tokoh nasionalisme

21
Raja Chulan Nama sebenar : Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah Tarikh lahir : 1 Julai 1869 Tarikh wafat : 10 April 1933 Tempat lahir : Tanjung Brambang Latar belakang keluarga : Baliau merupakan anak kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan. Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura. Sumbangan : 1. Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. 2. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri

description

tokoh nasionalisme

Transcript of tokoh nasionalisme

Raja Chulan

Nama sebenar : Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah Tarikh lahir : 1 Julai 1869Tarikh wafat : 10 April 1933 Tempat lahir : Tanjung BrambangLatar belakang keluarga : Baliau merupakan anak kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.Sumbangan : 1. Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. 2. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. 3. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.4. Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. 5. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Beliau memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

Penghormatan : Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama beliau telah diabadikan antara lain, seperti berikut:a. Jalan Raja Chulan, sebatang jalan di Kuala Lumpur b. Hotel Bertaraf Lima Bintang (5 Star) "The Royale Chulan Kuala Lumpur [1]" di Jalan Conlay. (Hotel ini dibawah Boustead Holding anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT).c. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang terletak di Jalan Dairy, Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Sebelah sekolah ini ialah Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (kini dipindahkan ke Perlis).

Yang Amat Berbahagia Dato' Onn Jaafar

Presiden UMNO PertamaTempoh jawatan : 11 Mei 1946 26 Ogos 1951Diganti olehYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajMenteri Besar Johor ke-7Tempoh jawatan : 1 Jun 1947 18 Mei 1950Didahului oleh : Ungku Abdul Aziz bin Abdul MajidDiganti oleh : Dato' Syed Abdul Kadir bin MohamedTarikh Lahir : 12 Februari 1895Tempat lahir : Bukit Gambir, Johor Bahru, JohorMeninggal dunia : 19 Januari 1962 (umur 66)Parti politik UMNO :Merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.Latar belakang keluarga :Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Jawatan pernah dipegang :1 Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. 2. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Wartawan :Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu.[1] Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.[2]Dibuang ke Singapura :Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah Leftenan. 'Johor Malay Force' ini ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar. Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.[4] Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja. Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac 1934, baginda mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.Pegawai daerah vs Selempang Merah :Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945.Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945 [7] Parti Komunis Malaya sejak hujung 1944 telah menyerang balai polis Jepun dan konvoi . Rasa benci orang Melayu terhadap orang Cina memuncak lalu menubuhkan tentera sabilillah. Onn Jaafar atas arahan Sultan Johor telah berunding dengan Kiai Salleh supaya menghentikan sengketa Melayu-Cina itu. Kemaraan Tentera Selempang Merah yang berbekal tangkal azimat dan citra jihad berjaya disekat. [8]Pengasas UMNO :Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.Keluarga :Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.Riwayat hidup :1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.1910-1911: Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920: kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.1927-1936: Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor1942 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.1946: Menganjurkan Kongres Melayu 19461946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.1955: Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 19551959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Nama sebenar : Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud Tarikh lahir : 7 Julai 1909 Tempat lahir : Kota Bharu,Kelantan. Jawatan yang pernah dipegang : 1. Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail.2. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. 3. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British.4. Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. 5. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.6. Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.7. Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.8. Juga merupakan salah satu daripada ahli jawatan kuasa United Malays National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO. Beliau turut menggubal Perlembagaan UMNO.Keluarga: Anaknya Nik Mariah menurut jejaknya menjadi peguam dan menyertai Majlis Peguam.Pendidikan:1. Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. 2. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.3. Nik Ahmad Kamil belajar bidang Seni di Universiti Bristol dan menamatkan pengajian pendidikan di "Inns of Court" pada tahun 1929. 4. Dia memasuki Bar Peguam pada 1930.Diplomat:1. Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57). 2. Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58)3. Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.Pembabitan dalam kemerdekaan :Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.Beliau mengikut Dato Onn menyertai ("Independence of Malaya Party - IMP") pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai Umno.Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.Perniagaan:Dalam bidang perniagaan, beliau menjadi pengarah Dunlop Industries , Malayan Banking dan Pengerusi Rothmans and Pall Mall Ltd pada 1970-an.Persatuan:Beliau terlibat dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan Royal Asiatic Society cawangan Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia serta Persatuan Diraja Komanwel. Beliau juga menjadi pengerusi Lembaga pengarah Lady Templer Hospital, Majlis Kaunsel Universiti Malaya dan Pro-canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr. Burhanuddin al-Helmy

