Titas

16
Pengenalan/Pendahuluan: Apakah itu tamadun? Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua aspek kehidupan di mana status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks. Menurut bahasa Arab, tamadun bermaksud kehalusan budi dan sopan santun . Penulis Arab pertama, iaitu Ibn Khaldun pula menggunakan perkataan umran untuk menerangkan konsep tamadun. Menurut pandnagan beliau, umran di sini bermaksud tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang. Tamadun juga didefinisikan sebagai suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat. Ia merupakan satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia yang merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota berkembang dari semasa ke semasa. Secara umumnya, tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah kemajuan teknologi, sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur, urbanisasi, organisasi sosial yang tersusun, kepercayaan dan agama, budaya dan kesenian dan juga sistem tulisan dan bahasa. Objektif tamadun adalah untuk mancapai dan meningkatkan kehidupan manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi. Objektif tamadun hanya tercapai sekiranya prinsip-prinsip tamadun dipelihara seiring dengan kemajuan yang dicapai. Para sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu, aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar, seterusnya tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan, yang ketiga pula, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia dan aspek keempat, tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau mencapai kemajuan material. Page | 1

Transcript of Titas

Page 1: Titas

Pengenalan/Pendahuluan:

Apakah itu tamadun? Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah

diperoleh dalam semua aspek kehidupan di mana status sosial manusia mulai berubah

dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks. Menurut

bahasa Arab, tamadun bermaksud “kehalusan budi” dan “sopan santun”. Penulis Arab

pertama, iaitu Ibn Khaldun pula menggunakan perkataan umran untuk menerangkan

konsep tamadun. Menurut pandnagan beliau, umran di sini bermaksud tanah atau

rumah yang didiami dalam negara yang berkembang. Tamadun juga didefinisikan

sebagai suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan, agama, politik

dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat. Ia merupakan

satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia yang merangkumi

sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan

pembinaan negara kota berkembang dari semasa ke semasa.

Secara umumnya, tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini

membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah

kemajuan teknologi, sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur, urbanisasi,

organisasi sosial yang tersusun, kepercayaan dan agama, budaya dan kesenian dan

juga sistem tulisan dan bahasa. Objektif tamadun adalah untuk mancapai dan

meningkatkan kehidupan manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal

nilai dan etika yang tinggi. Objektif tamadun hanya tercapai sekiranya prinsip-prinsip

tamadun dipelihara seiring dengan kemajuan yang dicapai.

Para sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada

empat aspek iaitu, aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau

kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau

Bandar, seterusnya tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau

kebaikan di dalam kehidupan, yang ketiga pula, tamadun diberikan makna kombinasi

kepada kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia dan

aspek keempat, tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada

ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar

atau mencapai kemajuan material. 

Page | 1

Page 2: Titas

1.1Asal usul dan Latar Belakang Tamadun China

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi

(SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada

Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai

Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani

(Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain,

integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar

oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses

perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun

berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.

Berdasarkan penemuan arkeologi, kawasan penempatan terawal di China

dipercayai terletak di kawasan gua di Chou-k’ou-tien, iaitu di selatan Peking. Selain itu,

ahli-ahli arkeologi juga menemui ‘manusia peking’ di tempat tersebut. ‘Manusia peking’

mempunyai perkaitan rapat dengan Pithecanthropus di Jawa. Di China, tarikh awal

kemunculan spesis ini dikatakan bermula kira-kira 700 000 tahun yang lampau, iaitu

bermulanya Zaman Ais Batu Pertengahan. ‘Manusia peking’ mempunyai keupayaan

membuat dan menggunakan peralatan yang diperbuat daripada kayu, tulang dan batu.

Mereka juga sudah pandai menggunakan api.

