Titas Soalan a Dan b
-
Upload
azliza-binti-mohamed -
Category
Documents
-
view
744 -
download
5
Transcript of Titas Soalan a Dan b
KONSEP KEPERCAYAAN DAN KETUHANAN
Tamadun-tamadun yang perlu kami kaji melalui hasil tugasan ini ialah tamadun Melayu,
tamadun China, tamadun India dan juga tamadun Jepun. Terlebih dahulu, sebelum kita
meneliti dengan lebih mendalam mengenai konsep kepercayaan dan ketuhanan dalam
tamadun, eloklah sekiranya kita melihat dahulu apa itu tamadun
Definisi tamadun
Melalui buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia hasil karya Azhar Hj. Mad Aros, ;
Tamadun dari segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilation
dalam bahasa Inggeris. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu
‘maddana’ yang beerti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Tamadun
juga membawa erti membuka bandar.
Terbit pula perkataan ‘madinah’ yang bermaksud Bandar dan juga ‘madani’ iaitu orang
yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan
beradab sopan dalam tingkah laku.
Edward L. Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar
yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan
diwarisi dari generasi ke generasi. Profesor Wan Hashim Teh berpendapat bahawa
perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya.
Kesimpulannya, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus,
sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang
mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah
masyarakat atau Negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai
pencapaian satu bentuk budaya tinggi.
TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibentuk oleh sekumpulan manusia yang boleh
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu
wilayah di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago) atau gugusan kepulauan Melayu –Indonesia, Nusantara, Alam Melayu,
Tanah Jawi dan sebagainya.
KONSEP KEPERCAYAAN DAN KETUHANAN DALAM TAMADUN MELAYU
Melalui hasil tugasan Azhar Hj. Mad Aros melalui bukunya (Tamadun Islam dan
Tamadun Asia), beliau telah menghuraikan tentang tamadun orang Melayu dengan
selengkapnya.
Menurut beliau, sebelum kedatangan Islam, orang Melayu telah terlebih dahulu
menganut agama Hindu dan Buddha kerana pengaruh yang dibawa oleh mereka
sebelum itu. Walau bagaimanapun, sebelum munculnya agama Hindu, Islam dan
Buddha, orang Melayu menggunakan sistem peribumi iaitu mengamalkan kepercayaan
animisme dan dinamisme.
Menurut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau
semangat yang mempunyai perwatakan sendiri yang dapat membawa kesan baik atau
buruk. Roh nenek moyang yang dinamakan ‘’hyang’’ yang sama dengan ‘poyang’ atau
‘moyang’ dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang
kuat serta boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu, roh perlu ditenangkan melalui
upacara pemujaan dan penyembahan.
Ada yang menganggap ‘Hyang ‘sebagai jelmaan Tuhan, maka timbullah istilah ‘sembah
hyang’, iaitu menyembah roh jelmaan Tuhan. Pawang, bomoh dan dalang merupakan
perantara yang boleh menghubungi ‘hyang’ iaitu melalui upacara jampi, serapah,
penyajian, penyembelihan, pewayangan, perbomohan dan lain-lain.
Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa telah wujud agama Tauhid, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa di Alam Melayu. Perkataan Tuhan itu
sendiri berasal daripada perkataan ‘tuha-an’ iaitu gandingan perkataan ‘tuha’ yang
bermaksud ‘tua’ dan akhiran ‘an’ yang membawa maksud yang paling tua atau yang
tidak ada permulaan. Maka timbullah konsep ‘Sang Hyang Tunggal’ yang bermaksud
Tuhan Yang Maha Esa, yang merupakan peninggalan daripada agama tauhid yang
primordial yang dibawa oleh para nabi.
Seterusnya, penerimaan Islam ke dalam tamadun Melayu, kami telah mendapatkan
pembacaan melalui internet.
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah
menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun
Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin man tap dengan
kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya
Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sama lain serta saling
melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu
dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku
perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-
unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi
dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani,
intelektual dan kemasyarakatan.
Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera.
Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima
kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat
setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan.
Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara
(Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).
Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Hamka, 1965 :
433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh
ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi
terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M,
kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi.
Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai,
Sulu dan sebagainya.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia
Melayu. Proses pentakrifan semula berlaku. Ayat –ayat di dalam Al-Quran bukan
sahaja untuk mengetahui segala rahsia tersembunyi Tuhan, malah mengukuhkan
keyakinan, ketaqwaan, dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T. Konsep tauhid
mencakupi ketauhidan Rabbubiya, iaitu keesaan Tuhan sebagai Rabb Pencipta,
Pemilik dan Pentadbir yang tunggal bagi alam ini, dan juga tauhid ‘ubudiyah’, iaitu
penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Tuhan yang
Esa.
Juga tercakup dalam konsep tauhid ialah prinsip tentang kejadian alam semesta
sebagai ciptaan Tuhan untuk memanfaatkan manusia secara berpada. Ia juga adalah
untuk menjadi satu tanda atau ayat bagi mengenali kewujudan, sifat dan perbuatan
Tuhan Rabbul’ alamin. Selain itu, ia turut dikaitkan dengan konsep tauhid tentang
kejadian manusia sebagai hamba Tuhan atau ‘’ abdullah’’ , dan sebagai wakil Tuhan di
alam dunia ini.
Lantaran Pandangan Semesta Melayu berpusat kepada manusia, masyarakat Melayu
menyedari bahawa seluruh hidup mereka juga terfokus dan terarah kepada Tuhan
(god-centered). Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah
S.W.T. Maha Berkuasa dan Maha Mengsihani. Bahkan, Pandangan Semesta Melayu
juga turut dibentuk berasaskan habluminallah dan habluminannas.
Masyarakat Melayu juga turut mempunyai satu kepercayaan iaitu mengenal diri dan
pencipta. Menurut mereka, manusia merupakan ciptaan Tuhan yang paling istimewa. Ia
terbentuk daripada roh dan jasad. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza
dengan makhluk hidup yang lain, iaitu ilmu pengetahuan dan keahlian yang merupakan
hasil fikiran yang membezakannya daripada binatang dan mengangkatnya sebagai
makhluk yang berfikir.
Selain itu, mereka juga percaya bahawa manusia tidak boleh hidup sendiri tanpa
bantuan makhluk lain. Manusia amat perlu kepada pengaruh atau kebolehan untuk
mengendalikan kehidupannya. Dengan pengaruh tersebut, manusia mampu mengawal
dan menundukkan makhluk yang lebih kuat. Begitu juga dengan kuasa yang sering
dikaitkan dengan manusia. Masyarakat Melayu percaya, dengan kuasa, apa yang
diperlukan dapat dicapai.
Masyarakat Melayu percaya, manusia perlu mengenali Pencipta sebenar yang
menjadikannya serta sifat-sifat keagungan dan kesempurnaan yang ada pada-Nya.
Pengetahuan dan keyakinan kepada Pencipta yang sebenar akan membentuk satu
budaya berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan yang bakal membentuk tamadun.
TAMADUN INDIA
Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses perkembangannya
mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai keunikannya yang
tersendiri meliputi pola perkembangan sejarah, masyarakat, budaya dan sosial
masyarakatnya. Pembinaan tamadun India adalah hasil daripada pertembungan dua
bangsa yang utama iaitu dikenali sebagai Aryan dan Dravidin. Hasil daripada proses
pertembungan tersebut melahirkan interaksi yang akhirnya membawa kepada kelahiran
agama Hindu dan penjelmaan sistem kasta. Perkembangan seterusnya menjadikan
Tamadun India sebuah tamadun yang agung hingga pengaruhnya keluar daripada
tamadun khasnya di Asia.
Modul TITAS, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Zuraini Hj. Jamil @Osman & Ahmad
Yunus Kasim
KONSEP KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN DI DALAM TAMADUN INDIA
Sepertimana tamadun-tamadun lain, tamadun India turut mempunyai kepercayaan dan
konsep ketuhanannya yang tersendiri. Contoh pertama disini ialah dengan penemuan
sebuah mohor di Lembah Indus. Gambar pada mohor itu menunjukkan seorang
manusia yang bertanduk tiga sedang duduk bersila seolah-olah membuat yoga.
Tiga tanduk pada gambar tersebut ditafsirkan sebagai menandakan tiga fungsi utama
Tuhan. Menurut mereka, fungsi –fungsi tersebut ialah penciptaan, pemeliharaan , dan
pemusnahan (disertai penjanaan semula kuasa). Agama Hindu (Saivisme) menekankan
perkara-perkara ini sebagai fungsi Tuhan.
