaedah Pembelajaran Bahasa

Page 5: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

5

Berbantukan Komputer (Aladdin, Ashinida, Hamat, Afendi, Yusof, 2004) atau Computer-

Assisted Language Learning yang bertunas daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer

atau Computer-Assisted Instruction yang diperkenalkan pada tahun 1960an (Supyan Hussin,

2002). Kini, teknologi web dan pangkalan data mendominasi semua bidang dan hal ehwal

harian manusia, contohnya penggunaan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Di samping itu, teknologi maklumat juga boleh diterapkan dalam pengajaran serta

menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Sebagai

contoh dengan menggunakan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang

berkaitan. Strategi lain yang boleh diterapkan pula adalah dengan memanfaatkan

penggunaan ICT sebagai alat komunikasi. Tenaga pengajar boleh mengekploitasi

keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran yang bersifat kolaboratif dengan

menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam bentuk elemen-elemen multimedia

yang pelbagai seperti teks, grafik, audio, video dan animasi daripada lokasi yang berbeza.

Secara tidak langsung ini dapat menggalakkan percambahan pemikiran, merapatkan

hubungan kerja berpasukan di kalangan pelajar di samping memperkasakan kemahiran

berkomunikasi. Namun begitu, beberapa garis panduan yang jelas pelu dititikberatkan

semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya untuk memastikan disipilin pelajar

terkawal. (Bayrei, Jered, Mohd. Nurul Faishal, & Khairul Azmi 2008).

Di peringkat universiti iaitu di UiTM, strategi pengajaran Bahasa Arab Komunikasi

menekankan teknik pembelajaran demokratif ataupun koperatif iaitu dibahagikan secara

berkumpulan yang berteraskan perbincangan. Pensyarah hanya bertindak sebagai pemudah

cara kepada pelajar. Proses pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Di awal sesi, pensyarah akan member garis panduan kepada pelajar.

2. Latihan akan dilunaskan melalui perbincangan dalam ahli kumpulan.

3. Kemudian, pelajar akan membaca hasil perbincangan bersama pelajar lain.

4. Jika terdapat kesalahan, pensyarah akan memperbetulkan kesilapan pada pelajar.

Justeru, dapat dilihat aspek penekanan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di Universiti

Teknologi Mara (UiTM) adalah lebih kepada aspek pertuturan. Namun begitu, bilangan

pelajar dalam kelas, masa yang tidak mencukupi untuk mempelajari BAK, penekanan

kepada peperiksaan menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab (Muhammad Saiful Anuar, Jusoh, & Mohd Zaki 2006)

Kajian Kamarul Shukri (2000) pula mengemukakan bahawa strategi pembelajaran

bahasa haruslah diberi ruang untuk menyumbang sesuatu yang berkualiti dalam bidang

pendidikan bahasa Arab. Ini kerana sudah sekian lama penekanan diberi keapda kurikulum,

metodologi pengajaran dan guru. Kini sudah masanya walaupun agak sedikit terlewat untuk

member keutamaan dalam menginovasikan idea dan strategi pembelajaran yang berkualiti.

Antara implikasi pedagogi yang cuba dikemukakan oleh beliau adalah sokongan suasana

pembelajaran perlulah diberi peluang untuk melatih para pelajar menggunakan bahasa Arab.

Ini penting kerana latar pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak menyediakan peluang

yang mencukupo bagi mempelajarinya di luar kelas. Maka dapat dirumuskan bahawa

keberkesanan proses pengajaran saling berkait antara satu sama lain dengan personaliti

pensyarah, strategi pengajaran dan bentuk hubungan pensyarah dengan pelajar. (Kamarul

Shukri, Embi, Nik Mohd Rahimi, & Mahamood, 2009)

Page 6: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

6

Dalam konteks P&P bahasa Arab di peringkat rendah, terdapat beberapa perkara

yang perlu diambil perhatian serius sebagai usaha untuk memastikan para pelajar bahasa

Arab daripada kalangan bukan penutur jati menjalani proses pembelajaran yang berkesan,

antaranya: tahap motivasi yang sentiasa perlu dipupuk, persembahan bahan mengajar yang

menarik dengan memanfaatkan teknologi dalam bahan P&P serta dengan menyediakan satu

sumber rujukan utama dan tambahan bagi subjek bahasa Arab untuk memudahkan pelajar

mengakses secara mudah dan cepat tanpa terikat dengan buku teks.(Mohd Firdaus,

Muhammad Sabri, & Mohd Shahrizal 2013).

