Tips Bijak Sifir

7
TIPS BIJAK MATEMATIK! Apr29by Admin Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik. Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Transcript of Tips Bijak Sifir

Page 1: Tips Bijak Sifir

TIPS BIJAK MATEMATIK!

 Apr29by Admin

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. 

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu,   maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Page 2: Tips Bijak Sifir

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

PROGRAM BIJAK SIFIR

 

RASIONAL

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan TEKNOLOGI MAKLUMAT , kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran amatlah dititikberatkan.

MATEMATIK merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi ( tambah, tolak, darab, dan bahagi ) sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.

Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang berkandung dalam program ini dapat melahirkan warga SKBH yang PINTAR SIFIR. 

Page 3: Tips Bijak Sifir

MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar dalam fakta asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.  

OBJEKTIF

1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan     cepat dan tepat

2. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan

3. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian daripada hidup

4. Zero defect – murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik 

SASARAN

Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 

JANGKA MASA

Sepanjang tahun dan berterusan 

STRATEGI DAN CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Projek 7.30

1.1 Latihan congak atau fakta asas secara lisan diadakan setiap hari kecuali       Jumaat bermula 7.30 hingga 7.45 pagi

1.2 Murid disusun secara berpasangan ( seorang murid telah menguasai dan       seorang murid kurang menguasai fakta asas matematik ) . Guru bertugas       tentukan fakta asas Matematik yang perlu dibaca.

1.3 Murid yang telah menguasai fakta asas Matematik membaca di hadapan      rakan dan kemudian membantu rakan membaca fakta asas matematik 

Page 4: Tips Bijak Sifir

2. Menguji kecekapan dan kemahiran Fakta Asas Matematik

   2.1 Setiap murid dimestikan mempunyai sebuah buku log untuk kegunaan          latihan congak

   2.2 Guru Matematik menggunakan 5 hingga 10 minit waktu pengajaran untuk          menguji kecekapan secara lisan atau kemahiran bertulis

   2.3 Guru dan murid menyemak bersama-sama. Guru catatkan skor yang          diperolehi oleh murid

   2.4 Guru mengumpulkan skor murid, buat analisis dan hantar laporan kepada          Ketua Panitia sebulan sekali,

3. Menghafal Fakta Asas Matematik secara cepat

    3.1 Setelah menguasai fakta asas terutama sifir, guru boleh memperkenalkan           cara menguasai sifir secara lebih cepat.          Contoh : SISTEM SENSOR

4.    Membina Kad Sifir dan Carta Sifir

      4.1 Guru membina carta sifir di dalam kelas tanpa jawapan dan boleh             menggunakannya sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran

      4.2 Membina carta sifir tanpa jawapan di kawasan rehat Tahap 1 oleh            guru-guru Matematik Tahap I dan di wakaf PIBG oleh guru-guru             Tahap II 

HALANGAN

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan

2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain

3. Murid sampai lewat ke sekolah

4. Murid kerap tidak hadir 

PENYELESAIAN

1. Pengurusan masa

Page 5: Tips Bijak Sifir

2. Adakan ganjaran

3. Pengagihan tugas kepada guru-guru  

JADUAL  PERLAKSANAAN

1. Membaca fakta Asas    Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula 7.30 – 7.45, murid     membaca sifir dan fakta asas di tempat yang telah ditentukan.

2. Latihan congak secara lisan dan bertulis – guru-guru Matematik mengambil     masa 5 – 10 minit untuk menguji kecekapan secara lisan dan kemahiran     secara bertulis setiap  hari.

3. Membina kad sifir dan carta sifir – bulan Januari dan Februari semasa mata     pelajaran Matematik – 1 kali seminggu

4. Minggu Matematik – 1 minggu dalam setahun – ikut taqwim sekolah

5. Semakan semasa buku log murid oleh guru-guru Matematik setiap hari

6. Semakan Berkala buku log guru Matematik sebulan sekali oleh Ketua Panitia 

SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan sekolah

2. Sumbangan perseorangan  

ALATAN

1. Buku log    1.1 murid    1.2 guru2. Alat tulis3. Papan `Plywood’4. Cat5. Berus Cat6. Manila Kad

Page 6: Tips Bijak Sifir

PENILAIAN

1.   Semakan semasa – guru Matematik

2.   Semakan Berkala – Ketua Panitia

3.   Pertandingan Kira Cepat

4.   Kuiz Matematik