Tips Kesihatan & Kecantikan

25
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN I Oleh : Nomelqute Oleh : Nomelqute Oleh : Nomelqute Oleh : Nomelqute www.gempaknewbie.com

description

tip kesihatan dan kecantikan

Transcript of Tips Kesihatan & Kecantikan

Page 1: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN I

Oleh : NomelquteOleh : NomelquteOleh : NomelquteOleh : Nomelqute

www.gempaknewbie.com

Page 2: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN II PENGENALAN Assalammualaikum & Salam Sejahtera, Terimakasih kerana telah mendownloadkan Laporan Percuma TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN. Nama saya Dahlia binti Alang Sulaiman adalah seorang Surirumah sepenuh masa, pernah bekerja sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan kini menetap di Utara Tanah Air setelah berumahtangga. Saya ibu kepada 2 orang cahayamata, anak sulung perempuan dan lelaki anak ke dua. Kini berjinak-jinak melibatkan diri diri dalam dunia cyber dan ingin lebih dikenali sebagai Nomelqute di dalam dunia perniagaan Internet. Pada masa lapang saya menghabiskan masa dengan mendengar music, membaca dan mengumpul pelbagai artikel terutamanya yang berkaitan dengan topik-topik Kesihatan & Kecantikan serta dalam masa yang sama juga saya mempraktikkan tips-tips yang diperoleh bagi menjimatkan kos atau alternatif rawatan kecantikan, tidak kira samada daripada pembacaan ataupun tips-tips yang diceduk dari pengalaman Arwah Opah dan Makcik-makcik dikampung. Akhirnya telah memberikan ilham kepada saya untuk menulis laporan percuma ini khas untuk pengetahuan dan panduan kepada para pembaca yang berrminat untuk mempraktikkan tips-tips atau petua-petua tersebut. PENAFIAN: Namun perlu saya ingatkan juga kepada para pembaca ada sesetengah tips-tips ini yang mungkin lambat memberikan kesan atau langsung tiada kerana ia bergantung kepada faktor umur dan juga jenis kulit. Sebenarnya terlalu banyak tips-tips dan petua yang di amalkan oleh orang lama dan semakin di lupa .... Laporan ini hanya sedikit panduan kepada anda. Nantikan ebook yang menghimpunkan lebih banyak tips untuk panduan anda.

**Nomelqute**Nomelqute**Nomelqute**Nomelqute

www.gempaknewbie.com

Page 3: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ISI KANDUNGAN 1. Merawat atau Mengurangkan Kulit Wajah Berminyak� � � � � � � .1 2. Mengatasi Kulit Kering.............................................................................1 3. Melicin dan Menghaluskan Kulit Wajah..................................................2 4. Mencegah Kulit Berkedut.........................................................................3 5. Wajah Licin Berseri..................................................................................4 6. Hilangkan Parut Jerawat..........................................................................4 7. Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah..........................4 8. Amalan Harian untuk Kulit Sihat & Awet Muda....................................5 9. Memanjangkan Rambut� � � � � � � � � � � � � � � � � � � 5 10.Mengembalikan Rambut yang Bersinar� � � � � � � � � � � � ..6 11.Memulihkan Rambut Bercabang � � � � � � � � � � � � � � .. . 6 12.Menghilangkan Masalah Rambut berbuah & Pencegahannya� � .... 6 13.Menghilangkan Kelemumur.................................................................. 7 14.Merawat Rambut Kering� � � � � � � � � � � � � � � � � � .. 7 15.Mengatasi Masalah Rambut Gugur.......................................................8 16. Melembutkan Tangan........................................................................... 8 17.Menegangkan Payudara� � � � � � � � � � � � � � � � � � .. ..8 18. .Bibir Merah Semulajadi� � � � � � � � � � � � � � � � � � .. 9 19.Hilangkan Urat Timbul di Kaki� ......................................................... 9 20.Menghalus dan Mencerahkan Kulit Tubuh.......................................... 9 21. Bulu Mata Lentik dan Panjang............................................................. 9 22. Menghilangkan Kulit Kasar pada Tapak Kaki dan Tangan............... . 10 23.Menghapuskan Bulu Roma...................................................................10 24.Menghapuskan Bulu Ketiak..................................................................10 25. Menurunkan Berat Badan....................................................................11 26.Turunkan Darah Tinggi........................................................................11 27.Cegah Penyakit Kencing Manis............................................................12 28.Merendahkan Paras Kolesterol.............................................................12 29.Mencegah Risiko Sakit Jantung...........................................................12 30.Ikhtiar untuk Masalah Kesuburan Lelaki & Wanita............................13 31 Petua KHAS Untuk LELAKI................................................................13

www.gempaknewbie.com

Page 4: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 1 Merawat /Mengurangkan kulit berminyak 1,Perahkan sehiris limau nipis ( ikut keperluan ) di campurkan dengan bedak sejuk / tepung ubikayu. Dikacau hingga sebati setelah itu di sapukan ke seluruh wajah dan biarkan kering setelah itu dicuci dgn air bersih.

2 Rendamkan beras separuh gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit kemudian dikisar. Setelah itu disapukan ke wajah yang telah dibersihkan. Sebaik-baiknya disapukan ke wajah sebelum masuk tidur. Amalkan 7hari berturut-turut.setelah nampak hasilnya lakukan 2 kali sebulan 3. Cari Daun Sirih beberapa helai, cuci bersih dan ramas hingga keluar airnya, kemudian sapukan air sirih tu tadi ke wajah yang telah dibersihkan, biarkan 15-30 minit kemudianbilas dengan air. Lakukan selama 3 minggu berturut-turut.untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Atasi Kulit Kering

Madu 1 sudu keci dan sebii telur kuning kacau sebati kemudian sapukan pada kulit wajah yang bersih. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas. Lakukan 2x seminggu.

www.gempaknewbie.com

Page 5: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 2

Atasi Masalah Kulit Kering

Cara lain, Ambil Buah Avocado, korek isinya dan lecekkan hingga halus kemudian campurkan dengan bijirin oat gaul hingga sebati. Sapukannya pada wajah bersih, biarkan 20 minit. Kulit Avocado pula jangan dibuang sebaliknya ia boleh menghilangkan kedutan di leher, betis, kaki. Melicinkan dan Menghaluskan Kulit Wajah

Ambil Madu Lebah, sapukan nipis ke wajah dan biarkan ia meresap ( terpulang pada anda untuk menentukan masanya) selepas itu cuci wajah dengan air bersih.

www.gempaknewbie.com

Page 6: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 3

Melicin dan Menghaluskan Kulit Wajah

Tomato yg masak ranun di potong dan ambil isinya dan sapukan ke wajah yang bersih kemudian biarkan ia kering setelah itu bersihkan wajah anda. Tips Mencegah Kulit Berkedut

1. Ambil sebiji Timun dipotong nipis senipis-nipisnya ( timun yg dihiris ikut keperluan) kemudian letakkan dan susunkan hirisn timun nipis tu hingga penuh menutupi wajah anda. Biarkan untuk 30 minit. Lakukan setiap hari jika mahukan keputusan yang diingini. 2. Ambil tepung ubi campurkan dengan air asam jawa,kacau sebati kemudian sapukan ia ke wajah yang telah dicuci bersih. Biarkan hingga kering. Amalkan hingga mendapat kesan yang dikehendaki. Setelah itu amalkan 3 kali seminggu. Wajah Licin Berseri Sediakan 1 sudu Madu, 2 sudu Oat dan Susu Segar secukupnya, gaulkan campuran tadi hingga sebati kemudian sapukan pada wajah dan biarkan ia hingga kering. Bilas wajah dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk. Amalkan selang sehari untuk mendapatkan kulit wajah yang putih, gebu dan bebas daripada cela.

www.gempaknewbie.com

Page 7: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 4

Ambil TEH UNCANG @ 2 sudu besar Teh, direndam dengan air panas 1 cawan. Biarkan air teh yang pekat itu semalaman. Keesokkan paginya selepas wajah dibersihkann sapukan air teh tersebut dan biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Selain dapat mencegah jerawat ia juga dapat membuatkan wajah lebih kemerah-merahan. dan lebih berseri. Hilangkan Parut/Bekas Jerawat

Asah Kulit Kayu Manis, campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan 1 sudu kecil madu. Gaul sebati dan sapukan pada kulit yang mempunyai parut jerawat. Amalkan setiap malam untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki. Amalkan juga penggunaan krim Vitamin E pada setiap malam dan siang Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah Ambil Asam Jawa dicampur dengan air sejuk kacau sebati kemudian sapukan pada wajah dan biarkan ia kering. Lakukan setiap malam untuk kesan yang lebih memuaskan.

www.gempaknewbie.com

Page 8: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 5

Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah Sediakan 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar madu dan 1 biji putih telur. Diadun sebati kemudian di sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan hingga kering. Lakukan nya setiap hari. Amalan Harian untuk Kulit Sihat & Awet Muda Amalkan meminum Air Kosong sebanyak 1- 2 liter sehari. Pastikan anda mengambil makanan yang segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang segar. PENTING : Elakkan daripada mengambil makanan ringan, berminyak, makanan yang mengandungi kafiien, dan daging merah. Memanjangkan Rambut