Tinjauan Pembangunan Teknologi Multimedia yang Digunakan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu

keperluan yang sangat penting. Ini tidak dinafikan dengan kewujudan teknologi,

memudahkan manusia melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21

ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah

kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang

pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi

maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan pemanfaatan

teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-

pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan.(Bayrei et al., 2008)

Sejajar dengan arus perkembangan teknologi multimedia di zaman sekarang,

penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi

kemestiannya. Sudah menjadi satu tuntutan kepada semua pihak terutamanya para guru

untuk menguasai ilmu teknologi multimedia ini seterusnya mengaplikasikannya dalam

pengajaran.(Mohd Zulkhairi 2005) walaupun di sebilangan tempat masih pada tahap yang

rendah dan terhad perkembanganya. (Mohd Firdaus et al. 2013)

Justeru itu, pemanfaatan unsur teknologi yang sedia ada dapat membuka ruang untuk

membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah

memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar

.(Siti Fatimah & Ab. Halim 2010) khususnya yang melibatkan multimedia dalam bidang

bahasa Arab. (Mohd Firdaus et al., 2013)

Dalam membincangkan keberkesanan pembelajaran berasaskan web, terdapat

beberapa kajian yang telah dijalankan dalam pelbagai peringkat sama ada di peringkat

sekolah, universiti, dan pelajar-pelajar pra dan pasca siswazah. Hasil daripada dapatan

kajian Mohd Zulkhairi (2012) semasa reka bentuk perisian Balaghah, didapati perlunya

pemilihan model reka bentuk intruksi yang sesuai disusuli dengan pemilihan elemen

multimedia yang tepat sesuai dengan sasaran pengguna dan perisian. Penggunaan perisian

dengan pendekatan yang sesuai juga dititikberatkan bagi memastikan aplikasi pembelajaran

yang dibina berkesan.

Mohd Azul (2000) pula meneliti hubungkait antara kelambatan capaian, bilangan

unsur multimedia dalam fail yang dicapai serta pelaksanaan aplikasi yang digunakan untuk

mencapai sesuatu fail. Dapatan kajian beliau menyokong bahawa penggunaan elemen

Page 7: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

7

multimedia dapat menyumbang kepada satu persekitaran pembelajaran yang mudah

difahami, lebih efektif serta berkualiti di kalangan pelajar.

Kajian Mohd Firdaus, Muhammad Sabri dan Mohd Shahrizal (2013) telah

menjalankan satu kajian mengenai potensi yang wujud pada platform pembelajaran secara

maya khususnya bagi pelajar sekolah rendah. Laman web ini telah dinamakan sebagai

Laman EZ-Arabic. Dapatan kajian yang dikumpulkan menyatakan bahawa 55 komen dan

cadangan daripada pengguna dan seramai 55 orang telah menekan butang LIKE di laman

Facebook bagi mendapat maklumbalas. Antara penambahbaikan yang dicadangankan iaitu

paparan antara muka, aplikasi sokongan, cabaran dan gangguan, kesesuaian bahan,

kebolehgunaan, kepelbagaian nilai tambah dan kandungan sukatan pelajaran.

