TITAS USM

83
Marzuqi Salleh, USM PENANG NOTA RINGKAS TITAS (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA) TITAS USM CONFIDENTIAL

description

Diharap dengan bantuan nota ringkas ini dapat membantu kamu semua di dalam peperiksaan kelak.

Transcript of TITAS USM

Marzuqi Salleh, USM PENANG

NOTA RINGKAS TITAS

(TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA)

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

DISEDIAKN OLEH: MARZUQI BIN MOHD SALLAH

1. 0 PENGENALAN TAMADUN ISLAM

MUQADIMAH

Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada beberapa persoalan asas.

Persoalan-persoalan tersebut merangkumi yg paling asas tentang etimologi kpd yg paling abstrak tentang epistemologinya.

Apakah tamadun?

Apakah maksudnya dan apakah yang melandasi pengertian dan konsepnya?

Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada beberapa persoalan asas.

Persoalan-persoalan tersebut merangkumi yg paling asas tentang etimologi kpd yg paling abstrak tentang epistemologinya.

Apakah tamadun?

Apakah maksudnya dan apakah yang melandasi pengertian dan konsepnya?

Apakah pula faktor yang menentukan keutuhan dan kelangsungngan sesuatu tamadun?

Apakah yang sering menjadi rujukan bagi membuat dakwaan atau andaian bahawa sutau bangsa atau masyarakat itu sudah bertamadun atau sebaliknya?

Pendahuluan

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Ibn Khaldun (14M) menggunakan perkataan ‘umran’ sebagai merujuk kpd ‘tamadun’ yg kita fahami sekarang.

• Barat mengungkapkan ‘civilisation’ pada abad ke 18M.

• Kamus Dewan Bahasa menggunakan ‘kebudayaan, kemajuan dan peradaban’

Etimologi perkataan tamadun

• Tamadun atau tamaddun adalah istilah bahasa Arab berasal daripada perkataan maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

• Ia berkaitan dengan perkataan madinah (bandar), mudun (bandar-bandar) dan modern.

• Dikatakan juga bahawa istilah tamaddun berasal daripada perkataan al-din.

PENGERTIAN TAMADUN

Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara peristilahan yg sering digunakan bagi membincangkan fenomena ketamadunan manusia adalah umran, hadarah, madaniyyah, thaqafa, nahdah dan tamadun.

Istilah terawal yang digunakan untuk mengertikan makna ‘tamadun’ ialah perkataan ‘umran’ dan hadarat.

• ‘Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti ‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa

• Hadarat bererti ‘kehidupan menetap’.

• Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan hadarat seerti dengan pengertian tamadun.

• Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami’.

• Islam Hadhari

Kurun kedua puluh muncul perkataan madaniyyat yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-Nasraniyyat Ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat).

Kemudian muncul pula perkataan tamadun yang diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami).

Dalam bahasa Inggeris tamadun disebut civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.

Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah popular yg digunakan iaitu ‘tamadun’ dan ‘peradaban’.

Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab.

Dalam perbendaharaan kata Melayu asal, tidak terdapat kalimah khusus yg dapat menterjemahkan perkataan tamadun dan peradaban, kecuali perkataan maju dan kemajuan dan/atau mungkin pembangunan.

Perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yg jauh lebih sempit daripada tamadun.

Tamadun dalam pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani (dalam bentuk fizikal) dan rohani (bentuk abstrak).

Istilah tamadun (civilisation) boleh digunakan dalam pelbagai konteks untuk maksud kemajuan, antaranya :

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

1. Kemajuan intelektual, kebudayaan dan kebendaan, yang ditandai oleh kemajuan seni dan ilmu, penulisan dan ciri-ciri institusi-institusi politik dan sosial yang kompleks.

2. Kemajuan dan kegemilangan hasil daripada kreativiti dan intelektual manusia.

3. Suatu kebudayaan dan masyarakat yang dibangunkan oleh sesuatu bangsa, di kawasan dan tempoh tertentu.

4. Masyarakat moden atau maju, yang kompleks dan mempunyai pelbagai kemudahan.

5. Taraf tingkah laku yang baik.

6. Taraf hidup yang maju.

Istilah-istilah dalam Tamadun

• ‘Umran (Ibn Khaldun – 14M)

• Hadharah (Ibn Khaldun – 14M)

• Civilization (Barat – 19M)

• Madaniyyat (Farid Wajdi, Muhd Abduh – 20M)

• Tamaddun (Jurji Zidan – 20M)

Tamadun: “Kebudayaan, Kemajuan, Peradaban” (K. Dewan).

Peradaban:“Kebudayaan,Tamadun, Kemajuan”

Civilization: “Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan”.

Civic : “bandar” (Istilah Latin).

‘Umran :“Kawasan yang didiami yang berkembang subur dan makmur”

Hadharah : “ Kehidupan menetap @ wilayah yang didiami”

Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw : berpindah randah/ kehidupan padang pasir (Ibnu Khaldun, abad 14)

Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun (Perspektif Barat)

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

1. Wujudnya penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan.

2. Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna.

3. Wujudnya sistem organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik.

4. Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri.

5. Wujudnya sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa.

6. Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni, sastera dan sebagainya.

Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun (Ibn Khaldun)

1. Agama yang lebih tinggi

2. Sistem perundangan yang teratur

3. Sistem negara yang teratur

4. Kehidupan kota

5. Sistem tulisan yang mantap

6. Bentuk seni yang jelas

Kebandaran

• Bandar adalah pusat yang membentuk tamadun sekitarnya.

• Di sinilah masyarakat memberikan tumpuan untuk keperluan kehidupannya.

• Dari bandar jugalah dipancarkan kemajuan ke persekitarannya. Dalam pembangunan material misalnya, jaringan kemudahan pengangkutan dipengaruhi kedudukan bandar.

• Begitu juga dalam pembangunan minda, pemikiran kita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh segelintir mereka yang menguasai media massa di bandar.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Tamadun mencakupi kemajuan kebendaan dan kerohanian serta bersifat kebandaran

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Kemunculan bandar-bandar baru seperti Madinah, Baghdad, Damascus, Qairawan dll.

• ‘Segala aktiviti utama masyarakat berpusat di bandar’

Pengaruh agama terhadap tamadun

• Sebahagian sarjana berpendapat agama berperanan membentuk tamadun, terutama agama Islam.

• Sebahagiannya pula berpendapat tamadun (budaya) yang membentuk agama.

• Edward Sullivan menulis, “Moslem civilization was the product of Moslem religion”.

• J.Jomier pula menegaskan, “Islam supplied the creative element out of which arose a new civilization”.

• Ralph dan Burns, yang meragui peranan agama terhadap tamadun, terpaksa membuat pengakuan berikut: “Nevertheless, in the case of the Arabs it was a new religion which undoubtedly provided much of the driving force behind the development of their civilization”.

• Feibleman, dalam perbincangannya tentang kebangkitan tamadun Islam, juga menyimpulkan sedemikian: “Religion leads to culture, and culture to civilization, as the radius of influence widens”.

• Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.

• Sudut ‘dalaman’ Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan peribadi Rasulullah s.a.w., tauhid, syari‘ah, pendidikan Islam dan lain-lain, adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun.

• Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam.

TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN

Model Carroll Quigley (1910-1977), tujuh tahap proses berikut:

Tahap 1. Mixture

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Tahap 2. Gestation

Tahap 3. Expansion

Tahap 4. Conflict

Tahap 5. Universal Empire

Tahap 6. Decay

Tahap 7. Invasion

Peringkat 1. Mixture

• Bermula dengan percampuran daripada dua atau lebih budaya.

• Biasanya berlaku di kawasan sempadan (border) atau pinggir (the peripheral area) tamadun terdahulu.

• Di pinggir Tamadun Klasik (Tamadun Rom), lahir Tamadun Barat, Tamadun Rusia dan Tamadun Islam

Peringkat 2. Gestation

• Sistem yang menggalakkan penciptaan perkara-perkara baru.

• Sistem yang boleh meningkatkan hasil melebihi keperluan.

• Sistem yang mampu memanfaatkan lebihan hasil (di no 2) untuk membiayai dan menggunakan penciptaan baru tersebut (di no 1). (umpamanya, keteguhan ekonomi dilaburkan untuk memajukan sains, teknologi dan ketenteraan).

Peringkat 3, Tahap Perkembangan (The Stage of Expansion) pula melibatkan empat jenis seperti berikut:

• Peningkatan produktiviti barangan yang menggambarkan peningkatan taraf hidup.

• Pertambahan penduduk umumnya kerana penurunan kadar kematian.

• Perluasan geografi tamadun ekoran ekspolarasi dan penjajahan.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Peningkatan pengetahuan.

Tahap ke 4, Tempoh Konflik, apabila menunjukkan ciri-ciri berikut:

• Kemerosotan kadar pengembangannya.

• Peningkatan ketegangan dan konflik antara ‘kelas’ (kelompok) masyarakat terutama di kawasan induknya (the core area) akibat percanggahan kepentingan.

• Peperangan yang bersifat imperialis semakin kerap dan ganas.

• Kemerosotan pemikiran dengan percambahan pemikiran yang tidak rasional dan pessimism.

Tahap 5, Universal Empire

• Kawasan induk (the core area ) akan ditakluki oleh satu negara, seterusnya seluruh tamadun dikuasai sebuah empayar sejagat.

• Zaman keemasan

• Tetapi kemakmuran ini hanyalah palsu.

• Mungkin pengembangan ekonomi yang sebenar tidak banyak berlaku kerana tiada “alat pengembangan” (instrument of expansion) yang sebenarnya. Rekaan-rekaan baru dan pelaburan ekonomi juga berkurangan. Kepentingan peribadi pihak berkuasa mengatasi segalanya. Projek sia-sia eg Taman Tergantung

Tahap 6, Zaman Kemerosotan (Decay)

• Ekonomi meleset,

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Taraf hidup menurun,

• Perang saudara

• Kadar buta huruf meningkat.

• Keprihatinan rakyat ramai terhadap agama, kehidupan intelektual, kemasyarakatan dan politik hilang begitu ketara sekali.

