Tokoh Murid 2015

2
TOKOH MURID PUTERA 2015 Tokoh Murid Putera ini dilahirkan pada tanggal 01 Februari 2003 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Anak kelima daripada 7 orang adik beradik. Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cendana dan meneruskan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Air Papan. Tokoh ini meminati mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bercita-cita untuk menjadi seorang Guru Bahasa Inggeris sepertimana Cikgu Nadiah suatu hari nanti. Tambahan lagi, beliau begitu meminati mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Mahathir Mohamad sebagai idolanya. Di masa lapangnya, beliau juga gemar bermain bola sepak. Beliau amat disenangi dalam kalangan guru-guru serta rakan-rakanya. Beliau telah menyertai beberapa aktiviti di peringkat sekolah seperti perkhemahan, motivasi UPSR dan pelbagai pertandingan. Beliau telah mewakili sekolah ke pertandingan catur dan ping pong pada peringkat daerah. Di sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Beliau juga merupakan Pengerusi badan beruniform Pengakap. Putera bertuah yang dimaksudkan ialah ADIK MOHAMAD HAZIQ ISKANDAR BIN MEGAWATI

description

TOKOH MURID

Transcript of Tokoh Murid 2015

Page 1: Tokoh Murid 2015

TOKOH MURID PUTERA 2015

Tokoh Murid Putera ini dilahirkan pada tanggal 01 Februari 2003 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Anak kelima daripada 7 orang adik beradik. Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cendana dan meneruskan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Air Papan.

 

Tokoh ini meminati mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bercita-cita untuk menjadi seorang Guru Bahasa Inggeris sepertimana Cikgu Nadiah suatu hari nanti. Tambahan lagi, beliau begitu meminati mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Mahathir Mohamad sebagai idolanya. Di masa lapangnya, beliau juga gemar bermain bola sepak.

 

Beliau amat disenangi dalam kalangan guru-guru serta rakan-rakanya. Beliau telah menyertai beberapa aktiviti di peringkat sekolah seperti perkhemahan, motivasi UPSR dan pelbagai pertandingan. Beliau telah mewakili sekolah ke pertandingan catur dan ping pong pada peringkat daerah.

 

Di sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Beliau juga merupakan Pengerusi badan beruniform Pengakap.

 

Putera bertuah yang dimaksudkan ialah ADIK MOHAMAD HAZIQ ISKANDAR BIN MEGAWATI

Page 2: Tokoh Murid 2015

TOKOH MURID PUTERI 2015

Tanggal 21 Mei 2003 telah dimahkotakan seorang puteri bagi pasangan bahagia En. Abd Rahim dan Pn. Norhayati. Dilahirkan di Negeri Che Siti Wan Kembang yang bersesuaian dengan “tag line” “GOMO klate GOMO”. Anak kelima daripada 8 orang adik-beradik.

Tokoh ini merupakan tunjang kecemerlangan bagi sekolah dan jua rakan-rakan. Beliau menjadi juga menjadi inspirasi dan idola rakan-rakan di sekolah. Seorang tokoh yang amat berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tokoh ini amat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan secara langsung meletakkan En. Yusoff Ibrahim sebagai mentor yang amat disayanginya.

Bercita-cita menjadi Doktor Gigi sepertimana ilmuan islam dalam bidang perubatan pergigian iaitu Abu Kassim al-Zahrawi yang berjaya, menjadikan beliau amat konsisten dalam pelajaran dan berhasrat akan membuka Klinik giginya di Bandar Mersing .

Selain itu beliau juga begitu aktif dalam bidang kokurikulum seperti mewakili sekolah pada peringkat daerah bagi permainan catur. Anugerah yang berjaya dirangkul oleh beliau ialah :

Keseluruhan terbaik tahun 6Mata pelajaran terbaik bagi MATH, SAINS

Tokoh Puteri yang dimaksudkan ialah ADIK NUR SOLIHAH BINTI ABD RAHIM