Ambil 3-4 biji Buah Keras, di pecahkan dan goreng tanpa minyak. Setelah digoreng campurkan minyak zaiton bersama dengan Buah Keras biarkan 1-2 jam atau lebih.

www.gempaknewbie.com

Page 9: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 6 Memanjangkan Rambut

1 lagi petua iaitu Ambil beberapa batang Serai, dipecah-pecahkan kemudian di rebus dengan seperiuk air dan setelah mendidih biarkan ia sejuk. Sapukan air serai yang telah direbuskan tadi pada rambut yang telah dicuci bersih dan biarkan ia kering tak perlu bilas. Amalkan hingga mendapat hasil yang dihajati. Menghilangkan Masalah Rambut berbuah & Pencegahannya Keadaan rambut yang basah dan tidak dilap dengan sebaiknya penyebab rambut berbuah atau berbiji dan apabila rambut tersebut diikat kemudian di masukkan ke dalam anak tudung memburukkan lagi keadaan. Pencegahan: sebaik-baiknya lap rambut anda hingga hilang air pada rambut dan keringkan dengan kipas jika anda mahu menggunakan alat pengering rambut pastikan udara yang digunakkan itu tidak panas bagi mengelakkan rambut rosak. Jika rambut telah pun berbiji-biji, anda dinasihatkan supaya rambut tersebut di gunting kan saja. Jangan risau jika rambut pendek lagipun ia hanya sementara je dan rambut tu akan panjang semula serta anda akan memiliki rambut yg cantik tanpa berbiji-biji atau berbuah tetapi dgn syarat kena patuhi langkah2 pencegahan diatas. www.gempaknewbie.com

Page 10: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 7

Mengembalikan Sinar Rambut Yang Memikat

Sediakan sebiji buah Aprikot, ambil isinya dan lecekkan dan lumatkan kemudian sapukan pada rambut yg baru lepas dicuci biarkan selama 5-10 minit kemudian bilas dengan air bersih. Memulihkan Rambut Bercabang Ambil 1 biji Limau Nipis perah jusnya dan dicampurkan dengan Santan setengah cawan. Sapukan campuran tadi pada hujung rambut biarkan seminit kemudian lapkan tanpa perlu dibilas. Lakukan bebeapa hari rambut anda akan kembali seperti sediakala. Menghilangkan Kelemumur Ambil 1-2 biji buah Limau Nipis, dihiris mengikut cara masing-masing, kemudian sentalkan hirisan limau nipis itu pada seluruh kulit kepala anda. Amalkan 1-2 kali seminggu. Merawat Rambut Kering

Sapukan minyak zaiton pada setiap helai rambut dan kulit kepala, urutkan seluruh kulit kepala kemudian pakai cap penutup rambut dan biarkan ia semalaman. Keesokkan paginya basuh rambut seperti biasa dan anda akan dapati rambut anda lebih lembut. Lembab dan mudah terurus. Amalkan 2 kali seminggu.

www.gempaknewbie.com

Page 11: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 8

Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Pastikan rambut anda telah dibersihkan kemudian sapukan pada kulit kepala anda dengan campuran serbuk kulit kayu manis 1sudu dan madu lebah 1 sudu, Biarkan ia pada kulit kepala lebih kurang 15-20minit setelah itu bilas rambut anda hingga bersih. Melembutkan Tangan Untuk individu yang memiliki tapak tangan yang kasar, titiskan cuka pada telapak tangan dan gosokkan kedua belah tangan untuk 5-10 saat kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Menengangkan Payudara

Beberapa helai Daun Sirih berdaun lebar, bersihkan ia terlebih dahulu kemudian sapukannya dengan minyak zaiton atau minyak masak dan salaikannya dengan api lilin datn letakkan daun sirih itu pada payudara dan biarkan ianya kering. Amalkan nya berulang kali untuk mendapat hasilnya

www.gempaknewbie.com

Page 12: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 9 Bibir Merah Semulajadi

Sapukan bibir anda dengan hirisan Halia dan biarkan ia selama 15 minit. Amalkan untuk tempoh beberapa hari bibir anda akan merah semulajadi. Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan setiap hari. Hilangkan Urat Timbul di Kaki Bagi wanita yang gemar memakai kasut bertumit tinggi untuk jangkamasa panjang akan mengakibatkan urat-urat timbul pada kaki dan betis. Untuk mengatasi masalah ini, ambil sebiji Bawang Putih kemudian dihiris dua dan disapukan getahnya pada urat yang mula nak timbul tersebut. Bulu Mata Lentik dan Panjang