Tinggalan tengkorak yang dijumpai di Anyang, dipercayai bertarikh 1000

sebelum masihi juga membuktikan wujudnya kumpulan manusia daripada pelbagai ras

yang mendiami China. Mereka ialah masyarakat Mesolitik yang muncul di sekitar

kawasan Canton. Penduduk-penduduk tersebut dikatakan mendiami kawasan sungai

dan pantai. Kebanyakkan mereka adalah pelayar. Mereka turut menghasilkan tembikar

yang mempunyai corak tali. Penggunaan tali menjelaskan bahawa mereka

menggunakan serat dan serabut untuk dijadikan kain, melalui teknik memukul. Serabut

yang diperolehi daripada pokok akan dipukul sehingga lumat dan seterusnya dijadikan

tali. Penemuan tersebut merupakan penciptaan manusia yang terpenting itu membawa

kepada penciptaan kain. Penemuan tersebut juga asas kepada penghasilan pakaian

daripada kulit binatang dan juga penghasilan kertas pada abad kemudiannya.

Page | 2

Page 3: Titas

Menjelang tahun 5000 sebelum masihi, kegiatan pertanian telah dimulakan di

bahagian utara China, iaitu di Dataran Tinggi Loes. Kegiatan pertanian tersebut

berkembang ke seluruh China. Selepas perkembangan pertanian dimulakan, sistem

beraja di negara China digantikan dengan pemerintahan bercorak dinasti. Dinasti

pertama adalah Dinasti Hsia dan ia telah diasaskan oleh Raja Yu pada tahun 2205-

1766 sebelum masihi. Pemerintahan dinasti telah diteruskan oleh pemerintah-

pemerintah seterusnya. Tamadun China sememangnya tamadun yang unik kerana

ketahannanya sepanjang zaman. Walaubagaimanapun, Tamadun China boleh

dikatogerikan kepada beberapa tahap, iaitu pembinaan, perkembangan dan kejatuhan.

Sejarah China dapat dibahagikan kepada empat tahap lagi untuk meringkaskan sejarah

China, iaitu, Zaman Pembinaan, Zaman Keagungan, Zaman Peralihan dan Zaman

Moden.

5.2 Perkembangan Tamadun China

Tamadun China mempunyai beberapa dinasti. Setiap dinasti memainkan

peranan penting dalam pembentukan Tamadun China hari ini. Walaupun begitu banyak

dinasti wujud di China, tetapi hanya beberapa dinasti sahaja yang penting dalam

menyumbangkan paling banyak kemajuan pan perkembangan dalam Tamadun China.

Berikut adalah jadual pembentukan Tamadun China mengikut kronologi:

Jadual 2: Kronologi Tamadun China

Tahun Dinasti yang memerintah Tahap Perkembangan

2205 – 1766

sebelum masihi

Dinasti Xia (Hsia)

Zaman Perkembangan

1766 -1122

sebelum masihi

Dinasti Shang

1122 -256

sebelum masihi

Dinasti Chou

403 – 222

sebelum masihi

Zaman negeri-negeri berperang

Page | 3

Page 4: Titas

221 -206

sebelum masihi

Dinasti Ch’in

206 sebelum

masihi – 24

masihi

Dinasti Han Barat

25 - 220 Dinasti Han Timur

220 - 280 Zaman Tiga Negara ( The Three

Kingdom)

Zaman Keagungan

266 – 317 Dinasti Chin Barat

318 – 420 Dinasti Chin Timur

420 – 589 Dianasti Selatan

581 – 618 Dinasti Sui

618 – 907 Dinasti Tang

907 – 960 Dinasti Lima dan Sepuluh Negara

Zaman Peralihan960 – 1279 Dinasti Song (Sung)

1122 – 1234 Dinasti Jin (Jurchen)

1279 – 1368 Dinasti Yuan

1368 – 1644 Dinasti Ming Zaman Moden

1644 – 1911 Dinasti Ch’ing (Manchu)

Perkembangan Tamadun China dimulakan dengan penubuhan Dinasti Hsia.

Dinasti ini masih menjadi tanda tanya memandangkan belum lagi terdapat bukti-bukti

konkrit arkeologi yang dapat membuktikan kewujudannya. Namun begitu, menurut satu

puisi tradisional, dinasti ini telah dibina oleh Raja Yu, iaitu seorang pemerintah mistik

dan penaung kepada pertanian yang dipercayai membantu mengelakkan banjir dan

menjaga kadar air di Sungai Kuning.

Seterusnya, Dinasti Shang telah menggantikan Dinasti Hsia. Dinasti Shang

memainkan peranan penting dalam menyumbangkan sistem tulisan yang sistematik.

Rekod-rekod bertulis juga telah wujud pada zaman ini oleh kerana kewujudan huruf

Page | 4

Page 5: Titas

Jiagu yang merupakan asal usul huruf Hanzi. Pada zaman ini, terdapat 3000 simbol

tulisan yang telah digunakan.

Pada zaman Dinasti Chou pula, berlakunya peperangan negeri-negeri

disebabkan disintegrasi antara kawasan feudal. Pembesar yang paling ganas dan

gagah akan menjadi pemimpin. Pada saman ini juga, ramai ahli falsafah China seperti

konfusius, taoisme, legalisme dan The Hundred Schools of Thought muncul.

Peperangan yang berlaku menyebabkan rakyat mengambil berat tentang isu-isu

realistik seperti politik dan isu-isu sosial rakyat. Rakyat juga berusaha untuk mencari

nilai hidup yang menuju ke arah zaman baru. Peperangan terhenti apabila munculnya

Dinasti Chin. Antara sumbangan yang diberika oleh Dinasti Chou adalah, amalan

sistem berkeluarga, humanisme dan juga sistem peperiksaan.

Tidak lama selepas itu, Maharaja Chin Shih Huang Ti muncul dan beliau telah

membahagikan empayar negara China kepada 40 buah wilayah. Pada zaman

pemerintahannya, China telah disatukan dari segi rangkaian pengangkutan, unit mata

wang, unit ukuran, huruf, militari dan perluasan empayar serta menjalankan dasar tegas

kepada soal bahasa, ekonomi, falsafah dan juga pentadbiran. Pemerintahannya

berdasarkan aliran legalis. Pada zaman pemerintahan Maharaja Chin ini juga, tembok

besar China telah dibina. Beliau merupakan seorang pemerintah yang sangat keras.

Selepas kematiannya, beberapa pemberontakan telah berlaku dan empayar China juga

turut musnah disebabkan Liu Pang.

Pemerintahan di China telah diteruskan oleh Liu Pang yang merupakan

pengasas Dinasti Han yang menggunakan gelaran Han Kao Ti. Pencapaian agung

dinasti ini adalahdalam bidang pentadbiran, iaitu pengamalan sistem berpusat.

Penasihat-penasihat kerajaan pula adalah merupakan sarjana konfusian. Falsafah

negara pula telah ditetapkan untuk mengunakan falsafah Konfusian. Empayar China

telah dibesarkan lagi sehingga ke Yunnan dan Kweichow. Kematian Wu Ti telah diganti

dengan Wang Mang yang telah membahagikan tanah kepada rakyat supaya setiap

keluarga memiliki tanah. Akan tetapi, beliau mengisytiharkan pemilik terakhir tanah-

tanah tersebut adalah kerajaan China. Oleh itu, tanah tidak dibenarkan untuk dijual beli

Page | 5

Page 6: Titas

dan sistem pernghambaan adalah diharamkan. Namun begitu, Dinasti Han hancur

apabila berlaku pemberontakan dalaman.

Pada zaman Dinasti Sui, empayar disatukan semula. Tetapi, ketidakstabilan

dalam sistem pemerintahan berlaku apabila Maharaja Sui menjalankan penindasan

terhadap rakyat. Seterusnya, Dinasti tersebut diganti dengan Dinasti Tang yang

mempraktikkan pendidikan dalam pemerintahannya serta menjalankan dasar diplomasi.