• Gerakan-gerakan agama baru turut muncul mempengaruhi orang ramai.

• Usaha untuk mengatasi menjadi sia-sia sahaja.

Tahap 7 Invasion

• Apabila tamadun berkenaan tidak lagi berdaya mempertahankan dirinya, kerana ‘ia sendiri tidak lagi ingin mempertahan dirinya’,

• Ia terdedah kepada penceroboh luar, tamadun yang lebih muda dan gagah.

KEMUSNAHAN TAMADUN DAN KITARAN TAMADUN

Teori Ibn Khaldun :

• Badwi boleh bertamadun, maju menguasai kota dan kerajaan, kerana sifat-sifat mereka yang berpotensi. Tapi akhirnya mereka runtuh semula setelah hanyut dengan sifat-sifat negatif di bandar.

• Faktor kemanusiaan (sosial) terpenting

Arnold Toynbee:

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Moral dan keagamaan lebih penting untuk survival suatu tamadun berbanding faktor fizikal dan alam sekitar

Oswald Spengler:

• Tamadun seperti manusia (organisma), melalui peringkat ‘kanak-kanak, remaja, tua dan meninggal. Ada yang meninggal sebelum tua kerana diserang penyakit .

Ibn Khaldun telah memperkenalkan teori kitaran tamadun.

• Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan miskin.

• Berleluasanya penindasan dan kezaliman.

• Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin.

• Wujudnya sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi dan sebagainya.

• Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.

GLOBALISASI

Berlaku hubungan dan pertukaran antara tamadun semenjak zaman purba melalui:

• Jalan darat eg. Jalan sutera

• Laut eg. Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan

• Kuasa tunggal eg. Central Civilization

• Perang antara kumpulan eg. Perang Salib

MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Satu isu hangat yang sering diperkatakan hingga kini ialah ‘clash of civilizations’ yang dipopularkan oleh Samuel P. Huntington dalam bukunya The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order yang diterbitkan pada tahun 1996.

• Kini terdapat enam kumpulan tamadun utama:

1. Tamadun Barat yang berasaskan fahaman Katholik dan Protestan (di Eropah Barat dan Amerika Utara),

2. Tamadun yang berasaskan Gereja Orthodoks (di Rusia dan Eropah Timur),

3. Tamadun Islam,

4. Tamadun Hindu,

5. Tamadun China, dan

6. Tamadun Jepun.

• Kecuali Tamadun Islam, semuanya lima kumpulan ini mempunyai peneraju (core state or states): Tamadun Barat diterajui oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, Tamadun Orthodoks oleh Rusia, Tamadun Hindu oleh India, Tamadun Cina oleh China, Tamadun Jepun oleh Jepun.

• Caroll Quigley:

o China dan India akan bangkit kali kedua sebagai tamadun yang hebat.

o Konspirasi Anglo-Amerika untuk menubuhkan sebuah empayar dunia.

o Sejarah semasa adalah “perjuangan di antara kuasa-kuasa yang bermusuhan”.

• Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man (New York: Free Press, 1992) yang menyatakan tesisnya bahawa warga dunia akan menerima konsep demokrasi liberal (tajaan Barat) sebagai nilai sejagat, menggantikan konfrontasi berdasarkan ideologi sebelum ini.

• Dengan kata-kata lain, mereka tidak akan bermusuhan berdasarkan tamadun.

• Menurut Seizaburo, selain pertembungan antara tamadun-tamadun, titik pertemuan seperti saling mempelajari juga boleh dilihat antara mereka, sebagaimana terbukti dalam sejarah: antara Tamadun Islam dengan Barat, Jepun dengan China, China dengan India dan Barat dengan tamadun-tamadun Asia.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Demikian juga tidak akan berlaku pertentangan di antara apa yang disifatkan sebagai ‘tamadun klasik’ (seperti Islam, India dan China, yang berasaskan ‘nilai-nilai klasik’) dan ‘tamadun industri moden’ (seperti Barat), sebagaimana yang dibuktikan oleh Malaysia, Turki, China dan Jepun, yang berjaya mengekalkan ‘nilai klasik’ seiring zaman perindustrian masing-masing.

• Idea ‘clash of civilizations’ hanyalah ada dalam minda orang-orang tertentu, bukan realiti.

• Tetapi, Seizaburo menegaskan, idea Huntington mengundang bahaya besar sekiranya para pembuat polisi mengambil perhatian serius terhadapnya, terutamanya oleh pembuat polisi di Amerika Syarikat, kerana musuh-musuhnya juga terpaksa mengambil langkah tindak balas untuk berjaga-jaga.

• Kebanyakan tokoh dunia Islam juga tidak setuju dengan pemikiran Huntington.

• Mohammad Khatami, bekas presiden Iran, menegaskan bahawa penggerak utama peradaban ialah pemikiran intelektual.

• Oleh itu, perbezaan yang timbul antara pelbagai peradaban itu merupakan hasil pemikiran manusia.

• Justeru, beliau menekankan kepentingan dialog peradaban, bukan mengarahkan pemikiran kita kepada pertembungan peradaban.

Pencapaian Umat Islam

Briffault, sarjana Inggeris berkata:

“Roger Bacon dan Francis Bacon kedua-duanya tidak boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain merupakan orang yang memperjuangkan sains dan kaedah ujikaji yang dibina oleh Tamadun Islam ”.

KESIMPULAN

• Sesuatu bangsa dikatakan bertamadun apabila maju kebendaan dan kerohanian.

• Banyak isu dlm perbahasan ketamadunan eg pertembungan tamadun terutama antara Islam dan Barat.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Berdasarkan sejarah, tamadun Islam boleh berharmoni dgn tamadun lain

2. 0 INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

PENDAHULUAN

• Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain.

• Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan.

• Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.

PERKENALAN ASAS KEPADA INTERAKSI

• Perkenalan :sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun.

• Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain

TAMADUN CINA

• Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di dunia.

• Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn jumlah lebih kurang 77 juta orang.

• Masyarakat Islam yang berketurunan China yang dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah Xing Jiang–Uighur.

• Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang –Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.

Kedatangan Islam Ke China

• Menerusi jalan laut dan jalan darat.

• Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga Guang Dong (Canton).

• Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga kini terdapat ramai penganut Islam daripada keturunan mereka.

• Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol kerana beberapa sebab, antaranya:

– Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim dan bukan muslim.

– Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran agama dan peraturan makanan.

BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE NEGERI CHINA

• Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 .

• Orang pertama yang tiba di negeri China ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w iaitu Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah berdakwah di wilayah ini.

• Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong .

• Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong dan Fukien menggunakan nama Saa (mengambil sempena nama Saad).

• Ramai penganut Islam yang menggunakan nama keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan agama Islam pada zaman dinasti Ming.

Islam di China

• Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai orang-orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah berdagang serta tinggal di wilayah Selatan China.

• Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam.

• Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan dakwah Islam kepada masyarakat setempat menerusi perkahwinan, selain daripada daya tarikan keindahan Islam itu sendiri.

• Islam tersebar di China melalui :

• Perdagangan

• Perkahwinan

• Politik

• Sikap dan sifat penganut Islam

• Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan suatu masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu sedar tentang hukum-hukum Allah dan perasaan manusia.

Islam di China - Pendidikan

• Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi.

• Prof. Muhammad Pai Shao Yi :

– Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

– Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.

– Sekolah-sekolah juga dibangunkan.

Islam di China - Penulisan

• Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan masyarakat Islam di negeri China.

– Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan

– Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915.

– Review yang paling lama bertahan ialah ‘The Crescent-Bulan Sabit’ dan ‘The Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai.

• Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming.

• Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China.

Islam di China – Literatur

• Masyarakat Islam Cina juga secara aktif melibatkan diri dalam penulisan literatur.

• Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti Tang.

• Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar.

• Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina. Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.

Islam di China – Falsafah

• Dinasti Manchu; terdapat beberapa orang ahli falsafah Islam Cina yang terkenal.

– Ma Ming Loong.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

– Sheikh Wang Tai Yu.

– P’u Sung Ling menulis cerita ‘Liao Ch’ai’ yang bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau ‘rumah perbualan’.

• Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam.

• P’u Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China.

• Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.

Islam di China – Negarawan & Ketenteraan

• Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam. Antaranya :

– Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.

– Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan.

– Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894.

– Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember 1966.

– Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948.

Islam di China – Nama-nama Keluarga Masyarakat Cina Muslim

• Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau, Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal mereka.

• Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan nama keluarga ‘Ma’. Tetapi nama Ma ini tidak semestinya nama Isla . Nama keluarga ini terdapat di Barat China.

• Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan nama yang dieja dengan huruf ‘mim’ pada pangkalnya seperti Mas’ud, Mahmud, Malik, Majid bahkan juga Muhammad.

• Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di antara mereka yang menggunakan nama-nama asal mereka yang diringkaskan.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Umpamanya, Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah (untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah (untuk Baharuddin) dll.

• Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang mempunyai nama keluarga ‘Chu” menukarkannya kepada ‘Heh’ (hitam) kerana ‘Chu’ bermaksud babi yang tidak disukai oleh orang Islam.

• Hanya orang Islam dari An Hui yang masih mengekalkan nama keluarga Chu ; berasal dari keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama Dinasti Ming yang beragama Islam.

INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN CINA DI MALAYSIA

• Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat menghormati tetamu.

• Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka khususnya merupakan satu manefestasi interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu.

• Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN INDIA

• Tamadun India merupakan tamadun yang tua.

• Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ;

– Zaman Pra Sejarah,

– Zaman Veda,

– Zaman Dinasti Maurya,

– Zaman Emayar Gupta,

– Zaman Kerajaan Islam,

– Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,

– Zaman Pemerintahan British,

– zaman Merdeka.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.

Asal Usul Nama India

• Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata –Varsha atau Bhrarata –Khanda sempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata.

• Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.

• Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka India dikenali sebagai sebuah negara.

PEMERINTAHAN ISLAM

• India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak panjang.

• Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India kekal sehingga ke hari ini.

• Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat hampir 150 juta penganut Islam.

• Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua teramai selepas penganut agama Hindu.

• Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.

• Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada 700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang pahlawan Islam bernama Muhammad bin Qasim menawan satu daerah bernama Daybul.

• Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak mahu menganut agama Islam dan mahu hidup berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi .

• Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam pertama di India bernama Mansurah pada tahun 730 dan tidak lama selepas itu, bandar ini telah menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam pada tahun 850.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara dan Gujerat di Timur dan Selatan.

Antara Pemerintah Islam di India

• Mahmud Ghazni (999)

• Muhammad Ghur (1174 M-1206).

• Qutb-ud-Din (- 1228).

• Alau ud Din (1296M-1316M).

• Jalaludin Akbar (1556-1605)

• Jahangir (1605-1627)

• Shah Jahan (1627-1658)

• Aurengzeb (1659-1707 )

KESULTANAN DELHI Kerajaan Ghori ( 1186-1206)

• Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein bin Hussein.

• Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin dan Shahabuddin yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad al-Ghori.

• Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera Rajpu pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya mencapai kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah tempat bernama Tarain.

• Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan kemudiannya ke Delhi.

KERAJAAN MUGHAL

• Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan oleh orang-orang berketurunan Monggol.

• Sejarah orang Monggol menyerang dan melenyapkan pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad pada tahun 1258 amat menyayat hati.

• Namun demikian, tentera Monggol yang begitu kejam akhirnya menganut Islam dan membawa obor Islam pula ke India.

• Daripada nama Monggol inilah nama Mughal diperolehi.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris di India berakhir pada tahun 1947

DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN INTELEKTUAL ZAMAN MUGHAL

• Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan keilmuan.

• Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan kolej-kolej dan sekolah-sekolah.

• Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan menjadi sebuah perpustakaan.

• Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di Fatehpur Sikri, Agra dan lain-lain.

• Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris digunakan untuk membina dan memperbaiki madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain lagi.

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA

• Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu.

• Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.

• Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.

• Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul.

• Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi

• Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya ialah:

• Majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit sejak tahun 20an sehingga hari ini.

• Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama’ Lucknow merupakan majalah yang memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia Islam

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - PENDIDIKAN

• Hasil daripada dasar pendidikan baru yang diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Moghul ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan cemerlang di madrasah-madrasah serta menjadi guru.

• Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku sains perubatan dalam bahasa Parsi.

• Dalam bidang sejarah, karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti berikut:

• Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari

• Ibrat-Nama karya Khairuddin

• Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain

• Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA – PENTERJEMAHAN

• Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-pemerintah Muslim menterjemah karya-karya Hindu biasanya untuk motif kesarjanaan, antaranya :

– terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata Purana ke dalam bahasa Bengali,

– Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir) ke dalam bahasa Parsi.

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA – SENI LUKIS

• Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi.

• Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam dengan gaya lukisan Hindu.

• Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan Moghul.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah:

• Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85).

• Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth.

• Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA – PERSAJAKAN

• Amir Khusraw (1253-1325) merupakan seorang Indo-Muslim yang terulung dalam bidang persajakan dan sastera.

• Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah difahami.

• Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular sehingga sekarang.

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA – SENI BINA

• Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India dan Parsi.

• Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.

• Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .

• Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu.

PENUTUP

• Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya.

• Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

• Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

3. 0 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Pendahuluan

• Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian.

• Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

• Islam secara umumnya adalah sejahtera di mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t. mengikut dengan patuh terhadap sistem Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan"

PANDANGAN SEMESTA DAN TAMADUN ISLAM

• Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview / weltanschauung) yang mendasarinya.

• Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.

• Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.

• Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

Sifat-sifat Tamadun Islam

1. Kesejagatan

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

2. Keterbukaan

3. Sepanjang zaman

4. Toleransi Terhadap Agama Dan Budaya Lain

5. Kesatuan Dalam Kepelbagaian

6. Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani

CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM

1. Rabbani

2. Sempurna dan menyeluruh

3. Umum

4. Idealistik dan realistik

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

• Matlamat umum : mewujudkan perhubungan yang sejahtera sesama manusia dan alam

• Matlamat khusus: mewujudkan hubungan dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w.

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

• Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan Penciptanya.

• Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia tersebut dengan mana-mana manusia atau makhluk lain.

Hubungan manusia dengan manusia

• Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.

Hubungan manusia dengan alam

• Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.

• Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya antara manusia dengan alam.

• "Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan”. (al-An’aam, 6 : 38)

• Memberikan makanan dan minuman kepada haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"

• Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka:

"Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran"

• Tidak menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakanbinatang-binatang tanah". (Bukhari)

SUMBER TAMADUN ISLAM

• Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah.

• Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dijelas dan diperincikan oleh al-Sunnah.

• Kedua-duanya ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

TUJUAN TAMADUN ISLAM

Tujuan utama tamadun Islam ialah memelihara keperluan manusia yang lima iaitu:

1. menjaga agama

2. menjaga jiwa

3. menjaga keturunan

4. menjaga akal

5. menjaga harta

al-Dharuriyyat

• al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikan-kebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.

• Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan mendatangkan kerosakan dan huru hara serta musnahnya kehidupan atau dengan kata lain, luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga membawa kerugian yang amat besar.

• al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada perkara yang membawa kelegaan dan mampu menghilangkan kesusahan dan masyaqqah (kesulitan).

• Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan membawa individu atau masyarakat kepada kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada kesukaran yang amat sangat seperti tahap al-daruriyyat yang boleh membinasakan.

• Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus), adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.

al-Tahsiniyyat

• al-Tahsiniyyat pula bermaksud mengambil perkara-perkara yang selayaknya menerusi kebaikan-kebaikan dan menjauhi perkara-perkara dipandang keji oleh akal yang rasional.

• Hal ini terangkum dalam maksud kemuliaan akhlak.

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat dan tamadun Melayu.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

• Beberapa teori telah dikemukakan :

• Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.

• Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China.

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam Melayu.

• Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya:

o Akidah

o Politik

o Sosial

o undang-undang

o Ekonomi

o Kebudayaan

o Bahasa dan sastera

o Kesenian

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

o Pendidikan dan Ilmu Syariah

Islam dan Pembentukan Tamadun Melayu

• Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.

• Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya.

• Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.

• Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-centered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.

• Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas).

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

• Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

• Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III (1855).

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat Melayu.

• Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu bahawa :

“Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.”

• Menurut Perkara 3(1), Islam telah dinyatakan sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.

• Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke atas agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan ialah :

• Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam, lazimnya bercakap di dalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat Melayu.

• Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

• Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja.

• Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam.

• Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja.

• Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

• Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri.

• Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri.

• Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama lain keatas penganut-penganut Islam.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketua-ketua agama Islam dan bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam.

• Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam.

• Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsip-prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain diaplikasikan secara menyeluruh di dalam segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan sebagaimana definisi Islam mengikut syarak.

• Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan lain-lain.

Keterbatasan

• Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu sahaja dapat dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam definisi dan undang-undangnya.

• Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam beberapa aspek kemasyarakatan umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek lain sahaja.

• Jadual kesembilan di dalam senarai keduanya yang mendefinisikan bidang kuasa Badan Penggubal Undang-undang Negeri (State Legislature) juga telah menyenaraikan aspek-aspek lain yang mana badan penggubal undang-undang negeri boleh mengubal Undang-undang atau Enakmen-enakmen hukum syarak di negeri-negeri masing-masing.

• Makna agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan juga jelas terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia yang jelas sebagai ambilan daripada sistem Perundangan Negara-negara lain seperti England dan Australia.

• Banyak di antara undang-undang negara ini yang mengambil contoh undang-undang di England seperti pengamalan Undang-Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum syarak tidak wujud dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahkan ambilannya adalah dari sistem Perundangan negara-negara Sekular.

• Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan sebagainya yang masih lagi terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

• Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke atas orang bukan Islam.

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

• Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.

• Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.

• Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan sebagainya.

Sistem Perundangan TradisionalS

Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.

Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Pahang : Undang-undang Pahang.

Kedah : Undang-undang Kedah.

Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.

Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu

• Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

• Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.

• Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

• Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan dimestikan beragama Islam.

• Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

• Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.

• Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153.

• Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu.

• Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan

• Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

• Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha dan al-Ikhwan.

Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya

• Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.

• Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.

• Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

Pendekatan Sistem Perbankan Islam dalam Era Globalisasi

• Dalam menghadapi era globalisasi masakini pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan pada 1983.

• Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini semakin popular termasuk juga kepada golongan bukan Islam.

PENUTUP

• Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.

• Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’.

• Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

4. 0 PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN

PENGENALAN

• Kebanyakan diskusi tentang globalisasi tertumpu kepada isu-isu ekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu dan maklumat tidak penting.

• Tajuk ini boleh menonjolkan konsep globalisasi yang komprehensif yang lebih menepati hakikat globalisasi yang sebenarnya. Di samping itu ia boleh menegaskan bahawa semua dimensi globalisasi, bukan sekadar dimensi ekonomi adalah penting kepada masa depan masyarakat dan negara ini.

PEMIKIRAN SEMASA TENTANG GLOBALISASI: BEBERAPA ISU

• Isu pertama ialah perlu kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari sebagai relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita.

• Kita menyenaraikan kesemua dimensi globalisasi yang dapat dikenalpasti supaya gambaran menyeluruh diperolehi tentang globalisasi.

• Dalam topik ini senarai dimensi globalisasi yang ingin bincangkan terhad kepada empat sahaja, iaitu (1) dimensi ekonomi, (2) dimensi politik, (3) dimensi kebudayaan dan keagamaan dan (4) dimensi keilmuan.

• Jadi kita boleh berbicara tentang empat jenis globalisasi: globalisasi ekonomi (economic globalization), globalisasi politik (political globalization), globalisasi kebudayaan dan keagamaan (cultural and religious globalization), dan globalisasi ilmu dan maklumat (knowledge and information globalization).

• Ada beberapa lagi dimensi atau jenis globalisasi yang juga penting tetapi tidak disenaraikan bagi tujuan topik ini. Satu daripadanya ialah globalisasi demografi (demographic globalization) yang merujuk kepada penghijrahan manusia yang berlaku sehingga merubah pola demografi sesebuah negara.

• Alasan ia tidak disenaraikan ialah kerana globalisasi demografi mungkin yang paling minima pengaruh, kesan dan dampaknya ke atas Malaysia, paling tidak buat masa ini dan dalam masa yang singkat.

