TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan...
Transcript of TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN … filetinjauan terhadap penggunaan pengajaran berbantukan...
TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 DI SMK,
IPOH, PERAK.
PO LAI YIN @ FOO LAI YIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA
TINGKATAN 4 DI SMK, IPOH, PERAK.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya PO LAI YIN @ FOO LAI YIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
26,LALUAN KLEDANG UTARA 3,
TAMAN WANG,
31450 MENGLEMBU,IPOH,PERAK.
Tarikh: __29/4/09______ Tarikh:___ 29/4/09______
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia / Matematik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: Prof. Madya Aziz Bin Nordin
Tarikh : April 2009
i
TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 DI SMK,
IPOH, PERAK.
PO LAI YIN @ FOO LAI YIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : PO LAI YIN @ FOO LAI YIN
Tarikh : April 2009
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Foo Kam Chee
Mah Sow Chan
Terima kasih ke atas segala pengorbanan dan didihkanmu.
Kakak dan abang saya yang amat saya kasihi,
Serta rakan-rakan yang memberi dorongan dan bantuan,
Bertuah dan bersyukur dapat mengenalimu.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Prof.
Madya Aziz Bin Nordin atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang melaksanakan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih
kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah memberi nasihat dan
pandangan kepada saya dalam proses menjayakan kajian ini.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua,
guru-guru dan semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran Sains
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Buntong, Ipoh, Perak yang sudi memberi kerjasama dan memudahkan
proses pengutipan data.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu saya
dalam memberi dorongan, semangat dan nasihat semasa menghadapi segala cabaran
dalam penulisan laporan kajian ini.
Selain itu, penghargaan juga tidak lupa berterima kasih kepada ibu bapa dan
adik-beradik yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan kewangan yang
diberikan. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya
menjayakan projek penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas pelajar aliran Sains
tingkatan 4 terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia. Selain itu, kajian
ini juga mengenalpasti kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia
dan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu
dengan menggunakan PBK. Kajian penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan
telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 100 orang responden dari 2 buah sekolah
iaitu SMK Buntong dan SMK Menglembu telah terlibat dalam kajian ini. Satu set
soal selidik terdiri daripada tiga bahagian: Bahagian A (Latar belakang responden),
Bahagian B (25 soalan berbentuk Skala Likert berkaitan maklum balas pelajar
terhadap penggunaan PBK dalam mata pelajaran Kimia) dan Bahagian C (Ujian
Kimia) digunakan untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS)
version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari segi persepsi pelajar
terhadap penggunaan PBK dalam pengajaran kimia, hasil dapatan menunjukkan
bahawa penggunaan PBK dapat merangsangkan deria pelajar merupakan min yang
tertinggi. Manakala dari segi persepsi pelajar terhadap budaya sekolah pula,
responden bersetuju guru memainkan peranan penting dalam penggunaan PBK.
Kekerapan penggunaan PBK di tempat kajian menunjukkan PBK dijalankan pada
setiap waktu pengajaran mata pelajaran Kimia. Selain itu, masalah yang dihadapi
oleh pelajar ialah masalah guru semasa penggunaan PBK dalam pengajaran tajuk
kimia tertentu. Beberapa cadangan dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan
dalam kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the responses of the form 4
Science stream students toward the usage of the CAI in teaching of Chemistry
subject. The study is also to identify the frequent usage of CAI in teaching Chemistry
and the problem faced by the students while learning a certain Chemistry topic using
CAI. Descriptive research method has been used in this study. 100 respondents from
2 schools which are SMK Buntong and SMK Menglembu had been involved in this
study. A set of questionnaire consisting of 3 parts: Part A (Respondents’ personal
particulars), Part B (25 questions in Likert Scale about the response of the students
toward the usage of PBK in Chemistry subject) and Part C (Chemistry Test) were
given to the respondent in order to get the data. Data was analyzed using computer
software “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS) version 16 to calculate the