Pencapaian Dinasti ini adalah sama dengan Dinasti Han.

Pada zaman peralihan, pencerobohan dari orang-orang gasar telah berlaku.

Akan tetapi, dinasti asing ini amat unik kerana mereka mengamalkan dan mengekalkan

unsur-unsur kecinaan dalam sistem pentadbiran. Namun begitu, orang Cina kembali

berkuasa apabila berlakunya pemberontakan petani di bawah pimpinan seorang patani

dan bekas Buddha. Namun, akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak

menjalankan interaksi positif, akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman daripada

kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19.

Pada Zaman Moden, iaitu pertengahan abad 19, China menghadapi ancaman

kuasa Barat yang bermula pada Zaman Dinasti Ming. Dinasti Ming mewujudkan

hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat, iaitu dengan Portugis. Portugus

datang ke China, Canton pada 1514 dan 1517. Kemudian kedatangan mubaligh

Kristian yang pula diikuti kuasa Sepanyol pada 1575. Percubaan Belanda untuk

mengadakan hubungan diplomasi dengan China gagal pada 1604 dan 1607 kerana

hasutan Portugis. Dinasti Manchu pula meneruskan dasar-dasar perdagangan dengan

Barat. Hal ini menyebabkan hubungan menjadi tegang kerana dasar-dasar sekatan

yang dikenakan kepada Barat hingga tercetusnya PERANG CANDU.

Perang Candu merupakan perang terbuka antara Inggeris dengan China yang

berpunca dari masalah hubungan diplomatik yang tegang mengenai isu perdagangan

bebas dan penentangan terhadap dasar perdagangan yang ketat termasuk candu.

Kesan perang adalah China kalah kepada barat. Barat mengambil kesempatan

membuka negara China kepada perdagangan luar. Ini juga menggambarkan

kemerosotan ketenteraan Manchu, sekali gus menaikkan semangat orang China

hendak menggulingkan Dinasti Manchu. Nilai-nilai barat mengambil tempat

Page | 6

Page 7: Titas

menggantikan banyak unsur-unsur tradisi China termasuk budaya kuno China. Selain

itu, munculnya golongan intelektual China yang menggunakan pelbagai pendekatan

falsafah barat.Misalnya munculnya fahaman demokrasi dan komunisme

5.3Sistem organisasi Tamadun China

Berikut merupakan susun lapis masyarakat di China:

Gambar rajah 1: Susun lapis masyarakat di Negara China.

Golongan teratas merupakan golongan raja. Raja merupakan kelas tertinggi

dalam masyarakat China dan merupakan sumber kekuasaan. Mereka mempunyai

‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir. Antara tugas raja di China

ialah menjadi sumber undang-undang Negara. Segala arahan dan perintah raja mesti.

dilaksanakan. Selain itu, raja juga menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim,

mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan,

serta juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran.

Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau

syurga. Seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada

secara baik ataupun melalui pemberontakan. Namun begitu, kebanyakan tugas raja

Page | 7

Raja

Aristokrat

Petani dan Artisan

Hamba, Askar dan Pedang

Page 8: Titas

dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau

bangsawan dalam masyarakat China.

Golongan Aristokrat pula merupakan pembantu utama raja. Mereka mempunyai

pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China. Pada

zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-

alat ritual dan senjata. Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman

berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah

keselamatan. Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh. Mereka

mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai

dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu.

Golongan yang diperintah pula merupakan rakyat biasa yang terdiri daripada

golongan cerdik pandai. Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan

kepada empat kelas. Kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang

berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan

pentadbiran serta tingkah laku. Sesuai dengan kecerdikkan mereka, golongan inilah

yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti

confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan monciusme.

Golongan yang seterusnya pula terpenting dalam masyarakat China. Mereka

menjadikan sistem organisasi untuk menjadi agak unik. Mereka ialah petani. Mereka

dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas

kepada kehidupan manusia. Kelas seterusnya ialah golongan artis atau tukang-tukang

yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monument-monumen tertentu.

