Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

26
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1) 3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4) 6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin) 7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar) 8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula) 9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan) 10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi) 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat) 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat) 14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir) 17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota) 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain) 20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain) PENGURUSAN MASA Kepentingan Masa Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan- pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Transcript of Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Page 1: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah

dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

PENGURUSAN MASA

Kepentingan Masa

        Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran  banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

                    "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam                       kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta                       berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan                       kesabaran"

Page 2: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

 

Pembahagian Masa

        Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

        Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah

1. Masa hidup sebelum mati2. Masa sihat sebelum sakit

3. Masa muda sebelum tua

4. Masa kaya sebelum miskin

5. Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

 

Faktor-Faktor Pengurusan masa.         

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:

1. keluarga2. rakan-rakan

3. aktiviti yang tidak berfaedah

4. pengaruh media massa

5. sikap

 

Page 3: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

1. senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.2. susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.

3. elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.

4. agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.

5. buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.

6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.

7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.

 

Contoh Jadual aktiviti

 

Masa Senarai Aktiviti

0500-0530 pagi sembahyang subuh

0530-0630 pagi bersedia untuk ke sekolah

0630-12.30 t/hari belajar di sekolah

12.30-0100 petang sembahyang,makan,rehat

0100-0400 petang menyelesaikan kerja rumah

0400-0530 petang riadah ringan

0530-0630 petang mandi,sembahyang, makan

0700-800 malamulangkaji pelajaran yang baru

dipelajari

0800-0830 malam melihat berita tv

0830-1000 malam ulang kaji

1000-1100 malam persediaan pelajaran esok

Page 4: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1100-0500 pagi tidur

 

Hari/Masa

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

 

PENGURUSAN MASA 

PENDAHULUANDefinisi Pengurusan masa

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika2 waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi  makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

 

KEPENTINGAN PENGURUSAN MASAPengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti spt pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya;1.      Masa membaca buku atau mengulangkaji

2.      Waktu bermain atau beribadah

3.      Waktu menonton televisyen

4.      Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5.      Waktu membantu ibu dan ayah

6.      Waktu menziarahi rumah kawan

 

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Oleh itu,

Page 5: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan.

 

PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA

1.      Mengubah tabiat lama yang negatif.

Tabiat lama selalu juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap individu. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain kita dapat memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti yang lain.

 2.      KomunikasiKomunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.

 Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya guru ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri. 3.      PenumpuanSelalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh guru. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.

 4.      RehatManusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah factor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.

 Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan dapat disimpulkan bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dapat dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih berkesan dan bermakna.

  TEKNIK PENGURUSAN MASA1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok. 

Page 6: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:A.     Kelmarin sudah berlaluB.     Esok masih belum berlaluC.     Hari ini peluang masih ada3. Penuhkan masa lapangMasa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir. 4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda. 5.      Merancang jadual waktu belajar dan harianPerancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.  PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN1. Sikap yang positifPelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka adalah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan. 2. Disiplin masaProses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik. 3. Merancang Penggunaan MasaPelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien. 4. Mendahulukan yang utamaMelalui perancangan, pelajar dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain. 5. Tabiat dalam bilik darjahPelajar yang suka berkhayal dalam bilik darjah dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran. 6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaranPenyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. 7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumberRamai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. 8. Jaga kesihatan anda

Page 7: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda:I.   Sentiasa bersikap tenangII.  Makanan yang berkhasiatIII. Senaman yang berterusanIV. Bersikap positif dan rasionalV.  Riangkan hati dan senyumPENGURUSAN MASA MENURUT ISLAMIslam menggesa supaya masa digunakan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa ada kelebihannya yang tersendiri. Setiap individu hendaklah memperuntukan masa seperti berikut : I.   Masa beribadat kepada Allah-sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lainII.  Masa bekerja-mengikut bidang pekerjaan masing-masing dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.III. Masa untuk menambahkan intelektual-melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, pembincangan, menghadiri majlis ilmu.IV. Masa bekeluarga-capai kebahagiaan bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masaV.  Masa bermasyarakat dan bersosial-gotong-royong, bersukan, berpersatuan, kerja amal dan sebagainya.VI. Masa berehat-memulihkan tenaga dan fikiran bagi meneruskan kehidupan.