Nama sebenar : Burhanuddin bin Muhammad Nur al-HilmiPresiden Parti Islam Se-MalaysiaTempoh jawatan : 19561969Didahului oleh : Abbas AliasDiganti oleh : Mohd Asri MudaTahun Lahir : 1911Tempat lahir : Negeri Perak Kota Bharu, Gopeng , PerakMeninggal dunia : 6 November 1969 (umur 58)Parti politik : PAS Awal kehidupan :1. Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman. 2. Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Malaysia pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Malaka. 3. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][3] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.Aktiviti selepas perang: 1. Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.Presiden PAS:Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.Meninggal Dunia: Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.Garis masa :1911 : Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.1926 : Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera. Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin. Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'1927 : Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang1934 : Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.1942-1945 : Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun1950 : Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura1956 : Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias1959 : Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 19591964-1966 : Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia. Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda. Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.10 Oktober 1969 : Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

Putih Mariah Ibrahim Rashid Puan Sri Datin Hajjah Putih Mariah Ibrahim Rashid atau 'Puteh Mariah' adalah ahli politik UMNO/Perikatan.Keluarga: Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1914 di Kuala Kurau, Perak. Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris. Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau berkahwin dengan Tan Sri Datuk Zainal Abidin bin Abas ketika berusia 16 tahun.Mereka suami isteri terpilih sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan era penjajahan British. Zainal Abidin adalah bekas Setiausaha Agung UMNO.Anak mereka Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin telah dilahirkan pada 27 Julai 1936 di Teluk Intan, Perak. Zain Azrai menjadi Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie.Seterusnya menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Mexico , Brazil ,Cuba dan juga bertugas sebagai Executive Director of the World Bank mewakili kawasan Asia Tenggara dari tahun 1978-1982. Zain pernah dilantik menjadi Pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Pengerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Pengerusi Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. (SPPK).

Politik Wanita UMNO:Pada mulannya beliau giat aktif dalam Persatuan Melayu Perak yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Perak,Datuk Panglima Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.Kemudian beliau menyertai UMNO dan pada 1947, menubuhkan Jabatan Kaum Ibu UMNO .Pada 25 Ogos 1949 wakil-wakil UMNO yang bersidang di Butterworth telah menubuhkan Badan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai ketuanya yang pertama (25 Ogos 1949). Dari itu berkembang menjadi Wanita UMNO (1946-1950).

Usaha-usaha menjaga kebajikan kaum ibu mendapat sokongan daripada Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO. Wanita UMNO turut bangkit menentang Malayan Union kerana mahu menamatkan hak orang-orang Melayu.Tokoh wanita lain ialah Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor. Mereka telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.

Kerajaan Brtish bersetuju mengadakan Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 , yang pertama di Tanah Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi. Calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.

Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dalam Pilihan raya 1959 , Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen Jitra/Padang Terap dan menang.Sejak itu bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Terhenti sebagai ahli politik:Pada 10 Februari 1955, Putih Mariah telah meletak jawatan beberapa hari sebelum Pilihan raya 1955. Beliau protes terhadap pembahagian UMNO-MCA iaitu 5 Melayu, 6 Cina dan 1 India yang dibincangkan oleh Dato Yahya Razak- Pengerusi Jawatankuasa Pilihan raya Kuala Lumpur UMNO.Pilihan raya pertama ini mula diadakan di Pulau Pinang bukan di Kuala Lumpur .Ia diadakan pada bulan Disember 1955.Pilihan raya di Kuala Lumpur diadakan pada bulan Februari 1955. IMP yang dipimpin oleh Onn Jaafar bertanding di semua 12 kerusi. IMP turut disokong oleh beberapa pemimpin kanan MCA yang lain termasuk Tan Siew Sin, Khoo Teik Ee dan Yong Shook Lin dan pemimpin MIC.

Menyertai IMP :Penglibatan beliau di dalam UMNO terhenti apabila Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Beliau turut sama menyertai Parti Negara dan pada tahun 1955 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Negara sehingga tahun 1956. Dari 1958-1960, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tetap Parti tersebut.

Khidmat sukarela:Beliau menyertai khidmat sukarela, termasuk :Citizens Advisory Bureau di Ipoh dalam tahun 1945-1947Jawatankuasa Kebajikan Pasukan Polis Khas (1948-1949) di Kuala Kubu Bharu dan menjadi Pengerusinya.Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaya (1957-1963) mengambil tempat Lady Mac Gillivary. Beliau adalah anak negeri yang pertama memegang jawatan tersebut.Majlis Kebajikan Pusat daripada tahun 1948 hingga 1962. 1958 - mewakili majlis ini ke Tokyo, di mesyuarat Majlis Kebajikan Mesyuarat Antarabangsa.1961 - ke Rome, Itali dan dilantik ke Majlis Kerja..1960 - 1962 - menjadi Naib PengerusiJawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor, Ahli tahun 1950-1953, menjadi Presiden daripada tahun 1953 hingga berhenti dalam tahun 1956.Jawatankuasa Persatuan Pelajaran Dewasa Malaya daripada tahun 1950 hingga 1973.Jawatankuasa Pelajaran Dewasa Negeri Selangor daripada tahun 1951-1973.Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, beliau adalah salah seorang pengasasnya, Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1952-1958. Ahli Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Pencegah Buta (1952-1958). Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Kebajikan Orang-orang Buta Malaya (1952-1958).Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja Perkumpulan Perempuan dalam tahun 1952.Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia - Salah seorang Pengasas dan Naib Yang Di Pertua (1962-1975).Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu - Salah seorang Pengasas Pertubuhan ini yang ditubuhkan dalam tahun 1961 dan telah menjadi Naib Yang Dipertua. - mewakili Lembaga Kebajikan Perempuan Islam di Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam pembangunan (NACIWID) (1976-1981). 1975 - Pengerusi dan Pengelola Muktamar yang pertama dianjurkan oleh Lembaga. 1977 - Pengerusi Pengelola Muktamar yang kedua dianjurkan oleh Lembaga.Majlis Kebajikan Masyarakat Malaya :Tahun 1964, menjadi wakil dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam ke sidang yang diadakan; Naib Pengerusi bagi Majlis Kebajikan Masyarakat tahun 1968.Persatuan Kanak-kanak Cacat Selangor :Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1965-1966.Biro Bantuan Guaman - (1971-1972).Jawatankuasa Musabaqah, Wilayah Persekutuan (1972-1984).Ahli Jemaah Universiti Malaya (1975-1984).