Akhir sekali, golongan kelas terbawah masyarakat China ini ialah golongan

pedagang kerana mereka dianggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat.

Tidak seperti kawasan lain, di China, mereka tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.

Selain pedagang dipandang, golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat China

ialah pelakon, pelacur serta hamba yang tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.

Kumpulan ini lebih hina kedudukannya.

Page | 8

Page 9: Titas

Dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan kerabat diraja tidak

dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai

kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, dan hanya lelaki mempunyai kuasa

menceraikan isteri.

5.4 Sistem agama Tamadun China

Pada zaman Dinasti Shang, masyarakat mengamalkan pemujaan alam

semulajadi seperti angin, bumi dan syurga. Selain itu, pemujaan roh nenek moyang dan

dewa-dewi turut diamalkan. Penyembahan alam semulajadi dan nenek moyang juga

dilakukan pada zaman Chou. Upacara pengorbanan binatang juga turut diamalkan.

Perkembangan dalam kerohanian menyebabkan mereka mula menyembah Tuhan yang

dipanggil ‘Tien’ atau syurga serta menganggap raja sebagai anak Tuhan (Son of

Heaven) yang mendapat mandat memerintah. Pada zaman Han, amalan penyembahan

tokoh-tokoh agung diperkenalkan oleh Hu Ti. Beliau mengarahakan supaya tokong

dibina untuk ibu bapanya, iaitu Han Kao Tsu di seluruh negara. Pada zaman Han dan

Tang juga, perkembangan kerohanian Tamadun Cina diteruskan dengan agama

Budhha yang dibawa dari India.

Perkembangan agama Budhha di China adalah disebabkan oleh pertembungan

interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun India. Ianya berlaku semasa

pemerintahan Dinasti Han timur. Maharaja Han Ming Ti dikatakan mendapat mimpi

tentang agama tersebut. Pada masa itu, hanya beberapa orang kerabat diraja sahaja

yang menganuti agama tersebut kerana proses perkembangannya terlalu lambat. Akan

tetapi, pada zaman Dinasti Wei Utara, agama tersebut mendapat sambutan.

Antara kepercayaan dan agama yang lain yang diamalkan oleh masyarakat Cina

adalah, Confuciousm. Kepercayaan ini telah diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada

tahun 551 S.M. Agama ini juga merupakan pengajaran falsafah untuk

mempertingkatkan moral dan etika manusia. Ajarannnya mengenai tingkah laku,

kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang.

Page | 9

Page 10: Titas

Kepercayaan seterusanya adalah Taoisme/Daoisme. Kepercayaan ini telah

dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “the way and virtue”. Ajaran ini menganggap

dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawabmereka untuk mengembalikan

keharmonian. Ia juga turut mendukung aspek dualisme iaitu menekankan keserasian

melalui konsep yin dan yang.

Seterusnya adalah Legalisme. Kepercayaan ini telah dihasilkan oleh HsunTzu.

Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi ianya merupakan suatu pendekatan

pentadbiran yang pragmatic. Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan

undang-undang yang ketat. Menurut kepercayaan ini juga, emosi dan keinginan

manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.

MoTzu adalah merupakan kepercayaan orang Cina juga. Kepercayaan ini dilahirkan

oleh MoTzu pada akhir Dinasti Chou. Ia menekankan “universal love” dan persamaan

taraf. Menurut kepercayaan ini, sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang

berkebolehan. Selain itu, mereka juga percaya dan dituntut untuk menekankan sikap

jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi.

Humanisme pula merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal

kemanusiaan. Ianya nenekankan sifat kasih sayang dan hormat menghormati.

Kepercayaan Dan agama orang Cina pula lebih penyembahan nenek moyang,

Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama pembangunan akhlak, agama Islam,

Kristian dan Ateisme.