 PENUTUPSecara kesimpulan, sikap menangguh kerja ini dilakukan kerana beberapa factor;

Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan Sikap bosan Sikap malas Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan Takut akan kegagalan Berasa tugas itu sesuatu yang sukar Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya

Berasa tugas berkenaan tidak penting.Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang?

 

 Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?

Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.

Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan

Page 8: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.

 

 Mengapa anda perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?

Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.

Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.

 

 

 Bagaimanakah program Teknik Pengurusan Masa ini boleh

membantu?

Page 9: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

 

Program Pengurusan Masa SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk menguruskan masa anda dengan berkesan. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan:

Faham mengapa selama ini anda rasa seperti tidak cukup masa.

Sedar mengapa anda rasa sukar untuk mengikuti jadual waktu anda.

Sedar akan kesilapan pengurusan masa anda selama ini.

Kuasai teknik untuk mengawal 'mood' anda untuk belajar.

Mampu menyiapkan kerja anda dalam masa yang ditetapkan.

Program ini juga menerangkan teknik-teknik bagaimana pelajar boleh mengawal emosi dan perasaan mereka dalam melakukan kerja kerana salah satu masalah utama dalam pengurusan masa ialah pelajar ada masa, tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana minda mereka tidak bersedia atau berada di dalam 'mood' yang betul

 

 

 

 Bagaimanakah cara program Teknik Memori ini dijalankan?

Page 10: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

UIA Gombak 

Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas tentang konsep pengurusan masa. Peserta juga akan diajar beberapa teknik asas dalam menguruskan masa mereka menggunakan teknik kuadran masa, Pareto Principle dan juga beberapa petua pengurusan masa berkesan.

Selain daripada itu, program ini juga akan memberikan latihan praktikal untuk menguruskan masa harian, mingguan dan bulanan pelajar. Sesi ini selalunya dijalankan dalam bentuk latihan berkumpulan.

UITM Perak 

 

1.Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur.-Aamalkan teknik belajar secara bayangan.-Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.2.Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)3.Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.4.Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)5.Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)6.Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)7.Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)8.Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)9.Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)10.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)11.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)12.Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)13.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)14.Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)15.Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)16.Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)17.Masa berada dalam bas ( baca kad nota)18.Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)19.Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)20.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Tips Pengurusan Masa Pelajar CemerlangDalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan rahsia pengurusan masa oleh pelajar-pelajar yang telah

mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM. Semoga ianya

bermanfaat untuk adik-adik semua untuk dijadikan panduan.

Page 11: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1. Masa sebelum tidur, masa berbaring sebelum tidur.

Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis

menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam.

Gunakan teknik No 1.

3. Masa bangun tidur. Subuh/Pagi

Bayangkan pelajaran semalam

4. Masa ke tandas waktu pagi

Cuba ingatkan perkara yang terlupa

5. Masa ke tandas waktu malam

Sama seperti No. 4

6. Masa bercermin

Pastikan nota penting ada dilekatkan di cermin

7. Masa sarapan pagi

Baca selembar dua suratkhabar

8. Masa berjalan ke sekolah/kampus

Tanya diri - Sifir dan formula

9. Masa menunggu bas

Ulangkaji kad nota dan bayangkan

10. Masa di dalam bas atau kereta

Ulangkaji harian / cepat

11. Masa berjalan ke sekolah/ kampus

Tanya diri pasal sifir, formula dll

12. Masa sampai awal ke sekolah / kampus

Ulangkaji harian / cepat

13. Masa menunggu cikgu / pensyarah yang terlewat

Ulangkaji cepat

14. Masa rehat

Ke perpustakaan baca ringkas buku-buku

15. Masa sebelum pulang

Lewatkan pulang buat homework/ assignment

16. Masa berjalan pulang

Tanya diri pasal sifir/ formula

17. Masa berada di dalam bas

Baca kad nota

18. Masa rehat selepas makan

Page 12: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Baca novel/ majalah

19. Masa rehat selepas makan malam

Baca rencana akhbar dan lain-lain

7 Cara Cemerlangkan OtakUntuk cemerlang di dalam peperiksaan penting seperti UPSR,PMR mahupun SPM, selain daripada persediaan

yang rapi, pelajar juga perlu melatih otak agar sentiasa cemerlang dan sekaligus dapat meningkatkan keupayaan

daya ingatan. Di dalam tips hari ini, saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana kita dapat Mebggunakan otak dan

seterusnya dapat meningkatkan daya ingatan kita. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita amnya

dan para pelajar khasnya.