Di sekelilingnya terdapat pelbagai binatang seperti lembu, harimau, gajah, dan
manusia. Sir John Marshall, Sir Mortimer Wheeler dan beberapa orang sarjana kaji
purba mentafsirkan mohor ini sebagai menandakan konsep proto-shiva, iaitu bentuk
penyembahan Shiva yang terawal.
Gambar pada mohor itu juga ditafsirkan sebagai konsep Mahayogi dalam falsafah
Saivisme. Tuhan Shiva dikatakan sentiasa melakukan yoga dan menjadi mahaguru
yang menurunkan yoga ini kepada manusia. Selain itu, mohor ini juga ditafsirkan
sebagai menunjukkan konsep pasu-pati yang menjadi falsafah Saivisme.
Pasu menandakan kiwa, dan pati menandakan Tuhan. Tuhan merupakan ketua bagi
semua jiwa. Binatang serta manusia di sekeliling ditafsir sebagai mewakili jiwa-jiwa,
manakala rupa manusia di tengah-tengahnya sebagai pati-ketua kepada jiwa-jiwa itu.
Selain itu, penemuan patung wanita pula ditafsirkan sebagai penyembahan kepada
Dewi Ibu. Perlu diingat bahawa amalan penyembahan Dewi Ibu amat popular di India
Selatan khasnya dalam kalangan masyarakat Tamil.
Tambahan lagi, manusia dalam tamadun India turut menjadikan kolam permandian
untuk tujuan keagamaan mereka. Konsep mendirikan kolam di tempat-temat suci (kuil)
merupakan suatu amalan yang hanya terdapat dalam kalangan orang India Selatan
sahaja.
Tidak dapat dinafikan, agama juga adalah merupakan salah satu faktor dalam kelahiran
tamdun India. Pada tahun 2000 Sebelum Masihi, kawasan –kawasan di antara Asia
Tengah dengan Poland (India Utara) diduduki oleh kaum Arya yang berbadan tinggi,
berkulit cerah dan bermuka panjang. Mereka menternak kuda dan binatang lain serta
terlibat sedikit dalam aktiviti pertanian.
Antara tahun 2000-1500 S.M, mungkin mereka berpindah dari kawasan-kawasan ini
bukan sahaja kerana kekurangan rumput bagi ternakan mereka, tetapi kerana tekanan
populasi. Akibatnya mereka berpindah ke kawasan barat, timur dan selatam serta
menakluki dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
Kumpulan barat memasuki dan mendiami di Asia Kecil serta menubuhkan empayar
Hittite. Sebuah lagi kumpulan menjelajah ke Timur dan mereka dikenali sebagai Mittani
iaitu di timur laut Syria. Raja-raja mereka mempunyai nama-nama Indo-Arya dan dewa
dewi seperti Indara, Uruvna, Mitira, dan Nasatiya.
Pengetahuan tentang agama orang Indo-Arya diperoleh daripada karya-karya Veda,
terutama Rig Veda, yang mempunyai 1028 mazmur dan dianggap sebagai kitab agama
yang tertua di dunia. Sebenarnya, Rig Veda merupakan koleksi mazmur-mazmur yang
digunakan dalam upacara pengorbanan.
Dalam perkembangan pemikiran orang Indo-Arya, terdapat beberapa peringkat. Pada
mulanya, terdapat kaum Indo-Arya yang mempunyai kepercayaan bahawa setiap unsur
alam semula jadi mempengaruhi kehidupan manusia.
Oleh itu, mereka memuja unsur-unsur seperti matahari, api, angin, pokok, sungai dan
sebagainya. Mereka percaya bahawa setiap unsur ini bernyawa dan membawa
kebaikan atau keburukan kepada manusia.
Bagi masyarakat dalam tamadun India, mereka merasakan terdapat kuasa yang
menolong manusia dalam kehidupan dan ada yang mendatangkan kemalangan sert
malapetaka seperti banjir, taufan, dan lain-lain. Oleh itu, mereka berfikir bahawa semua
kuasa ini patut digembirakan, lalu mereka memuja kuasa-kuasa tersebut dengan
melakukan pengorbanan dan penyembahan.
Biasanya, upacara ini diiringi dengan pembacaan dan nyanyian mazmur-mazmur
daripada Veda-veda. Semasa mengucapkan mazmur-mazmur ini, sifat kuasa unsur-
unsur alam digambarkan sebagai anggota badan kuasa-kuasa yang tertentu. Misalnya
sinaran matahari, dianggap sebagai tangan dan lidah serta api dianggap sebagai
tanduk bagi kuasa api.
Upacara pengorbanan sebagai amalan agama diberikan kedudukan utama dalam
kultus Indo-Arya. Pengorbanan dianggap sebagai amalan agama yang terbaik kerana
manusia dapat menggembirakan dewa-dewi. Kebiasaannya, pengorbanan ini ditujukan
kepada dewa dewi ataupun kepada anasir-anasir jahat seperti asura atau raksasa
dengan tujuan yang tertentu, iaitu untuk mendapatkan faedah kebendaan seperti
kekayaan, kesihatan, ternakan, panjang umur,anak lelaki dan lain-lain.
Sebenarnya, ketakutan kepada dewa dewi, keinginan untuk kehidupan yang sempurna
serta kepercayaan, memberi ilham kepada mereka bahawa pemberian mereka akan
tetap membuahkan hasil atau ganjaran. Ini menyebabkan mereka terus memberi
pemberian kepada dewa-dewi melalui upacara pengorbanan.
Dalam perkembangan agama Vedik, penyembahan kepada dewa-dewi dengan
mengadakan upacara pengorbanan menandakan aspek ritualistik agama mereka. Ini
menjadi perkara penting dalam sistem kepercayaan agama. Namun, fikiran seperti ini
tidak kekal sebab kepercayaan dan pemikiran orang Indo-Arya berkembang, dari
peringkat konkrit ke peringkat abstrak apabila pemikiran falsafah berkenaan Tuhan
diperkenalkan. Di sini, upacara tidak lagi menjadi penting kerana ia bersifat duniawi
serta perseorangan.
Falsafah Vedik mementingkan lima konsep yang saling mempunyai perkaitan antara
satu sama lain, iaitu Brahman, Karma, Moksha, dan Samsara. Brahman menandakan
Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh
duniawi). Atma menandakan roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh duniawi, Brahman. Karma merupakan jumlah perbuatan, fikiran
dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibatnya
yang akan dialami dalam kehidupan akan datang, iaitu selepas kematian.
Moksha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.
Jadi ,tiap-tiap Atma adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai
moksha.
BUDDHISME
Buddhisme ialah satu doktrin yang terkenal di seluruh dunia tetapi ia telah
diperkenalkan di India oleh Siddhartha Gautama Buddha. Beliau telah dibesarkan di
dalam istana dan jauh daripada kesusahan. Ketika berusia 29 tahun, keinginannya
untuk mencari kebenaran menyebabkan beliau meninggalkan hidup mewah di istana
dan keluarganya lalu mengembara. Inilah titik tolak bermulanya pengembaraan beliau
sehingga membawa kepada kewujudan agama Buddha.
Buddha tidak mengajar hal-hal tentang ketuhanan, metafizikal atau suatu falsafah
kerana beliau tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan
ajaran-ajaran psikologi, etika yang berkaitan dengan kehidupan.
Dalam agama Buddha, tahap pertama untuk membebaskan diri daripada pusingan
kelahiran adalah dengan mengamalkan sila ataupun moral yang tinggi seperti
mengelakkan pembunuhan, tidak mencuri , tidak berdusta, mengawal perasaan diri,
tidak mengumpat, tidak gila pada kekayaan, tidak menjalankan upacara pengorbanan
yang melibatkan darah, tidak sembahyang pada matahari atau Brahma dan
sebagainya.
Ini perlu diikuti dengan renungan (samadhi), kesedaran (prajna), mencapai sambodhi
(mengetahui kebenaran sepenuhnya) dan akhirnya mencapai nirwana, iaitu terlepas
daripada pusingan kelahiran. Terdapat beberapa ajaran dalam agama Buddha.
Antaranya ialah ajaran Buddha tentang Dhamma. Dhamma ialah ajaran-ajaran dasar
Buddha. intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam empat kebenaran yang mulia
iaitu Dukka, Samudaya, Nirodha, dan Marga.
