tokoh n pengkaji

6
Keselamatan adalah salah faktor penting dalam pengurusan sesuatu taska atau tadika. Justeru, pelbagai kajian telah dilakukan oleh para tokoh dan pengkaji tentang segala aspek keselamatan di luar dan di dalam bilik darjah. Berikut adalah beberapa hasil kajian dan pendapat daripada para pengkaji dan tokoh yang terkenal di barat dan juga di Malaysia. Antaranya ialah Janice J. Beaty, Fye, Mumpower, Frost J. L dan Prof. Dr. Bustam Kamri. Menurut Janice J. Beaty (2004), keselamatan adalah keadaan atau sifat dalaman manusia yang boleh dipupuk melalui cara tertentu, membantu kanak-kanak supaya lebih peka tetapi meminimakan perasaan takut yang berlebihan akan bahaya di sekeliling mereka, di samping membimbing mereka untuk lebih yakin untuk meneruskan kehidupan dengan cara yang positif. Dengan cara ini, kanak-kanak dan orang dewasa akan belajar untuk membina kekuatan dalaman mereka.

Transcript of tokoh n pengkaji

Page 1: tokoh n pengkaji

Keselamatan adalah salah faktor penting dalam pengurusan sesuatu taska atau tadika.

Justeru, pelbagai kajian telah dilakukan oleh para tokoh dan pengkaji tentang segala aspek

keselamatan di luar dan di dalam bilik darjah. Berikut adalah beberapa hasil kajian dan

pendapat daripada para pengkaji dan tokoh yang terkenal di barat dan juga di Malaysia.

Antaranya ialah Janice J. Beaty, Fye, Mumpower, Frost J. L dan Prof. Dr. Bustam Kamri.

Menurut Janice J. Beaty (2004), keselamatan adalah keadaan atau sifat dalaman

manusia yang boleh dipupuk melalui cara tertentu, membantu kanak-kanak supaya lebih peka

tetapi meminimakan perasaan takut yang berlebihan akan bahaya di sekeliling mereka, di

samping membimbing mereka untuk lebih yakin untuk meneruskan kehidupan dengan cara

yang positif. Dengan cara ini, kanak-kanak dan orang dewasa akan belajar untuk membina

kekuatan dalaman mereka.

Beliau membuat kajian tentang sifat dalaman kanak-kanak dan beliau berpendapat

bahawa sifat dalaman kanak-kanak boleh dibentuk dan dicorak oleh orang dewasa,

terutamanya ibu bapa dan guru. Sifat dalaman yang positif perlu dipupuk sejak kecil supaya

kanak-kanak akan lebih berkeyakinan dan seterusnya mereka secara tidak langsung akan lebih

peka akan bahaya di sekeliling dan belajar untuk membina sendiri sifat yakin diri dan boleh

menilai sendiri tahap bahaya dan situasi di sekeliling mereka.

Page 2: tokoh n pengkaji

Prof. Dr. Bustam Kamri (2010) juga mempunyai pendapat bahawa matlamat

keselamatan perlu seimbang dengan matlamat menyediakan dorongan dan cabaran

perkembangan kanak-kanak dan mainan. Orang dewasa secara idealnya merancang langkah

mengelakkan kemalangan di samping membenarkan risiko untuk mengamalkan amalan yang

bersesuaian dengan kanak-kanak.

Beliau menyatakan bahawa penetapan matlamat keselamatan adalah penting kerana

dorongan dan cabaran perkembangan kanak-kanak dan mainan perlu diseimbangkan dengan

matlamat keselamatan yang telah ditetapkan. Ini kerana dalam memastikan matlamat

perkembangan kanak-kanak dan mainan tercapai, faktor-faktor keselamatan tidak harus

dipandang remeh kerana risiko terjadinya kemalangan atau insiden yang tidak diingini tetap

ada. Orang dewasa memainkan peranan penting sebagai perancang amalan seharian yang

bersesuaian dengan kanak-kanak dengan menetapkan langkah-langkah keselamatan untuk

mengelakkan kemalangan di dalam amalan seharian tersebut.

Menurut Fye dan Mumpower (2001), keselamatan dan kepenggunaan adalah penting

dalam merekabentuk ruang pembelajaran. Pastikan semua peralatan dan perabot adalah sesuai

dan selamat untuk kanak-kanak. Perabot hendaklah disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak,

termasuklah kanak-kanak yang menggunakan kerusi roda atau peralatan bantuan supaya

mereka boleh bebas bergerak.

Page 3: tokoh n pengkaji

Fye and Mumpower mengatakan bahawa ruang pembelajaran adalah ruang yg perlu

diambil perhatian kerana dalam merekabentuk ruang pembelajaran, faktor keselamatan dan

kepenggunaan merupakan faktor terpenting kerana segala peralatan, permainan atau perabot

yang digunakan hendaklah sesuai dan selamat digunakan sepanjang tempoh pembelajaran.

Rekaletak perabot yang sesuai dengan keadaan kanak-kanak yang sentiasa bergerak aktif akan

dapat mengelakkan daripada berlaku. Malah peralatan dan perabot untuk kanak-kanak kurang

upaya yang menggunakan kerusi roda serta tongkat dan sebagainya hendaklah disusun

mengikut kesesuaian ruang akan dapat memberikan keselesaan ketika proses pembelajaran

atau ketika aktiviti di dalam bilik darjah.

Manakala menurut Frost J. L (1992), faktor terpenting adalah peralatan permainan luar

bangunan. Alat permainan mestilah dipasang di tanah dengan selamat, sentiasa dibaiki dan

tiada bucu tajam, rosak atau mempunyai selumbar dan skru atau nat yang longgar. Ruang

terbuka yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak, jari, tangan atau kaki hendaklah

dielakkan. Tempat duduk buaian hendaklah diperbuat daripada bahan plastik dan ringan.

Keselamatan peralatan dengan saiz yang sesuai amat perlu; ketinggian untuk memanjat tidak

boleh melebihi had jangkauan kanak-kanak.

Beliau menekankan kajian di luar bilik darjah di mana beliau telah mengkaji punca-

punca kemalangan kanak-kanak yang kerap terjadi ketika bermain di taman permainan. Beliau

juga mengkaji faktor ergonomi kanak-kanak seperti had jangkauan kanak-kanak, had ketinggian

Page 4: tokoh n pengkaji

kanak-kanak, ruang selesa kanak-kanak dan sebagainya. Dengan mengetahui faktor tersebut,

segala peralatan yang digunakan untuk pembinaan taman permainan akan lebih sesuai dan

selamat. Tiap permainan di taman permainan hendaklah selalu diselia di mana selumbar, tiap

bucu tajam atau ruang terbuka yang merbahaya hendaklah ditutup dan diperbaiki. Ini untuk

mengelakkan kemalangan seperti tersepit atau luka ketika kanak-kanak bermain.

Kesimpulannya, keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan

di dalam setiap perancangan dan matlamat keselamatan, dalam proses merekabentuk ruang

pembelajaran, keselamatan perabot yang digunakan di dalam bilik darjah malah di luar bilik

darjah seperti di taman permainan kanak-kanak terutama peralatan mainan yang digunakan

perlu dipantau sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Page 5: tokoh n pengkaji

Rujukan

Eva L. Essa. 2003. Early Childhood Education. Canada. Delmar Learning.

Janice J. Beaty. 2004. Safety in Preschool. USA. Pearson Education.

Prof. Dr Bustam Kamri.2011. Early Childhood Education Specialist.

http://bustamkamri.blogspot.com (12 Jan 2011)