Tips Buat Duit

download Tips Buat Duit

of 12

Transcript of Tips Buat Duit

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    1/28

    Sedarlah bangsaku, cili ni Pedas

    ============================

    1. Yang bergaji rendah , Tapi bila suruh beli Apartment Low Cost harga 50K - 70K dulu

    macam-macam alasan bagi, dalam fikiran nak beli terus Condominium harga RM500K pastu

    merungut rumah mahal. Angan-angan tidak berasas. Yang mahal tetap mahal, Tapi yang

    murah Masih ada, bila tiada kemampuan beli la yang murah dulu.

    2. Bila suruh simpan duit setiap bulan RM500 - RM1000 dikata tak masuk akal, cakap Kita

    melayu ni ramai gaji kecil, kos-kos hidup semua tak lepas, segala alasan dimunculkan. Tapi

    bila sangkut skim cepat Kaya , lihat jumlah tersangkutnya sampai cecah ratusan juta ringgit

    ke satu billion. Masa tu baru tau dan sedar sebenarnya ramai melayu yang banyak duit.

    3. Bila ditegur dan bagi nasihat berasas supaya tinggalkan sesuatu yang Boleh memakandiri kata kita dengki khianat. Bila dah 'terkena' baru minta tolong carikan jalan keluar. Cari la

    orang yang nak 'tolong' sangat tu.

    4. Bila terkantoi satu skim semua orang mula sedar dan 'bertaubat' .TAPI, Bila muncul skim

    baru, berbondong-bondong lagi masuk berjemaah. Bila tersangkut lagi 'taubat lagi' .

    5. Bila diberikan dan ditunjukkan asas jalan, macam-macam dipertikai , Tapi bila Dah disuap

    , tidur berdengkur.

    6. Merungut gaji tak cukup, malam melepak sampai pagi, hari minggu terbungkang tidur 2

    hari 2 malam, kerja lebih sikit Tak nak , part time Tak nak , ambil upah Tak nak. Yang tau

    buka FB merungut tak Habis-habis.

    7. Bila Tak nak ikut sekali terjebak, nak putus kawan, di label tiada masa depan, Tapi bila

    duit lesap, kawan 'baik' tu lesap dulu, phone no pon operator yang angkat.

    8. Bila dibantah cakap Kita macam 'burung kakak tua yang pandai berkata-kata Tapi apa

    yang dikatanya tidak dia fahami'. Sebab bukan burung kakak tua la Aku Boleh berfikir. Yang

    kau ikut rasmi kakak tua tu buat apa? Ikut jer.

    9. Baru kerja dah nak Pakai kereta mahal. Alasan 'baru awek pandang Nampak macho bro'.

    Bila dating takde duit, awek yang bayar. MACHO SANGAATTT!!.

    10. Bila ajak bersedekah & berzakat cakap riak , bila diam cakap 'tak bayar zakat &

    bersedekah ke???hmm

    Aku menulis sebab Aku juga Melayu , Tak salah rasanya aku ingatkan diri Aku sendiri dan

    seluruh bangsaku yang 'Mudah Lupa dan alpa'.

    -KEY-

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    2/28

    Pedas!!

    =======

    KEY: Boleh tak Tuan berkongsi dengan saya apakah amalan yang selalu Tuan buat, mana

    tau saya boleh jadikan sebagai amalan nak jadi berjaya macam Tuan.

    Tuan H: selain dari yang wajib saya amalkan Solat Dhuha ,bersedekah especially pada

    surau & masjid dan beri yang terbaik untuk anak.

    KEY: Dengan keadaan hari ni kan Tuan ramai orang kata kos hidup terlalu tinggi dan tidak

    mencukupi untuk keperluan harian.

    Tuan H: saya sendiri pernah lakukan kesilapan dalam kewangan, Saya pernah ber hutang

    credit card RM60K, bila saya sedar, Saya dapat habiskan semua hutang credit card tu dalam

    tempoh 18 bulan. Saya gunakan hampir 80% Dari gaji saya setiap bulan untuk bayar hutangtu, Saya paksa diri Ikat perut dalam tempoh tu dan saya berjaya, masa tu saya sedar

    sebenarnya saya boleh jer simpan RM4000 sebulan Kalau saya paksa diri saya yang selama

    sebelum tu RM100 pon belum tentu saya simpan. Dari situ saya belajar.

    KEY: memang cukup kental tu. belum mampu Saya nak buat macam tu.

    Tuan H: awak tengok ye hari ni orang muda ramai cakap takde duit pastu terpaksa

    meminjam. Sebelum tu, awak tengok dulu dia Pakai kereta apa & tengok sport rim Kereta

    dia.

    KEY: kenapa dengan sport rim pulak ye Tuan?

    Tuan H: Kalau kereta dia sport rim cantik, maknanya dia beli kereta yang full spec, Kalau dia

    ukur tahap kemampuan dia, dia beli yang basic shj, Kalau yang sport rim dah bukan

    standard tu, maknanya ada pulak duit dia tukar sport rim, Kalau duit beli sport rim tu dia

    simpan, mungkin masa dia tengah susah ni, duit tu membantu.

    KEY: Ohhh...

    Tuan H: Kereta awak parking mana Ezuwan.

    KEY: Oh., Saya parking Selang dua bangunan sebelah belakang, takde parking tadi. (Dia

    nak usha Sport rim Kereta Aku ler tu)

    'Pengalaman orang lain banyak mengajar Kita erti kehidupan'

    -KEY-

    Tahukah anda

    ===========

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    3/28

    Total NAV Public mutual sebagai private Unit Trust company terbesar di Malaysia dengan

    lebih dari 100 dana adalah RM65.5 billion

    Cimb principal dengan 70 dana, RM57 billion .

    Jumlah kedua-kedua Dana dalam 2 company terbesar ini dengan lebih 170 jenis dana

    (conventional + Islamic)?adalah berjumlah RM122.5 billion.

    Total NAV kedua-duanya ini cuma 85% daripada jumlah pelaburan satu dana ASB yang

    berjumlah RM145 billion.✌  

    -KEY-

    Mari belajar memahami teori

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

    Contoh teory:-⬇

    sebuah motor jenis Yamaha Lagenda baru berharga RM6,000. Jika simpan RM100 sebulan, Kita

    memperolehi jumlah simpanan RM6,000 dalam tempoh 60 bulan @ 5 tahun. Maknanya Kita

    boleh beli cash motor tersebut dalam tempoh 5 tahun.

    Simple?

    -------------------------------------------------

    Jom Kita jadikan persoalan-persoalan yang complicated

     ___________________________________

    Q1: lambatnya nak tunggu sampai 5 tahun baru dapat beli. Saya nak dalam tempoh 2 tahun

    sahaja.

    A1: Kalau nak beli dalam tempoh 2 tahun, maknanya RM6,000 / 24 bulan, awak kena buat

    simpanan RM250 sebulan. Awak boleh fikir sendiri kan?

     ________________________________________

    Q2: RM6,000 tu baru harga motor, Ada kos lagi lebih kurang RM600 untuk register, road tax,

    insurance dll. Tapi Saya mampu simpan sebulan RM100 jer, Tak Boleh lebih. Cemana Saya nak

    dapatkan dalam tempoh 5 tahun macam awak tulis.

    A2: Kalau awak dah tahu Ada kos tambahan lagi RM600 dan awak mampu Cuma RM100 sahajasebulan. Tambah la lagi tempoh simpanan jadi 6 tahun setengah, tangguhkan pembelian tu lagi

    6 bulan. Boleh mati ke bila tangguh lagi 6 bulan? Awak boleh fikir sendiri kan?

     ________________________________________

    Q3: Saya hanya mampu simpan RM100 jer sebulan, Tapi Saya nak Pakai motor Yamaha

    Lagenda lagi 3 tahun. Boleh ke tidak?

    A3: boleh . Cari la yang 2nd hand harga RM3600. Kalau tidak mampu, beli mana yang awak

    mampu. Awak boleh fikir sendiri kan?

     ________________________________________

    Q4: apa bagi teori nak beli motor pon sampai 5 tahun, Saya nak Pakai bulan Depan nak buatPergi kerja. Mengarut teori ni.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    4/28

    A4: Kalau awak rushing nak cepat, Pergi la Hong Hong motor, Pergi beli ambil credit dengan

    kedai, dengarnya dia bagi loan 100%, Cuma bayar deposit RM100. Bukan setakat 1 bulan,

    Minggu depan awak dah boleh dapat motor, bayar jer bulan-bulan dengan interest 10% setahun

    tu . Awak boleh fikir sendiri kan?