Buddha turut mengajar tentang Anitya. Istilah Nitya beerti kekal. Manakala Anitya pula
bermaksud sesuatu yang tidak kekal ataupun fana. Menurut ajaran Buddha, segala apa
yang terdapat di dunia adalah fana. Semua itu sentiasa berubah dari semasa ke
semasa. Seterusnya, Buddha juga mengajar konsep Karma. Ia mengatakan bahawa
perbuatan baik akan membawa kesan baik dan perbuatan akan membawa padah. Ia
merupakan penjelasan yang ringkas bagi konsep karma. Ajaran ini menegaskan
bahawa setiap perlakuan akan tetap meninggalkan kesan.
Nirwana juga merupakan salah ajaran berasaskan dari agama Buddha. istilah nirwana
boleh dikatakan sebagai suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu melepaskan
segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperoleh kesedaran secara
keseluruhan. Ia merupakan keadaan apabila api keinginan dipadamkan sama sekali.
Tujuan agama Buddha ialah menyediakan ‘pemadam api’. Orang yang mencapai
keadan nirwana dikatakan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan
yang berkekalan. Ajaran Buddha tidak mementingkan konsep ketuhanan.
JAINISME
Pada zaman yang sama, iaitu pada hujung zaman Vedik terdapat satu lagi agama yang
mempengaruhi kepercayaan agama orang India Utara. Mahavira (nama asalnya
Vardhammana) telah memperkenalkan agama Jaina yang mempunyai banyak
persamaan dengan ajaran Upanishad dan Buddhisme.
Agama ini mementingkan undang-undang, sebab dan akibat yang dipercayai
menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Oleh itu, konsep karma dan samsara
yang terdapat dalam Upanishad ditekankan. Ajaran Mahavira menandungi Sembilan
prinsip atau nava-tattva, iaitu jiva (roh terdapat dalam semua benda yang bergerak dan
bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi)
Sembilan prinsip tersebut ialah ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa), asrava (daya
penarik), karma (perbuatan, fikiran individu yang akan menentukan kelahiran semula
roh) bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan), samvara (menahan
pengaliran karam), nirjara (penghapusan karma), dan siddhi (pelepasan dari kelahiran
semula).
Bagi mencapai siddhi, agama Jaina mengesyorkan tiga cara iaitu, kepercayaan yang
baik, pengetahuan yang benar, dan kelakuan baik yang menekankan disiplin.
ORANG TAMIL
Maklumat-maklumat tentang agama dan kepercayaan tamdun India yang diterangkan
sebelum ini ialah masyarakat India yang tinggal di India Utara. Sekarang kita masuk
pual kepada masyarakat India Selatan atau lebih dikenali sebagai orang Tamil.
Pembahagian India Selatan yang berdasarkan linguistic adalah perkembangan
kemudian. Pada awalnya, keseluruhan India Selatan dikenali sebagai tanah Tamil yang
diperintah oleh tiga orang raja besar dan berates-ratus ketua wilayah yang mempunyai
sempadan masing-masing.
Konsep ketuhanan dan kepercayaan bagi orang Tamil agak berbeza dengan
masyarakat India Utara kerana mempunyai kepercayaan tersendiri.
Terdapat bebera[a dewa –dewi yang disembah oleh masyarakat Tamil. Oleh sebab
negeri mereka dibahagikan kepada lima kategori menurut bentuk muka bumi, maka
setiap kawasan mempunyai satu dewa atau dewi utama di samping dewa-dewi lain.
Misalnya, Dewi Korravai di Palai, dan Dewa Varunan di Nevthal.
Dalam penyembahan dewa –dewi ini , masyarakat Tamil mengadakan beberapa
upacara agama seperti velan verityattudan kuravai untuk Dewa Murukan. Pemujaan
dewa ini menjadi popular dalam kalangan masyarakat Tamil secara amnya. Seperti
dalam masyarakat India Arya di India Utara, kepercayaan agama masyarakat Tamil
juga bermula dengan animism dan totemisme, iaitu kepercayaan bahawa beberapa
unsur alam semula jadi mempunyai kuasa.
Kemudian, mereka telah menggunakan benda-benda tersebut sebagai simbol
ketuhanan. Tetapi, kepercayaan ini juga telah melalui proses antromorfisme, iaitu
kuasa-kuasa yang disembah itu diberi nama dan rupa. Hubungan rapat kehidupan
mereka dengan alam semula jadi menyebabkan unsur-unsur alam di sesuatu kawasan
turut menjadi sebahagian daripada benda yang disertakan bersama dewa –dewi yang
disembah. Misalnya, burung merak yang terdapat di kawasan kurinchi dan lembing
yang digunkan oleh penghuni kawasan itu disertakan dengan Dewa Murukan. Dewa
Mayon di kawasan mullai diberikan seruling yang digunakan oleh penternak.
Kepercayaan monoteisme dengan konsep Tuhan juga terdapat dalam kalangan
masyarakat Tamil kerana perkataan-perkataan seperti deivam, iraivan, dan kadavul
yang menandakan prinsip ketuhanan yang agung digunakan oleh para penyair. Mereka
menganggap dewa-dewi yang disembah sebagai manifestasi Tuhan yang disifatkan
sebagai prinsip abstrak.
TAMADUN CHINA
Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang besar dan telah dibentuk oleh
masyarakat yang berbilang kaum. Mengikut sejarah, bangsa yang banyak
menyumbang dalam pembinaan dan perkembangan Tamdun China adalah bangsa
Tionghua (minzu) iaitu bangsa yang moden yang terdiri daripada pelbagai kaum di
negara China. Tamadun China mempunyai sifat-sifat terbuka dalam interaksinya
dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar
oleh tamadun-tamdun lain dan mengalami perubahan-perubahan dalam proses
perkembangannya yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain,
tamdun China mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun yang
berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
KONSEP KEPERCAYAAN DAN KETUHANAN DI DALAM TAMADUN CHINA
Konsep ketuhanan dan kepercayaan dalam tamadun China agak berbeza daripada
tamadun lain kerana terdapat pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur
dengan kepercayaan tradisi dan adat resam. Masyarakat tamadun China
mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan,
kebahagiaan, dan kekayaan. Agama bagi mereka adalah lebih berupa kepercayaan
yang berlandaskan pengajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucius dan Lao Tze.
Pada zaman Shang, di peringkat awal masyarakat mengamalkan pemujaan alam
semula jadi seperti angin, bumi, dan sungai. Tidak ketinggalan upacara pemujaan roh
nenek moyang dan dewa-dewi. Upacara dilakukan oleh pawang mereka. Kepercayaan
terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil
tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan
mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat.
Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’.
Mereka turut menjadikan binatang sebagai korban semasa proses pemujaan. Dalam
upacara pemujaan tersebut, pawang akan mendapat ‘’tulang dawata’’(oracle bone)
yang mana ia merupakan lambang yang diukir di atas tulang kerbau dan kulit kura-kura.
Raja akan mengikut tafsiran yang dibuat oleh pawang berdasarkan tulang tersebut.
Lazimnya, raja meminta nasihat berhubung dengan masa yang sesuai untuk perang,
memburu, mengembara dan memilih hari yang baik daripada takwim Shang.
Masyarakat dalam tamadun China turut memiliki kepercayaan kepada anak syurga. Ini
adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Ia dilakukan dengan
menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat
kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi
dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk
mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
Agama & Kepercayaan Tamadun China (http://fastnote.wordpress.com/agama-
kepercayaan-tamadun-china/)
Selain itu, pada zaman Chou, terdapat satu upacara penyembahan yang berbeza.
Mereka menyembah bulan, sungai , binatang, dan mereka turut menyembah roh nenek
moyang sendiri. Mereka percaya bahawa roh-roh tersebut akan memberi kemakmuran
kepada mereka. Mereka juga mengamalkan upacara pengorbanan binatang seperti
pada zaman Shang.
Bidang rohani masyarakat China semakin berkembang apabila mereka menggelarkan
Tuhan mereka sebagai ‘’Tien’’ atau syurga serta menganggap raja sebagai anak Tuhan
(son of heaven) yang dikatakan telah mendapat mandat untuk memerintah.
