Tokoh fiqh ibnu katsir

4
TOKOH FIQH : IBNU KATSIR Nama beliau Abu Al-Fida’ Ismail bin Omar bin Katsir. Nama Ibnu Katsir, disandarkan kepada datuknya. Beliau adalah seorang ulama Fiqh, yang mahir di kalangan ulama mazhab Syafi’i. Beliau juga diberi gelaran al-Hafiz, kerana beliau adalah merupakan seorang ulama hadis. Dalam masa yang sama juga, beliau merupakan seorang ulama sejarah. Beliau ini seorang tokoh yang serba-serbi ketokohannya dalam berbagai bidang. Lahir pada tahun 700H, di Damsyiq, Syria. Ayahnya meninggal 4 tahun sejurus kelahiran beliau, beliau merupakan seorang anak yatim. Akhirnya, beliau membesar di kota Damsyiq dan menuntut ilmu di situ. Guru-guru Ibnu Katsir, adalah tokoh-tokoh yang hebat-hebat belaka. 1. Imam az-Zahabi (Wafat : 748H), seorang tokoh dalam sejarah, yang mengarang kitab Siyar A’lam al-Nubala’. 2. Imam al-Hafiz al-Mizzi (Wafat : 742H), seorang tokoh dalam bidang Hadis, mengarang kitab yang cukup terkenal “Tahzibul Kamal”, dalam bidang ilmu rijal. Mana-mana ulama hadis pasti akan kembali kepada buku-buku asas ini, di dalam ilmu hadis atau di dalam ilmu rijal (perawi hadis). Oleh kerana Ibnu Katsir merupakan seorang anak murid yang gigih, terserlah kebijaksanaan dan

Transcript of Tokoh fiqh ibnu katsir

Page 1: Tokoh fiqh  ibnu katsir

TOKOH FIQH : IBNU KATSIR

Nama beliau Abu Al-Fida’ Ismail bin Omar bin Katsir. Nama Ibnu Katsir, disandarkan kepada

datuknya.

Beliau adalah seorang ulama Fiqh, yang mahir di kalangan ulama mazhab Syafi’i. Beliau juga

diberi gelaran al-Hafiz, kerana beliau adalah merupakan seorang ulama hadis. Dalam masa yang

sama juga, beliau merupakan seorang ulama sejarah. Beliau ini seorang tokoh yang serba-serbi

ketokohannya dalam berbagai bidang.

Lahir pada tahun 700H, di Damsyiq, Syria. Ayahnya meninggal 4 tahun sejurus kelahiran beliau,

beliau merupakan seorang anak yatim. Akhirnya, beliau membesar di kota Damsyiq dan

menuntut ilmu di situ.

Guru-guru Ibnu Katsir, adalah tokoh-tokoh yang hebat-hebat belaka.

1. Imam az-Zahabi (Wafat : 748H), seorang tokoh dalam sejarah, yang mengarang kitab

Siyar A’lam al-Nubala’.

2. Imam al-Hafiz al-Mizzi (Wafat : 742H), seorang tokoh dalam bidang Hadis,

mengarang kitab yang cukup terkenal “Tahzibul Kamal”, dalam bidang ilmu rijal.

Mana-mana ulama hadis pasti akan kembali kepada buku-buku asas ini, di dalam ilmu

hadis atau di dalam ilmu rijal (perawi hadis). Oleh kerana Ibnu Katsir merupakan

seorang anak murid yang gigih, terserlah kebijaksanaan dan kepandaiannya, akhirnya

beliau berkahwin dengan anak Imam al-Mizzi ini. Jadi, Ibnu Katsir adalah menantu

kepada Imam al-Mizzi.

3. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (Wafat : 728H), wafat ketika Ibnu Katsir berumur 28

tahun. Disebutkan oleh Ibnu Hajar (Wafat : 852H), juga di antara tokoh besar yang

datang kemudian, Ibnu Hajar menyebutkan tentang sejarah Ibnu Katsir, dengan

mengatakan Ibnu Taimiyyah adalah gurunya. Beliau telah mengambil ilmu

daripadanya, sangat cinta kepadanya, dan akhirnya beliau diuji kerananya. Beliau diuji

kerana ilmu yang diambil daripada Ibnu Taimiyyah itu, sangat terkesan dan terikut

dengannya. Akhirnya, Ibnu Taimiyyah diuji, meninggal di dalam penjara, Ibnu Katsir

pun turut diuji kerana beliau mewarisi ilmu daripada gurunya itu.

