Tokoh negara

3
Tokoh negara Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wook Adiguru Ukiran Halus (1995) Tokoh Kraf Negara Ukiran Halus (1998) Negeri : Terengganu Allahyarham Tengku Ibrahim dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut Terengganu. Mula mengukir seawal usia remaja dan mempelajari kemahiran ini dari ayahnya. Beliau yang lebih mesra dangan panggilan Ayah Ku merupakan antara tokoh yang tersohor kepakarannya dalam seni ukiran halus senjata tradisional khususnya kepala keris. Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Ayah Ku menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan. Di samping itu juga, beliau mempunyai kemahiran mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat, set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat. Tengku Ibrahim insan seni yang mempunyai personaliti yang baik dan berwibawa tinggi. Ilmu kemahiran yang diperolehi diperturunkan kepada anak-anak muda yang ingin mendalami bidang ukiran. Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan Sultan Azlan Muhibbudin Shah serta mantan Perdana Menteri yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilantik sebagai ADIGURU KRAF UKIRAN HALUS pada tahun 1995 dan diiktiraf sebagai Tokoh Negara pada tahun 1998.

description

tingkatan 1

Transcript of Tokoh negara

Tokoh negara

Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku WookAdiguru Ukiran Halus (1995)Tokoh Kraf Negara Ukiran Halus (1998)Negeri : TerengganuAllahyarham Tengku Ibrahim dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut Terengganu. Mula mengukir seawal usia remaja dan mempelajari kemahiran ini dari ayahnya. Beliau yang lebih mesra dangan panggilan Ayah Ku merupakan antara tokoh yang tersohor kepakarannya dalam seni ukiran halus senjata tradisional khususnya kepala keris.Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Ayah Ku menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan.Di samping itu juga, beliau mempunyai kemahiran mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat, set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat.Tengku Ibrahim insan seni yang mempunyai personaliti yang baik dan berwibawa tinggi. Ilmu kemahiran yang diperolehi diperturunkan kepada anak-anak muda yang ingin mendalami bidang ukiran.Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan Sultan Azlan Muhibbudin Shah serta mantan Perdana Menteri yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilantik sebagai ADIGURU KRAF UKIRAN HALUS pada tahun 1995 dan diiktiraf sebagai Tokoh Negara pada tahun 1998.

Nik aziz nik mat

Tuan Guru Dato' Bentara SetiaHajiNik Abdul Aziz Bin Nik Mat(10 Januari 1931 12 Februari 2015) (Jawi: ) merupakan bekasMenteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorangulama, di samping merupakanMursyidul AmParti Islam Se-Malaysia(PAS).Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"POLITIKTuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalahMursyidul Ambagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06Chempaka, Kelantan. Padapilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.[5]Padapilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiketBarisan Nasional(BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[6]Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[7]Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[8]Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[9]Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan