TOKOH TAMADUN JEPUN

9
1.1 TOKOH TAMADUN JEPUN MAHARAJA MEIJI Maharaja Meiji ialah tokoh asia yang terkenal dalam bidang politik, ketenteraan dan pendidikan. Selain itu, beliau merupakan antara tokoh terkini yang hidup hingga awal abad ke-20. Seterusnya, Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang ke-122. Nama sebenar beliau ialah sachinomiya, kemudian tukar nama kepada Mutsuhito. Disebabkan memerintah ketika zaman Meiji beliau telah dikenali sebagai Maharaja Meiji. Seterusnya, beliau dilahirkan pada 3 November 1852. Tambahan pula, Maharaja Meiji merupakan anakanda kepada Maharaja Komei dengan gundik diraja, Nakayama Yoshiko. Selain itu, Maharaja Meiji telah memerintah sejak tahun 1868. Beliau telah melaksanakan Era Pemulihan Meiji, iaitu revolusi politik, sosial dan perindustrian yang menjadikan Jepun sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia. Seterusnya, Maharaja Meiji mangkat pada 30 julai 1912.

description

xdge

Transcript of TOKOH TAMADUN JEPUN

Page 1: TOKOH TAMADUN JEPUN

1.1 TOKOH TAMADUN JEPUN

MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji ialah tokoh asia yang terkenal dalam bidang politik, ketenteraan

dan pendidikan. Selain itu, beliau merupakan antara tokoh terkini yang hidup hingga

awal abad ke-20.

Seterusnya, Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang ke-122. Nama sebenar

beliau ialah sachinomiya, kemudian tukar nama kepada Mutsuhito. Disebabkan

memerintah ketika zaman Meiji beliau telah dikenali sebagai Maharaja Meiji.

Seterusnya, beliau dilahirkan pada 3 November 1852. Tambahan pula, Maharaja Meiji

merupakan anakanda kepada Maharaja Komei dengan gundik diraja, Nakayama

Yoshiko.

Selain itu, Maharaja Meiji telah memerintah sejak tahun 1868. Beliau telah

melaksanakan Era Pemulihan Meiji, iaitu revolusi politik, sosial dan perindustrian yang

menjadikan Jepun sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia. Seterusnya,

Maharaja Meiji mangkat pada 30 julai 1912.

Page 2: TOKOH TAMADUN JEPUN

SUMBANGAN

Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan

dan Tokugawa. Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula pada

tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji,

Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu

sendiri. Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai

ketua masyarakat Jepun.

Antara sumbangan yang dilakukan dalam pemerintahan Meiji termasuklah

mengadakan hubungan luar. Jepun mula mengadakan hubungan secara rasmi

dengan dunia luar pada Mac 1866 atas nasihat daripada samurai-samurai muda yang

menyedari akan kepentingan mengubah dasar laut jepun yang lama itu. Seterusnya,

jepun telah mendapat satu pengajaran bahawa Jepun tidak mampu menentang kuasa-

kuasa Barat seperti yang berlaku ke atas kagoshima dan selat Shimonoseki apabila

diserang oleh tentera Barat, maka Jepun belajar dari Barat dalam pelbagai bidang

tentera dan ekonomi. Terbuktilah sumbangan Maharaja Meiji seperti mangadakan

hubungan luar dapat menjadikan Jepun sebagai salah satu kuasa besar di pentas

dunia.

Selain itu, sistem pentadbiran yang teratur dan cekap juga adalah

sumbangan Maharaja Meiji terhadap Jepun. Seterusnya, dalam usaha mencapai

pemodenan, Jepun harus mempunyai satu sistem pentadbiran yang baik. Maka satu

piagam telah digariskan untuk dijadikan panduan kepada pegawai untuk menjalankan

tugas. Piagam yang mempunyai lima perkara penting itu telah ditandatangani pada 6

April oleh Maharaja Meiji. Antara lima perkara tersebut ialah:

1. Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dan semua undang-undang

haruslah ditentukan oleh pendapat ramai.

2. Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar

kerajaan.

Page 3: TOKOH TAMADUN JEPUN

3. Semua rakyat mesti dibenarkan mengembangkan bakatnya dan

menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya.

4. Segala adat lama yang tidak berfaedah adalah dihapuskan.

5. Jepun hendaklah mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari dunia

luar untuk menjadikan Jepun negara yang moden dan kuat.

Pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo merupakan tanda-tanda negara

Jepun menerima perubahan. Tambahan pula, Maharaja Meiji yang muda telah muncul

dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Edo telah

ditukar kepada Tokyo yang bermaksud Ibu Kota Timur. Pemilihan Tokyo sebagai

ibukota baharu kerana Bandar ini dianggap sangat sesuai menjadi pusat pentadbiran

bagi seluruh negara.

Sumbangan yang seterusnya termasuklah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki telah menyedari tentang

kepentingan pemusatan kerajaan. Mereka telah mempengaruhi golongan daimnyo

ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela kepada

maharaja. Pada 3 Mac 1869, satu memorandum bersama yang meletakkan tanah-

tanah mereka di bawah penguasaan maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869,

daimyo-daimyo lain diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa

tanah mereka kepada kerajaan. Pada Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan

penghapusan semua tanah feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada

bulan berikutnya, semua tentera feudal telah dibubarkan. Seluruh Jepun dibahagikan

kepada 45 daerah atau hen yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat. Dengan itu

berakhirlah daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka kemudiannya diberi

pembayaran dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras atas persaraan

mereka. Golongan samurai yang tidak mendapat jawatan dalam jabatan-jabatan

kerajaan telah mengalihkan tumpuan mereka terhadap perniagaan dengan

menggunakan wang persaraan yang mereka terima sebagai modal perniagan masing-

masing.

Page 4: TOKOH TAMADUN JEPUN

Seterusnya, berikutan dengan keperluan ilmu pengetahuan dalam menghadapi

pelbagai cabaran pemodenan , kerajaan Meiji mengalakkan rakyatnya untuk

mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Sejajar dengan itu, kerajaan Meiji mengubah

sistem pendidikan yang lama kepada sistem pendidikan moden. Selain itu, Kementerian

Pelajaran telah ditubuhkan pada awal tahun 1871 dan langkah-langkah telah diambil

untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seragam di Jepun. Bermula tahun 1872,

kerajaan Jepun telah mewajibkan rakyatnya secara berperingkat untuk memasuki

sekolah rendah selama lapan tahun dan menengah selama empat tahun. Kira-kira

54000 buah sekolah rendah telah didirikan ketika itu.

Di samping itu, kerajaan Jepun turut menghantar ramai pelajar ke Eropah untuk

mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam tahun 1871, terdapat kira-kira 54

pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek angkatan laut dan perkapalan

perdagangan. Seterusnya ke Jerman untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu

perubatan.Tambahan pula, ke Amerika Syarikat pula untuk mempelajari perkara-

perkara tentang perdagangan dan ekonomi.

Ekoran daripada kesedaran bahawa Jepun tidak boleh bergantung hanya

kepada pusat pengajian Barat, maka kerajaan Jepun telah mendirikan pusat-pusat

pengajian tinggi seperti Universiti Tokyo yang telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai,

Kyoto dan Fukuoka. Selain sistem pelajaran negara, sekolah-sekolah, maktab-maktab,

dan univesiti-universiti swasta juga telah ditubuhkan. Terbuktilah memajukan sistem pendidikan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji dapat melahirkan masyarakat yang

berilmu pengetahuan.

Page 5: TOKOH TAMADUN JEPUN

Tambahan pula, memajukan sistem ketenteraan juga adalah sumbangan

Maharaja Meiji seperti menghapuskan hak-hak keistimewaan golongan samurai. Ini

kerana tentera kerajaan sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai. Seterusnya,

Maharaja Meiji kemudiannya telah menubuhkan angkatan tentera moden sama ada

darat mahupun laut. pasukan tentera ini dianggotai oleh semua lapisan masyarakat

termasuk petani. Selain itu, udang-undang kerahan tenaga untuk menjadi tentera

diluluskan pada tahun 1872. Setiap orang diwajibkan untuk menjalani latihan

ketenteraan. Sehingga beberapa tahun kemudian kerajaan telah berjaya meningkatkan

anggota pasukan tentera seramai setengah juta orang yang dilengkapi senjata canggih,

terlatih dan berdisiplin. Industri Jepun pula difokuskan kepada aspek pertahanan seperti

membuat senjata perang moden, sehingga peralatan perang yang dihasilkan pada

waktu itu adalah yang terkuat dan termoden.

Akhir sekali, bidang perindustrian yang dimajukan oleh Maharaja Meiji

termasukla tekstil, simen, kaca, kertas dan perkakas elektrik

Page 6: TOKOH TAMADUN JEPUN

1.1 TOKOH TAMADUN CHINA

LOA TZE

Loa Tze merupakan antara tokoh terkemuka yang wujud ketika zaman

pembangunan tamadun China. Beliau bukan sahaja tidak buta huruf walaupun hidup

berabad yang lampau, malah menyumbangkan karya yang menjadi pegangan

masyarakat cina pada hari ini.

Seterusnya, nama sebenar beliau ialah Laozi atau dalam bahasa Mandarin

moden ialah Laoshi. Nama beliau ’Lao’ yang bermaksud yang terhormat atau tua

manakala ‘ Tzi’ adalah tuan. Beliau dilahirkan pada 570 SM atau ketika zaman

pemerintahan Dinasti Zhou di Luoyang yang merupakan ibu negeri Cina pada zaman

itu. Loazi dianggarkan telah hidup sekitar abad ke-6 SM. Mengikut kajian yang

dijalankan oleh sejarawan Barat, Loazi telah muncul seawal abad ke-4 SM. Loazi dilihat

sebagai seorang yang sangat tinggi ilmunya hingga ada sebahagian ahli sejarawan

yang mengaggap laozi adalah jelmaan beberapa orang tokoh sejarawan yang hebat

pada zamannya itu.

Di samping itu, terdapat juga beberapa kisah lagenda yang disampaikan oleh

masyarakat Cina mengatakan bahawa Loazi adalah mahaguru kepada seorang tokoh

terkemuka tamadun India, iaitu Siddartha Gautama Buddha. Sepanjang kehidupannya,

Loazi mempunyai beberapa orang murid yang sangat setia kepada ajaran yang dibawa

olehnya. Beliau juga telah menulis sebuah karya yang menjadi panduan dan peraturan

hidup anak-anak didik, iaitu sebuah buku yang berjudul Tao Te Ching. Kitab ini

merupakan tulang belakang serta tunjang pegangan penganut agama taoisme.

Page 7: TOKOH TAMADUN JEPUN

SUMBANGAN

Lau Tze merupakan pemikir utama kepada ajaran Taoisme. Buku yang ditulis

oleh beliau dikenali sebagai Tao Te Ching atau Book of Tooist Virtue. Buku Tao Te

Ching merupakan sebuah buku yang ditulis dalam bahasa China. Buku ini amat ringkas

dan hanya mengandungi lebih kurang 5000 perkataan bahasa China dalam bentuk

puisi tradisional yang berunsur falsafah. Tao Te Ching menekankan gaya puisi dan

pengajaran dengan penuh kebijaksanaan yang teliti dan mendalam.

Lau Tze mengkritik keganasan. Menurutnya setiap jeneral adalah pembunuh

kerana kejayaannya terbina daripada kematian ribuan nyawa yang tidak berdosa. Bagi

Lau Tze, setiap