• Ada satu lagi kesan globalisasi demografi di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan kaum Hispanik. Masyarakat Kristian khususnya golongan Katolik menjadi gempar apabila The

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Washington Post mendedahkan bahawa terdapat trend di kalangan kaum Hispanik yang bermazhab Katolik untuk meninggalkan agama asal mereka dan memeluk Islam.

• Sehingga kini dianggarkan lebih kurang 40,000 orang keturunan etnik Hispanik telah memeluk agama Islam di seluruh Amerika Syarikat. Mereka telah mendirikan masjid sendiri untuk jemaah Islam Hispanik di kota-kota besar seperti Los Angeles, New York dan Washington.

• Apa yang memeranjatkan masyarakat Kristian ialah bagaimana orang keturunan Hispanik yang dianggap “orthodox” dalam kepercayaan agama mereka dan begitu setia kepada mazhab Katolik boleh tertarik kepada Islam.

• Isu kedua ialah perlunya kita memberi perhatian kepada sifat hubungan antara globaliasi dan peradaban. Peradaban yang kuat dan cergas lagi dinamik boleh mencetuskan serta mencorakkan globalisasi.

• Sebaliknya pula globalisasi boleh meninggalkan kesan yang positif dan juga negatif ke atas peradaban. Dinamika interaksi antara peradaban dan globalisasi memang perlu dikaji dan difahami dengan mendalam kerana natijahnya tidak semestinya dapat dilihat dan dirasai dengan segera.

• Isu ketiga ialah perlunya kita mempunyai “perspektif peradaban tersendiri” dalam menangani dan membahaskan isu globalisasi. Isu-isu yang perlu dianalisa banyak. Antaranya, isu erti dan konsep globalisasi itu sendiri, isu asal usul globalisasi, isu penilaian globalisasi bagi menentukan buruk baiknya dan urutan keutamaan dimensi-dimensinya, dan isu bagaimana globalisasi harus dihadapi dan ditangani.

Contoh; isu asal usul sejarah globalisasi. Dari perspektif Barat, peradaban Baratlah yang telah mencetuskan fenomena dan proses globalisasi buat pertama kalinya dalam sejarah dunia

KONSEP DAN TEORI GLOBALISASI

• Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada “rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance.”

• Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana “There are other trends driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such trend.”

• Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah.

• Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda boleh diglobalisasikan. Antaranya, “goods, services, money, people, information, effects on the international order as well as less tangible things such as ideas, behavioural norms and cultural practices.”

• Selaras dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini, CSGR mempunyai dua pandangan terhadap fenomena itu. Pertama, globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses. Globalization is “the emergence of a set of sequences and processes that are increasingly unhindered by territorial or jurisdictional barriers and that indeed enhance the spread of trans-border practices in economic, political, cultural and social domains.”

• Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana. Globalization is “a discourse of political and economic knowledge offering one view of how to make the post-modern world manageable.”

• David Loy, seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo, Jepun dan salah seorang pembentang kertas di Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat globalisasi sebagai “a complex set of developments: economic, political, technological and cultural.”

• Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan yang sama telah membuat kesimpulan berikut: “Globalization refers to the interconnectedness of human activity on a global scale, to the unprecendented flows of capital and labour, technology skills, ideas and values across state and national boundaries, but in ways which neither states nor nations can adequately control.”

• Akhirnya, memandangkan bahawa globalisasi ekonomi pada umumnya dianggap sebagai teras fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingin diturunkan di sini satu definisinya yang dikira dapat membantu kita merumuskan erti dan ciri-ciri globalisasi secara komprehensif.

• “Economic globalisation is a deepening process of interdependence of world economies in various fields, including production and market, which optimize the distribution of various production factors and resources by promoting cross-border flows of human resources, capital, commodities, services, technology and information.”

• Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat mengemukakan makna komprehensif globalisasi seperti berikut.

• Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, ide, nilai, institusi, atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambil pendirian di sini bahawa hakikat yang dinamakan globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. “Globalization was a reality without a name.”

• Globalisasi tanpa nama ini sudah wujud bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang bermula di sekitar tahun 1500 tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

GLOBALISASI DALAM ERA DOMINASI ISLAM

• Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi.

• Bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat globalisme.

• Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama, sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik bertaraf “antarabangsa” dan penggembaraan dunia.

• Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya lebih perlahan.

• Di samping mempunyai semangat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berperanan besar dalam meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi politik.

• Oleh kerana institusi ini kekal sifatnya, maka peranannya sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga berkekalan. Hari ini pun, pada ketika dunia Islam tidak bermaya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin semangat globalisme akan terus dihayati oleh dunia Islam.

• Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah disaksikan oleh dunia.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Dalam zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen globalisasi ilmu dalam pengertian yang difahami hari ini.

• Pelajar-pelajar bukan Islam dari Cina di sebelah Timur dan dari England sebelah Barat seperti Roger Bacon dari Oxford telah menuntut di pusat-pusat ilmu dunia Islam untuk menimba ilmu pengetahuan.

• Globalisasi moden tidak mungkin menjadi suatu kenyataan sekiranya tidak ada tradisi pelayaran dan penggembaraan global sebelumnya. Kemunculan peradaban Islam sebagai sebuah peradaban global telah membuka suatu era baru dalam dunia pelayaran dan pengembaraan.

• Zaman yang sama juga telah menyaksikan peningkatan globalisasi keagamaan menerusi aktiviti global dakwah Islam.

• Kedatangan Shaykh Isma’il, utusan Sharif Mekah, ke Samudra pada kurun ketigabelas M. untuk berdakwah dengan disertai oleh bekas Raja Ma’abri (Coromandel coast), Sultan Muhammad, yang sanggup turun takhta demi dakwah dan kedatangan Makhdum Karim (Tuan Sharif Awliya’) ke Sulu pada kurun keempatbelas M. untuk menyebarkan Islam di kawasan itu harus dilihat dalam konteks globalisasi dakwah yang mendapat momentum baru mulai kurun ketigabelas M.

• Sebagai akibat dua dimensi globalisasi ini, Islam telah berkembang pesat di alam Melayu. Peradaban Melayu-Islam muncul sebagai peradaban terbesar dan paling berpengaruh di Asia Tenggara

• Amat munasabah jika gelombang besar kedua globalisasi dianggap sebagai bermula di sekitar 1500 M. Tarikh ini menandakan bermulanya kejatuhan Islam sebagai kuasa dunia dan Islam sebagai peradaban terkemuka dunia.

• Serentak dengannya ialah bermulanya era dunia Barat Kristian sebagai kuasa dunia dan era peradaban Barat sebagai peradaban tergagah di dunia.

• Dari perspektif global, ada tiga peristiwa besar lagi penting yang melambangkan era baru globalisasi.

1. Peristiwa pertama ialah kejatuhan benteng terakhir Kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol) di Grenada pada tahun 1491.

2. Peristiwa kedua, pelayaran Christopher Columbus ke “Dunia Baru” dan penemuan benua Amerika olehnya pada tahun 1492.

3. Peristiwa ketiga ialah kejatuhan Kerajaan Islam Melaka di tangan bangsa Portugis pada tahun 1511M.

• Dunia Islam dan peradabannya tidak jatuh seluruhnya serentak. Peradaban naik dan turun mengikut hukum-hukum alamnya sendiri. Ia tidak naik secara tiba-tiba dan tidak turun dengan serta merta.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Setelah merosot ke suatu tahap, ia boleh naik semula ke puncak baru. Dalam era yang diperkatakan ini masih muncul kuasa baru dari kalangan umat Islam. Khasnya, Turki telah muncul sebagai kuasa dunia yang digeruni Eropah. Seluruh Balkan ditaklukinya. Tentera Turki mara hingga ke “gates of Vienna.” Tetapi pada umumnya, proses kemerosotan peradaban Islam telah bermula.

• Dari segi pandangan kuasa-kuasa Barat sendiri, semangat globalisasi dalam gelombang kedua ini disemarakkan oleh tiga G yang masyhur, iaitu God, Gold and Glory.

• Dalam bahasa Melayunya, 3 K, iaitu “Ketuhanan, Kekayaan dan Keagungan.” Amat mustahak kita memahami semangat tiga G ini sekiranya kita ingin menyelami psiki (psyche) Barat yang mendorong mereka untuk mendominasi bukan sahaja globalisasi era penjajahan ini tetapi juga globalisasi kontemporari. Ada kesinambungan semangat antara dua era globalisasi ini.

• Merujuk kepada G atau K yang pertama (“God” atau “Ketuhanan”), Barat berminat untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia. Agama Kristian macam juga agama Islam adalah agama tabligh. Tetapi Islamlah yang mula-mula menglobalisasikan agama. Dunia Barat menglobalisasikan agama Kristian sebagai reaksi dan persaingan kepada Islam yang telah pun menjadi agama global.

• Fakta ini akan terus menjanjikan perebutan pengaruh dan pengikut antara dua agama ini. Implikasi politiknya juga banyak. Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua kuasa dunia terawal dari Barat dalam era globalisasi yang diperkatakan ini telah berjaya menjadikan benua Amerika Selatan sebagai benua Katolik.

• Asia Tenggara turut menerima kesan globalisasi agama Sepanyol yang mula tiba di kawasan ini di pertengahan kedua kurun keenambelas M. Kepulauan Filipino telah diKristiankan. Hanya keberanian dan kegagahan bangsa Moro yang telah menyekat kemaraan Kristianisasi ke Filipina Selatan.

• Apa pun, konflik 300 tahun di Filipina Selatan yang masih berterusan adalah kesan berpanjangan globalisasi agama yang diterajui oleh Sepanyol. Walaupun selepas kurun ketujuhbelas M pengaruh agama Kristian di Barat mengalami kemerosotan, namun di Afrika dan Asia agama itu terus berkembang. Dewasa ini, banyak kumpulan gereja di Barat bergerak cergas sebagai agen globalisasi agama Kristian. Kumpulan evangelical muncul sebagai penggerak yang paling aktif dan agresif.