frequency, percentage and min. From the perception of student towards usage of CAI
in teaching of Chemistry, the result shows that higher min score was in stimulating
senses. While from the perception of student towards school culture, respondents
agree that teacher play an important role in usage of CAI. CAI was used in classroom
on every period of teaching Chemistry. Besides this, the problem faced by the
student was teacher problem while using CAI in certain Chemistry topic. Several
suggestions and suggestions for future studies were put forward in this research.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS THESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
viii
1.6 Rasional Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Komunikasi 7
1.8.2 Teknologi 8
1.8.3 Komputer 8
1.8.4 Pengajaran 8
1.8.5 Pelajar 9
1.9 Rumusan 9
2 SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kelebihan Penggunaan PBK Di Kalangan
Pelajar Kimia 13
2.2.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 14
2.2.2 Merangsangkan Deria Pelajar 15
2.2.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 16
2.2.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 17
2.2.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 18
2.3 Kelemahan Penggunaan PBK Dalam Pendidikan 19
2.3.1 Budaya Sekolah 19
2.3.2 Peranan Guru Terhadap Penggunaan PBK 21
2.4 Rumusan 23
ix
3 METODOLOGI 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Pensampelan 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 27
3.5.2 Bahagian B 27
3.5.3 Bahagian C 28
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Rumusan 32
4 PENGANALISAAN DATA 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisi Latar Belakang Responden (Bahagian A) 34
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 34
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengredan
Kimia Dalam Pertengahan Tahun 36
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan
PBK Digunakan Dalam Pengajaran Kimia 37
4.3 Analisis Peratusan Dan Min (Bahagian B) 37
4.3.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 38
x
4.3.2 Merangsangkan Deria Pelajar 41
4.3.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 42
4.3.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 44
4.3.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 46
4.3.6 Peranan Guru 48
4.3.7 Peranan Kemudahan Sekolah 51
4.4 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian
(Bahagian B) 52
4.4.1 Aspek Persepsi Pelajar Terhadap
Penggunaan PBK 52
4.4.2 Aspek Budaya Sekolah 54
4.5 Analisis Pencapaian Responden (Bahagian C) 55
4.5.1 Pencapaian Pelajar Terhadap Ujian Kimia 55
4.5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan PBK
Dalam Mata Pelajaran Kimia 56
4.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Yang
Dihadapi Apabila PBK Digunakan 56
4.5.4 Persepsi Pelajar Pencapaian Tinggi Dan
Rendah Terhadap Penggunaan PBK 57
4.6 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari
Pencapaian Pelajar (Bahagian C) 58
4.7 Rumusan 59
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60
xi
5.2.1 Latar Belakang Responden 60
5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 61
5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 64
5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 64
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 65
5.4 Cadangan 66
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.6 Rumusan 68
RUJUKAN 70
LAMPIRAN A 75
LAMPIRAN B 82
LAMPIRAN C 85
LAMPIRAN D 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Populasi Kajian Dan Sampel Kajian 26
3.2 Skala Likert 28
3.3 Taburan Item Mengikut Aspek 28
3.4 Markat Skala 3 Mata 31
3.5 Tahap Pencapaian Dengan Peratus Markah 32
4.1 Agihan Permarkahan 33
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 34
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengredan Kimia Dalam
Pertengahan Tahun 36
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan PBK Digunakan
Dalam Pengajaran Kimia 37
4.3.1 Mempercepatkan Pembelajaran Pelajar 38
4.3.2 Merangsangkan Deria Pelajar 40
4.3.3 Memperkayakan Pengalaman Pelajar 42
4.3.4 Menyeronokkan Pembelajaran Pelajar 44
4.3.5 Memudahkan Kefahaman Pelajar 46
4.3.6 Peranan Guru 48
4.3.7 Peranan Kemudahan Sekolah 51
xiii
4.4.1 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari Aspek Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan PBK 52
4.4.2 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Dari Aspek Budaya
Sekolah 54
4.5.1 Pencapaian Pelajar Terhadao Ujian Kimia 55
4.5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan PBK Dalam Mata
Pelajaran Kimia 56
4.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Yang Dihadapi Apabila
PBK Digunakan 57
xiv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