Selain itu, dalam bidang matematik terdapat juga kajian perbandingan yang

berasaskan multimedia dan tradisional yang telah dijalankan oleh Azura, Zakaria, Mohd

Hasan & Bahaman (2009) khususnya bagi kalangan para pelajar berisiko. Dapatan kajian

juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko

dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap

terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. (Azura,

Zakaria, Mohd Hasan, & Bahaman 2009)

Manakala dalam bidang pengajian Islam, Norliza, Mohamad Sattar, Roseamnah

(2013) merumuskan bahawa dengan adanya kewujudan penggunaan internet dan aplikasi

web, para pelajar dapat menikmati kemudahan di samping menyedia bahan pengajaran

kepada tenaga pengajar. Ini sekaligus dapat meringankan tugas guru dan proses P&P. Di

akhir kajian, beliau juga menyarankan penggunaan web dalam pengajian Islam mesti

dimanfaatkan semaksima mungkin demi meningkakan kefahaman pelajar dan keberkesanan

proses pengajaran (Norliza, Mohamad Sattar, & Roseamnah 2013)

Sorotan kajian di atas menunjukkan sedikit sebanyak bahawa pelbagai bidang

mencuba untuk menjadikan isi kandungan setiap bidang menjadi menarik dengan

memanfaatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran.

Namun begitu, pengkaji mendapati penghasilan bahan bahasa Arab dalam bentuk perisian

kursus yang lebih sistematik dan lengkap masih terhad di Malaysia (Janudin 2009). Justeru

itu, beliau telah membangunakan kajian terhadap penggunaaan teknologi animasi

berasaskan web dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian beliau merupakan inovasi perintis

dalam penghasilan pembelajaran bahasa Arab berasaskan web di Malaysia yang bersifat

lebih sistematik. Kelebihan aplikasi yang telah dihasilkan mempunyai ciri-ciri persembahan

animasi yang dapat menarik minat di samping menyediakan kemudahan pautan serta

fleksibiliti kepada pengguna sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih efektif.

Jadual 1: Analisis Dapatan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan

Teknologi Multimedia (2000-2013)

Bil Tajuk Penyelidik Tahun Dapatan Kajian

1 Kajian Terhadap

Sistem Persembahan

Mohd Azul

Bin Mohamad

2000 Menyumbang kepada

satu persekitaran

Page 8: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

8

Multimedia Untuk

Aplikasi Pendidikan

Salleh pembelajaran yang

mudah difahami, lebih

efektif serta berkualiti

2 Reka Bentuk Perisian

Pembelajaran

Balaghah Arab

Peringkat Sekolah

Menengah

Mohd

Zulkhairi Bin

Abdul Hamid

2005 Kandungan perisian

memuaskan dan

meningkatkan

kefahaman pelajar

3 Perbandingan

Pengajaran

Berasaskan

Multimedia dan

Tradisional ke Atas

Pencapaian Matematik

dan Sikap Matematik

di Kalangan Pelajar

Berisiko

Azura Ishak

Zakaria Kasa

Mohd Hasan

Selamat

Bahaman Abu

Samah.

2009 Peningkatan sikap

kepada Matematik

terhadap pelajar yang

berasaskan pengajaran

multimedia berbanding

tradisional

4 Pembelajaraan Nahu

Dalam Bahasa Arab

Komunikasi

Menggunakan

Aplikasi Multimedia

Berasaskan Web

Janudin Bin

Sardi @Mohd

Yusop

2009 Aplikasi menjadikan

pembelajaran lebih

efektif serta

mendorong

perkongsian maklumat

di samping menjadi

sumber bahan

pembelajaran.

5 Penggunaan Laman

Web Sebagai

Transformasi Dalam

Pengajaran Dan

Pembelajaran

Pendidikan Islam

Norliza Hussin

Mohamad

Sattar Rasul

Roseamnah

Abd. Rauf

2013 Memberi kemudahan

kepada pelajar bahkan

kepada guru untuk

menyediakan bahan

pengajaran

6 Jurnal Teknologi Full

paper Pembangunan

Laman Web EZ-

Arabic Sebagai

Alternatif

Pembelajaran Maya

Mohd Firdaus

Yahaya

Muhammad

Sabri Sahrir

Mohd

2013 Pengguna memberi

respon positif kepada

laman web yang dibina

Page 9: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

9

Bahasa Arab bagi

Pelajar Sekolah

Rendah Malaysia

Shahrizal Nasir

KESIMPULAN

Berdasarkan sorotan kajian lepas, ini dapat disimpulkan bahawa pembelajaran bahasa Arab

berasaskan teknologi multimedia adalah lebih berkesan daripada proses pembelajaran dan

pengajaran bahasa Arab secara tradisional. Bagaimanapun kebanyakan sumber laman web

pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih kurang menggunakan teknologi dengan

pembangunan yang sistematik (Baharuddin et al, 2001) jika dibandingkan dengan laman

web dari negara luar lain. Kebanyakan laman web yang dibina adalah dalam bentuk blog

dan isi kandungannya ditulis seperti format di dalam buku teks tanpa menggunakan

pendekatan teknologi yang menarik.

