titas-3 (1)

47
1 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA  

Transcript of titas-3 (1)

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 1/47

1

ISLAM DALAMTAMADUN MELAYU

SERTA PERANANNYA

DALAM PEMBINAAN

TAMADUN MALAYSIA 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 2/47

2

Pendahuluan

Islam mempunyai kaitan yang rapatterhadap perkembangan tamadunmanusia termasuklah di Malaysia.Perkataan Islam itu sendiri berasaldaripada perkataan Arab salima bererti

selamat sentosa atau kedamaian.

Dari perkataan salima ini lahir perkataanaslama yang bermaksud terpelihara

dalam keadaan selamat sentosa. Ia jugabererti menyerah diri, tunduk patuh dantaat.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 3/47

3

Islam secara umumnya adalah sejahtera dimana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang

dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t.mengikut dengan patuh terhadap sistemAllah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surahal-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripadaagama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit 

dan di bumi, sama ada dengan sukarelaataupun dengan paksa, dan kepadaNyalahmereka dikembalikan"  

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 4/47

4

PANDANGAN SEMESTA DANTAMADUN ISLAM 

Menurut Lucien Goldmann, unsur utamayang membezakan antara sesebuahtamadun dengan tamadun yang lain ialahpandangan semesta (worldview / weltanschauung) yang mendasarinya.

Ibn Khaldun mengatakan bahawasuasana persekitaran merupakan unsur

terpenting dalam membentuk pandangansemesta sesebuah masyarakat. 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 5/47

5

Pandangan semesta … 

Secara umumnya, pandangan semesta merupakansatu konsep mengenai alam semesta secarakeseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudutpandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilaitertentu.

Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islammerangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.

Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islamialah pandangan tentang realiti atau hakikat yangterjelma dari mata hati manusia mengenaikewujudan seluruh alam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 6/47

6

Sifat-sifat Tamadun Islam

1. Kesejagatan

2. Keterbukaan

3. Sepanjang zaman

4. Toleransi Terhadap Agama Dan

Budaya Lain

5. Kesatuan Dalam Kepelbagaian

6. Keseimbangan Antara Rohani Dan

Jasmani

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 7/47

7

CIRI-CIRI KHUSUSTAMADUN ISLAM

1. Rabbani

2. Sempurna dan menyeluruh3. Umum

4. Idealistik dan realistik 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 8/47

8

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 

Matlamat umum : mewujudkanperhubungan yang sejahtera sesamamanusia dan alam

Matlamat khusus : mewujudkanhubungan dengan Pencipta iaitu Allahs.w.t. iaitu beribadat mengikutprosedur yang ditetapkan oleh Allah

s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammads.a.w. 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 9/47

9

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t. 

Hubungan antara manusia denganAllah s.w.t. bersifat hubungan antarahamba dengan Penciptanya.

Hubungan tersebut merupakanhubungan paling tinggi dan palingmulia dalam kehidupan manusia,mengatasi hubungan yang wujud

antara manusia tersebut denganmana-mana manusia atau makhluklain.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 10/47

10

Hubungan manusiadengan manusia 

Masyarakat muslim adalah masyarakat yangterbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.Ini menjadikan masyarakat Islam sebuahmasyarakat yang berbentuk sejagat, tidak 

 bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaanserta tidak terbatas dalam lingkungan sempadangeografi dan politik.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuranyang mendapat tempat di sisi Allah Yang MahaMencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, disamping berbuat baik kepada sesama manusia.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 11/47

11

Hubungan manusia dengan alam 

Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini

untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya

Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka

 bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.

Allah s.w.t. telah memberikan panduanNyakepada manusia berhubung dengan hubungan

yang sepatutnya antara manusia dengan alam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 12/47

12

"Dan tiada satu pun di antara haiwanmelata di bumi atau pun burungterbang dengan dua sayapnyamelainkan mereka juga umat-umat 

seperti kamu; tiada satu pun yangKami lupakan di dalam Kitab,kemudian kepada Tuhannya merekadikumpulkan”. 