1.1 Komunikasi Antara Guru Dan Pelajar Dalam Bilik Darjah 2
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
CAI Computer Aided Instruction
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
BBM Bahan Bantu Mengajar
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
ICT Information and Communications Technology
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
SPSS Statistical Packages For Social Science
UTM University Technology Malaysia
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik Kajian 75
B Persepsi Pelajar Dari Pencapaian Tinggi
Dan Rendah Terhadap Penggunaan PBK 82
C Surat Pengesahan KPM 85
D Surat Pengesahan Diri Pelajar 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
“Communication can be concerned with the transmission of information
between people, animals or machine…”
(Philip Hills, 1990)
Komunikasi adalah sesuatu proses yang amat penting dalam kehidupan harian
dan tidak boleh diabaikan. Untuk menghasilkan suatu komunikasi yang berkesan,
terdapat 2 jenis peranan yang penting dalam penghantaran mesej di antara satu sama lain
iaitu penghantar dan penerima di mana penghantar bertanggungjawab menghantar mesej
kepada penerima. Menurut Wan Zah Wan Ali (1986), sebenarnya proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) adalah juga satu proses komunikasi. Suatu komunikasi yang
berjaya hanya akan berlaku bila manusia berkongsi pengertian dan pengalaman yang
sama. Untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu subjek, proses P&P yang berlaku
dalam bilik darjah memerlukan komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar,
iaitu melibatkan penghantaran maklumat daripada guru dan maklum balas daripada
pelajar. Akan tetapi, menghasilkan komunikasi yang berkesan juga mengambil berat
dalam saluran dan jenis sumber yang dihantar daripada guru kepada pelajar.
2
Gambarajar: Komunikasi antara guru dan pelajar dalam bilik darjah.
(Philip Hills, 1990)
Pelaksanaan proses P&P yang berkesan dalam bilik darjah, suatu sumber dan
bahan mengajar akan memainkan peranan yang penting. Berbagai-bagai peralatan dan
bahan yang boleh digunakan untuk membantu guru dan pelajar, diantaranya adalah
televisyen, radio, lutsinar, filem, buku, carta, kad dan akhir-akhir ini kegunaan bahan
kursus pelbagai media. Sekiranya bahan dan peralatan ini digunakan mengikut
keperluannya, kelas itu akan dapat berjalan dengan berkesan (Arfah A. Aziz, 1995).
Terdapat satu alat pengajaran yang amat tertekan dalam bidang pendidikan pada masa
kini adalah menggunakan teknologi multimedia dalam proses P&P. Menurut Sandholtz,
et al.(1997):
Technology is a catalyst for change in classroom processes because it
provides a distinct departure, a change in context that suggests
alternative ways of operating. It can drive a shift from a traditional
instructional approach toward a more eclectic set of learning activities
that include knowledge-building situation for students.
Kemunculan teknologi dalam sistem pendidikan membolehkan dunia pendidikan
mengalami pembaharuan dan dapat membantu mencapai matlamat dan tujuan
pendidikan supaya proses P&P boleh dijalankan dengan lebih berkesan dan lancar.
Kaedah
pembelajaran
Pelajar Guru Medium
Sumber
3
Dalam hal ini, Arfah A.Aziz (1995) pula mengatakan kemasukan teknologi canggih dan
terkini ke dalam sistem pendidikan kita untuk mana-mana mata pelajaran adalah sebagai
menyahut tuntutan edaran masa dan kemajuan Negara. Tetapi walaubagaimana canggih
pun teknologi yang dimasukkan dalam bidang pendidikan, prinsipnya adalah kegunaan
alat-alat ini untuk membantu guru dan pelajar mencapai matlamat pengajaran.
Untuk membudayakan teknologi dalam pendidikan, para pendidik didorong
dengan melaksanakan pengajaran berbantukan komputer dalam proses P&P. Pengajaran
berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided
Instruction (CAI), Computer Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT),
Computer Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL) (Baharuddin,
Rio dan Manimegalai, 2002). Walaupun komputer adalah perkakasan tetapi ia dapat
bersifat sebagai fasilitator dan berinteraksi dengan pelajar.Dengan menggunakan PBK
dalam kelas, guru dapat merancangkan sesuatu isi kandungan mengajar yang berkesan di
mana boleh mempercepatkan pembelajaran pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata
pelajaran elektif. Diantara mata pelajaran eletif dalam sekolah menengah atas termasuk
fizik, biologi, kimia dan sains tambahan. Kimia ialah satu disiplin dalam sains yang
membolehkan pelajar memahami fenomena alam semula jadi yang berada di sekeliling
kita. Ini disebabkan kimia adalah suatu subjek yang berkaitan dengan jirim dan interaksi
di antara bahan. Oleh ini, kimia mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kehidupan
kita.