Justeru itu, melalui kajian akademik yang lebih pesat, diharapkan lebih banyak

inovasi yang dapat dihasilkan oleh penyelidik melalui pemanfaatan teknologi khususnya

menggunakan pendekatan teknologi multimedia dalam membumikan kefahaman dalam

bidang bahasa Arab terutamanya.

RUJUKAN

Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan

Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic

Education, 1(1), 1–14.

Aladdin, Ashinida, Hamat, Afendi, Yusof, M. S. (2004). Penggunaan PBBK(Pembelajaran

Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Ashinida. GEMA Online Journal of Language

Studies, 4(1).

Azman Che Mat, & Goh Ying Soon. (1985). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing Di Institut

Pengajian Tinggi: Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin Dan Bahasa

Perancis. Universiti Teknologi MARA, 2(2), 9–21.

Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat, & Bahaman Abu Samah. (2009).

Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian

Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi

Maklumat & Multimedia, 5, 79–89.

Baharuddin Shahman. (2012a). Analisis kontrastif struktur asas ayat bahasa Arab dan

Melayu. Universiti Malaya : Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Baharuddin Shahman. (2012b). Analisis kontrastif struktur asas ayat bahasa Arab dan

Melayu, 207–222.

Page 10: TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ... · PDF file... merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik, ... berbeza iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai ...

10

Bayrei B. Asrin, Jered B. Yutui, Mohd. Nurul Faishal B. Ab. Ghani, & Khairul Azmi B.

Ibrahim. (2008). Pengajaran sintaksis Bahasa Arab di Sek. Agama Men. Bestari J.A.I.S.

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamarul Shukri Mat Teh, Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mahamood. (2009).

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa

Arab. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 41–56.

Khairuzaman Bin Abd. Kadir. (2003). Pengajaran Sintaksis Bahasa Arab di Sek. Agama

Men. Bestari J.A.I.S.: Satu Kajian Kes. Universiti Malaya: Fakulti Bahasa dan

Linguistik.

Mohd Azul Bin Mohamad Salleh. (2000). Kajian Terhadap Sistem Persembahan Multimedia

Untuk Aplikasi Pendidikan. Universiti Malaya: Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi

Maklumat.

Mohd Firdaus Yahaya, Muhammad Sabri Sahrir, & Mohd Shahrizal Nasir. (2013).

Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa

Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Teknologi (Sains Dan Kejuteraan),

1(7), 11–18.

Mohd Zulkhairi Bin Abdul Hamid. (2005). Reka Bentuk Perisian Pembelajaran Balaghah

Arab Peringkat Sekolah Menengah. Universiti Malaya: Fakulti Bahasa Dan Linguistik.

Muhammad Saiful Anuar Bin Yusoff, Prof. Madya Dr. Jusoh Yacob, & Mohd Zaki Zakaria.

(2006). Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi Yang Berkesan.

Naimah Abdullah. (2003). Analisis Sintaksis Bahasa Arab Dan Implikasi Kesilapannya Ke

Atas Makna.

Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha’ari, & Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2013). Jurnal

Teknologi Full paper Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam

Pembelajaran, 1, 25–29.

Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, & Roseamnah Abd. Rauf. (2013). Penggunaan

Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan

Islam, 1(2), 58–73.

Saridah Binti Hussein. (2006). Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan

Dua.

Sa’d Kurayyim al-Faqiyy. (2001). Taysir al-Nahw. Dar al-Yaqin: Mansurah, Mesir.

Siti Fatimah Ahmad, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF,

2(2), 53–64.