Titas Complete

54
WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TAJUK 3: INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN NAMA: CHEONG SHUET YIN CHIAM JIA YING CHIN KA SENG KELAS: PISMP P1A

description

titas

Transcript of Titas Complete

Page 1: Titas Complete

WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIATAJUK 3: INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

NAMA: CHEONG SHUET YIN

CHIAM JIA YING

CHIN KA SENG

KELAS: PISMP P1A

Page 2: Titas Complete

PENGENALAN

Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Page 3: Titas Complete

Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan CHINA

Page 4: Titas Complete

Sebelum zaman pra - penjajah barat

Hubungan antara China dengan Alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).

1. PEMERINTAHAN SUN QUAN (222-252 M) dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka2. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara

luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar.

Page 5: Titas Complete

3.Pemerintahan zaman Dinasti Song (960- 1279) meneruskan hubungan baik dengan negeri negeri

luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.

4.Pemerintahan zaman Dinasti Ming(abad ke-15)Hubungan paling gemilang dan bermakna antara

Alam Melayu dengan China antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming 

seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405.

Page 6: Titas Complete

Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407.

Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005: 145).

Page 7: Titas Complete

1. Tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu

tidak didorong oleh perasaan hegemoni niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan, kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing kecenderungan china untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan Contoh: I-Ching belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun

zaman pra - penjajah barat

Page 8: Titas Complete

Zaman Penjajah Barat

1. Interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas

kawasan penempatan yang berasingan orang Cina tertumpu di kawasan bandar spt kawasan perlombongan ( KUALA LUMPUR )Polisi pentadbiran Inggeris memisahkan penempatan antara kaumKawasan penempatan orang Cina merupakan

kawasan yang berdikari penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka

Page 9: Titas Complete

Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan India

Page 10: Titas Complete

Bermula seawal abad ke-3 SM

Bahan bertulis dari India

ada menyebut tentang “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)

Gelaran

Suvarnabhumi (tanah emas)

Bahan bertulis dari India

Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu

Sebelum zaman pra- penjajahan barat

Page 11: Titas Complete

zaman pra – penjajahan barat

Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970), , interaksi Tamadun India dan Tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu

Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka

Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo.

Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo.

Page 12: Titas Complete

zaman pra– penjajahan barat

Zaman Kesultanan Melayu MelakaPedagang utama = pedagang indiaDatang daripada pesisir Koromandel, Kalingga,

Benggala dan Gujerat tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya

berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka.

Contoh:

1. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456).

Page 13: Titas Complete

2. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil.

3. Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500).

4. Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

Page 14: Titas Complete

Perjanjian Inggeris-Belanda (abad ke-19)

Kedatangan dan perpindahan orang India ke

Semenanjung Tanah Melayu Orang india bekerja sebagai buruh ladang tebu,

kopi dan teh kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari

wilayah Andhra Pradesh orang Ceylon dan Malayalee yang berpendidikan

Inggeris berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang

zaman penjajahan barat

Page 15: Titas Complete

Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20.

Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).

kedatangan kaum India pada zaman penjajah British kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing.

Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. 

Page 16: Titas Complete

Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea.

Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi.

Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 masihi.

Interaksi Antara Jepun dan China

Page 17: Titas Complete

Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.

Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun

Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.

Dari segi agama dan tulisan: - Agama Buddha diperkembangkan

dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)

Page 18: Titas Complete

Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.

Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.

Page 19: Titas Complete

Tulisan digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.

Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.

Perkembangan intelektual dan kesusasteraan:

- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar. Contohnya dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.

Page 20: Titas Complete

- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun.

- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.

- Sistem pemerintahan berpusat.

Page 21: Titas Complete

Perkataan Eropah berasal daripada Europe. berhubung kait dengan lagenda. Europa – anak perempuan Raja Tyre dari

pantai Phoenicia jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Interaksi Antara Tamadun Eropah dengan Tamadun Lain

Page 22: Titas Complete

Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily.

Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.

Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.

Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.

Page 23: Titas Complete

Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik.

Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.

Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.

Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di Eropah.

Page 24: Titas Complete

Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai peperangan Perang Salib.

Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.

Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini. Antaranya ialah:

Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam.

Ketidakseimbangan ekonomi. Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-

orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam.

Page 25: Titas Complete

- Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap.

- Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku.

- Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani).

Page 26: Titas Complete

◦Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.

◦Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam.

Page 27: Titas Complete

Nilai-nilai Universal Dalam Tamadunsemua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian.

menekankan aspek kemanusiaan. mementingkan institut kekeluargaan. beretika dalam aspek kehidupan. kepimpinan yang berteraskan keadilan dan kebijaksanaan .

menghargai alam sekitar.

Page 28: Titas Complete

TAMADUN ISLAM – berpaksi kepada konsep tauhid yang bermaksud agama merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun. Kerohanian dan kebendaan mestilah seimbang.

TAMADUN CHINA – terdapat banyak agama yang dianuti dalam masyarakat cina dan tekankan konsep ketuhanan. Kepercayaan konsep tian dapat mengawal tingkahlaku masyarakat mereka.

