titas

2
Tajuk Buku: Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia Pengarang: Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros Tamadun Cina Tamdun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Perabadan yang mula-mula di negara China ialah Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000-2000 S.M. China ialah sebuah negara besar yang telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial yang unik. Tamadun China telah memberi banyak sumbangan kepada dunia, salah satunya adalah dari aspek kesusteraan. Kesusteraan China kebanyakannya menggunakan bahasa Cina klasik yang memerlukan pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai kesenianseperti kaligrafi, seni lukis, seni bina serta kungfu. Dalam masyarakat Cina, struktur sosial terpenting ialah hubungan dalam keluarga menurut hieraki sosial China tergolong keoada pemerintah, petani, seniman dan peniaga hingga kini. Masyarakat Cina mempunyai budaya mereka sendiri dan peristiwa penting seseorang termasuklah kelahiran, perkhawinan dan kematian selain Tahun Baru Cina. Agama yang berkembanga pesat di China termasuklah Konfucianisme yang menekankan hubungan kekeluargaan, Taoisme yang menekankan harmoni dengan alam, Legalisme, Buddha mengawal nafsu , Kristian dan Islam. Pada hari ini, walaupun kerajaan negara China di bawah pimpinan pihak komunis, namun kerajaan tidak melakukan penindasan ke atas penganut-penganut agama tertentu. Ia adalah

description

kerja kurus titas pismp

Transcript of titas

Tajuk Buku: Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun AsiaPengarang: Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros

Tamadun CinaTamdun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Perabadan yang mula-mula di negara China ialah Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000-2000 S.M. China ialah sebuah negara besar yang telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial yang unik.Tamadun China telah memberi banyak sumbangan kepada dunia, salah satunya adalah dari aspek kesusteraan. Kesusteraan China kebanyakannya menggunakan bahasa Cina klasik yang memerlukan pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai kesenianseperti kaligrafi, seni lukis, seni bina serta kungfu.Dalam masyarakat Cina, struktur sosial terpenting ialah hubungan dalam keluarga menurut hieraki sosial China tergolong keoada pemerintah, petani, seniman dan peniaga hingga kini. Masyarakat Cina mempunyai budaya mereka sendiri dan peristiwa penting seseorang termasuklah kelahiran, perkhawinan dan kematian selain Tahun Baru Cina.Agama yang berkembanga pesat di China termasuklah Konfucianisme yang menekankan hubungan kekeluargaan, Taoisme yang menekankan harmoni dengan alam, Legalisme, Buddha mengawal nafsu , Kristian dan Islam. Pada hari ini, walaupun kerajaan negara China di bawah pimpinan pihak komunis, namun kerajaan tidak melakukan penindasan ke atas penganut-penganut agama tertentu. Ia adalah menurut Artikel 36 Perlembagaan Negara China berkata bahawa rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan apa juga kepercayaan dan agama mereka.Dari aspek pendidikan, pendidikan China amat mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Kerajaan memperkenalkan sistem peperiksaan yang melibatkan sejarah, politik, ekonomi dan kesusteraan. Hal ini juga turut menjadi salah satu sumbangan tamadun China kepada dunia diman sistem peperiksaan telah dicipta.Keunikan China menyediakan potensi yang hebat bagi berkembang maju dan menjadi negara yang bertamadun dan moden. Dalam konteks masyarakat di Malaysia kehadiran masyarakat Cina serta budayanya yang unik telah memperkaya dan mengukuhkan lagi perababan dan kehidupan harmoni pelbagai kaum.Tamadun IndiaCiri-ciri peradaban India dan jangka hayat menunjukkan bahawa tamdun India sudah lama berkembangan dan bermula dengan kemasukan tamdun lembangan sungai. Iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Ini diikuti pula dengan zam Vedik, kemudian kedatangan Islam dan Barat sehingga kewujudan perabadan India sekarang. Peradaban umumnya menandakan pencapaian kemajuan dalam segala aspek kehidupan manusia seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan, nilai kepercayaan dan sebagainya. Dalam konteks ini, cirri-ciri pembinaan seperti jalan raya, sistem perparitan dan longkang, kolam permandian, bangunan, kota, mohro-mohor dan sebagainya bukan sahja menandakan pencapaian budaya pemikiran yang tinggi, tetapi juga cirri-ciri peradaban yang maju.