• Merujuk kepada G dan K yang kedua (“Gold” atau “Kekayaan” yang dilambangkan oleh emas), kuasa-kuasa Barat berminat untuk mengaut kekayaan tanah jajahan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

• Perebutan emas dan sumber kekayaan lain di tanah jajahan di tiga benua dan monopoli perdagangan dunia merupakan penggerak utama globalisasi era ini.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Mereka telah berperang sesama sendiri kerananya. Alam Melayu terjejas bermacam cara dengan konflik di kalangan kuasa-kuasa kolonial ini. Khususnya, pembangunan dan kemajuan peradaban Melayu-Islam terjejas teruk.

• Di peringkat awal era penjajahan ini, maksud “glory” yang meliputi ide kebanggaan dan kemegahan ditujukan kepada raja dan bangsa.

• Kemudian, apabila timbul kesedaran meluas terhadap hakikat peradaban Barat yang dikongsi bersama oleh pelbagai bangsa Eropah, konsep keagungan mula dipindahkan kepada peradaban Barat. Hari ini yang diagungkan ialah nilai-nilai Barat seperti nilai dan sistem demokrasi, yakni sistem pemerintahan.

• Dalam konteks zaman ini, tiga G merujuk kepada “gold, governance, and God.”

PENGARUH GOBALISASI TERHADAP PERADABAN

• Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi ialah

1. peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara,

2. peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah,

3. peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat,

4. komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,

5. peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi,

6. peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia,

7. penonjolan idea-ide dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali

8. penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

• Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial.

• Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi yang dianggap positif ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Dari segi keburukan globalisasi pula, tigabelas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah:

1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.

2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan

4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.

5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.

6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.

8. Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.

9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.

10. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.

12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

13. Pengantarabangsaan penyakit.

• Senarai buruk baik globalisasi yang diberikan oleh Chandra ini sudah cukup komprehensif.

• Perspektif peradaban adalah perspektif jangka panjang.

• Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isu-isu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Senarai buruk baik globalisasi tersebut mengesahkan kedudukan dimensi ekonomi sebagai dimensi terpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling berpengaruh.

Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan.

• Kapitalisme menekankan ide dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas dari nilai-nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain.

• Globalisasi ekonomi dalam era Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kamakmuran bersama. Peradaban ekonomi yang negara ini perlukan ialah sistem, institusi dan amalan ekonomi yang didasarkan kepada nilai-nilai seperti itu.

• Prinsip-prinsip ekonomi dan ajaran-ajaran lain yang relevan dengan ekonomi seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. boleh memberi sumbangan besar terhadap usaha untuk membentuk peradaban ekonomi yang dihajatkan ini. Tetapi malangnya, dari segi teori dan amalannya, prinsip-prinsip ini agak terbiar. Apa yang disebut-sebut sebagai ekonomi Islam oleh beberapa kalangan perlu dikaji semula

• Di Barat sendiri ada wacana tentang konsep pembangunan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan agama (faith-based development). Misalnya, baru-baru ini dialog telah diadakan di Universiti Harvard antara agama-agama tentang konsep pembangunan ini.

• Dialog itu dianjurkan oleh beberapa pihak dan beberapa buah badan termasuk World Peace Foundation, Archbishop of Canterbury, Aga Khan Foundation dan World Bank. Tumpuan perbincangan ialah kepada pendekatan Islam terhadap isu pembangunan yang berasaskan keimanan.

• Institusi ekonomi yang didasarkan kepada ibadat haji dan prinsip zakat adalah contoh penting pembangunan ekonomi dalam pengertian yang diperkatakan. Ini menunjukkan bahawa ide pembangunan ekonomi yang berteraskan ajaran-ajaran Islam boleh diglobalisasikan.

• Dari segi globalisasi maklumat dan ilmu, Chandra telah menyimpulkan dengan baiknya apabila beliau menyatakan bahawa kesan terburuk dimensi ini ialah pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam sebagai agama yang menekankan kecintaan terhadap ilmu dan hikmah memandang dengan cukup serius masalah maklumat dan ilmu yang tidak berguna.

• Bahaya maklumat tidak berguna ini perlu diatasi dengan segera kerana ia boleh membantut usaha kita untuk melahirkan manusia yang benar-benar berilmu dan usaha mewujudkan budaya ilmu yang sihat.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu dipertingkatkan.

• Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia.

• Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam.

• Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik.

• Dari segi globalisasi keagamaan, kami berpendapat bahawa trend masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian akan berterusan dan mungkin berkembang jika kita asaskan kepada perkembangan keagamaan masyarakat keturunan Cina di Taiwan, Singapura dan Hongkong. Apa implikasinya kepada masa depan pluralisme keagamaan di negara ini sukar hendak diramalkan.

RUMUSAN

• Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

• Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

5.0 ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS: KRISIS ALAM SEKITAR

PENDAHULUAN

Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global.

Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor.

Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.

PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama :

Dominasi (Domination)

Kekhalifahan (Stewardship)

Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)

1. Dominasi (Domination)

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia.

Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.

Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.

Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.

2. Kekhalifahan (Stewardship)

Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.

Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.

Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.

3. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)

Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.

Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya.

Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.

Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama.

Manusia adalah sebahagian daripada alam.

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

• Tawhid

• Khalifah & amanah

• Syariah

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Keadilan & kesederhanaan

(a) Tawhid

Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.

Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.

Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.

Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini.

Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain.

Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’

(b) Khalifah dan amanah

Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni.

Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.

Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain.

Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini.

Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.

Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.

Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’

(c) Syariah

Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.

Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.

Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.

Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang.’

(d) Keadilan dan kesederhanaan

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.’

Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.

Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.

Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’.

Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Hubungan manusia dan haiwan

Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan

Penggunaan dan pemilikan tanah

Hubungan manusia & haiwan

Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan.

Hadis: ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’

Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.

Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.

Kisah pada zaman Rasulullah saw: Lelaki dengan anjing & Wanita dengan kucing.

Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan

Hadis Rasulullah s.a.w.: ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’

Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.

Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’

Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.

Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam.

Hadis: ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’

Hadis: ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’

Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.

Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.

Penggunaan dan pemilikan tanah

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal (hima).

Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.

Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.

Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.

Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan.

Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut.

Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.

Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan.

Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.

Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.

Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.

Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.

Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian.

Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil.

Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.

KRISIS ALAM SEKITAR

Pemanasan Suhu dunia

Krisis tenaga nuklear

Pencemaran udara dan jerebu

Banjir kilat

KESIMPULAN

Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ‘ayat’ dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.

Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.

Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.

Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.

Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.

Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada masa akan datang.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

6. 0 HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

• Hegemoni Barat terhadap Media

• Hegemoni Barat terhadap Ekonomi

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Hegemoni Barat terhadap Politik

• Hegemoni Barat terhadap Sosial

• Hegemoni Barat terhadap Hak asasi Manusia

Hegemoni Barat Terhadap Media

Kuasa media, cetak mahupun elektronik.

Kepantasan perpindahan maklumat.

Boleh menjatuhkan @ menaikkan seseorang.

Membentuk pandangan & sikap masyarakat (dunia @ tempatan).

Media-media antarabangsa

Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, dll.

Mereka berada di mana-mana, liputan mereka pantas & menyeluruh.

Wartawan tempatan bergantung kpd mereka sebagai sumber & bahan berita.

Filem dan hiburan

Hollywood menjana pendapatan berbilion dollar.

Colombia pitcure

Hero US pasti menang, baik, bertimbangrasa, pejuang keadilan (sangat sempurna)

Ciri-ciri filem Hollywood

Ganas, lucah, tahyul, pengagungan sains tanpa batasan, gagal mendidik jiwa penonton.

Hegemoni Barat Terhadap Ekonomi

Kuasai ekonomi sama seperti menguasai dunia.

Menubuhkan kelab eksklusif, G7, hanya disertai oleh negara-negara maju.

Syarikat-syarikat multi-nasional beroperasi seluruh dunia

Menguasai institusi kewangan dunia spt World Bank, IMF dll.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Mata wang mereka digunapakai seluruh dunia.

Menguasai kekayaan dunia.

Jurang kaya miskin sangat ketara.

Hegemoni Barat Terhadap Politik

Diwujudkan blok-blok tertentu.

Dahulu, blok komunis vs blok US.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kuasa veto. Hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar sahaja.

Negara perkasa boleh bertindak sendirian spt US vs Iraq & Afghanistan.

Negara penyokong akan diberikan pelbagai anugerah.

Negara musuh akan dikenakan pelbagai sekatan termasuk ekonomi, diplomatik dll.

Hegemoni Barat Terhadap Sosial

Peniruan gaya hidup Barat semakin nyata.

Hiburan (muzik, nyayian, filem, lakonan, kartun dll).

Irama (rock, blues, heavy, pop dll)

Mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun.

Jenis dan budaya makanan.

KFC, McD, Coca Cola, Pepsi sangat sangat popular.

Pakaian berjenama (Levi’s, Lee, Adidas, Versace, Bonia, Avon, Maybeline, Christion Dior dll) sangat sangat digilai oleh anak-anak muda.

Merasa bangga, bergaya, ada klas dll.

Hegemoni Barat Terhadap Hak Asasi Manusia

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan. Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

Kesimpulan

Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media, ekonomi, politik, sosial dan budaya, kita melihat Barat seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpa sempadan. Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetap akan berlaku walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang dijajah. Arus globalisasi yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satu gaya hidup. Orang yang tidak menerimanya dianggap ketinggalan zaman. Hanya yang mempunyai kekuatan dan jati diri mampu bertahan daripada arus ini.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

7.0 JIHAD EKONOMI

PENGENALAN

• Suatu hakikat yang diketahui umum ialah kewujudan dua unsur dalam diri manusia iaitu elemen roh dan jasad.

• Gabungan kedua-dua elemen ini sepatutnya seimbang di dalam diri manusia.

Al Imran 3: 83

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”.

• Yang menjadi ujian mengenai keseimbangan ini ialah jin dan manusia Keseimbangan yang hakiki diertikan di dalam bahasa Arabnya sebagai Islam. Semua manusia mesti mencari paksi teras keseimbangan ini (akidah tauhid) untuk menjayakan keseimbangan kehidupan yang berkesinambungan hingga ke akhirat.

• Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. yang istimewa mempunyai musuh yang istimewa iaitu syaitan yang mempunyai tipu muslihat yang cukup licik sehingga ramai yang menjadi mangsa korbannya. Korban yang dimaksudkan ialah korban akidah yang sepatutnya menjadi puncak atau panji untuk dinobatkan sebagai khalifah Allah s.w.t. yang berjaya di dunia dan akhirat.

An Naas 114: 1-6

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia” (an-Naas: 114: 1-6).

PENGERTIAN JIHAD

• Jihad segi bahasa ialah daripada perkataan al-Jahd yang bermakna kesukaran yang amat sangat (musyaqqah) dan perkataan al-Juhd bermakna usaha dan tenaga. Menurut al-Naisaburiy yang

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

jelasnya jihad ialah membelanjakan segala usaha untuk mencapai sesuatu maksud. Ia juga bermaksud membelanjakan segala usaha berperang pada jalan Allah secara langsung, atau menerusi harta, atau buah fikiran, memperbanyakkan baju besi dan sebagainya (Haikal, 1996). Maka jihad ialah menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang orang-orang kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah (Zuhailiy, 1989).

• Menurut Muhammad Khair Haikal di dalam bukunya “Al-Jihad wa al-Qital Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah” merumuskan bahawa jihad secara khususnya diertikan sebagai perang dengan segala keperluannya membelanjakan harta yang sewajarnya bagi keperluan alat-alat peperangan atau perjalanannya serta mendahulukan syarat yang disyariatkan iaitu menyampaikan dakwah bagi orang-orang kafir kerana proses penyampaian dakwah ini adalah syarat yang asal bagi peperangan

JIHAD EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

• Ianya dapat difahami sebagai suatu cara atau wasilah untuk menyempurnakan maslahah-maslahah lain lagi yang utama iaitu persoalan agama, keturunan, akal dan maruah.

• Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah s.w.t. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. itu kembali.

Sabda Rasulullah s.a.w

Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah s.w.t., orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

Al Anfaal 8: 60

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya”.

Al Imran 3: 110

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

“Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman”.

• Sebahagian ulama Salaf mengatakan: “manakala kemiskinan itu pergi ke suatu negeri, maka ‘kekafiran’ akan meminta kepadanya “bawalah aku bersamamu”.

• Dzu-Nun seorang penyair Mesir pernah berkata: “Manusia yang paling kufur adalah orang miskin yang tidak sabar dan memang jarang sekali di antara mereka yang boleh bersabar”. (al-Qaradawi: 1980).

• Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hampir-hampir kemiskinan membawa seseorang kepada kekufuran” (Riwayat Abu Na’im).

PERANAN HARTA MELIPUTI KESEMUA JIHAD

• Di dalam kitab “Jundullah thaqafatan wa Akhlaqan” Said Hawwa telah membahagikan jihad kepada lima kategori iaitu (1) jihad lisan, (2) jihad pendidikan, (3) jihad dengan tangan dan jiwa, (4) jihad siasah dan (5) jihad harta.

• Sa’id Hawwa meletakkanjihad harta sebagai syarat yang penting bagi kesemua jenis jihad yang ada dan tidak akan terhasil tanpanya.

• “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman”.

An Nisaa’ 4: 5

“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Peranan harta

• Sesungguhnya banyak sekali persoalan harta di sebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran supaya umat Islam tidak mengabaikannya. Lantaran itu sistem-sistem Islam tidak lari daripada membicarakan persoalan harta seperti zakat dan pusaka. Bahkan dalam bab jenayah sendiripun terdapat juga denda atau kifarat melibatkan soal harta seperti bayaran diat kerana membunuh. Begitu juga dalam bab-bab yang lain seperti membayar dam, persoalan perkahwinan (mahar) dan lain-lain juga melibatkan soal tanggungan harta. Kegagalan membayar harta zakat juga membawa akibat buruk di hari akhirat.

• Manusia dituntut oleh Allah s.w.t. agar menjadi kaya tetapi kekayaannya itu bukan untuk dieksploitasikan untuk diri sendiri, sebaliknya diambil sekadar keperluannya dan keluarganya. Manakala yang lain-lainnya dituntut agar dibelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. Disinilah letaknya kefahaman seseorang itu dari segi keperluannya, ada yang hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja atau paling minima dan bakinya dimanfaatkan kepada jalan Allah s.w.t.

• Persoalan yang timbul ialah penggunaan terhadap harta itu dan bukannya larangan menjadi kaya. Dengan harta seseorang mampu melakukan banyak kebajikan. Hal ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.

• Hadis-hadis yang memuji sifat zuhud tidak ada menyatakan kemiskinan sebagai suatu yang terpuji, bahkan Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada kemiskinan (al-Qardawi 1980).

Membendung Kemiskinan

• Cara Islam membendung kemiskinan dapat dilihat menerusi sistem pengagihan zakat, sistem pewarisan, sistem wasiat, sedekah, ihya al-mawat dan lain-lain lagi. Itu adalah secara khusus bagi negara dan individu. Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bersabda mengenai perekonomian tetapi juga mempraktikkannya di dalam kehidupan. Baginda seorang yang rajin dalam semua bidang.

Kerjaya para rasul

• Baginda mengetengahkan contoh-contoh para rasul yang terdahulu daripada Baginda seperti Nabi Adam a.s. sebagai petani, Nabi Nuh a.s. sebagai peniaga, Nabi Daud a.s. sebagai tukang besi, Nabi Musa a.s. sebagai jurutulis, Nabi Zakaria a.s. sebagai tukang kayu, Nabi Sulaiman a.s. sebagai pembuat bakul dan Nabi Isa a.s. sebagai tukang tenun dan pencelup kain.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Kerjaya sahabat rasullullah

• Para sahabat yang terlibat dengan pekerjaan antaranya termasuklah Khubab bin al-Arth r.a. sebagai tukang besi, Abdullah bin Mas’ud r.a. pengembala kambing, Sa’ad bin Abi Waqas r.a. sebagai pembuat anak panah, Zubir bin al-Awwam r.a. sebagai tukang jahit, Salman al-Farisi r.a. sebagai tukang gunting dan Ali bin Abi Talib r.a. sebagai penyiram pokok tamar.

Keluaran negara Islam

• Mengenai harta yang dilihat sebagai sumber kekayaan untuk umat Islam dapat dilihat menerusi kedudukan harta yang banyak diperolehi di negara-negara milik umat Islam. Hampir separuh pengeluaran makanan dunia dihasilkan oleh negara-negara Islam, 85% pengeluaran kapas, 70% petroleum, 45% fosfat, 50% emas dan 70% minyak sawit (al-Khayyat, 1988).

Geografi

• Dari segi sistem perhubungan pula kita dapat lihat bahawa umat Islam menguasai kedudukan strategik yang baik dari segi geografi. Kedudukan umat Islam yang berada di tengah-tengah sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) ternyata mencipta suatu suasana yang terbaik untuk menguasai dunia. Cuma agak malang umat Islam semacam gagal menghayati anugerah Allah s.w.t. iaitu kurang berkarya di dalam berfikir atau kurang kreatif untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Salah faham

• Menyempitkan konsep Islam sebagai Al-Din hanya kepada makan pakai tempat tinggal yang daruri sahaja adalah suatu tradisi yang bukan dari budaya Islam. Tradisi Islam adalah tradisi yang kaya dengan khazanah ilmu, amal dan harta. Sikap yang salah ialah penggunaan harta ke jalan yang salah. Kita lihat tradisi orang Arab dahulu yang berjalan ke sana ke mari seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran mengusahakan kehidupan melalui perdagangan.

Quraisy 106: 1-4

“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syaam), maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai (ka’bah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Mekah

• Kota Mekah juga menjadi lambang pertemuan pelbagai lapisan masyarakat khususnya mengenai perdagangan. Tradisi ini walaupun lanjutan dari zaman jahiliyyah tetapi tidak pernah dibatalkan oleh Islam bahkan digerakkan lagi dengan meletakkan asas-asas akhlak yang membangunkan ketamadunan manusia.

Aktiviti terlarang

• Prinsip-perinsip yang batil dilarang seperti ihtikar, riba, penjualan barang-barang yang memusnahkan fungsi manusia seperti bangkai, berhala dan sebagainya. Konsep-konsep di zaman jahiliyyah yang dilihat berguna tidak dibatalkan seperti konsep jual salam yang sudah ada di zaman jahiliyyah tetapi Islam membenarkannya disebabkan ada masalah kepada umat manusia, sekalipun ianya dilihat sebagai suatu kaedah pengecualian dari konsep asas jual beli.

KONSEP JIHAD EKONOMI BERTERASKAN AKIDAH TAUHID

• Akidah adalah teras dalam setiap aktiviti kehidupan umat Islam termasuklah ekonomi.

• Di zaman awal Islam yang terkenal dengan generasi model yang kental akidahnya, kita dapati banyak contoh-contoh yang memperlihatkan bagaimana Rasulullah s.a.w. membangunkan sosio-ekonomi masyarakat dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman kapitalis jahiliyyah yang diketuai oleh kaum Yahudi.

Gagasan Rasulullah

• Rasulullah s.a.w. ketika di Madinah telah mengambil pendekatan yang serius bagi menangani isu penguasaan ekonomi yang pada umumnya dikuasai oleh Yahudi. Salah satu tindakan yang dibuat pada permulaan hijrah ialah menguasai telaga-telaga air yang dikuasai oleh Yahudi.

• Rasulullah s.a.w. telah mengesyorkan sahabat-sahabatnya untuk menyewa sebuah telaga yahudi dengan bersyaratkan bahawa orang-orang Islam cuma menjual air telaga tersebut selama dua hari dalam seminggu.

Pakar ekonomi

• Dengan kekuatan akidah generasi awal telah melahirkan pakar-pakar dalam bidang ekonomi seperti Abu Bakar r.a., ‘Umar bin al-Khattab r.a., ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Baginda sendiri juga seorang peniaga yang mahir yang mampu meraih keuntungan

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

berlipat kali ganda semasa memperdagangkan barangan perniagaan Siti Khadijah. Baginda bersama-sama para sahabatnya memboikot segala kegiatan ekonomi yang berteraskan riba dan lain-lain penipuan. Mana-mana peniaga yang tidak jujur dan tidak mempunyai tanggungjawab sosial juga akan diboikot.