Ketuhanan dan kerohanian.

Page 29: Titas Complete

TAMADUN INDIA – percaya kepada konsep trimurti Brahma(Tuhan Pencipta), Vishnu(Tuhan Pemelihara), Siva(Tuhan Pemusnah). Percaya konsep karma dan kelahiran semula. Sentiasa berbuat baik.

TAMADUN JEPUN - mempunyai pengaruh tamadun China Dinasti Han (Shintoisme) iaitu berperanan menanamkan rasa kebangsaan Jepun dan patriotis

Page 30: Titas Complete

TAMADUN ISLAM – menjaga akhlak antara sesama manusia (ibu bapa, guru, kawan, jiran sesama Islam dan bukan Islam serta musuh Islam.) Kepentingan 5 hak asasi manusia : hak beragama, menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa, harta benda dan maruah diri.

TAMADUN CHINA – Konfucius- konsep ren( kasih sayang dan sifat perikemanusiaan).

Moisme- percaya cinta sejagat tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan.cintai orang lain seperti cintai diri sendiri.

Aspek kemanusiaan

Page 31: Titas Complete

berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.

Hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan

Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi

pendidikan agama dan kemahiranAnak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu

bapa keranakeredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam

Tamadun islamInstitusi kekeluargaan

Page 32: Titas Complete

unit asas dalam Tamadun ChinaAjaran Confucius menjadi asas kepada

Tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.

Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia

1. hubungan maharaja dengan rakyat

2. hubungan bapa dengan anak3. hubungan abang dengan adik4. hubungan suami dengan isteri5. hubungan kawan dengan

kawan

Tamadun China

Page 33: Titas Complete

Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

Page 34: Titas Complete

Unit penting dalam Tamadun India.

membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. 

Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem

kekeluargaan India

Asas ikatan keluarga – hubungan darah daripada keluarga yang sama

Tamadun india

Page 35: Titas Complete

TAMADUN ISLAM• Pemimpin yang dilantik hendaklah seorang

yang mempunyai sifat keadilan, berpengetahuan tinggi dan berkemampuan untuk memimpin

• Pemimpin perlulah amanah melaksanakan pemerintahan dan tidak zalim

• Pemimpin yang bertanggungjawab akan menggalakkan masyarakat menguasai ilmu pengetahuan, berkongsi idea dan pemikiran

Kepimpinan

Page 36: Titas Complete

TAMADUN CHINA• Raja memainkan peranan penting kerana

merupakan orang yang bijak, pintar serta cekap melaksanakan tanggungjawab

• Apabila peribadi raja sempurna maka seluruh rakyatnya akan tunduk kepadanya

TAMADUN INDIA• Asoka merupakan pemerintah Dinasti Maurya

telah menekankan nilai-nilai moral seperti bertimbang rasa, membantu orang miskin dan tidak membunuh binatang

• raja bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat

Page 37: Titas Complete

TAMADUN ISLAM – Syariat diturunkan Allah senagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Rasulullah diutus sebagai model akhlak yang terbaik untuk manusia.

TAMADUN CHINA - konsep li(peraturan akhlak dan peraturan kehidupan). konsep zhong yong juga dititikberatkan oleh Konfusius yang mahukan kesederhanaan dan tidak menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

TAMADUN INDIA- Sadharna dharma tekankan sifat am yang perlu dalam semua manusia.

Beretika dalam kehidupan

Page 38: Titas Complete

TAMADUN ISLAM- anugerah Allah kepada manusia. Alam – tanda kekuasaan Allah.

TAMADUN CHINA- manganggap bintang sebagai nenek moyang yang menjadi shen/dewa di langit selepas meninggal dunia.

TAMADUN INDIA- hargai dan anggap ada kuasa di dalamnya. Terdapat dewa seperti Indra(Tuhan Cuaca), Surya(Tuhan Matahari) dan Varuna(Tuhan Langit). Konsep ahimsa- ajar syangkan binatang hingga hargai nyawa mereka.

Alam sekitar

Page 39: Titas Complete

1. Aspek teologi.2. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.3. Keluarga- nilai kekeluargaan, asas

pembentukan masyarakat4. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti

manusia.5. Kerajaan- persoalan keadilan pemerintah6. Ekonomi-moral semesta7. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia8. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik

Persamaan dan perbezaan Antara Tamadun

Page 40: Titas Complete

TEOLOGI

Persamaan • Semua agama mementingkan konsep ketuhanan

kecuali agama Buddha tekankan falsafah moral dan etika.

• Setiap agama mempunyai doktrin & amalan tertentu. Contohnya agama Islam ---solat dan haji.

• Dalam agam Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai persamaan seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan akhirat.

• Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme – kelahiran semula & karma.

Page 41: Titas Complete

Perbezaan

• Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza.

• Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi.

• Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri.

• Manifetasi kenabian, amalan (ibadah) dan konsep hari pembalasan berbeza.

Page 42: Titas Complete

PERBEZAAN: dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. 