Seterusnya, pada zaman Han pula amalan penyembahan tokoh-tokoh agung
diperkenalkan oleh Hu Ti. Beliau mengarahkan supaya tokong dibina untuk Han Kao
Tsu(ibu bapanya) di seluruh negara. Pada zaman Han dan Tang juga, menyaksikan
perkembangan orang Buddha yang dibawa dari India.
Dalam tamadun China, terdapat empat aliran pemikiran utama iaitu Confusianisme,
Taoisme, Maoisme (Mo Ti), dan Legalisme. Ajaran confusianisme dipelopori oleh
Confucius (Kung Fu Tze), seorang ahli falsafah China yang terkenal. Pada dasarnya, ia
adalah merupakan satu falsafah kemanusiaan yang pada akhirnya dijadikan sebagai
satu kepercayaan.
Pada zaman purba, kuasa tertinggi dikenali sebagai Tuhan yang memerintah alam
semesta. Istilah kuno ini menjelaskan dasar agama bangsa China semasa dinasti
Shang (1766-1122 S.M). Confucius telah meninggalkan secara radikalnya daripada
satu kepercayaan agama kepada Tuhan yang tertinggi. Beliau tidak pernah bercakap
tentang ‘’ Shangdi’’ tapi merujukkannya kepada kuasa tertinggi dalam istilah ‘’tian’’ yang
beerti langit atau syurga. ‘’Tian’’ yang dimaksudkan beliau adalah mempunyai tujuan
tertentu dan ia adalah penguasa kepada segalanya.
Berbalik kepada konsep ketuhanan, masyarakat Cina telah menganut agama Buddha
sejak ribuan tahun dahulu. Perkembangan agama Buddha di Negara China berlaku
semasa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur). Perkembangan ini adalah
kemuncak dari interaksi antara tamdun China dengan India. Ajaran Buddha bermula
dari Tamadun India dan kemudian disebarkan ke dalam masyarakat Cina semasa
interaksi antara tamadun itu berlaku.
Buddhisme banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan aspek-aspek budaya India
seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya kerana agama ini wujud dalam
kerangka budaya masyarakat India. Pada mulanya, masyarakat Cina agak berat
menerima agama ini kerana pegangannya yang berbeza dan tidak begitu sesuai bagi
institusi keluarga, etika, politik, dan moral orang Cina. Hal ini kerana, mereka sudah
terbiasa dengan falsafah yang telah lam diperkenalkan seperti falsafah konfusianisme.
Walau bagaimanapun, penduduk negara China dapat menyesuaikan diri dengan
agama Buddha dan agama ini diserap ke dalam budaya sedikit demi sedikit. Namun,
ajaran yang dibawa tetap tidak berubah. Antara pemimpin yang menganuti agama
ajaran Buddha ialah Maharaja Han Ming Ti. Beliau dikatakan mendapat mimpi tentang
agama tersebut. Walaupun agama Buddha masuk ke negara China semasa
pemerintahan Dinasti Han, tetapi proses perkembangannya terlalu lambat dan hanya
dianuti oleh beberapa orang kerabat diraja sahaja.
Ketika zaman dinasti Wei Utara, agama Buddha mendapat sambutan yang luas. Ketika
cendekiawan Konfucianisme tidak lagi mempunyai pengaruh dalam pentadbiran,
agama Buddha mula berkembang pesat waima pada sebelumnya cendekiawan
Konfucianisme banyak menentang agama tersebut.
Ajaran-ajaran Buddha tentang penderitaan manusia serta cara untuk mengatasinya
sehingga melepasi penderitaan tersebut, iaitu mencapai nirvana telah berperanan
sebagai ubat pada rakyat negara China yang pada ketika itu mengalami keadaan huru-
hara. Mazhab Buddha Mahayana telah berkembang sebagai ajaran Buddha yang turut
dipengaruhi oleh unsur-unsur penyembahan dewa dewa tempatan.
Ramai mubaligh Buddha dari Negara China pergi ke India untuk mendalami ajaran
Buddha yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Tokoh-tokoh agama
Buddha berketurunan Cina ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I-Tsing. Dalam usaha
mengembangkan ajaran Buddha, penterjemahan kitab-kitab meliputi kitab Mahayana
dan Hinayana dilakukan dan dinamakan Tripitaka.
Ligalisme ialah satu ajaran yang muncul demi kepentingan undang-undang sebagai
satu-satunya cara untuk mencapai kecekapan kerajaan dan ketertiban masyarakat.
Salah satu karya ajaran ini ialah Kuan Tzu yang ditunjuk dan diabadikan kepada Kuan
Chung, iaitu Ketua Menteri Ch’I. Ajaran ini menyatakan undang-undang dan hukuman
berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara.
Ironisnya, penganut ajaran Ligalisme tidak mempercayai konsep kasih sayang dan
kasihan. Teori-teori ini dipraktikkan pada zaman Dinasti Chin Hsun Ching. Walaupun
melibatkan pembunuhan, Hsun Ching percaya pendidikan adalah alat untuk
memperbaiki kejahatan manusia. Han Fei, seorang penulis Ligalisme mencadangkan
penguatkuasaan undang-undang untuk mengelakkan manusia bertindak liar. Han Fei
berpendapat ajaran Konfusius adalah hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Baginya,
nilai yang baik hanya boleh dilihat dalam dua bidang, iaitu ketekunan bekerja dan dalam
perang.
Selain agama-agama dan kepercayaan yang telah diterangkan di atas, terdapat juga
agama lain yang menjadi agama anutan bagi minoriti masyarakat Cina. Agama Islam
merupakan salah satu agama yang popular dalam kalangan orang Cina dan
penganutnya dipanggil ‘’ Hui’’. Islam mula bertapak di negara China pada abad ke -7
Masihi dan masih bertahan sehingga kini. Ini dapat dibuktikan dengan pembinaan
masjid yang banyak di negara China. Selain itu, agama Kristian Katolik juga dianuti oleh
sesetengah penduduk di negara China sejak abad ke-13 lagi. Pada hari ini, walaupun
kerajaan negara China di bawah pimpinan pihak kerajaan komunis, namun kerajaan
tidak melakukan penindasan ke atas penganut-penganut agama tertentu. Ia adalah
menurut Artikel 36 Perlembagaan Negara China berkata bahawa rakyat diberi
kebebasan untuk mengamalkan apa jua kepercayaan dan agama mereka.
KOSMOLOGI DALAM MASYARAKAT CINA
Tian
Terdapat beberapa lagi kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat
Cina iaitu tian. Tian pada umumnya merujuk kepada langit, tetapi bukan langit yang
selalu kita lihat, ia lebih kepada satu ketinggian iaitu dipanggil syurga (heaven). Ia juga
boleh dikatakan merujuk kepada dewa yang mereka puja atau sembah. Semasa
pemerintahan Dinasti Chou, tian dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai
kuasa,menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari
syurga yang beliau peroleh.
Mereka juga dianggap sebagai wakil Tuhan untuk mentadbir bumi. Tian
bertanggungjawab untuk menjaga keamanan serta menjaga kebajikan dan
kemakmuran rakyat. Tian juga dikatakan berhak untuk menghukum sesiapa yang
melakukan kesalahan. Raja-raja yang dikaitkan dengan tian hendaklah melaksanakan
pemerintahan dengan adil dan saksama. Jika melakukan sebaliknya, Tuhan akan
menarik balik kuasa yang diberikan. Konfucius menyatakan bahawa tian adalah Tuhan
terunggul yang menentukan nasib seseorang.
Dalam kitab Tao pula mempunyai makna yang sama dengan Tao. Namun telah
disimpulkan kepada beberapa perkara. Pertama, tian dirujuk kepada langit dan
ketinggian. Kedua, tian dilihat sebagai pemerintah dunia (merujuk kepada Maharaja
Tertinggi dalam empayar tian. Ketiga, tian dimaksudkan juga dengan nasib seseorang.
Keempat, tian merupakan teori metafizik Cina yang menumpu perhatian kepada konsep
Yin dan Yang. Manakala yang kelima ialah, tian juga boleh dirujuk kepada prinsip
moral.
Di/ Ti
Konsep Di/ Ti merujuk kepada bumi. Jika digabungkan perkataan Tian dan Di, maka
lahirlah konsep alam fizikal. Dalam teori Yin dan Yang, tian dirujuk kepada proses
penciptaan makhluk-makhluk dan dia akan bertindak untuk menjaga dan
memeliharanya. Walau bagaimanapun, ‘’di’’ boleh dimaksudkan sebagai ‘’Shangdi’’,
iaitu makhluk yang unggul. Bagi masyarakat kebanyakan’’di ‘’ boleh dirujuk kepada
dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain.