     ________________________________________

    Q5: Kalau lepas 3 tahun Saya simpan, tiba-tiba ayah saya sakit & perlukan duit RM3600 tu untuk

    Pergi berubat, cemana Saya nak beli motor tu dalam tempoh 5 tahun Dari mula-mula Saya

    simpan?

    A5: Cuba awak bayangkan dalam 3 tahun tu awak tak simpan, Ada ke Awak boleh bagi RM3600

    tu untuk ayah awak berubat? Motor? Kalau awak dah guna duit tu bermakna awak kena

    tangguhkan beli motor dan kumpul semula. Awak sendiri boleh fikir kan?

     ________________________________________

    Q6: Saya tak mampu simpan RM100 sebulan. Saya Cuma mampu RM50 sebulan. Bagaimana

    Saya nak dapat beli motor tu dalam tempoh 5 tahun seperti yang awak tulis.

    A6: Dah kemampuan awak RM50 sahaja , maknanya awak kena kumpul selama 10 tahun untuk

    awak beli motor tu dengan tunai. Awak sendiri boleh fikir kan?

     ________________________________________

    Q7: bagaimana lepas 2 tahun Saya simpan, tiba-tiba Saya kena berhenti kerja, Cemana saya

    nak simpan lagi nak beli motor tu nanti.

    A7: lepas 2 tahun awak dah ada simpan RM2400 kan, gunakan la duit tu utk cari kerja baru atau

     jadi modal buat business kecil-kecilan, lepas tu dapatkan simpanan RM6,000 dalam tempoh 3

    tahun tu. dapat la awak miliki motor tu dalam tempoh yang awak dah set. Awak sendiri boleh fikir

    kan? ________________________________________

    Q8: kos hidup Saya tinggi, Saya nak simpan RM1 sebulan pon tak boleh, Cemana saya nak beli

    motor tu dalam tempoh 5 tahun. Awak tulis Senang la.

    A8: Awak abaikan jer teori ni ok.

     ________________________________________

    Dalam matematik bagaimana teori untuk jadi angka 10?

    A) 5 + 5

    B) 18 - 8C) 2 x 5

    D) 70 / 7

     Kalaulah semua manusia itu keadaannya sama, mudahnya menulis teori. Teori hanyalah

    asas, implementasinya adalah bergantung atas keupayaan individu itu sendiri. Ringankanlah

    akal untuk mengolahnya sendiri mengikut potensi, capacity & capability yang ada pada diri

    sendiri. Bukan terus menyalahkan teori.✌  

    -KEY-

    Ada 7 perkara yang kita kena semak sebelum masuk lelong.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    5/28

    1. Tunggakan cukai pintu

    2. Tunggakan cukai tanah

    3. Tunggakan bil api

    4. Tunggakan bil air

    5. Tunggakan bil indah water6. Tunggakan maintenance

    7. Carian di pejabat tanah.

    Dah tau berapa tunggakan baru buat bank draft dan masuk lelong. Bukan semberono je

    bang..

    Satu lagi. Kenapa nak bayar upah agent sampai 2k kalau boleh buat sendiri? Itu pentingnya

    ilmu bang..

    2.5k untuk SnP mana ni? Rumah lelong mana ada SnP bang.. Abg kena tipu ni.

    Kos repair tu kalau takde bajet beli la rumah yang kurang nak kena repair atau tak payah

    repair langsung. Pilihan di tangan kita..

    Hidden cost? Apa cost tersebut? Mohon huraikan...

    cc:Khairul Ezuwan

    Gaji RM1500 jer .apa nak buat ?? Menyimpan, miliki hartanah, kenderaan, duit kahwin?? -

    Anda silap jika anda fikir tiada jalan untuk miliki semua tersebut----------------------------------------------------

    Saya bagi Contoh seorang yang baru bekerja dengan gaji bersih RM1500. Andaikan

    kenaikan gaji RM100 setahun. Target untuk berkahwin lagi 5 tahun, perlukan duit untuk

    berkahwin, ingin memiliki Rumah , kenderaan dan simpanan masa depan.

     

    1. Kalau saya suruh simpan RM1000 sebulan boleh tak?memang tak la. kena maki tak henti

    saya nanti kang.. Begini, buat simpanan tetap sebulan RM300, Buat pinjaman ASB 50K

    dari Mula bekerja dengan komitmen bulanan lebih kurang RM300. Debt Service Ratio (DSR)

    waktu ini adalah 20%. Kawal perbelanjaan harian anda

    a) Sewa rumah = RM200 (Sewa dengan kawan-kawan bujang)

    b) makan minum = RM500

    c) minyak motor = RM100

    d) bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai beban)

    e) telefon = RM100

    f) lain-lain = RM200

    https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    6/28

    2. Gunakan kaedah buat extra income seperti overtime sebagai kaedah untuk memenuhi

    keperluan jika tidak mencukupi dan boleh bagi lebih kepada ibu bapa.

    3. Saya nak share salah satu option untuk raih pendapatan Dari property untuk create cash

    flow, simpanan atau membina modal dengan kos yang minima iaitu SUBLET, mungkin ada

    yang biasa dengar, Ada yang tidak biasa. Sublet adalah Sewa ke atas sewa atas

    property.Siapa nak belajar sublet secara serius boleh jumpa dengan guru yang mahirPaih

    Aman . Boleh belajar A to Z dengan beliau.

    3. Target profit untuk 1 rumah sublet RM200 (sublet basic unit). Target memiliki rumah sublet

    6 biji dalam tempoh 12 bulan. maknanya dapatkan satu biji setiap 2 bulan (lagi cepat lagi

    baik). Simpan hasil sewaan tadi dlm satu simpanan tetap seperti ASB, tabung haji @ SSP

    dalam tempoh 12 bulan. Saya bagi contoh dapat rumah sublet pertama Jan, seterusnya

    Mac, Mei, Julai, Sept dan Nov. so hasil sewaan dalam tempoh 1 tahun RM2400 + RM2000 +

    RM1600 + RM1200 + RM800 + RM400 = RM8400 . Beli kereta second hand cashcontohnya proton wira RM6000.

    4. Cukup 1 tahun Dividend ASB pinjaman RM50K mula-mula tadi Sudah menghasilkan

    dividen Hampir RM4000. Cari sebuah Rumah lelong low cost yang berharga lingkungan

    RM50K. Gunakan wang dividen RM4000 tadi sebagai deposit + sedikit duit simpanan dari

    hasil sublet tahun pertama tadi. Kos lawyer, stamp duty + valuation + MRTT boleh request

    masuk dalam pinjaman.

    Installment lebih kurang RM250, sewakan RM500 contohnya. Gaji bersih waktu ini

    RM1600.DSR waktu ini 37%. (Pastikan buat tenancy agreement). Positive cash flow Rumah

    sendiri ini RM250 sebulan.

    5. Cukup setahun, Tambah lagi pinjaman ASB RM150K. Pecahkan kepada 3 sijil RM50K x

    3. Komitmen ASB sekarang RM50K + RM150K. Maka komitment bulanan kesemuanya

    adalah lebih kurang RM1200. Gunakan semua hasil pulangan sublet RM200 x 6 buah =

    RM1200 sebagai installment bulanan. Komitmen bulanan asal RM300 pada sijil 50K yang

    pertama juga telah bebas. Kekalkan komitmen ini selama 4 tahun tanpa usik dividend dan

    cancel kesemua pembiayaan ASB tersebut dalam tempoh 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun

    itu menghasilkan dividen terkumpul + value principal = RM67,000 + RM17,000 = RM84,000

    cash. ( boleh gunakan RM2000 setahun dari dividen untuk reward diri pergi bercuti dankeluarkan zakat) = total cash tinggal lebih kurang RM76,000✔

    * ASB boleh rolling dividen sekiranya terputus sewaan sublet. Pecahan sijil sebagai option

    cancel sebahagian pinjaman sekiranya kurang kemampuan disebabkan terputus sebahagian

    pendapatan.

    * Jika terputus satu rumah, cari pengganti rumah lain.

    6. Gunakan kos RM300 yang bebas tadi, RM200 tambahkan sumbangan bulanan kepada

    Ibu bapa yang sebelum ini RM100 sahaja. Baki lagi RM100 + cash flow RM250 pada sewa

    rumah = RM350 sebagai extra payment kepada rumah yang dibeli. Selepas 4 tahun, baki

    https://www.facebook.com/paih.amanhttps://www.facebook.com/paih.amanhttps://www.facebook.com/paih.amanhttps://www.facebook.com/paih.aman

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    7/28

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    8/28

    Formula simpanan⚡

    ================

    Bila dapat gaji simpan dahulu satu amount dan asingkan, biarpon amount tersebut boleh

    merencatkan keperluan harian anda selama sebulan. Usaha cara lain terlebih dahulu untukmemenuhi keperluan tersebut, bila sudah berusaha masih tidak mampu, baru gunakan duit

    simpanan tersebut sedikit, sebahagian atau hampir semua dan tinggal hanya sedikit,jika

    masih tidak mencukupi keperluan.Jika situasi ini berlaku anda perlu tingkatkan lagi usaha di

    bulan-bulan Akan datang, tetapi tetap gunakan kaedah simpan dahulu kemudian usaha

    pertahankannya umpama anak kandung yang ditatang bagai minyak yang penuh.

    BUKAN berbelanja habiskan dulu duit gaji dan cari duit lebih untuk buat simpanan. SEBAB

    ramai orang Cari duit lebih bukan untuk simpanan tetapi memenuhi keperluan, bila

    keperluan sudah dipenuhi akan bertukar kepada kehendak. Simpanan dah dilupakan sebab

    simpanan adalah umpama nasib anak tiri kepada mak tiri yang kejam, kena simpankan

    makanan awal-awal bagi makan nyorok-nyorok Kalau tidak hanya dapat sisa la jawabnya,

    Tak pon sisa pon yilek.

    -KEY-

    Nak start business Tapi tiada modal. Tiba-tiba ada orang nak bagi modal 100%. Wowww

    =============================

    Ilriady nak mulakan business tetapi langsung tiada modal. Yang bestnya lagi business tuorang lain yang mahir uruskan dengan track record selama 25 tahun dengan purata

    keuntungan setahun 7.5%. Ilriady nampak keuntungan tersebut tetapi beliau tiada modal.

    Modal diperlukan adalah RM200K.

    Malik tidak layak untuk buat business tersebut. Malik datang tawarkan modal RM200K

    tersebut pada Ilriady dengan Bahagian nisbah keuntungan 70:30, 70% kepada Malik, 30%

    pada Ilriady. 70% nisbah yang di Ambil tu pon berkurang bila Ilriady pulangkan sedikit-sedikit

    modal Malik setiap bulan. Lagi best,Siap bagi takaful lg jika Ilriady umur tidak panjang,

    semua keuntungan dan modal tu jadi milik waris Ilriady. Premium bayar takaful tu pon Malik

    dulukan duit dia. Best kan. Ilriady cuma kena bayar stamp duty RM10 dan urusan RM53termasuk GST. Ilriady bayar dulu keuntungan Malik setiap bulan beserta sedikit bahagian

    modal(principal) bagi mengurangkan modal yang Malik keluarkan. Bila cukup setahun,

    semua keuntungan business itu milik Ilriady. Keuntungan yang diterima Ilriady dilaburkan

    semula sebagai modal tambahan.

    Bagaimanakah keuntungannya kepada kedua-dua pihak sekiranya Ilriady memulangkan

    keuntungan & modal kepada Malik selama tempoh 25 tahun? Berapa jumlah yang diterima

    Oleh Malik dan berapa pula yang diterima oleh Ilriady bila melaburkan semua keuntungan

    tahunan untuk menambah modal.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    9/28

     

    Malik

    Modal dipulangkan: RM200,000.00

    Keuntungan diterima: RM157,780.00Jumlah : RM357,780.00✔

    (Rujuk rajah 1)

    Ilriady

    Modal habis dibayar: RM200,000.00

    Keuntungan terkumpul: RM1,019,667.94

    Jumlah diperolehi: RM1,219,667.94✔

     

    Kalau macam ni la.Kalau saya jadi Malik, Kalau Ilriady menangis air mata darah mintak

    sekalipon, saya tak kan bagi modal tu kat dia.

     inilah sebenarnya dalam ASB Financing. Bertuahnya kita bila orang macam Malik Siap

    offer diri dan nak bagi modal 100% pulak tu.Bukan Malik jer, Chua , Rashid, Ariffin & Bahar

    berebut-rebut nak bagi modal kat orang macam Ilriady. Istimewanya Ilriady kan.

    -KEY-

    Jika ini Ibu kita

    =============

    Selalu kita nampak orang tua berumur sama seperti Makcik ini membawa bungkusan

    kerepek hingga ke tengah malam dengan susuk badan yang hampir membongkok,

    meskipon hanya kerepek, nampak kudrat mereka lelah.Apakah kita pernah rasa insaf pada

    diri kita,sedang kita bersenang lenang minum dan berborak di kedai makan , nampak seperti

    ibu kita menjaja kerepek dari meja ke meja, bayangkan mereka itu adalah ibu kita sendiri.

    Sanggupkah kita hanya melihat.

    Adakah itu pilihan mereka?? Sudah tentu tidak, mereka keluar bekerja untuk menyara

    makan minum harian mereka sahaja. Bagi mereka yang berumur lewat begini,Kalau diberi

    pilihan, mereka mahu berehat dan banyakkan masa beribadat, mereka mahu pergi haji

    tetapi Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka, mungkin mereka tiada anak, mungkin juga

    anak mereka tidak mampu menyara mereka, tidak juga nak terus salahkan anak-anak,

    mungkin mereka juga terhimpit. Ada juga sebahagiannya itu kehendak mereka sendiri sebab

    tidak biasa duduk diam tidak bekerja.

    Kita sebagai anak, sudah pasti tidak mahu nasib Ibu kita seperti itu, kita perlu lakukan

    sesuatu untuk ibu bapa kita. Mereka dah beri Kita kehidupan, Jangan biarkan mereka akhirihayat mereka dengan kesukaran. Mungkin dengan perubahan positive pada diri kita, mereka

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    10/28

    turut rasai kesenangannya. Bukan kemewahan yang mereka cari, cukup sekadar cukup

    sudah memadai bagi mereka.

    Kita mampu ubah nasib mereka Insyaallah.

    P/S: Kalau nampak makcik-makcik menjual beli jer berapa yang mampu, Bantu mereka

    cepat habiskan jualan supaya mereka cepat dapat berehat.

    -KEY-

    Tabung Pencen 15 tahun @ RM600K dengan caruman bulanan RM1600

    =================================

    Mungkin ini sesuai pada mereka-mereka yang business dan tiada KWSP untuk Tabung

    Pencen mereka. Mungkin juga sesuai bagi mereka yang bergaji tetap & stabil. (Saya

    gunakan kiraan purata dividend + bonus @ 7.7%)

    1.Buat pinjaman ASB 200K untuk tempoh 15 tahun. Installment bulanan lebih kurang

    RM1600.

    2. Biarkan dividend compouding selama 15 tahun.

    3. Dividend compounding=RM408,500

    Sijil ASB Habis dibayar=RM200,000

    Total Dana Pencen=RM608,500

    Dengan Dana yang Ada ini akan menghasilkan dividend RM46,800 atau RM3,900 sebulan

    tanpa mengurangkan capital RM608,500 tersebut.

    'Anda rasa anda Sesuai, anda buat'

    -KEY-

    Kumpul RM200K dalam 8 tahun dengan komitmen simpanan RM1200 sebulan

    =================================

    Buat Pinjaman ASB untuk tempoh pembiayaan 25 tahun dengan komitmen bulanan lebih kurang

    RM1200. Tidak sentuh dividen. Biarkan dividend compounding dalam tempoh 8 tahun. Gunakan

     jumlah dividend terkumpul yang diterima untuk buat full settlement bagi pinjaman ASB tersebut

    Selepas 8 tahun. (Saya Ambil kiraan purata dividen + bonus 7.5% + 0.2%=7.7%)

    Bayaran yang di keluarkan = RM1200 x 96 bulan = RM115,200

    Dividend compounding 8 tahun @ 96 bulan= RM162K (Rujuk Gambar 1)

    Baki pinjaman ASB Selepas 8 tahun @ 96 bulan= RM162K (Rujuk gambar)

    RM162K (cash) - RM162K (baki pinjaman) = pinjaman Habis dibayar= Sijil 200K jadi milik anda

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    11/28

    -KEY-

    Yang Tidak pelik itu pelik, yang pelik itu tidak pelik. Pening? Jangan fikir Tajuk ni, baca jer,

    Nanti faham. Kalau malas biar gambar berbicara

    =================================

    Tidak Pelik

     ______________

    Orang tidak pelik bila seorang lelaki yang baru memulakan kehidupan dengan bergaji Basic

    RM2000 membeli sebuah kereta yang monthly installmentnya RM600. Itu normal la,kata

    orang. Tapi cuba masukkkan kos-kos yang lain, ini tidak termasuk tambah accessories dan

    modifications lagi. So komitmen sebenar Kereta ini adalah RM1250 sebulan. TETAPI,

    Sangat Pelik

     _______________Orang sangat pelik bila kita cakap seorang lelaki yang bergaji basic RM2000, boleh simpan

    sebulan RM1000. Naik jer motor dulu.Terhamburlah segala persoalan kos hidup, Tak kurang

    yang mencaci, mencarut segala bagai .

