Tokoh kemerdekaan

9

Transcript of Tokoh kemerdekaan

Page 1: Tokoh kemerdekaan
Page 2: Tokoh kemerdekaan
Page 3: Tokoh kemerdekaan

Tokoh Kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan

untuk Tanah Melayu. Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan 'role model' atau idola

kepada generasi kini dan akan datang. Segala pengorbanan, rintangan dan penat lelah

mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Antara tokoh-

tokoh yang perlu dikenang ialah :

1. DATO' ONN JAAFAR

2. TUN DR. ISMAIL DATO' ABDUL RAHMAN

3. ISHAK HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO)

4. AHMAD BOESTAMAM

6. BURHANUDDIN AL-HELMI

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMANjadi kenyataan. Turutan

Perdana Menteri Malaysia mengikut namaR.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama

Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang

mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku

Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul

Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato

Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’

dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’.

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan

M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan

A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan

N = Najib Tun Razak

 Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915.

Bapanya Abdul Rahman bin Mohamed Yassin adalah bekas pegawai perkhidmatan

Page 4: Tokoh kemerdekaan

awam kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri

iaitu jawatan tertinggi dalam Kerajaan Johor.

kerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.

Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalam memperjuangkan

kemerdekaan tanah air melalui UMNO yang dipimpin oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman

PutraPada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan

kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun

beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya

memulihkan keamanan dalam negara pada masa trajedi 13 Mei 1969. Sebagai

menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah

disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul

Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama dikebumikan di makam tersebut.

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada

orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.

Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju

utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelopor dan

pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji

Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh

Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum

melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun

1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah

menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi

Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah

dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar

penjajah

Page 5: Tokoh kemerdekaan

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau

meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO

berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan

Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja

Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Beliau

meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor

Bahru, Johor.

3. Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali

sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an

sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya

bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin

diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia,

Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang

kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang

dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad.

Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako

San dan Pandir Moden.

Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan

Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau

meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan

Terengganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako

bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa

pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi pengarang Berita Malai.

4. Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal ialah  Abdullah

Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia.

Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika

menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak.

Page 6: Tokoh kemerdekaan

Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad adalah

seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan

akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala

Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura.

Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh

wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji

Muhammad. Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan

beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak

pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi

memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan

kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam

rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan

pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang

Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam

kegiatan nasionalisme orang Melayu.

Burhanuddin Al-Helmi

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi  merupakan bekas Yang Dipertua Agung

Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun

1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India. SelepasPerang Dunia II,

Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut

kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan

Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu

satu gagasan "kesatuan politik"

Page 7: Tokoh kemerdekaan

Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya. Pemimpin Parti

Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun

1956,hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS

mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau

digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya

terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun

1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk

menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang

lebih ramah kepada Indonesia.

Dr. Burhanuddin ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama

Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi. Beliau menguasai semua

pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir Al-Quran

dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan

sastera Arab. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik

dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau

berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.Beliau menguasai semua pelat

bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir Al-Quran dan al-

Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan

sastera Arab. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik

dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau

berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.

Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah

dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.