Pengaliran wang

• Bagi mengawal pengaliran wang agar ianya dapat melumpuhkan monopoli pihak musuh, masyarakat Islam ketika itu digalakkan mengeluarkan produk keperluan harian mereka sendiri untuk dipasarkan. Mereka digalakkan berniaga dan ada sebahagiannya bertindak sebagai pengeluar produk, manakala selebihnya sebagai pengedar dan peniaga.

Bersaing di pasaran

• Mereka juga pada masa yang sama memasuki pasar-pasar yang dikuasai oleh Yahudi untuk membuka premis perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Tindakan yang terancang akhirnya telah berjaya memecahkan monopoli kaum Yahudi.

Produk ekonomi Islam

• Ini disebabkan mereka telah memperkenalkan konsep perniagaan yang baru kepada masyarakat seperti al-Khiyar, al-Mudarabah, al-Murabahah, al-Qard al-Hasan serta bebas dari riba

Peranan Akidah

• Pokok pangkal sebenarnya berpunca daripada akidah yang tidak jelas. Dalam Islam terdapat tiga jenis tahap susunan maslahat yang sepatutnya difahami oleh umat Islam iaitu konsep daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Ketiga-tiga perkara ini sepatutnya dikuasai oleh orang Islam dalam setiap bidang. Paling kurangpun dapat melepasi tahap pertama. Mungkin kesalahan umat Islam ialah berakidah hanya untuk mencapai tahap pertama sahaja atau tahap kedua, manakala tahap ketiga untuk umat lain. Jika begini keadaannya, di zaman mana sekalipun umat Islam akan terus ketinggalan.

Berfikiran positif!

• Kesilapan dalam mendidik minda manusia ini akan membantutkan ekonomi negara dan pembinaan tamadun. Sikap sedemikian mengundang manusia-manusia yang malas yang tidak

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

berfikir panjang jauh ke zaman masa hadapan. Orang-orang luar berbondong-bondong datang ke Malaysia kerana melihat negara kita sebagai lombong emas. Namun rakyat sendiri, khususnya bumiputera tidak melihat dengan sewajarnya dan tidak gemar untuk menangani pelbagai masalah untuk meraih kejayaan diri sendiri

• Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyediakan segala-galanya untuk dipermudahkan kepada manusia agar sempurna dan selesa di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri memilih dan bertindak untuk mengubahnya. Ini amanah sebagai manusia. Di dalam hadis yang disahihkan oleh Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

• “Pedagang yang benar dan amanah bersama para nabi, orang-orang yang benar dan para syuhada”.

• Sebahagian daripada orang-orang yang arif ditanya: “mana satukah yang kamu sukai, pedagang yang benar atau yang hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata? Lalu dijawab bahawa pedagang yang benar lebih dicintai kerana jihad yang dilaluinya itu didatangi oleh syaitan menerusi sukat dan timbang, mengambil dan menerima tetapi ia berjihad (bagi mengalahkan syaitan tersebut)”

KESIMPULAN

Penguasaan ilmu yang serius.

Selain penguasaan ilmu fardhu ain, ilmu yang bersifat fardhu kifayah yang menjadi kerjaya seseorang semestinya dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Penguasaan teknologi yang terkini sepatutnya tidak diabaikan oleh umat Islam.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Melahirkan tenaga pakar khususnya dalam bidang ekonomi. Sewajarnya difikirkan satu institusi khusus yang mengkaji sumber-sumber teras dalam Islam dan buku-buku turath serta semasa bagi meninjau semua pandangan-pandangan mazhab dalam Islam bagi melahirkan produk-produk baru dalam bidang ekonomi.

Umat Islam khususnya para belia sewajarnya menghabiskan masa dengan mengkaji secara serius mengenai ilmu-ilmu dalam Islam dan bersikap sensitif dengan larangan-larangan Allah s.w.t. mengenai gejala negatif seperti larangan riba, rasuah, berjudi, minum arak, membazir masa dengan lepak, menonton VCD dan sebagainya. Pendapatan hasil yang haram atau syubhah akan membawa kepada tidak berkat dalam kehidupan, malah dibimbangi akan lahir zuriat dari harta yang tidak halal.

8. 0 ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pendahuluan

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Kegiatan sains telah dilakukan oleh manusia semenjak dahulu lagi seperti yang terdapat dalam Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun China dan sebagainya. Tamadun Islam telah belajar daripada tamadun silam seperti Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun Parsi dan Tamadun China, menambah dengan karya-karya mereka sendiri dan juga melakukan inovasi sehingga berjaya muncul sebagai peneraju sains selama 700 lamanya antara tahun 700 sehingga tahun 1400.

• Tamadun Islam menjadi jambatan antara tamadun Barat dengan tamadun silam kerana Tamadun Islamlah yang telah memindahkan ilmu sains dari tamadun silam dan Tamadun Barat pula mempelajarinya dari Tamadun Islam. Kemerosotan sains dalam Tamadun Islam disusuli oleh kemunculan Tamadun Barat moden telah mengubah keadaan manusia sejagat di mana perubahan yang berlaku kepada tamadun kebendaan manusia selama 200 tahun semenjak revolusi industri hingga sekarang terlalu besar

ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM

• Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad s.a.w.

• Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan.

• Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. pendekatan kedua ialah pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.

BARAT: AGAMA dan SAINS

• Penolakan Barat terhadap agama dalam kegiatan sains disebabkan pengalaman mereka berhadapan dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma gereja. misalnya Guirdano Bruno dan beliau telah dihukum bakar hingga mati Campo dei Fiori pada 17 Febuari 1600.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Galileo Galili

• Galileo Galili (1564-1642) juga hampir-hampir menerima nasib yang sama. Beliau telah meletakkan asas bagi teori tentang jasad yang jatuh. Dengan menolak teori Aristotle, beliau telah menyebabkan kemarahan pengikut-pengikut Aristotle dan memaksa beliau mengosongkan kerusi pensyarah di University Pisa. Beliau telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan sains, namun apa yang membimbangkan beliau ialah tentangan daripada Gereja terhadap teori beliau yang mengatakan bahawa bumi bukan pusat alam.

Penghakiman Galileo

• Dakwaan bahawa bumi bukan pusat alam ini, atau tidak boleh bergerak tetapi ia bergerak dan dengan tindakan pusingan harian adalah satu yang pelik

• Dakwaan bahawa matahari adalah pusat bumi dan tidak bergerak dari tempatnya adalah aneh dan menyeleweng dari ajaran Kitab Suci

Hukuman Kardinal 12 April 1633

• Dengan itu kami mengumumkan hukuman; kami mengistiharkan, penghakiman dan mengumumkan bahawa kamu, Galileo-telah menyeleweng, bahawa dengan mempercayai bahawa doktrin bahawa ia tidak bergerak dari timur ke barat dan bumi tidak bergerak, dan bukan pusat bumi.

Perakuan Gereja Katolik

• Umpamanya, Konsul Vatican kedua (1960-1965) dengan jelas membuat kenyataan berikut ”Semenjak sekian lama konflik antara sains dan agama”, pihak berkuasa tertinggi Gereja Katolik mengisytiharkan ”Hari ini seperti yang belum pernah terjadi, syukur kepada Tuhan, wujud persamaan yang rapat antara sains dan agama yang benar di mana kedua-duanya adalah hamba kepada yang satu dan satu kebenaran.

Perakuan Vatican

• Pada tahun 1984, satu suruhanjaya telah dilantik oleh Pope John Paul II untuk menyemak semula peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya konflik antara sains dan agama, dan mengakui bahawa penguasa-penguasa Gereja telah membuat kesilapan menghukum Galileo.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

AGAMA DAN SAINS DI BARAT MASA KINI

• Penindasan pihak gereja terhadap ahli sains menyebabkan ahli sains pada Zaman Enlightenment dan Zaman Moden menolak hubungan antara agama dengan sains. Terdapat keinginan di Barat untuk kembali menghayati etika sains berdasarkan kepada agama. Antara penggerak etika yang berdasarkan agama ialah Dr. Bruno Guirdidoni @Abdul Haq, seorang ahli fizik Perancis yang pernah menjadi pengarah Balai Cerap Paris

• Kini muncul pendekatan Intellegent Design dalam pendekatan sains khususnya di Amerika Syarikat. Intellegent Design adalah kesinambungan daripada pendekatan creation yang bertentangan dengan pendekatan evolusi yang menjadi teras kepada sains moden. Intellegent Design dan Crationism menekankan bahawa kejadian alam ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Bible sedangkan evolusi pula menyatakan bahawa alam ini terjadi secara evolusi. Senario ini menggambarkan krisis dalam pendekatan sains masa kini, sekurang-kurangnya di Barat.

IMPLIKASI PEMISAHAN SAINS DARI AGAMA

• Dalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat (al-Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah s.w.t. yang dibaca (al-Maqru’ah). Allah s.w.t. memerintahkan manusia membaca kedua-duanya; yang dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca (al-Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada Allah s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya kedua-duanya dikaji, nescaya berlaku pertemuan antara keduanya.

Surah Fusilat ayat 53

• “ Kami akan tunjukkan ayat-ayat Kami pada ufuk-ufuk dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Ia (al-Quran) adalah benar. Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu sebagai saksi kepada semuanya?”. Oleh sebab itu jelas bahawa dalam Islam sains tidak boleh dipisahkan dengan agama dan melakukannya secara sedar adalah satu kesalahan yang perlu diperbetulkan. Bahkan sehingga sekarang tidak ada satupun penemuan sains yang bertentangan dengan al-Quran.

MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT

• Manusia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah besar, antaranya adalah peperangan, perlumbaan senjata, keruntuhan akhlak, pelbagai penyakit kronik seperti AIDS, selsema burung dan

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

sebagainya. Namun masalah yang paling besar yang dihadapi oleh manusia sejagat ialah masalah kemusnahan alam di mana manusia itu sendiri hidup. Kemusnahan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri dan kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.

• Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi, pencemaran air dan udara adalah hasil daripada amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi keinginan kebendaan manusia, bukan untuk diagih-agihkan sesama manusia secara saksama antara manusia menerusi pemindahan teknologi dan sebagainya. Justeru, sains dan teknologi digunakan untuk memaksimakan eksploitasi sumber alam seperti yang menjadi matlamat kapitalisme

• Manusia menerusi falsafah etika hedonisme, liberalisme dan individualisme yang menjadi teras kepada modenisme sebenarnya bertentangan atau bercanggah dengan etika dan moral agama

• Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia seperti kemerosotan bilangan penduduk, peningkatan jenayah berat dan kehilangan kepercayaan kepada orang lain di semua negara maju

Persoalannya?

• Adakah manusia dapat menghalang kemusnahan tamadun manusia ini dengan hanya membuat peraturan-peraturan yang lebih ketat terhadap pencemaran alam sekitar, bahan buangan industri dan sisa nuklear?

• Adakah mungkin manusia mengembalikan keadaan alam sekitar kepada keadaan asalnya hanya dengan membuat polisi-polisi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa?

Mengapa?

• Dalam konteks perdebatan tentang alam sekitar, pandangan Islam sebenarnya diabaikan. Nilai dan tradisi Islam menyediakan jawapan yang berkesan dan komprehensif terhadap kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang yang berlaku masa kini.

ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS ISLAM PADA MASA KINI

• Pada akhir abad ke 20, sarjana-sarjana Muslim, ahli sains dan ahli falsafah di seluruh dunia Islam berusaha untuk merumuskan falsafah sains Islam versi masa kini, termasuk etika dalam kegiatan sains Islam.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• kelompok pertama mistik sufi yang berhujah bahawa ’tradisi’ dan ’suci’ seharusnya menjadi teras kepada pendekatan sains Islam.

• Kelompok kedua pula berhujah bahawa isu sains dan Islam harus ditangani dalam kerangka konsep yang membina matlamat masyarakat Islam.

• Sepuluh konsep Islam dikenal pasti sebagai kerangka di mana inkuiri sains Islam harus dilaksanakan, empat berdiri sendiri dan tiga pasangan yang berlawanan iaitu: tawhid, khilafa, 'ibadah, 'ilm, halal dan haram, 'adl dan zulm, dan istislah (kepentingan awam) dan menginstitusikan satu sistem untuk pengetahuan yang berasaskan kepada kebertangungjawaban dan tanggungjawab sosial.

ETIKA DALAM ISLAM

• Dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling hampir kepada maksud etika ialah akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan berkesan kerana ia bertunjangkan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding dengan etika yang berasaskan kepada teori-teori ciptaan manusia. Akhlak Islam berasaskan kepada ajaran al-Quran dan ajaran Hadith Nabi Muhammad s.a.w.

• Perbuatan dan kegiatan seorang individu Muslim boleh diklasifikasikan kepada perbuatan wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Sehubungan itu, kegiatan seorang ahli sains Islam juga boleh diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Apakah hukumnya membuat sesuatu alat atau bahan yang fungsinya hanya untuk membunuh sahaja seperti membuat racun arsenik atau membuat bom nuklear dan sebagainya, atau melakukan pemindahan organ, kloning, penyelidikan stem cell, pemetaan genome, penukaran jantina dan sebagainya yang kini menjadi isu besar?

GARIS PANDUAN KEGIATAN SAINS ISLAM

• Semua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada asas-asas falsafah yang bertunjangkan ajaran Islam. Dalam kegiatan sains, seperti juga dalam kegiatan pembangunan yang lain seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, perlu berlandaskan kepada lima asas iaitu Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah, Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

TAWHEED ULUHIYYAH

• Tawheed Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan. Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.

• Tawheed Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia. Dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) , iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya.

KHILAFAH

• Manusia adalah khalifah atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu.

• Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya

Al-Hijr:29 & ar Ruum: 30

• “Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”

• “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

TAZKIYYAH AN-NAFS

• Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.

AL-FALAH

• Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.

KEGIATAN SAINS DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN MANUSIA

• Wujud hubungan yang kuat antara kegiatan sains dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. Sehubungan itu, kegiatan sains dicorakkan oleh falsafah pembangunan yang diamalkan. Sekiranya falsafah pembangunan adalah berasaskan kepada falsafah yang menolak agama, maka kegiatan sains juga bersifat menolak agama. Oleh itu, kegiatan sains dalam Islam bergantung kepada asas falsafah pembangunan yang digariskan.

KESIMPULAN

• Sains dalam konteks Islam merupakan suatu ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Pemisahan tersebut akan melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia umumnya. Isu-isu yang terlibat sewajarnya mengambil kira isu-isu etika secara menyeluruh.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

9. 0 KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM

Pembangunan Islam

“Suatu proses yang melibatkan berlakunya pembaharuan, perubahan, peningkatan dan kemajuan dalam keseluruhan kehidupan manusia sejajar dengan ajaran Islam yang sebenar”

Asas Pembangunan Islam

• Al-Quran

• Al-Sunnah

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Asas Falsafah Pembangunan Islam

1. Tauhid Uluhiyyah

• Konsep Tauhid

• Semuanya adalah milik Allah dan tertakluk kepada kekuasaanNya.

• Alam diciptakan Allah dgn tujuan dan matlamat tertentu.

2. Tauhid Rububiyyah

• Maksud Rububiyyah – Rab

• “Bahawa seseorang Muslim itu percaya dan mengakui bahawa Allah yang mencipta seluruh Alam, yang mengawal dan mengatur serta berkuasa terhadap segala-segalanya di dalam alam”

• Sunnah Allah Terhadap Alam

3. Konsep Khilafah

• Manusia sebagai khalifah atau duta Allah di muka bumi

• Manusia diberikan kemampuan berfikir dan kebebasan memilih

• Alam sebagai sumber kehidupan manusia, perlu dimanfaatkan secara berkesan dan adil.

• Konsep tauhid dan khilafah berbeza dengan :

• Konsep manusia lahir berdosa

• Determinisme

• Existentialisme Jean Paul Satre

• Implikasi Konsep Khilafah :

• Persaudaraan Sejagat

• Sumber Alam Sebagai Amanah

• Cara Hidup Yang Sederhana

• Kemerdekaan Manusia

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Keadilan

• Matlamat Syariah Dalam Konteks Pembangunan :

• Memenuhi keperluan asas manusia

• Sumber pendapatan yang halal

• Pengagihan pendapatan dan kekayaan secara saksama

• Pertumbuhan dan kestabilan

4. Konsep Tazkiyyah al-Nafs

• Maksudnya : pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah.

• Manusia sebagai agen pembangunan tidak sepatutnya mementingkan diri.

• Melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim.

Tazkiyyah menurut al-Ghazali :

• Taharah :

– Badan daripada najis dan kotoran

– Anggota badan daripada salah dan dosa

– Hati daripada akhlak yang buruk

– Batin daripada tertumpu kepada selain Allah :

• Ibadah

• Zikr

• Doa

• Taubat

• Sabar

• Muhasabah

5. Konsep Al-Falah

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Maksud Al-Falah

“Mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang sebenarnya dalam mencari keredaan di dalam kehidupan dunia dan akhirat”

• Tiada pertentangan antara kepentingan dunia dan akhirat.

Ciri-ciri Pembangunan Islam

Menyeluruh

Seimbang

Fokus Utama adalah Manusia

Pelbagai Dimensi

Membawa Perubahan

*Kualitatif

*Kuantitatif

Menggunakan Sumber Alam

*Optimum

*Adil dan Saksama

TITAS USM CONFIDENTIAL

Perubahan Kualitatif dan Kuantitatifdalam Pembangunan Islam

Sosio-ekonomi

PEMBANGUNAN

PERTUMBUHAN PERUBAHAN

Kualitatif• Rohani• Akhlak

Kuantitatif• Fizikal•Alam Sekitar

Teknologi

ISLAM HADHARI

ZT1012Pembangunan Manusia

Rohani Jasmani

Fitrah Manusia

PanduanAl-Quran & al-Sunnah

Aqidah Ibadah Akhlak

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Sumber Manifestasi Pembangunan Islam

Taqwa

Corak nilai-nilai Islam

Pertumbuhan sosio-ekonomi

Usaha-usaha tempatan

Salah faham terhadap pembangunan Islam

Sistem pembangunan Islam adalah campuran sistem kapitalis dan sosialis

Pembangunan Islam hanya berserah

Pembangunan Islam bersifat jumud

Pembangunan Islam menafikan kebebasan beragama

Pembangunan Islam menolak modenisasi

Pembangunan Islam berpusatkan manusia dan keperluan asasinya.

Pembangunan Islam menolak keseronokan hidup di dunia

Institusi Pembangunan Islam

Syariah

Pemerintah

Sistem Pendidikan

Hisbah

Baitul Mal

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

Sistem Kewangan

Baitul Mal

Matlamat :Berteraskan konsep kekayaan, amanah dan keadilan sosial.

Struktur : Pelbagai bentuk institusi.

Sumber :

Harta Khusus

Harta Umum

• Fai’ (jizyah dan kharaj)

• Ushr (pertanian muslim)

• Cukai (perdagangan)

• Ghanimah (rampasan perang)

UCAPAN PERDANA MENTERI (ISLAM HADHARI)

• Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat

VISI ISLAM HADHARI

• Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

• Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

MISI ISLAM HADHARI

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

• Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

OBJEKTIF ISLAM HADHARI

Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

1. KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

2. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

3. RAKYAT BERJIWA MERDEKA

4. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

5. PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

6. KEHIDUPAN BERKUALITI

7. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

8. KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

9. PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

10. KEKUATAN PERTAHANAN

Kesimpulan

Pembangunan dalam Islam melibatkan keseimbangan dalam setiap aspek fizikal dan spiritual.

Pembangunan diasaskan di atas landasan-landasan aqidah, ibadah dan akhlak.

TITAS USM CONFIDENTIAL

Marzuqi Salleh, USM PENANG

-THE END-

GOOD LUCK

TITAS USM CONFIDENTIAL