    Kat sini saya nak tunjukkan , lelaki yang tidak beli kereta itu boleh simpan Sama mcm kos

    orang yang beli kereta & komitmen yang sama.

    * saya tidak condemn orang beli kereta, mungkin itu keperluan untuk mereka dan mungkin

    mereka ada cara sendiri dengan tambahkan pendapatan dan buat simpanan. Sekadar

    menunjukkan komitmen tersebut adalah Sama. Oleh itu 'yang pelik itu tidak pelik, yang tidak

    pelik itu pelik'. Masih tidak faham? Jangan fahamkan sebab saya sendiri pon tak faham.

    Lihatlah saya dihentam bertubi-tubi kerana Yang Pelik ni . Hehe

    Rungutan

    ========

    'Kau ingat senang nak survive sekarang? cakap senang la, aku tiap2 bulan kena bagi

    RM300 lagi Kat orang tua. Susu, pampers anak, macam2 lagi kos lain2, ingat senang ke nak

    simpan duit?'

     

    1. Jangan Anggap bagi duit kepada Ibu bapa adalah satu bebanan tetapi tanggungjawab

    dengan rasa kasih sayang. Bagi Ibu bapa duit itu hanya perantaraan, Mereka bukan mahu

    banyak mana wang kita bagi, tetapi ingatan pada mereka. Bila kita anggap ini sebagai

    bebanan, sia-sia lah pemberian itu.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    12/28

    2. Jgn merungut dengan kos pampers anak, susu anak, perbelanjaan anak. Jgn tukarkan

    tanggungjawab yang Allah beri itu sebagai beban. Bila kita merungut, kita bukan merungut

    dengan kos,sebenarnya kita sedang merungut dengan rezeki yang Allah bagi iaitu anak itu

    sendiri. Kita masih ada pilihan jika tidak ada kemampuan.

    3. Jika rasa susah, keluarkan lebih banyak sedekah.

    Janji Allah itu pasti, tidak miskin orang yang mengeluarkan sebahagian rezeki yang

    diperolehi ke jalan yang diredhaiNya. Malah akan digantikan dengan berlipat Kali ganda

    Insyaallah.

    * Ada sebahagian benda Kita boleh rungutkan, Tapi jangan perkara-perkara ini

    Terpaksa bagi huraian, sebab bukan senang nak fahamkan orang ni. Lagi senang Jual

    Durian Musang King===============================

    Comment:' Mengarut..x kira plak Bill..minyak..perbelanjaan ank..duit mkn..pampers..duit

    taska semua..'

    Jawapan saya

     

    Selepas Suami simpan RM1000, wife simpan RM200, Bayar kereta RM300,

    Baki gaji suami = RM800

    Baki gaji isteri = RM1300

    Total baki gaji = RM2100✔

    Kalau rasa Tak cukup angka Ni untuk tampung kehidupan harian seperti sewa, anak,

    minyak, dll, buat la kerja tambahan, contohnya Overtime, contoh saya letak seorang OT

    RM450. So di situ ada penambahan RM900

    Total duit untuk belanja RM3000✔

    Kalau masih tidak mencukupi carilah sumber-sumber lain seperti kerja part time, contoh,

    buat sublet 2,3 biji rumah ke atau jadi agent drop ship ke, affiliate ke. Banyak pilihan pada

    kita, Cuma bergantung pada diri Kita sendiri nak buat atau tidak.

    Kalau Tak cukup juga, gunakan la sebahagian simpanan RM1200 yang di buat setiap bulan

    tadi & tangguhkan sedikit tempoh beli rumah. (Duit simpanan ini biarlah jadi option terakhir

    kerana target kita untuk memiliki hartanah dengan secepat mungkin).

    Yang ikhlas,

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    13/28

    Datin Seri Khairul Ezuwan

    'Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga'

     ________________________________________

    STATUS ni saya bagi idea untuk guide bagaimana nak beli rumah , 1,2,3,4 dan aplikasikan

    dalam pengiraan DSR pinjaman, untuk pinjaman dapat lepas dengan lebih smooth dan

    kumpul modal untuk memilikinya. Amount dan masa nak kumpul & beli Adjust la sendiri ikut

    kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Contoh, Tak mampu Simpan RM1000, simpan

    500, tempoh beli rumah pertama tu tukar kepada 2 tahun.Kalau dah tak mampu juga.

    Jangan buat sebab anda memang tidak sesuai guna kaedah ini.✔

    Yang komen bukan main banyak mengenai kos Sara hidup yang lain macam pampers,

    taska, zakat,GST,bill, parking,makan, Bayar astro, duit masuk toilet, beli kit Kat anak, mainan

    anak, beli kebab pasar malam, anak demam, duit potong rumput, Khairat kematian. Dah

    macam Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga pulak saya rasa nak kena fikirkan semuakos-kos tu. ITU ANDA FIKIR SENDIRI LA. Tak cukup cari lebih, rasa cukup diam, Tak

    cukup Tapi diam, itu terpulang pada anda sendiri.

    Ramai lagi yang faham & positive sebenarnya daripada yang Negative. Terima kasih.

    Ulasan dari link yang hot dari semalam:

    https://www.facebook.com/photo.php?

    fbid=1000372819994750&set=a.441311582567546.101410.100000661237866&type=1

    -KEY-

    Bagaimana kalau......

    =================

    Ada orang bertanya. 'Kalau kita dah buat pinjaman ASB 200K tiga tahun, tiba-tiba base rate

    financing naik tinggi dan dividen ASB jatuh, kita kena fikir juga risiko kerugian masa akan

    datang?'

    Jawapan saya mudah. 'Kalau dah awak kira masa tu dah akan membawa kepada tiada

    keuntungan , cancel jer la pinjaman ASB tu, Tak perlu awak nak fikir terlalu complicated.

    Kalau Rumah mungkin juga risiko orang tak beli semula. Sijil ASB mudah liquid. Lagi pon

    bukan pinjaman tu ada lock in period .'.

    -KEY-

    Nilai Risiko: Apa berlaku sekiranya Dalam keadaan bank profit rate 7% atas ASB Financing

    Dan dividend ASB juga 7% , Adakah lagi keuntungannya?

    =================================

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1000372819994750&set=a.441311582567546.101410.100000661237866&type=1https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1000372819994750&set=a.441311582567546.101410.100000661237866&type=1https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1000372819994750&set=a.441311582567546.101410.100000661237866&type=1https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1000372819994750&set=a.441311582567546.101410.100000661237866&type=1

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    14/28

    Contoh situasi berlaku selama 5 tahun

     ___________________________________

    pinjaman ASB 200K dengan bank profit rate 7% setahun. Tempoh pembiayaan 25 tahun

    dengan installment bulanan RM1414 sebulan (rujuk gambar 1)

    Jumlah bayaran selama 5 tahun = RM1414 x 60 bulan = RM84,840✔

     

    Teknik terkumpul @ compounding . Dividend ASB 7% setahun.

    A: Dividend terkumpul 5 thn= RM80,510 (rujuk gambar 2)

    B: value pinjaman 5 tahun = (RM200K - RM182,325) = RM17,675 (rujuk gambar 3)

    Total A+B = RM98,185✔

     

    Total nett profit : RM98,185 - RM84,840 = RM13,345✔

    Walaupon dalam situasi begini kita still bina profit Kerana profit rate financing reduce &

    dividend compounding. Apabila situasi ini berlaku ,simpan sendiri dalam ASB Akaun lebih

    untung . Simpan Setiap bulan RM1414, selepas 5 tahun terima RM101,240.✔(Rujuk

    gambar 4)

    Jika situasi ini berlaku juga ASB mungkin kehilangan Dana berpuluh-puluh billion sebab

    pinjaman ASB sudah tidak relevan dan Ramai pendeposit akan cancel pinjaman masing-

    masing.

    -KEY-

    Minta FB Majlis Agama Islam Selangor meneliti semula tulisan mengenai Hukum Pelaburan

    ASB & ASN

    =============================

    Saya sering diberikan link dari FB ini bagi menunjukkan pendirian Fatwa Negeri Selangor

    mengenai pelaburan ASB & ASN. Di sini ada beberapa kekhilafan atau penambahbaikan yg

    dilakukan oleh PNB yang mungkin terlepas pandang bagi memulihkan kekeliruan.