Untuk memanjangkan bulu mata, sapukan hujungnya dengan air teh pekat yang telah direndam ataupun air lendir dari daun lidah buaya @ aloe vera . Amalkannya selalu.

www.gempaknewbie.com

Page 13: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 10 Menghaluskan Dan Mencerahkan Kulit Tubuh Sediakan Bijirin Oat 3 sudu besar, Susu Tepung atau Susu Segar 3 sudu besar, Madu 3 sudu Besar. Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut hingga sebati dan pastikan ianya tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Sapu dan gosokkan campuran Oat tersebut pada keseluruh tubuh, gosok hingga kering setelah itu boleh lah dibilas dengan air bersih. Menghilangkan Kulit Kasar Tapak Kaki dan Tangan

Sekiranya anda berpeluang pergi berkelah di kawasan perkelahan samada di Tepi sungai atau pantai, ambil kesempatan ini untuk berjalan berkaki ayam di atas pasir sungai atau pantai kerana pasir sungai atau pasir pantai ini dapat menghaluskan tapak kaki atau telapak tangan. Menghapuskan Bulu Roma Ambil beberapa biji Limau Nipis, perah jusnya kemudian campurkan dengan gula beberapa sudu hingga adunannya pekat. Setelah itu sapukan pada tempat yang hendak dibuang bulu roma, biarkan kering setelah itu basuh dengan air suam. Lakukan 3 – 4 kali seminggu. Menghapuskan Bulu Ketiak Bagi menghapuskan bulu ketiak untuk jangkamasa yang lama. Ambil sedikit lada putih, kapur barus dan ditumbuk hingga lumat, kemudian campurkan ia dengan minyak zaiton kacau hingga sebati. Sapukan sebatian campuran tersebut pada ketiak sebelum tidur.

www.gempaknewbie.com

Page 14: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 11 Menurunkan Berat Badan Untuk menurunkan berat badan adalah dengan meminum air Kulit Delima Muda. Caranya ambil sebiji buah Delima muda, parut halus kulitnya dan campurkan ke dalam segelas air bersama dengan secubit garam. Simpakan dalam petisejuk, minum air kulit delima ini setiap kali selepas makan tengahari selang sehari. Amalkan meminum air Teh Cina setiap kali lepas selepas makan. Banyakkan minum air suam kosong dapat mengelakkan anda untuk Makan banyak

Perahkan sehiris Limau nipis atau lemon ke dalam air kosong untuk menghilangkan rasa lapar. Turunkan Darah Tinggi

Ambil sebiji Peria Katak dan Batang Saderi, kisarkan dan minum jusnya seminggu 1 kali.

www.gempaknewbie.com

Page 15: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 12 Cegah Kencing Manis @ Diabetes

Cara yang terbaik untuk mencegah kencing manis atau pun nama sainstifiknya Diabetis adalah dengan cara mengawal kuantiti pengambilan gula. Atau pun meminum herba. Yang telah diketahui khasiatnya untuk mencegah diabetes seperti mengamalkan minum minuman Teh Misai Kuching. Selain daripada dapat mencegah kencing manis ia juga dapat membuangkan asid urik yang terkumpul pada sendi dan mencegah penyakit Gaut. Amalkan seperti anda meminum teh biasa setiap hari. Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah Amalkan meminum Air Kulit Kayu Manis, caranya ambil serbuk kulit kayu manis sebanyak 3 sudu teh, madu lebah 3 sudu dicampurkan dengan air suam sebanyak 440ml.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung Campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung serta dapat membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar denyutan jantung yang normal.

www.gempaknewbie.com

Page 16: Tips Kesihatan & Kecantikan

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 13 Masalah kesuburan Bagi golongan lelaki; Amalan minum madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan. Ambil 2 sudu teh madu. manakala golongan wanita untuk meningkatkan kesuburan.minum campuran serbuk kulit kayu manis setengah sudu dan madu 1 sudu. Petua KHAS Untuk LELAKI Amalkan memakan bawang merah mentah terutamanya bahagian tengahnya jadikan ulam, tujuannya untuk memekatkan air mani.

Elakkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan z**** menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya z**** ngilu apabila bersama dengan isteri. Untuk mengelakkan berlakunya pancutan awal dan air manic air elakkan daripada memakan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan . Selepas makan sebaik-baiknya jangan terus minum air , minumlah setelah 2 minit selepas selesai makan. Setiap kali hendak minum tahan nafas kerana ia dapat membantu anda dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

www.gempaknewbie.com

Page 17: Tips Kesihatan & Kecantikan

Produk PERCUMA untuk Anda

Download

Download

Page 25: Tips Kesihatan & Kecantikan

Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.

Dah download..baru tau..☺☺☺☺