5.5Perkembangan sosial Tamadun China

Perkembangan sosial tamadun China dapat dibahagikan kepada lima bahagian,

iaitu dari segi pendidikan, falsafah, sains dan teknologi, seni bina dan bahasa dan

kesusateraan.

Terdapat tiga peringkat pendidikan di China, iaitu, pendidikan rendah yang

tertumpu kepada mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buku suci

Page | 10

Page 11: Titas

tanpa memahami maknanya. Peringkat kedua pula adalah pendidikan menengah yang

tertumpu kepada karangan dan sastera. Peringkat ketiga pula ialah pendidikan

tinggi, iaitu lebih kepada penterjemahan buku suci. Pada peringkat keriga, pendidikan

terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran dan juga menduduki peperiksaan

awam. Peperiksaan awam pula mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama, Hsui Tai

yang dijalankan di daerah dan ianya setaraf dengan ijazah pertamaserta diadakan dua

kali dalam tempoh tiga tahun. Tahap Kedua pula, Chun-Jen yang dijalankan di ibu kota.

Tahap ini setaraf dengan sarjana dan ia juga diadakan tiga tahun sekali. Seterusnya,

tahap Ketiga, Chin Shih dijalankan di istana, dihadapan maharaja. Ianya setaraf dengan

doktor falsafah serta diadakan tiga tahun sekali.

Dari segi falsafah pula, Tamadun China lebih mementingkan hubungan manusia

sesame manusia. Contohnya, Kung-fu Tze yang merupakan pengasas falsafah

Confucianisme menekankan perikemanusiaan dan maruah diri serta mengutamakan

kesopanan dan kesusilaan di samping menggalakkan hubungan baik sesama manusia.

Lao Tze pula, iaitu pengasa falsafah Taoisme, menegaskan konsep keperluan menjaga

keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat. Mo Tzu pula memikirkan

cara hendak melahirkan masyrakat dan politik yang baik. Beliau berpendapat manusia

berakhlak baik tetapi boleh menjadi sebaliknya kerana dipengaruhi oleh alam sekitar.

Bagi Legalisme pula, mereka percaya bahawa hanya undang-undang dapat

mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat

Dari segi sains dan teknologi, masyarakat China menganggap astronomi sebagai

ilmu sains negara. Di samping itu, perubatan tradisional China mengekalkan konsep

keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa aktif) dan Yang (kuasa pasif). Ilmu

kemahiran mencipta perahu juga semakin meningkat. Bukan itu sahaja, dari segi seni

bina, tembok besar telah dibina atas arahan Maharaja Shih Huang Ti adalah untuk

kegunaan keselamatan Negara semasa peperangan. Tembok besar tersebut juga

memainkan perana sebagai sempadan Negara itu mempunyai kepanjangan sebanyak

1500 batu dari Kansu ke Peking.

Dari segi perkembangan bahasa dan kesusateraan pula, salah sorang tokoh

iaitu, Su-Ma Chien telah menulis karya bertajuk ”Shih-Chi” yang menceritakan sosial,

Page | 11

Page 12: Titas

sejarah kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan. Tu-Fu, Li Po

dan Po Chu I pula merupakan tokoh penting dalam bidang puisi. Terdapat tujuh dialek

utama di China iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan

Fukien.

5.6 Perkembangan budaya Tamadun China

Kebudayaan Yangshao merupakan antara kebudayaan yang terawal wujud di

China. Yangshao yang berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan

ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao

yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo,

Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di

teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow

River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini,

selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah

menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam

bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan

pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di

perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar

berlukisan dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan

asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di

bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan

orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam)

sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turun-

temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun

Cina.

Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 milenium sebelum

masihi, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di

Page | 12

Page 13: Titas

bahagian-bahagian tengah dan utara negara China, dan kemudiannya diganti secara

beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.

