Tips Menjual di Facebook

14
Adakah ANDA ada menjual produk atau servis anda di facebook ? Adakah ANDA mahu tahu apakah cara terbaik dan terpantas untuk mendapat RESPONS dari sasaran prospek anda ? Mahukah anda tahu bukan sekadar RESPON malah bagaimana prospek anda sanggup membayar kepada anda wang pada masa itu juga semata-mata mahu membeli produk atau servis anda ? Jika jawapan anda ‘YA’ , anda amat bernasib baik kerana dalam laporan ringkas ini akan dikongsikan bagaimana untuk mendapat tindak balas prospek agar terus membeli. Mari teruskan membaca…

Transcript of Tips Menjual di Facebook

Page 1: Tips Menjual di Facebook

Adakah ANDA ada menjual produk atau servis anda di facebook ?

Adakah ANDA mahu tahu apakah cara terbaik dan terpantas untuk mendapat RESPONS dari sasaran prospek anda ?

Mahukah anda tahu bukan sekadar RESPON malah bagaimana

prospek anda sanggup membayar kepada anda wang pada masa itu

juga semata-mata mahu membeli produk atau servis anda ?

Jika jawapan anda ‘YA’ , anda amat bernasib baik kerana dalam laporan ringkas ini akan dikongsikan bagaimana untuk mendapat tindak balas prospek

agar terus membeli. Mari teruskan membaca…

Page 2: Tips Menjual di Facebook

Kenali Siapa Penulis Anda

Zahrul Azua Kamaluddin merupakan seorang Copywriter, Penulis Buku ‘Best-Seller’ serta seorang Pemasar Informasi.

Berpengalaman menulis lebih 300 surat jualan dan telah menghasilkan dua buah buku yang bertajuk ‘Rahsia Membina Senjata Jualan’( Buku ini telah disenaraikan sebagai TOP TEN Local Non Fiction Best Seller) & ‘Rahsia Jurus Pemikat Jualan’.

Kini beliau bukan sekadar aktif menulis malah beliau juga aktif mengembangkan ilmu copywriting kepada mereka yang berminat untuk mempelajarinya.

Sila LIKE Fan Page : www.facebook.com/zahrulazuapage

Page 3: Tips Menjual di Facebook

‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS

Semua hak-hak penerbitan ke atas panduan ini adalah hak milik Penerbit serta penulis sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian, kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri.

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada Penerbit.

Apa yang terkandung di dalam ebook ini adalah bagi tujuan pembelajaran semata-mata. Tiada jaminan yang segala maklumat adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak.

Edisi Pertama : 2013

Diterbitkan Oleh : Zahrul Azua Kamaluddin http://www.suratjualan.com(Servis penulisan surat jualan) http://www.seminarcopywriting.com (Seminar Copywriting) http://www.teampemikat.com (Blog Team Pemikat)

Page 4: Tips Menjual di Facebook

7 Langkah Bagaimana Mempengaruhi

Tindak Balas Prospek

Prospek seolah-olah terpukau dengan status yang

kita tulis

Ramai diantara kita cuba untuk menjual produk atau servis menggunakan status di ‘wall fb’.Ada status yang mendapat tindak balas malah banyak juga yang tidak memberi apa-apa tindak balas.

Atas dasar itulah maka tanpa membuang masa di bawah dikongsikan 7 langkah yang boleh kita lakukan dengan mudah untuk diguna pakai supaya prospek bertindak balas dengan apa yang anda bakal tawarkan dan seterusnya membantu memudahkan kita terus menjual kepada mereka.

Langkah #1) Tentukan siapa sasaran prospek anda.

Ini amat penting dan elakkan cuba untuk menjual kepada semua orang. Kita perlu ibaratkan diri kita seolah-olah penembak tepat. Menjual kepada prospek yang tepat. Siapa itu prospek yang tepat ? Prospek yang tepat adalah…

Prospek yang MAHU MEMBELI apa yang kita jual. Prospek yang BERSEDIA untuk MEMBELI apa yang kita jual.

Page 5: Tips Menjual di Facebook

2) Kenali dan tentukan apa sebenarnya yang prospek mahu

Kenali betul-betul siapa prospek kita. Apa masalah mereka yang boleh kita bantu selesaikan. Apa impian mereka yang boleh kita bantu capaikan.