Page 2: Tokoh fiqh  ibnu katsir

Imam Ibnu Katsir hidup ketika zaman Mamaliga, kurun ke-8 iaitu 700H ke atas. Pada ketika itu,

musibah demi musibah menimpa umat Islam, bermula dengan serangan tentera Tartar, daripada

negara Mongolia yang menyerang kota Damsyiq, membunuh ribuan umat Islam, sehingga

sungai-sungai di Damsyiq bertukar menjadi merah. Ketika zamannya juga, banyak berlakunya

musim kemarau, kelaparan, ditambah lagi dengan persengketaan di antara pemerintah-

pemerintah Islam pada ketika itu. Berlakunya banyak pergolakan, serang-menyerang antara

pemerintah-pemerintah Islam, saling berbunuhan antara sesama mereka. Kesimpulannya, zaman

Ibnu Katsir penuh dengan cabaran dan dugaan, keadaan politik yang sangat tidak menentu.

Dalam masa yang sama, zaman Ibnu Katsir adalah zaman percambahan ilmu. Banyaknya kuliah-

kuliah ilmu, tempat-tempat pengajian, masakan tidak, kerana banyaknya tokoh-tokoh besar yang

telah kita sebutkan tadi, Imam az-Zahabi, Ibnu Taimiyyah, dan lain-lain.

Termasuk dalam kalangan anak muridnya pula adalah Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi (Wafat : 792H).

Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi adalah ulama yang mensyarahkan Aqidah al-Tahawiyah, yang menjadi

buku asas dalam mempelajari Aqidah. Aqidah al-Tahawiyah ditulis oleh seorang pengarang yang

bernama at-Tahawi, yang hidup pada zaman awal Islam, dan kemudian Ibnu Abi al-Izz yang

datang kemudian mensyarahkannya.

Ibnu Katsir banyak menulis, banyak buku dalam pelbagai bidang. Beliau ada buku karangan

dalam bidang Aqidah, ada buku dalam bidang Fiqh, ada buku dalam ilmu Quran, ada buku dalam

bidang Hadis, kerana beliau seorang tokoh Hadis. Antara bukunya yang paling terkenal ada 2.

1. Tafsir Ibnu Katsir. Judul asal kitab ini namanya Tafsir al-Quran al-Azim. Asal kitab

bahasa Arabnya dalam 3 jilid sahaja, dengan tulisannya yang cukup rapat dan padat.

2. Al-Bidayah wan-Nihayah (Permulaan & Kesudahan – The Beginning & The Ending).

Buku ini adalah buku dalam sejarah, merangkumi kesemua sejarah bermula daripada

Nabi Adam AS. Ibnu Katsir bukan sahaja seorang tokoh dalam bidang Hadis, malah

beliau juga seorang tokoh dalam sejarah. Hadis sebenarnya mempunyai kait rapat

dengan sejarah. Hadis adalah apa yang dilakukan dan diucapkan oleh Rasulullah

secara khasnya, itu sebenarnya sejarah dari satu sudut. Dan Ibnu Katsir adalah salah

seorang tokoh dalam bidang itu, dalam masa yang sama seorang tokoh yang pakar

Page 3: Tokoh fiqh  ibnu katsir

dalam bidang sejarah manusia secara amnya, bermula dengan Nabi Adam, sampai ke

zamannya, beliau juga menceritakan tentang dirinya di dalam buku tersebut, kerana

beliau juga termasuk dalam sejarah. Buku ini pula dalam 7 jilid. Ilmu Ibnu Katsir ini

cukup hebat. Manakan tidak, beliau telah berguru dengan guru-guru yang cukup

hebat.

Ibnu Katsir wafat pada 774H. Ketika umurnya 74 tahun. Pada akhir hidupnya, beliau menjadi

buta, dan dikebumikan berhampiran dengan kubur gurunya Ibnu Taimiyyah.