7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action. 

2. Air-clean air for the brain. 

3. Mental Challenges for the brain. 

4. Food for the brain. 

5. Exercise for the brain. 

6. Sleep for the brain. 

7. Meditation & power brain./ 

Amalan peningkatan daya ingatan 

  

1. Faham. 

2. Jarakkan/pecahkan masa belajar. 

3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. 

4. Percaya pada diri sendiri. 

5. Ulang berkali-kali. 

6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. 

7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. 

8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

Page 13: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Motivasi Belajar – 6 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan (Buat pelajar UPSR, PMR, SPM)Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun

SPM pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi

negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa

gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak

kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.

Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat Anda tenang sebelum exam bermula.

Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM

yang akan datang

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam

kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi

sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu.

Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-

lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti

berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita

gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform

well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam,

hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat

Page 14: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap

soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia

hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia

menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah

kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam

kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.

Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-

jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa

jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah

kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh

dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda

untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk

mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan

sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita

bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia

yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan

lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.

Page 15: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita

lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah

sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa

bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga

gemuruh, beritahu diri Anda yang Anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan

selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

P o s t e d b y   A H R a m a t   a t   2 : 1 2 A M

Thursday, May 20, 2010

Tips Belajar Secara Berkumpulan(Tips khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM)

Tidak dapat dinafikan apa saja aktiviti jika dilakukan secara berkumpulan atau jemaah akan membuahkan hasil

yang lebih baik. Hinggakan solat jika dilakukan secara berjemaah akan mendapat ganjaran 27 kali lebih daripada

solat yang dilakukan sendirian. Begitu juga dengan cara kita belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti

UPSR, PMR ataupun SPM. Jika dilakukan secara berkumpulan dengan cara yang betul, ia sedikit sebanyak

mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Di dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan serba

sedikit kaedah- kaedah dan faedah-faedah belajar secara berkumpulan. Semoga tips-tips yang diberikan ini

dapat membantu memantapkan persediaan adik-adik untuk menduduki peperiksaan.

Kaedah

- Pilih rakan/ahli yang sesuai

- Bilangan antara 2 hingga 5 orang

- Lantik seorang ketua dan seorang pencatat

- Set matlamat pertemuan/perbincangan

Page 16: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

- Tetapkan masa dan tempat yang sesuai

- Setiap ahli hendaklah membuat persiapan awal sebelum perjumpaan

- Perbincangan boleh dilakukan secara percambahan fikiran (brain storming), pembahagian tajuk kecil,

pembentangan, membuat ulasan/rumusan & sebagainya

- Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif

Kebaikan / Faedah

- Dapat berkongsi idea dan perasaan

- Suasana belajar lebih menyeronokkan

- Percambahan fikiran 

- Belajar secara "output learning"

- Wujud semangat kerjasama & saling membantu

- Dapat mengurankan tekanan

- Wujud konsep mesyuarah

Tuesday, May 11, 2010

Cara Hendak Dapat A Dalam Peperiksaan UPSR/PMR/SPMBELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku

sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Di antara tips untuk mengambil peperiksaan besar seperti

UPSR/PMR/SPM adalah digalakkan murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya

menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

Bahan - terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik,

lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet. Bahan seumpama ini boleh diperoleh

daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang

mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan

menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

Kaedah - belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan

mengantuk. Adalah dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang

dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih. Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi

Page 17: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. 

Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping

mendapat bahan atau fakta terkini.

Gaya belajar - Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu

gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada

secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil

mendengar muzik. Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik

yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau

bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal

atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir.

Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali.

Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan

ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu

menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.

Kata-Kata Hikmat(Khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM)

Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR

mahupun SPM, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar

daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-

kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan

impian anda. 

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier 

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

Page 18: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

- Charles Cahier 

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

- James Allen 

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina 

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli 

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin 

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle 

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus 

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius 

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo 

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti

menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan

Page 19: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

usaha hingga ke akhir hayat.