Ini kerana majoriti manusia ini dalam fikirannya akan selalu memikirkan dua perkara :

1. Masalah

2. Impian atau Kehendak

Dari salah satu dua perkara ini atau gabungan kedua-duanya maka kita nanti boleh menjadikannya sebagai isu yang akan tarik perhatian mereka.

3) Tukarkan masalah / impian @ kehendak prospek dalam bentuk soalan & tujukan soalan tersebut kepada mereka

Apabila kita sudah kenal siapa prospek sasaran kita maka kita akan senaraikan apakah maslah-masalah yang mereka hadapi atau apakah impian-impian atau kehendak-kehendak mereka.

Dari senarai ini maka pilih satu yang terkuat. Terkuat di sini bermaksud yang paling ramai menghadapinya dari segi masalah atau yang ramai orang mengangankannya dari segi impian atau kehendak.

Page 6: Tips Menjual di Facebook

Dari masalah atau impian yang ingin kita gunakan ini maka kita tukarkannya dalam bentuk soalan dan soalan yang memerlukan jawapan ‘YA’.

Contohnya…

Katakan kita mempunyai produk kecantikan iaitu pencuci muka yang berasaskan buah oren. Selepas melakukan kajian didapati ianya sesuai untuk dipasarkan kepada wanita yang ada masalah kulit muka seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak dan sebagainya.

Maka kita hasilkan soalan seperti di ba

Ada masalah kulit wajah berjerawat ?

Ada masalah kulit wajah yang berminyak?

Mahukah ANDA saya bantu bagaimana menyelesaikan kesemua masalah kulit wajah anda?

Jika soalan-soalan di atas disasarkan kepada prospek yang betul maka ianya akan mendapat ‘YA’.

Page 7: Tips Menjual di Facebook

4) Nyatakan jalan keluar atau solusi ke atas soalan-soalan yang telah diberikan kepada prospek.

Setiap soalan perlukan jawapan. Setiap masalah perlukan penyelesaian. Setiap impian @ kehendak perlukan solusi.

Oleh itu soalan-soalan yang telah kita berikan kepada prospek sasaran itu perlu kita berikan jawapan atau penyelesaian atau solusi terhadapnya.

Ada berita baik kerana kini kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada jerawat, jeragat serta kulit muka berminyak.

Perkenalkan produk yang kita jual sebagai solusi kepada masalah yang kita uatarakan. Cerita sedikit tentang produk dan senaraikan sedikit faedahnya.

Memperkenalkan…

==========================

Pencuci Muka ‘Orange Oil Soap’ ==========================

Pencuci berasaskan ekstrak buah oren yang mengandungi khasiat

vitamin C semulajadi.

Pencuci muka yang bakal membantu anda memiliki kulit wajah yang

cerah dan menawan.

Pencuci muka yang bertindak secara semula jadi tanpa risiko bahan

kimia.

Page 8: Tips Menjual di Facebook

Tarik nafsu pelanggan dengan memberi atau menawarkan tawaran yang sukar untuk dilepaskan. Ini akan menambah kekuatan skrip kita untuk menjual.

Tawaran Menarik – Nilai pasaran = RM60 tetapi sekarang saya tawarkan dengan nilai jimat gila. Kini hanya RM30 sahaja.

5) Arahkan sesuatu untuk mereka bertindak atau melakukan sesuatu.

Berikan arahan tertentu supaya mereka bertindak agar dapat selesaikan masalah atau untuk memiliki faedah.

Contohnya…

Untuk REBUT tawaran ini sebelum orang lain dapat dan untuk

pastikan yang masalah kulit wajah anda dapat diselesaikan dengan segera maka sila komen…

“ SAYA MAHU “

Saya akan ‘pm’ dan tunjukkan bagaimana anda boleh memilikinya.

Page 9: Tips Menjual di Facebook

6) Suntikkan ‘Sense Of Urgency’

‘Sense of urgency’ adalah sesuatu bertindak dengan pantas.

Arahkan mereka untuk bertindak segera dan nyatakan apa kesannya jika tidak bertindak SEKARANG.

p/s - Sila KOMEN SEKARANG ya… kerana ini mungkin kali terakhir anda melihat status ini. Selesaikan masalah anda sebelum ianya jadi lebih teruk lagi.