(al-An’aam, 6 : 38) 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 13/47

13

Memberikan makanan dan minumankepada haiwan, khususnya yangdipelihara, apabila diperlukan. SabdaRasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani" 

Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullahs.a.w. apabila baginda melihatbeberapa orang menjadikan burung

sebagai sasaran panah mereka:"Allah melaknat orang yangmenjadikan sesuatu yangmempunyai roh sebagai sasaran" 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 14/47

14

Tidak menyiksa binatang dengan apacara sekalipun. Sabda Rasulullah

s.a.w.:"Seorang perempuan dimasukkanke dalam neraka disebabkanseekor kucing yang dikurungnya

hingga mati, perempuan itu akanmasuk neraka kerana kucing itutidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan

memakan binatang-binatangtanah".

(Bukhari)

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 15/47

15

SUMBER TAMADUN ISLAM 

Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip

asas, kemudian dijelas dan diperincikanoleh al-Sunnah.

Kedua-duanya ini merupakan sumber

inspirasi umat Islam untuk membentuk,membangun dan mengembangkantamadun mereka.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 16/47

16

TUJUAN TAMADUN ISLAM

Tujuan utama tamadun Islamialah memelihara keperluanmanusia yang lima iaitu:

1.   menjaga agama

2. menjaga jiwa

3. menjaga keturunan

4. menjaga akal

5. menjaga harta 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 17/47

17

al-Dharuriyyat 

al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikan-

kebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.

Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah

dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan

mendatangkan kerosakan dan huru hara serta

musnahnya kehidupan atau dengan kata lain,luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga

membawa kerugian yang amat besar.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 18/47

18

al-Hajiyyat  bermaksud keperluan kepada perkara yang membawa kelegaan dan mampu

menghilangkan kesusahan dan masyaqqah (kesulitan).

Apabila luputnya perkara al-hajiyyat  akan

membawa individu atau masyarakat kepadakesukaran walaupun tidaklah sampai kepadakesukaran yang amat sangat seperti tahap al-daruriyyat yang boleh membinasakan.

Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus),adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 19/47

19

al-Tahsiniyyat  

al-Tahsiniyyat  pula bermaksudmengambil perkara-perkara yangselayaknya menerusi kebaikan-

kebaikan dan menjauhi perkara-perkara dipandang keji oleh akalyang rasional.

Hal ini terangkum dalam maksudkemuliaan akhlak.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 20/47

20

ISLAMDALAM TAMADUN MELAYU 

Islam merupakan suatu elemen yangsangat penting dan signifikan dalammembincangkan tamadun Melayu.

Ini kerana, Islam banyakmempengaruhi perkembangan

tamadun Melayu. Kesan dan nilaiIslam dapat ditemui pada hampirsegenap aspek dalam kehidupanmasyarakat dan tamadun Melayu.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 21/47

21

TEORI KEDATANGAN ISLAM KEALAM MELAYU 

Beberapa teori telah dikemukakan :

Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawakedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke

lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawakedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad kesembilan Masehi.

Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang

secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakandari India dan ada yang mengatakan dari China.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 22/47

22

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAMTAMADUN MELAYU 

Kedatangan Islam telah banyak

mencorakkan suasana masyarakat di AlamMelayu.

Kesan dan pengaruh Islam dalam TamadunMelayu dapat dilihat dalam beberapa aspek,

antaranya:– Akidah– Politik– Sosial– undang-undang– Ekonomi– Kebudayaan– Bahasa dan sastera– Kesenian

– Pendidikan dan Ilmu Syariah 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 23/47

23

Islam dan PembentukanTamadun Melayu

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yangdibentuk oleh sekelompok manusia yangdogolongkan secara luas sebagai kumpulanorang Melayu dan bertempat di suatuwilayah di Asia Tenggara yang dikenalidengan pelbagai nama seperti Alam Melayu,Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan KepulauanMelayu dan sebagainya.

Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitubahasa Melayu sebagai lingua franca danagama Islam sebagai anutan majoriti

penduduknya. 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 24/47

24

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telahmemantapkan keseluruhan pandangan semestaMelayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.

Pandangan semesta Melayu yang berpusatkanmanusia Melayu (man-centered) dan kesedaran

 bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-

centered) membuatkan manusia Melayu menyedariserta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa,Maha Mengasihani.

Ini seterusnya menjadikan pandangan semestaMelayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusiadengan Allah (hablum minalLah) dan hubungandengan sesama manusia (hablum minannas).