Dao/Tao
Dao merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan ialah cara kelakuan
atau tabiat sama ada baik atau buruk. Kung Fu -Tze menganggap dao sebagai hokum
moral yang perlu dipatuhi seseorang. Dao yang dimaksudkan dalam pentadbiran ialah
sesuatu yang dapat menjamin kebahagiaan dan kebaikan kepada rakyat
keseluruhannya. Daoisme merujuk kepada sesuatu yang agung. Jika dirujuk kepad
kitab, Dao dikatakan asas kepada segala benda-benda hidup,’’tian’’ dan ‘’di’’ juga
berasal daripada perkataan ‘’dao’’. Dao menjadikan sesuatu secara spontan dan tidak
mempunyai tujuan tertentu.
Selain kepercayaan di atas, terdapat juga prinsip The Golden Mean (Zhongyong), iaitu
merujuk kepada kesederhanaan. Pegangan ini tidak mengambil kekerasan sebagai
penyelesaian masalah, malahan mengamalkan sikap toleransi bagi menghadapi
sesuatu masalah.
Konsep Yin dan Yang merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan oleh
pembawa falsafah Taoisme. Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak perkara yang
berlawanan seperti lelaki dan perempuan, siang dan malam, gelap dan terang, dan lain-
lain. Tetapi perkaran ini adalah saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama
lain untuk mencapai keseimbangan. Satu lagi unsur yang agak penting dalam
kepercayaan masyarakat di negara China ialah The Grand Unity atau datung. Ia
merujuk kepada satu pencapaian yang paling sempurna atau utopia. Ia juga dikaitkan
dengan dunia yang dikongsi oleh manusia sejagat secara adil. Confucius berpendapat
apabila konsep ini dijalankan, maka dunia akan dikongsi oleh semua manusia dengan
adil dan saksama.
TAMADUN JEPUN
Keluasan keseluruhan negara Jepun ialah 377 819 kilometer persegi. Umumnya, Jepun
terdiri daripada empat kepulauan yang utama, iaitu Honshu, Hokkaido, Kyushu, dan
Shikoku serta kepulauan kecil yang lain. Negara Jepun juga dikenali sebagai negara
matahari terbit yang terletak di bahagian Timur Benua Asia. Negara Jepun mengalami
iklim empat musim, iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk.
Peradaban Jepun merupakan peradaban yang ekslusif disebabkan ia terasing daripada
peradaban lain. Tamadun Jepun juga dikenali sebagai ‘’island nature’’ (negara
kepulauan). Pembinaan tamdun Jepun boleh dikatakan telah berasimilasi dan
berakulturasi dengan peradaban daripada China . Banyak hasil-hasil Jepun adalah
berunsurkan tamdun China. Antaranya ialah seperti unsur agama dan kepercayaan. Di
dalam tamdun Jepun juga terdapat kepercayaan Buddhisme, Confuciusme,dan
Taoisme yang mana terdapat juga dalam tamadun China. Namun begitu, kepelbagaian
agama tidak menjadi masalah dalam peradaban Jepun malahan dapat berkembang
secara baik. Walaupun tamadun Jepun menerima banyak unsur-unsur luar, ia masih
mampu mengekalkan jatidirinya.
KONSEP KEPERCAYAAN DAN KETUHANAN DI DALAM TAMADUN JEPUN
Masyarakat Jepun dikatakan berasal daripada keturunan orang Ainu yang telah wujud
sejak 5000 tahun dahulu. Orang Ainu adalah bangsa Ptotokaukasian yang telah
menduduki Jepun lebih awal daripada orang Mongoloid. Mereka berkemungkinan
mempunyai hubungan dengan orang dari Negara China, Korea dan Indo-China.
Zaman Jomon bermula kira-kira 7000 S.M , ketika zaman ini belum wujud ketamadunan
lagi kerana masyarakat Jepun hidup secara nomad dan menjalani kehidupan secara
menangkap ikan, berburu dan mengumpul makanan.
Makanan utama masyarakat Jomon ialah buah acorn yang dipungut dari hutan yang
dikatakan mengandungi tannin. Mereka juga belum tahu bercucuk tanam tetapi mereka
telah mempunyai kemahiran membuat barangan tembikar. Tembikar yang dibuat oleh
mereka dinamakan Tembikar Jomon yang diperbuat daripada tanah liat Jomon dan
mempunyai corak yang unik dengan hiasan tali belati.
Masyarakat Jomon masih lagi hidup secara primitif dan tidak tahu menggunakan
peralatan logam. Ini berdasarkan penemuan peralatan yang diperbuat daripada batu
oleh ahli arkeologi. Menurut pakar antropologi, pada zaman Jomon sudah
mempunyai kepercayaan kuno apabila masyarakatnya mengamalkan
kepercayaan berasaskan animism, iaitu kepercayaan menyembah alam semesta
dan semangat.
Kepercayaan seumpama ini dapat dikesan melalui artifak yang ditemui di perkhuburan
dan juga tulang-tulang yang membuktikan bahawa mereka amat takut kepada sihir dan
hantu.
Selepas Zaman Jomon, Zaman Yayoi pula mengambil tempat iaitu bermula pada tahun
300 S.M hingga 300 Masihi. Ia adalah merupakan zaman peralihan budaya selepas
Zaman Jomon. Pada zaman Yayoi, bermulanya Zaman Neolitik. Pada masa ini,
pengaruh tamadun China mula diserap masuk ke dalam Tamadun Jepun terutama dari
Dinasti Han. Kemasukan tamadun China ke Jepun menyebabkan masyarakat Jepun
telah mengalami perubahan dalam kehidupan mereka. Pengaruh Tamadun China
yang dibawa masuk ke Jepun ialah kemasukan agama Buddha oleh Putera
Shotoku.
Selain itu, terdapat satu puak baru yang terhasil di Zaman Yayoi ini kesan daripada
kemasukan pengaruh China tersebut iaitu puak Yamato. orang China yang bermigran
ke Jepun telah banyak mengajar orang Jepun tentang cara hidup yang lebih sistematik
seperti cara bertani, iaitu menanam padi sawah, penggunaan logam, perbezaan ras
dan cara membuat senjata.
Kesannya, masyarakat Yamato telah mula bercucuk tanam dengan menanam padi dan
seterusnya masyarakat telah mula memakan nasi. Namun, masyarakat Yamato
bukanlah vegetarian sepenuhnya kerana mereka memakan nasi bersama ikan atau
memakan begitu sahaja.
Puak Yamato pada zaman ini menyembah dewa yang dipanggil Amaterasu
Omikami (Dewa Matahari), sehingga lahirnya agama Shinto awal. Penganutnya
percaya bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat yang mereka
gelar sebagai Kami (Tuhan).
Pandangan semesta di Jepun dipengaruhi oleh kewujudan agama di Jepun.
Agama yang terpenting sekali di Jepun ialah Shinto. Agama ini merupakan satu
agama asal dan bukan berasal dari pengaruh luar.
Berdasarkan agama Shinto, manusia itu adalah baik dan tiada istilah dosa di dalam
kehidupan. Shinto meletakkan dunia sebagai tumpuan yang utama. Namun, ia tidaklah
menafikan kewujudan dunia lain. Menurut lagenda purba Jepun, bumi Jepun adalah
tanah yang baik diwujud atau dijadikan oleh Kami, dewa sembahan mereka. Menurut
mereka lagi, terdapat tiga lagi dunia lain iaitu Takama dan Nohara (syurga), yomi no
kuni (dunia bawah/neraka), dan Tokyo no kuni (dunia)
Oleh itu , menurut pandangan semesta Jepun, jika Kami tidak dilayan dengan baik,
manusia akan terdedah kepada pencemaran dan dikenakan tatari atau sumpahan.
Maka, mereka melakukan pemujaan dengan penuh khusyuk untuk mendapatkan restu
di dalam bentuk hasil tarian yang baik, perlindungan dan kebakaran, penyakit dan
sebagainya. Pemujaan kepada Kami iaitu Tuhan dalam agama Shinto dilakukan pada
musim tertentu. Antaranya dalam upacara Shinto yang paling asas ialah ‘’Matsuri’’.