    Antaranya:⬇

     

    Gambar 1: menyatakan ASB dan ASN jelas terlibat dengan aktiviti bercampur-campur antara

    patuh Syariah Dan tidak patuh Syariah.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    15/28

    Gambar 2: Dana yang mendapat pengiktirafan patuh Syariah oleh SC juga dibenarkan

    percentage tertentu kepada Security tidak patuh shariah . Bermakna pencampuran still

    berlaku pada Dana yang diiktiraf patuh shariah.

     

    Gambar 3: Menyatakan percentage pelaburan yang Haram telah mengusai ASB.

    Gambar 4: FAQ yang dikeluarkan oleh JAKIM mengenai Hukum Pelaburan ASB & ASN,

    pada tahun 2007 pelaburan patuh Syariah dalam ASB adalah 53% dan telah meningkat

    kepada 80% pelaburannya kepada patuh syariah pada tahun 2009 yang dibantu kuat oleh

    Penubuhan Subsidiary Maybank , Maybank Islamic Berhad pada Jan 2008. Sekarang

    Maybank Islamic adalah Bank Islam Terbesar di Asia Pacific. Di sini Kita Boleh lihat

    pelaburan yang patuh syariah mengusai ASB walaupon kelihatan sukar dengan size

    Dananya yang sangat Besar RM145 billion setakat hari ini.

     

    Gambar 5: Menyatakan modal (capital) ASB dijamin oleh PNB.

    Gambar 6: dalam Master Prospectus ASB , PNB menyatakan tidak menjamin modal

    tersebut. Cuma menyatakan fix price fund.

     

    Gambar 7 : menyatakan PNB tidak mempunyai Panel Penasihat Shari'ah. Menasihati umum

    Untuk mengenal Pasti institusi kewangan yang mematuhi Shari'ah Mesti mempunyai Panel

    Penasihat Shariah.

    Gambar 8: Barisan Panel Penasihat Shari'ah PNB.

     

    Mungkin Majlis Fatwa Negeri Selangor dapat mengkaji semula Hukum yang dikeluarkan Dan

    melakukan perbincangan semula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan Dan Panel Shari'ah

    PNB sendiri mengenai progress yang PNB lakukan untuk penambahbaikan dalam Dana

    ASB & ASN dalam usaha ke arah yang lebih baik.

    Sekadar tulisan Hamba yang naif. Bukan mencari kesalahan, tetapi mahukan pencerahan.

    -KEY-

    Kalau nak tengok Mak kat Kampung, Biar tiada duit Saya Sanggup berhutang.

    ================================

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    16/28

    Bagaimanapon Saya tidak kata Apa yang motivator tu cakap semuanya salah, Ada juga

    betulnya, Jangan sampai terbeban dan berhutang untuk balik hari raya. Namun, Pilihan

    Masih Ada di tangan Kita untuk minimize cost, bukan jadi alasan tidak Balik kampung Jumpa

    Mak ayah sebab tiada duit.

    Saya sendiri ayah telah Meninggal Dunia masa Saya berumur 13 tahun lagi. Bertapa

    berharganya mak saya hingga Saya Tak mau kehilangannya, Sekarang umur 68 tahun, Saya

    sedar satu hari saya akan kehilangannya juga. Walaupon sibuk dengan kerja, saya Akan

    pastikan pulang ke kampung sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 2 kali.

    Masa bujang & baru bekerja Saya ada masanya tidak cukup wang untuk pulang ke

    kampung. Apa pernah Saya buat, Saya tanya kawan-kawan office Siapa yang nak Pesan

    beli mangga Sg. Besar , so banyak yang pesan dan bagi duit. Sebab beli banyak dapat

    murah, Dari situ Saya gunakan lebihan untuk tampung kos minyak, ada sedikit lebih RM10,

    Mesti hulur pada mak dan minta mak doakan saya murah rezeki. Saya tidak pernah cakappada mak Saya tidak Ada duit dan mak tidak pernah tahu masa saya susah sebab Saya Tak

    pernah bagitau dan tidak mahu mak susah hati dan hanya minta didoakan sbb mereka dah

    bersusah payah membesarkan kita, bagilah sedikit kesenangan hati pada mereka walaupon

    bukan dengan kekayaaan.

    Ibu bapa tiada nilainya dengan wang ringgit. Mereka tak pernah mengharapkan wang ringgit

    kita, Tapi Kasih sayang, duit yang di hulur sekadar tanda ingatan tulus pada mereka, bukan

    nilainya. Bila Ada banyak berilah banyak, jika sedikit berilah Berapa yang mampu Kerana

    mereka tidak pernah merungut pon selagi mereka rasa mereka ada di hati anak-anak. Cari

    lah duit, jumpalah mereka selagi mereka ada. Hari Raya lebih-lebih lagi , mereka menunggu

    kepulangan kita.

    Dulu Kalau Mak Abah kata takde duit bila Kita minta sesuatu Kita merajuk Dan Tak Boleh

    terima mereka kata takde duit. Sekarang, Ingat mereka boleh terima juga alasan kita Tak

    Boleh balik kampung sebab takde duit kecuali lah kita duduk Kat Jepun.

    -KEY-

    -Tgk video banjar ni. Kalau faham la-

    Ramai orang Ada akaun ASB, Ramai orang Ada Pinjaman ASB, tetapi hakikat sebenarnya

    Berapa Ramai yang tidak tahu pon Apa yang mereka sedang buat sebab kebanyakan

    mereka hanya ikut-ikutan tanpa mengetahui apakah Potensi sebenar atas diri mereka dan

    tiada set target atas Apa yang mereka lakukan. Kadang-Kadang bukan tiada target tetapi

    tidak tahu kaedah pengiraannya. Bagaimana nak Ada target jika tidak tahu mengira? Ilmu ini

    semua orang perlu tahu sebelum mereka membuat Pinjaman ASB lagi supaya mereka boleh

    terima pulangan yang maksima mengikut mengikut Potensi yang Ada pada diri sendiri'.

    -KEY-

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    17/28

    Siapa Kata!!

    ===========

    1.Siapa kata melabur dalam Hartanah tak boleh rugi? Ada juga yang rugi, tengok Berapa

    banyak Rumah Kena lelong. Tapi lihatlah berapa Ramai yang buat untung dan kaya raya.

    2.Siapa kata melabur dalam Emas semua untung? Ramai yang rugi dan tersontot.,Tapi

    lihatlah Ramai sebenarnya yang kaya dengan Emas.

    3.Siapa kata trade saham semuanya untung? Berapa Ramai yang sampai bankrupt. Tapi

    lihat juga Berapa Ramai yang Kaya raya dengan kerjaya ini sahaja.

    4.Siapa kata buat sublet tiada risiko? Berapa ramai yang tak tahan dengan kerenah

    penyewa. Tapi lihat ada yang mampu handle beratus biji rumah.

    5.Siapa kata Pinjaman ASB semua untung? Ada tersangkut di tengah jalan. Tapi lihat

    Berapa Ramai yang mampu buat profit berlipat Kali ganda dari tools ini.

    Kenapa mereka boleh dapat profit dikala orang lain rugi? Sebabnya mereka ada ILMU dan

    TINDAKAN.

    -KEY-

    Setiap Individu Ada Kehendak, karektor, Kemampuan , kesukaan dan cara hidup yang

    berbeza-beza================================

    Kita sebagai manusia masing-masing mempunyai minat dan kehendak tersendiri. Jangan

    kita yang tidak minat pergi travel blame orang yang suka Pergi travel dan labelkan mereka

    itu membazir Kerana dia juga mungkin blame anda membazir bila renovate rumah, sebab

    minat anda ke arah itu dan itu mungkin bukan minat mereka.

    Ada orang yang terarah untuk memiliki kenderaan sport atau mewah, anda tidak Boleh

    halang mereka sebab itu minat mereka. Ada juga yang suka masuk hutan ber camping, Kita

    kata mereka buang masa. Biar la sebab itu minat mereka. Ada orang banyak duit tapi rumah

    kecil, Kereta lama, biarlah sebab mereka selesa dengan cara Begitu. Ada orang hari-hari

    Pergi shopping. Biarlah sebab itu yang menggembirakan mereka.

    Kita tiada HAK untuk halang minat dan kehendak orang lain kerana itu sudah lumrah ada

    dalam diri setiap manusia.

    Cuma diri sendiri perlu ukur , adakah apa sahaja minat dan kehendak yang Kita turuti itu

    adalah satu KEPUASAN atau mungkin bertukar kepada satu BEBANAN &

    KETIDAKSELESAAN. Jika tidak jadi bebanan dan anda selesa, itulah erti sebenar

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    18/28

    KEPUASAN . Ada kalanya kita perlu tahan sementara waktu untuk dapat mengecapi Apa

    yang Kita minat dan mahu dengan selesa.

    -KEY-

    Kuasa Volume dalam ASB Financing

    ===========================

    1. Buat ASB Financing60Kutk tempoh pembiayaan5 tahun.Monthly

    installment➡ RM1140. Biarkan dividend compounding selama 5 tahun.

    Total dividend compounding = RM26000 + RM60000 (sijil habis bayar) = RM86000✔

    ----------- BERBANDING--------------

    2. Buat ASB Financing200Kutk tempoh25 tahun. Monthly installment➡ RM1194.

    Biarkan dividend compounding selama 5 tahun.

    Total dividend RM87000 + RM22000 (cancellation value sijil slps 5 thn) = RM109000✔

     ___________________________________

    Lihat = Bayar installment yg lebih kurang sama, labur di tempat yang sama tetapi beza

    hasilnya RM23000 dlm masa 5 thn atau purata perbezaan keuntungan RM383 sebulan.

    Budget Installment = Pilih volume pinjaman paling besar (ikut budget)

    * kiraan dividend ASB 7.5% setahunatas pengiraan di atas .

    -KEY-

    Ramai yang meminta Saya melakarkan pula satu plan kewangan dan pemilikan hartanah bagi

    mereka yang bergaji bersih bawah RM2000 . Saya akan melakarkan step bagaimana pasangan

    suami isteri boleh memiliki 3 buah rumah dalam tempoh yang singkat dengan Gaji bersih

    masing-masing di bawah RM2000 dan dalam masa yang sama memiliki kenderaan. Saya akan

    melakarkan sekali kos-kos dalam reality kehidupan hari ini, bagaimana cara survival kehidupan

    mereka yang bergaji rendah tetapi dalam masa yang sama mampu memiliki beberapa Hartanah

    dan juga kenderaan.

    Kepada 5000 friends saya, 15,943 followers tidak Kira silent reader atau active reader, anda

    mahu saya lakarkan plan ini? Mungkin ini dapat sedikit sebanyak membantu orang ramai

    memperbaiki kehidupan orang ramai.

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

    Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 Setiap seorang. Ambil kenaikan Gaji

    10% setahun @ RM180 setahun.

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    19/28

    Suami

     _______

    1. Buat simpanan secara konsisten Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, Pakai transfer online

    Setiap Kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun Ada simpanan cash

    RM12,0002. Keluarkan RM7,000 buat deposit Cari Rumah Lelong yang berharga RM70,000 (Cari Mesti

    Ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji bersih waktu ini

    RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy

    agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini

    baki simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.

    3. Terus kan buat simpanan bulanan RM1,000, selepas 6 bulan Beli Rumah yang pertama tadi,

    Jumlah simpanan Sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000. Gunakan lagi RM7,000 untuk

    deposit sebuah lagi rumah Lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji

    RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%.

    Sewakan RM600 rumah kedua ini. Buat tenancy agreement.cuma bayar RM350 untuk

    installment rumah ini. Baki pulangan Sewa RM250 buat bayaran extra kepada Rumah pertama

    (target = habiskan Rumah pertama dengan secepat mungkin). Baki simpanan RM11,000 -

    RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.

    4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max utk DSR

    ASB 80%). Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividend selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel

    pinjaman ASB. Total dividen compounding + value cancel = RM60,000

    5. Dengan extra payment yang dibuat ke Rumah pertama selama 3 tahun. Baki Rumah tersebut

    tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement Rumah pertama.

    (Rumah pertama bebas Dari pinjaman) . RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000. Duit

    EPF AC 2 waktu ini ada RM10,000 .

    6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500.

    Buat Mark up loan. (Cari Rumah 10% below market value @ 0 deposit) Dengan nett Gaji waktu

    ini RM2,520 + rental income . Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

    Isteri

     _______

    1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat

    simpanan tetap bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir

    step 3suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.

    2. Beli Rumah Lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini

    33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan Rumah ini RM600 dan Buat tenancy agreement. Bayar

    kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.

    3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB

    RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow Sewa

    Rumah) = RM450 sebagai installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh

    dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividend compounding + cancel

    loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki pinjaman Kereta Waktu ini RM9,000.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    20/28

    Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF

    AC2 waktu ini Ada RM10,000.

    4.Trade in perodua kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu

    ini 37%

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖DSR (Debt Service Ratio)

    Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun Dari step pertama)

    ------------------------------------------------

    Income:

    Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040

    Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440

    Total nett income = RM6,480➕

    Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)

    RM1,500 (Rumah duduk sendiri)

    RM350 (Rumah pertama isteri)

    RM800 (Kereta baru isteri)

    Total hutang : RM3,000➖

    Total DSR Suami + Isteri = 46%✔ 

    Total cash di tangan :

    suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000

    Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000

    Total cash di tangan = RM50,000Total income bulanan bersih = RM3,480✔ 

    Memiliki 4 property Dan Kereta yang selesa✔ 

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

    Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan &

    kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh ikut. Jika tidak sanggup,

    share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai

    habis.. '

    'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan

    keadaan diri anda sendiri.

    -KEY-

    Di sini Saya nak memperkenalkan 'Kolej Maya Genius' .Bernilai untuk wang anda dan Ilmu

    berterusan.

    https://www.facebook.com/Asbmasterkey/posts/472231009607589:0

    -KEY-

    Bayangkan anda berhutang Personal Loan 50K , lepas 3 bulan duit habis. Bayar lah angin

    RM584 sebulan untuk tempoh 10 tahun. Jom tengok cara tukar angin jadi Simpanan

    =================================

    https://www.facebook.com/Asbmasterkey/posts/472231009607589:0https://www.facebook.com/Asbmasterkey/posts/472231009607589:0

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    21/28

    Saya bagi contoh orang bekerja kerajaan

     _____________________________________

    Pinjam personal loan RM50K , bank profit rate 4% , 10 tahun.

    (50K x 4% )✖12 (50K ) 120 = RM584

    Komitmen bulanan = RM584

     ________________________________________

    RM35K gunakan untuk kegunaan Peribadi

     ________________________________________

    RM15K asingkan digunakan untuk buat pinjaman ASB 200K . Cash RM15K gunakan untukbayar installment tahun pertama. Bila dapat dividend bayar semula kepada installment tahun

    berikutnya selama 10 tahun. Jom tengok hasilnya. (Kiraan atas dividend 7.5%)

    Last Dividend tahun ke 10 = RM15,000

    Balance dividend selepas bayar ke installment = (RM500x9 thnfrown emoticon RM4,500

    Value cancel pinjaman ASB = RM51,000

    Total : RM70500✔ _______________________________________

    Cuba lihat semula installment bulanan PL ini sebulan adalah RM584.

    584 x 120 bulan = RM70,080✔

    Dengan kaedah Ini anda Dah gunakan upfront RM35K untuk kegunaan peribadi anda dan

    apa yang anda bayar Setiap bulan tadi bertukar kepada simpanan anda semula RM70500✔

    daripada cuma jadi angin RM0 selepas 10 tahun jika tidak menggunakan kaedah ini.

    Disclaimers: pinjaman peribadi adalah negative loan & tidak digalakkan. Teori idea ini untuk

    rujukan bagi mereka yang perlu untuk memperbaikinya.

    -KEY-

    Jangan ikut-ikutan dalam ASB Financing, Nilai Potensi Diri Sendiri.

    ================================

    Ramai orang diajar. 'ASB ni awak bayar setahun sahaja, lepas tu dividend boleh bayar semula

    installment'. Ye, cara ini betul dan tiada salahnya. Cuma kesilapan kita adalah tidak menilai atas

    potensi diri kita sendiri.

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    22/28

    Contoh pinjaman ASB 200K

    --------------------------------

    Installment bulanannya RM1200, bila cukup bayar setahun kemudian rolling dividend untuk bayar

    semula next year punya installment dan proses ini berulang selama 5 tahun. Total hasil yang Kita

    dapat ialah RM39K✔BERBANDING⬇

    Mereka ada kemampuan untuk terus membayar installment pinjaman secara konsisten RM1200

    sebulan tanpa menyentuh dividend yang dibiarkan compounding. Dalam tempoh 5 tahun hasil

    yang diperolehi adalah RM109K✔

     persolannya, jika Kita ada kemampuan untuk terus membayar setiap bulan, mengapa perlu

    rolling dividend? Jgn terlalu terpengaruh dengan percentage nett profit sbb yang paling penting

    adalah NILAINYA. Itu perlunya menilai POTENSI yang ada pada diri sendiri untuk mendapatkan

    pulangan yang maksima.

    -KEY-

    Downgrade kehendak = Upgrade cash

    ============================

    Syamzari mampu untuk membayar komitmen bulanan Kereta RM900 sebulan, Maknanya

    beliau boleh Pakai Honda Jazz contohnya. Namun Syamzari ubah fikiran nak beli Myvi

    sahaja dengan komitmen bulanan RM600. Budget lagi RM300 itu beliau ingin tukar kepada

    pinjaman ASB 50K untuk tempoh pembiayaan 25 tahun.

    Selepas 9 tahun, Kereta Myvi Habis dibayar . Dividend terkumpul dalam buku ASB masa ini

    sudah Ada RM45,800. Bila cancel awal pinjaman ASB tadi selama 9 tahun, bank bagi refund

    RM11,200. Total dapat cash RM57,000.

    Dengan Budget RM900

     ______________________

    Pilih Jazz =Habis bayar 9 tahun value turun kepada RM30K✔

    Pilih Myvi = Habis bayar 9 tahun value turun kepada RM20K✔+ Ada simpanan cash

    RM57K✔

    ⚫ Kalau guna Teknik Ulangan dalam ASB Genius komitmen RM300 Kat pinjaman ASB

    sebulan tu, 9 tahun jadi RM73K

    * illustrasi tulisan tiada Kena mengena dengan individu pemandu Jazz atau Myvi. Sekadar

    contoh illustrasi .

    -KEY-

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    23/28

    Kalau Bangsa Cina Boleh Masuk ASB & ASB2, ASW, ASM,ASD dan lain-lain (tiada limit

    seperti Sekarang)

    =============================

    1. Mereka Tidak akan bayar extra payment pada Rumah atau cepat habiskan pinjaman

    rumah mereka seperti mereka banyak lakukan hari Ini Kerana benchmark mereka adalah FD

    yang lebih rendah Dari interest rumah.

    2. Seluruh keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas akan buat pinjaman ASB 200K.

    3. FD tidak Akan mereka pandang, simpanan mereka akan terarah kepada ASB2 dan lain-

    lain dan Akaun saving bank mereka hanya tinggal baki minima.

    4. Jika pinjaman Rumah habis atau dah naik harga, mereka Akan refinance, dapat duit

    mereka agih-agihkan ke dalam ASB2, ASW, ASM & lain-lain. Kerana mereka tahu di manaprofit mereka berada di Kiri kanan depan belakang .

    5.,PRTA (insurance dalam pinjaman ASB) jadi kewajipan pada mereka.

    6. Bank hanya perlu tunggu mereka datang ke bank, tidak perlu cari mereka.

    7. Tiada short term pinjaman bagi mereka .

    -KEY-

    Siapa kata simpan sendiri setiap bulan dalam ASB lebih untung daripada menggunakan

    tools ASB Financing?? Biar Matematik berbicara

    ==============================

    Budget komitmen bulanan = RM1200

    Tempoh : 3 tahun

    Simpanan ASB biasa

    -------------------------

    Komitmen simpanan bulanan :RM1200

    Total simpanan dalam 3 tahun dengan dividend compounding = RM48,390.04✔

    ➡ rujuk gambar 1

     ________________________________________

    Pinjaman ASB 200K = tenure pinjaman 25 tahun

    --------------------------------------------------

    Komitmen bayaran bulanan : RM1200

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    24/28

    Dividend compounding 3 tahun = RM48,459.38

    Value principal pinjaman @ cancel pinjaman: RM200K - RM187,331.30 = RM12668.70

    Total cash = RM61,128.08✔

    ➡ rujuk gambar 2 & 3

     _______________________________________

    Jika simpan biasa Setiap bulan dalam ASB RM1200, untuk terima hasil yang sama seperti di

    atasLebih kurang RM61,000 dalam tempoh 3 tahun, Dividend tahunan ASB mestilah 24%

    setahun. Boleh ke ASB dapat dividend tahunan sebanyak itu?

    ➡ rujuk gambar 4

    -KEY-

    Ramai Manusia bijak masa susah tapi hilang bijak masa senang

    =================================

     Ramai hari Ini orang yang bekerja contohnya dapat Gaji 25 haribulan, sebelum 30 haribulan

    Gaji dah habis. Setuju situasi Ini banyak berlaku? Tapi Cuba fikirkan bagaimana mereka

    boleh survive sehingga 25 haribulan bulan berikutnya? Itu tanda masa Itu mereka sangat

    bijak sebab mampu survive walaupon Gaji Dah tiada.

    Bila dapat Bonus tiga bulan pula, Tak sampai sebulan pon duit tu habis juga, hutang lain

    pon Tak sempat bayar, ntah kemana-mana Habis duit tu. Kalau ikutkan bila Ada extra 3

    bulan Gaji, Boleh tahan 3 bulan. Sebab tu Kita selalu kurang bijak bila senang. Bukan

    mengata orang, Saya pon sama.. Jom ubah.

    -KEY-

    -Episod 2-

    3k menjadi 200k dlm masa 5tahun???

    Semoga mberi manfaat dan idea utk semua.

    2013

    -Beli property undercon ni di akhir tahun dgn harga RM 460k (time ni dh setel urusan

    kahwin)

    -Proses rmh siap mgambil masa 2tahun dari tarikh SnP

    -Ketika ini cash di tgn cuma ada RM 3k shj sdgkn property ini utk bumi lot memerlukan

    downpaymet RM 15k(ada 15% discount bumi) dan non bumi lot RM 7k(ada rebate)

    -Jadi aku memilih unit non bumi lot kerana modal yg rendah + mudah utk djual smula kpdbangsa2 lain nanti

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    25/28

    -Baki 4k lagi aku guna kaedah OPM(family/membe) dgn mbayar smula kpd mrk scra

    ansuran with 0% interest

    -Strategi yg aku pakai utk property ni adalah Buy-Hold-Sell dgn matlamat keuntungan

    minimum sbyk RM 200k(tidak tmsuk jumlah yg telah aku bayar bank) dlm jngka masa

    5tahun2014

    -Start bayar progresif interest krn tiada lg skim DIBS(bayar tanpa mengusik duit gaji,akan

    aku share nanti dlm episod strsnya)

    2015

    -Property ini bakal siap dan bakal dpt kunci dlm tahun ini

    -Last phase utk property ini dijual dgn harga starting RM 550k utk bumi lot

    -Property jns landed ini kurg sesuai utk dbuat sewa krn mberi negatif cashflow bbanding

    apartment

    -Perancangan ketika ini adalah duduk smtra + homestay*Phase yg aku beli adalh phase ke2,phase p1 djual dgn hrga RM350k,meningkat mjd

    RM460k dan phase terakhir RM550k dlm tempoh masa tdk smpi 3tahun,jd adalah rasional

     jika aku msasarkn keuntungan RM 200k dan mungkin lbh lg dlm masa 5thn..

    *Dgn profit RM 200k td aku akan generate mjadi RM 1juta pula(aku akan share bila aku

    bjaya buat)

    Disclameir : Ini adalah pengalaman dan strategi peribadi,mgkn tdk sesuai utk semua,untung

    rugi aku sdri tanggung.

    Holding power kena kuat utk game ni(just incase ekonomi drop)

    Knp aku xpairingkn dgn KWSP acc 2,sbb aku xda KWSP, yg ada hanya ASB loan dimanaaku akan gunakn bila smpi wktunya.

    — with Khairul Ezuwan and4 others.

    Seorang Lelaki bujang yang baru bekerja Dan mampu membeli Kereta yang perlu dibayar

    installment RM600 sebenarnya mampu untuk buat Simpanan RM60K dalam masa 3 tahun

     jika mereka decide tidak Mahu beli Kereta terlebih dahulu dalam masa 3 tahun Dan hanya

    bawa motorsikal.

    ================================

    Installment Kereta : RM600

    Minyak : RM300

    Toll : RM100

    Service prorate : RM100

    Insurance & roadtax prorate : RM100

    Total = RM1200

     _____________________________________

    RM1200 Boleh buat pinjaman ASB 200K.

    https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    26/28

    Selepas 3 tahun:

    Dividend compounding : RM48500

    Principal value finance : RM12500

    ✔Total saving RM61000.

    Dengan wang ini, mereka Boleh mulakan kehidupan dengan baik berbanding kereta yang

    dibeli awal tadi yang mungkin jadi penghalang untuk move forward.. Kalau nak pilih untuk

    beli juga kereta, belilah, mungkin Itu keperluan anda. Anda pilih sendiri Jalan hidup anda.

    Tulisan Ini hanya teori.✌  

    -KEY-

    PRTT dalam ASB Financing - satu lagi profit yang Ramai orang tidak sedar=============================

    Arwah membuat pinjaman ASB kira-kira 2 tahun yang lalu waktu umur beliau 48 tahun.

    Pinjaman ASB yang dibuat pada waktu Itu ialah RM65K + PRTT premium RM2K untuk

    tempoh pinjaman 10 tahun dengan komitmen bulanan RM718. Bulan April lepas beliau telah

    kembali ke Rahmatullah. 9 Jun 2015 Etiqa Takaful telah mengeluarkan cek bernilai

    RM56,490.60 untuk penyelesaian baki pinjaman. Maknanya keluarga waris Akan menerima

    Sijil ASB bernilai RM65K tunai. Untuk tempoh 2 tahun sebelum Ini beliau telah menerima

    dividend lebih kurang RM10K . Di tambah lagi RM1000 saguhati pengebumian.

    Wang yang telah dibayar: RM718 x 24 bulan = RM17232

    Jumlah diperolehi waris: RM76000

     __________________________________

    Orang yang simpan RM717 dalam Buku ASB Biasa selama 2 tahun kemudian Meninggal

    dunia . Waris hanya menerima total lebih kurang RM18500 termasuk dividend compounding.

    Wang yang telah disimpan: RM718 x 24 bulan = RM17232

    Jumlah diperolehi waris: RM18500

    *Pelbagai kelebihan dalam ASB Financing yang masih Ramai orang tidak sedar Akan Saya

    huraikan Insyaallah .

    -KEY-

    Anda Nak saya tunjukkan pula bagaimana bagaimana pinjaman 2 buah Rumah dan ASB

    200K Berjumlah Lebih kurang RM700K dengan komitmen bulanan sama seperti sebuah

    rumah yang berharga 50K dengan komitment bulanan hanya RM300 dan siap ada simpanan

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    27/28

    RM200K dan untung ratusan ribu Dari property appreciation. Orang yang bergaji RM3000

    pon mampu untuk untuk lakukanSAYA TAHU RAMAI ORANG CARI TEKNIK INI.Saya Akan

    dedahkan. Di FB ni Saya Ada 5000 friends, 8000 follower. Cukup 2000 like @ menunjukkan

    minat nak tau, baru saya tulis sbb saya tak mau tulisan ini sia-sia sebab mungkin akan

    merubah ribuan orang di luar sana bila baca status ini. Esok pagi saya akan dedahkanRahsia ini.✌  cukup 2000 like baru saya edit status ini kepada step untuk melakukannya.

     

    Terima Kasih kerana menunggu. Terima lah coretan Teknik seperti yang saya janjikan. Share

    lah status ini jika anda rasa ia bermanfaat.BACA DENGAN TELITI , mungkin status ini

    memberi sesuatu yang berharga untuk anda.

     

    1. Kepada yang baru bekerjaya buat dulu pinjaman ASB 200K dan commit setiap bulan

    RM1200. Seboleh-bolehnya jangan commit dengan pinjaman kereta terlebih dahulu.

    Selepas 3 tahun dapat dividend compounding + value pinjaman bila surrender pinjaman =

    RM60K. (Telah ada capital untuk beli rumah).

    2. Beli Rumah pertama target untuk disewakan terlebih dahulu. Beli rumah yang berharga

    RM150K dan cari rumah di kawasan berpotensi tinggi untuk sewaan seperti kawasan

    industri @ berhampiran institusi pengajian tinggi. Pengalaman sy di institusi pengajian tinggi.

    Bayaran installment rumah Ini ialah RM750.Keluarkan sedikit modal untuk setup rumah

    tersebut fully furnish, kos Jgn melebihi 6 bulan nilai target sewaan. Buat sedikit hiasan

    supaya rumah nampak menarik dan kemas.Walaupon pada masa itu market sewaan sekitarCuma RM700, Saya berjaya sewakan RM1350 sebulan. RM1350 - RM750 installment

    rumah = RM600 +ve cash flow Setiap bulan.

    3. Buat Tenancy Agreement dan duit sewaan dikreditkan ke dalam akaun. Saya

    menggunakan kaedah bayaran sewaan lump sum untuk satu Rumah seramai 9 orang untuk

    1 semesta. RM150 x 9 orang x 6bulan = RM8100. Bayaran di ambil selepas pelajar

    menerima duit PTPTN @ biasiswa JPA bagi kemudahan mereka. Dengan Tenancy

    Agreement tersebut Saya dah meningkatkan pendapatan saya.

    4. Selepas 3 bulan, Saya beli Rumah kedua yang berharga RM364K under construction

    yang dijangka siap lagi setahun lebih. dengan installment bulanan RM1400++ bila siap. So

    Kena commit dahulu progressive payment lebih kurang 1 tahun.Bagaimana pinjaman Ini

    boleh diluluskan? Saya ambil contoh gaji bersih Cuma RM2500 + RM1350(tenancy

    agreement) = RM3850. Kelayakan pada waktu ini adalah DSR 70%. 70% x RM3850 =

    RM2695 . Komitmen Rumah pertama RM750 + Rumah kedua RM1400 = RM2150. DSR =

    55%

    5. Bila pinjaman rumah kedua diluluskan, terus buat semula pinjaman ASB 200K semula

    dengan komitmen bulanan RM1200. Kiraan DSR pada masa ini 87%, had allowable DSR80%, bagaimanapon pinjaman Boleh diluluskan dengan mitigation yang dibuat atau upfront

  • 8/20/2019 Tips Buat Duit

    28/28

    payment seperti 3 bulan contohnya. Boleh juga buat pinjaman ASB sebelum membeli

    rumah, jika cukup setahun, dividend akan diambil sebagai income, jika tidak cukup,

    mitigation Akan dibuat untuk meluluskan pinjaman rumah akan datang. Untuk pinjaman ASB

    ini ada 2 kaedah samaada terus bayar lump payment setahun RM14500 @ commit secara

    RM1200 bulanan selama setahun.

    6. Akhir tahun ASB akan dapat dividend, saya ambil purata 8% = RM16000.

    7. Rumah kedua pada waktu ini sudah mula bayar installment RM1400. RM1400 x 12bulan

    = RM16800. Dividend yang Ada pada ASB RM16000 cukup untuk bayar setahun installment

    rumah. * RM800 pejam mata je". Maknanya waktu ini komitmen pada rumah kedua sudah

    hilang. Rumah Ini untuk kegunaan sendiri.

    8. Pinjaman ASB bayar seperti biasa RM1200 sebulan. Bagaimanapon masih ada +ve cash

    flow RM600 dari sewaan rumah pertama. Jadi wang poket Kita yang perlu keluar pada waktuini cuma RM600 sahaja.

    9. Gunakan faedah pengeluaran bayaran bulanan perumahan dari EPF AC 2 sebanyak

    RM3600 setahun dan buat instruction untuk kreditkan ke akaun RM300 sebulan. PADA

    WAKTU INI KOMITMEN SEBENAR KITA CUMA RM300 SEBULAN yang perlu keluar poket

    kita

    10. Ulangi proses yang sama untuk tahun-tahun berikutnya.

    11. Sampai tempoh 25 tahun kita Akan terima Sijil ASB RM200K yang telah habis dibayar.

    12. Kita ada dua buah rumah pada waktu ini yang pasti Akan berlaku kenaikan harga hingga

    ratusan ribu ringgit. Kalau nak jual satu boleh tak? Boleh kan Kalau kita nak. Gaji kita pon

    pasti naik pada waktu ini untuk pergi kepada pelaburan-pelaburan seterusnya. Bila anda

    disiplin & force diri, anda mampu lakukan semua ini. Jangan jadikan alasan Gaji tidak besar

    sebagai penghalang, Gaji besar adalah kelebihan. kita yang mengaturkan masa depan kita

    sendiri. Semoga yang membaca article dapat Manfaat dari apa yang saya coretkan..

    ➡ Terima Kasih Kerana sudi membaca hingga habis. Bagi yang rasa cara ini tidak sesuaiuntuk anda atau tidak berguna, tinggalkanlah ,mungkin ramai lagi orang yang perlukan ilmu

    ini yang mungkin sesuai dengan mereka✌