HARUN AMINURASHID

1. HARUN AMINURRASHID juga dikenali dengan nama pena Har, Gustam Negara dan Atma Jiwa2. Dilahirkan di Singapura pada 8 Ogos 1907 di Kampung Teluk Kurau. 3. Harun mula bersekolah di Sekolah Melayu Telok Kurau; kemudian di Maktab Latihan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, pada usia kira-kira tujuh belas tahun. 4. Setelah tamat pelajarannya di maktab itu, beliau menjadi guru di maktab itu juga. 5. Pada tahun 1939, beliau telah dihantar ke Brunei sebagai Penguasa Pelajaran hingga tahun 1945. Selepas Perang Dunia kedua (1946), beliau telah dihantar kembali ke Singapura. 6. Harun juga menggunakan nama Si Ketuit untuk ruangan pojok dalam majalah-majalah Warta Jenaka dan Hiburan. 7. Harun meninggal dunia pada 9.11.1986. Novel pertama Harun ialah Melur Kuala Lumpur yang diterbitkan dalam bulan April 1930 di Tanjung Malim.8. Harun pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan Melayu, Yang Dipertua Majlis Pelajaran Melayu, Ketua Umum Budaya, Ketua Rombongan Perwakilan Ahli-Ahli Bahasa Tanah Melayu ke Kongres Bahasa di Medan (28.10.54), Pengerusi Persidangan Kongres Pemuda Melayu yang telah diadakan di Kuala Lumpur (8.4.1955-10.4.1955), Ketua Seksi Kebudayaan, Penyimpan Amanahnya dan Ketua Seksi Kebudayaan parti Kebangsaan Melayu Malaya, Ketua Satu Parti Rakyat Singapura. 9. Beliau turut menyertai kegiatan-kegiatan Kongres Kebudayaan Melayu I yang telah diadakan di Melaka (30.12.57-2.1.58) dan dilantik Timbalan Pengerusi Dewan Kebudayaan Kebangsaan, anggota Jawatankuasa Ejaan Bahasa Kebangsaan, Kementerian Kebudayaan Singapura (1966). 10. Pada tahun 1952, beliau bersama-sama dengan sekumpulan wartawan telah melawat England dan Eropah atas jemputan pihak Pejabat Tanah Jajahan British. 11. Beliau juga telah melawat negeri-negeri di Timur Tengah, Dusseldorf, Cologne, Bonn, Black Forest, Semenanjung Scandanavia, Oslo, Paris, Granada, Barcelona, Cordoba, Geneva dan juga banjaran gunung Blanc.12. Karya beliau sering diterbitkan di ruangan akhbar Warta Malaya, Warta Ahad, Warta Jenaka, Al-Ekhwan, Bulan Melayu dan Jasa. 13. Beliau juga menerbitkan berbagai-bagai jenis majalah seperti Hiboran; Kenchana; Mutiara; Filem Raya; Melayu Raya; Bulanan Filem Raya; Fashion; Tunas (majalah mingguan kanak-kanak), Belia, Taman Kanak-Kanak, Hiboran Filem, Seni, majalah cerpen Kesah, buku bulanan Dewan Pujangga, buku berkala-kala Punggok dan majalah triwulan Medan Sastera.14. Pencapaian : The Certificate of Merit Pertubuhan Antarabangsa The Board of Dictionary of International Biography sebagai satu penghargaan dan penghormatan kerana khidmat mulia Harun yang dianggap sebagai seorang penulis terkemuka novel sejarah dalam bahasa Melayu; UNESCO Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu memilih novelnya Simpang Perinang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Urdu (1969); Anugerah Anumerta Tun Seri Lanang MBMS (1995).