Kepada masyarakat Jepun, perkataan ‘’Matsuri’’ amat penting dalam kehidupan kerana
dalam hampir setiap perayaan asli di Jepun amat berkait rapat dengan pertanian,
terutama padi.
Zaman Nara bermula pada tahun 710- 94 Masihi. Zaman ini merupakan sebuah zaman
dalam kronologi sejarah Jepun yang banyak memberi sumbangan kepada kerajaan
Tamadun Jepun. Pemerintah pada zaman ini ialah Maharaja Gemmyo yang berpusat di
Nara. Pada masa ini, telah wujud sebuah keluarga yang amat berpengaruh iaitu
keluarga Fujiwara. Hubungan Jepun dengan Negara China ama rapat pada zaman ini
dan ia merupakan kemuncak peminjaman Tamadun China. Sistem pemerintahan juga
telah berubah, iaitu dari sistem uji kepada sistem pemerintahan berpusat yang ditiru
daripada Tamadun China.
Selain itu, agama Buddha tersebar meluas pada zaman ini, walau bagaimanapun
ia masih tidak dapat menggantikan agama Shinto. Oleh itu, masyarakat Jepun
mengamalkan kedua-dua agama ini.
Pada hujung kurun ke -6, agama Buddha berkembang dengan meluas kerana
mendapat sokongan daripada Putera Shotoku. Putera Shotoku adalah orang pertama
yang mempelbagaikan kehidupan masyarakat Jepun dengan pemikiran dunia Buddha.
Kemasukan agama Buddha ke Jepun dibuktikan dengan pembinaan sebuah patung
Buddha yang amat besar bernama Gakku Busatsa yang dibuat daripada tembaga dan
memerlukan ramai tenaga buruh.
Kepada masyarakat Jepun, mereka juga turut mempercayai serapah dan jampi untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit, memohon keselamatan daripada kemalangan dan
untuk mendapatkan jodoh yang baik. Kesemuanya ini dapat dilihat semasa era
pemerintahan Keshogunan Tokugawa (1603- 1863 SM). Begitulah juga dengan
pandangan semesta Jepun yang berkait rapat dengan ajaran Zen-Buddhaisme, iaitu
setiap manusia perlu menghormati kepada alam semesta melalui proses meditasi
(bertapa). Oleh yang demikian, rumah ibadat telah membina sebuah taman mini yang
mempunyai kaitan dengan alam.
Persoalan tentang kematian
Dalam hal ini, masyarakat Jepun percaya bahawa segala kehidupan akan menghadapi
kematian. Perkara ini diterangkan dalam agama Zen Buddhisme. Pada peringkat awal,
pengenalan idea-idea Zen Buddhisme lebih popular diamalkan di kalangan para
samurai di Jepun. Kemudian masyarakat bawahan turut sama terpengaruh dengan
falsafah ini. Begitu juga dengan aspek pengawalan diri. Oleh yang demikian, dengan
adanya falsafah tersebut, ia telah dapat mendisiplinkan diri pengikutnya. Seterusnya, ia
telah dapat menanamkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni dalam diri individu orang Jepun.
Dengan erti kata lain, mereka sentiasa menjaga maruah bangsa Jepun dalam
kehidupan bermasyarakat bercirikan kejepunan.
Selain itu, dalam ajaran Zen telah diterapkan dengan mengasuh masyarakat Jepun
supaya sekiranya sesuatu keputusan itu telah dibuat, tetapi akhirnya mendatangkan
keputusan negatif, maka perkara itu tidak boleh disesali. Oleh itu, tidak menghairankan
sekiranya pada zaman kontemporari ini kita akan sentiasa melihat bagaimana
masyarakat Jepun begitu berani dalam membuat sesuatu keputusan. Sebaliknya,
dalam kalangan parti pemerintah tidak ramai membuat keputusan politik. Namun, apa
yang lebih penting lagi ialah falsafah sedemikian telah mempengaruhi pemikiran dan
tingkah laku masyarakat Jepun.
Sepertimana tamadun China, tamadun Jepun turut menganuti ajaran Confucius. Ajaran
Confucius telah mempengaruhi falsafah dan pemikiran orang Jepun melalui lima
prinsip. Pertama, hubungan raja dengan rakyat, kedua, hubungan anak lelaki dengan
ayah, ketiga, hubungan adik dengan abang, keempat, hubungan isteri dengan suami,
dan kelima ialah hubungan kawan dengan kawan.
Melalui prinsip-prinsip tersebut, Jepun berjaya melahirkan rakyat yang mempunyai
semangat patriotik dan cintakan negaranya. Ini membawa kepada semangat berani
mati dan mereka beranggapan bahawa Maharaja Jepun merupakan wakil daripada
Tuhan. Oleh itu, rakyat perlu taat dan setia kepada maharaja dan mempastikan supaya
kedudukan maharaja sentiasa terpelihara.
Selain itu, melalui prinsip ini juga wanita sering kali dipandang rendah dalam
masyarakat berbanding kaum lelaki. Sejak zaman awal lagi, wanira Jepun telah diasuh
untuk berkhidmat kepada lelaki dengan patuh. Mereka ini telah diindoktrinasikan
dengan pandangan bahawa mereka tidak boleh banyak bertanya dan perlu menurut
arahan secara patuh. Masyarakat tradisional Jepun, menganggap bahawa matlamat
hidup seseorang wanita adalah untuk menjadi seorang isteri yang diterima dan menjadi
seorang ibu yang dihormati.
KEPERCAYAAN- PERAYAAN TRADISI MASYARAKAT JEPUN
Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai empat musim serta penuh dengan
perayaan yang unik dalam musim yang berbeza. Perayaan yang unik serta penuh
kebahagiaan ini telah mewujudkan masyarakat Jepun yang dipenuhi suasana harmoni
dan tenteram. Perayaan –perayaan yang disambut ini adalah merupakan kepercayaan
bagi masyarakat Jepun.
Hari perayaan Tahun Baru (1 Januari)
Dikenali juga sebagai O-shoogatsu kepada masyarakat Jepun. Ia merupakan hari yang
paling penting dalam satu permulaan tahun yang baharu. Pada hari tersebut, ahli-ahli
keluarga akan berkumpul dan meminum sejenis arak (sakai) untuk memastikan
kehidupan yang kekal pada masa akan datang. Selain itu, sup yang bersama kuih yang
likat (o-zooni dan osechi-ryoon) akan dihidangkan dengan memberi maksud
melupuskan segala ingatan yang buruk pada tahun lalu.
Kanak-kanak akan diberi sampul yang berwang (otoshidama) daripada ibu bapa
mereka. Perhiasan akan dibuat di depan rumah dengan dipenuhi straw yang berwarna-
warni yang menghalang segala keburukan masuk ke dalam rumah.
Penyembahan dii tempat ibadat (tori) untuk meminta nasib baik pada tahun yang akan
datang akan dijalankan. Pada zaman yang moden ini, ramai kanak-kanak meluangkan
masa dalam permainan elektronik semasa perayaan dijalankan, tetapi sesetengah
permainan tradisional seperti layang-layang berwarna-warni, gasing, bulu tangkis,
patung gusti kertas juga popular dalam perayaan tersebut. Semasa perayaan
dijalankan, kebanyakan syarikat dan jabatan kerajaan diberi cuti selama tiga hari.
Perayaan Patung (3 Mac)
Ia adalah merupakan satu hari perayaan kepada keluarga yang mempunyai anak
perempuan. Anak-anak perempuan akan diberi satu set patung memainkan watak
perempuan yang berpakaian zaman lampau yang mewakili keunggulan maharaja
zaman lampau. Mereka juga akan meraikan perayaan ini dengan minum sejenis arak
(sakai putih) yang berasa manis. Patung-patung ini akan dihias selama satu minggu
dan disimpan semula untuk tahun hadapan. Perayaan ini dikenali sebagai Hinamatsuri
dikalangan orang Jepun.
Perayaan Tanabata (7 Julai)
Menurut lagenda Jepun, hari perayaan ini adalah mengenai cinta antara dua pasangan
kekasih, bintang Vega dengan bintang Altair yang akan bertemu di bima sakti. Pada
hari tersebut, kanak-kanak akan menulis harapan mereka dan digantung di atas pokok
buluh yang penuh dengan hiasan dengan kertas yang berwarna-warni (origami).
