Tips blog menarik

2
Tips Menghasilkan Blog Lebih Menarik dan Bergaya Dengan menggunakan beberapa peraturan asas seni dan reka bentuk, anda boleh menghasilkan atau mencipta sesebuah laman web yang lebih menarik dan berkesan. Berikut adalah beberapa elemen yang paling penting dalam komposisi dan bagaimana anda boleh mengaplikasikannya ke dalam laman web anda untuk membuatkan ia nampak lebih menarik. 1. Elemen : Warna Anda perlu memilih warna yang paling tepat dalam menghasilkan blog yang menarik. Warna yang membosankan atau hampir sama adalah sangat berbahaya kepada blog anda. Warna sebenarnya mempunyai kesan yang kuat ke atas respons pelawat yang melawati blog anda. Hal ini kerana, anda boleh menggunakan warna sebagai medium untuk anda mendapatkan perhatian pelawat-pelawat anda. Warna-warna cerah cenderung untuk menyatakan emosi dan menyuntik laman web anda dengan tenaga, manakala warna gelap dan warna pelengkap meluahkan keharmonian dan suasana yang santai. Pilihlah warna yang sesuai untuk menetapkan mood dan sepadan dengan jenama atau matlamat blog anda. Contoh gambar yang menarik adalah seperti Gambar 1 di bawah : Gambar 1

Transcript of Tips blog menarik

Tips Menghasilkan Blog Lebih Menarik dan Bergaya

Dengan menggunakan beberapa peraturan asas seni dan reka bentuk, anda boleh

menghasilkan atau mencipta sesebuah laman web yang lebih menarik dan berkesan. Berikut

adalah beberapa elemen yang paling penting dalam komposisi dan bagaimana anda boleh

mengaplikasikannya ke dalam laman web anda untuk membuatkan ia nampak lebih menarik.

1. Elemen : Warna

Anda perlu memilih warna yang paling tepat dalam menghasilkan blog yang menarik. Warna

yang membosankan atau hampir sama adalah sangat berbahaya kepada blog anda. Warna

sebenarnya mempunyai kesan yang kuat ke atas respons pelawat yang melawati blog anda.

Hal ini kerana, anda boleh menggunakan warna sebagai medium untuk anda mendapatkan

perhatian pelawat-pelawat anda. Warna-warna cerah cenderung untuk menyatakan emosi dan

menyuntik laman web anda dengan tenaga, manakala warna gelap dan warna pelengkap

meluahkan keharmonian dan suasana yang santai. Pilihlah warna yang sesuai untuk

menetapkan mood dan sepadan dengan jenama atau matlamat blog anda. Contoh gambar

yang menarik adalah seperti Gambar 1 di bawah :

Gambar 1

2. Elemen : Ruang Putih

Apa yang dimaksudkan dengan Ruang Putih adalah, anda perlu menghasilkan laman web

yang bersih dengan mesej yang jelas. Walaupun ia mungkin menarik untuk mengisi setiap

sudut dan kotak dengan teks, imej dan ikon, Ruang Putih (juga dikenali sebagai "ruang

negatif" jika anda mahu bunyi seperti pro) boleh menjadi lebih berkuasa daripada isi

kandungan. Pelawat cenderung untuk bertindak balas dengan baik kepada laman web yang

kelihatan "bersih" dan meninggalkan banyak ruang putih juga menjadikannya lebih mudah

untuk berkomunikasi dan memahami mesej dengan jelas.

3. Elemen : "Hierarki Visual"

Apa yang dimaksudkan dengan “Hierarki Visual” adalah cara untuk menangkap mata

pelawat anda. Banyak penyelidikan telah dijalankan untuk menentukan bagaimana pembaca

melihat isi kandungan pada skrin.Keputusan adalah jelas menyatakan bahawa manusia

mengimbas laman web dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Sesetengah orang merujuk

kepada pengimbasan bentuk "F" atau "Z".

Hasil penyelidikan seperti ini memberi maksud bahawa anda mempunyai beberapa kawalan

ke atas bagaimana pelawat melihat laman web anda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu

fokus kepada hal itu sahaja. Anda juga perlulah menggunakan warna, saiz tulisan, dan saiz

relatif imej untuk membuatkan elemen “Hierarki Visual” anda lebih berhasil dan kukuh di

laman web anda. Sebaik sahaja anda telah melakukan kesemua elemen “Hierarki Visual” ini,

pelawat secara tidak langsung akan mudah mengimbas item kandungan anda yang lebih

penting berbanding isi kandungan yang kurang penting.

Tambahan lagi, apabila anda tahu di mana pelawat anda akan melihat bahagian yang pertama

(dan kedua, dan ketiga) di laman web anda, anda boleh menggunakan elemen ini untuk

membuat keputusan di mana anda perlu meletakkan isi kandungan yang penting. Letakkan isi

kandungan penting di mana mata mereka akan mendarat yang pertama kali, dan berikan pop

warna yang lebih terang.