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 25/47

25

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan 

Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati

dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya diNegeri-negeri Melayu hanya berubah selepaskedatangan British ke Tanah Melayu bermula denganNegeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka danSingapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri

Borneo (Sabah dan Sarawak).

Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807),Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III

(1855).

Residen-residen Inggeris juga dilantik untukmenasihati para Sultan di dalam perkara-perkarapentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenaiagama dan adat istiadat Melayu.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 26/47

26

Dalam konteks perlembagaanMalaysia pada masakini, dalamPerlembagaan PersekutuanMalaysia jelas memberitahubahawa :

“Islam adalah agama rasmi  persekutuan, tetapi agama lain

boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalammana-mana bahagian jua di dalam

 persekutuan ini .” 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 27/47

27

Menurut Perkara 3(1), Islam telahdinyatakan sebagai agama rasmipersekutuan Malaysia. Dalam masayang sama, agama-agama lain jugabebas dipraktikkan dan diamalkan.

Kesan daripada peruntukanPerlembagaan Persekutuan ke atasagama Islam dalam perkara 3(1) iaitu

agama Islam sebagai agamaPersekutuan ialah :

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 28/47

28

Bahawa seorang Melayu itu adalah seorangyang beragama Islam, lazimnya bercakap didalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat

Melayu.

Melayu dan Islam adalah unsur yangbercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk

tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-rajadi negeri Melayu dan di dalam setiapperlembagaan negeri termasuk

Perlembagaan Negeri Johor. Mestilahberbangsa Melayu, beragama Islam danberketurunan raja.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 29/47

29

Di dalam sumpah memegang jawatanYang DiPertuan Agong bagindamengangkat sumpah dengan didahuluidengan lafaz Wallahi,  Wabillahi  danWatallahi  yang merupakan lafazsumpah yang dikehendaki dalamagama Islam.

Yang DiPertuan Agong adalah ketuaagama Islam di negeri Melaka, Pulau

Pinang, Sabah, Sarawak dan WilayahPersekutuan iaitu negeri yang tidakmempunyai Raja.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 30/47

30

Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialahketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

Dalam menjalankan tugas sebagai ketua

agama mereka mempunyai budi bicara dantidak terikat dengan nasihat Majlis MesyuaratNegeri.

Sultan dari segi praktikalnya semasa

bertugas dibantu dan dinasihati oleh MajlisAgama Islam Negeri.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 31/47

31

Walaubagaimanapun, sebagai satuperlindungan tambahan terhadapstatus agama Islam sebagai agamarasmi Malaysia, Perkara 11(4) adamenegaskan bahawa Undang-undangNegeri dan Undang-undang

Persekutuan bagi Wilayah Persekutuandan Labuan, boleh menjalankan danmenguatkuasakan pengawalan danpenghalangan terhadap apa-apa

seruan, dakwah mahupun sebaranagama-agama lain keatas penganut-penganut Islam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 32/47

32

Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawaSultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketua-

ketua agama Islam dan bertanggungjawab keatas adat istiadat Islam.

Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama baginegeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysiaseperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas

adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara11(4) yang menghalang sebarang penyebaranagama lain kepada orang-orang Islam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 33/47

33

Walaubagaimanapun, maksud Islam

sebagai agama rasmi negara disiniharuslah diperjelaskan. Ini ialah kerana,agama rasmi di sini bukanlah bererti Islamdan segala prinsip-prinsipnya yangterkandung di dalam al-Quran, as-Sunnahdan sumber-sumber lain diaplikasikansecara menyeluruh di dalam segenap

 pelusuk hal ehwal kenegaraansebagaimana definisi Islam mengikutsyarak.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 34/47

34

Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agamarasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapaaspek kehidupan seperti, aqidah iaitukepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,

 puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khususkehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan,

 penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapakesalahan lain seperti berzina, minum arak dan

lain-lain.

K t b t

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 35/47

35

Keterbatasan … 

Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam

Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu sahaja dapat dibuktikanseterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam

definisi dan undang-undangnya.

Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1)  perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaanIslam di dalam beberapa aspek kemasyarakatanumat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, halketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek lain sahaja.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 36/47

36

Jadual kesembilan di dalam senaraikeduanya yang mendefinisikan bidangkuasa Badan Penggubal Undang-undang Negeri (State Legislature) 

 juga telah menyenaraikan aspek-aspek lain yang mana badanpenggubal undang-undang negeriboleh mengubal Undang-undang atau

Enakmen-enakmen hukum syarak dinegeri-negeri masing-masing.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 37/47

37

Makna agama Islam sebagai agama rasmi

Persekutuan juga jelas terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysiayang jelas sebagai ambilan daripada sistemPerundangan Negara-negara lain seperti Englanddan Australia.

Banyak di antara undang-undang negara ini yangmengambil contoh undang-undang di England

seperti pengamalan Undang-Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 38/47

38

Ini bermakna kejelasan penggunaan hukumsyarak tidak wujud dalam undang-undangdan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

bahkan ambilannya adalah dari sistemPerundangan negara-negara Sekular.

Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan

yang bertentangan dengan hukum syarakseperti Trustees Act, Age of Majority Act , dansebagainya yang masih lagi terpakai kepadaorang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masihlagi terhad kepada kes di mana kedua-duapihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke

atas orang bukan Islam. 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 39/47

39

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA 

Malaysia kini adalah sebuah negara bangsaberbentuk persekutuan yang terdiri daripadakomponen 14 buah negeri.

Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negarabangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripadakemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.

Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga

merupakan kesinambungan daripada beberapabuah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yangpernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya,Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, KesultananJohor Riau-Lingga dan sebagainya.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 40/47

40

Sistem Perundangan Tradisional 

Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut

Melaka.

Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang TubuhNegeri Johor 1895.

Pahang : Undang-undang Pahang.

Kedah : Undang-undang Kedah.

Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang

Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.

Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol

dan Jelebu.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 41/47

41

Agama Islam dan Adat-adat

Istiadat Melayu  Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satustruktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang salingmelengkapi dan berintegrasi ke dalam wadahkemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti

Melayu.

Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikansebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkanadat istiadat Melayu dan beragama Islam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 42/47

42

Agama Islam dan Adat-adat

Istiadat Melayu 

Agama Islam dijadikan salah satudaripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu.

Begitu juga dengan perlantikan sultanbagi setiap negeri, sultan dimestikanberagama Islam.

Sultan juga diberikan peranan yangbesar dalam mengetuai agama Islamdi setiap negeri di Tanah Melayu.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 43/47

43

Kedudukan Istimewa Orang Melayudan Bumiputera 

Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satuasas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.

Keistimewaan ini telah diperuntukan dalamperlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara

153.

Di samping peruntukan perlembagaan memberikankeistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafanterhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di

kalangan orang Melayu.

Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapatmengatasi atau melangkah kuasa PerlembagaanPersekutuan Malaysia. 

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 44/47

44

Semangat Kebangsaandan Jati Diri Kebangsaan 

Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatanpegangan terhadap agama Islam sebenarnya telahbanyak memberikan sumbangan kepada semangat

 juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayudalam memperjuangkan hak orang Melayu dan jugakebebasan Tanah Melayu daripada belenggupenjajahan.

Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaanuntuk berjuang mempertahan dan membebaskantanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengandiketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdikpandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam

bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-AzharMesir dan juga daripada beberapa universiti di TimurTengah yang lain.

Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayusebagai wahana dalam menyampaikan buah fikirandalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam,

Neracha dan al-Ikhwan.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 45/47

45

Penerapan Nilai-nilai Islam dankesan-kesannya

Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akarumbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yangdijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagikepada kita peranan agama Islam dalampembentukan negara Malaysia.

Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapatditerima oleh semua bangsa majmuk yang tinggaldalam negara ini.

Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid danmencakupi semua aspek hidup manusia telah

menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagikakitangan kerajaan dalam menjalankan tugasmereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadiidentiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadunMelayu sebagai asas tamadun Malaysia.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 46/47

46

Pendekatan Sistem PerbankanIslam dalam Era Globalisasi

Dalam menghadapi era globalisasi masakini

 pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi

dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan

 pada 1983.

Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di

Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini

semakin popular termasuk juga kepada golongan

 bukan Islam.

7/30/2019 titas-3 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/titas-3-1 47/47

47

PENUTUP 

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentukwajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayuyang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yangrapuh dan tidak kekal.

Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akandapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang didunia’ .

Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama

Islam inilah yang telah berjaya membentuk satulakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayuterutama di Malaysia.