Walau bagaimanapun, subjek kimia dianggapkan sebagai suatu subjek yang
mempunyai isi kandungan yang susah difahami oleh pelajar kerana kimia melibatkan
4
konsep atau teori yang abstrak terutamanya sesuatu perkara yang sukar memberi
gambaran. Menurut kajian Johnstone (1974), di mana melaporkan pandangan-
pandangan dari pelajar dan mengatakan mole, chemical formulae dan equations
merupakan topik yang paling susah difahami dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu,
kajian Ghassan Sirhan (2007) telah mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan
pelajar kurang menguasai konsep kimia. Antara punca-punca ialah motivasi pelajar
sendiri dan perhatian pelajar dalam pengajaran.
Motivasi merupakan faktor penting yang menpengaruhi pembelajaran seseorang.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Omar (1995) dan Berg (2004), didapati sikap
seseorang pelajar amat bergantung kepada kelakuan motivasi. Pelajar yang bermotivasi
tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran manakala pelajar yang tidak
bermotivasi pula menunjukkan sikap yang negatif. Apabila seseorang menjumpai
sesuatu yang berminat, bermakna dan memberi cabaran yang besar, motivasinya akan
dapat dipertingkatkan.
Menurut Fox (1993), perhatian seseorang terhadap sesuatu sebenarnya
dipengaruhi oleh motivasi sendiri. Pelajar dapat menumpu perhatian kepada pengajaran
apabila motivasinya tinggi. Akan tetapi, perhatian pelajar kepada pengajaran juga
bergantung kepada pengajaran di dalam kelas terutamanya teknik mengajar. Datuk Lee
Yee Cheong berpendapat bahawa faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat
dalam mata pelajaran ialah guru-guru masih menggunakan teknik pengajaran yang
digunakan sepuluh tahun dahulu iaitu mengajar dan pelajar hanya mendengar sahaja.
Tambahan lagi, teknik pengajaran perlu sejajar dengan perubahan sains dan teknologi.
Penggunaan alat bantu mengajar yang mudah difahami serta teknik yang membolehkan
pelajar merasai kewujudan sains perlu dipraktikkan. Namun, penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) dan isi kandungan mengajar telah memainkan peranan yang penting
dalam mengajar sesuatu pengetahuan. Untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan,
sumber bahan dan isi kandungan mengajar hendaklah dipilih dan dirancangkan dengan
berhati-hati supaya konsep-konsep senang difahami oleh pelajar dan dapat menarik
perhatian pelajar dalam pengajaran (Ghassan Sirhan, 2007).
5
Justeru itu, sistem pendidikan telah melaksanakan satu pembaharuan dalam
proses pengajaran iaitu pencantuman teknologi dalam proses P&P. Melalui penggunaan
teknologi dalam pengajaran, proses P&P akan menjadi lebih menarik dan tidak
membosankan pelajar. Ini disebabkan komputer dapat mengintegrasikan teks, grafik,
audio, animasi dan video.
1.3 Pernyataan Masalah
Dengan pelaksanaan PBK dalam proses P&P, teknik pengajaran telah diubahsuai
dari teknik pengajaran tradisional kepada teknik pengajaran yang menggunakan
komputer. Proses P&P dengan menggunakan komputer banyak memberi manfaat
kepada sistem pendidikan. Pelajar boleh lebih memahami sesuatu pengetahuan dan
konsep yang abstrak terutamanya subjek kimia. Penyelidik ingin mengkaji apakah
maklum balas pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran kimia?
Berapakah kerap PBK digunakan dalam waktu pengajaran kimia? Apakah masalah
yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu dengan
menggunakan PBK?
1.4 Objektif Kajian
Objektif dalam kajian ini khususnya ialah untuk mengenalpasti:
i. Maklum balas pelajar terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia.
ii. Kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia.
iii. Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu
dengan menggunakan PBK.