Kebudayaan Longshan pula muncul sejak pertengahan kurun ke-2 sebelum

masihi dan Zaman Gangsa Awal lewat milenium ke-2sebelum masihi atau awal

milenium pertama sebelum masihi merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding

kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak

arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban

Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di

Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan,

tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk

sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada

pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya

menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar dalam pengeluarannya. Ciri-ciri

peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan

penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja

dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli

masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-

bekas ritus atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng

dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang

lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM).

Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat

daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu,

pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan

perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang

baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya

pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan

Page | 13

Page 14: Titas

pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat

di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang

yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu,

tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan.

Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun

terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira

1600SM dan berakhir pada tahun 1027 SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise

shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda,

tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi

ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan

peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

5.7 Pengaruh Islam di China

Menurut satu sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada

Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Tiga orang

pendakwah telah dihantar ke China, akan tetapi hanya seorang sahaja yang selamat

sampai di negara China. Kedatangan pendahwah tersebut disambut dengan baik oleh

China. Sebuah masjid telah didirikan untuknya dan dari situlah agama Islam tersebar di

China (Jameel Abdullah, Present Islamic World). Semasa zaman Khhulafa al-Rasyhdin

yang ketiga, iaitu Uthman bin Affan, Saad bin Waqqas telah dihantar melawat China

pada tahun 651 (29 Hijrah) untuk menyampaikan dakwah ke negara China. Hasilnya,

Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid di Canton atau yang dikenali

sebagai Guangzhou pada masa ini. Sesetengah pendakwah pula menyebarkan Islam

melalui laut bersama pedagang di bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou dan

sebagainya.

Pada tahun 714 Masihi, penaklukan ke atas Bandar Kashgar yang terletak di ibu

kota Turkistan yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim. Penaklukan ini berlaku untuk

menyeru Maharaja China untuk memeluk Islam. Pada tahun 757 Masihi pula, Jeneral

Page | 14

Page 15: Titas

Lien hen memberontak dan menentang Maharaja Su Tsung. Pada masa itu, seramai

4000 tentera dihantar masuk untuk menjayakan misi tersebut. Akan tetapi, rata-rata

tentera yang terlibat dengan misi tersebut terus tinggal di China dan telah berkahwin

dengan wanita tempatan. Hal ini telah memperkembangkan lagi agama Islam di China.

Mengikut sumber, Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya ketika

pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Namun begitu, ia merosot pada zaman

Dinasti Manchu.

Penduduk yang beragama Islam boleh didapati di mana-mana bahagian di China

terutama sekali di Xinjiang, Hui Ningxia, Yunnam, Shaanxi, Gansu, Hebei, Hona,

Shandong, Sichuan dan juga Shanxi (Brian, 1996). Pada tahun 1992, serami 28 juta

orang penduduk China dikenal pasti beragam Islam.

Page | 15

Page 16: Titas

Rumusan dan Penutup:

Akhir kalam, Tamadun China sememangnya merupakan salah satu tamadun

yang dapat bertahan lama walaupun masa kian berlalu. Hari demi hari, semakin banyak

sumbangan yang disumbangkan oleh tamadun ini kepada dunia, terutamanya kepada

masyarakat di Asia. Contohnya, dari segi kesenian dan kesusateraan, Tamadun China

telah membuktikan kewujudan novel-novel, puisi, sajak syair dan cerita pendek yang

berunsurkan kemasyarakatan, politik, tradisi dan ideologi orang Cina.

Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya

dengan penciptaan dan penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains dan

teknologi dunia. Hasil interaksi antara tamadun dan sikap keterbukaa terhadap tamadun

lain membawa keagungan kepada tamadun China.

Tamadun China tidak hanya menekankan aspek ekonomi semata-mata tetapi juga

pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar seharusnya dijadikan

contoh kepada negara-negara lain. Relevensinya dapat dilihat dalam pelbagai aspek

seperti ekonomi, politik, sosial dan etika, pendidikan dan institusi kekeluargaan. Maka

sewajarnya kita menuntut ilmu sampai ke negeri China seperti yang dikatakan oleh

pepatah Melayu.

Page | 16