7) ‘PM’ Segera

Kepada prospek yang KOMEN “SAYA MAHU”maka dengan sege mereka dan berikan maklumat yang telah kita janjikan.

Apakah maklumat tersebut ?

Ianya adalah maklumat tentang produk dan bagaimana prospek boleh menempah atau membeli produk yang kita hendak jualkan itu.

Page 10: Tips Menjual di Facebook

Ulasan

Teknik menjual di atas dipanggil ‘NLCI’ iaitu “ No Link Check Inbox ”. Teknik ini tidak memberikan apa-apa link jualan tetapi mengarahkan prospek untuk komen dan segala info akan diberikan dalam inbox atau ‘pm’.

Tujuannya adalah untuk :

Dapatkan dan kenalpasti siapa yang berminat untuk membeli produk. Yang LIKE atau komen boleh dijadikan sebagai database prospek yang berminat.

Mereka ini juga bersedia untuk membeli kerana kita telah

lakukan pra jualan dan telah perkenalkan produk serta memberitahu tawaran yang kita tawarkan. Yang komen pasti mahu beli.

Dinasihatkan gunakan gambar juga supaya ‘POST’ ini boleh diedit jika perlu serta boleh ada ‘link’ nya nanti.

Disebabkan prospek sudah bersedia untuk membeli maka mudah

untuk lakukan closing.

Jangan gunakan selalu teknik ini melainkan untuk tawaran mahupun produk yang berlainan.

Page 11: Tips Menjual di Facebook

Contoh Ayat Pra Jualan NLCI Ada masalah kulit wajah berjerawat ?

Ada masalah kulit wajah yang berminyak?

Mahu saya bantu bagaimana menyelesaikan kesemua masalah kulit wajah anda itu?

Ada berita baik kerana kini kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada masalah jerawat, jeragat dan kulit muka berminyak. *********************** Memperkenalkan…

==========================

Pencuci Muka ‘Orange Oil Soap’ ==========================

Pencuci berasaskan ekstrak buah oren yang mengandungi khasiat vitamin C

semulajadi.

Pencuci muka yang bakal membantu anda memiliki kulit wajah yang cerah dan

menawan.

Pencuci muka yang bertindak secara semula jadi tanpa risiko bahan kimia.

*********************** Tawaran Menarik – Nilai pasaran = RM60 tetapi sekarang saya tawarkan dengan nilai jimat gila. Kini hanya RM30 sahaja.

***********************

Untuk REBUT tawaran ini sebelum orang lain dan untuk pastikan yang masalah kulit wajah anda dapat diselesaikan dengan sege

“ SAYA MAHU “

Saya akan .pm’ dan tunjukkan bagaimana an

p/s - Sila komen sekarang ya… kerana ini m KOMEN SEKARANG. Selesaikan masalah anda sebelum jadi lebih teruk.

Page 12: Tips Menjual di Facebook

Contoh Ayat ‘pm’ @ Closing

Salam tuan / Cik Puan ______,

Tuan / Cik Puan telah komen “Saya Mahu

terima kasih kerana berminat untuk memiliki produk pencuci muka Orange Oil Soap

dengan nilai tawaran yang hebat.

Untuk memiliki produk ini sila masukkan RM30 ke akaun :

BANK ABC –1644 095 73 873

Selepas lakukan pembayaran sila emelkan buktikan bayaran tersebut ke :

[email protected]

Terima kasih.

p/s –Tawaran harga jimat gila ini hanya seketika sahaja dan bakal dinaikkan nanti. Jadi cepat bertindak ya.

Anda Perlukan Lebih Lagi…

Sila teruskan bacaan anda

Page 13: Tips Menjual di Facebook

Untuk memiliki ilmu membina ayat-ayat jualan di facebook maka anda perlu tambah ilmu lagi. (sila teruskan bacaan anda)

Pakej Ebook “Rahsia Membina Skrip Jualan Di FB” boleh bantu anda untuk hasilkan ayat-ayat jualan yang mampu menyebabkan prospek terpaksa membeli produk anda. Sila ke…

www.skripjualan.com

Page 14: Tips Menjual di Facebook

Miliki Pakej Ebook Rahsia Membina Skrip Jualan Di FB

www.SkripJualan.com