Tips Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

4
Fungsi dan Kepentingan Tulang Belakang Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Tulang merupakan salah satu bahagian tubuh yang sangat penting. Tanpa tulang, tubuh tidak akan bisa berdiri tegak karana tidak mempunyai penyokong. Penyokong paling utama adalah tulang belakang karana tulang belakang menyokong hampir dua per tiga berat badan kita. Tulang belakang terdiri dari 7 tulang leher, 12 tulang punggung atas, dan 5 tulang punggung bawah, sakrum dan ruas tulang tulang ekor yang jumlah keseluruhannya sebanyak 34 sampai dengan 36 ruas tulang punggung (vertebrae). Tulang belakang harus melakukan banyak pergerakan tubuh, antara lain memusing kepala dan sebagainya. Tulang belakang ini juga berfungsi untuk melindungi saraf-saraf tulang belakang. Tulang belakang mempunyai banyak saraf-saraf yang bertugas menyampaikan arahan dari otak kita untuk dihantar ke seluruh badan melalui tulang belakang. Penjagaan tulang belakang yang betul melalui kaedah mengangkat barang, postur duduk, postur berdiri, kaedah tidur dan cara berjalan yang baik dapat memastikan kesihatan tulang.

description

ketahui tips-tips penjagaan tulang belakang

Transcript of Tips Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

Page 1: Tips Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

Fungsi dan Kepentingan Tulang Belakang

Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang

yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan

tegak.

Tulang merupakan salah satu bahagian tubuh yang sangat penting. Tanpa

tulang, tubuh tidak akan bisa berdiri tegak karana tidak mempunyai penyokong.

Penyokong paling utama adalah tulang belakang karana tulang belakang

menyokong hampir dua per tiga berat badan kita.

Tulang belakang terdiri dari 7 tulang leher, 12 tulang punggung atas, dan 5

tulang punggung bawah, sakrum dan ruas tulang tulang ekor yang jumlah

keseluruhannya sebanyak 34 sampai dengan 36 ruas tulang punggung

(vertebrae).

Tulang belakang harus melakukan banyak pergerakan tubuh, antara lain

memusing kepala dan sebagainya. Tulang belakang ini juga berfungsi untuk

melindungi saraf-saraf tulang belakang.

Tulang belakang mempunyai banyak saraf-saraf yang bertugas menyampaikan

arahan dari otak kita untuk dihantar ke seluruh badan melalui tulang belakang.

Penjagaan tulang belakang yang betul melalui kaedah mengangkat barang,

postur duduk, postur berdiri, kaedah tidur dan cara berjalan yang baik dapat

memastikan kesihatan tulang.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:

Obesiti

Merokok

Tekanan

Keadaan fizikal tidak elok

Postur badan yang salah

Posisi tidur tidak elok

Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

Page 2: Tips Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

TIPS MENJAGA KESIHATAN TULANG BELAKANG

Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara

senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau

pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal,

bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama

20 minit setiap sesi.

Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika

setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain

menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.

Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh

mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang

mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.

Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat

badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan

memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.

Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal

makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan. Allah berfirman

bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah

al-Araf, ayat 31)

Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian

bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami

kemerosotan.

Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu

keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur

Page 3: Tips Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang

belakang yang normal.

Pastikan anda duduk dalam keadaan badan menyandar secara tegak ke

belakang kerusi

Jangan mangangkat benda berat dengan membongkokkan badan anda 45

darjah kerana ini akan memberi tekanan kepada belakang

Berehat sebentar dengan berdiri atau berjalan-jalan selama 5 minit setelah

duduk bekerja selama 30 minit

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR

Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” 

Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah (s.w.t) berfirman:

“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. 

Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah

Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan

tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau

fractured, slip disc, sakit tulang belakang).