- Joseph Conrad 

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel 

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger 

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze 

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze 

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse 

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson 

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya

tanpa menyimpang.

Page 20: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

- Cecil B. DeMille 

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan

cari alasan.

- Peribahasa Arab 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu 

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

- Confucius 

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Petua tangani stress apabila marahKetika bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita hendaklah

sentiasa fokus. Walau bagaimanapun, ada ketikanya fokus boleh hilang kerana keadaan yang tertentu.

Antaranya keadaan marah. Tips hari ini akan membicarakan tentang bagaimana hendak menangani stess ketika

marah. 

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah,

sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa

kepada kemarahan. 

Perkara harus dilakukan apabila marah: 

Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’ 

Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap. 

Kenal pasti kenapa anda marah. 

Cuba dengan penjelasan orang lain. 

Page 21: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hari atau menghukum orang lain. 

Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan. 

Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan 

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah: 

Fikir secara positif. 

Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan. 

Belajar menyukai diri sendiri. 

Belajar bertenang. 

Adakan hobi. 

Luangkan masa untuk beriadah. 

Dapatkan tidur yang cukup. 

Dapatkan teman untuk meluahkan masala

PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSRBerikut adalah tips-tips yang boleh dipraktikkan ketika hendak menghadiri peperiksaan, tidak kira UPSR, PMR,

SPM atau apa-apa jua jenis peperiksaan yang hendak diambil. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda

1) Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. 

2) Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan

lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa

peperiksaan.

Page 22: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

3) Tenang dan percayakan diri anda.

4) Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

5) Bersantailah tapi berhati-hati.

6) Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan

menegak.

7) Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. 

8) Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-

kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk

menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea

yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan

9) Jawab soalan secara strategik. 

10) Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah

banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,

tetapi mempunyai markah sedikit.

11) Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. 

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan

yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama

jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.

12) Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei

dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang

mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

13) Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan

perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-

isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau

Page 23: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

media lain jika perlu.

14) Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. 

15) Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab

semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk

memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan

(misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya

dengan pengiraan ringkas.

16) Analisa jawapan anda.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan

strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan

kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

17) Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa

yang telah anda pelajari.

18) Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam

peperiksaan.

SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ANDA

Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab SoalanKetika menjawab soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, kita tidak terlepas dari

melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips berguna buat renungan

calon-calon yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.

Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua.

 

• Over Confident 

• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan 

• Tulisan yang tidak kemas 

Page 24: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

• Tergesa-gesa 

• Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan 

• Meletakkan harapan yang terlalu tinggi 

• Panik yang tidak terkawal 

• Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan 

• Tidak urus masa dengan betul 

• Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas

jawapan D : akibat cuai 

• Menukar pilihan jawapan di saat akhir. 

• Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihanBiasanya di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR SPM dan sebagainya, ada dua jenis soalan yang

dikemukakan dalam bentuk subjektif atau objektif. Bagi soalan yang berbentuk subjektif,  selain daripada

persediaan yang mencukupi, kemahiran mengetahui skema jawapan adalah suatu perkara yang amat penting

bagi memastikan kita tidak kehilangan markah mudah. Tetapi kali ini penulis ingin berkongsi pula tips-tips cara

menjawab soalan objektif @ aneka pilihan. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan renungan.

 

Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.

2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.

3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

Page 25: Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1. Baca kalimah Basmallah.

2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti

3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut

4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),

5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat

6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna

7. Jika tersalah PASTIKAN padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baru.

8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas JOB. Jika

pilihan jawapan A, pastikan hitamkan A di kertas JOB.

9. Semak semula jika telah selesai menjawab.

10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak kekalkan dengan pilihan ASAL.

11. Tawakal kepada Allah jika masa menjawab telah tamat.

Tips Penting.

1. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda

dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut)

2. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu / senang

3. Langkah ini dapat menjimatkan masa.

4. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab

5. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

Pesanan Penting

1. Sentiasa peka dengan MASA.

2. Pastikan kamu menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya.

3. Jangan lakukan aktiviti lain selain dari memberikan tumpuan kepada menjawab soalan seperti, MELUKIS,

TIDUR, Ke tandas tanpa tujuan..

4. Hargailah peluang yang diberikan kepada kamu....