TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: FROEBEL
Transcript of TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: FROEBEL
Pengenalan Falasafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
FRIEDRICH FROEBEL(1782-1852)
1. Tokoh pendidikan Jerman yang dipengaruhi idea PESTALOZZI tentang PAK.
2. Pengasas Kindergarten (Taman Kanak-kanak). Taman Kanak-Kanak perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
3. Dipengaruhi ajaran agama dan anggap dunia adalah lokasi bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.
IDEA TENTANG PENDIDIKAN
1. Kanak-kanak belajar seperti UNFOLDING (bunga berkembang mekar). Sediakan aktiviti yang sesuai dan natural dengan kanak-kanak. Guru mereka bentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.
2. Kanak-kanak seperti benih baru ditanam, dan guru sebagai tukang kebun menjaganya dalam suasana tertutup, penuh dengan keharmonian dan semula jadi.
3. Kindergarten perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak dan sekurang-kurangnya dicat warna yang terang, mempunyai bilik yang dimasuki cahaya, dipenuhi tanam tanaman, binatang dan gambar.
4. Peralatan kanak-kanak hendaklah sesuai dengan perkembanga dan pertumbuhan kanak-kanak seperti kerusi,meja, bilik air dan sebagainya.
5. Kanak-kanak bebas bergaul dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru, sebaliknya suasana kindergarten hendaklah bebas dari pengaruh jahat yang terdapat di luar.
6. Froebel menekankan P & P Belajar Melalui Bermain (BMB). Bermain sebagai suatu strategi yang cukup unik, istimewa dan bermakna.
7. Froebel membahagikan proses perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu; peringkat bayi (infancy), awal kanak-kanak (early childhood ) dan peringkat kanak-kanak (childhood).