Titas Islam Hadhari

9

Transcript of Titas Islam Hadhari

Page 1: Titas Islam Hadhari
Page 2: Titas Islam Hadhari

Kalimah Islam dan hadhari secara asasnya adalah ambilan dari perkataan bahasa Arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari Bahasa Melayu. Perkataan asalnya adalah 'aI-Islam al-Hadhari' atau disebut juga sebagai 'Civilizational Islam'.

Dari segi istilah, perkataan Hadhari membawa maksud seperti berikut;i- Yang bertamadun atauii- Islam yang menekankan aspek tamadun.iii- Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Civilizational Islam'iv- Dalam bahasa Arab dikenali sebagai 'aI-Islam al-Hadhari'

DEFINISI ISLAM HADHARI

Page 3: Titas Islam Hadhari

(a) Pendekatan Islam hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi'e (terpisah-pisah)seperti Islam bersifat politik (aI-Islam al-Siyasi).(b) Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cqbaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklulI\at, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

(c) Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nil ai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (JAKIM, 2005 : 10).

Page 4: Titas Islam Hadhari

VISI DAN MISI

Visi Islam Hadhari adalah "Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri."

Konsepnya ialah negara mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

Misi Islam Hadhari adalah "Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang" (JAKIM, 2005: 11-14).

Page 5: Titas Islam Hadhari

OBJEKTIF

Objektif Islam Hadhari adalah;(a) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan kekuatan berikut;a- Spiritual (rohani)b- AkhlakcIntelektuald- Materiale- Mampuberdikarif- Berdaya saingg- Melihat ke hadapanh- Inovatif(b) Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai (JAKIM, 2005: 15).

Page 6: Titas Islam Hadhari

Pemahaman Islam Hadhari

Usaha ke arah memahami isi kandung Islam Hadhari perlu menjurus kepadasemua pihak menerusi pelbagai saluran. Umpamanya;(a) Peningkatan Kualiti (Itqan) dalam semua urusan(b) Usaha-usaha Ijtihad yang berterusan(c) Penghayatan dan mewarisi ketamadunan global (Rahmatun Lil'alamin)(d) Semangat Ukhuwah Islamiah (Brotherhood) disemarakkan bagimenghasilkan jaringan so sial yang berkesan(e) Pembudayaan nilai-nilai positif yang terkandung di dalam tasawwur Islam.Contoh : Pembudayaan masyarakat Iqra'.(f) Keseimbangan antara ilmu agama dan sekular. Banyak ayat al-Quran yangmenyentuh soal penguasaan sains dan teknologi sedangkan ianya dianggapilmu sekular.

Page 7: Titas Islam Hadhari

RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN

Terdapat dua aspek utama mengapa Islam Hadhari diperkenalkan iaitu dari sudut dalaman dan luaran (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 153-154):

Aspek Dalaman(a) Kefahaman ajaran Islam secara Serpihan (b) Kepelbagaian Kumpulan(c) Kesan Konspirasi Politik Dunia Barat

Aspek Luaran(a) Cabaran Globalisasi(b) Isu Terrorisme yang ditujukan kepada Islam(c) Membendung Tradisionalisme dan Fundamentalisme(d) Cabaran fahaman kebendaan dan hedonisme

Page 8: Titas Islam Hadhari

PRINSIP ISLAM HADHARI

1Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama; 1- Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi (Allah/God)2- Kerajaan Adil dan beramanah3- Rakyat berjiwa merdeka4- Penguasaan ilmu pengetahuan5- Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6- Kehidupan berkualiti7- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita8- Keutuhan budaya dan moral9- Pemeliharaan alam semulajadi10- Kekuatan pertahanan

Page 9: Titas Islam Hadhari

KESIMPULAN

Gagasan Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia adalah satu medan buat umat Islam bagi membangunkan semula kegemilangan Islam yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah lalu. La juga merupakan satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan Islam agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam mengerakkan inisiatif memakmurkan negara Malaysia.

Meletakkan Islam Hadhari sebagai satu keutamaan dari sudut positif akan menggalakkan suasana sihat antara kaum di Malaysia. Sebarang hujah berbentuk negatif dan provokasi harus dielakkan demi menjana idea bagi menggerakkan usaha maa'ruf (mendorong kebaikan dan keadilan), menolak kemungkaran (kejahatan) serta kebathilan (kebinasaan