Perayaan O-Bon (13-15 Ogos)
Ia adalah merupakan satu perayaan yang disediakan kepada mereka yang sudah
meninggal dunia. Menurut agama Buddha, roh-roh mereka akan kembali ke dunia nyata
pada masa tersebut. Untuk menunjuk jalan kembali kepada rumah masing-masing,
kuda yang diperbuat daripada sayur-sayuran musim panas akan disediakan. Setiap
rumah akan menyalakan sebagai tanda bagi roh-roh nenek moyang mereka. Pada 16
Ogos, tanglung dinyalakan demi menghantar balik roh-roh semula ke dunia akhirat.
Sesetengah keluarga menghantar secara meletakkan tanglung kertas di sungai.
Hari Orang Dewasa (15 Januari)
Hari perayaan ini dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua demi menganugerahkan
pemuda pemudi yang mencapai umur 20 sebagai ahli baharu yang menceburkan diri
dalam kehidupan masyarakat. Mereka diberi hak warganegara sepenuhnya seperti hak
dalam pengundian dan diberi nasihat bersedia memikul tanggungjawab dalam
pembentukan masyarakat. Dikenali sebagai Seiji no hi dalam masyarakat Jepun.
Upacara anugerah diadakan di merata tempat di negara Jepun. Ketika perayaan ini,
wanita akan memakai pakaian ‘kimono’.
Setsubun (3 Februari)
Perayaan ini biasanya dirayakan sebelum hari permulaan musim bunga. Namun pada
zaman moden ini, ia telah diterapkan harinya iaitu pada 3 atau 4 Februari. Cara
tradisional untuk merayakan perayaan ini adalah mencampak biji-biji kacang di merata
kawasan rumah bertujuan menghalau segala roh-roh jahat dari rumah. Kepercayaan
bahawa jika seseorang makan biji kacang mengikut usia dia sendiri akan
mendatangkan kesihatan sepanjang tahun itu.
Perayaan Menikmati Bunga Sakura (April)
Dikenali sebagai Hanami yang membawa maksud menikmati bunga. Ia merupakan satu
perayaan dengan menikmati kecantikan bunga sakura. Media massa akan menyiarkan
masa-masa bagi menikmati bunga-bunga sakura kembang. Orang ramai akan
membawa pelbagai makanan dan sakai untuk menikmati perkembangan bunga sakura
di merata tempat yang penuh kecantikan di bawah pokok bunga sakura. Yozakura yang
merupakan bunga sakura putih mendatangkan kecantikan yang istimewa pada waktu
malam. Orang ramai akan meraikan perayaan ini hingga waktu malam dengan
menyanyi dan menari.
Hari Kanak-kanak (5 Mei)
Ini adalah salah satu kepercayaan bagi masyarakat China. Ia lebih ditujukan kepada
kanak-kanak lelaki sahaja. Keluarga yang mempunyai ramai anak lelaki akan
meraikannya dengan menaikkan bendera yang berbentuk ikan kaloi yang berwarna
(koinobori) di luar rumah mereka. Ini mewakili kekuatan dan keberanian seseorang
anak lelaki. Selain itu, patung samurai yang berperisai juga akan dihiaskan. Hari
perayaan ini juga dikenalkan sebagai Kodomo ni Hi dan Tango no sekku.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PEGANGAN DI DALAM ASPEK KETUHANAN
BAGI SETIAP TAMADUN
Persamaan antara tamadun dapat dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan
nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara manusia di dalam sesebuah tamadun.
Ini kerana dalam setiap tamadun, nilai-nilai dan budaya kesejagatan ini diamalkan oleh
masyarakat sebagai budaya dan nilai hidup masing-masing. Dalam memperkatakan
tentang tamadun juga adalah lebih mudah mencari perbezaan daripada persamaan. Ini
disebabkan setiap tamadun itu dibina atas unsur agama dan budaya yang berbeza
malah perbezaan paling asas, ketara dan sensitif adalah agama.
Oleh itu, seharusnya persamaan yang terdapat dalam tamadun ini hendaklah
diaplikasikan dalam kehidupan bertamadun kerana ini merupakan peluang untuk
menjalin hubungan baik antara masyarakat bertamadun di dunia. Seterusnya
perbezaan yang wujud pula perlulah ditangani secara berhati-hati, bertolak ansur,
saling memahami dan bekerjasama bagi mengelakkan berlakunya sebarang konflik
terutamanya di Negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Disamping itu, perlu ditanam juga dalam diri masyarakat yang bertamadun agar
tidak membesar-besarkan perbezaan yang ada sebaliknya perbezaan ini seharusnya
dianggap sebagai keunikan bagi tamadun-tamadun berkenaan serta semua pihak perlu
mengamalkan prinsip menghormati dan mengiktiraf tamadun orang lain.
MODUL TITAS: Tamadun Islam dan Tamadun Asia. m/s 21
Persamaan Pegangan Aspek Ketuhanan dalam Tamadun Melayu,
Jepun, India, dan China
Persamaan antara tamadun boleh meliputi dari pelbagai aspek. Ia juga boleh
meliputi hidup bermasyarakat, agama, amalan-amalan kepercayaan dan sebagainya.
Perbezaan dan peraturan ini hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan
beberapa aspek lain.
Melalui keempat-empat tamadun yang telah dikaji, kami mendapati terdapat
beberapa persamaan yang terkandung dalam pegangan kepercayaan masyarakatnya.
Persamaan yang paling utama ini terkandung di dalam keempat-empat tamadun dan
telah diamalkan sejak berkurun dahulu. Kepercayaan yang sama tersebut ialah
kepercayaan animisme.
Tamadun Melayu, China, India, dan Jepun masing-masing pernah mengamalkan
kepercayaan ini pada suatu masa dahulu. Bagi tamadun Melayu, sebelum kedatangan
Islam, masyarakat dalam tamadun Melayu pernah mengamalkan kepercayaan
animisme. Masyarakat pada masa itu menyembah pelbagai perkara seperti pokok,
batu, matahari, dan sebagainya.
Bagi masyarakat tamadun China pula, pada Zaman Shang, pada peringkat
awalnya masyarakatnya mengamalkan pemujaan alam semulajadi seperti angin, bumi
dan sungai. Upacara pemujaan sedemikian akan dilakukan oleh pawang-pawang
mereka.
Sementara itu, bagi tamadun India pula dalam perkembangan pemikiran orang
Indo-Arya, pada mulanya mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam semulajadi
mempengaruhi kehidupan manusia. Oleh itu, sebagai tanda hormat mereka
menyembah unsur-unsur seperti api, matahari, angin, pokok, sungai dan sebagainya.
Menurut pakar antropologi, pada zaman Jomon iaitu dalam Tamadun Jepun,
mereka sudah mempunyai kepercayaan kuno apabila mereka mengamalkan
kepercayaan berasaskan animisme iaitu kepercayaan menyembah alam semesta dan
semangat.
Ini adalah salah satu persamaan yang boleh didapati di dalam keempat-empat
tamadun tersebut. Secara rumusnya, pada peringkat awal, tamadun Melayu, China,
India dan Jepun masing-masing adalah mempunyai satu pegangan agama yang sama
iaitu animisme. Melalui kepercayaan ini, masyarakat dalam tamadun-tamadun ini
menyembah perkara-perkara yang mempunyai unsur alam seperti pokok, batu,
matahari, angin dan api.
Perbezaan Pegangan Aspek Ketuhanan dalam Tamadun Melayu,
Jepun, India, dan China
Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan
amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual. Demikian juga kepercayaan
tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan manusia dan
pelbagai aspek lain.
Namun begitu, terdapat juga perbezaan yang berpunca daripada manfestasi
ketuhanan yand ada pada setiap agama. Contohnya, persamaan dan perbezaan
doktrin dalam kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Doktrin karma kedua-dua
agama ini berkait rapat dengan konsep reinkarnasi (kelahiran semula/ penjelmaan
semula). Dalam agama Hindu, reinkarnasi membawa maksud seseorang akan
menjelma semula selepas kematiaannya dalam bentuk manusia.
Ini berdasarkan konsep penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Bagi agama
Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula dianggap
kesengsaraan yang dikenali sebagai Smasara. Penganut agama Hindu berharap
terlepas dari reinkarnasi dengan mencapai tahap moksya.
Ajaran agama Buddha pula untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran
Samsara dan mencapai nirwana. Cara mencapai pembebasan mutlak ini disebut empat
kebenaran utama. Empat kebenaran utama tersebut ialah;
Hidup adalah penderitaan
Penderitaan adalah disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia
Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak
Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan
Lapis.
http://www.scribd.com /doc/17295737/INTERAKSI-TAMADUN –AKSES
PADA 26 MAC 2010
Perbezaan –perbezaan konsep kepercayaan
Seperti yang kita tahu, konsep kepercayaan dan ketuhanan dalam setiap tamadun
adalah berbeza-beza dan pelbagai. Salah satu daripadanya ialah institusi agama. Bagi
Tamadun Melayu, selepas kedatangan Islam yang telah menggantikan agama Hindu-
Buddha, banyak perubahan telah berlaku. Institusi agama terpenting bagi Tamadun
Melayu ialah masjid. Masjid menjadi tempat utama bagi masyarakat Melayu Islam
menyampaikan ilmu, belajar, dan bersosial.
Selain itu, ajaran Islam yang dianuti masyarakat Melayu mempercayai Allah Yang Maha
Esa iaitu hanya terdapat satu Tuhan. Masyarakat Islam menyembah Allah dengan
menggunakan satu kiblat yang sama iaitu Mekah. Selain itu, hanya terdapat dua
sumber utama yang sahih bagi masyarakat Melayu Islam iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Mereka berpegang kepada dua sumber ini dalam menjalani kehidupan
seharian.
Bagi masyarakat India, institusi agama terpenting mereka adalah kuil. Masyarakat
India Hindu banyak menyembah dewa-dewa kerana bagi mereka, dewa-dewa
tersebutlah yang menjaga dan menentukan hidup mereka. Sebagai contoh, salah satu
penemuan yang menunjukkan konsep kerohanian masyarakat di Lembah Indus ialah
sebuah mohor. Gambar pada mohor itu menunjukkan seorang manusia yang
bertanduk tiga duduk bersilaseolah-olah membuat yoga. Tiga tanduknya ditafsirkan
sebagai menandakan tiga fungsi utama Tuhan, iaitu penciptaan, pemeliharaan, dan
pemusnahan (disertai penjanaan semula kuasa). Agama Hindu (Saivisme) sangat
menekankan perkara-perkara ini sebagai fungsi Tuhan.
Selain itu, penemuan patung wanita pula ditafsirkan sebagai penyembahan kepada
Dewi Ibu. Perlu diingat bahawa amalan penyembahan Dewi Ibu amat popular di India
Selatan khasnya di kalangan masyarakat Tamil. Disini, dapatlah kita katakan bahawa
masyarakat India banyak menyembah patung-patung yang mereka anggap
sebagai dewa dewi. Selain contoh-contoh yang dinyatakan di atas, masih terdapat
banyak lagi jenis-jenis patung dan dewa dewi yang disembah masyarakat India Hindu.
Seperti yang kita ketahui, agama terawal bagi masyarakat China adalah sama seperti
tanadun-tamadun lain iaitu animisme. Melalui agama ini, masyarakat China
mengamalkan pemujaan alam semula jadi seperti angin, bumi dan sungai. Walaupun
pada dasarnya, masyarakat China juga menyembah pokok dan yang seumpamanya
seperti masyarakat lain, terdapat satu penambahan dalam kepercayaan mereka.
Mereka juga menyembah roh nenek moyang dan dewa dewi mereka. Upacara
dilakukan oleh pawang. Salah satu unsur yang tidak terdapat dalam tamadun lain ialah
amalan pengorbanan. Dalam upacara penyembahan, akan ada sesuatu untuk
dikorbankan. Bukan setakat binatang, malahan mereka juga mengorbankan nyawa
manusia. Semua ini adalah amalan-amalan yang berlaku ketika zaman Shang.
Manakala, pada Zaman Chou pula, penyembahan bulan, sungai dan binatang
dilakukan. Mereka percaya bahawa roh-roh tersebut akan memberi kemakmuran
kepada mereka. Mereka juga turut mengamalkan upacara pengorbanan binatang.
Perkembangan dalam bidang kerohanian menyebabkan mereka mula menyembah
Tuhan yang dipanggil ‘’Tien’’ atau syurga serta menganggap raja sebagai anak Tuhan
(son of heaven) yang mendapat mandate untuk memerintah. Pada Zaman Han, amalan
penyembahan tokoh-tokoh agung diperkenalkan oleh Hu Ti. Beliau mengarahkan
supaya tokong dibina untuk Han Kao Tsu (ibu bapanya)di seluruh negara. Pada
zaman Han dan Tang juga, menyaksikan perkembangan orang Buddha yang dibawa
dari India.
Bagi tamadun Jepun, satu fakta menarik tentang agama mereka yang tidak ada dalam
tamadun lain ialah agama Shinto. Shinto adalah merupakan agama awal yang lahir
dalam tamadun Jepun pada zaman Yamato. Menariknya, agama ini adalah agama
asal Jepun yang telah wujud sejak 2000 tahun dahulu dan tidak dipengaruhi atau
dibawa oleh mana-mana pihak. Agama ini lahir setelah puak Yamato menyembah
suatu dewa yagn dipanggil Amaterasu Omikami (Dewa Matahari). Penganutnya
percaya bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat yang mereka gelar
sebagai Kami (Tuhan).
Agama Buddha turut menyerap masuk ke Tamadun Jepun dari China namun pada
peringkat awal kemasukannya, agama Shinto masih diamalkan. Kemasukan agama
Buddha ke Jepun dibuktikan dengan pembinaan sebuah patung Buddha yang amat
besar bernama Gakku Busatsa yang dibuat daripada tembaga dan memerlukan ramai
tenaga buruh.
Apabila memperkatakan falsafah dan pandangan semesta Jepun, satu perkara penting
yang tidak boleh dinafikan ialah ianya diwarnai oleh prinsip-prinsip yang terkandung di
dalam doktrin agama Buddha serta nilai-nilai moral dan etika dalam Konfucian. Prinsip-
prinsip tersebut telah mempengaruhi sudut falsafah dan pandangan semesta Jepun
secara menyeluruh. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa falsafah dan pandangan
semesta masyarakat Jepun telah dipengaruhi oleh idea-idea daripada peradaban
Negara China tetapi telah disesuaikan mengikut kehendak serta cita rasa Jepun.
Dalam masyarakat Jepun, aspek yang diberikan keutamaan ialah dua konsep
ketuhanan. Kesemuanya ini sangat berkaitan dengan alam. Pertamanya, tentang entiti
kuasa luar biasa yang memberi pemeliharaan, menjaga dan mengasihani. Setiap yang
dilakukan mestilah mendapat restu dan penghormatan daripada Tuhan ini. Contoh
dalam upacara keagamaan seperti pemujaan kepada ‘’uji kami’’ iaitu Tuhan kepada
suku. Upacara ini telah diamalkan sejak dahulu oleh pelbagai kumpulan manusia di
Jepun. Pemujaan ini berkait rapat dengan penghormatan kepada semangat nenek
moyang ketua suku kaum tertentu. Tuhan suku ini akan menjadi ‘’penjaga’’ kepada
penduduk tempatan dan juga ‘’pelindung’’ kepada tanaman.
Seterusnya, berkaitan dengan asas kepada kejadian realiti kepada asas dalaman. Asas
dalaman ini pula seringkali dikaitkan dengan taakulan, pemikiran,hati dan kemurniaan
jiwa. Perkara ini dapat digambarkan melalui falsafah Tao, Konfusianisme, dan Buddha.
Apa yang pasti ialah sesuatu yang menjadi teras dalaman kepercayaan atau
pandangan masyarakat Jepun adalah yang berkaitan dengan alam.
Bagi masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam, selain percayakan Allah
Yang Esa iaitu satu, mereka juga mempercayai konsep dosa pahala. Mereka
percaya, jika kita berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan, seseorang manusia
itu akan memperoh pahala. Begitu juga sebaliknya, jika kita melakukan kejahatan, kita
bakal menanggung dosa.
Namun ini adalah jauh berbeza dengan masyarakat Jepun. Berdasarkan agama
Shinto, manusia itu adalah baik dan tiada istilah dosa di dalam kehidupan. Shinto
meletakkan dunia sebagai tumpuan yang utama. Namun ia tidaklah menafikan
kewujudan dunia lain. Menurut lagenda purba Jepun, bumi Jepun adalah tanah yang
baik diwujud atau dijadikan oleh Kami , iaitu Dewa Amateresu dan telah diperintah
olehnya untuk selama-lamanya.