ALAM SEKITAR PERSAMAAN

bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama

Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia

Confusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan

Masyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan – “kami”

Page 43: Titas Complete

KELUARGA - sebagai asas pembentukan masyarakat

dihayati oleh tamdun tradisional.Persamaan :Tamadun Islam1) Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan

hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam Islam.

2) Keredhaan ibu bapa kunci keredhaan Allah.3) Kriteria memilih pasangan ditentukan untuk

keharmonian keluarga.

Page 44: Titas Complete

Tamadun China1. Ajaran Confucius tekankan hubungan kasih

sayang – wujudkan tenteram dan harmoni.2. 3 dari konsep wu lun (lima hubungan) ialah

hubungan yang penting dalam keluarga iaitu bapa &anak, abang &adik, suami &isteri.

3. Kesetiaan anak kepada bapa = rakyat kepada maharaja. Amalan menyembah nenek moyang lahir daripada konsep ini.

Page 45: Titas Complete

Tamadun India 1. Pembinaan keluarga bermatlamat membuat

sistem sokongan fizikal dan rohani serta penerus keturunan.

2. Ikatan kasih sayang dipentingkan.

Perbezaan: Ajaran agama-agama lain menyeru untuk

mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t.

Page 46: Titas Complete

PENDIDIKAN Persamaan

• sebagai pembentukan peribadi, tugas pengembangan ilmu suatu yang mulia.

• Kesedaran in menjadikan inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya.

• transformasi dalaman perlu didahulukan.

Perbezaan• cara transformasi dan elemen yang diutamakan.• Islam -tauhid peranan penting dalam transformasi pendidikan.

• Buddha dan Hindu – transformasi sifat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Page 47: Titas Complete

EKONOMI Persamaan

• kegiatan ekonomi tradisional berlaku dalam konteks “moral semesta” (universe moral)

• Buddha – ajaran jalan lapan lapis• Islam – konsep halal haram berhubung dengan rapat dengan akhlak

• Tamadun China – falsafah Konfusianisme memberi perhatian terhadap golongan petani dan pandang rendah golongan pedagang yang dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan.

• Tamadun Eropah – zaman pertengahan dipengaruhi agama Kristian seperti larangan riba, rasuah, penipuan dan sebagainya.

Page 48: Titas Complete

KESIHATAN dipengaruhi alam sekitar. segala yang wujud saling berhubungan.mengubati penyakit – memulihkan proses keseimbangan.

Perbezaan

• penipuan, rasuah dan sebagainya tidak dinafikan terdapat dalam tamadun moden.

• Yang membezakan ekonomi tradisional dengan zaman moden ialah kayu pengukur .

Page 49: Titas Complete

KOMUNITI- Identiti individu (pemikiran, pandangan, semesta

dan sikap) kait rapat dengan komuniti.- Dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan,

nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam.

Tamadun China1. Dipengaruhi sistem kekeluargaan berasaskan

bapa dan lelaki dan juga hubungan darah.2. Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan

dan kemahiran.

Page 50: Titas Complete

Tamadun Islam1. wujud hubungan berdasarkan ikatan

kekerabatan, agama dan kemanusiaan.2. Konsep ummah melampaui batasan bangsa,

warna kulit atau geografi.3. Kasih sayang dan tolak ansur ditekankan

untuk wujudkan perpaduan dan persaudaraan.4. Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai

dengan fitrah dan sifat semula jadi wanita, berbeza dengan pandangan barat (wanita sama taraf dengan lelaki).

5. Mengiktiraf kedudukan dan hak wanita (pengilmuan dan pemilikan harta)

Page 51: Titas Complete

Tamadun India1. Berbeza dengan lain kerana peraturan lebih

ketat yang berasaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi oleh nenek moyang.

2. Sistem kasta pengaruhi bidang ekonomi, politik, sosial dan perundangan.

3. Hubungan sesama anggota dalam komuniti ditekankan oleh konsep Dharma.

4. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang  harus dilakukan oleh setiap anggota.

Page 52: Titas Complete

KERAJAAN Tamadun tradisional mementingkan moraliti dan

akhlak sebagai asas kerajaan.Tamadun Islam Politk dan agama tidak dapat dipisahkan. Prinsip pemerintahan – keadilan, syuraTamadun China Raja perlu baik moralnya. Ajaran Confucius beri panduan dalam hubungan

antara pemerintah dengan rakyat. Tidak anjur menentang Raja yang tidak

bermoral tetapi akan ditarik melalui pelbagai bala bencana.

Page 53: Titas Complete

Jepun-China: kesenian dan kesusasteraan (sistem tulisan) , menerapkan unsur alam sekitar dalam kesenian lukisan atau catan.

Eropah-Melayu: Bahasa pinjaman: beg, komputer, elektrik dan sebagainya.

Eropah-Jepun: penyerapan kosa kata daripada bahasa Portugis dan Sepanyol.

Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

Page 54: Titas Complete

Islam - India : percampuran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam penggunaan Bahasa Melayu.

contohnya, Bhumi-bumi dan Bhasa-bahasa. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama

Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit